Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 0
Jumlah: 48

  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 8 hari yang lalu
al-biruni03: 37 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Zaid Ibrahim diarah bertaubat atau

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Zaid Ibrahim diarah bertaubat atau

Please Mendaftar To Post

Oleh Zaid Ibrahim diarah bertaubat atau

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 03-11-08 23:15

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Hrkh) - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menuntut Senator Datuk Zaid Ibrahim bertaubat kerana menyifatkan model ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa.

"Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu," Bernama memetik kata dua Shahidan.

Shahidan berkata, jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu Zaid seharusnya membela Melayu bukan memburukkannya.

"Beliau sepatutnya memiliki semangat Melayu dan tidak seharusnya mempertikai ketuanan Melayu secara terbuka," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

Shahidan mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu.

Baru-baru ini Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu malah konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

Beliau berkata, ia juga telah dipesongkan daripada isu sebenar yang dihadapi negara.

Zaid turut mengkritik dasar yang berasaskan kaum walaupun beliau ahli Umno.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 04-11-08 20:27

!!! QUOTE !!!

"Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu,"

Kena taubat nasuha...? :sopan:

!!! QUOTE !!!

Shahidan mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu.

Eh, ada ke maksud "Zaid Ibrahim" dalam Kamus Dewan?? :berfikir:

p/s: tak sangka selama ni hamba ada 2 agama; Melayu & Islam. Kalau dalam isu kewarganegaraan Diharamkan ada dua kerakyatan, inikan pula dalam beragama. Jadi dalam isu ini tidak mengapalah, hamba rela 'murtad' Melayu dari murtad Islam!

Dunia, dunia....

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 04-11-08 20:59

aik,jadi sekarang ni dah ada lah mazhab baru ya.agama melayu dan imam dia adalah imam besar hadhari tapi boleh bertandang di kalabul malami hua3

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar

posticon Posting pada: 04-11-08 23:31

apa anda melalut ni..?
sudah tentulah beliau yang berdarah dagingkan melayu takkan boleh bertukar jadi yang lain..jadi pak awab ke..jadi mat saleh ke..satu jalannya..dia kena ber'taubat' dengan memohon ampun..

Kalau masih tak mahu ..alternatifnya jangan lagi sesekali mengaku sebagai org melayu..

Bookmark and Share

  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar

posticon Posting pada: 04-11-08 23:58

hmm...
ganasnyer ayat suruh bertaubat...mereka ni faham atau tidak penggunaan ayat taubat tu? pelik lah..mungkin pemikiran orang-orang macam ni terlalu advance tetapi ilmu dalam dada kosong..maaf sekiranya terkasar bahasa....

Bookmark and Share

  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar

posticon Posting pada: 05-11-08 08:54

pesan hang tuah ..

"takkan melayu hilang didunia"

apa yang Zaid cakap tu benar...
tak ada gunanya bercakap ketuanan melayu kalau yang terbela hanya "melayu umno".
bak kata najib lah fikir glokal sikit
sampai bila nak pakai "ketuanan" ni...

-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

putriadam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.07.2008
Ahli No: 34115
Posting: 37
Dari: ums,kota kinabalu

Sabah  

posticon Posting pada: 05-11-08 10:04

tegur sikit nak marh pak cik2 UMNO ni, macam lah mereka saja org MELAYU..

Bookmark and Share

  Member Information For putriadamProfil   Hantar PM kepada putriadam   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 05-11-08 10:17

assalammualaikum

sekadar pendapat

kita bangsa melayu...seharusnya kita mertabatkan bangsa kita. bangsa melayu sepatutnya bersatu padu mengukuhkan ikatan perpaduan... kita perlu mempertahankan ketuanan melayu ...

Bookmark and Share

  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 05-11-08 11:26

Pada 05-11-08 10:17 , bintanghati2008 posting:

!!! QUOTE !!!

assalammualaikum

sekadar pendapat

kita bangsa melayu...seharusnya kita mertabatkan bangsa kita. bangsa melayu sepatutnya bersatu padu mengukuhkan ikatan perpaduan... kita perlu mempertahankan ketuanan melayu ...

yang perlu dipertahankan bukan ketuanan Melayu, tapi ketuanan Islam!

Rasulullah s.a.w. dulu perjuangkan apa? ketuanan bangsa Arab? atau ketuanan agama Islam yang disyariatkan oleh Allah s.a.w.?

fikir sendiri lah ye ;-)

wassalam.

p/s: boleh ke nak tukar bangsa ni? try tanya orang yang suruh zaid keluar Melayu, "macam mana nak keluar dari Melayu?"

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 05-11-08 16:35

Pada 05-11-08 10:17 , bintanghati2008 posting:

!!! QUOTE !!!

assalammualaikum

sekadar pendapat

kita bangsa melayu...seharusnya kita mertabatkan bangsa kita. bangsa melayu sepatutnya bersatu padu mengukuhkan ikatan perpaduan... kita perlu mempertahankan ketuanan melayu ...

ketuanan melayu?. wargh kah kah kah kah kah kah(6 juta kali)

kalau ketuanan umno tu ada lah kah(9 juta kali)

:lucu: :lucu: :lucu: :lucu: :lucu: :lucu: :lucu: :lucu: :lucu: :lucu: :lucu:

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 05-11-08 17:06

ketuanan melayu......hanyalah.....FATA....MORRRGANA....ngeh3x....saya paling teruja masa dengar najib sinis kat 'kerajaan baru' anwar Ibrahim sebagai FATA...MORRRRGANA.....pedihh ooo..

ketuanan melayu ?? status quo ???....zaman melayan union dulu boleh lah...lah ni org tak pandang melayu ke india ke china ke....orang nak KETUANAN ISLAM.....

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 05-11-08 17:07

Assalamualaikum
erk..lamanya Rashdin ketawa...berapa tahun tu nak habiskan 9 juta kali ketawa tu?? :berfikir:

memang tak patut terlalu mengagungkan Melayu..kalau nak agungkan pun rasa tak layak..apa ada Melayu sekarang?:tak

hmm...setiap perkataan seorang pemimpin itu diperhatikan, lebih˛ lagi dari pihak lawan...sukarnya menjadi seorang pemimpin..:bimbang:

P/S : IM, jika saya kata boleh untuk mempertahankan ketuanan Melayu macam mana?? 8-)

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Meshaal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.10.2008
Ahli No: 35602
Posting: 40
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 05-11-08 17:56

Fakta:

"MELAYU": Bangsa
"BAHASA MELAYU": Bahasa Bangsa
"MALAYSIA": Negara Bangsa (Melayu) di Asia.

UMNO: Parti Bangsa Melayu.

Malaysia: 65% MELAYU

-------------------------------------------

-Student Consolidation
-Keyword Search
-What is VIRAL MARKETING?
-Jewelry Auction Here
-How to Protect Your Product?
-Get your skin care advice here

-----------------
Jana Wang USD dengan blog anda di http://pakej-jana-wang-adsense.com/

Bookmark and Share

  Member Information For MeshaalProfil   Hantar PM kepada Meshaal   Pergi ke Meshaal's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 05-11-08 20:48

Pada 05-11-08 17:07 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
erk..lamanya Rashdin ketawa...berapa tahun tu nak habiskan 9 juta kali ketawa tu?? :berfikir:

memang tak patut terlalu mengagungkan Melayu..kalau nak agungkan pun rasa tak layak..apa ada Melayu sekarang?:tak

hmm...setiap perkataan seorang pemimpin itu diperhatikan, lebih˛ lagi dari pihak lawan...sukarnya menjadi seorang pemimpin..:bimbang:

P/S : IM, jika saya kata boleh untuk mempertahankan ketuanan Melayu macam mana?? 8-)

boleh anda bagi sebab2 yang munasabah Kenapa perlu mempertahankan ketuanan melayu ni?.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar

posticon Posting pada: 05-11-08 20:53

dia kata boleh..bukan perlu.... sila baca betul-betul tu sedara

Bookmark and Share

  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 05-11-08 20:56

Pada 05-11-08 20:53 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

dia kata boleh..bukan perlu.... sila baca betul-betul tu sedara

memanglah,tapi soal ketuanan ini pada saya tak patut wujud dalam dunia masa kini jika kita mahu lebih berdaya saing.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 05-11-08 21:55

Assalamualaikum
terima kasih kak eni kerana membantu... 8-)
tak patut eh...saya bagi jawapan pendek jeq kepada Rashdin...
tengoklah apa dah jadi dengan singapura..cukuplah..

P/S : sebab tu saya kata "boleh" dan bukan "wajib"...cuba singkap bagaimana usaha dakwah Nabi Muhammad SAW berjalan atas muka bumi..dan fahamkan satu˛, Kenapa ia bermula daripada Tanah Arab, kaum bani Israel terlebih dahulu...

P/S lagi : nasihat saya, lihat segalanya dari sudut Islam..bukan dari sudut politik semata..
kalau benda tu tak terbabit dengan isu politik, Rashdin betul˛ berminat nak ambil tahu tak?walaupun benda tu ada kaitan dengan Islam? :berfikir: ke, sentuh yang mana˛ disentuh dalam isu politik jeq...??? :jangan:

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 05-11-08 22:06

cuba baca apa yang IM dan myhoney post di atas dan saya bersetuju dengan pendapat2 mereka dan saya tinggalkan persoalan pokok iaitu Ada apa dengan bangsa?.

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Semerah
Warga Rasmi
Menyertai: 05.11.2008
Ahli No: 35755
Posting: 9

blank   avatar

posticon Posting pada: 05-11-08 22:26

"Diasah tajam keris melayu, Digenggam erat mengisi belikat, Keris pusaka keris Laksmana, Berjasa menperjuang warisan melayu""

Bookmark and Share

  Member Information For SemerahProfil   Hantar PM kepada Semerah   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 05-11-08 22:43

Assalamualaikum
betul jugak eh..ada apa dengan bangsa ye..... 8-)

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

(Surah al-Hujurat:13)

bukan saya tak tahu apa pandangan IM dan myhoney..tapi, saya tahu apa skop yang lebih besar pada pandangan mereka..

sebab tu, sekali lagi saya sebut.."boleh" bukan "wajib"... :jangan: :membisu:

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 06-11-08 09:20

Pada 05-11-08 22:43 , sayatetapsaya posting:

wah, siap bawa dalil lagi tu :sopan:

betullah apa yang TT cakap, ada apa dengan bangsa ye Rashdin? ada, mesti ada... sebab tu Allah buat kita ni berpuak2 dan berbangsa2, supaya kita saling berkenal-kenalan... berbaik2...

setiap apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. pasti ada hikmahnya, betul tak semuttetapsemut? :sopan:

soalan asal tuan tetap: "P/S : IM, jika saya kata boleh untuk mempertahankan ketuanan Melayu macam mana??"

bagi saya memang boleh, jika dengan mempertahankan ketuan Melayu dalam konteks Malaysia ini kita dapat pertahankan ketuanan Islam... lebih-lebih lagi sekarang ni majoriti muslim di negara kita adalah Melayu, kalau dengan mempertahankan ketuanan Melayu kita dapat pertahankan Islam, apa salahnya? sebab Melayu=Islam, tapi Islam tak semestinya Melayu, betul tak?

betullah TT guna perkataan "boleh" bukan "wajib", sebab yang wajibnya adalah mempertahankan ketuanan Islam!

harap Rashdin boleh jelas ye, kita kena terima hakikat bahawa manusia memang berbangsa2, bukan hanya 1 bangsa saja di atas bumi ni, itu yang ditetapkan oleh Allah s.w.t... tak perlu lah nak contohi puak Umno yang nak jadikan rakyat Malaysia ni 1 bangsa (kononnya), sebab tu lah asyik berbalah sesama sendiri, sebab bangsa mereka memang berbeza, itu tak boleh diubah!

yang patut diamalkan dalam konteks ini adalah saling memaafkan dan saling menerima, bukannya melupakan apa bangsa kita...

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar

posticon Posting pada: 06-11-08 09:47

Pada 05-11-08 22:43 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
betul jugak eh..ada apa dengan bangsa ye..... 8-)

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

(Surah al-Hujurat:13)

bukan saya tak tahu apa pandangan IM dan myhoney..tapi, saya tahu apa skop yang lebih besar pada pandangan mereka..

sebab tu, sekali lagi saya sebut.."boleh" bukan "wajib"... :jangan: :membisu:

pertamanya saya tak pasti sama ada dalil diatas telah digunakan dengan tepat. untuk menjelaskan keperihalan "apa ada pada bangsa".

keduanya saya lebih suka merujuk baris kedua ayat tersebut "..Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

maksudnya tidak semstinya dia orang melayu baru boleh diangkat menjadi pimpinan asal dia Islam dan fahami kehendak pemerintahan secara Islami itu sendiri.Dan memerintah dengan perasaan takut dan cinta kepada Allah.dan jika orang melayu pun diangkat menjadi peimpin dia mesti berjuang demi Islam dan orang islam serta adil kepada semua manusia. jadinya soal "ketuanan melayu tidak timbul".

Sabda Nabi s.a.w pula: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)

sekali lagi Nabi juga mengariskan nilai "ketuanan sesebuah bangsa" tidak timbul, yang ada hanya "ketakwaan " kepada Allah.

-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 06-11-08 10:17

saya akui benda tu.jadi bagaimana pula dengan isu ketuanan yang selalu diamainkan di media2 perdana?.

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 06-11-08 11:09

Pada 06-11-08 09:47 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

sekali lagi Nabi juga mengariskan nilai "ketuanan sesebuah bangsa" tidak timbul, yang ada hanya "ketakwaan " kepada Allah.

saya dengan ini menyokong usul yang dibawa oleh saudara zulman, yang sepatutnya diperjuangkan adalah agama, bukan bangsa... yang sepatutnya dipertuankan di sini adalah Islam, bukan Melayu...

hurm, masing-masing ada pendapat sendiri kan, macam STS cakap dalam konteks "boleh", persepsi masing-masing.

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 06-11-08 12:03

ok2,adakah zaid ibrahim akan kena seperti ini

.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 06-11-08 16:55

Assalamualaikum
terima kasih IM kerana membantu menjawab bagi pihak saya..sebab saya rasa IM lebih mahir nak mendetailkan apa yang saya fahami..jika P.D pun mungkin boleh tafsirkan dengan baik mengenai konsep Melayu = Islam ni..ada sebabnya..ada certain things dalam perlembagaan yang menjaga Melayu sekaligus menjaga kepentingan Islam..sebab tu saya menyebut perkataan "taknak jadi macam Singapura"... :jangan: betapa sukarnya nak mengamalkan Islam di sana secara syumul..abang shinfay, kak nurkamar jugak rasanya boleh menghuraikan benda ni dengan baik jugak.. 8-)

dalam keadaan sekarang, majoritinya Melayu = Islam, Cina dan lain˛ bangsa adalah non Muslim sekaligus kafir...mari saya bawakan dalil ini..

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka."
(Surah al-Baqarah:120)

mungkin kita tak sedar perkara ini dalam persekitaran kita sekarang, tapi ia adalah realiti yang mungkin sebahagian daripada kita sahaja yang mengetahuinya..saya harap semua faham Kenapa ada kepentingan menjaga ketuanan Melayu yang saya sebutkan di sini..

menjawab soalan EZ...memang saya bawakan dalil itu kerana nak menjawab soalan Rashdin..sekali lagi terima kasih kepada IM kerana membantu.. :welcome: kita kena ingat, tiada sesuatu pun dalam alam ni yang Allah jadikan dengan sia-sia..bangsa, tetap bangsa..dan ada hikmah Kenapa Allah menjadikan pelbagai bangsa dan bukan satu sahaja bangsa di dunia ini..memang kelebihan bukan atas bangsa, tapi setiap bangsa mempunyai kelebihan tersendiri, yang mana jika ia digunakan untuk membawa ketaqwaan kepada Allah, maka di situlah kelebihan bangsa tersebut..so salahkah saya cakap begitu??sama halnya seperti hadith Allah menyukai orang mukmin yang kuat lebih daripada orang mukmin yang lemah..tapi adakah orang mukmin yang lemah tidak dipandang oleh Allah? :jangan: dan bagaimana yang dikatakan Allah menyukai orang mukmin yang kuat itu??yang kekuatannya digunakan untuk menegakkan agama Islam, bukannya kekuatan digunakan untuk menjatuhkan orang Islam apatah lagi sesama Muslim..so, ada apa dengan bangsa??

"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
(surah ali-Imran:191)

menggulung jawapan saya, apa yang saya mahukan ialah kefahaman sebenar tentang Islam yang syumul ni..saya akui apa isu yang dimainkan oleh media massa memanglah salah, saya pun tak pernah bersetuju..dan betul kata EZ, bukan ketuanan Melayu yang wajib dipertahankan, tapi ketuanan Islam itu..tapi, biarlah apa yang kita bincang ni membawa kepada percambahan idea serta ilmu, bagaimana kita memahami Islam secara menyeluruh..

cut clear... 8-)

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 07-11-08 10:04

Pada 05-11-08 10:04 , putriadam posting:

!!! QUOTE !!!

tegur sikit nak marh pak cik2 UMNO ni, macam lah mereka saja org MELAYU..

biasalah.UMNO------->kalah saja terus main isu kaum dan ketuanan

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 11-11-08 19:56

Pada 04-11-08 23:31 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

apa anda melalut ni..?
sudah tentulah beliau yang berdarah dagingkan melayu takkan boleh bertukar jadi yang lain..jadi pak awab ke..jadi mat saleh ke..satu jalannya..dia kena ber'taubat' dengan memohon ampun..

Kalau masih tak mahu ..alternatifnya jangan lagi sesekali mengaku sebagai org melayu..

begini ke cara anda?.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  

posticon Posting pada: 11-11-08 21:30

zaid tu dah bangsa melayu...darahnya adalah bangsa melayu...kok nak keluar melayu lagu mana...tak faham kawe shahidan kassim punya bahasa...

pejuang bangsa ni tak ke mana...baik berjuang untuk Islam lebih baik serta GLOBAL

Bookmark and Share

  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

rindufisabilillah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35853
Posting: 19
Dari: Dungun Terengganu

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 13-11-08 11:24

MELAYU TAK SEMESTINYA ISLAM, ISLAM BUKAN UNTUK MELYU SAHAJA, ISLAM UNTUK SEISI ALAM..

Bookmark and Share

  Member Information For rindufisabilillahProfil   Hantar PM kepada rindufisabilillah   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 13-11-08 13:12

Pada 05-11-08 08:54 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

pesan hang tuah ..

"takkan melayu hilang didunia"

apa yang Zaid cakap tu benar...
tak ada gunanya bercakap ketuanan melayu kalau yang terbela hanya "melayu umno".
bak kata najib lah fikir glokal sikit
sampai bila nak pakai "ketuanan" ni...

Sokong..

-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"

Bookmark and Share

  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

ibnusina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2004
Ahli No: 10405
Posting: 146
Dari: bumi ciptaan-NYA

Perak   avatar

posticon Posting pada: 13-11-08 13:55

sekadar memberi pendapat..

ana tertarik jugak dengan tajuk ni...tapi ana pelik jugak Kenapa zaid perlu bertaubat??adakah dia melakukan dosa besar??menyekutukan Allah atau keluar dari agama?? melayu adalah bangsa...seperti juga cina,juga india..cuba fikir balik,adakah cina yang mengutuk cina juga perlu bertaubat??adakah india yang mengutuk india juga perlu bertaubat??kena faham juga...melayu dulu dan sekarang banyak bezanya..melayu sekarang taksub sangat dengan politik...sanggup berperang,bergaduh hanya kerana berbeza idealogi juga fahaman politik yang dibawa...zaid menegur kerana bersebab...kita sendiri boleh lihat pentadbiran negara kita sekarang....banyak kelemahan...jadi tak salah kiranya tegur untuk kebaikan bersama..jadi sama-sama kita fikirkan....renung2kan dan selamat beramal....

Bookmark and Share

  Member Information For ibnusinaProfil   Hantar PM kepada ibnusina   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 13-11-08 14:13

Pada 11-11-08 21:30 , Saifuddin posting:

!!! QUOTE !!!

zaid tu dah bangsa melayu...darahnya adalah bangsa melayu...kok nak keluar melayu lagu mana...tak faham kawe shahidan kassim punya bahasa...

pejuang bangsa ni tak ke mana...baik berjuang untuk Islam lebih baik serta GLOBAL

sokong

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar

posticon Posting pada: 17-11-08 15:54

800 tahun dahulu... tatkala jatuhnya Zaman Kegemilangan Islam, bangkitnya 'European Renaissance' lantas terjadilah imperialisme, kapitalisme dan sekularisme, senario seperti di Malaysia inilah juga yang berlaku dalam peperintahan Kalifah. Timbul terlalu banyak ulama dan pemimpin Islam. Terlalu taksubkan pemimpin dan ulama juga menjadikan mereka jumud kerana lupa untuk berpegang kepada Al Quran dan Sunnah. Akhirnya seluruh umat Islam hancur dijajah. Ibnu Khaldun menyifatkan senario ini sebagai "Assabiyah".

Bookmark and Share

  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 18-11-08 19:36

Pada 17-11-08 15:54 , panahpena posting:

!!! QUOTE !!!

800 tahun dahulu... tatkala jatuhnya Zaman Kegemilangan Islam, bangkitnya 'European Renaissance' lantas terjadilah imperialisme, kapitalisme dan sekularisme, senario seperti di Malaysia inilah juga yang berlaku dalam peperintahan Kalifah. Timbul terlalu banyak ulama dan pemimpin Islam. Terlalu taksubkan pemimpin dan ulama juga menjadikan mereka jumud kerana lupa untuk berpegang kepada Al Quran dan Sunnah. Akhirnya seluruh umat Islam hancur dijajah. Ibnu Khaldun menyifatkan senario ini sebagai "Assabiyah".

bukan assabiyah ni dah lama bermula ke?.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 23-11-08 23:54

Pada 04-11-08 23:31 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

apa anda melalut ni..?
sudah tentulah beliau yang berdarah dagingkan melayu takkan boleh bertukar jadi yang lain..jadi pak awab ke..jadi mat saleh ke..satu jalannya..dia kena ber'taubat' dengan memohon ampun..

Kalau masih tak mahu ..alternatifnya jangan lagi sesekali mengaku sebagai org melayu..

mak aih,ganasnya anda ni ya.apa definisi taubat pada mata anda?.boleh bagitahu saya :sopan: :sopan:

lepas tu nak memohon ampun dari siapa?memohon ampun dari imam hadhari ke?. :sopan: :sopan:

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.139136 saat. Lajunya....