Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-10-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 6 hari yang lalu
Daeng_Jati: 13 hari yang lalu
skater: 16 hari yang lalu
HIKAL: 35 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Orang Islam sembah objek


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Orang Islam sembah objek

Please Mendaftar To Post


Oleh Orang Islam sembah objek

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-10-08 11:55


timbul satu persoalan bila berbincang tentang tuhan dengan kawan.... kita selalu kata agama tuhan lain tak logik which is very true... macam Hindu anggap lembu sebagai tuhan... kalau nak diikut akal yang waras, tak logik lansgung binatang yang bersepah tepi jalan, berak merata tu boleh dianggap sebagai tuhan......

kawan saya kata pernah org kata org Islam ni hanya pandai cakap sedangkan org Islam sendiri sembah objek (Ka'bah).....

terfikir kejap.... tak pasti apa jawapan TEPAT yang wajar diberikan bila berhadapan dengan situasi macam ni.....

sudi-sudikan lah berkongsi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-10-08 12:10


Kiblat atau juga dieja qiblat, merujuk kepada arah Kaabah yang menjadi titik arah sembahyang bagi orang Islam. Pada mulanya, kiblat mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem, namun pada tahun 624M diganti menjadi mengarah ke Kaabah di Mekah.

kiblat merupakan perkataan Arab yang merujuk arah apabila seseorang Muslim solat. Asalnya, mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem (dan dengan itu dikenali sebagai Pertama dari Dua Kiblat). Pada tahun 624M, semasa penghijrahan Nabi Muhammad SAW di Madinah, arah Kiblat ditukar ke arah Kaabah, dan kekal sehingga kini. Sesetengah pakar berpendapat, pertukaran tersebut berlaku akibat perselisihan antara Muhammad dengan puak Yahudi di Madinah.

Apabila mengerjakan solat dalam Kaabah itu sendiri, seseorang Muslim menghadap ke arah dinding keluar semasa solat, manakala bagi berada di luar Kaabah pula, mereka boleh menghadap mana-mana arah kerana pusingan Kaabah itu 360 darjah.

Kiblat, merupakan titik rujukan di Bumi, ke arah Kaabah. Dalam amalan agama Islam, solat mesti menghadap ke arah Kaabah. Perlu diingatkan bahawa seseorang Muslim tidak menyembah Kaabah atau kandungannya, sama seperti pengikut Kristian tidak menyembah gereja atau salib; Kaabah hanya merupakan titik rujukan untuk solat.

Kiblat menunjukkan arah terpendek ke Kaabah. Disebabkan Bumi hampir bulat, laluan ini membentuk bulatan besar seperti laluan kapal terbang. Lokasi Kaabah (di 21° 25' 24" dan, 39° 49' 24" E) boleh ditentukan secara geometri (sfera) untuk menentukan arah Kiblat di mana-mana sahaja di muka Bumi ini.

Hanya satu kes khas wujud: apabila bersolat dalam Kaabah sendiri, seseorang Muslim menghadap ke arah dinding keluar semasa solat.

Pada masa silam, Muslim yang mengembara menggunakan astrolob untuk menentukan arah Kiblat. Pada tarikh tertentu dalam tahun apabila Matahari berada tepat di atas Kaabah, arah bayang di semua tempat akan menunjukkan dengan tepat arah Kiblat.

Kiblat penting bukan semata-mata sebagai arah solat, tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih (untuk korban mengikut kepercayaan Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selepas meninggal dunia, seseorang Muslim dikebumikan dengan muka menghadap kearah Kiblat.

Beliau berkata, semua empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali bersepakat bahawa menghadap kiblat adalah syarat sah solat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-10-08 12:15


bahasa layman nya macam mana ek.... susah lah pulak nak explain pada org yang tak faham from scientific view...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 29-10-08 13:50


Saya sudah berulangkali menjawab persoalan ini. Salah satunya masih ada di sini:

http://rakanusrah.com/v2/index.php?option=com_fireboard&Itemid=6&func=view&id=801&catid=19

Boleh rujuk di situ.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-10-08 14:02


Pada 29-10-08 12:15 , darkside posting:

!!! QUOTE !!!

bahasa layman nya macam mana ek.... susah lah pulak nak explain pada org yang tak faham from scientific view...


yup, memang orang-orang bukan Islam, kita kena buktikan secara saintifik view, logik..itu caranya nak expalain kat mereka yang tak percaya pada wahyu..agama adalah hujah, agama adalah dalil..tiada pertentangan antara akal dan wahyu..

pada pandangan saya, darkside perlu menerangkan agama adalah keamanan, perpaduan dan kesatuan..tiada agama yang menyuruh kita berpecah belah..jadi apakah simbol penyatuan ummat Islam?salah satunya ialah solat mengadap kiblat iaitu Kaabah..

now, buat perbandingan dengan agama2 lain..apakah ada simbol penyatuan sebegini?ini bukan merendahkan, tpp menggunakan logik akal..bayangkan athiesme, apakah simbol penyatuan dan perpaduan mereka?begitu juga dengan agama2 lain..

dan hujahkan bahawa di Makkah, tempat letaknya Kaabah, setiap tahun berlakunya Haji, berjuta2 ummat Islam berkumpul sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT..ini merupakan himpunan umat manusia terbesar dunia..this is the truth and facts..

banyak lagi hujah2 akal dan logik untuk menerangkan kepada mereka..wallahua'lam..

sahabat2 lain mesti banyak idea lain untuk gunakan logik akal dalam menghuraikan perkara ini..


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-08 15:21


ayat yang mudah;

orang islam tak menyembah Ka'bah. Apa yang berlaku, Ka'bah adalah tanda sahaja, menunjukkan itu arah kiblat sekarang. Satu arah untuk seluruh orang islam solat. Andai bangunan Ka'bah (objek) itu diubah bentuk atau dipindahkan ke Malaysia sekalipun, arah kiblat tetap di sana dan tidak akan berubah mengikut lokasi Ka'bah (objek) tadi.

Wallahua'lam.

sila tegur kalau ada salah.
Berdiskusi dengan sopan amalan mulia.



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

arrantaui
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 36246
Posting: 99

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-01-09 09:02


Pada 29-10-08 11:55 , darkside posting:

!!! QUOTE !!!

timbul satu persoalan bila berbincang tentang tuhan dengan kawan.... kita selalu kata agama tuhan lain tak logik which is very true... macam Hindu anggap lembu sebagai tuhan... kalau nak diikut akal yang waras, tak logik lansgung binatang yang bersepah tepi jalan, berak merata tu boleh dianggap sebagai tuhan......

kawan saya kata pernah org kata org Islam ni hanya pandai cakap sedangkan org Islam sendiri sembah objek (Ka'bah).....

terfikir kejap.... tak pasti apa jawapan TEPAT yang wajar diberikan bila berhadapan dengan situasi macam ni.....

sudi-sudikan lah berkongsi....


Janganlah bila mereka nampak ada air di atas jalan lalu terus buat kesimpulan ada air atas jalan sedang itu hanyalah fatamorgana. Jangalah bila melihat tiang dan pokok yang bergerak kebelakang, terus dikatakan pokok yang bergerak ke belakang, sedang yang sebenar kita sedang dibawa oleh kereta kehadapan. Setelah lihat dengan mata, lihatlah dengan fikiran juga. Minta mereka jangan memisahkan mata dan akal.

Bila orang Islam berdoa adakah dia berdoa kepada batu hitam itu? Adakah bila seorang Islam berdoa dia akan teringat dan tergambar dalam kepalanya akan batu hitam? Sembah bukan hanya dengan tangan dan kaki, ia juga dengan hati.

Bayangkan kalau tiada arah, masing-masing ikut arah masing-masing. Betapa berserabut dan selekehnya. Dalam satu perhimpunan manusia, manusia mengadap ikut suka masing-masing.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arrantauiProfil   Hantar PM kepada arrantaui   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 15-01-09 10:33


halesolurun_84
("Kiblat penting bukan semata-mata sebagai arah solat, tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih (untuk korban mengikut kepercayaan Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selepas meninggal dunia, seseorang Muslim dikebumikan dengan muka menghadap kearah Kiblat.

Beliau berkata, semua empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali bersepakat bahawa menghadap kiblat adalah syarat sah solat.")

hhmm..kenapa pula kena arahkn ke ka'bah..apakah kita sembelih hewan tu untuk mempersembahkan darahnya pada ka'abah..or persembahkan darahnya kepada ALLAH..??
kalau menghadap ka'bah merupakan syarat sah solat..,bermakna xsah lah kalau solat xmenghadap ka'bah..hhmm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 15-01-09 10:34


Pada 29-10-08 15:21 , muslimah_johor posting:

!!! QUOTE !!!

ayat yang mudah;

orang islam tak menyembah Ka'bah. Apa yang berlaku, Ka'bah adalah tanda sahaja, menunjukkan itu arah kiblat sekarang. Satu arah untuk seluruh orang islam solat. Andai bangunan Ka'bah (objek) itu diubah bentuk atau dipindahkan ke Malaysia sekalipun, arah kiblat tetap di sana dan tidak akan berubah mengikut lokasi Ka'bah (objek) tadi.

Wallahua'lam.

sila tegur kalau ada salah.
Berdiskusi dengan sopan amalan mulia.

eh..betul k ni..??hhmm...dulu awal-awal islam dulu.,nabi solat mengarah kemana ya..??arah k ka'bah k..??or kmn..??


-----------------
ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran


Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 16:22


erm, jika hindu menyatakan bahawa berhala yang disembah itu juga hanya titik penyembahan?

maka adakah sama>?

lambang salib 'jesus' juga diletakkan di satu arah dimana ummat christian berdoa ke arah yang satu..

ini jawapan yang saya jumpa :

1. Kaabah hanyalah direction.


Orang Islam tidak menyembah kaabah. Orang Islam hanya menghadap kaabah.

Kalau kita tanya org hindu atau cina yang menyembah berhala, "katakan kita alihkan patung berhala yang kamu sembah ke tempat yang lain, ke arah mana kamu akan sembah?" Dia akan jawab, "di mana sahaja patung itu berada."

Katakan kaabah dialihkan ke Amerika. Adakah org Islam akan menghadap ke Amerika pula? Tidak. Kita tetap akan menghadap ke arah mekah. Ada atau tidak bangunan kaabah di situ, sama sahaja bagi org Islam. Kita tetap akan menghadap ke arah situ juga.

Ini kerana, kaabah hanyalah arah (direction) org Islam melakukan sembahyang. Kaabah bukanlah sembahan.


2. Orang biasa berdiri di atas kaabah untuk melaungkan azan.


Kalau kita tanya org yang sembah berhala, boleh tak mereka pijak berhala mereka? mereka jawab tidak.

Di zaman Nabi SAW, sahabat pernah berdiri di atas kaabah untuk melaungkan azan. Sekiranya, org Islam menjadikan kaabah sebagai sembahan, mengapa mereka sanggup untuk pijak sembahan mereka? Malah bagi penyembah2 berhala, mereka tidak akan sanggup memijak gambar2 berhala mereka seperti brahma, shiva, krishna, buddha dan sebagainya.

Tetapi bagi org Islam, adalah menjadi kebiasaan kita melangkah, malah memijak gambar kaabah! Kebanyakan alas tempat sembahyang yang biasa digunakan oleh orang Islam semasa menunaikan solat (sejadah) ada gambar kaabah di atasnya. Orang Islam biasa langkah, pijak dan duduk di atas gambar kaabah tersebut.


3. Abu Bakr as-Siddiq.


Nama asal Abu Bakr as-Siddiq adalah Abdul Kaabah, yang bermaksud "hamba kaabah." Tetapi selepas memeluk Islam, Nabi SAW menukarkan nama beliau kepada AbdulLah, yang bermaksud hamba Allah.

Ini adalah bukti bahawa org Islam tidak menyembah kaabah.


4. Kesatuan umat Islam.


Kaabah adalah lambang kesatuan umat Islam. 1 500 000 000 umat Islam di seluruh dunia menghadap ke satu arah yang sama apabila menunaikan solat.. tanpa mengira bangsa, kaum, kerakyatan, kaya, miskin, raja mahupun hamba.

WalLahu a'alam.
(http://ifirrr.blogspot.com/2008/12/orang-islam-sembah-kaabah.html)

Jadi ,
kaabah tidak disembah, ia hanya arah di hadap :)

Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 03-02-09 13:19


he..he...
"laisal birro antuwallu wujuhakum kibalal masyriq wal maghrib"bukanlah satu kebajikan itu engkau menghadapkan wajahmu ke barat or ke timur..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

paku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8497
Posting: 179
Dari: Bumi, Bima Sakti

Johor  


posticon Posting pada: 03-02-09 15:40


Kaabah juga makhluk ALLAH. Kita sembah ALLAH.

ps: ALLAH S.W.T. adalah pencipta segala makhluk

Bookmark and Share

    


  Member Information For pakuProfil   Hantar PM kepada paku   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-02-09 20:48


Pada 03-02-09 13:19 , Mulya posting:

!!! QUOTE !!!

he..he...
"laisal birro antuwallu wujuhakum kibalal masyriq wal maghrib"bukanlah satu kebajikan itu engkau menghadapkan wajahmu ke barat or ke timur..
Jadi, apa kaitannya?


-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman


Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 04-02-09 11:20


he..he..sama-samalah jelaskn..
saya tau,awak faham ayat ni...
awalnya umat islam solat menghadap k baitul maqdis...rasul selalu memohon kepada ALLAH agar kiblat dipindahkan k baitullah ka'bah...

saat perintah pindah kiblat tu telah ada pada rasul..,ramai orang yang mempermasalahkan tu...
arah tu merupakan perintah ALLAH...dan yang dimaksudkan solat dan kebajikan tu bukanlah mengahadap kiblat tu, melainkan ketaatan kepada ALLAH dan rasulNYA...
baitullah hanyalah rumah..bukan ALLAH...rumah allah, tidak bermakna ALLAH...sama juga macam:
rasulullah..bukan ALLAH..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108215 saat. Lajunya....