Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 133
Ahli: 0
Jumlah: 133




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 24 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..

Please Mendaftar To Post


Oleh TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..

syahadah21
Warga Rasmi
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33648
Posting: 18
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-10-08 11:18


BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI seorang BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN dalam KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat.

Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.>

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, orang-orang kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan sama ada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU... .INSAFI LAH DIRI.

USTAZ ROSLI AL HAFIZ.
:berfikir: :berfikir: :berfikir:


-----------------
Syahadah21


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadah21Profil   Hantar PM kepada syahadah21   Pergi ke syahadah21's Website   Quote dan BalasQuote

syahadah21
Warga Rasmi
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33648
Posting: 18
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-10-08 11:23


Assalamualaikum..
selamat hari raya semua..
saya baru sahaja terima email ini pagi tadi..dan ia menganggu fikiran saya..
dek kerana pengetahuan agama yang cetek maka saya ingin mengetahui pendapat sahabat semua..
saya pasti ada yang lebih arif tentang hal ini..bantulah saya..thank you

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadah21Profil   Hantar PM kepada syahadah21   Pergi ke syahadah21's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 06-10-08 12:08


Assalamualaikum
inysaAllah, email ni mempunyai input yang benar di dalamnya..sebab pernah dibincangkan perkara ni dalam ukhwah ni..cuma saya tak ingat di mana..sesiapa yang boleh memberi link kepada thread tersebut, harap boleh kongsikan...dan sesiapa yang nak menambah kepada input ni amatlah dialukan...

erk, macam pemula topik lah pulak.. :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

syahadah21
Warga Rasmi
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33648
Posting: 18
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 12:48


Pada 06-10-08 12:08 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
inysaAllah, email ni mempunyai input yang benar di dalamnya..sebab pernah dibincangkan perkara ni dalam ukhwah ni..cuma saya tak ingat di mana..sesiapa yang boleh memberi link kepada thread tersebut, harap boleh kongsikan...dan sesiapa yang nak menambah kepada input ni amatlah dialukan...

erk, macam pemula topik lah pulak.. :-D



Thanks 'ahli lagenda'..
permasalahan ini berlaku dikalangan ahli keluarga saya..justeru saya akan terus berusaha untuk mendapat jawapannya..sesungguhnya ini pertama kali saya dengar tentang hal ini..dan jika benar sesuatu harus dilakukan..saya sudah merujuk di kalangan sahabat dan ada yang mengatakan perkahwinan itu sah kerana bayinya baru 3 bulan dalam kandungan..

kepada akhwat yang dikasihi ..jagalah peribadi dan batasan pergaulan..sesungguhnya zina itu banyak keburukkannya..


-----------------
Syahadah21


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadah21Profil   Hantar PM kepada syahadah21   Pergi ke syahadah21's Website   Quote dan BalasQuote

alang8290
Warga Rasmi
Menyertai: 07.10.2008
Ahli No: 35280
Posting: 1
Dari: MALAYSIA

malaysia  


posticon Posting pada: 09-10-08 13:12


2 semestinyerrrrr........... setiap benda hidup akan mneruskan ksinanbungan genetik dan zuriat nyerrrrr....... andan pun same,...... malah mungkin lebih dari itu.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For alang8290Profil   Hantar PM kepada alang8290   Quote dan BalasQuote

ikhwanzm
Warga Rasmi
Menyertai: 06.10.2008
Ahli No: 35262
Posting: 9

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 14:00


Salam .... ada beberapa maklumat yang boleh dibaca
di link2 berikut. Semoga dapat menambah sumber maklumat .........

Sah Nikah Hamil : Tak Boleh Percaya Taubat Mereka
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=577&Itemid=99


Hukum Kahwini Wanita Hamil Anak Luar Nikah
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=469&Itemid=99


Kahwini Tunang Pernah Berzina
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=211&Itemid=99

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwanzmProfil   Hantar PM kepada ikhwanzm   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 15:32


Jelas dalam Quran, Allah mengarahkan JANGAN HAMPIRI ZINA...

jauhilah ia dalam apa jua bentuk sekalipon....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 09-10-08 16:11


Pada 09-10-08 12:48 , syahadah21 posting:

!!! QUOTE !!!


Thanks 'ahli lagenda'..


Assalamualaikum
erk... :berfikir:
hmm..tak silap saya, yang pasal kandungan tu, 4 bulan ke bawah tak silap..boleh digugurkan, dengan syarat yang kukuh, contohnya dirogol oleh orang lain...tapi, kalau dalam hal zina suka sama suka ni, tak pasti lah...boleh gugur ke tak...rasanya tak boleh..sebab ia perbuatan yang disengajakan..dan haram mengahwini orang yang sedang mengandung ni..hmm..

harap ada penjelasan daripada ahli yang lebih fakih dalam hal ni..



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-10-08 11:15


asalamualaikum,
erm gugr dibolhkn dalam islam?
betul ke?

tak pernah lagi saya dengar islam membenakan nyawa mereka yang tak bersalah ni dipertaruhkan hanya kerana terhasil kesan dirogol?

ada reference akh?

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

nur_halida
Warga Rasmi
Menyertai: 08.04.2006
Ahli No: 24069
Posting: 6
Dari: terengganu

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-10-08 22:57


subahanallh..rumit sguh ya,,ni baru ana tau tetag hal ini..
ana pernah lihat hal seperti ini,,
masa wanita tu hamil..ayah pada kandungan itu dan wanita itu dikahwinkn,,selepas bayi itu dilahirkan,,sekali lagi dia mahu dia kad kan..
ana pernah terdengar o terbaca sati ceramah..tak pernah ada istilah akad dua kali dalam kahwin,,itu adab org melayu saja..entah ana pun pasti,,tapi yang pastinya jika bayi tu lahir lelaki,,kita mungkin boleh smbunyikn hal ni..tapi jika bayi tu lahir perempuan subhanallah..sedihnya..si ayah tak dapat mewalikn bayi ni..jika diwalikn juga,,perkhwinan ni xsah,,sb bayi dan ayah telah terputus nasab..

tapi Selalunya kerana malu nak ngaku anknye perlu wali hakim,,si ayah ni jadi wali,,tapi xkesianke,,ana dan menantu baru ni akan berzina..kerana perkhwinan ni xsah..
subhanallah,,
entahlah,,tak tahu lah ana,,,,menakutkan..


-----------------
http://www.tustin.k12.ca.us/cyberseminar/soc/seven/mecca.jpg


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_halidaProfil   Hantar PM kepada nur_halida   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 13-10-08 15:42


Pada 10-10-08 11:15 , hyekal posting:

!!! QUOTE !!!

asalamualaikum,
erm gugr dibolhkn dalam islam?
betul ke?

tak pernah lagi saya dengar islam membenakan nyawa mereka yang tak bersalah ni dipertaruhkan hanya kerana terhasil kesan dirogol?

ada reference akh?


Assalamualaikum
hyekal tujukan pada posting saya ke??
hmm..kena baca kenyataan saya bebetul ni... :jangan:
gugur dibolehkan, dengan syarat..saya maksudkan dengan syarat...bukan disengajakan oleh pihak perempuan contohnya dia dirogol tanpa kerelaannya..itupun dengan keadaan dimana janin tu, jika tak silap saya, berumur kurang daripada .... hari (tolong fill kan in the blank..sebab saya bebetul tak ingat..) tak silap, 40 hari ke 4 bulan..tolong bantu saya...

dalam hal zina, saya tak pasti...cuma pendapat saya yang daif ni, saya takrasa boleh...apapun, mohon pada rujukan lain..

harap hyekal jelas ye...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-10-08 15:50


Pada 13-10-08 15:42 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-10-08 11:15 , hyekal posting:

!!! QUOTE !!!

asalamualaikum,
erm gugr dibolhkn dalam islam?
betul ke?

tak pernah lagi saya dengar islam membenakan nyawa mereka yang tak bersalah ni dipertaruhkan hanya kerana terhasil kesan dirogol?

ada reference akh?


Assalamualaikum
hyekal tujukan pada posting saya ke??
hmm..kena baca kenyataan saya bebetul ni... :jangan:
gugur dibolehkan, dengan syarat..saya maksudkan dengan syarat...bukan disengajakan oleh pihak perempuan contohnya dia dirogol tanpa kerelaannya..itupun dengan keadaan dimana janin tu, jika tak silap saya, berumur kurang daripada .... hari (tolong fill kan in the blank..sebab saya bebetul tak ingat..) tak silap, 40 hari ke 4 bulan..tolong bantu saya...

dalam hal zina, saya tak pasti...cuma pendapat saya yang daif ni, saya takrasa boleh...apapun, mohon pada rujukan lain..

harap hyekal jelas ye...




ini rujukan yang saya jumpa




    


Kategori : Sosial/Syariah    
Tajuk :
Pengguguran ke atas ibu yang mengidap (T.B)
Isu :
Seorang ibu yang sedang mengandung mengidap penyakit batuk kering (T.B) dan mendapat rawatan di hospital dengan memakan ubat batuk kering yang difahamkan (daripada pengalaman-pengalaman yang lepas) boleh menyebabkan bayi yang dikandungnya akan mengalami kecacatan bila dilahirkan. Dalam hal-hal seperti ini pihak doktor mengesyorkan agar kandungan tersebut digugurkan.
Kemusykilan:
i) Apakah dibolehkan oleh agama Islam menggugurkan kandungan seperti ini sekiranya kandungan tersebut baru sahaja berusia 7 minggu serta mendapat kebenaran daripada ibu yang mengandung.
ii) Sekiranya ibu tersebut mengidap penyakit Aids. Apakah pengguguran bayi yang dikandung dibolehkan oleh agama Islam.
iii) Dan apakah dibolehkan menggugurkan kandungan jika sekiranya ibu yang mengandung tersebut tersuntik oleh doktor dengan suntikan Rubela yang diketahui umum bahawa dengan suntikan ini boleh menyebabkan kandungan mengalami kecacatan.
iv) Dipohon juga daripada Dato’ agar dapat memberi fatwa yang khusus dalam perkara-perkara pengguguran seperti di atas.
v) Apakah berdosa doktor serta jururawat yang bertugas dalam melakukan pengguguran tersebut kerana terpaksa melakukannya disebabkan tugas.



Keputusan :


Mesyuarat mengambil keputusan sepertimana berikut:
i) Janin di dalam kandungan terbentuk dalam beberapa peringkat iaitu peringkat awal yang dipanggil nutfah iaitu dari satu hari hingga 40 hari. Peringkat kedua ‘alaqah iaitu dari 41 hari hingga 80 hari. Peringkat sesudah terbentuk yang dipanggil mudhghah iaitu berumur antara 81 hari hingga 120 hari. Peringkat keempat pula ialah selepas berumur 121 hari iaitu sesudah ditiup roh insaniah ke dalamnya (janin).
ii) Terdapat berbagai kecacatan yang berlaku pada janin, antaranya ialah kecacatan fizikal seperti pekak, buta mata, sumbing bibir, tiada otak, kepala besar dan sebagainya. Yang kedua kecacatan mental seperti kelembapan otak, kecacatan otak dan sebagainya. Bentuk kecacatan pula ialah kecacatan teruk dan kecacatan ringan.
iii) Menurut ijma’ Fuqaha’, adalah haram menggugurkan janin telah berumur 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh. Kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang bersangatan.
iv) Manakala menggugurkan janin yang berumur antara 1 hari hingga 40 hari adalah makruh, sekiranya tidak mendapat bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan daripada kedua suami isteri.
v) Ijma’ Fuqaha’ juga berpendapat pengguguran janin berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu menghadapi cacat dan penyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

“Kanun Keseksaan” seksyen 312 di bawah tajuk “menyebabkan keguguran” menyatakan bahawa “barang siapa dengan sengaja menyebabkan seseorang perempuan yang hamil gugur hendaklah jika keguguran itu tidak disebabkan dengan suci hati bagi maksud menyelamatkan nyawa perempuan itu diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, dan jika perempuan itu mengandung anak yang telah bersifat, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.”

Mesyuarat telah mengambil keputusan bahawa adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Manakala soalan apakah berdosa doktor serta jururawat yang bertugas dalam melakukan pengguguran tersebut, kerana terpaksa melakukannya disebabkan tugas yang mesti dipikul mengikut undang-undang dan prosedur perubatan dan mendapat persetujuan daripada ibu yang mengandung tersebut.

Mesyuarat mengambil keputusan ia berkait rapat dengan hukum pengguguran, sama ada pengguguran itu hukumnya haram atau sebaliknya.









Oleh : Jawatankuasa Fatwa Agama Islam & Adat Melayu Negeri Terengganu Darul Iman


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 13-10-08 18:19


kalau tak silap naruto-san...dalam hal ini...ada 2 perkara penting:

1. Perkahwinan dengan wanita mengandung itu SAH based pada mazhab syafie....mazhab hanbali pula mengenakan syarat tambahan iaitu selepas mereka bertaubat maka sah perkahwinan tersebut.

2. TIDAK ADA IDDAH bagi perempuan yang mengandung dengan CARA TIDAK SAH iaitu tanpa ikatan perkahwinan....IDDAH hanya wujud selepas ikatan nikah yang sah disisi agama....so, berkahwin ketika penzina wanita itu dalam keadaan mengandung adalah SAH.

tentang menggugurkan kandungan pula....sekiranya kandungan tersebut membahayakan si ibu dan anak dalam kandungan...maka hukum mengugurkan kandungan itu HARUS....naruto-san tak tahulah pula sama ada factor anak luar nikah menjadi HARUS hukum gugur kandungan....ini kena check dengan orang yang lebih alim.

wallahua'lam


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

syahadah21
Warga Rasmi
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33648
Posting: 18
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-10-08 19:15


alhamdulilliah..
tak sia-sia saya jadi ahli kelab ini..terima kasih sahabat sekalian..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadah21Profil   Hantar PM kepada syahadah21   Pergi ke syahadah21's Website   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 18:56


assalamualaikum,

saya pun ada dengar juga kalau kandungan tu dari hasil sumbang mahram boleh digugurkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 18:58


kalau kandungan hasil dari berzina tidak boleh digugurkan kerana perbuatan itu disengajakan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-10-08 01:39


Pada 17-10-08 18:56 , syahadahtul_nur posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum,

saya pun ada dengar juga kalau kandungan tu dari hasil sumbang mahram boleh digugurkan..

Pada 17-10-08 18:58 , syahadahtul_nur posting:

!!! QUOTE !!!

kalau kandungan hasil dari berzina tidak boleh digugurkan kerana perbuatan itu disengajakan..


Ooooppss....sila berhati-hati ye dalam mendengar cakap-cakap orang.

1. so far....naruto-san TIDAK TERJUMPA pun pendapat mana-mana alim ulama' yang mengatakan boleh gugurkan kandungan hasil sumbang mahram (hubungan zina antara ahli keluarga...but still ianya zina).

2. jugak TIDAK PUN TERJUMPA dalil or pendapat imam2 or alim ulama' yang mengatakan boleh gugurkan kandungan hasil berzina.

3. so far....hanya faktor kandungan yang MEMBAHAYAKAN SI IBU DAN BABY or KECACATAN BABY sahaja yang diharuskan gugur kandungan....itu pun dengan syarat2 yang sangat ketat.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 17:33


Semoga segera dijabkabulkan diri nin. Terlepas dari segala dosa2 yang berkaitan. Lebih lega bila pasanagan sudah jadi pasangan kita yang sah dan halal. banyak dugaan dan godaan jika masih belum bernikah.
Semoga dengan menikah, dapat menyempurnakan separuh agama..
Ya Allah, semoga dipermudahkan jodoh ku... Ampunilah diri ini Ya Allah... Amin...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

khairulmukminah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2007
Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-10-08 01:28


Takutnya kan...sebab tu Allah amat mengHARAMkan zina ni....nafsu tu memang fitrah tapi ada salurannya...InsyaAllah moga Allah permudahkan segalanya...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairulmukminahProfil   Hantar PM kepada khairulmukminah   Pergi ke khairulmukminah's Website   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-10-08 09:58


Pada 20-10-08 01:39 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-10-08 18:56 , syahadahtul_nur posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum,

saya pun ada dengar juga kalau kandungan tu dari hasil sumbang mahram boleh digugurkan..

Pada 17-10-08 18:58 , syahadahtul_nur posting:

!!! QUOTE !!!

kalau kandungan hasil dari berzina tidak boleh digugurkan kerana perbuatan itu disengajakan..


Ooooppss....sila berhati-hati ye dalam mendengar cakap-cakap orang.

1. so far....naruto-san TIDAK TERJUMPA pun pendapat mana-mana alim ulama' yang mengatakan boleh gugurkan kandungan hasil sumbang mahram (hubungan zina antara ahli keluarga...but still ianya zina).

2. jugak TIDAK PUN TERJUMPA dalil or pendapat imam2 or alim ulama' yang mengatakan boleh gugurkan kandungan hasil berzina.

3. so far....hanya faktor kandungan yang MEMBAHAYAKAN SI IBU DAN BABY or KECACATAN BABY sahaja yang diharuskan gugur kandungan....itu pun dengan syarat2 yang sangat ketat.



syukran naruto san di atas ingatan tersebut..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.137953 saat. Lajunya....