Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 197
Ahli: 0
Jumlah: 197




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 1 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: INFO SAINS:Berkenaan Kesihatan.


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» INFO SAINS:Berkenaan Kesihatan.

Please Mendaftar To Post


Oleh INFO SAINS:Berkenaan Kesihatan.

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-03 13:12


INFO SAINS: Berkenaan kesihatan

1. KOPI SUKARKAN BUANG AIR KECIL

Kopi memang sangat enak untuk diminum apatah lagi dengan baunya yang harum semerbak. Bagi yang gemar minum kopiĀ  lebih daripada empat kali sehari dikatakan berisiko untuk mendapat masalah pada saluran urine, demikian laporan journal obstetik and gynecology. Penggemar yang ketagih kopi menderita kesukaran untuk buang air kecil dua kali ganda lebih daripada yang tidak gemar minum kopi.

2. RESDUNG BOLEH MENYEBAKAN BUTA

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyaki resdung. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus, tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orangĀ  dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat

3. TABIAT SUKA MENJILAT BIBIR

Mungkin kamu salah seorang yang suka menjilat bibir. Kononnya untuk membasah dan melembabkan bibir yang kering. Tapi tahukah kamu bahawa perbuatan itu boleh mendatangkan keburukan dan masalah kepada bibir kamu. Ini kerana dengan menjilat bibir, akan menghilangkan kelembapan semulajadi pada bibir kamu sedangkan lembapan itu amat berguna apatah lagi ketika cuaca sejuk. Apabila lapisan itu hilang, maka bibir kamu akan menjadi semakin kering.

4. PENCEMARAN PUNCA SERANGAN JANTUNG

Sememangnya udara yang tercemar banyak mendatangkan keburukan pada diri manusia termasuklah serangan jantung. Ia diakui sendiri oleh saintis British yanh mendapati bahawa 50 kes serangan jatung yang dilaporkan di hospital London adalah punca dari pencemaran udara. Antara pencemaran udara paling ketara adalah disebabkan oleh asap hitam. Ia mengandugi nitrik oksida yang boleh menyebabkan degupan jantung yang tidak stabil, karbon monoksida yang dikaitkan dengan jangkitan di dalam sistem pernafasan serta sulfur dioksida yang boleh menyebabkan serangan jantung.

5. BIJIRIN BOLEH MENGGEMUKKAN

Walaupun bijirin merupakan makanan ruji bagi kebanyakan negara, namun sebenarnya bijirin juga boleh mendatangkan keburukan pada sesetengah orang yang sensitif dengan kandungan glutien yang terkandung di dalamnya. Kandungan glutien itu boleh menyukarkan penghadaman dan kesanya ia boleh menggemukkan

6. KAITAN VITAMIN C DAN TEKANAN

Sememangnya vitamin C banyak mengandungi khasiat yang diperlukan oleh kita. Dikatakan ia juga mampu kurangkan tekanan yang dihadapi. Doktor Samuel Campbell dan rakan-rakanya daripada Universiti OF Alabama telah menjalan satu ujian terhadap tikus. Mereka mendapati bahawa vitamin itu mampu mengurangkan hormon tekanan darah di dalam haiwan itu. Ia juga boleh mengelakkan sejenis penyaki dlm darah yang dikenali sebagai 'scurvy'.

7. BERAT BADAN BOLEH SEBABKAN BUTA

Berat badan yang semakin bertambah hingga keterlaluan boleh meninggikan risiko untuk seseornag itu mendapat 'cataract', berdasarkan laporan yang termuat di dalam Archivwes of Ophthalmology. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh para saintis selama lima tahun ke atas 18000 orang, mendapati mereka yang paling berat adalah dua kali ganda risikonya untuk mengalami keadaan itu berbanding dengan orang yang mempunyai badan normal. 'Cataract' adalah salah satu faktor utama yang boleh menyebabkan penyakit buta dan maknanya ia boleh dikawal.

8. STROKE TAK KIRA UMUR

Selalunya orang beranggapan bahawa penyakit stroke dihidapi oleh orang dewasa sahaja dan 65% stroke dialami oleh mereka yang berumur lebih 45 tahun. Tapi tahukah kamu bahawa stroke sebenarnya boleh hinggap ke atas sesiapa sahaja malah bayi juga boleh mengalaminya. Stroke disebabkan oleh gangguan bekalan darah pada otak yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan sel mati . Antara tanda yang boleh dialami ialah lumpuh separuh badan, hilang percakapan, kesukaran menelan dan sebagainya lagi.

9. IKAN UTK PERTUMBUHAN OTAK

Ikan sering dikatakan sebagai 'brain food' kerana mengandungi DHA (docosahexaenoic acid) yang boleh membina pertumbuhan sel otak. DHA adalah omega-3 yang merupakan rantaian asid lemak 'polyunsatured' . Ia merupakan komponen utama dalam otak. Menakjubkan apabila mendapati bahawa otak kita sebenarnya terdiri daripada lemak sebanyak 60% dan DNA adalah lemak utama yang membentuknya. Malah asid lemak juga terkandung dalam retina mata kita. Sebab itulah di Jepun, dikatakan DNA telah dimasukkan ke dalam kandungan minuman ringan, gula-gula getah dan coklat yang diberikan kepada kanak-kanak sebelum peperiksaan, bertujuan untuk meningkatkanĀ  keupayaan otak

10. MARIJUANA KURANGKAN DAYA TUMPUAN

Sememangnya apa saja jenis dadah adalah berbahaya kepada diri kita semua jika tidak mengikut sukatan yang betul. Marijuana misalnya dikatakan boleh mengurangkan daya ingatan. Pengambilanya menghadapi kesukaran untuk memberikan tumpuan terhadap suatu perkara atau melakukan tugas kongnitif yang mudah. Hasil kajian itu termuat dalam Journal Of The American Medical Association. Pada mulanya menjangkakan kesan itu adalah untuk jangka masa pendek sahaja tapi hasil kajian itu menunjukkan bahawa kesan otak berpanjangan.

11. KHASIAT TIMUN

Kulit muka sering memainkan peranan penting bagi remaja. Kalau sebiji jerawat timbul mulalah resah. Apatah lagi kalau muka yang dipenuhi kesan jeragat dan kehitaman seperti bintik berselaput. Apa kata kamu amalkan petua orang tua yang menggunakan timun. Ambil timun dan buang kulitnya, parut dan sejukan dengan ketulan air batu. Perapkan pada bintik-bintik hitam tersebut sehingga meresap dan kering. Kemudian cuci dengan air bersih. Setelah itu sapukan dengan putih telur dan biarkan selama lima minit. Cubalah lakukan ia selama dua minggu sekali.

12. KOPI TIDAK GUGAT DIET

Ramai yang menggemari minuman kopi kerana baunya yang harum dan rasanya yang sedap. Ia dikatakan tidak mengganggu diet kamu jika kamu hanya meminumnya tanpa gula dan susu. Ia hanya mengandungi 2 kalori, 0.2g protein, 0.3g karbohidrat dan tiada lemak. Tetapi kadar kalori meningkat hingga kepada 7 setiap cawan dan kepada 14 kaloriĀ  jika kamu menambah krim di dalamnya. Begitu juga kamu menambahkan gula di dalamnya. Jadi minumlah kopi pekat tanpa gula atau krim. Tapi, awas bagi mereka yang ada penyakit migrain atau 'angin satu badan'

13. "SIBUK" DPT BAKAR KALORI

Ada orang yang banyak melakukan tindakan secara luar kawal sepanjang hari. Misalnya menggigit pensel ketika berfikir, menyilangkakn kakinya atau berjalan ke sana dan sini, banyak membantu membakar kandungan kalori yang ada di dalam tubuh mereka. Ia berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas seramai 200 sukarelawan oleh The Nisinal Institute of Health. Mereka mendapati mereka yang tidak duduk diam itu mampu membakar kira-kira 138 hingga 685 kalori setiap hari berbanding dengan mereka hanya lebih suka duduk diam di atas kerusi saja.

14. KURANG AIR AKIBATKAN SAKIT KEPALA

Antara sebab sakit kepala adalah disebabkan oleh tekanan. Namun kadangkala sakit kepala yang kamu alami itu adalah sebagai satu tanda bahawa tubuh kamu sebenarnya kekurangan air. Jadi, amalkan minum air sebelum masuk tidur dan sebaik sahaja bagun tidur pada waktu pagi untuk seimbangkan kembali tubuh kamu.
wassalam

Ā 
Ā  Ā  Ā 
Ā  Ā  Ā 


-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-10-03 09:25


in the name of Allah the most gracious the most merciful

terima kasih eksekutif cik darul_numan81 atas iformation kesihatan ini.. baru ana tahu walaupun dah tahu sebelum ini tapi tak sejelas sekarang ini err sekali lagi terima kasih daun keladi kalau ada lagi posttinglah lagi..

wassalam

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

syah_solehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.08.2003
Ahli No: 2858
Posting: 350
Dari: Johor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-11-03 04:32


darul_numan81 ni mesti rajin membaca.. banyak betul info ... anyway, thankss

Bookmark and Share

    


  Member Information For syah_solehahProfil   Hantar PM kepada syah_solehah   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-11-03 10:10


Quote:

On 2003-11-09 04:32, syah_solehah wrote:
darul_numan81 ni mesti rajin membaca.. banyak betul info ...


salah satu hobi, tak boleh nak elak dah..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

kakyong
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 25.06.2003
Ahli No: 1663
Posting: 176
Dari: Ipoh, Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-11-03 13:54


nak kongsi info jugak...


Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan

Oleh Dr. Osman Nasir

Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim (orang-orang yang berpuasa). Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yng maksudnya:

"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur."

Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa lain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa Rasulullah sa..w bersabda yang bermaksud:

"Yang menceraikan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli kitab) ialah makan sahur."

Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan hanya seteguk air.

Apa Fungsi Air kepada kita?

Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika kita rasa tidak hendak makan menunjukkan bahawa kehadiran air dalam tubuh kita telah diketahui sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w.. Dan sains perubatan telah lama mencatitkan ini dalam buku-buku perubatan.

Air dan Fungsinya.

Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi sebagai pelarut dan juga sebagai 'pengakutan nutrien' tak organik. Air diperlukan dalam pembentukan struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan tulang.

Minum Air waktu Sahur

Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara dari peparu penting untuk pengawal aturan suhu tubuh.

Air memindahkan suhu dari satu bahagian tubuh kebahagian lain; di mana perpindahan air ini menstabilkan suhu tubuh.

Tubuh menggunakan air untuk membolehkan buah pinggang berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah pinggang.

Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut, hormon dan koenzim.

Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas.

Hormon ialah rembesan kelenjar yang bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuh dengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yang lain.

Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifan molekul protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna.

Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.

Air Liur

Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar air liur sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran air liur yang rendah (kadar air liur rehat secara purata ialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian karies (caries) kerana ia mengganggu pembuangan sisa-sisa makanan kariogenik di dalam mulut. (karies -kebusukan dan luluhan bahan pada gigi).

Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja mengandungi glukosa dan tidak ada sukrosa.

Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan kepekatan gula dalam air liur meningkat lebih daripada 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup rendah untuk memulakan pendemineralan gigi.

Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula dan kadar pengaliran air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada kepada mikroorganisma dalam jangka masa yang panjang sehingga dapat menghasilkan asid yang cukup untuk membolehkan karies gigi berkembang.

Disinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan sedikit juadah manis seperti kurma adalah satu saranan yang baik untuk kesihatan tubuh sekaligus merupakan saranan yang saintifik.!

Minum Air Waktu Sahur

Memandangkan betapa pentingnya air dalam kehidupan manusia, tidaklah hairan mengapa tanpa air dalam beberapa hari boleh menyebabkan maut.

Kita mungkin sudah terbaca berita bagaimana beberapa orang mangsa gempa bumi di Turki baru-baru ini ditemui masih hidup walaupun sudah tertimbus dalam tanah dan runtuhan bangunan lebih sepuluh hari - mereka itu masih hidup kerana dapat minum air sedikit dari pengaliran dan titisan air hujan yang ada.

Malah di Taiwan mangsa gempa bumi yang ditemui masih hidup dalam keadaan yang sama menceritakan bagaimana mereka terpaksa minum air kencing sendiri selain dari tetesan air dalam bumi.

Ini menunjukkan bahawa manusia boleh bertahan hidup tanpa makan tapi mesti ada air.

Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh setiap hari. Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada melalui kulit,paru-paru dan najis.

Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk menggantikan apa yang telah dikumuhkan.

Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan makanan dan makanan basah. Air daripada pengoksidaan makanan dan bahan makanan basah dirujukkan sebagai air metabolik.

Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit.

Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada sebab sesuatu penyakit dalam tubuh kita adalah kerana kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur luar.

Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan dalam tubuh yakni sistem aliran darah dan lain-lain sistem perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya bahan toksid dan lain-lain bahan kotor yang wujud kerana makan terlalu banyak sehingga tidak sempat dihazamkan; kurang minum air, kurang makan sayur dan buah-buahan.

Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap hari dan minum jus buah-buahan (buat sendiri di rumah untuk elakkan campuran bahan lain di kedai.)

Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yang tersumbat dalam tubuh dibersihkan dan terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan termasuk bahan toksid.

Orang yang puasa hendaklah banyak minum air ketika sahur dan berbuka. Kurangnya air dalam tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi (dehyration)- kekeringan tubuh.

Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa perintah puasa bersesuaian dengan SUNAH penciptaan manusia- hanya berpuasa dari Subuh hingga Maghrib. Ini sekaligus mengelakkan dari bahaya dehaidrasi dan lain-lain penyakit.

Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dengan minum air dan makan bahan makanan manis sedikit.

Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa bangsa-bangsa lain.

Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita selamat dan sihat.




"http://www.ukhwah.com/images/belakang.gif"> Marilah Membeli Sweater UKHWAH.COM Sambil Menyumbang

[ Posting ini telah di edit oleh: kakyong pada 2003-11-09 14:00 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongProfil   Hantar PM kepada kakyong   Pergi ke kakyong's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.091359 saat. Lajunya....