Oleh |
Keselamatan Pulang Berhari Raya |
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 20-09-08 07:22
Assalamualai kum wbt dan salam ukhwahfillah Suasana balik kampung terasa lagi. Warga2 perantau di kota akan pulang berhari raya di kampung masing-masing. Ada yang balik dengan bas, kereta dan motor. Tidak kurang juga dengan kapal terbang dan kereta api. Saya mengambik peluang di sini mengucapkan selamat berhari raya di kampung. "Selamat Pulang Ke Kampung, Ingatlah Orang Yang Tersayang" Sejajar dengan itu, suka saya berkongsikan sedikit tip dan pedoman kepada kita agar kepulangan kita ke kampung selamat. Kebanyakan tip-tip dan panduan ini berdasarkan Pihak Berkuasa Malaysia seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis, JPJ dan lain-lain Mohd Zubairy Shamsudin Jurutera Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 20-09-08 07:25
8 Petua Keselamatan Jalan RayaRancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 20-09-08 07:27
Jangan ekori kenderaan depan Jangan ekori kenderaan di depan ataupun memandu terlampau hampir. Sebagai pemandu, anda tidak mungkin dapat bertindak mengelakkan pelanggaran dalam keadaan kecemasan. Jika anda di lorong laju, dan pemecutan kereta anda dihalang oleh kereta yang lebih lambat, anda hanya perlu pancarkan lampu depan kereta anda untuk menandakan hak kelancaran perjalanan anda. Jangan sekali-kali mengekori seseorang pemandu lain kerana ingin menakutkannya - kerana ini akan menjadikannya terasa cemas ataupun membawa keretanya dengan lebih perlahan lagi. Mengekori kereta depan cuma membahayakan diri anda serta orang lain - jadi elakkan daripada mengikuti kereta depan terlampau dekat. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 20-09-08 07:29
Keselamatan Penunggang Motosikal Hendak mencelah atau sayangkan nyawa?Perbuatan bertukar-tukar lorong dan memotong keluar masuk trafik disifatkan sebagai mencelah-celah. Membawa motosikal secara mencelah-celah amat merbahaya, Malah pemandu motosikal profesional tidak mengesyorkan perangai sebegini di jalan raya. Keadaan di jalan raya yang tidak menentu, serta tindakan pengguna jalan raya yang lain tidak boleh diramal memang menambah lagi bahaya perbuatan mencelah-celah ini. Ingat: motosikal anda hanya diimbangkan atas sepasang roda, dan maka itu amat mudah tumbang. Sebiji batu, lopak bertakung, malah keadaan jalan yang berminyak pun boleh menyebabkan anda hilang kawalan. Perbuatan mencelah-celah tidak akan membawa anda ke tempat yang dituju dengan lebih cepat. Malahan ia membahayakan orang lain. Bersabarlah. Jangan asyik bertukar-tukar lorong. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 20-09-08 07:31
Selingan Kempen Keselamatan Jalan Raya " PANDU, TUNGGANG DAN JALAN DENGAN SELAMAT "
" BERHATI-HATI DAN BERTIMBANG rasa DI JALAN RAYA "
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 20-09-08 07:32
Berhenti ketika MerahMerah maksudnya berhenti; kepada ramai penunggang motosikal ia amat melecehkan, kononnya membazir masa. Mereka ini tidak sedar bahawa lampu merah itu sebenarnya pelindung mereka. Ramai penunggang motosikal mati katak kerana enggan berhenti ketika lampu bertukar merah. Jangan menyumbang nyawa anda kepada statistik ini. Walaupun tiada kenderaan lain di jalan raya, selalu ingat bahawa perbuatan tidak berhenti di lampu merah adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang. Jadi, perlahankan motosikal ketika lampu kuning dan berhenti ketika ia merah. Bersabar seminit dua, dan lanjutkan hidup anda.
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 20-09-08 07:34
sesiapa yang ada tip2 boleh lah berkongsi bersama. dan juga sesiapa yang ingin bercerita tentang pengalaman masing-masing juga dialu2kan. Terutama yang balik ke kampung dengan motorsikal. rasanya ramai yang akan pulang ke kampung dengan konvoi bermotorsikal.
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 20-09-08 10:31
tips yang berguna dari saya...berdasarkan pengalaman.. cuba elakkan mengembara pada waktu petang..terutama dah dekat maghrib...sebab otak time tu memang sangat low pitch...terlalu mudah untuk mengantuk...silap² 'hilang dalam ramai' nanti...pernah saya memandu...masa tu dekat 170km/j jugak, siap nyanyi kuat² lagi dalam kereta (kononnya taknak mengantuk lah ni..jangan tiru perbuatan yang tak elok ni.. ) tapi tetap ada seseken dua seken tu saya terlelap..memang bahaya...jadi, cubalah elakkan memandu di waktu petang...
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 20-09-08 10:36
memang berguna tip yang daeng jati bagi ni.. saya seorang pemandu yang agak slow sikit sebab saya memang tak suka bawa laju2.. sabtu depan saya akan memulakan perjalanan pulang ke kampung sesudah subuh kerana itu waktu yang tak berapa jem.. tapi tak tahu lah juga musim2 raya ni.. bawa kereta seorang-seorang tidur kena cukup.. badan kena rehat lebih awal.. doakan perjalanan pergi dan balik selamat ke destinasi.. insyaAllah
|
areyien
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34006
Posting: 168
Dari: Johor
|
Posting pada: 20-09-08 10:54
erm kalau kita balik kampung naik bas, boleh tak kita bagi driver bas tu baca dulu tips dari daeng ini...hehe... mungkin ada sesetangah driver bas yang tak tahu tips jaga keselamatan di jalan raya... ----------------- Insan yang mulia ialah insan yang selalu mengakui kelemahannya.
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 20-09-08 10:59
Pada 20-09-08 10:54 , areyien posting:!!! QUOTE !!! erm kalau kita balik kampung naik bas, boleh tak kita bagi driver bas tu baca dulu tips dari daeng ini...hehe... mungkin ada sesetangah driver bas yang tak tahu tips jaga keselamatan di jalan raya...
kalau driver tu sporting moting tak mengapa lah areyien... kalau yang tak sporting ni yang payah sikit. silap haribulan kita yang kena marah sebab memandai nasihat kat dia..
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 22-09-08 13:09
hmm... pemandu berhemah namaya tu daeng... jangan jadi pemandu berhemo dah lah ek... hmm.. kalau untuk perjalanan jauh, sebolehnya carila teman untuk balik sekali.. supaya, bila teman nak berburak... dan si peneman, janganlah pula asik nak pergi ziarah sedara-mara di bulan (tidur lah tu gamaknya).. tolong2lah segarkan kawan.. agar lancar pemanduannya... p/s: ingatlah orang yang anda dan mereka sayang..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 22-09-08 13:33
Satu pedoman yang hendak pulang bermotorsikal, pastikan anda semua membawa tiub tayar spare dan alatan nak menukar tayar. Jangan lupakan pam mudah alih, ini adalah satu alatan paling penting untuk penunggang motorsikal. Selain itu, ketika hujan lebat seeloknya berhenti dahulu kerana kenderaan besar seperti kereta tidak dapat melihat secara efektif para penunggang motorsikal. Sekiranya hujan rintik2 dan sederhana, pastikan anda mengendalikan motor dengan baik kerana jalan tar berada ditahap kelicinan yang maksima ketika hujan yang sedikit. Ini adalah kerana ketika jalan tar basah dek sebabkan hujan yang sedikit, minyak2 yang ada di jalan akan basah dan licin tetapi tidak mengalir, amat merbahaya kepada penunggang motorsikal.
|
sadiqah
Menyertai: 14.04.2005 Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya
|
Posting pada: 22-09-08 13:34
erm, kena bagitau dengan pilot MAS ni..
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 22-09-08 14:06
Pada 22-09-08 13:34 , sadiqah posting:!!! QUOTE !!! erm, kena bagitau dengan pilot MAS ni.. jangan lupa suruh dia bawa tayar eroplen spare sekali..nanti tak boleh mendarat kalau tayarnya pancit... macam mana nak bawa tiub spare eh..macam tak muat jeq bawah seat motor tu..ke nak buat macam vespa tu... yang tayar dia ubuh kat belakang tu..huhu... malu eden..malu..takpun bawa jeq tayar spare kat celah pinggang tu..macam ni.. co-pilot suka pergi mulan..tak dapat nak elak...tak sayang sungguh mereka pada pilot mereka tu... P/S : kalau dah memang trebelnye pergi sensowang, nak cawi teman kat mana ek.. ambil kat stesen bas lah agaknya..cari sesiapa yang tertinggal bas..hoho...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 22-09-08 14:15
Pemeriksaan Asas Kereta 1.Pemeriksaan Keliling KenderaanKedudukan Kenderaan Kerosakan Kenderaan Kebocoran Roda Dan Rim Tayar Tangki Minyak 2.Pemeriksaan Ruang EnjinPeriksa Paras Minyak Enjin Kebocoran Sistem Elektrik Brek 3.Memeriksa Ruang MemanduPintu Brek Meletak Kenderaan (Hand Brake) Lampu-lampu Amaran Peralatan Keselamatan Dab Kecemasan Cermin 4.Semasa Kenderaan Tidak BergerakHidupkan Enjin Peralatan Dan Penunjuk Paras Penunjuk Paras Minyak Hos Lampu Isyarat Stereng Brek Dan Lain-lain -----------------
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 22-09-08 14:23
kalau tayar kereta tu bocor,agak bahaya tak kalau kita just tampal saja? rasanya kalau nak tukar tayar baru,mahu kena beratus2 jugak ni..
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 22-09-08 14:25
tengok jenis tayar..jika tayar tubeless..macam kebanyakan kereta dan motor sekarang..tampal jeq...kalau nak tukar..tunggu time bunga tayar dah betul² (agak-agak) botak..baru tukar..jangan tukar macam tu jeq..membazir...
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 22-09-08 14:30
Pada 22-09-08 14:25 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! tengok jenis tayar..jika tayar tubeless..macam kebanyakan kereta dan motor sekarang..tampal jeq...kalau nak tukar..tunggu time bunga tayar dah betul² (agak-agak) botak..baru tukar..jangan tukar macam tu jeq..membazir...
thanks sayatetapsaya.. saya sebenarnya confius jugak samaada nak tukar atau tak.. rasanya tunggu lah agak-agak botak,baru tukar kan...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 22-09-08 14:38
tengoklah dulu jenis tayar tu ye..kalau jenis bertiub...better tukar..tapi rasanya kalau tayar kereta sekarang..memang tubeless..satu lagi, sebelum memandu pulang..pastikan angin tayar mencukupi..kalau tak, bahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan...P.D tak terangkan secara detail mengenai ni..dia hanya terangkan mengenai kebocoran jeq..apapun, kebocoran tayar adalah sejenis kebocoran yang perlu diberi perhatian jugak..bukan kebocoran minyak atau air radiator semata... P/S : nak tukar tayar memang tak murah..hari tu saya tukar tayar kereta saya..habis RM500...
|
PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.07.2003 Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia
|
Posting pada: 22-09-08 14:43
kepada semua pemandu, memandulah dengan berhemah... ingat lah orang tersayang..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 22-09-08 14:53
lagi satu, jangan lah nak berlagak beli tayar dari eropah, memang tak sesuai langsung tayar sana dengan sini... -----------------
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 22-09-08 14:59
Pada 22-09-08 14:53 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! lagi satu, jangan lah nak berlagak beli tayar dari eropah, memang tak sesuai langsung tayar sana dengan sini...
kereta produa saja daeng.. tak berbaloi nak tukar tayar cap eropah itu.. ..
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 23-09-08 20:04
hmm.. jazakumullahu khair daeng.. nanti lagi setahun ismi prektikkan ye.. uhukk... halesolurun_84... hmm.. barang buatan Malaysia juga bermutu... p/s: hmm..bukan co-pilot tu tak sayang pilotnya.. cumanya terlebih sayang, tu yang co-pilot tu menziarah sanak sedara di mulan.. nak agih2kan kasih sayang,,, p/s lagi: hepp.. tinggal bas ni sensitip.. jangan disebut...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 24-09-08 14:10
uhuk....baru ku teringat..ada orang tu pernah kena tinggal dengan bas P/S : iyakah terlebih sayang..kiranya kalau pilot pergi sensama lebih baik lah kan..tu namanya..sayang menyayang kan... lagi satu jangan pakai tayar buatan Mydin...huhu..walaupun dia buatan Malaysia..dia akan membuatkan rakyat Malaysia merana... selingan jeq... P/S lagi : halesolurun pakai tayar mahal sikit tak mengapa...yang penting, selamat sihat walafiat sampai ke tempat destinasi...cumanya jangan lah beli yang mahal sangat..hm..teringat semalam bila tanya engineer saya, berapa rege sejibik tayar ni..dia kata..RM1500 mak aih..tayar jenis : Potenza..saiz : 17" gila kentang...
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 24-09-08 14:24
thanks to all.. semalam saya dah tukar tayar + servis sikit-sikit... jumlah rm700.. tu ada dalam pakej..huh agak berpeluh jugak lah tu.. lepas saja servis kereta semalam ada mamat mana entah pakai satria GTI itam duduk cucuk2 kereta saya.. angin saja tau..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-09-08 14:40
halesolurun, lain kali kalau ada kerete cucuk belakang tu, cuba buat-buat brek.... tengok apa reaksi dia. Itu saja cara nak ajo urang yang kurang ajo kat jalan raya ni. Tak pun pikio saja lah, yang dia nak terberanak
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 24-09-08 14:43
Pada 24-09-08 14:10 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! uhuk....baru ku teringat..ada orang tu pernah kena tinggal dengan bas
siapakah gerangan orang itu ye...? saya kalau setakat tertinggal bas sekolah tu dah biasa lah zaman dulu-dulu, tapi kena tinggal bas masa balik raya tak pernah malang betul ye siapa yang kena tinggal tu, uhuk uhuk p/s: kalau nak selamat, sangat-sangat selamat, tak payah lah balik raya, senang saja... ok tak? ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 24-09-08 16:16
sebut pasal tayar ni, maybe ramai yang tak tau. tayar ni ada hayat nya iaitu 4 tahun dr tarikh keluar kilang bukan tarikh kita beli.... nak tau tarikh pengeluaran rujuk pada tayar. ada tulis contoh (kalau tak silap, dah lupa) 1204. 12 bmaksud mggu ke 12 dalam tahun 2004. tapi ramai yang pakai sampai tyr botak. nak tahu tayar botak senang saja, letak syiling 20sen di celah bunga tayar kalau dah boleh nampak pkataan sen, maknanya kena tukar lah tu. bagi yang nak jalan jauh stanby air mineral dalam kereta, manalh tau kot2 radiator ada masalah. yang penting servi kenderan sebelum bertolak..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-09-08 17:26
bila sebut pasai tayar ni, teringat teman dengan konsep Resonan yang mana dengan ada 2 gelombang yang sehaluan bila bergabung akan menjadikan gelombang yang beso contohnya Tsunami. Bagi konsep tayar pula, bila kita bawa laju dan ada bonggol di jalan raya, kereta akan melambung tinggi dek sebabkan Resonan berkenaan. Konsep Fizik gelombang heheheheheh oleh itu bawaklah kereta dan motor dengan hati-hati. Yang naik bas tu, jika kalian duduk belakang sekali akan merasekan pantulan daya yang kuat, kalau ada bonggol ke apa ke, kome yang duduk belakang rasa gegaran yang maksima heheheheheh
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-09-08 17:29
Dan sesiapa yang menaiki bas pastikan kalian mengikat atau mengukuhkan kedudukan (Secure) beg2 anda sebaik mungkin sekiranya ingin meletakkan beg di atas bagasi atas bas, ditakuti sekirenye bas membelok secara tiba-tiba ataupun mengejut, beg2 tadi tidak terjatuh dari bagasi tersebut. Ni adalah kerene ditakuti beg2 berat kita akan menghempap urang yang duduk di bawahnye. Boleh bawa kecederaan yang teruk kalau tak bernasib baik
|
Fattul_Bari
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR
|
Posting pada: 24-09-08 17:36
|
amira_aqilah
WARGA SETIA Menyertai: 28.11.2005 Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi
|
Posting pada: 24-09-08 17:41
jadinya..berhati2lah di jalan raya, udara, laut dan sebagainya..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-09-09 08:06
As salamualaikum wbt dan Salam Ukhwahfillah Suasana balik kampung kian terasa kembali, oleh itu bersamalah kita mengikuti pedoman-pedoman berikut. Sebarang tambahan amat dialu-alukan -----------------
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 11-09-09 10:40
Selamat balik kampung dengan selamat.. pandu cermat jiwa selamat.. tahun ni,agak tergesa2 juga nak balik kampung.. tak dapat cuti lama...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-09-09 10:47
Pada 24-09-08 14:24 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!! thanks to all.. semalam saya dah tukar tayar + servis sikit-sikit... jumlah rm700.. tu ada dalam pakej..huh agak berpeluh jugak lah tu.. lepas saja servis kereta semalam ada mamat mana entah pakai satria GTI itam duduk cucuk2 kereta saya.. angin saja tau.. Baru sekarang teman tau Kenapa satria GTI tu cucuk2 belakang, rupanya kerana kereta perodua tu mempunyai eksos yang beso yang mengajak lumber, sebab tu dia kejo.. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-09-09 10:52
SEBELUM PERJALANANPelan Pengurusan Perjalanan • Mengenal pasti jalan yang digunakan serta lokasi untuk berehat • Makan dan rehat secukupnya sebelum perjalanan • Elakkan pemanduan pada malam hari dan mulakan perjalanan anda pada awal pagi • Periksa kenderaan anda sebelum perjalanan • Pastikan anda membawa bersama “Peti Kecemasan” ketika dalam perjalanan. PERMULAAN PERJALANANPakai Tali Pinggang Keselamatan • Pastikan pemandu and penumpang telah memakai tali pinggang dengan sempurna sebelum mulakan perjalanan. • Selaraskan tempat duduk, cermin pemandangan belakang, and cermin sisi kenderaan bersesuaian dengan pemanduan dan jarak perjalanan anda DALAM PERJALANANSemasa dalam pemanduan, pastikan; • Tidak menggunakan telefon bimbit (menghantar atau membaca teks SMS. atau mengunakan telefon bimbit tanpa “hand free”. • Memandu pada tahap kelajuan yang telah ditetapkan. • Sesuaikan kelajauan mengikut keadaan (cuaca, jalanraya dan sebagainya) SEMASA KECEMASANSemasa kecemasan atau kemuskilan hubungi; • PLUSLine = 1800-88-0000 • AAM = 1800-88-0808 • TALIAN KECEMASAN = 999 -----------------
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 17-09-09 08:33
Selamat Pulang ke Kampung dan berhati-hati untuk semua warga Ukhwah yang khususnya akan membuat pemanduan. Salam Asa Salamah... -----------------
::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama
|