Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 180
Ahli: 0
Jumlah: 180




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Awas!
Topik: ribena ada kandungan arak


Carian Forum

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» ribena ada kandungan arak

Please Mendaftar To Post


Oleh ribena ada kandungan arak

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-10-08 22:15


BERITA TERKINI & TOLONG SEBARKAN........

        

        kawan-kawan semua...ini berita penting yang di anda semua ke BACA.....tolong forwardkan kepada rakan-rakan yang lain.....

        

        BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

        

        LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

        Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

        

        Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya

        mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

        

        Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

        Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

        

        Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

        

        Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

        

        ^^^^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^ ^^^^^^^^

        TOLONG FORWARDKAN kat kawan-kawan YANG LAIN!!!!!!!! !

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 01-10-08 22:49


Assalamualaikum
memang bagus niat sampai menyampaikan ni..tapi, setiap berita hendaklah diekstrak, dikaji, dianalisis kebenarannya, kesahihannya, ketulenannya, persekitarannya, kandungannya...barulah boleh dibuat inferensnya, keputusannya, kesimpulannya...

dalam hal ni..nak sampaikan Kenapa ye?nak beritahu dalam ribena tu ada arak ye...tapi jika saya tanya..ribena yang didapati mengandungi arak tu ditemui/dikesan di Malaysia ke?ataupun ribena yang di UK tu diimport di Malaysia ke?hm....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-10-08 12:02


sekadar peringatan sahaja terpulang pada ahli ukhwah untuk menilainya.saya hanya menyebarkan maklumat yang saya dapat.apapun maaf jika ada segelintir ahli ukhwah yang kurang senang dengan maklumat yang saya terima ni....hanya sebagai langkah berjaga-jaga yang baik datang dari allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 03-10-08 22:49


thank you wafie .. Wawa selalu juga minum Ribena tu.. lepas ni, Insya ALLAH, Wawa akan > brhati2 ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-10-08 10:53


Pada 01-10-08 22:49 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
memang bagus niat sampai menyampaikan ni..tapi, setiap berita hendaklah diekstrak, dikaji, dianalisis kebenarannya, kesahihannya, ketulenannya, persekitarannya, kandungannya...barulah boleh dibuat inferensnya, keputusannya, kesimpulannya...

dalam hal ni..nak sampaikan Kenapa ye?nak beritahu dalam ribena tu ada arak ye...tapi jika saya tanya..ribena yang didapati mengandungi arak tu ditemui/dikesan di Malaysia ke?ataupun ribena yang di UK tu diimport di Malaysia ke?hm....



Ana setuju dengan pendapat di atas. Setiap berita atau maklumat yang kita terima, kita hendaklah benar-benar tahu dari mana maklumat itu diperoleh dan kesahihannya. Bagi pendapat ana, lebih baik kita merujuk kepada pihak JAKIM tentang hal ini. Sebab kadang-kadang ada pihak2 yang tak bertanggungjawab yang ingin menjatuhkan org lain dengan menyebarkan berita2 seperti ini.

Apapun, terima kasih akhi wafie atas pemberitahuan ni :)


-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::


Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100319 saat. Lajunya....