Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 282
Ahli: 0
Jumlah: 282




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 34 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: The Man From the East...


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» The Man From the East...

Please Mendaftar To Post


Oleh The Man From the East...

panglima_azam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.09.2008
Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan

Kedah  


posticon Posting pada: 11-10-08 11:40


SIAPAKAH THE MAN FROM THE EAST



Assalamualaikum,



Di sini saya ingin menghuraikan berkenaan perkara-perkara yang disebut oleh

Nostradamus berdasarkan hadis, sekaligus membuktikan terdapat "mala-fide"

Yahudi dalam konspirasi mengelirukan umat Islam.



1.     Akan muncul A New World Religion.

Kemunculan satu kuasa baru dunia berteraskan agama telah disebut secara

nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadis. Di antaranya:

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal

setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal membaharu (menghidupkan)

urusan agamanya." (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu

Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat

mengatakan hadis ini sahih)

Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah. Mengikut

tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama.

Ertinya kita kini berada di awal kurun. Sebagaimana janji Allah melalui

lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir seorang pemimpin yang akan

menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini.

Berbetulan pula kini kita melangkah ke alaf ke-3 Masehi dan berada di awal

tahun 2000.

Dalam sebuah hadis yang lain, bersabda Rasulullah SAW: "Telah berlaku zaman

kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang

Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan

(Khulafa'-your-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah

zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki.

Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang

menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki.

Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan

penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu

sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman

kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup

zaman kenabian. Kemudian baginda diam." (Riwayat Ahmad)

Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman

Khulafa'-your-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rosak sedang rakyat

masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah

giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang semula. Inilah yang

dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.



2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The

East.



Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari

Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadis disebutkan berkenaan

pemimpin dari Timur itu:

1.Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina

Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang

memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu

hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari

sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At

Tabrani)

2. Dari Tsauban .a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang

Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka

(pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani).

Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan

berbai'ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan

oleh Al Hafiz Abu Naim)



3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.



Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga

buah laut. Siapa sahaja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan

membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Sementelahan

pula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir

zaman.

Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadis. Ini

adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut

terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari

negeri yang ada sifat demikian dan di negeri-negeri berkenaan, mereka

menjalankan 'kerja-kerja kotor' iaitu cuba memadamkan kalimah Ilahi dengan

pelbagai cara.

Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam

buat kali kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah

wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu lagi menjadi sasaran utama mereka

kerana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya "The Man from The East"

itu.

Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini

iaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum

Nasrani manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi.

Dari kedua-dua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini,

terutamanya Indonesia kerana dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu

berasal dan berkembang di Indonesia.

Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap

kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka

berdua akan dibangkitkan.

Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan

mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi,

pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar

mereka ke atas umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat

kuat menyimpan niat sebenar mereka sehingga tidak pernah dapat diketahui

oleh mana-mana umat Islam di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini.

Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pendedahan oleh para

sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka

sendiri sahaja. Begitu bijaknya mereka beroperasi.

Boleh jadi juga negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi

Malaysia kini. Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan

Indonesialah tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih berganti

menjajah Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup Yahudi di

sana. Mereka terlupa dalam keghairahan itu, sebuah negara yang juga terletak

di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Lautan Hindi.

Indonesia adalah kepulauan, oleh itu ia sudah tentu dikelilingi oleh laut,

sedangkan Malaysia (khususnya semenanjung) hanya di lingkungi tiga penjuru.

Di Utaranya tiada laut (tanah besar Thailand).

Umat Islam tidak boleh memandang remeh tentang perkara ini. Kajian pihak

musuh bukan kajian yang main-main kerana mereka berjuang antara hidup dan

mati.

Jika dilihat di segi mercup suburnya Islam berbanding negara-negara Timur

yang lain, Malaysialah yang terkehadapan. Walaupun masih amat banyak

kelemahan, itulah yang paling kuat keIslamannya. Bukan diihat di sudut

kuantiti penduduk tetapi di sudut kualiti penghayatan.

Di sudut bangsa pula, bangsa Melayu adalah bangsa yang belum pernah

menguasai dunia berbanding bangsa-bangsa lain. Mungkin ini peluang untuk

bangsa Melayu. Sudah tentu pula pemimpin yang dimaksudkan itu tidak hanya

berjuang dalam lingkungan tempatan, kedaerahan atau kenegaraan semata-mata.

Perjuangannya adalah perjuangan global yang menjadikan tanah airnya sebagai

tapak globalisasi Islami.

Mana tahu kalau-kalau pemimpin itu telah ada. Bahkan pasti ada jika merujuk

kepada hadis, kita kini berada hampir di penghujung awal kurun. Mungkin

beliau sedang berjuang tetapi tidak disedari oleh musuh-musuh, atau dianggap

remeh oleh musuh. Begitulah apabila Allah mahu mengalahkan musuhNya.



4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.



Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut besar dengan perlantikannya

sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini disebutkan oleh

Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya.

Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika

sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu,

ekonominya akan lumpuh terus dan hapus lalu beliau gantikan dengan sistem

ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil.

Sistem ekonomi Islam yang beliau lagang nanti akan turut menggemparkan

seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan yang pakar-pakar di seluruh dunia.

Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan

sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak bermaya. Akhirnya, sistem

ekonomi Islam yang beliau lagang itu nantilah yang akan berkembang pesat dan

meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang sedia ada di dunia.

Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin

tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum

ini dipenuhi oleh kezaliman.

Dari Ibnu Mas'ud ra, katanya, "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW,

tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila

terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan

wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, "Mengapakah kami melihat pada wajah

Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?" Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait

telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan

menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu

kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka

meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan

beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka

tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari

kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti bumi

ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya,

maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji.

Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi." (Riwayat Ibnu Majah)

Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek sama ada

politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Sabda Nabi SAW,

"Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang pemuda yang akan

memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila

kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda Bani

Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah

Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi." (Riwayat At-Tabrani)



5.     Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).



Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta

kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya.

Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak berserban seperti Rasulullah SAW.

Walaupun ketika ini, amalan sunnah seperti berserban itu telah

dimomok-momokkan oleh orang.

Disebutkan tentang warna serban, sebenarnya banyak hadis menyebut tentang

serban pemimpin ini, sama ada secara khusus ataupun secara umum (merangkumi

pengikut-pengikutnya). Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam

As Sayuti.

Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai serban berwarna biru di

dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma

sekali-sekala sahaja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahawa

hanya beliau seorang yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika

itu, terutamanya ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di

atas kepala sebagai pakaian harian, apatah lagi untuk memakai serban yang

berwarna biru atau hijau.

Berat pula pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian serban

berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat

kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, serban warna biru itu

dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah Timur

dan mula-mula diberikan baiah oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang

dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.



6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.



Ini suatu yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh

dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini ialah, hari Khamis

malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin

selepas sembahyang Maghrib di masjid, di surau atau di rumah.

Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah beliau akan

membanyakkan zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut

malam raya. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jumaat itu sebagai

masa untuk membaca selawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam

Jumaat itu sebagai sangat istimewa bagi dirinya.

Dan memang pun begitu keadaannya bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman

para sahabat lagi, hinggalah zaman salafus soleh dan diteruskan hingga kini,

mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai suatu hari raya dan malam

berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Pesta seperti ini hanya mampu

dilakukan oleh para wali Allah dan orang-orang soleh sahaja.

Mereka menyambutnya dengan penuh kegembiraan, semangat baru dan azam baru

untuk melipatgandakan amal ibadat kepada Allah. Itulah maksud sebenar yang

dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan

kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi

dirinya.

Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh

meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehinggakan hari Khamis malam Jumaat

yang mulia itupun sudah dianggap tidak berbeza langsung daripada hari-hari

dan malam-malam lainnya.



Tahun yang disebut iaitu tahun Masehi 2000 telah tiba. Sebagai orang yang

beriman dengan hadis sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, di

saat ini pihak musuh Islam lebih-lebih lagi peka, maklumlah mereka

dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah

dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa,

serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan

itu.

Sabda Nabi SAW,

"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah

kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah

datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa

merangkak di atas salji."

(Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)

Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_azamProfil   Hantar PM kepada panglima_azam   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 14-10-08 02:41


Siapkanlah pengikut-pengikutnya, dirimu ataukah dari anak-anakmu yang sholeh sholehah. Yang tidak sahaja paham dan memiliki ilmu pengetahuan dan teknologi, namun paham akan ilmu Islam sebagai rahmatan lil alamin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 14-10-08 10:06


... Bangkit dari kejahilan ... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

panglima_azam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.09.2008
Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan

Kedah  


posticon Posting pada: 14-10-08 11:11


salam...

ye.. betul tu kak wawa... kita sebagai umat Muhammad harus bangkit dr kejahilan... tapi bagaimana?

Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_azamProfil   Hantar PM kepada panglima_azam   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 09:11


tapi yang penting

1. Dia tidak boleh ngaku berjumpa (yaqazah) rasul
secara "jaga" atau secara "live".

2. Dia tidak boleh mengaku maksum dan mengaku wali

3. Di tak perlu mendakwa memilki kasyaf dan syafaat.

4. dan banyak lagi..


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

lubda
Warga Rasmi
Menyertai: 03.11.2008
Ahli No: 35721
Posting: 3
Dari: Hospital

Kedah  


posticon Posting pada: 05-11-08 12:38


SUBHANALLAH, PATIK SELALU IMPIKAN MEMERANGI KAUM KAFIR, MASIH ADA MASA... TAPI RASANYA BUKAN MUDAH UNTUK PATIK...
ALLAHUAKBAR!

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubdaProfil   Hantar PM kepada lubda   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 13:02


Pada 05-11-08 09:11 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

tapi yang penting

1. Dia tidak boleh ngaku berjumpa (yaqazah) rasul
secara "jaga" atau secara "live".

2. Dia tidak boleh mengaku maksum dan mengaku wali

3. Di tak perlu mendakwa memilki kasyaf dan syafaat.

4. dan banyak lagi..



Salam saudara Zulman.boleh dihuraikan lebih terperinci penyataan saudara?mudah mudahan kita mendapat ilmu yang bermanfaat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 13:45


Pada 05-11-08 13:02 , farfenna posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-11-08 09:11 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

tapi yang penting

1. Dia tidak boleh ngaku berjumpa (yaqazah) rasul
secara "jaga" atau secara "live".

2. Dia tidak boleh mengaku maksum dan mengaku wali

3. Di tak perlu mendakwa memilki kasyaf dan syafaat.

4. dan banyak lagi..



Salam saudara Zulman.boleh dihuraikan lebih terperinci penyataan saudara?mudah mudahan kita mendapat ilmu yang bermanfaat..



sebelum tu nak semak sikit...sekarang ni awal kurun hijjriyyah ke? hadis ada menyebut
"Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal

setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal membaharu (menghidupkan)

urusan agamanya." (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu

Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat

mengatakan hadis ini sahih)

Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah. Mengikut

tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama."

maknanya ramalan "Nostradamus berdasarkan hadis, " tak tepat sebab sekarang dah lebih 1/4 kurun hijjiriyyah dah lepas...
sebab sekarang dah 1429 hijjiriyyah...dan siapa-siapa yang claimed ada pemimpin tu bakal menjadi "a man from east" maka tersasarlah dakwaannya itu.

keduanya, perkara diatas lebih menjurus kepada "perkara munculnya Imam mahadi dan ada yang cuba mengatakan dia menjadi orang kanan kepada Imam Mahadi

ketiganya persoalan serban biru dan negeri antara 3 lautan....tiada nas yang menyatakan perkara ini.

keempat orang yang claimed "orang kanan imam mahadi" ni juga pernah mengaku berjumpa secara "live dengan rasullullah, ada syafaat dan mempunyai kasyaf.fuhhhh dasyat tu...dan sekarang ni mengatakan sering mendapat arahan demi arahan "terbaru" dari Rasulullah.

kelima..sejak bila ummat Islam percaya kepada perkara ramalan ni?ramalan orang kafir pulak tu.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 03:27


Assalamualaikum

jujurnya saya kagum dengan Nostradamus.hairan dan pelik.
saya ada baca buku dari Peter lemesurier tajuknya Nostradamus in the 21st Century.penterjemah ini juga penulis buku buku seperti The Armageddon spirit,Beyond and Belief,The Great Pyramid Decoded,The Healing of The Gods dan banyak lagi.

melalui sajak sajak,tulisan,kata kata beliau,ramalannya tidak 100% tepat dan banyak menggunakan kata kata yang amat sukar difahami.sering mengeluarkan sajak sajak yang memutar belit,yang membuatkan pembaca,pengkaji2 tulisan beliau mendalami apa yang tersirat.decoding.

contohnya.=LAU NAY LORON = NAPAULON ROY="Napoleon King"=NAPOLEON BONAPARTE
An Emperor will be born near Italy, He will cost his Empire very dearly: He is less a prince than a butcher. - Nostradamus

The French Revolution
PAU, NAY, LORON will be more of fire than of the blood,
To swim in praise,
the great one to flee to the confluence.
He will refuse entry to the Piuses,
The depraved ones and the Durance will keep them imprisoned.
(Century 8, Quatrain 1) Nostradamus.

contoh:"Hiƒter"or "Hister" with a Gothic "s"=Hitler
World War II and Hitler

Beasts ferocious with hunger will cross the rivers,
The greater part of the battlefield will be against HISTER.
Into a cage of iron will the great one be drawn,
When the child of Germany observes nothing.
(Century 2, Quatrain 24)

In the year very not far from Venus,
The two greatest ones of Asia and of Africa:
They are said to have come from the Rhine and from
HISTER Cries, tears at Malta and the Ligurian sea-coast.
(Century 4, Quatrain 68)

world trade center 9/11

Earth-shaking fire from the center of the earth.
will cause the towers around the New City to shake,
Two great rocks for a long time will make war,
And then Arethusa (a ship) will color a new river red.
(Century 1, Quatrain 87)

dan sajak ini benar-benar membuka mata,minda saya.banyak pengkaji2 mengaitkannya dengan precident GW Bush.

In the year 1999, in the seventh month,
from the sky will come the great King of Terror,
bringing back to life the great King of the Mongols.
Before and after, Mars to reign by good fortune.

At forty-five degrees, the sky will burn,
Fire approaches the great new city,
Immediately a huge, scattered flame leaps up
When they want to have verification from the Norman
(Century 5 Quatrain 97)

The king will want to enter the new city,
Through its enemies they will come to subdue it
Captives liberated to speak and act falsely,
King to be outside, he will keep far from the enemy.
(Century 10, Quatrain 49)

dan banyak lagi.memang hairan.setelah berlakunya tragedy 9/11 ramai pengkaji2 barat telah membuka mata: dan kita seharusnya juga meneliti juga apa yang terjadi sebenarnya tragedy 9/11 itu.jangan hanya membaca berita,menonton CNN terus percaya.salam~


-----------------
http://farizfansuri.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 03:59


para kafirin sedang bersatu padu kini,mahu mengapuskan Islam sedunia,berusaha bersatu padu sedunia para kafirin menghancurkan Islam,kau orang masih sibuk di sini berparti politik yang sekecil ini.kasihan kau manusia~tak sedar lagi para kafirin kini sedang mara bersatu padu mahu menghancurkan Islam dari semua segi,dari pelbagai cara,conspiracy.kau orang masih sibuk politik yang entah apa-apa.ketuanan melayu,kekebalan diraja?

sudahlah,cukup lah tu,harusnya berfikir bagaimana ingin memerangi para kafirin dan syaitan.bagaimana ingin memerangi mereka?sedangkan kini kita masih berpecah belah lagi..sesama Islam pula tu..kasihankan kau manusia Malaysia...kasihan..harta kekayaan yang kau orang cari tak kemana.jangan cakap bawa ke mati,cukup lah cakap para kafirin ini berjaya mengusai economy Malaysia.mungkin dari segi kelembutan,mungkin juga dari segi kekerasan.

jangan kau orang lihat dari mata sendiri di tanah air sendiri para kafirin menzalimi saudara islam sendiri,pembunuhan,penyembelihan,mahukah lihat saudara2,para ibu,gadis2 dirogol didepan mata?di bom?mahukah lihat manusia ditembak beramai2 di masjid?bebaskah perjalanan langkah tuan2?nak pergi cari makanan pun kepala kena tembak oleh para kafirin.yang di agungkan para kafirin.yang tersepit islam bersaudara.para imam mekah menangis2 berdoa kepada Allah agar semua umat islam bersatu padu sedunia,kau orang ketawa disini makan beramai2 sesuka hati.lihat saja negara saudara islam kita?peluru melayang layang atas atap rumah.lihat dari mata tuan2 yang bijaksana.kasihan~bercakap dalam hati saja~seharusnya kita bersatu agar negara ini bersatu padu SEISLAM,bukan sebangsa.kalau cina itu islam pun saudara Islam,di negara cina lagi ramai islam dari melayu malaysia.
sekali lagi.kasihan kau manusia..


maaf,saya emosi bila mengingatkan tragedy 9/11..silakan hentam saya.saya budak bodoh baru belajar.ingatan juga buat saya.


-----------------
http://farizfansuri.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 04:26


Surah Al-Haaqqah


Saat yang tetap berlaku itu -

Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).

Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu.

Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya.

Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, -

Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.

Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?

Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan - dengan melakukan perkara-perkara yang salah.

Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.

Sesungguhnya Kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya).

(Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.

Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, -

Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, -

Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, -

Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh),

Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.

Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.

Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!

"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"

Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, -

Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), -

Buah-buahannya dekat untuk dipetik.

(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"

Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, -

"Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.

"Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -

"Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; -

Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku".

(Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, -

"Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -

"Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!

"Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,

"Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.

"Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), -

"Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,

"Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah".

Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya, -

Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya, -

Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.

Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.

Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.

(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, -

Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -

Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta);

Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.

Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).

Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan).

Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).

Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Amiin~


-----------------
http://farizfansuri.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 03:57


assalamualaikum..
ini bukan artikel tentang abuya kan? :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

mcbatistuta
Warga Rasmi
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 36182
Posting: 2
Dari: sheffield

uk  


posticon Posting pada: 14-12-08 09:02


baca sekali , nampak abuya saja orang yang kelihatan 'menepati' ciri-ciri tu

- farfenna, jangan kata diri bodoh. tapi katala kurang bijak
- dunia ini bukan magik samata, ada langkah2 yang perlu dibuat untuk menguasai kembali dunia. Nabi Muhammad saw strugle nak bawa Islam, bukan just doa dan tungu keajaiban

- boleh jadi pemimpin tu anak kita, justeru binalah keluarga yang mantop Islamnya, binalah negara yang menjunjung Quran Sunnah, ..

jzk

Bookmark and Share

    


  Member Information For mcbatistutaProfil   Hantar PM kepada mcbatistuta   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 10:30


salam alaik..

kawan-kawan ku...

sepatutnya kalian baca kenyataan di atas tu dengan fikiran yang flexi..seimbang..maintain.. secara kritis..analitikal..rasional..

kita tak perlu meletakkan siapa dan siapa yang dimaksudkan.. cukuplah cuba menyakini (terpulang lah) bahawa keadaaan ini bakal berlaku..

memang banyak ramalan yang menunjukkan tanah nusantara adalah tempat di mana kebangkitan islam kali kedua berlaku.. tapi kita saja masih tak sedar2.. dalam negara2 asia tggara, malaysia lah negara yang masih terkenal dengan keamanannya (even kita rasa banyak benda berlaku sesama masyarakat),. jangan lah dibilang kerana ia kebijaksanaan pemimpin kita, namun ia sebenarnya satu hkmah tersembunyi yang dipelihara oleh allah..

sememangnya perpaduan bukan berasaskna bangsa..tapi agama.. namun allah tetap tuhan yang adil di mana dia tetap akan memberikan peluang kepada bangsa melayu untuk berkuasa walau sekelitika di muka bumi..

nabi ibrahim dikatakan tekah berdoa suoaya allah memberikan kemuliaan epada ketiga2 anak nya.. keberukan sejarah hanya menceritakan dua org sahaja, ishak yang menjadi bapa kepada org yahudi, serta ismail yang menjadi bangsa arab. cuma bagi bangsa2 d nusantara adalah berbapakan kepada anak baginda yang ke3 itu (tak popular erana beliau bukan rasul)..

memang di akui the man of the east adalah berketurunan nabi.. so.. jangan pula ada yang menyangkalnya..dan ramai org yang akan melatah bila kata islam akan dipimpin seseorang dr bumi nusantara (maube indon/malaysia/filipina/tailand)..apa salahnya? sebenarnya kita saja yang hairan macamana lah org tu boleh datang dr tanah meayu ni sedgkan dia keturunan nabi? lupekah kita? sekarang ni dunia da moden..org da bermigrasi kemana2 serata dunia..ini termasuklah keturunan nabi..phijrahan beramai2 orang-orang arab zaman dulu (keturunan alhasan dan alhusin) menyebabkian mereka membentuk komuniti mereka di mana-mana tempat hjrah mereka dan akan berlaku pgaulan dr pelbagai segi sehingga hilang sikit budaya arab mereka..namun jangan lupa..darah mereka yang mengalir samoai saaat ini tetap tidak berubah even ada d antara mereka berkahwin campur.. sama ada mggunakan nama syed/syekh/syarif/sayyidah/syarifah atau pun tidak, darah yang mengalir dalam tubuhnya tetap ada dr jaluran nabi...

so jangan keliru ye..dalam hadis itu yang utama disebut org itu keturunan nabi...bukan bansgsa arab,.maybe mereka-mereka yang berhijrah ke tempat lain tu ada yang mendakwa sedcara rasmi mereka adalah bangsa arab atau tidak..(di malysia ni anak-anak syed ni ngaku melayu bila nak apply UPU..tapi secara tak lanbgsung mereka dakwa mereka org arab..see...).

jadi wahai saudara2ku sekleian...sedarlah..musuh islam sentiasa memnadang kita..banyak sangat tali barut mereka di negara kita..kita saja tak sedar..bersatu lah kita atas nama bangsa..kita ni sebebnarnya unik..melayu itu islam!! tak ada negara lain yang menyinonimkan bangsa2 mereka dengan agama.. so..bersatula kita.. satukan bangsa melayu dengan menerapkan dasar2 islam di negara malaysia ni...

lagi satu, jangan ada yang sewenang2nya menyanggah mana-mana tariqah tasawuf..jangan sewenangnya menuduh mereka berajaran sesat.. benda-benda tasawuf itu bukan semua org berkebolehan menetapkan sah atau batilnya.. ulama rasmi yang menghukumnya pula seringkali terpengaruh dengan asakan org lain...so..kita sebagai org awam tak perlu menentang sekeras2nya..selagi mana mereka bersyadatain..bersolat sepertmana solat kita, berpuasa, bzakat dan berhaji seperti kita, selagi itu mereka bukan dalam golongan sesat.. hal-hal furuk tu adalah antara mereka dengan tuhan.. melainkan adanya keadaan2 yang secara zahir kita lihat benar-benar memusykilkan kita, itu tidak menagapa...jika serius harsu d sanggah.. ada yang bersyariat tak lerlu solat..nikah batin, solat jumaat makhzuf..pergi haji rumah dia...tu yang wajib ditentang hebat..

so..jangan lah kalian keliru...clearkan minda tu..fikjir bebaik dr pelbagai sudut...cakap berdasar ilmu..bukan emosi...

apa yang saya tulis ni tak ada bias kemana2 pihak..k..maaf atas salah bahasa..ini pendapat peribadi saya semata-mata (believe it or not? it's up you lah..)



_________________________________________________

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 00:01


javascript:%20x()

abuya? saya tak kenal.maaf..

benar sekali,bukan sekadar berdoa,tapi seharusnya seiring dengan usaha.se eloknya kini kita bersatu padu,bersama sama memperjuangkan Islam.
Melayu itu islam?sila ajari saya kerna saya pernah berjumpa Melayu free thinker.maafkan saya,saya lebih suka berkata mari kita semua umat Islam bersatu padu,bukannya mari melayu kita bersatu padu.

sekali lagi,ajari saya.saya kurang pandai.


-----------------
http://farizfansuri.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 09:18


salam alaik
pendapat saya Nostradamus tu dipercayai serang dari bangsa Yahudi, telah mengkaji isi AlQuran...seterusnya merumuskan 'ramalan' yang kononnya benar-benar terjadi............bagi yang ada kemungkinan tak jadi akan diusahakan oleh pihak2 berkepentingan agar Nostradamus sentiasa dipercayai sepanjang zaman sebagai Tukang Tilik terkemuka..........


p/s: ilmu dan ilham bukan diberikan kepada umat Islam sahaja, tapi kepada mereka yang berusaha mendapatkan ilmu tersebut....Wallahua`lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 12:11


Ilham? teman ada teringat takrif ilham ni, tapi terlupe pula dan setahu teman ilham ini kurniaan Allah SWT kepada Hambanya yang dikehendakinya......apa lagi ye? lupa takrifnye yang rasanya wali2 antaranya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 12:15


teman cuba petik artikel mengenai ILHAM dari internet ni,

Di waktu ini, wahyu sudah tidak turun lagi. Ini kerana wahyu adalah untuk para nabi dan para rasul; dan nabi dan rasul sudah tidak ada lagi. Rasulullah s.a.w adalah penutup segala nabi dan rasul.

Mungkin ada orang bertanya, Kenapa Tuhan tidak terus turunkan wahyu kepada manusia selepas wafat Rasulullah supaya manusia akan terus mendapat panduan dari Tuhan. Sebenarnya tidak perlu wahyu itu terus diturunkan kerana agama Islam sebagai agama penutup telah selesai diturunkan dan telah pun disempurnakan oleh Tuhan. Manusia tidak perlu lagi kepada wahyu. Al-Quran itu, sudah cukup dan lengkap dan sesuai digunakan sebagai panduan untuk sepanjang zaman.

Namun begitu, tidak benar kalau kita katakan bahawa dengan tidak adanya wahyu, Tuhan sudah tidak berhubung lagi dengan manusia. Tuhan masih berhubung dan memberi ilmu dan kefahaman kepada manusia terutama dalam memahami ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang maksudnya belum jelas atau yang perlu dijelaskan untuk panduan manusia di sesuatu zaman yang tertentu. Zaman berubah, tamaddun berubah, fikiran dan cara hidup manusia berubah. Oleh itu tafsiran ayat-ayat Al Quran atau hadis perlu difahami sesuai dengan zaman yang beredar. Di sinilah peranan ilham.

Ilham diberi oleh Tuhan kepada orang-orang yang dipilihNya atau wakilNya terutama Mujaddid Nya untuk menerangkan maksud ayat-ayat dan hadis di dalam konteks dan suasana zaman yang berkenaan. Al-Quran, hadis dan hukum-hakam tidak berubah. Ia didatangkan melalui wahyu dan sudah lengkap. Tetapi fahaman terhadap ayat dan hadis itu boleh dijelaskan, dikuatkan atau ditambah dengan fahaman-fahaman baru dengan tidak menafikan fahaman-fahaman lama, sesuai dengan perubahan dan peredaran zaman dan tuntutan semasa.

Di samping itu, kita tahu bahawa maksud sesuatu ayat Al-Quran itu berlapis-lapis. Ada dalil mengatakan sampai tujuh lapis. Satu-satu ayat boleh mengandungi berbagai-bagai maksud. Mungkin pentafsir-pentafsir Al-Quran sebelum ini telah mencungkil dua, tiga atau empat maksud dari sesuatu ayat mengikut kemampuan dan ilham yang diberi Tuhan kepada mereka sesuai dengan zaman mereka. Akan ada lagi tafsiran-tafsiran lain melalui pentafsir-pentafsir lain bagi mengkayakan lagi maksud ayat-ayat tersebut sesuai dengan zaman yang beredar. Inilah peranan ilham yang diberikan oleh Tuhan kepada wali-waliNya.

Akan tetapi harus diingat bahawa ilham bukan wahyu. Ilham tidak membawa agama baru. Yang mendapat ilham bukan nabi dan bukan rasul. Mungkin hanya bertaraf wali. Ilham hanyalah bantuan Tuhan kepada manusia supaya dapat lebih memahami ayat Quran dan hadis. Banyak ayat dan hadis yang maksudnya tidak jelas atau berlapis-lapis. Kalau tidak jelas, maka ia tidak dapat digunakan sebagai panduan. Mustahil Tuhan akan biarkan panduanNya untuk manusia tidak difahami hingga berlaku salah faham dan pergaduhan di kalangan manusia disebabkan ayat atau hadis yang tidak difahami itu. Tuhan bukan bermain-main dalam hal ini.

Sebagai contoh, ada ayat Al-Quran, yang bermaksud:

“Patutkah manusia menyangka bahawa kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya. Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan kami berkuasa menyusun jari tangannya”

Di suatu era, susunan tulang jari jemari tangan manusia yang kompleks dan rapi itu sendiri dikagumi ciptaannya. Di era yang lain, fungsi tangan manusia yang begitu tersusun rapi tulang-tulangnya hingga membolehkan tangan manusia digunakan untuk berbagai fungsi, boleh menggaru, boleh mencubit, boleh menampar, boleh menggosok, boleh menumbuk, boleh memegang, boleh meramas, boleh menyucuk, boleh mencungkil, boleh memerah, boleh mematah, boleh menguli, boleh mengurut, boleh menggengam dan berbagai-bagai lagi yang tidak boleh dibuat oleh tangan makhluk lain, itulah yang dikagumi. Di era sekarang, cap ibu jari tangan manusia yang tidak sama di antara satu sama lain, itu pula yang dikagumi. Walaupun kawasan permukaan ibu jari manusia itu berukuran satu inci kali tiga suku inci, tapi ia boleh mengandungi cap ibu jari yang berbeza-beza di antara berbillion-billion manusia. Tidak ada satu pun cap ibu jari manusia yang sama dengan yang lain. Inilah peranan ilham dalam memahami sesuatu ayat dari era ke era.

Ada pula hadis yang bermaksud:

“Apabila As-Sufyani tiba di Kufah, dia lalu membunuh pengikut-pengikut keluarga nabi Muhammad s.a. w; maka Al Mahdi akan datang dan pembawa panji panjinya adalah Shuaib bin Soleh. "

Siapa As-Sufyani? Siapa Shuaib bin Soleh? Kalau berdasarkan hadis ini sahaja, tidak ada siapa yang tahu dan akan faham maksudnya. Itu belum lagi soal “Abqo", soal “A'raj” dan lain-lain lagi yang terkandung di dalam beberapa hadis tentang akhir zaman. Tidak ada siapa yang faham akan maksud istilah-istilah yang terkandung di dalam hadis-hadis tersebut.

Jelas bahawa ada ayat dan hadis yang tidak akan dapat difahami kalau tidak dikupas dengan ilham. Di kalangan manusia, ada yang diberi ilmu dan ada pula sebilangan yang diberi hikmah. Hikmah ialah ilmu dalam ilmu yang hanya dapat dikupas dengan ilham. Begitulah peranan ilham.

Ada hadis yang bermaksud:

"Barangsiapa yang diberi kepadanya hikmah, dia sesungguhnya telah mendapat kebaikan yang banyak. "

Ada pula pihak yang berkata bahawa ilham tidak boleh diambil kira sebab ia bukan sumber hukum. Sumber hukum hanya empat iaitu; Al-Quran, Hadis, ijmak dan qias. Ini memang benar. Ilham tidak boleh dijadikan sumber hukum. Ia tidak boleh menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Tetapi ilham boleh membantu dalam memahami ayat Quran dan hadis yang kedua-dua itu adalah sumber hukum.

Dalam Islam, ilham tidak boleh dinafikan. Banyak kisah dalam Al-Quran yang membuktikan bahawa ilham itu wujud. Di antaranya ialah ilham yang diberi Tuhan kepada ibu Nabi Musa supaya menghanyutkan anaknya itu ke dalam sungai Nil, untuk mengelak dari dibunuh oleh tentera Firaun.

Ilham adalah rasa yang dicampakkan oleh Tuhan ke dalam hati para walinya. Ilham tidak ada campur tangan akal. Wahyu dikhususkan untuk para nabi dan rasul. Hanya mereka sahaja yang mempunyai jiwa yang kuat untuk menerima wahyu sebab mereka itu dididik terus oleh Tuhan dari mulanya. Manusia tidak ada campur tangan dalam mendidik para nabi dan rasul. Kalau wahyu diturunkan kepada yang bukan nabi dan rasul, maka dia akan mati kerana kekuatan jiwanya tidak memadai untuk menerima wahyu. Pernah Rasulullah mendapat wahyu ketika berada di belakang unta. Berpeluh-peluh dahi baginda dan untanya terjelapak ke bumi kerana terlalu berat penanggungannya.

Para wali Tuhan hanya mampu menerima ilham. Jiwa mereka tidak cukup kuat untuk menerima wahyu. Ini kerana mereka tidak dididik oleh Tuhan sepenuhnya. Manusia ada campur tangan dalam mendidik para wali terutama di peringkat awal kehidupan mereka sebelum Tuhan mengambil alih mendidik mereka itu. Ini juga satu sebab Kenapa wahyu tidak diturunkan lagi selepas wafat Rasulullah SAW. Tidak ada lagi orang di dunia ini yang cukup kuat jiwanya untuk menerima wahyu.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 12:20


Harap ada antara kalian yang dapat memetik atau mengkritik berkenaan artikel ini. Mana-mana yang hendak dibangkit yang memusykilkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 12:26


Pada 15-12-08 12:11 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Ilham? teman ada teringat takrif ilham ni, tapi terlupe pula dan setahu teman ilham ini kurniaan Allah SWT kepada Hambanya yang dikehendakinya......apa lagi ye? lupa takrifnye yang rasanya wali2 antaranya...


tu taraf ilmu yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa
ada beberapa tahap
ilmu, ilham, wahyu (perbetulkan saya kalau salah)

ilham tak semestinya untuk para wali.....
dikurniakan kepada hamba-Nya yang dukehendaki
sebagai contoh kalau tak salah.....(saya cerita ni lebih kurang saja)
bagaimana askar mesir mengalahkan askar Israel (laknatullah)
masa perang 6 hari kalau tak salah, semua pemimpin termasuk pemimpin gerakan ISlam - Ukhwatul Muslimin bergabung tenaga untuk usir bala tentera laknatullah ni, ilham ni turun kepada pemimpin gerakan Ukhwatull Muslimin masa tu (tak ingat maaf)
selepas beliau bersolat hajat, beliau telah diilham untuk membaca surah Al-Kahfi, terdetik di fikiran beliau antara jalan kemaraan tentera Israel laknatullah terdapat beberapa gue yang boleh digunakan untuk serang hendap....dipendekkan cerita serang hendap itu berjaya dan serangan tentera Israel laknatullah berjaya dipatahkan seterusnya berundur..........namun kesudahannya pemimpin Ukhwatul Muslimim serta mereka yang dari gerakan tersebut yang ikut serta ditangkap lalu dipenjarakan......

satu lagi kisah (gambaran kasar saja), pemimpin negara islam menghadapi serangan puak kuffar, maka pemimpin tersebut bertahajud lalu dikurniakan ilham untuk mengikat kalimat 'Bismillah'
pada setiap mata pedang seterusnya dikurniakan kemenangan....(tak pasti kesahihannya)


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-12-08 04:21


nabi ibrahim dikatakan tekah berdoa suoaya allah memberikan kemuliaan epada ketiga2 anak nya.. keberukan sejarah hanya menceritakan dua org sahaja, ishak yang menjadi bapa kepada org yahudi, serta ismail yang menjadi bangsa arab. cuma bagi bangsa2 d nusantara adalah berbapakan kepada anak baginda yang ke3 itu (tak popular erana beliau bukan rasul)..

assalamualaaikum..
syemarly..
menarik isi ni..
boleh bagitau kami bagaimana keberukan sejarah yang dikatakan hanya dua itu salah dan sebenarnya ada 3?

syukran ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 17-12-08 17:21


Pada 16-12-08 04:21 , hyekal posting:

!!! QUOTE !!!

nabi ibrahim dikatakan tekah berdoa suoaya allah memberikan kemuliaan epada ketiga2 anak nya.. keberukan sejarah hanya menceritakan dua org sahaja, ishak yang menjadi bapa kepada org yahudi, serta ismail yang menjadi bangsa arab. cuma bagi bangsa2 d nusantara adalah berbapakan kepada anak baginda yang ke3 itu (tak popular erana beliau bukan rasul)..

assalamualaaikum..
syemarly..
menarik isi ni..
boleh bagitau kami bagaimana keberukan sejarah yang dikatakan hanya dua itu salah dan sebenarnya ada 3?

syukran ..


saudara..maaf atas typing error tu..bukan 'keberukan',tapi 'kebetulan'...maaf atas kesalah fahaman tu..maaf again..

pasal statement tu..pernah saya baca dalam sebuah buku tulisan.....erm..maaf..saya terlupe..tapi org tu adalah pengkaji sejarah ahlul bait, raja-raja emlayu dan hal ehwal org dan tanah melayu..buku tu saya baca semasa saya masih belajar yang dipinjam di PTSL UKM..tajuk pun saya da lupa...tapi Kalau ada masa nanti saya cari balik...maaf atas kelemahan ni..

(rasanya encik daeng boleh explen lagi hal ni pasal dia perempuan obses dengan sejarah orang-orang dan bangsa2 melayu tu..)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-12-08 17:36


Pada 05-11-08 13:45 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-11-08 13:02 , farfenna posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-11-08 09:11 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

tapi yang penting

1. Dia tidak boleh ngaku berjumpa (yaqazah) rasul
secara "jaga" atau secara "live".

2. Dia tidak boleh mengaku maksum dan mengaku wali

3. Di tak perlu mendakwa memilki kasyaf dan syafaat.

4. dan banyak lagi..



Salam saudara Zulman.boleh dihuraikan lebih terperinci penyataan saudara?mudah mudahan kita mendapat ilmu yang bermanfaat..



sebelum tu nak semak sikit...sekarang ni awal kurun hijjriyyah ke? hadis ada menyebut
"Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal

setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal membaharu (menghidupkan)

urusan agamanya." (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu

Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat

mengatakan hadis ini sahih)

Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah. Mengikut

tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama."

maknanya ramalan "Nostradamus berdasarkan hadis, " tak tepat sebab sekarang dah lebih 1/4 kurun hijjiriyyah dah lepas...
sebab sekarang dah 1429 hijjiriyyah...dan siapa-siapa yang claimed ada pemimpin tu bakal menjadi "a man from east" maka tersasarlah dakwaannya itu.

keduanya, perkara diatas lebih menjurus kepada "perkara munculnya Imam mahadi dan ada yang cuba mengatakan dia menjadi orang kanan kepada Imam Mahadi

ketiganya persoalan serban biru dan negeri antara 3 lautan....tiada nas yang menyatakan perkara ini.

keempat orang yang claimed "orang kanan imam mahadi" ni juga pernah mengaku berjumpa secara "live dengan rasullullah, ada syafaat dan mempunyai kasyaf.fuhhhh dasyat tu...dan sekarang ni mengatakan sering mendapat arahan demi arahan "terbaru" dari Rasulullah.

kelima..sejak bila ummat Islam percaya kepada perkara ramalan ni?ramalan orang kafir pulak tu.





bab tajuk ni saya dah ulas..siapa percaya tukang tilik nostrademus angkat tangan .sebelum tu baca dan ulas serta kritik saya punya jawapan dan

sekarang saya nak ulas tetntang persoalan ilham pulak..

1. mohon saudara daeng jati memberitahu dari mana artikel berkaitan ilham itu diperolehi..siapa yang menulisnya.

2. adapun ilham ini walaupun dikatakan "didikan Allah" namun ianya semestinya tidak boleh bercanggah dengan Al Quran dan hadis.

3. Islam bukanya agama magic., kebetulan.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111009 saat. Lajunya....