Oleh |
Tak dapat diskaun, wanita maki amil... |
Al-Mashoori
WARGA SETIA Menyertai: 12.07.2006 Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza
|
Posting pada: 25-09-08 22:09
KUALA LUMPUR: Hanya kerana permintaannya mendapatkan diskaun ketika membayar zakat tidak dipenuhi, seorang wanita bertindak luar batasan apabila dia sanggup memaki hamun amil bertugas di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, wanita terbabit pada mulanya berkunjung ke kaunter pembayaran zakat sebelum meminta diskaun 10 peratus daripada jumlah sepatutnya dibayar kepada amil bertugas. Namun, selepas diberikan keterangan dan permintaannya itu ditolak amil berkenaan, wanita terbabit tiba-tiba mengamuk dan memaki hamun petugas kaunter zakat itu. Adegan 15 minit itu menarik perhatian puluhan pengunjung KL Sentral yang terdengar kecohan. Wartawan Harian metro turut mendapat rakaman video yang sempat dirakam seorang pengunjung yang secara kebetulan berada di kawasan itu untuk membayar zakat. Dalam rakaman video kira-kira dua minit itu, seorang wanita berusia lingkungan 30-an berbaju coklat dan berseluar hitam mengeluarkan perkataan bodoh dan mendakwa petugas kaunter zakat terbabit menipunya berulang kali dengan suara yang kuat. Wanita terbabit dilihat duduk berhadapan amil yang hanya mendiamkan diri walaupun pelbagai perkataan kesat dilemparkan kepadanya. Ketika itu, dua anggota polis yang kebetulan membuat rondaan turut berada di lokasi berkenaan dan selepas beberapa minit ‘mengamuk’ wanita terbabit ditenteramkan petugas keselamatan KL Sentral sebelum dia beredar dari kaunter itu. Sebelum itu, wanita terbabit turut meminta anggota polis menahan petugas kaunter zakat berkenaan kerana mendakwa lelaki itu menipunya. Difahamkan, wanita terbabit meminta diskaun 10 peratus ketika hendak membayar zakat fitrah, namun amil yang bertugas enggan melayan permintaan itu. Saksi kejadian, Saifull Lah Ahtee, 30, berkata dia yang berniaga di kawasan itu tiba-tiba terdengar teriakan wanita terbabit yang duduk di kaunter hanya beberapa meter dari gerainya. “Saya segera bergegas ke situ dan mendapati seorang amil zakat fitrah yang menjalankan tanggungjawabnya dimarahi wanita terbabit. “Saya yang kehairanan kemudian bertanyakan kepada pengunjung lain di situ dan terkejut apabila mereka mendakwa wanita itu mula berang selepas permintaannya mengurangkan bayaran zakat ditolak amil terbabit,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB), Norhayati Kudri, mengesahkan kejadian itu, namun mendakwa keadaan di stesen berkenaan terkawal dan menyifatkannya kes terpencil. “Saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh kakitangan beberapa minit selepas kekecohan itu dan bergegas ke situ serta cuba menenangkan wanita terbabit. “Saya yakin wanita itu tidak berniat jahat...dia mungkin tidak dapat mengawal emosi ketika kejadian,” katanya. Menurutnya, wanita terbabit mula mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan selepas permintaannya bagi mendapatkan diskaun bayaran zakat ditolak amil itu. “Beberapa pegawai yang cuba menenangkan wanita itu terpaksa membiarkannya kerana dia bertindak agresif ketika didekati,” katanya. Norhayati berkata, ketenangan amil berkenaan yang hanya mendiamkan diri ketika wanita terbabit menghamburkan kata-kata kesat membuktikan kredibilitinya sebagai seorang yang penyabar dan sesuai dengan tugasnya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan. Bagaimanapun, beliau berkata hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan bertindak sedemikian.  Nampak gaya tak lama lagi mungkin ada promosi raya zakat fitrah diskaun 10% !!! -----------------
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 26-09-08 09:14
huhuh berapa hengget lah sangat nak baya tu sampai nak mintak2 diskaun... isk isk... pergi main boling....lepak mamak pun da berapa banyak habis...tak kisah... ni yang beberapa hengget dan pun berkira...isk isk
Quote
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 26-09-08 09:20
entah apa-apa entah.. zakat yang wajib tu pun nak minta diskaun.. buat malu saja. nampak sangat memang jenis payah nak keluar duit ni. pada amil itu,syabas diucapkan sebab tak layan perempuan itu.. banyak bersabar lah ye... bulan puasa pun nak ngamuk2.. tengah-tengah org pula itu.
|
bintanghati2008
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.07.2008 Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan
|
Posting pada: 26-09-08 09:25
 Kenapa perempuan tu nak minta diskaun? memang lah zakat dah naik tapi itu untuk orang yang memerlukan. tak salah kalau keluar lebih. kasihan kat amil tu. nasib baik dia seorang penyabar kalau tak...
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 26-09-08 09:30
bintanghati2008, kadang-kadang org ni tak paham konsep zakat tu sendiri sebab tu boleh minta diskaun. manusia ni macam-macam perangai pelik
|
bintanghati2008
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.07.2008 Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan
|
Posting pada: 26-09-08 09:33
 perempuan tu bukan budak sekolah rendah...tah-tah budak sekolah rendah pun tahu konsep zakat. zaman sekarang, kalau bab kebajikan memang tak boleh pakai...cuba kalau bab shopping...dia lah nombor satu.. try tanya perempuan itu...waktu beli baju raya, dia ada minta diskaun tak? hehehe
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 26-09-08 09:34
pelik manusia sekarang ni, kalau tiap-tiap bulan boleh bayar astro, streamyx, zakat yang setahun sekali pun nak bkira
|
imni_1612
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 26-09-08 09:52
zakat pun orang boleh buat main-main..  padahal zakat tu kan menyucikan harta kita jugak  mana perginya tanggungjawab terhadap agama..??
|
Haslan
WARGA SETIA Menyertai: 06.09.2004 Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting
|
Posting pada: 26-09-08 09:57
aduhai nak kurangkan zakat fitrah yang hanya bernilai Rm 5.20? tak logik betullah mereka ni...ingat ada sale ke boleh diskaun2?
|
aimanshukri
Warga Rasmi Menyertai: 06.09.2008 Ahli No: 34810
Posting: 17
Dari: Penang
|
Posting pada: 26-09-08 10:12
benda ni bukan nya kena bayar tiap-tiap hari,sedangkan keperluan harian yang minah ini beli setiap hari pun dia tak minta diskaun,,waras lah sikit dalam buat permintaan,,
|
ardani
WARGA SETIA Menyertai: 24.06.2008 Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake
|
Posting pada: 26-09-08 10:15
entah nyee. mungkin makcik 2 ada masalah agaknya.. selepas ini cadangan untuk ppz lah...naikkan zakat jadi RM10..lepas itu kasi diskaun sampai jadi RM 5.20 lek..heheheh
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 26-09-08 10:27
uish...tak patut betullah dia marah amil tu...zakat kena lah bayar...kenapa pulak nak minta diskaun...tak patut...
|
darkside
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.09.2008 Ahli No: 35022
Posting: 106
|
Posting pada: 26-09-08 10:56
KEDEKUT TAK BERTEMPAT...... saya rasa muka perempuan tu tebal kulit buaya agaknya.. sebab tu tak segan nak mengamuk.. pasal minta diskaun zakat pula tu..... sah kulit buaya..... huhuhuuuu
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 26-09-08 12:00
huh..pengajaran buat orang yang beriman... betul kata eniliana..bayar setahun sekali pun nak berkira..beli benda lain yang mahal² langsung tak kisah... umat Islam masa kini...menggerunkan imannya...huhu..
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 26-09-08 12:17
rasanya zakat paling tinggi kat pahang rm7.30, tak ada pula dengar kes macam tu kat Pahang
|
wawa0605
Warga Rasmi Menyertai: 09.10.2005 Ahli No: 19690
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 26-09-08 13:17
saya rasa zakat yang paling tinggi kat kelantan RM7.60... ingatkan baju saja org minta diskaun...zakat pun ada..
|
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 26-09-08 21:27
Aih...nak bayar zakat pun nak diskaun jugak ke..siap maki lagi Kalau tak dapat..time beli baju raya beratus2 ringgit tak ada pula nak maki2 begitu Kalau tak dapat diskaun...pelik dah dunia ni...  ----------------- :: Salam Persaudaraan Untuk Semua ::
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 26-09-08 22:31
haa..semua nak diskaun..agaknya baru lepas serbu sale kat mana-mana..lagi-lagi dekat-dekat nak raya ni harga runtuh..tu yang akal jadi tak waras sampai zakat yang da cukup minima ni pun nak di diskaun kan...pelek..pelek..
|
mazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.07.2008 Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah
|
Posting pada: 26-09-08 22:46
Memang tak rasional punya manusia. Bayar zakat yang tak sampai RM10 ni pun nak minta diskaun ke? Bukannya boleh jadi miskin pun. Kalau nak sangat dapat diskaun, pergilah minta diskaun masa nak beli baju raya. Lagi bagus apa.
|
Franz
Warga 1 Bintang Menyertai: 31.01.2005 Ahli No: 14009
Posting: 26
Dari: rumah Sewa @ Kolej 13..uhuks
|
Posting pada: 28-09-08 07:28
hem..zakat kena diskaun..uhu..macam sale saja.. tapi dari satu sudut.. kita andaikan makcik tu tak faham tentang konsep zakat seperti sahabat 2 tahu.. blur..bingung.. in da other hand, amil tu memang da 'choosen one'..(hehehe) semoga kesabarannya mendapat gnjaran Ilahi.. (Innallaha ma'as sobirin)..
|
Nil
WARGA SETIA Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 28-09-08 12:27
Pada 26-09-08 10:15 , ardani posting:!!! QUOTE !!! entah nyee. mungkin makcik 2 ada masalah agaknya.. selepas ini cadangan untuk ppz lah...naikkan zakat jadi RM10..lepas itu kasi diskaun sampai jadi RM 5.20 lek..heheheh Hehehe, nak tergelak lah pulak cadangan ardani ni, hehe...tapi boleh jugak ye
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 28-09-08 14:24
Pada 26-09-08 09:14 , eniliana posting:!!! QUOTE !!! huhuh berapa hengget lah sangat nak baya tu sampai nak mintak2 diskaun...
isk isk... pergi main boling....lepak mamak pun da berapa banyak habis...tak kisah... ni yang beberapa hengget dan pun berkira...isk isk haah tu kalau buat cek list untuk raya berapa habis tak pasal2 malu berguling2 huhuhuhuhu p/s: seframe boling pun dah 8 hengget (tengok tempat lah)....eniliana ni selalu main ke??????huhuhuhu ----------------- "Let Allah be the ruler over your hearts"
|
lebai_y2k
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.09.2003 Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena
|
Posting pada: 29-09-08 01:52
apa pun tahniah kepada amil tu,sabar betul dia...kalau sstgh org,kena maki depan org ramai,"meletup" juga...
|
unanjaga
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.08.2008 Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 29-09-08 09:52
Dunia manusia ini pasti akan kita temui kecelaruan iman nya,lalu bila mana ia terjadi akan kita lihat ada sebahagian manusia itu akan begitu berkira dengan urusan wang ringgit,berharap kita tak termasuk dalam golongan yang mendewakan wang ringgit dalam saat kehidupan ini...iman yang bernadikan pada cinta dunia yang melampui batas.
|
akhie_muzam
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.11.2004 Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate
|
Posting pada: 29-09-08 13:38
Mungkin masalahnya dalam masalah ini adalah mak cik tu ada masalah... hehehe...
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 29-09-08 13:46
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 29-09-08 13:57
Pada 28-09-08 14:24 , alwalid posting:!!! QUOTE !!! Pada 26-09-08 09:14 , eniliana posting:!!! QUOTE !!! huhuh berapa hengget lah sangat nak baya tu sampai nak mintak2 diskaun...
isk isk... pergi main boling....lepak mamak pun da berapa banyak habis...tak kisah... ni yang beberapa hengget dan pun berkira...isk isk
haah tu kalau buat cek list untuk raya berapa habis tak pasal2 malu berguling2 huhuhuhuhu
p/s: seframe boling pun dah 8 hengget (tengok tempat lah)....eniliana ni selalu main ke??????huhuhuhu
isk isk.. off topic: saya tak reti main boling.... saya cuma selalu jadi dayang (hulurkan air) saja waktu raja dihati(asben) nak main boling...
Quote
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 29-09-08 16:04
masyaALLAH sampai hati perempuan tu memaki amil dengan perkataan2 bodoh semua...apa lah salah amil itu...bukan duit untuk dia pun...apa nak jadi lah zaman ini.... masyarakat semakin rosak!!!! dah hilang akal ke??
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 30-09-08 22:16
rasanya lah... kankankan makcik ni ingat dia tengah kautim barang jual kat bazar ramadhan tak pun dia baru perasan dia tak cukup duit nak beli tiket balik kg... tak pun dia tersilap bawa beg tangan & nak buat tambang balik tak lepas tak pun dia tengah 'bulan mengambang' emosi tak stabil lah manjang tak pun amil tu tak jelaskan betul-betul pasal zakat ni kat dia- maklum baru cuba nak bayar sendiri kali pertama rasanya lah.... ** baik sangka saja....
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 02-10-08 17:33
na'uzubillah..zaman sekarang ni terlalu banyak 'option' yang diberikan sampai perkara agama pun nak tawar menawar..taubatlah kita semua..akhir zaman ni semakin banyak orang-orang bodoh dan semakin sedikit para ulama'..
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 03-10-08 23:26
Pada 29-09-08 13:46 , rdwira posting:!!! QUOTE !!! deteled .. ampunn... tersalah ID .. ni lah jadi nya kalau asek merembat laptop org
~~ eniliana
lorr..watpenye kak eni tak delete jeq terus..huhu..tak payah tetulih lagi deleted..kelakar lah pulak...
|
nurzakiah
Warga Rasmi Menyertai: 06.10.2008 Ahli No: 35252
Posting: 13
Dari: terengganu
|
Posting pada: 08-10-08 09:36
tak patut betul perempuan 2 minta diskaun..berapa ringgit lah sangat zakat 2...lainlah Kalau miskin...benda lain yang lebih mhal dr zakat 2 tak apa pula nak beli.
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 08-10-08 11:25
Pada 03-10-08 23:26 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! Pada 29-09-08 13:46 , rdwira posting:!!! QUOTE !!! deteled .. ampunn... tersalah ID .. ni lah jadi nya kalau asek merembat laptop org
~~ eniliana
lorr..watpenye kak eni tak delete jeq terus..huhu..tak payah tetulih lagi deleted..kelakar lah pulak... 
er..dah try tapi tak boleh... ada button edit saja... tak ada button delete... dah tu lepas edit letak perkataan -deleted saja...dia tuntut sekurang2nya 10 patah perkataan... isk isk ..tu yang keluar ayat hikmat tu
Quote
|
izzahtulsakinah
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.11.2006 Ahli No: 27515
Posting: 112
Dari: Selangor
|
Posting pada: 08-10-08 16:06
erm..teruk-teruk ingat ini pusat membeli belah agaknya..ada diskaun..setahun hanya sekali saja..tu baru zakat fitrah dah minta diskaun.macammaner pulak dengan zakat harta.nak diskaun jugak ke?. seorang muslim yang beramal dengan ilmu dapat membezakan dirinya dengan muslim yang kurang ilmu.
|
triptofana
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR
|
Posting pada: 08-10-08 16:16
macam-macam perangai orang zaman sekarang ni.... nampak sangat tak ikhlas bayar zakat, siap minta diskaun lagi!
|