Oleh |
Sindrom Terowong Karpal |
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 19-11-08 08:01
   Sindrom ini selalu menyerang mereka yang banyak melakukan kerja menggunakan tangan seperti komputer, menjahit, dan menulis. Ketika itu tangan anda hanya boleh diletakkan pada satu posisi dan sakit serta berasa kebas apabila digerakkan. Kesakitan biasanya bermula dari pergelangan tangan dan rasa kebas menular pada jari telunjuk, tengah dan ibu jari. Bagaimanapun, ada yang berasa kebas hingga ke lengan. Apa itu terowong karpal? Ia sebenarnya satu ‘terowong’ yang terletak di pergelangan tangan kita. Lantai terowong ini membabitkan tulang kecil dan ligamen yang merentasi pergelangan tangan. Ligamen otot dari lengan yang menggerakkan jari akan melalui terowong ini dan dalam terowong ini juga ada saraf tengah yang memberi deria sentuh dan membolehkan tangan bergerak. Apabila saraf besar tertekan dalam pergelangan tangan masalah akan berlaku. Ini kerana saraf itu mengawal deria sentuh pada ibu jari, jari telunjuk dan hantu. Malah, ia juga mengawal otot pada pangkal ibu jari. Terowong ini sebenarnya hanya muat-muat untuk menempatkan saraf median dan beberapa tendon. Sebarang aktiviti atau masalah (seperti artritis) yang menyempitkan terowong ini akan menyebabkan edaran darah ke saraf. Ini sebabnya kita akan berasa kebas dan sakit pada jari.Penyakit ini boleh dihidapi oleh semua orang tanpa peringkat umur, tetapi ia lebih kerap terjadi kepada kaum wanita dengan nisbah 3:1 berbanding lelaki. Walaupun penyakit ini tidak berbahaya, anda perlu merehatkan tangan anda apabila berasa kebas. Pada peringkat awal ia tidak menunjukkan pekara nyata, tetapi lama kelamaan pergelangan tangan boleh membengkak, hilang sensitiviti terhadap sentuhan, kebas dan terasa seperti dicucuk-cucuk. Faktor risiko Walaupun punca sebenar sindrom ini tidak diketahui, saintis percaya beberapa faktor risiko boleh menyebabkannya seperti:- 1) Jantina dan Umur 2) Obesiti 3) Genetik 4) Merokok Antara cara yang boleh diambil untuk mengatasi sindrom ini ialah:- 1) Elak melakukan pergerakan seperti menggenggam tangan terlalu kuat. 2) Memakai kain pembalut pergelangan tangan untuk mengekalkan kedudukan asalnya ketika berehat, terutama pada waktu malam. 3) Orang yang mengalami masalah retensi air dalam badan (termasuk pesakit kencing manis) boleh mengambil ubat diuretik jika pergelangan tangan menjadi bengkak. Antara simptom Sindrom Terowong Karpal ialah:-1) Kebas dan sakit pada ibu jari, jari telunjuk dan tengah. 2) rasa kebas dan sakit boleh menular hingga ke lengan, terutama jika tanda awal tidak dihiraukan. 3) Biasanya ia hanya berlaku pada sebelah tangan, terutama tangan yang banyak membuat kerja. 4) Ia bukan masalah serius, kecuali jika sukar memegang barang. -----------------
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 19-11-08 08:38
Ya Allah,ngerinya prof daeng.. terkezut tengok gambar begini pagi2.. hehe. tengok tajuk,tak faham apa pun.. bila klik,oh begini rupanya... thanks daeng..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 19-11-08 10:12
  Antara kaedah yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah yang berkaitan dengan Sindrom Terowong Karpal -----------------
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 19-11-08 17:11
macam-macam sindrom ada dalam dunia ini..kenapa pelik saja nama sindrom ini..ish2..anyway thanks for sharing
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 19-11-08 17:13
Hafeezul, memang pelik sebab ada Terowong. ehe... Dari istilah Perubatannya disebut CTS (Carpal Tunnel Syndrome). Dan dari masalah-masalah sebegini tercetusnya bidang Kejuruteraan Manusia ataupun dipanggil Ergonomik. -----------------
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 20-11-08 14:43
uhuk... ismi ingatkan karpal tu.. ada kaitan dengan karpal *****... minta maaf... hmm.. banyak keburukan komputer ni.. adess.. tapi, banyak jugak kebaikannya... jadi, belajarlah mengunakannya dengan betul dan bijaksana.. okies...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 20-11-08 17:05
kenapa ismi? teringat dan terkenangkan Karpal Singh ke? syahdunye... Bukan keburukan komputer tu, tapi kita yang tak reti nak guna cara yang betul untuk menggunenye...
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 25-11-08 11:56
hmm... idakla terkenang... cumanye teringat saja adeang.. teringat dedolu. rancangan 3R agaknya kalau tak salah.. mereka ada cakap tentang penggunaan komputer.. seeloknya, gunakan skrin pelindung.. yang duduk depan skrin komputer... untuk menjaga mata.. nak2 pada mereka yang duduk 28jam mengadap komputer...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 25-11-08 12:23
28 jam??  oklah tu daripada 48 jam..maknanya dia ada lagi 20 jam berehat...14 jam sehari..kira okla.. P/S : adeang tu adik P.D ke??
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 25-11-08 16:39
erkk.. 28jam tu menandakan laaammmaaaaaa dia duduk ngadap komputer.. macam ada orang tu...tak kesahla duduk surfing ke, buat bajet ke, apdet bajet ke, menaip ke.. asalkan ianya bermaksud duduk ngadap komputer sambil merenung... hepp...  suki saja tambah jadi 48jam...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 25-11-08 23:24
mana ada dalam dunia ni 28 jam...huhu  yang paling lama pun 25 jam, itupun jenama jam saja..huhu..makanya, kiranya dia habiskan 14 jam jeq lah...dalam 2 hari baru 28 jam..dengan keseluruhan jumlah jamnya ialah 48 jam.. karpal singh pun tamo..
|