Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 28-09-2023 |
|
Pengetahuan Am
|
Moderator: Administrator, syemarly |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Perbincangan Terbuka Ekonomi Warga Ukhwah.com |
---|---|
owl_UM ![]() ![]() |
![]()
Topik: Perbincangan Terbuka Ekonomi Warga Ukhwah.com
Di kala banyak topik kahwin dan jiwang di ukhwah.com ini, kita bincang pasal ekonomi secara mudah plaakk... HEHHHEE... InsyaAllah, rasanya ramai rakan-rakan di sini yang boleh berkongsi bersama ilmu atau ulasan anda... - Faedah bersama - Asssalamualaikum... ERR, Baru-baru ini saya melihat di berita bahawa company US, AIG (yang support Manchester United tuuee kaann...??) telah berada di ambang bankrup!!! Dan 10 bank utama di US pun turut lumpuh, sehingga mencetuskan jugaakk kelam-kabut bursa Malaysia... Tun Mahathir (yang dianggap hero besar Malaysia ketika kegawatan ekonomi dunia 1998) beranggapan sepatutnya nilai ringgit semakin mendapat faedah dengan jahanamnya nilai US Dollar ini, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya... Kita pula yang semakin tertekan. Hujah makanan dan ekonomi dunia seterusnya plaak saya ambil dari Sautun Nahdhah, oleh Hizbut Tahrir. Banyak benda pelik terjadi niiiee... By: Tun Mahathir, www.chedet.com, at September 18 2008 3:45 PM !!! QUOTE !!!
Tun Mahathir turut meramal harga makanan dan minyak boleh turut meningkat, dan kita akan menghadapi inflasi tahap melampau!!! Dan seperti yang kita tahu, walaupun harga minyak menurun sedikit, "ADAKAH HARGA MAKANAN MENURUN???" Mengenai makanan pula, kalau dilihat dari perspektif Hizbut Tahrir, sebenarnya kapitalis dunia berbohong kerana sebenarnya terdapat banyak longgokan makanan di utara dunia (Europe dan US), yang peliknya mereka "LANGSUNG TIDAK PERNAH / JARANG MENGHADAPI KRISIS MAKANAN" walaupun doraang tuue sebenarnya bukan pengeluar makanan.... By: Hizbut Tahrir, Sautun Nahdhah !!! QUOTE !!!
Betul jugaakk cakap Hizbut Tahrir tuuue kaannn...?? Ketika pemerintahan regim Tun Mahathir pada tahun 1998 (Owl amiik UPSR masa tahun niie... HAHAHHA!!), Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sebenarnya telah offer kepada Malaysia bantuan bernilai berbillion ringgit (orang kata Anwar dalangnya? Tiada bukti, considered INVALID)... Namun tindakan ini dicegah sepenuhnya oleh Tun Mahathir dengan hanya menumpukan suppeerrrbbb KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar.. Betul eekk?? HHEEE...). Salah seorang commentators dalam chedet.com (Tun Mahathir's blog) telah menyamakan "bailing out" (maksudnya support dari sudut - memberi pinjaman / membayar terus dengan tujuan menyelamatkan... bahasa saya yang bukan orang finance... HAHAHHAH!!!) company AIG dan bank-bank lain oleh US government adalah sebenarnya sama dengan tindak-tanduk IMF dengan Malaysia dahulu... By adamjohari on September 19, 2008 5:25 PM, chedet.com !!! QUOTE !!!
Tetapi seperti yang Tun Mahathir katakan, "Our currency should be appreciating against the cheaper US Dollar. But instead it is depreciating. This must be caused by weaknesses in our economy. " Maksudnya Ringgit boleh mengukuh dan mengambil kesempatan dari nilai US Dollar yang semakin jahanam, menguatkan lagi Malaysia dan negara-negara Arab dari segi perdagangan dan ekonomi. Tetapi yang terjadi adalah sebaliknya... Malah tiba-tiba KLCI (Bursa Kuala Lumpur) melonjak apabila mendapat jaminan Amerika... Tak ke pening dan mengarut??!!! Seolah-olah Ringgit dan financial bonding melampau-lampau terikat dengan US... Menyampah betul. By: Berita Harian, Oleh Kamarulzaidi Kamis, Sabtu, 20 September 2008 !!! QUOTE !!!
p/s: Rasanya ramai lagi cendekiawan ukhwah.com boleh menambah dan mengulas lagi... Sebarang ilmu yang disumbangkan adalah AMAT DIHARGAI... Sekian dari Owl. ADDDES!!! Pening... |
Al-Mashoori ![]() ![]() |
![]()
Itulah akibatnya kalau AS menguasai ekonomi dunia. Walaupun nilai dolar jatuh merudum, ia takkan dapat menguntungkan negara lain hatta Malaysia sekalipun. Menurut pakar ekonomi, trend nilai dolar yang menjunam ini bakal memberi masalah yang besar kepada negara lain. Hal ini kerana perdagangan antara negara PERLU menggunakan matawang dolar!!! Begitu juga dengan rizab luar negara oleh bank-bank pusat sesebuah negara perlu disimpan dengan menggunakan wang dolar. Andaikata matawang dolar jatuh ke paras paling minimum (jadi seperti rupiah Indonesia) maka segala wang simpanan rizab luar negara milik Bank Negara Malaysia boleh diumpamakan sebagai 'kertas-kertas kosong'!!!
----------------- ![]() |
alwalid ![]() ![]() |
![]()
ni lah yang dinamakan ekonomi berasaskan kapitalis........
somebody has to go down for somebodyelse's uphill..... AIG di ambang bankrupt tapi diselamatkan oleh Bank Persekutuan Amerika (kalau tak salah lah, sebab baca gitu2 saja), lehmann brothers tak dapat diselamatkan lagi....... warren buffet pun jatuh semula ke no 2 manusia paling kaya sebab kejatuhan saham beliau dalam Berkshire Hathaway....... despite kegusaran ekonomi di USA, saham2 asia menunjukkan pengukuhan, mungkin disebabkan ketidakstabilan ekonomi US menyebabkan ramai pelabur lari ke negara2 asia sepeti China, India dll Malaysia tak terkecuali......... |
owl_UM ![]() ![]() |
![]()
HUURRMM... Terima kasih saudara Al-Mashoori dan alwalid... Saya hargai komen
saudara kalian berdua... Saya teruskan membaca lagi komen-komen dalam chedet.com (my favourite blog, HAHHAHA!!!)... Salah seorangnya menggunakan nick emma49. Dari statement emma49 niie, dia merupakan bekas student economic & finance. Dia ada menyatakan sesuatu yang pertama kali saya dengar - "to ME sometime statistic bukan Boleh pakai pun" ... Merujuk kepada ekonomi. Kemudian beliau menyatakan lagi.... "if to define economic, economic = a study of human behaviour (science of making choices)" .... HAHAHHAH!!! Beautiful and deep right? Namun saya agak kurang mengerti apakah yang dimaksudkan olehnya dengan "science of making choices" niiee... Susah jugaakk makhluk ekonomi niie eekk... Diharapkan Menteri Kewangan kita tidak hanya berpeluk tubuh... Keep stabilizing the Malaysia... |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
nak tanya,kan ringgit kita disandarkan kepada matawang dolar us Kenapa tidak sandarkan kepada matawang euro?matawang euro ni makin meningkat(Sorry jika silap) dan juga kukuh.
|
fikrul_mustanir ![]() ![]() |
![]()
Salam,
Ini topik yang menarik untuk dikongsi bersama. Memang sekarang ini sistem ekonomi berasaskan modal (kapitalisme) sedang berada diambang kehancuran. Inilah yang sedang dialami oleh Amerika sebagai negara terbesar dan tonggak kepada ekonomi Kapitalisme di dunia dewasa ini. Semoga Khilafah cepat tertegak dan menyelamatkan kehidupan dunia yang sedang menuju kemusnahan akibat penerapan sistem yang jauh dari Petunjuk Allah SWT. Perkara ini diakui sendiri oleh Presiden Bush. Sila baca sedutan berita di bawah:- __________________ Presiden George W. Bush Akui Ekonomi AS Sudah Runtuh hati-Press. “Seluruh perekonomian kita sedang dalam bahaya. Situasinya sedang tidak normal. Perekonomian tidak berjalan sebagaimana mestinya … jika Kongres tidak segera bertindak, Amerika akan mengalami kepanikan kewangan,” kata Bush. Presiden AS George W. Bush berusaha meyakinkan publik bahwa AS memerlukan suntikan dana segar agar tidak jatuh ke dalam krisis yang ekonomi yang lebih dalam. Bush dalam pidatonya yang ditayangkan televisyen mengakui bahwa negara AS sedang menghadapi ancaman kebankrupan dan kemelesetan ekonomi yang panjang jika pemerintah tidak segera bertindak. “Seluruh perekonomian kita sedang dalam bahaya. Situasinya sedang tidak normal. Perekonomian tidak berjalan sebagaimana mestinya … jika Kongres tidak segera bertindak, Amerika akan mengalami kepanikan kewangan,” kata Bush. Jika AS mengalami kemelesetan, resikonya adalah akan banyak perusahaan-perusahaan yang tutup, bertambahnya jumlah pengangguran, kerugian di bursa saham, kegagalan perniagaan dan sulitnya mendapatkan pinjaman. “Dan pada akhirnya, negara kita akan mengalami kemelesetan panjang dan menyakitkan. Saudara-saudaraku sebangsa, kita tidak boleh membiarkan ini terjadi,” kata Bush menghiba. Sebelum berpidato, Bush sempat memanggil dua calon presiden AS John McCain dan Barack Obama, jajaran pimpinan DPR AS dan sejumlah anggota senat ke Gedung Putih untuk meminta dukungan. Pemerintah Bush sudah mengajukan permintaan dana sebesar 700 billion dollar pada Kongres untuk skema penyelamatan krisis kewangan AS. Namun Kongres masih bersikap skeptis dan meminta Bush untuk memberi penjelasan atas kekacauan kondisi kewangan yang menimpa AS saat ini. “Inilah saatnya bagi Bush untuk menjelaskan mengapa pemerintahannya cuma duduk-duduk saja sambil berpangku tangan selama berbulan-bulan dan sekarang baru sadar bahwa pemerintah harus segera melakukan sesuatu,” kritik Harry Reid, senator dari Partai Demokrat. Sejumlah kalangan juga mengkritik skema penyelamatan yang diajukan Bush. Ibarat judi, pemerintah AS dan Wall Street sedang mempertaruhkan nasib perekonomian dan para pembayar cukai di AS yang saat ini menanggung beban dari krisis finansial yang disebabkan oleh Wall Street. Max Keiser, analis kewangan di Paris mengatakan, kehancuran ekonomi akan dirasakan oleh masyarakat Amerika secara umum. “Harga-harga makanan dan minyak akan meroket akibat hiperinflasi. Satu-satunya cara yang mungkin boleh dilakukan untuk membayar biaya penyelamatan ini adalah menambah penawaran wang,” kata Keiser. “Itu bererti akan terjadi hiperinflasi di AS seperti yang dialami Jerman pada era tahun 1920-an. Jika ini terjadi, rata-rata masyarakat AS akan mengalami kebankrupan, kemiskinan, kerawanan sosial karena kesalahan pengurusan bank. Kesalahan itu sebenarnya boleh dihindari. Tapi sayangnya, bank-bank di AS dikelola dengan prinsip kerakusan, dan inilah akibatnya,” papar Keiser. (lain/aljz/prtv) Eramuslim |
azemi ![]() ![]() |
![]()
Ha, saya suka bab ekonomi ni..walaupun belajar bidang lain, pernah juga ambil 2 subjek ekonomi.hehe..
Saya setuju dengan al-Mashoori..dominasi Dajal US menyebabkan negara2 lain tertindas..Tun M pernah mengulas bahawa kuasa unilateral US akan memburukkan keadaan sosio-politik dunia..contohnya semasa krisis perang Dajal US-Iraq..US bertindak secara unilateral, tanpa melalui mandat PBB..sangat menjelikkan..kesannya hingga kini dirasai..Iraq semakin mundur, minyak pula semakin naik.. saya meyakini bahawa kuasa kapitalis Dajal US akan runtuh suatu ketika nanti..tak silap ada satu buku betajuk "We Built To Collapse"..(ada sesiapa dapat pastikan)..lebih kurang tu lah tajuk bukunya..ia menceritakan tentang kapitalis sebenarnya membangun ke arah 'kehancuran'..menarik bukan.hehe..inilah janji Tuhan..sistem yang tidak mengikut hukum Tuhan akan runtuh suatu ketika nanti..cuma masa yang akan menentukan.. Maaf, saya lebih suka menggunakan istilah Dajal US daripada US..kerana negara inilah punca utama kerosakan dunia pada hari ini..ditambah pula dengan kelemahan umat Islam dr segi ilmu dan ekonomi..jadi Dajal US mengambil peluang untuk menindas negara2 mundur khususnya Islam supaya dapat menyekat fahaman Islam yang dikatakan saingan paling sengit kepada 'ajaran' kapitalism.. nak tambah lagi..nanti2 dulu.hehe..ada pandangan lain?bagaimana dengan penggunaan dinar emas bagi menggantikan wang kertas?? |
Al-Mashoori ![]() ![]() |
![]()
Dinar emas? Sama ke dengan emas? Heheh
![]() Dinar emas memang merupakan pilihan tepat bagi umat Islam untuk keluar dari 'penjajahan ekonomi' Amerika atau dengan kata lain alternatif kepada perdagangan tanpa perlu menggunakan dolar (dan juga matawang penjajah lain). Tambahan pula emas merupakan 'matawang' paling kukuh nilainya di pasaran dan tak mungkin akan mengalami nasib seperti dolar yang sentiasa naik turun trendnya. Emas ni nilainya steady saja. Jadi adalah lebih baik bagi negara-negara OIC menggunakan matawang dinar emas dalam perdagangan antara negara anggota. Tetapi itulah, mereka lebih sukakan 'kertas' daripada emas... ----------------- ![]() |
Muddathsir787 ![]() ![]() |
![]()
Salam..
Hmm, perbincangan menarik.. Negara China tak terkecuali akan jatuh juga.. sebab negaranya menyimpan lebih 3 trilion US Dollar.. Matawang Euro pun masih bersandar pada matawang US.. Matawang kita pun bersandar pada US Dollar, jangan lupa. Banyak longgokan produk kita di negara US. Hmm, Tun Raider pernah mencadangkan agar matawang ringgit RM ditambat seperti pernah beliau cadangkan pada PM kini.. Tapi PM nampak macam lebih tunggu dan lihat.. ![]() So, just be prepared mahasiswa & siswi di luar sana..!! Pengangguran dijangka tinggi tahun hadapan (Malaysia).. Di US telah dijangka lebih 10 juta pengangguran (retrenchement).. Statement dari Kesatuan Pekerja Malaysia (tak ingat nama penuh) dah keluar statement dijangka hampir 50000 pekerja akan di'retrench' di Pulau Penang (negeri Perindustrian) masa krisis minyak hari itu. Just berkongsi.. realiti.. Subhanallah. Investor kompeni saya pun lari (Kanada).. Sebab US Dollar isu utama.. Dan politik Malaysia yang tidak stabil.. Moga ALLAH memberi kekuatan & jalan keluar kepada kita dalam menghadapi dugaan ini, Ameen Ya Rabbal A'lameen. HambaNYA yang jahil, -- Muddathsir ----------------- .: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu" |
NurArisha ![]() ![]() |
![]()
Aduh..rasa takut pula..bila semua ini berlaku. bagaimana dengan peluang pekerjaan kepada student yang belum grad..semoga Malaysia akan mampu keluar dari permasalahan ini..
|
futurama ![]() ![]() |
![]()
ana bukan budak ekonomi
tapi benda-benda ni wajib tahu sebab ana dah kerja dan benda-benda ni yang akan efek life ana masa sekarang dan akan datang kalau dulu takpernah ambil kesah ![]() lagipun kerja ana sekarang memang berkaitan nagn ekonomi sikit ![]() !!! QUOTE !!! "if to define economic, economic = a study of human behaviour (science of making ni ialah ayat penuhnya kalau owl_UTM nak tau.. "the science which studies human behaviour as a relationship between ends and scarce means which have alternative uses." Scarcity means that available resources are insufficient to satisfy all wants and needs. The subject thus defined involves the study of choices as they are affected by incentives and resources. ada faham?? economist kena pilih pilihan2 yang ada untuk mengukuhkan lagi ekonomi yang sedia ada. dan its a though choice. betul ke ni? ![]() dan basically semua yang posting kat sini cakap benda yang betul.. ----------------- "the best and most beautiful things in the world cannot be seen, not touched..but are felt in the heart.." |
immad ![]() ![]() |
![]()
lau OU nak tau pasal dinar emas dan other related to way to improve islamic econ system..dan related issue..t lah ana fwd assignment2 group ana...bout dinar mas..interest free dan memacam lagi..t ana minta dengan lec..kami akan ada debat on econ issue 22-24oktober..huhu cuak gila ni...takut kalah.....
pasal dinar emas tu..secara ringkas..boleh baca al islam edisi tahun lepas..yang fida jadi model itu... di hari itu ada tanya seorang pekerja bank..dia kata susah nak apply..dan tanyalah..gane kelantan boleh lepas buat benda ni...bagi imad sokongan semua pihak tu perlu..cumanya dek kerana tak ada sistem yang khusus lagi di bangunkan untuk dinar emas ni...susahlah juga..sebab harga emas akan nek besenya(ni berdasarkan apa yang imad baca)lepas itu harga dia tak fix..so bila nak berjual beli tu..kenela telefon tanya harga emas dulu...susah juga lah... tapi cikgu masa sekolha dulu cakap...amerika hapuskan penggunaan dinar selepas kerajaan ottoman sebab depa tak budak hasil galian emas yang cukup untuk jadikan komoditi... entahlah...dah melalut apa dah ni..t imad revise balik pas psting..nak pergi kelas pula...wassalam.. kalau salah tolong betulkan......asenya banyak salah ni..heheheh |
immad ![]() ![]() |
![]()
Riba punca sistem ekonomi runtuh
Oleh MOHD. NAHAR MOHD. ARSHAD KEDUDUKAN ekonomi Amerika Syarikat (AS) semakin buruk. Meskipun Washington cuba menutup kedudukan ekonominya, namun data dan fakta sudah lama melaungkan kegagalan ekonomi kapitalis itu. Dengan kedudukan defisit akaun semasa yang terus pincang, hutang kerajaan yang menggunung, pengangguran yang tinggi, nilai hartanah dan portfolio yang merudum, rakyat AS melihat ekonomi kapitalis yang kononnya menjanjikan seribu satu impian bertukar menjadi ekonomi parasit meratah kekayaan yang ada. Amerika Syarikat sebenarnya sudah ditelan lubang hitam krisis hutang yang parah, mungkin paling parah dalam sejarah kemanusiaan. Pelbagai punca dicari bagi menjelaskan krisis yang berlaku. Namun, fakta sebenarnya ialah sistem ekonomi yang berpaksikan riba pasti akan hancur. Melihat kepada krisis di AS, sesungguhnya benarlah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 276, “Allah susutkan riba dan mengembangkan sedekah”. Semuanya berpunca daripada kaedah mengembangkan ekonomi dengan menggalakkan pemberian hutang dan hutang itu pula meningkat dari masa ke masa kerana adanya riba. Maka, si kaya yang menyimpan di bank khayal dengan janji kekayaan yang meningkat oleh riba. Di satu pihak lagi, si miskin yang berhutang terus miskin kerana hutang dan beban riba. Institusi kewangan yang menjadi agen riba ibarat badut yang membaling bebola berwarna. Bebola tersebut ibarat produk-produk kewangan yang menarik. Tangan kanan badut ibarat si kaya dan tangan kirinya ibarat si miskin. Kewangan Kedua-duanya inginkan produk kewangan tersebut. Tepuk sorak penonton adalah upah buat si badut. Semakin banyak bebola di baling dan disambut, semakin kuatlah tepuk sorak penonton dan semakin ghairahlah si badut. ‘Pengembangan’ oleh riba bermakna semakin banyak dan pantaslah bebola berwarna yang perlu dibaling dan disambut oleh si badut. Sehingga ke satu tahap, pasti kesemua bebola akan terjatuh! Pengibaratan di atas menjelaskan konteks modus operandi institusi kewangan masa kini. Hakikatnya, jumlah kekayaan ‘sebenar’ adalah terhad untuk satu masa tertentu. Namun, riba telah memperdayakan kita dengan ‘menggandakannya’ meskipun pada realitinya, gandaan dari riba itu sebenarnya tidak bernilai - ibarat buih. Panik dalam sistem kewangan tercetus apabila si kaya cuba menterjemahkan kekayaan yang ada dalam nilai yang sebenar. Maksudnya, bukan kekayaan dalam bentuk jumlah pada helaian kertas atau angka yang tercatat. Untuk memenuhi tuntutan si kaya, si miskin dikerah oleh institusi kewangan untuk membayar hutang termasuk dengan ribanya sekali. Malang kerana si miskin tidak mempunyai apa-apa untuk dipersembahkan. Maka, rumah, kereta dan apa sahaja milik si miskin dirampas oleh institusi kewangan untuk dinilai semula. Tetapi, tidak ada sesiapa yang mampu dan ingin membeli harta-harta yang dirampas itu. Ini kerana si kaya sudah hilang yakin pada kekayaan yang dimilikinya, dan si miskin pula sudah jatuh papa. Pinjaman juga sukar untuk diperolehi di mana-mana. Lantaran, semakin merudumlah nilai harta-harta tersebut. Maka tembelang modus operandi institusi kewangan pecah terbongkar. Institusi kewangan rupanya memberi pinjam berlipat kali ganda daripada jumlah aset yang ada. Ketidakseimbangan aset-liabiliti semakin membesar apabila impak riba diambil kira. Panik berlaku di mana-mana. Apabila kerajaan AS cuba menyelamatkan institusi-institusi kewangannya dengan pakej AS$700 bilion, kerajaan itu juga sebenarnya sudah lama dihimpit beban hutang dan riba. Kelulusan pakej menyelamat itu dilihat melengkapkan episod terakhir kejatuhan AS sebagai kuasa ekonomi dunia. |
Daeng_Jati ![]() ![]() |
![]()
maaplah immad, teman bab ekonomi dan akaun ni memang gagal, tak paham. masa kelas kemahiran hidup bab ni, memang duduk diam saja.... tengok saja lah kome berbincang...
|
fikrul_mustanir ![]() ![]() |
![]()
Salam,
Kegoncangan ekonomi global dewasa ini telah menarik minat kita untuk mengetahui realiti yang dikatakan sebagai 'ekonomi' (arab: iqtisad) itu. Sebagaimana biasa ia bermula dengan mencari takrif (makna) istilah ekonomi. Bagi orang yang tak berapa cerdik dan hanya bersekolah atap seperti saya ini. Kebiasaannya memahami istilah ekonomi dengan makna bahasa. Pertama; ekonomi difahami sebagai status (kedudukan)kekayaan seorang itu. Misalnya, kita biasa mendengar orang bertanya kepada kita, "Mat! Macam mana ekonomi engkau sekarang ini?" Jadi apabila orang bertanya seperti itu fahamlah kita dari sudut bahasa yang dimaksudkan olehnya adalah kedudukan kekayaan kita sekarang ini. Keduanya; ekonomi juga diertikan sebagai jimat. Misalnya, seorang jurujual serbuk pencuci memberitahu kita, "Encik! tak nak cuba serbuk pencuci ini ke? Ianya ekonomi!" Maka fahamlah kita yang jurujual itu maksudkan ialah serbuk pencuci itu menjimatkan perbelanjaan. Rasanya cukup setakat ini dulu. Mengenai makna teknikalnya kita sambung dilain siaran. ![]() Wasalam. |
wuzaraa ![]() |
![]()
sekian lama saya menunggu perbincangan yang lebih ilmiah dan global seumpama ini di ukhwah.com
syabas owl |
sayatetapsaya ![]() |
![]() ![]() love to discuss about this matter..but poorly, don't get enough time to read and study, thus give my opinion..just want to share some today's news from Berita Hairan.. Mata wang utama Asia jadi mangsa krisis di AS Oleh Kamarulzaidi Kamis [email protected] Bank pusat, pelabur global bertindak sokong nilai dolar MATA wang utama Asia termasuk ringgit menjadi mangsa aktiviti menyokong nilai dolar Amerika Syarikat (AS) oleh bank pusat dan pelabur institusi utama global bagi mengelak kejatuhan teruk nilai rizab antarabangsa dan pelaburan mereka susulan pelaksanaan pakej menyelamat AS bernilai AS$700 bilion serta kegiatan spekulasi berikutan jangkaan pertumbuhan perlahan ekonomi Asia kesan krisis kewangan AS. Paling teruk terjejas adalah mata wang Korea apabila nilai won jatuh 4.7 peratus kepada 1,364.05 bagi satu dolar AS, paras terendah dalam tempoh tujuh tahun. Mata wang rupee India mencatat penyusutan untuk hari ketiga berturut-turut semalam apabila susut sehingga 0.7 peratus kepada 48.14 berbanding dolar AS, terendah sejak Disember 2002 sebelum pulih sedikit menjelang penutup ke paras 48.08 berbanding dolar AS. Mata wang baht Thailand pula mencatat penurunan hari kelimanya apabila susut 0.2 peratus kepada 34.46 berbanding dolar AS. Ringgit juga tidak terkecuali menjejaki aliran menurun mata wang utama Asia apabila jatuh bagi hari keempat berturut-turut semalam apabila ia susut 0.1 peratus lagi kepada RM3.489 bagi satu dolar AS. Paras itu adalah yang terendah dalam tempoh 13 bulan. Nilai mata wang tempatan itu menurun enam peratus daripada RM3.289 berbanding dolar AS pada awal tahun ini. Ringgit yang dibuka rendah semalam, susut mendadak ke paras terendah RM3.5078 berbanding dolar AS, sebelum pulih sedikit menjelang penutup. Pakar Kewangan Institut Perbankan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ahamed Kameel Meera, berkata penarikan keluar modal asing daripada rantau ini bagi menyokong dolar AS adalah punca utama penurunan nilai mata wang Asia. "Pelaksanaan pakej menyelamat AS$700 bilion oleh AS, sepatutnya menyebabkan nilai dolar AS susut berbanding mata wang utama global lain, tetapi perkara itu tidak berlaku, kerana sebilangan bank pusat utama global khususnya Eropah dan Jepun serta pelabur institusi menarik keluar pelaburan dari seluruh dunia untuk menampung kejatuhan mata wang itu," katanya. Tindakan itu, katanya, bagi menghalang penyusutan berterusan nilai dolar AS kerana ia dikhuatiri akan mengheret sistem kewangan negara lain ke dalam kegawatan. "Dolar AS adalah mata wang rizab antarabangsa. Jika dolar AS 'tumbang', maka ia akan mengheret banyak negara lain yang memiliki aset berasaskan dolar seperti Eropah, Jepun dan China ke dalam masalah kewangan. "Sementara itu, kebanyakan bank pusat utama global ketika ini memiliki rizab yang besar dalam mata wang dolar AS. Ini menyebabkan mereka terus mempertahankan mata wang itu meskipun langkah itu dijangka tidak akan bertahan lama," katanya. Ketua Ahli Ekonomi, CIMB Investment Bank Bhd, Lee Heng Guie, pula berkata, jangkaan pertumbuhan ekonomi lebih perlahan di Asia, menyebabkan aliran keluar modal asing dari rantau ini. "Penarik keluar modal dibuat kerana ada jangkaan bahawa krisis kewangan AS akan berpanjangan dan belum ada tanda ia akan berakhir, sekali gus menyebabkan prospek pertumbuhan negara Asia menjadi lebih malap daripada sebelumnya," katanya. P/S : IKKL merudum ke paras 982.74 pada pagi ni..beginilah jadinya jika ekonomi kita terus bergantung kepada ekonomi AS..duduk sibuk ekonomi dua hala dengan AS, duduk sibuk panggil FDI daripada US, duduk sibuk gunakan pertukaran matawang dalam US dollar...and our economy relying on and on with those capitalism.. ![]() wait for my next opinion.. ![]() |
izzahtulsakinah ![]() ![]() |
![]()
pakej yang dirasa menyelamatkan keadaan AS$700 billion ini memang merosakkan bukan menyelamatkan..kes bail-out ini hanyalah untuk menyelamatkan syarikat gergasi yang besar di wall street sedangkan tidak semua yang terlibat.inilah akibat daripada mengamalkan sistem discounted debt trading.dan islam melarang pengamalan sistem ini,kalau dijalankan juga perlu ada syarat-syarat yang tertentu.
|
Muddathsir787 ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! kami akan ada debat on econ issue 22-24oktober..huhu cuak gila ni... Hmm, debat kat mana itu..?? Hmm, good luck. |
Muddathsir787 ![]() ![]() |
![]()
Hmm, sebenarnya ramai yang keliru.. 2 senario berbeza..
"Dulu saya pun tidakk terkecuali.. tapi sekarang tidak lagi.. ", kata saya dengan gaya iklan Fab buku baru. ![]() Alhamdulillah. Hmm, ada sesiapa nak jawap..?? 1) Senario pertama: Kegawatan ekonomi pada tahun 1998 zaman Tun Dr Mahathir 2) Senario kedua: Zaman kegawatan kini akibat kejatuhan US dollar dan terkena tempias pada Malaysia (di bawah Abdullah Badawi) Klue: http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=2&topic=39118 Apa beza senario 1 & 2..?? Hmm?? Sesiapa yang boleh jawab dengan tepat.. ada hadiah menanti anda.. (Nanti Boleh claim 1st prize Laptop Dell Latest daripada En Owl_Um).. terima kasih.. HambaNYA yang jahil, -- Muddathsir ----------------- .: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu" |
ikhwanzm ![]() ![]() |
![]()
Menarik topik yang dibincangkan.
Just want to share some artikel by Ustaz Zaharuddin Abd Rahman Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Amerika Syarikat sedang menghadapi kejatuhan ekonominya akibat sistem kapitalis. Apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan riba?. Dan adakah jika sistem kewangan dan ekonomi Islam dilaksanakan, kita akan terselamat dari malapetaka seperti ini. Tulisan ini akan cuba mendedahkan isu ini dalam bentuk yang separa ilmiah dengan kumpulan sasaran pembaca orang awam. Justeru, jika anda seorang cendiakawan ekonomi, kewangan dan perbankan, saya kira tulisan ini mungkin tidak menambahkan sebarang nilai dan pengetahuan baru buat anda. Saya juga menggunakan bahasa-bahasa bukan kewangan bagi memudahkan kefahaman orang awam dalam memahami isu ini secara mudah. Walaupun isu ini agak kompleks untuk diterangkan dengan mudah kepada pembaca yang tiada basic ilmu kewangan dan perbankan (kerana ia perbincangan berkenaannya banyak menggunakan istilah-istilah khusus kewangan dan perbankan), namun saya akan cuba sekadar kesempatan waktu dan kemampuan yang ada untuk memberi faham. Isunya begini.. Kegawatan bermula dari kes pinjaman dan pensekuritian bon Subprima. FAHAMI SUBPRIME MORTGAGE TERLEBIH DAHULU Subprime mortgage atau dalam bahasa Malaysia kita sebut "peluang kedua pinjaman". Ia adalah pinjaman wang yang diberikan kepada sekumpulan pengguna miskin, manakala sebahagian lainnya tidak menepati kriteria peminjam yang BOLEH diluluskan jika dilihat dari piawaian sesebuah bank. Ia disebut sebagai mempunyai �credit rating' yang rendah. Mereka ini biasanya terdiri dari :- mereka yang mempunyai pendapatan rendah, mempunyai sejarah dan rekod kegagalan bayaran hutang yang tinggi, atau �rekod merah'. mereka yang beban hutangnya telah melebih kemampuan pendapatannya, para spekulator yang tiada mempunyai wang tetapi ingin membeli untuk tujuan pelaburan dan lain-lain lagi. Walaupun demikian, mereka telah diberikan peluang kedua untuk membuat pinjaman. Perlu diingat, ia bukannya dibuat atas dasar ingin membantu tetapi berpunca dari sifat tamak pihak kapitalis dalam perolehan untung, mereka juga tidak menghiraukan sama ada kumpulan miskin dan bermasalah serta terdesak tadi akan semakin tertindas ataui tidak. Apa yang penting buat mereka adalah untuk mengambil peluang meraih untung sebanyak mungkin. Telah saya tegaskan beberapa kali di web ini, apabila pinjaman diberikan kepada mereka yang berpotensi untuk gagal membayar balik, risiko kegagalan membayar hutang yang dinamakan �event of default' akan menjadi semakin tinggi. Menurut kebiasaan sesebuah bank, jika risikonya tinggi maka lagi tinggilah kadar riba �interest' yang akan dikenakan terhadap peminjam. Menurut faktanya, apabila lebih 100 buah syarikat yang memberi pinjaman jenis subprime seperti New Century Financial Corporation memfailkan bankruptcy akibat gagal memperolehi pulangan beserta riba yang dikehendakinya, kegawatan mula kelihatan. Kegagalan ini membawa kerugian sebanyak USD 6.5 trillion dan memberikan kesan negatif kepada seluruh industri jual beli rumah, perbankan dan ekonomi USA. Isu ini mula menggugat ekonomi Amerika mulai tahun 2007 dan berterusan kesannya sehinggalah apa yang berlaku kepada kebrankupan dan kerugian besar syarikat gergasi di Bursa Saham Wall Street seperti Lehman Brothers, Merrill Lynch, AIG dll. Ia bakal membawa kesan domino atau kesan bertali kepada mana-mana syarikat yang mempunyai ikatan dengan mereka yang rugi ini, akan saya huraikan kemudian. Ia bermula apabila sektor perumahan di USA menjadi bubble. Erti bubble dalam konteks ini adalah apabila nilai valuasi rumah meningkat sehingga mencapai tahap unsustainable iaitu tidak mampu lagi ditanggung jika dilihat kepada purata pendapatan penduduk. Hasilnya, bilangan peminjam yang gagal ia disebut �defaulters' menjadi semakin tinggi. Keadaan ini merebak sehingga berlakunya krisis kegawatan pada bulan Ogos 2007 yang lalu. APA KISAH CADANGAN KERAJAAN US UNTUK BAILOUT USD 700 BILION? Apabila ini terjadi, nilai rumah tiba-tiba menjadi jatuh merudum pula sehingga banyak pihak yang telah membeli dan memegang rumah dan hartanah tidak lagi mendapat untung dari aset yang mereka pegang. Kerugian pun menjelma dan memberikan kesan kepada seluruh sektor kredit, perbankan dan ekonomi dunia. Pihak bank akan ditimpa Non Performing Loans (NPL) atau hutang tertunggak yang tinggi, selain itu ia juga memberi kesan rugi kepada seluruh sektor pembinaan, pembekal dan banyak lagi. Ia juga bakal membawa keruntuhan, hasilnya Presiden USA, George Bush telah memperuntukan �bail-out plan' dengan harga antara USD 700 billion ke USD 1 trillion untuk membeli aset pinjaman tertunggak yang merosakkan tersebut. Pihak US merancang, setelah membeli semua aset tadi, mereka akan menjualnya semula dan memperolehi keuntungan pula darinya. Namun terdapat pakar pelaburan seperti Warren Buffet dan ramai lagi yang menganggap lebih bijak jika kerajaan membiarkan sebahagian sekuriti tenat dan tertunggak ini dijual di pasaran terbuka kepada sektor private dan bukannya dibeli oleh kerajaan. Secara ringkasnya isunya adalah :- a) Apa yang menjadi isu dengan kes bail out terbaru ini adalah, jumlah besar itu adalah wang hasil kutipan dari pembayaran cukai dari seluruh warga USA. Namun malangnya wang cukai yang bayar mereka akan digunakan untuk menyelamatkan beberapa buah syarikat gergasi di Wall Street, sedangkan ramai yang tidak terlibat dengan aktiviti saham dan tidak mendapat faedah secara langsung dari bail-out ini. Inilah yang menyebabkan kemarahan orang ramai. Duit mereka digunakan untuk menyelamatkan si kaya manakala syarikat kecil dan sederhana tiada sebarang bantuan. b) Selain itu, untuk mejayakan tujuan ini, kerajaan US terpaksa mencetak lebih banyak wang dan ini akan meningkat kadar inflasi iaitu nilai USD akan jatuh merudum. c) Sebahagian pakar ekonomi menamkannya sebagai hyperinflation atau inflasi di luar kawalan. Selain itu purchasing power mereka turut jatuh. Contoh hyperinflation adalah apa yang berlaku kepada Germany pada tahun 1923 apabila kadar tukarannya adalah Marks (Matawang German) 4,200,000,000,000 (4.2 billion) adalah sama dengan USD 1 sahaja!. Yang terbaru adalah Zimbabwe di mana nilai duit Zimbabwe sebanyak 688 billion adalah sama dengan USD 1. d) Ini juga bermakna, semua peminjam-peminjam di bank US terpaksa mencari sumber wang lain untuk mebayar hutang mereka disebabkan nilai matawang mereka menjadi kecil. Kalau dulu USD 1000 mereka boleh membayar pinjaman perumahan bulanan, namun akibat bail-out ini, nilai USD 1000 itu sudah jatuh kepada USD 900. e) Ia juga boleh mengakibatkan pelbagai bencana ekonomi seperti berlakunya penyorokan barang pengguna kerana menunggu harga meningkat. f) Hutang US juga pasti akan meningkat tinggi , dijangkakan hutang US akan meningkat kepada USD 11.3 trillion daripada jumlah sekarang iaitu USD 10.6 trillion. 231 ahli akademik yang merupakan pakar ekonomi di univeristi seluruh USA membantah tindakan ini dalam satu surat yang ditandatangani bersama oleh mereka. Mereka menegaskan :- "Investors who took risks to earn profits must also bear the losses. The government can ensure a well-functioning financial industry without bailing out particular investors and institutions whose choices proved unwise." PENSEKURITIAN PINJAMAN SUBPRIMA & PANDANGAN ISLAM Bagi anda memahami isu ini dengan lebih tersusun, mari memhami isu subprime dan pensekuritiannya. Keadaan menjadi parah sebenarnya, apabila pinjaman-pinjaman SUBPRIME tadi telah disekuritikan menjadi . �Mortgage-backed Securities' ; (iaitu sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada sesuatu aset (asset-backed security ) yang mana cash flow atau aliran tunainya datang dari pembayaran pinjaman pokok dan interest bagi satu kelompok pinjaman perumahan. Kemudiannya ia diniagakan dengan risiko berbeza mengikut tahap-tahapnya. Dalam kes yang sedang kita bincangkan ini, kelompok pinjaman itu adalah dari pinjaman subprime yang telah diberitahu tadi. Sila lihat rajah untuk lebih faham. Sila lihat kepada pulangan riba �expected return' yang dijanjikan kepada pelabur (pembeli sijil ini) yang disebut itu, pulangan itu gagal ditepati apabila pihak peminjam gagal membayar hutang rumah mereka. Sekali lagi, apa erti sekuriti di sini? Ia adalah satu proses mengumpulkan pinjaman-pinjaman ini dalam satu kumpulan (pool of portfolio), kemudiannya ditukar menjadi sebuah sijil pelaburan boleh niaga yang dinamakan bon atau sekuriti atau Mortgage Backed Securities. Ia adalah sebuah instrument pelaburan riba yang menjanjikan PULANGAN TETAP bagi mereka yang berminat membelinya. Disebabkan sifat tamak pelabur kapitalis, mereka telah menjual bon yang disandarkan kepada pinjaman Subprime yang berisiko ini dan ia telah dibeli oleh pelbagai pihak termasuklah bank-bank pelaburan �investment banks' yang besar seperti Lehman Brothers yang merupakan syarikat keempat tersebar di Bursa Wall Street. Apa yang dilakukan ini jika dilihat dari perspektif Islam dinamakan �debt trading' atau menjual hutang. Ia difatwakan haram oleh Majlis Fiqh Sedunia dan juga Majlis Shariah Badan Perakauan dan Kewangan Islam Sedunia (AAOFI) iaitu apabila ia dijual lebih rendah dari harga asal hutang (secara diskaun). Untuk analogi mudah lagi ringkas, ia adalah seperti berikut:- Encik David berhutang sebanyak RM 1 juta dari Encik Lingam. Encik David dikehendaki membayar semula hutangnya sebanyak RM 1.5 juta dalam 5 tahun. Ini bermakna Encik Lingam mengenakan RM 500,000 riba ke atas Encik David. Tiba-tiba selepas dua bulan, atas sebab tertentu, Encik Lingam perlukan wang tunai dengan segera, untuk menyegerakan perolehan tunai, Encik Lingam telah menjual hutang Encik David tadi kepada En Chua dengan harga yang lebih rendah iaitu RM 1.3 juta. Walaupun harganya lebih rendahnamun Encik Lingam puas hati kerana ia memperolehinya secara cash atau tunai. (Inilah yang dimaksudkan jualan hutang secara diskaun, dan ia dianggap riba oleh Ulama antarabangsa kerana wang ditukar dengan wang syaratnya mestilah sama nilai) Di hujung transaski, Encik Lingam berjaya perolehi wang tunai segera namun sedikit berkurangan dari jumlah yang patut diperolehinya jika dia sanggup menunggu selama 5 tahun. Dan risiko menunggu bayaran hutang penuh oleh Encik David kini sudah dipindah kepada En Chua, namun En Chua bakal menerima untung riba sebanyak RM 200,000 pula dengan mudah. Encik David tetap perlu membayar seperti biasa. Berkemungkinan En Chua akan menjualkannya kepada Encik Mutu pula dengan harga RM 1.2 juta. Untuk memahami isu yang sedang dibincang, anda hanya menukarnya seperti berikut:- Encik David - Peminjam miskin dan tidak cukup syarat Encik Lingam - Syarikat pemberi hutang seperti New Century Financial Corporation Encik Chua - Lehman Brothers dan lain-lain. Encik Mutu - Semua bank yang membeli MBS ini dari Lehman, Merrill Lynch dan lain-lain. Maka apabila encik David gagal membayar hutang, semua pihak akan terancam. Inilah yang berlaku. Inilah namanya discounted debt trading, ini dikenalpasti berlaku dalam kes subprime. Iaitu apabila pihak bank pelaburan membeli MBS yang mewakili hutang perumahan tadi, mereka telah membayar sejumlah wang yang besar, dan kini mereka bergantung kepada bayaran hutang oleh peminjam-peminjam berisiko tadi. Tiba-tiba peminjam gagal membayar dan sebahagiannya diisytiharkan bankrupt meningkat, menyebabkan keuntungan yang pihak bank jangkakan tidak kunjung tiba, sebaliknya kerugian pula menjelma. KESAN TERBARU DI WALL STREET Inilah yang berlaku kepada Lehman Brothers, sebuah syarikat gergasi di Wall Street yang diasaskan oleh Lehman berbangsa Yahudi, ia mempunyai nilai aset sekitar USD 600 billion (RM 2.4 trillion), syarikat ini juga mempunyai 25,000 pekerja di seluruh dunia. Tunjang bisnesnya adalah trading fixed-income assets, penyelidikan, pengurusan pelaburan and private equity. Syarikat ini runtuh kerana Riba, tamak dan sistem jualan hutang riba �debt trading'. Lehman brothers adalah dealer yang terbesar dalam fixed interest security (iaitu pelaburan pulangan tetap - riba) yang terbesar di pasaran Wall Street dan mereka telah melabur dengan begitu besar dalam sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada US Subprime mortagage market. Namun ia gagal menjual lower rate MBS dari subprime yang dipegangnya. Dalam suku kedua tahun 2008 sahaja menyaksikan Lehman kerugian USD 2.8 billion dan terpaksa menjual asetnya bernilai USD 6 billion. Seterusnya kerugiannya sebelum brankrup mencecah USD 7.8 billion, dan masih terdedah kepada kerugian USD 54 billion dari pegangan mortgage backed securities yang masih dimilikinya. Hasilnya, nilai sahamnya telah jatuh lebih dari 95%. Akhirnya pada 15 September 2008, bank ini telah memfailkan bankruptcy chapter 11 , ketika itu statistik mencatakan Lehman mempunyai hutang sebanyak USD 613 billion, USD 155 billion lagi hutang dalam bentuk bond atau MBS tadi, dan asset keseluruhan mereka adalah bernilai USD 639 billion. Pada 22 September 2008 mereka telah �ditelan' atau dibeli oleh sebuah lagi gergasi lain iaitu Barclays Bank PLC yang mempunyai asset sebanyak USD 2.7 trillion (lebih kurang RM 9.18 trillion) . Namun, Barclays hanya membeli tunjang bisnes dan pentadbiran Lehman dengan harga USD 1.35 billion yang merangkumi ibu pejabat Lehman yang bernilai USD 960 juta dan beberapa yang lain. Untuk memahami betapa besarnya mereka, bandingkan dengan Aset Maybank Group yang hanya sekitar RM 260 billion. Bayangkan.. Selain itu, hasil dari masalah pinjaman riba tadi juga turut menyaksikan kejatuhan gergasi bank iaitu Merrill Lynch, sebuah bank pelaburan terkenal yang terpaksa dijual kepada Bank of America dengan harga USD 50 Billion untuk menyelamatkan dirinya. Seperti Lehman Brother, Bank Merrill Lynch juga mengalami kerugian teruk akibat sijil-sijil pinjaman yang dipegangnya mengalami kejatuhan nilai setiap hari, menyebabkan pelaburnya kebimbangan. Semuanya hasil ketamakan dan kini bala dari industri RIBA sudah tiba. Bertali arus dari isu ini juga, sebuah gergasi insuran iaitu AIG turut menderita sekarang dan memerlukan suntikan wang segera bernilai berbillion dolar. Mereka telah memohon pinjaman kecemasan dari kerajaan Amerika yang dilaporkan bernilai USD 40 Billion. Sebenarnya, setiap MBS yang dipegang oleh bank-bank pelaburan ini telah mendapat jaminan tidak akan berlaku default atau kegagalan pembayaran dari pihak peminjam, jaminan ini diberikan oleh dua syarikat tajaan kerajaan (Government Support Enterprises) yang besar iaitu Federal National Mortgage Association (Fannie Mae) dan Federal Home Loan Mortgage Corporation (Freddie Mac), yang mana mereka menjamin US mortgage market dengan nilai USD 6 trillion dari keseluruhan USD 12 trillion industri pinjaman perumahan US. Namun akhirnya, mereka turut �gulung tikar' dan diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan US. Selain dari nama-nama yang disebut tadi, banyak lagi bank-bank pelaburan gergasi di Wall Street seperti Bear Stearns, Goldman Sachs, dan Morgan Stanley terlibat dalam perniagaan sekuriti hutang. Justeru gergasi-gergasi ini juga sedang berpeluh kerisauan tentunya. KESAN KEPADA ANDA? Benar, anda tiada buku bank dan cek di bank-bank yang disebut tadi kerana mereka adalah bank pelaburan dan hanya berurusan dengan transaksi kewangan atas angin yang berniali billion dan ratus jutaan dollar. Kebanyakan financial instruments yang di gunakan oleh mereka untuk menghasilkan keuntungan juga jatuh merudum seperti derivatives. Selaku individu biasa, anda memang tidak merasa kesannya secara langsung, namun ia akan datang secara tidak langsung. Paling tidak, kejatuhan Lehman yang begitu besar memberikan kesan automatik kepada kejatuhan pasaran saham, harga saham-saham lain juga turut terkesan disebabkan pelbagai faktor sampingan lain seperti kepanikan pelabur yang dengan segera menjual saham-saham mereka. Selain itu, oleh kerana Lehman adalah sebuah bank yang cukup besar, banyak bank-bank yang lebih kecil berurusan dengannya sama ada sebagai pelabur dan penyimpan. Semua bank-bank ini akan turut merasa kepanasannya. Telah saya nyatakan tadi, gergasi insuran konvensional Riba iaitu AIG juga sedang bermasalah, jika ini gagal diselesaikan, semua syarikat di seluruh dunia yang punyai bisnes dengan AIG bakal merasai bencananya dan memburukkan lagi seluruh sistem ekonomi kapitalis ini. Selain itu, setiap bank yang ada berurusan dengan Lehman Brothers juga mendapat tamparan secara langsung, lebih teruk lagi, bank-bank ini bakal gagal menunaikan janji mereka kepada para depositor di bank mereka, terutamanya bagi produk-produk fixed deposit. Pihak bank akan gagl memberikan kadar bunga yang dijanjikan. Lebih teruk dari itu, wang orang arami juga boleh hilang terus, tatkala itu syarikat insuran akan �bungkus' juga. Di United Kingdom, jika anda menyimpan di bank-bank tempatan, sekiranya terdapat mana-mana bank di UK lingkup akibat kesan di USA, simpanan yang terjamin selamat hanyalah � 50,000 sahaja. Demikian tegas The Financial Services Authority (nothing). Sebagai contoh, Jika anda punyai simpanan sebanyak � 120,000, kemudian jika bank di UK jatuh bankrupt, semua wang simpanan akan hilang kecuali � 50,000 sahaja yang akan dibayar semula kepada penyimpan. Selain itu, semua kesan yang akan berlaku kepada Amerika bakal member kesan kepada ekonomi mana-mana negara yang banyak bergantung kepadanya, termasuk Malaysia. Jika benar berlaku hyperinflation di Amerika, kita akan dapat melihat betapa banyak kesannya kepada Malaysia termasuk anda dan saya juga. PANDANGAN ISLAM Saya ringkaskan begini :- 1) Sistem Islam terlibat dalam real market yang meniagakan aset dan bukannya mengenakan interest atas pinjaman wang dan penjualan hutang seperti yang banyak dilakukan di financial market, malah yang kebanyakannya tiada pun transaksi sebenar, fizikal dalam bentuk aset. Keadaan ini membuka ruang spekulasi yang berlebihan dan perkembangan industri riba yang akhirnya jatuh merudum. 2) Sistem Islam tidak membenarkan kita memberikan pembiayaan peruamhan kepada mereka yang tidak punyai potensi untuk membayar semula, Ia memang kelihatan tidak toleran namun ia adalah sangat toleran dan lebih baik kerana tidak menghimpit mereka yang tidak mampu dengan hutang baru yang pastinya tidak akan mampu dibayar. 3) Sistem Islam tidak menggalakkan hutang dan perkembangan industri hutang di luar kemampuan. Namun sistem jualan hutang (debt trading) meningkatkan potensi beban hutang lebih dari kemampuan sebenar. Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja. Berbeza dengan konvensional yang menjadikan jualan hutang dengan diskaun sebagai trend popular untuk mendapatkan kecairan. Namun demikian, sebahagian besar ulama kewangan Islam di Malaysia membenarkan jualan hak hutang dengan harga lebih rendah dari niali hutang atas ijtihad mereka bahawa yang dijual bukanlah wang, tetapi hak maliah atau hak kewangan. Pandangan ini ditolak oleh majoriti ulama antarabangsa. Prof. Dr Monzer Kahf berkata dalam konteks ini:- Two main points are essential in this regards: elimination of debt trading in the Islamic econo-finance system is important. This is an essential result of the prohibition of Riba. Once debts are no more discounted and traded, the financial market cannot be stretched beyond what the real sector can bear. In fact financing shall always be less that real market transaction because financial institutions require that certain portion of the transaction be financed by the parties themselves from equity. This avoid the chain repercussion of any debt failure and this is a major cause of the trouble of major finance institutions in this crisis. The second lesson is never finance non- real transactions. that is eliminating most of the derivatives and their transactions that are essentially speculative and do not add value to the economy. Besides these two points we have the moral issues of Islamic economics, but that is a little remote from the finance mentality and it is long term by definition and nature. 4) Sistem Islam, tidak membenarkan pelaburan dengan janji pulangan tetap sebagaimana yang dilakukan oleh MBS subprime. Ini akhirnya membebankan semua pihak terutamanya pihak yang berjanji, walaupun padaawalnya kelihatan menguntungkan. Bayangkanlah, pihak yang berjanji itu bukanlah kecil malah ia sebesar Lehman Brother. Namun Allah SWT maha berkuasa atas segala sesuatu. Sistem Islam hanya membenarkan sistem pelaburan Mudarabah dan Musharakah. Kedua-duanya punyai cara dan undang-undang tersendiri dalam pengendalian kerugian, dan ianya adalah adil dan saksama, tidak seperti sistem kapitalis dan riba yang menimpa USA. Jika sistem pelaburan Islam diaplikasi, bencana seperti yang berlaku kepada subprime tidak akan menjadi seteruknya. (Maaf saya tiada kesempatan untuk menghuraikan kedua-dua sistem itu dengan terperinci dalam tulisan ini). Sistem kewangan Islam juga mempunyai sijil niaga seperti MBS, namun ia di dasari oleh aqad Musharakah, Mudarabah, Ijarah dan lain-lain. 5) Apa yang berlaku juga adalah hasil sistem ekonomi free market, iaitu membiarkan industri menentukan halatuju tanpa kawalan.Sistem ekonomi Islam menganjurkan kawalan pasaran oleh kerajaan dalam bentuk yang sewajarnya, sistem hisbah turut wujud bagi memantau aktiviti pasaran. Sebagai contoh, cara pembelian saham short selling adah haramdi sisi Islam, ia tidak dibenarkan di Malaysia, namun ia dibenarkan di Wall Street. Setalah kejatuhan teruk ini pada 19 September 2008, barulah mereka terkial-kial mengharamkan pembelian dan penjualan secara short selling terhadap 799 saham di Wall Street. Ini mewujudkan lebih ramai spekulator dan merosakkan penentuan demand and supply yang sebenar. Hasilnya, nilai sebenar terhalang oleh aktiviti spekulator. ADAKAH SEMUA NEGARA TERMASUK NEGARA UMAT ISLAM AKAN TERKESAN Satu persoalan yang timbul adalah adakah kejatuhan Wall Street akan pengaruhi nilai Dollar dan akhirnya menggangu guat semua nilai matawang dunia.? Bagaimana dengan negara umat Islam.? Jawapannya, sudah tentu negara yang mengikat dan bersandar kepada ekonomi US akan merasai kesannya. Demikian juga mereka yang banyak berurusan dengan bank-bank US. Namun negara-negara Arab mungkin sedikit berbeza. Dr Monzer berkata :- Although many Arab countries tie their currencies to the US$ but their economies are not in fact largely dependent on the American economy. They depend largely on their own resources and the momentum of domestic infrastructure and construction sector. Further, I don't think that finance markets in the gulf, Egypt, Turkey and other Arab countries are dependent on the American financial market, I think whatever these emerging markets are facing now is caused by local policy and construction rather than on the effect of the American finance sector, especially a good proportion of the banking system in the Gulf countries has already moved to Islamic finance that in fact shielded it from the current credit crisis that is basically a debt and mortgage crisis and Islamic finance in the ME does not trade debts. Justeru, Malaysia perlu melepaskan diri sedikit demi sedikit dari bergantung kepada USD dalam urusniaga antarabangsanya. Jika tidak, kita pasti akan terkesan dengan masalah ekonomi USA. Sekadar itu dahulu yang sempat dan mampu dihuraikan. Diharap memberikan sedikit manfaat kepada kefahaman pembaca web ini berkenaan krisis ekonomi USA tahun 2008 ini. Sekian Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 3 October 2008 4 Syawal 1429 H Wales, United Kingdom |
owl_UM ![]() ![]() |
![]() |
azemi ![]() ![]() |
![]()
Pada 09-10-08 11:13 , owl_UM posting:
!!! QUOTE !!! Adeeehh... Panjangnya saudara.... Terus terang -- pening... Pening... Panjang benar..tapi wajibul baca ini owl..kena print baca baru best.hehe..artikel wajib baca bagi student ekonomi dan sesiapa yang minat ekonomi..saya tak kesempatan lagi..nak copy paste dan print baca sebelum tidur.huhu..bestnya.. ----------------- "Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka |
Al-Mashoori ![]() ![]() |
![]()
Amerika Syarikat alami kemelesetan ekonomi
15/10/2008 6:02pm NEW YORK 15 Okt. � Ketua Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) cawangan San Francisco berkata, ekonomi AS kini �dipercayai berada dalam kemelesetan.� Janet Yellen berkata, aliran data ekonomi baru-baru ini menunjukkan ekonomi negara ini lebih lemah daripada yang dijangka pada suku tahun ketiga, barangkali tidak menunjukkan pertumbuhan sama sekali. �Pertumbuhan pada suku tahun keempat nampak lebih lemah, kemungkinan mengalami penyusutan. �Malah, ekonomi AS dipercayai berada dalam kemelesetan,� kata Yellen dalam ucapan di Pala Alto, California semalam. Kemelesetan di AS ditakrifkan secara umumnya sebagai kemerosotan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi dua suku tahun berturut-turut. �Sekarang ini hampir setiap sektor utama ekonomi mengalami kesan daripada kejutan sistem kewangan,� kata Yellen kepada kumpulan Financial Executives International cawangan Silicon Valley. � AFP -Zaman 'gemilang' Amerika Syarikat bakal melabuhkan tirainya tetapi bersiap sedialah kerana tempiasnya bakal dirasai seluruh dunia kecuali suatu sistem baru menggantikan sistem ekonomi yang diamalkan dunia hari ini? Apakah sistem itu? Fikir-fikirkanlah... ----------------- ![]() |
Al-Mashoori ![]() ![]() |
![]()
Ekonomi, ekonomi, ekonomi...
Oleh attakiri " 2-3 hari kelihatan ekonomi dunia semakin ke tahap meruncing. Baru sebentar tadi (11/10/2008, 8,34pm) Spekulator mata wang, George Soros menyebut bahawa krisis kewangan kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah hidupnya. Persidangan Parlimen Malaysia masih lagi hangat dengan perbahasan anggaran belanjawan yang telah ditangguhkan sebelum ini. hari ini (10/10/08) telah memaparkan pandangan YB Salahuddin Ayub yang menyarankan agar menteri kewangan membentangkan anggaran baru dengan alasan keadaan ekonomi dunia yang berubah. Kenyataan ini telah disokong oleh ketua Pembangkang Dato� Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan bahawa anggaran Belanjawan ini sebagai jumud dan tidak relevan. Penulis pernah terdengar seorang pakar ekonomi dari UKM menyebut bahawa berkemungkinan ekonomi negara akan kembali runtuh seperti tahun 1998 dalam masa 2 bulan lagi. Kenyataan ini dikeluarkan pada bulan 7 lagi. Sebenarnya fenomena ini adalah fenomena biasa dalam sistem ekonomi. Kebiasaan ekonomi akan berlaku penurunan selepas 10 tahun. Contohnya pada tahun 1986 Malaysia pernah berdepan dengan masalah ekonomi, selepas itu tahun 1998 dan sekarang tahun 2008. Ini dijelaskan sendiri dalam kisah Nabi yusuf yang menyebutkan bahawa pemerintah mesti bersedia untuk berdepan dengan kemelesetan ekonomi dengan menjana perbelanjaan berhemah ketika ekonomi berada dalam keadaan stabil. Apabila ekonomi berada dalam penurunan. Perbendaharaan negara masih mampu menampung kemerosotan tersebut. Dalam kisah Nabi Yusuf. Mesir ketika itu bukan sekadar mampu menangani kemerosotan ekonomi, bahkan mampu memberi pertolongan kepada negara lain. Firman Allah SWT yang bermaksud : (setelah ia berjumpa Dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang Yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada Kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu Yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu Yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) Yang hijau serta tujuh tangkai lagi Yang kering; (tafsirkanlah) supaya Aku kembali kepada orang-orang Yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya". Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa Yang kamu ketam biarkanlah Dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian Yang kamu jadikan untuk makan. kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun Yang besar, Yang akan menghabiskan makanan Yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa Yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun Yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)". (surah Yusuf 46-49) Ini menandakan bahawa teori ekonomi sentiasa berlaku peningkatan dan penurunan. Penulis bukan berniat untuk mengupas isu ekonomi Malaysia secara detail kerana penulis sendiri pun bukan pakar dalam bidang ini. Apa yang ingin sebutkan di sini ialah Kenapa kebimbangan umat Islam terhadap kemerosotan ekonomi melebihi kebimbangan terhadap kemerosotan akidah dan syariah Islam.? Barat telah memperkenalkan kaedah untuk memajukan negara dengan diberikan penumpuan kepada ekonomi. Tetapi Islam mengajar bahawa untuk memajukan negara perlu dimajukan terdahulu akhlak atau kehidupan beragama kepada manusia. Kadang-kadang umat Islam terpengaruh dengan strategi barat yang telah pun terbukti rosak dan punah. Walaupun dunia barat terkenal dengan kemajuan tetapi akhlak pemuda-pemudi menjadi rosak, peningkatan jenayah yang tidak terkawal, hilangnya kasih sayang dalam sebuah institusi keluarga. Akhirnya barat mula mengakui kepentingan menanam sifat beragama dalam masyarakat agar kemajuan dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Dalam memilih pemimpin Gerakan Islam selalu diletakkan kriteria orang yang beragama. Tetapi dalam memilih kepimpinan negara seolah-olah elemen beragama diketepikan. Masyarakat kebiasaannya memilih pemimpin yang tahu mengendalikan ekonomi melebihi pemimpin yang beragama. Rezeki merupakan kurniaan Allah SWT kepada hamba dan negara yang diredhaiNya. Oleh itu, kalau pemimpin umat Islam mementingkan perlaksanaan Islam sepenuhnya dalam masyarakat, sudah tentu rezeki akan bertambah dan berlimpah ruah. Malaysia sekarang ini tidak kurang sumber aslinya seperti Petroleum, balak, getah, kelapa sawit dan pelbagai lagi. Sepatutnya Malaysia sudah tiada kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi. Sepatutnya yang menjadi kebimbangan kita ialah bagaimana hendak melantik pemimpin yang berjiwa agama sehingga mampu menggunakan hasil mahsul yang ada untuk memajukan rakyat berdasarkan Islam. Kalau pemimpin itu pakar ekonomi tapi dalam masa yang sama bertindak untuk menkayakan diri, keluarga dan kroni, baik tak payah. Sebab itulah kriteria utama kepimpinan hendaklah orang yang beragama memerintah. Bukan pakar ekonomi semata-mata. Jadi itulah pentingnya memilih seorang pemimpin yang berjiwa agama. Amanah dan adil terhadap harta negara. Semoga Malaysia ini akan mendapat seorang pemimpin yang beragama yang mantap dan mampu meletakkan Islam ke tempat yang sebenarnya. InsyaAllah www.attakiri.blogspot.com ----------------- ![]() |
fikrul_mustanir ![]() ![]() |
![]()
Salam,
Berikut adalah video berkenaan krisis di dalam kapitalisme global dan Islam sebagai sistem ekonomi alternatif:- http://www.youtube.com/watch?v=W2WU7qg8_tg&eur wasalam. |
fikrul_mustanir ![]() ![]() |
![]()
Your money will be safe in the Caliphate!
Bank runs are not a new phenomena, inherently they are the product of Western finance, of which one of the mainstays is the use of fractional-reserve banking. Fractional-reserve banking is the practice where banks only hold a fraction of their deposits in reserve, and use the remainder as capitol for loans - supposedly an important function that allows for the expansion of economies. Though universally accepted across the globe as a part of modern banking, fractional-reserve banking is no more than fraud and theft. Banks historically began as money warehouses. Whereby customers would typically deposit their (then) gold for safekeeping, and the money warehouses would charge a fee for the use of their services. Over time, these warehouses generally acknowledged that customers would only rarely withdraw their full deposits, and the warehouses soon discovered that the fraction of unused deposits could be used to generate profits, through the use of interest bearing loans. More so these warehouses - or banks - also began to issue receipts of non-existent deposits, in a greater effort to generate profit, all of which resulted in the increase of money supply beyond the actual deposit holdings. If it were to be the counterfeiting of coins, or the theft of stored property - then these would be generally proscribed in any society. Not so for fractional-reserve banking. It is the largest heist that gets pulled every day, and eventually runs its course, to a devastating effect on the normal hardworking citizen. Today�s world of credit-crunches and bailouts, is the natural cycle for boom-bust economies. Fractional-reserve banking is responsible for the increased inflation that is resultant of an increased money supply. Combine this with the temptation of easy credit that fractional-banking facilitates, and the picture of today�s financial crisis becomes clearer. Simply put easy credit punishes the caution of investors. In the case of the US, money poured into the real-estate sector, unscrupulous brokers took further advantage of unlimited credit, banks through the power of fractional-reserve banking, continuously pumped and primed more credit. The overheated real estate market fizzled and then crashed, bringing down with it the rest of the financial markets. When markets get bowled over like skittles, naturally people worry. When they hear terms like �liquidity crisis� or �insolvency� affecting the banks in which their life savings are held, the first reaction is to withdraw their money - the money that is their decades of work, their retirement and the future for their children. This is the bank run. The banks had prayed to their false gods of Capitalism, that such a day would never come. That �fraction� they hold, is merely that, a fraction, a small holding of which the rests was pilfered away. In Islam, their is only one main bank, the Bait ul Mal. Other banks will exists, but only as a money store. Since neither usurious transactions nor fractional-banking exists, there is no relentless inflation from expanded money supply, or boom-bust cycles. With your money remaining your money, if you run to the bank, you�ll still find it waiting for you. |
rdwira ![]() ![]() |
![]()
wah kupasan yang menarik dari fikrul...memang pakar ekonomi dan serta amat mahir berbahasa english... tahniah.....
|
fikrul_mustanir ![]() ![]() |
![]()
Pada 22-10-08 22:56 , rdwira posting:
!!! QUOTE !!! wah kupasan yang menarik dari fikrul...memang pakar ekonomi dan serta amat mahir berbahasa english... tahniah..... Salam, Maaf sebenarnya itu bukan tulisan saya. Ia saya ambil dari http://www.financial-crisis.eu/home/viewpoint/your-money-will-be-safe-in-the-caliphate. Maaf kerana tidak menyatakan sumbernya sebelum ini. Maaf juga atas segala kekeliruan yang timbul. Wasalm. |
fikrul_mustanir ![]() ![]() |
![]()
Berikut adalah terjemahan bebas dan ringkasan dari artikel berbahasa Inggeris di atas:-
Wang Simpanan Anda Akan Selamat Dalam Daulah Khilafah. �Bank runs� (keadaan dimana para pendeposit dalam keadaan panik pergi ke bank untuk mengeluarkan deposit mereka) merupakan fenomena yang berlaku akibat penggunaan fractional-reserve banking (sebuah bentuk perbankan dimana bank hanya menyimpan sebahagian kecil dari wang pendeposit sedangkan sebahagian besar darinya dijadikan sebagai modal untuk mengeluarkan pinjaman). Bank menurut sejarah adalah gudang penyimpanan wang. Di mana para pelanggan menyimpan emas (pada masa itu) supaya keselamatannya terjamin. Pada mulanya pelanggan akan dikenakan bayaran atas perkhidmatan tersebut. Lama kelamaan pihak bank dapati para penyimpan jarang mengeluarkan keseluruhan deposit mereka. Dengan itu, pihak bank boleh mengeksploitasi bahagian deposit yang tidak digunakan (kerana tidak dikeluarkan oleh pelanggan) untuk menambah keuntungan, dengan cara mengeluarkan pinjaman ribawi. Bank-bank ini telah pergi lebih jauh dalam usaha untuk memperolehi keuntungan yang lebih besar dengan mengeluarkan resit kepada deposit yang tidak wujud. Amalan ini menyebabkan penambahan penawaran wang melebihi dari jumlah sebenar deposit yang ada dalam simpanan mereka. Malangnya, amalan ini tidak diharamkan seperti kesalahan mencetak wang palsu atau mencuri. Sedangkan ia merupakan satu bentuk rompakan yang besar yang berlaku setiap hari, yang akhirnya memberi kesan yang menjahanamkan hasil usaha rakyat kebanyakan. Krisis dan penyelamatan perbankan dari masaalah kewangan, adalah kitaran tabie kepada ekonomi �boom-bust�. Fractional-reserve banking adalah amalan perbankan yang bertanggungjawab atas meningkatnya kadar inflasi (penurunan kuasa beli oleh sesuatu mata wang) kerana peningkatan penawaran wang. Ditambah dengan godaan kemudahan kredit yang disediakan oleh bank maka gambaran krisis kewangan dewasa ini menjadi lebih jelas. Dalam kes Amerika Syarikat, wang dicurahkan ke dalam sektor hartanah, para broker yang tidak mengenal kasihan seterusnya mengambil kesempatan dari kemudahan kredit yang tidak terbatas, bank secara berterusan melalui kekuatan fractional-reserve banking megepam dan menyediakan lebih banyak kredit. Pasaran hartanah yang terlalu panas akhirnya melemah dan seterusnya jatuh menjunam, membawa jatuh bersama-samanya keseluruhan pasaran kewangan. Apabila pasaran mula mengeluarkan bunyi gelegak seperti cerek air di dapur, maka orang ramai mula gelisah. Apabila mendengar perkataan krisis kecairan dan insolvensi telah mula menjangkiti sektor perbankan tempat menyimpan wang simpanan mereka, reaksi pertama adalah mengeluarkan keseluruhan wang simpanan mereka dari sana � wang yang diperoleh hasil usaha puluhan tahun mereka, simpanan hari tua dan masa depan anak-anak mereka. Inilah yang dikatakan sebagai �bank run� . Hari yang mana pihak bank berdoa kepada tuhan palsu kapitalisme mereka supaya tidak kunjung tiba. Sebab bahagian wang simpanan pelanggan yang ada pada mereka hanyalah bahagian yang kecil, sedangkan bahagian besarnya telah dicuri pergi. Dalam Islam hanya ada satu bank utama iaitu Baitul Mal. Terdapat juga bank-bank lain tetapi hanya sekadar sebagai tempat menyimpan wang. Tiada transaksi ribawi dan fractional-banking, tiada juga inflasi yang ganas dari penawaran wang yang tidak terbatas, atau kitaran kemakmuran-kemelesetan (boom-bust cycles). Wang anda akan kekal sebagai wang anda, jika anda berlari ke bank untuk mengeluarkannya, anda akan dapati wang tesebut setia menanti anda. |
owl_UM ![]() ![]() |
![]()
Roti canai, teh tarik turun 10 sen
Resource provided: http://www.bharian.com.my Alhamdulillah, at least turun jugaak 10sen... HUUHUUEE!!! Tetapi kalau dilihat, harga barang memang masih mahal lagi dan bolehlah nak dikatakan mustahil bagi peniaga-peniaga yang profit-based untuk menurunkannya... Syukur kepada Allah dan terima kasih laahh jugaak Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) yang menjadi antara kuasa- kuasa ekonomi terbesar di Malaysia dan dalam penentuan harga... KUALA LUMPUR: Dua persatuan pengusaha restoran yang mempunyai 4,500 ahli di seluruh negara bersetuju menurunkan harga roti canai dan teh tarik sebanyak 10 sen, manakala set hidangan nasi kandar dikurangkan 20 sen. Setakat ini, 200 ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) di Lembah Klang sudah menurunkan harga makanan dan minuman itu mulai semalam. p/s: JOOMM!! Makan roti canai... HHEEE.... |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |