Oleh |
~Tafsir Quran.sila bantu wahai umat akhir zaman~ |
farfenna
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.10.2008 Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka
|
Posting pada: 05-11-08 00:26
.. saya ingin bertanya kepada muslimin muslimat akhir zaman.kiamat dah dekat abang2,kakak2ku,adik2ku,saudara2 islamku.. pernahkah anda merasai terdetik dari hati ayat al Quran? maksud saya ayat "itu" datang secara spontan.tiba-tiba berada di dalam hati dan ingatan? pengalaman saya.secara tiba-tiba saya hafal satu ayat. Bismillah,hirrahman,nir rahim.. Yaa Siin ayat ke 6 "Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai." mengapa ye secara tiba-tiba boleh "terhafal" ayat ini.tiba-tiba saya boleh hafal ayat ini.pada mulanya saya tercari cari ayat apa ini.saya mencari lalu terjumpa,rupanya ini ayat dari surah Ya Siin. takut sebenarnya saya terhafal ayat ini,serupa satu ingatan bagi diri saya"Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai." apa maksudNya ini,saya jahil lagi penuh dosa.saya bukan lah pendakwah,jauh sekali ilmuan.seringkali ayat ini bermain difikiran saya.siapalah saya untuk memberi ingatan dan amaran? pada umat akhir zaman. sila kongsi pengalaman dan pendapat anda semua.
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 05-11-08 00:39
memang tidak dinafikan....ayat-ayat dari Allah memang tiada tolak bandingnya...ana bukanlah seorang yang selalu membaca tafsir Al-Quran. jujur ana katakan apabila ana membaca terjemahan dari alquran..ana akan rasa begitu gementar..bukan kerana apa..tetapi kerana Ayat-ayat yang terdapat di dalamnya memang berbeza dari ayat-ayat yang dicipta oleh manusia..walaupun berupa amaran dan peringatan..ana kadang kala tak sanggup nak membaca terjemahan Al-quran..ana terlalu takut dengannya..Ana memang terlalu mengagumi kebesaran Allah..dengan ayat-ayatnya sahaja ana terlalu berasa takut dan gementar....benarlah kata-kata sebuah ungkapan.....Nikmat dan hikmah Al-quran akan dirasa oleh orang-orang yang berfikir...
|
farfenna
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.10.2008 Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka
|
Posting pada: 05-11-08 00:50
ye benar..ruginya saya kerana tidak tahu berbahasa arab..rugi2.sedang belajar kini. memang takut apabila kita membaca Quran ini.tiada kuasa yang mampu mengubah ayat ayat Quran. cuma,saya hairan ayat Yaa Siin ke6 ini secara tiba-tiba berada di dalam hati.. saya bukanlah tahfiz yang menghafaz Quran..
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 05-11-08 17:48
aslmkm..pernah baca yang disisi alqur'an tu tak..??? "tiada yang dapat menyentuhnya kecuali orang2 yang suci.." saya pernah merasakan alqur'an berbicara kepada saya...ketika saya melakukan maksiat..saya berlari balek k musolla..saya tak boleh bernafas masa tu..saya buka alqur'an..saya lupa pastinya bunyi ayat tu..kira-kira macam ni..apakah kamu anggap sama orang2 yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai tuhan,.." kemudian saya bertobat..tak lama kemuadian saya ulangi lagi..saya berlari lagi dan baca alqur'an..saya terbuka ayat.."orang2 yang kafir kemudian beriman..kemudian kafir dan kemudian beriman..kemudian kafir..lalu allah biarkan mereka didalam kekafiran.." saya xmengatakan saat itu hati saya bersih...tapi saat itu hati saya betul-betul kosong dari berharap pada apa pun..selain ampunan allah...
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 05-11-08 18:17
"Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai." ayat itu memang diturunkan kepada rasul...tapi tugas rasul itu sekarang harus dipikul oleh kita...jika anda merasakan ayat tu menyentuh anda...cubalah untuk memohon bantuan allah..mohonlah agar allah memahamkan anda terhadap ayat tu..sebab dialah PEMILIK petunjuk itu..
|
farfenna
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.10.2008 Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka
|
Posting pada: 06-11-08 00:13
wa'alaikumussalam W'Allah tak pernah terbaca disisi Quran tu..maksudnya ditepi buku Quran? saya tidak hafal ayat Yaa Siin ke enam tu..saya tidak buka Quran lalu baca..tiba-tiba saja berada dalam hati dan ingatan..sememangnya menyentuh hati saya.. begini,anda duduk diam.tiba-tiba saja anda hafal ayat ini,secara tiba tiba 'ada' 1 ayat Quran di dalam hati.bukannya sengaja mereka-mereka ayat. ye,hanya Dia pemilik segala galanya..
|
farfenna
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.10.2008 Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka
|
Posting pada: 06-11-08 00:44
Surah Yunos Ayat 13 - 17 Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan. Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): “Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia “. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri. Aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, - jika aku menderhaka kepada Tuhanku, - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika Allah kehendaki (supaya aku tidak membacakan Al-Quran ini kepada kamu), tentulah aku tidak dapat membacakannya kepada kamu, dan tentulah Ia tidak memberitahu kamu akan Al-Quran ini (dengan perantaraanku); kerana sesungguhnya aku telah tinggal dalam kalangan kamu satu masa yang lanjut (dan kamu pula mengenal aku sebagai seorang yang amanah) sebelum turunnya Al-Quran ini; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?” Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya.
|
pulu
WARGA SETIA Menyertai: 27.01.2005 Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo
|
Posting pada: 06-11-08 01:27
Alhamdulillaah... Allahuakbar... bisa sahaja ukhti disuruh giat lagi mengaji dan menghafal Al-Qur'an. Kerja Malaikat sering tidak bisa kita duga.
|
farfenna
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.10.2008 Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka
|
Posting pada: 06-11-08 01:32
insyAllah..doakan saya.. cuma saya takut dan keliru..
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 06-11-08 01:50
syabas muliya.....selidiklah ayat2 al-Quran..kerana ayat2 itu hanya terdapat pada Al-Quran...
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 06-11-08 11:20
ukhty...apa pun itu...jika ia memang ada dalam alqur'an..itu adalah perintah allah...wajib untuk ukhty taati...perintah itu di arahkan kepada setiap muslim..tapi ada yang mahu mendengar(mengikuti)ada juga yang hanya dengar2 saja.. hargailah kasih sayang allah yang menginginkan kesalamatan untuk ukhty...
|
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 06-11-08 11:44
"Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa." an-Najm : 32 Huwa a'lamu bikum iz an sha aqum min al ardhi wa iz antum ajinnatun fi butuni ummahatikum ... fala tuzakku anfusakum huwa a'lamu bi manittaqo ... Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanahsesetengah terjemaham ditulis "Dia lebih mengenali kamu ... " ayat tu seolah-2 berkata-kata kepada kita .. nak kata yang Allah kenal kita ... kita ni jahat ke, baik ke .. apa kita buat ... apa masalah kita .. jiwa kita kacau .. keluh kesah semua Dia tau sebab dah kenal kita ... kita tak boleh sorok perangai kita ... Innahu a'limun bi za tissudur .... maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwakadang-2 kita rasa kita betul dan org lain salah .. kita rasa kita betul berdasarkan dalil syarak .. kita rasa org lain salah berdasarkan dalil syarak .. tapi adakah itu bermaksud kita rasa yang kita lebih baik dari org yang salah tu ?
|
farfenna
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.10.2008 Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka
|
Posting pada: 07-11-08 02:41
terima kasih pada kalian..hanya Allah mampu membalasnya.. Pada 06-11-08 11:44 , transmissionline posting:!!! QUOTE !!!
kadang-2 kita rasa kita betul dan org lain salah .. kita rasa kita betul berdasarkan dalil syarak .. kita rasa org lain salah berdasarkan dalil syarak .. tapi adakah itu bermaksud kita rasa yang kita lebih baik dari org yang salah tu ?
da mati nanti baru kita tahu..maaf..
|