Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 189
Ahli: 0
Jumlah: 189




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 1 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: surat ayah altantuya


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» surat ayah altantuya

Please Mendaftar To Post


Oleh surat ayah altantuya

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 11:29


!!! QUOTE !!!

     I understand, Mr. Raja Petra has good personal character and has a good reputation and runs humanitarian activity.

    I understand that the below issues were directly connected with murder case of my daughter:

- Who did arrange visa issue for my daughter while she visited in French?
    - Who was attending in the trip to French and what did they do?


    If it could make clear those issues, they would understand every thing. Why is there so much force and influence in the case? Because there was a serious issue. Thus they destroyed my daughter.

    Unfortunately, they pressed down Mr.Raja Petra’s statement. I think this issue needs to get attention from international human right organizations.

    He (RPK) shouldn’t be a victim of politic for justice. It would be justice if they release Mr.Raja Petra.

    As we are, all Mongolian worry for him and his justice, we lack of information on truth and situation.

Signed:
Mongolian citizen: Shaariibuu Setev
06.Oct.2008



boleh dilihat di web ini

http://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2008/10/2008oct.jpg




BERIKAN KEADILAN UNTUK ALTANTUYA DAN BEBASKAN RPK


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 21:15


Sememangnya Raja Petra menjadi mangsa rancangan jahat pihak2 tertentu..Ana kagum dengan keberanian Raja Petra mendedahkan kebenaran...ISA ke, Polis ke, langsung tidak menggugat kberanian Raja Petra..

sama-sama kita berdoa agar Raja Petra akan dibebaskan dari ISA scepat yang mungkin...Ameen...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 21:17


Pada 08-10-08 21:15 , zam_rizal posting:

!!! QUOTE !!!

Sememangnya Raja Petra menjadi mangsa rancangan jahat pihak2 tertentu..Ana kagum dengan keberanian Raja Petra mendedahkan kebenaran...ISA ke, Polis ke, langsung tidak menggugat kberanian Raja Petra..

sama-sama kita berdoa agar Raja Petra akan dibebaskan dari ISA scepat yang mungkin...Ameen...


dan lagi satu berikan keadilan untuk ayah altantuya dalam kes anak dia.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 02:17


Bila tarikh sebut keputusan kes altantuya? Pak Jib nampak macam relaks saja sekarang ni...Hmm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 12:10


Pada 09-10-08 02:17 , zam_rizal posting:

!!! QUOTE !!!

Bila tarikh sebut keputusan kes altantuya? Pak Jib nampak macam relaks saja sekarang ni...Hmm...



maklumlah nak jadi pm(mudah-mudahan tak sempat) jadi fikir boleh lepas.kes ini akan disebut dalam bulan jika tak silap.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 12:34


bagus-bagus, macam ni lah pnyokong pembangkang, apa-apa saja dan sapa saja yang tak suka kerajaan akan anda sokong, tak kira lah anda sokong tu orang entah apa-apa. lepas itu pandai pula anda ramal tu ramal ni, cuma satu saja yang hari tu heboh sangat , suka meramal sangat, confirm konon terjadinya 16 SEPTEMBER, SEKARANG APA JADI? duduk DIAM saja?lepas itu bila ditanya, pandai pula alasan2 itu ini, dulu tak cakap pula ada alasan-alasan tu..apa kehenya?. ..saya boleh anggap lah macam tajuk lagu "pelamin" anganku musnah...hehe..lain kali jangan yakin sangat kalau tu sekadar dengar cakap pemimpin yang nak jadi pm tu...kita saja ni yang lebih-lebih...nak tunggu tarikh apa lagi? tak lama lagi 16 Oktober..haha..suka sangat buat provok...makan keropok lagi best...all the best

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 12:37


hehehe ramai masih tak tahu percaturan politik rupanya.nak tukar kerajaan bukannya mudah lebih-lebih lagi yang suadh lama berada di atas jadi memanglah sukar.sekarang menanti sidang dibuka semula dan juga menanti jawapan dari SPB YDPA supaya mengadap baginda IA.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 13:07


Pada 09-10-08 12:37 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

hehehe ramai masih tak tahu percaturan politik rupanya.nak tukar kerajaan bukannya mudah lebih-lebih lagi yang suadh lama berada di atas jadi memanglah sukar.sekarang menanti sidang dibuka semula dan juga menanti jawapan dari SPB YDPA supaya mengadap baginda IA.
hehe... ramai masih tak tahu suka meramal tu kerja siapa..hehe. masa meramal tu excited sangat, siap nak dolak dalikkan pendapat orang lain, nak kata dia saja yang betul untuk 16 Sept, sekrang? percaturan politik bukan dengan ramalan, bukan dengan hakikat confirm dapat, bila dah tak dapat, banyak alasan, alasan mudah percaturan politil.hehe. tau pun bukan senang nak tukar kerajaan, dulu pun saya dah cakap kat tajuk tu, anda saja yang excited lebih..hehe...jangan kerana satu perkataan rosak, satu ayat rosak..so, berhati2lah ye..jangan banyak sangat nak hentam kerajaan ni, cuba hentam pula pembangkang. setahu saya banyak kes-kes pihak pembangkang sekarang ni. tak kan tak letak sini agaknya, tak kan nak sembunyikan aib sendiri, aib orang dipapar, diheboh2...hehe ... tapi mustahilla kan, apa kita sokong, tak kan kita nak burukkan juga...hehe..all the best...


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 09-10-08 15:01


Setuju dengan ahli lagenda.....

Adalah lebih baik kita sentiasa mengingatkan diri kita agar sentiasa memanjatkan syukur kepada Allah atas keamanan dan keselesaan hidup kita di bumi Malaysia ini jika dibandingkan dengan negara lain yang sedang dilanda bermacam2 masalah.

Bantulah dulu ahli keluarga dan insan2 yang terdekat dengan kita...janganlah kita asyik sibuk dengan urusan orang lain yang sudah semestinya mempunyai agenda untuk mereka sendiri.....

Fikirlah secara menyeluruh.....janganlah menyokong membuta tuli.

Salam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 15:51


saya menyokong supaya mereka yang menganiaya altantuya dan keluarga diheret ke muka pengadilan.anda tak ke kasihan tengok ayah dia kesana ke mari nak tuntut keadilan?.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

nie_nadia
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8745
Posting: 133
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 16:55


Pada 09-10-08 13:07 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 09-10-08 12:37 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

hehehe ramai masih tak tahu percaturan politik rupanya.nak tukar kerajaan bukannya mudah lebih-lebih lagi yang suadh lama berada di atas jadi memanglah sukar.sekarang menanti sidang dibuka semula dan juga menanti jawapan dari SPB YDPA supaya mengadap baginda IA.
hehe... ramai masih tak tahu suka meramal tu kerja siapa..hehe. masa meramal tu excited sangat, siap nak dolak dalikkan pendapat orang lain, nak kata dia saja yang betul untuk 16 Sept, sekrang? percaturan politik bukan dengan ramalan, bukan dengan hakikat confirm dapat, bila dah tak dapat, banyak alasan, alasan mudah percaturan politil.hehe. tau pun bukan senang nak tukar kerajaan, dulu pun saya dah cakap kat tajuk tu, anda saja yang excited lebih..hehe...jangan kerana satu perkataan rosak, satu ayat rosak..so, berhati2lah ye..jangan banyak sangat nak hentam kerajaan ni, cuba hentam pula pembangkang. setahu saya banyak kes-kes pihak pembangkang sekarang ni. tak kan tak letak sini agaknya, tak kan nak sembunyikan aib sendiri, aib orang dipapar, diheboh2...hehe ... tapi mustahilla kan, apa kita sokong, tak kan kita nak burukkan juga...hehe..all the best...




setuju...setuju...setuju...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nie_nadiaProfil   Hantar PM kepada nie_nadia   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 20:04


penyesalan yang dilafazkannya(ayah altantuya) bersabit pembunuhan dan letupan kejam keatas anaknya.

1. Mengapakan kes sengaja dilengahkan?

2. Mengapa siasatan polis tidak rapi dan Dato Najib tidak disoalsiasat walaupun beliau pasti Altantuya adalah kenalan Najib dan pegawai kanan beliau didakwa terlibat?

3. Mempertikai kesungguhan jabatan peguam negara terutama manakala mereka mengumumkan awal lagi “tidak ada orang lain terlibat.”

4. Mempersoal pemilihan dan perjalanan mahkamah.

5. Kegagalan menyiasat pengakuan mengenai pembunuhan yang dilakukan komando berkenaan.

Prof. Shaaribu mendakwa mempunyai beberapa fakta dan maklumat lainnya, namun kesal kerana kes tersebut tidak dikendali secara bebas dan adil.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 10-10-08 21:22


aiyak,najib ada di batu nesan pula dah hehehehehe


n


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 14-10-08 19:24


Dari awal lagi Najib Tun Razak telah menafikan pelbagai rumor yang mengaitkan nama beliau. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, tidak ada lagi sebarang kenyataan penafian kerana akan menjejaskan proses perbicaraan. Najib Tun RazakSetelah sekian lama, kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai rumor penglibatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, barulah dinafikan secara rasmi pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya 'mendiamkan' diri sahaja.

Pada 1 Mei 2008, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu. Antara kenyataan dan penafian itu termasuklah :


Tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit.


Berikut ialah 6 Penyelewengan Besar Kes Altantuya:


1. Enggan Siasat Saksi

Dakwaan seorang saksi kes Altantuya bahawa Altantuya pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama 'Najib Razak' tidak pernah disahkan . Malahan kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti oleh pihak penyiasat mahupun pihak mahkamah.



2. Enggan siasat gambar.
Konon-kononnya ada sekeping gambar Altantuya dengan Razak Baginda dan 'Najib Razak' tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak termasuk oleh pemimpin utama pembangkang. Ini disebut oleh seorang saksi kes tetapi tidak disiasat oleh pendakwaan. Sewajarnya, sebuah unit siasatan dikerahkan memastikan kewujudan gambar ini benar atau tidak.


3. Enggan Panggil Saksi

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya. Beliau juga mendakwa tidak pernah menyokong permohonan visa Altantuya untuk datang ke Malaysia. Beliau juga menafikan sengaja menghapuskan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kedatangan Altantuya ke Malaysia. Memandangkan Najib begitu kerap memberi pelbagai kenyataan berkaitan kes ini, sewajarnya najib dipanggil/disepina sebagai saksi. Keengganan memanggil Najib memberi keterangan menguatkan persepsi umum bahawa ada perkara hendak disembunyikan dan Najib takut.


4. Saksi Di ISA!
Kebanyakan kenyataan-kenyataan Raja Petra berhubung kes ini merupakan 'hearsay' yang tidak pernah dibuktikan kesahihannya. Kes pembunuhan Altantuya dikatakan tidak bersangkut-paut dengan pembelian kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia. Kementerian Pertahanan Malaysia memang ada membeli kapal selam tersebut tetapi mengaku tidak pernah melibatkan wanita bernama Altantuya. Sekiranya ini benar, Raja Petra patut diberi peluang membela diri di mahkamah dan bukan di ISA kan. Apabila Raja Petra di ISA, tentulah beliau boleh disiksa dan diberi tekanan sewaktu di dalam ISA.


5. Tindakan pelik Rosmah

Sewajarnya, apabila seseorang itu difitnah, si mangsa akan segera mempertahankan diri dan mendakwa pemfitnah di mahkamah sekiranya berterusan memfitnahnya. Inilah yang dilakukan oleh Anwar kepada Mahathir. Ini berbeza dengan Rosmah di mana beliau enggan mendakwa Raja Petra yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya sebaliknya, dalam diam-diam, Raja Petra di ISA. Ini menguatkan persepsi bahawa Rosmah tidak berani mendakwa di mahkamah kerana ada perkara yang hendak disembunyikan.

6. Rancangan KJ?

Antara ura-ura yang bertiup kencang ialah pendakwaan ke atas Raja Petra dan perjalanan kes Altantuya ini merupakan sebahagian rancangan KJ untuk menjatuhkan kareer politik Najib agar bapa mertuanya ‘terpaksa’ terus berkuasa. Semua maklum bahawa Raja Petra didakwa di mahkamah berikutan tulisannya dalam blognya yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya. Tulisan blogger selama ini tidak dipandang serius pun. Tetapi, apabila Raja Petra di dakwa di mahkamah, publisiti besar-besaran akan memusnahkan reputasi Najib. Tindakan mendakwa Raja Petra ketika pemilihan UMNO begitu dekat dikatakan sebagai ‘kebetulan’.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 14-10-08 22:21


Kes Pembunuhan Altantuya Menimbulkan Persoalan Penting Mengenai Ketelusan dan Akauntabiliti


Selain daripada isu-isu perundangan dan jenayah, kes ini telah menimbulkan persoalan penting mengenai ketelusan dan akauntabiliti.

Orang ramai berhak mengetahui bahawa siasatan telah dijalankan tanpa kecuali terutamanya terhadap penggunaan bahan letupan C4 di samping dua daripada mereka yang tertuduh ialah anggota Unit Tindakan Khas yang ditugaskan di pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Dalam perkara ini, kepentingan awam menuntut agar kenyataan polis diambil daripada semua yang didapati mempunyai apa-apa hubungan dengan Altantuya Sharibu atau apa-apa kaitan dengan para pembunuh. Sebagai contohnya, ada persoalan yang masih belum dijawab berkenaan mengapa anggota untuk yang sedang dituduh mahu membunuh mangsa dan kemudian mengambil tindakan yang begitu drastik untuk memusnahkan bahan bukti? Adakah mereka bertindak di atas keputusan mereka sendiri atau adakah mereka melaksanakan arahan? Siapa pula yang meluluskan penggunaan bahan letupan C4?

Tambahan lagi, ada juga persoalan mencurigakan mengenai kehilangan dokumen perjalanan berkaitan pergerakan keluar masuk Altantuya secara tiba-tiba.

Adakah pihak imigresen sedar tentang perkara ini? Atau ada arahan dari pihak atasan untuk memadam rekod-rekod ini? Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Inilah persoalan yang mesti disiasat secara telus, dan mereka yang bertanggungjawab mesti didedahkan.

Tidak kiralah apa yang akan terjadi di dalam perbicaraan yang hanya akan diadakan pada tahun hadapan, persoalan-persoalan asas ini mestilah dijawab sekarang. Persoalan-persoalan ini bukan hanya ditanya di negara kita, tetapi di seluruh dunia dan sistem kehakiman kita mendapat perhatian sekali lagi. Tanggapan umum kini ialah sebuah siasatan jenayah yang tidak lengkap yang menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan. Sudah semestinya mereka yang melakukan pembunuhan tersebut dibawa ke muka keadilan, tetapi semua yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan tersebut juga mesti didedahkan. Malah, pihak tersebut memikul beban yang lebih besar untuk jenayah tersebut.

Persoalan juga timbul berkenaan peranan Altantuya dalam pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta dari Perancis oleh kerajaan Malaysia dalam perjanjian bernilai hampir 1 billion euro (RM4.6 billion). Kami menganggap sebab-sebab yang diberi oleh kerajaan bahawa tiada isu rasuah atau akauntabiliti kerana komisyen ini dibayar oleh penjual kepada pihak ketiga, dan “tidak melibatkan wang kerajaan” langsung tidak munasabah.

Ini penipuan yang nyata; tiada penjual yang akan memberi komisyen sebegitu lumayan melainkan ia telah diambilkira di dalam harga pembelian kapal selam tersebut.

Pembayaran komisyen berjumlah 114 juta euro (RM530 juta) nyata sekali teramat mahal. Orang ramai berhak mengetahui siapakah sebenarnya yang mendapat durian runtuh ini? Sebagaimana didedahkan oleh Far Eastern Economic Review pada tahun 2002, Perimekar Sdn. Bhd. Akan menerima 8% dari jumlah kontrak dalam masa 6 tahun akan datang. Menurut penerbitan tersebut, Perimekar dimiliki 100% oleh Ombak Laut, syarikat milik Razak Baginda dan rakan-rakannya. Ombak Laut kemudian menjual 40% dari syarikat Perimekar kepada LTAT dan sebuah syarikat berkaitan.

Bagaimana sebuah syarikat yang tidak dikenali mendapat urusan pembelian senjata yang begitu besar. Hakikat bahawa Razak Baginda mengetuai sebuah ‘think-tank’ politik yang begitu rapat dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dengan sendirinya menimbulkan persoalan yang besar mengenai ketelusan transaksi tersebut.

Mengapa pihak-pihak berkuasa seperti Badan Pencegah Rasuah dan Bahagian Jenayah Komersial tidak memulakan siasatan terhadap perkara ini?

ANWAR IBRAHIM

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 14-10-08 22:24


cuba tengok fakta ini pula.


Di Sebalik Pembunuhan Altantuya.
Najib tidak berani jawab isu hubungan dengan Altantuya. Najib juga akui bertemu Saiful 2 hari sebelum Saiful membuat repot Polis terhadap Anwar -- Bukti dia terlibat dalam konspirasi. (Sumber: Parti Keadilan Rakyat)

Bersama-sama ini disertakan beberapa isu dan telahan mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Aminah Abdullah.

Pertama:
Peguam Zulkifli Noordin pernah mendedahkan Altantuya Shaaribu telah memeluk agama Islam dengan nama Aminah Binti Abdullah.

Telahan:
Apakah Altantuya memeluk Islam bagi berkahwin dengan lelaki Muslim? Jika benar, siapakah lelaki tersebut?

Berdasarkan kepada Akuan Berkanun Encik P. Bala, lelaki tersebut ialah Abdul Razak Baginda.

Kedua:
Peguam Karpal Singh telah menimbulkan satu persoalan, apakah Altantuya mengandung ketika mayatnya diletupkan? Apakah motif penggunaan bom C4 untuk memusnahkan badannya? Jika dia mengandung, siapakah bapa kepada kandungan tersebut?

Ketiga:
Akuan Berkanun Raja Petra Raja Kamaruddin menyatakan Rosmah turut berada di tempat kejadian ketika mayat Altantuya diletupkan. Jika benar, mengapa Rosmah perlu berada di situ?

Keempat:
Akuan Berkanun P. Bala menyatakan Menteri Pertahanan Najib Razak pernah meniduri dan meliwat Altantuya (Akuan ini dipinda). Jika tidak benar, mengapa Najib tidak berani menjawab hubungannya dengan wanita Mongolia itu?

Kelima:
Tujuan Altantuya mengembara dari jauh datang ke Malaysia. Menurut Akuan Berkanun P. Bala, Altantuya mahu mendapatkan wang imbuhan USD 500 000 seperti yang dijanjikan semasa menguruskan transaksi pembelian kapal selam.

Telahan:
Altantuya bukan datang sebagai seorang pelancong. Dia mempunyai agenda lain ketika bertandang ke sini.

Lagipun mayat pelancong tidak akan dimusnahkan dengan bom C4.

Kesimpulan Kes: Hubungkan perkataan - perkataan tersebut.

Menteri Pertahanan, Najib Razak, meniduri dan meliwat, Aminah Abdullah, berkahwin, Razak Baginda, pembelian kapal selam, USD 500 000, mengandung?, Rosmah, bom C4.

http://calamisarei.blogspot.com/2008/07/di-sebalik-pembunuhan-altantuya.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 18-10-08 12:21


Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat Najib

Oleh Azamin Amin | HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) - Kerajaan digesa menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat segala dakwaan dan tuduhan terhadap calon Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Iklan

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata, negara dan rakyat tidak mahu mempunyai seorang Perdana Menteri yang menjadi bahan bualan dan ketawa masyarakat antarabangsa terhadap tuduhan yang belum lagi dibersihkan oleh beliau sendiri mahupun kerajaan sedia ada.

Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang Timbalan Perdana Menteri yang bakal memimpin negara mempunyai tuduhan sebanyak itu malahan segala dakwaan terhadapnya dianggap menakutkan.

“Mahukah kita ada seorang Perdana Menteri apabila menghadiri sidang antarabangsa menjadi objek ketawa, objek whisper (bisikan).

“Oh, itu orang terlibat dengan pembunuhan Mongolian Altantuya. Itu orang adalah commission submarine Scorpene. Itu adalah terlibat dengan komisen Sukhoi. Kita mahu ini dibersihkan,”tegasnya sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 (bajet)di dewan rakyat baru-baru ini.

Beliau di samping itu, turut mencabar ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) supaya bersetuju untuk menubuhkan suruhanjaya terbabit bagi membersihkan imej Najib sekaligus mengundang rasa hormat terhadap bakal Perdana Menteri itu.

“Kita mahu mengadakan siasatan terbuka royal commission enquiry terhadap segala tuduhan yang dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri supaya apabila beliau menjadi Perdana Menteri kita semua boleh merasa bangga ada seorang Perdana Menteri yang bersih seratus peratus atau sebaliknya,” katanya.

Penasihat DAP itu juga turut mencadangkan supaya Parlimen membenarkan masa yang panjang untuk membahasakan isu nama baik Najib yang juga merangkapa Menteri Kewangan itu.

“Ini sangat serius. Sebab sebenarnya kita patut ada sesi satu atau dua hari untuk perbahasan satu perkara sahaja. Nama baik Dato’ Seri Haji Mohd Najib. Nama baik dia. Sepatutnya full day debate bukan sesingkat ini,” katanya. - mks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.560438 saat. Lajunya....