Oleh |
Berfikir, dan cara berfikir. |
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 18-08-08 21:03
Ada orang pernah bertanya kepada aku satu persoalan. Persoalan tersebut berkisar mengenai berfikir menurut Al-Quran. " Mengapa quran suruh kita berfikir, tapi tidak menyebut bagaimana cara untuk berfikir" Allah menyebut perkataan berfikir dalam quran sebanyak 18 kali, tapi tidak memperincikan cara berfikir. Jom kita bincangkan. ps:- ada sesiapa boleh tolong....? ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 18-08-08 21:07
Waktu ditanya aku jawab begini: Pendapat aku, sebab cara berfikir seseorang manusia dengan manusia lain adalah berbeza. Ia bergantung pada pengetahuan ilmu yang dia ada masa tu. Senang cerita macam ni. Masa kita form two cara kita fikir lain. Masa kita dah masuk universiti cara kita fikir lain. Sebabnya batasan ilmu yang kita ada masa tu. Tapi akar asas tunjang pemikiran tu tertakluk pada ayat quran pertama yang turun. Bacalah (belajar, berfikir, dll) dengan nama tuhan yang menciptakan. ps:- betul ke idok pendapat teman ni...
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 18-08-08 21:07
dahsyat nya soalan. hehe. tak refer fidzilal ke? macam surah ali imran tu pasal ulul albab..
|
nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.10.2006 Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid
|
Posting pada: 18-08-08 21:41
berfikir tu adalah satu skop yang meluas..allah menciptakan manusia untuk berfikir..berfikir tentang alam ciptaannye..berfikir tentang balasan azab dan akhirat..berfikir tentang hala tuju hidup..berfikir dan terus berfikir tentang segala-galanya di dunia ini..ini adalah salah satu cara bagi kita mendekatkan diri pada allah..supaya kita sedar akan asal usul kita..supaya kita tahu kebesaran allah dan keluasan ilmunya..berjalan lah di bumi allah ini dan berfikir tentang hikmahnya..allah tak menyebutkan cara berfikir kerana setiap manusia mempunyai cara berfikir yang berbeza..terpulang pada seseorang individu bagaimana mahu mengaplikasikan akal yang allah telah kurniakan kepada kita..semoga apa yang difikirkan membawa manfaat kepada kita..wallahualam..
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 18-08-08 23:03
Pada 18-08-08 21:41 , nisaulfadhilah posting:!!! QUOTE !!! berfikir tu adalah satu skop yang meluas..allah menciptakan manusia untuk berfikir..berfikir tentang alam ciptaannye..berfikir tentang balasan azab dan akhirat..berfikir tentang hala tuju hidup..berfikir dan terus berfikir tentang segala-galanya di dunia ini..ini adalah salah satu cara bagi kita mendekatkan diri pada allah..supaya kita sedar akan asal usul kita..supaya kita tahu kebesaran allah dan keluasan ilmunya..berjalan lah di bumi allah ini dan berfikir tentang hikmahnya..allah tak menyebutkan cara berfikir kerana setiap manusia mempunyai cara berfikir yang berbeza..terpulang pada seseorang individu bagaimana mahu mengaplikasikan akal yang allah telah kurniakan kepada kita..semoga apa yang difikirkan membawa manfaat kepada kita..wallahualam.. Hmm... punya lah panjang ayat. Last-last idea sama macam aku juga..... ps:- ada pendapat yang lain...? ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman
|
adam_muslimin
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2006 Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: [email protected]
|
Posting pada: 19-08-08 01:01
Pada 18-08-08 21:03 , sirat82 posting:!!! QUOTE !!! Ada orang pernah bertanya kepada aku satu persoalan. Persoalan tersebut berkisar mengenai berfikir menurut Al-Quran.
"Mengapa quran suruh kita berfikir, tapi tidak menyebut bagaimana cara untuk berfikir"
Allah menyebut perkataan berfikir dalam quran sebanyak 18 kali, tapi tidak memperincikan cara berfikir. Jom kita bincangkan.
ps:- ada sesiapa boleh tolong....?
hm..bukan kuliah kat um aritue da kupas isu sk0p luasnya quran itu kerk... ----------------- "prevention is better than cure"
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 19-08-08 08:38
Pada 19-08-08 01:01 , adam_muslimin posting:!!! QUOTE !!! hm..bukan kuliah kat um aritue da kupas isu sk0p luasnya quran itu kerk...
Uiks? ada ke? tak ingat lah pulak kalau ada bincangkan bab berfikir ni. ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 19-08-08 13:20
Tak orang yang ada idea atau jawapan ke eh? Sunyi jerh.... ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman
|
zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.06.2004 Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan
|
Posting pada: 19-08-08 15:01
berfikir sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu yang amat baik dan menyenangkan semua..itu sebab nya berfikir ada satu perkara yang amat penting dan amat perlu di lakukan oleh semua peringkat.
|
comel
Warga 5 Bintang Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara
|
Posting pada: 19-08-08 15:03
" Beruntunglah bagi orang-orang yang mahu berfikir" Sebenarnya sedar atau tidak setiap saat kita berfikir kecuali tidur matilah. Tidak kisahlah tentang apa...tapi hakikatnya kita memang sentiasa berfikir. Begitulah kebesaran Allah dalam menjadikan sesuatu. Berfikirlah dengan waras.... Bertindaklah dengan bijaksana.....
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 19-08-08 15:30
kepada sahabat sirat. ni pendapat saya pula. Allah tak nak jadi terlalu spoon-feeding... nanti kita semua malas mencari jawapan. bila mengkaji sendiri, baru lah lebih bijak berfikir, dan lebih tinggi daya pemahaman. bila tinggi daya pemahaman, lebih besarlah kesedaran. dan bila hadir kesedaran, barulah kita lebih rasa kagum.... dengan adanya kajian dan berfikir atas segala kejadian, lebih ramai yang berminat untuk memeluk agama Islam... dan yang dah sedia muslim, lebih tinggi lagi keimanannya. dan ganjaran itu hanya diperolehi orang2 yang pandai menggunakan akalnya untuk berfikir. bayangkan jika semua jawapan Allah dah bagi dalam Al-Quran. secara detailnya sampai kita tak perlu lagi mengkaji dan berfikir. dah tak ada benda nak kaji sebab semua dah tau. nanti manusia tak ada inisiatif dan minat lagi untuk mengkaji dan mengkaji... lembap lah jadinya manusia ni. padahal Allah dah bagi akal fikiran untuk kita guna. jadi kita perlu manfaatkannya. dan Allah juga nak lihat mana di antara hamba-hambaNya yang menyahut seruannya untuk mengkaji dan berfikir... macam student kat universiti lah juga. kalau semuanya lecturer bagi, habis bilanya student nak pandai... sebab tu student kena buat banyak assignment dan kajian atau research sendiri supaya mereka lebih paham akan bidang mereka. barulah mereka jadi orang yang bermanfaat... di samping mencari ilmu, mereka juga menjumpai penemuan baru, hasil dari kajian2 mereka. barulah berkembang ilmu tu... dan logiknya, lagilah lecturer suka kan..? macam tu lah jugak. Allah pun suka kalau hamba-hambaNya berminat mencari dan menuntut ilmu selalu.... apatah lagi yang mengkaji ilmu-ilmuNya. sebab sebenarnya Allah nak kita mencari sendiri sampai menjumpai rahsia-rahsia alam Dia ni... jadi ni lah caranya Dia menguji dan nak lihat siapa yang rajin mengkaji dan menggunakan akal fikirannya untuk berfikir. maka siapa yang rajin mengkaji, dia lah untung, dia lah makin dapat sedar akan kehebatan Allah, dan dia lah yang lebih bertambah keimanannya.. bertambah jugalah redha Allah kepadanya. semuanya kerana dia berfikir..... manfaatkan segala nikmat Allah yang kita perolehi ni (akal fikrian, anggota badan etc) dengan cara yang diredhaiNya, pastilah kita dapat memperoleh pahala dan ganjaran di sisiNya. dan bukankah Allah menganjurkan kita supaya berlumba-lumba melakukan kebaikan? jadi mencari ilmu adalah di antara caranya. p/s: semua ni ingatan untuk saya khasnya. -----------------
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 20-08-08 20:13
Pada 19-08-08 15:30 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!! kepada sahabat sirat. ni pendapat saya pula. bla~bla~bla~(sila baca di atas sebab nak jimat space) p/s: semua ni ingatan untuk saya khasnya.
Hontouni arigato! ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 20-08-08 20:22
nak jawapan begitu ke? hahah! macam lecturer pula lagaknye ok. thank you juga kerana boleh belajar cara menulis dan menerangkan. tq2!
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 20-08-08 23:06
maaf lah.. kalau dah syok menulis.. lupa dah panjang mana... huhu kutip lah mana yang baik.
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 20-08-08 23:11
betul lah bila dah asyik memang jadi macam tu tapi bertuah nya boleh jadi penulis dan penerang yang baik boleh jadi cikgu! hehe
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 20-08-08 23:54
ni ada lagi yang member aku kasi. betul ke idok tak tau. dia kata dia tanya ustaz dia: Allah s.w.t. sebut perkataan berfikir dalam al Quran 18 kali.... Tapi Kenapa Allah tak perincikan bagaimana cara berfikir?? Ok, ayat al quran ada yang datang dalam bentuk umum dan ada yang khusus, ada yang ijmal dan ada yang tafsili....So, Allah bagi akal untuk berfikir dan menilai sesuatu bagi mencari hikmah disebalik penciptaannya. "Sesungguhnya Allah menciptakan manusia dari sebaik-baik kejadian" dan al Quran satu mukjizat maknawi yang merangkumi pelbagai rahsia ilmu. Penemuan yang datang sekiranya difikirkan dan dikaji dengan betul tidak akan bercanggah dengan al Quran. Bagaimana manusia berfikir sebenarnya bergantung kepada bentuk pemikiran manusia itu sendiri. Ada beberapa bentuk pemikiran menurut ahli falsafah tapi aku tak ingat. Contohnya bentuk logik akal (mantik) juga mempengaruhi bagaimana cara manusia itu brfikir. Dalam surah Ar ra'd ayat 3-4 Allah taala menceritakan kepada kita tentang ciptaanNya yang mengandungi tanda-tanda kekuasaannya bagi orang-orang yang mahu berfikir serta memahaminya. Jadi, bagaimana cara kita berfikir bergantung kepada penelitian dan pemerhatian kita terhadap alam ini. Di situ pula ada guideline dengan ayat al Quran yang lain contohnya ayat supaya kita berfikir tentang ciptaan Allah sahaja bukannya berfikir tentang zatnya... dan akhir sekali berdasarkan ayat al Quran yang brmaksud "fas alu 'alazzikri inkuntum lah ta'lamuun" bertanyalah kepada orang yang mahir sekiranya kamu tidak mengetahui... ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 21-08-08 00:11
Pada 20-08-08 23:54 , sirat82 posting:!!! QUOTE !!! berfikir tentang ciptaan Allah sahaja bukannya berfikir tentang zatnya.. yang ni aku setuju. zat bermaksud sifat2 yang terdapat pada Allah iaitu Asma'ullah. sebab itulah boleh jadi ajaran sesat. fikir sampai macam mana Allah bersemayam. macam mana Allah ada di langit. itu semua tak perlu. kita hanya perlu berfikir Kenapa/ tujuan penciptaan manusia dan mukabumi. itu dah merangkumi segala2 nya rasa. wallahua'lam
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 21-08-08 01:13
UUIISSHH!! Mr sirat82, terima kasih kerana membuka tajuk yang ilmiah dan bermanfaat ini. Maksud Owl, benar-benar bermanfaat. Nak quote lagilah. HHEEE... !!! CODE !!! Mengapa quran suruh kita berfikir, tapi tidak menyebut bagaimana cara untuk berfikir
Owl plaakk nak jawab from one perspective... Semua cabang ilmu menunjukkan kewujudan Allah. Petikan firman Allah dalam surah Luqman ayat 20: "Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatnya yang zahir dan yang batin?" HUURRMM... Allah cuma sebut macam tuuee saja - "apa yang ada di langit dan di bumi". Ada ke diajar bagaimana nak panaskan, leburkan besi dan kemudian bentukkan ia jadi pedang atau lembing? Ada ke disebut juggaak bagaimana cara membina kapal dan melayarkannya, like already did by the Spanish and Portuguese hundreds yeeeaaarrrss ago? Okaaayy... Cuba kita ammiikk teori kewujudan alam semesta, The Big Bang. Ia menyatakan the universe expanded (berkembaaanngg) dari satu hot and dense initial condition sehingga finite time in the _past and continues to expand saaammppaaii laahh ke hari ini... Tapi langsung tiada sebarang hukum fizik (The Physics Law) yang bleeeyy menyatakan giving the evidence the earliest instant of the expansion, apa yang meletup dan bagaimana ia meletup - Zarah ke?? Particle acceleration kee? Extreme densities and temperatures kee? NOO!!! Not even one physics law can explain this.... Bagaimana ia bermula. SOOO... Mesti ada PEMULA atau at least laaahh - The Catalyst, Pemangkin. Siapa? Mestilaaahh Allah!!! Our Almighty GOD!!! Bila fikir, fikir, fikir dari segala sudut, cari segala dari macam bidang tak kiralah dari engineering sampai ke biotechnology, tak cukup lagi amiik plaak virology ditambah dengan biochemistry, tak sudah-sudah dengan all mathematical function daaann kiraan logic, tambaahh plaakk dengan the data transfer from the network cable, semuanya menjurus dari mana ia bermula, mesti ada mulanya, dan kalau manusia yang difikirkan pemulanya, macam mana plaaak manusia yang cipta sesuatu itu dicipta dan bagaimana tiba-tiba si manusia yang spread the knowledge niiiee tiba-tiba PPUUFF ada di muka bumi ini dan bagaimana suddenly kita ada di muka bumi ini....?? Manusia ke pemula semuanyaa dari zaman pyramid sehingga ke zaman satellite niiieehh? And then back again, the god is exist - Allah. You think from the hundred ways or from all the field of knowledge. EEERGGHHH!! HE is exist!!! Truly exist!!! p/s: I love physics. Sejak sekolah lagiiiee... Bila orang tanya dalam mana-mana forum internet pun adakah Allah wujud, saya cuma bagi jawapan yang ada kaitan dengan physics jugaakk. Nak canggah concept Trinity Christian pun, you can use the physics - can show the god is one. Akhir sekali. Tahniah Mr sirat82. We owe you. HHHHEEE...
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 21-08-08 08:53
uikk..bestnya baca pendapat warga ukhwah kat sini..best.. idea bernas.. !!! QUOTE !!! "Mengapa quran suruh kita berfikir, tapi tidak menyebut bagaimana cara untuk berfikir" pernyataan ini sudah cukup untuk kita berfikir lebih lagi membaca dan berfikir..hmm !!! QUOTE !!! Mereka membaca al-Quran bukan hanya untuk panduan hukum agama, malah menjadikan sebagai panduan cara kehidupan, membabitkan kesempurnaan fardu ain dan fardu kifayah.
Cuba lihat apabila mereka baca ayat al-Quran mengenai aurat, mereka bukan berlumba-lumba membeli kain di gedung untuk menutup aurat tetapi mereka berfikir lebih jauh dari itu, iaitu mereka berfikir cara untuk mencipta pakaian, membina kilang pakaian serta merancang untuk menguasai pasaran pakaian dan fesyen. supaya manusia berfikir.. (Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (QS. Ali 'Imran, 3:191) p/s: tak menjawab solan..saja saja tumpang lalu..sebab best baca pendapat org
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 21-08-08 09:10
good thinking there owl  . fikir jauh2 pun, akan buatkan fikiran kembali pada Allah yang Maha Pencipta... sebab tu saya kata, orang2 yang mengkaji dan dapat melihat sendiri keajaiban kejadian alam semesta ni, mereka yang lebih mudah mengakui Allah itu Maha Esa dan Dialah yang Maha Pencipta. dah berapa sarjana dan pengkaji alam yang dah masuk islam setelah menemui sesuatu yang menakjubkan (yang out of the human mind and abilities)? Pada 21-08-08 01:13 , owl_UM posting:!!! QUOTE !!! p/s: I love physics. Sejak sekolah lagiiiee... Bila orang tanya dalam mana-mana forum internet pun adakah Allah wujud, saya cuma bagi jawapan yang ada kaitan dengan physics jugaakk. Nak canggah concept Trinity Christian pun, you can use the physics - can show the god is one. Akhir sekali. Tahniah Mr sirat82. We owe you. HHHHEEE... p/s juga: saya pun suka physics. is it because we came from the same school?  -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 21-08-08 09:24
 wbt dan salam ukhwafillah, Ye, berfikirlah... kerene dengan berfikir kita akan merasakan. Time is relative, Knowledge is subjective, Idea is infinitive p/s teman pun peminat fizik juga....
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 22-08-08 18:04
by: Daeng_Jati!!! CODE !!! Ye, berfikirlah... kerene dengan berfikir kita akan merasakan. Time is relative, Knowledge is subjective, Idea is infinitive p/s teman pun peminat fizik juga....
Boleh Daeng terangkan course apa yang Daeng amiiikk di UKM sekarang? Maksud saya... For further study now...
|
fateha_82
Warga 2 Bintang Menyertai: 29.07.2008 Ahli No: 34202
Posting: 41
Dari: selangor
|
Posting pada: 29-08-08 11:08
salam... sekadar untuk dikongsi bersama.. kata-kata yang dipetik dari kata-kata Al-Imam Al-Ghazali: Ketika aku mohon kekuatan, Allah memberikan aku kesulitan sehingga aku kuat; Ketika aku mohon kebijaksanaan, Allah memberikan aku masalah untuk aku pecahkan; Ketika aku mohon kesejahteraan, Allah memberikan aku akal untuk berfikir; Ketika aku mohon keberanian, Allah memberikan aku bahaya untuk aku atasi; Ketika aku memerlukan cinta, Allah memberikanku org bermasalah untuk aku tolong; Ketika aku mohon bantuan, Allah memberikan aku kesempatan; Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta, tapi aku menerima apa yang aku perlukan.
|
panglima_azam
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.09.2008 Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan
|
Posting pada: 20-09-08 23:01
memang dalam al-quran ada mengatakan supaya kita disuruh berfikir, tetapi tidak pula dinyatakan begaimana... pada pandangan saya, sebagai manusia biasa memang ada had & batasnya untuk berfikir..tetapi sejauh manakah & sedalam manakah ilmu yang ada dalam hati kita untuk berfikir.. sebenarnya Allah mahu kita mengkaji cara yang sesuai dengan apa yang mahu kita fikirkan.. misalnya, kejadian & wujudnya alam ini... bagaimana untuk kita mengkaji & mendapatkan jawapannya? Bahasa arab! sudahkah kita mahir bahasa arab ini? apabila kita membaca al-quran, adakah kita memahami setiap ayat itu? tidak perlu memikirkan jauh, ambil lah surah al-Fatihah sebagai contoh, fahamkah kita dari ayat awal hingga akhirnya? kata kunci disini ialah... Iman... kukuhnya iman itu maka mudahlah kita mencari jawapan di atas setiap persoalan pemikiran manusia..
|
nurul_syifa
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.09.2008 Ahli No: 34884
Posting: 66
Dari: bumi Ilahi
|
Posting pada: 21-09-08 00:07
Saya pernah terbaca from somewhere... Berfikir tu adalah peranan yang dimainkan oleh akal. Ia melalui 3 proses: 1. menerima maklumat atau ilmu dengan cara pembacaan, pengkajian atau penyelidikan. 2. mengumpul, mengingat dan menyimpan maklumat atau ilmu 3. mengeluarkan maklumat atau ilmu sama ada melalui komunikasi, tulisan dan sebagainya. Setuju dengan apa yang dikatakan panglima_azam... kata kuncinya adalah iman. Dengan iman, proses berfikir di atas akan disuluh dengan ilmu yang tepat iaitu yang bersumberkan wahyu Allah... ----------------- �Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik� (Al A�raf:56)
|
panglima_azam
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.09.2008 Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan
|
Posting pada: 21-09-08 13:57
shukran ya nurul_syifa... betul kata nurul_syifa mengenai 3 proses yang dimainkan oleh akal... harus diambil kira disini juga....iman ini juga senang turun & senang naik... bergantung pada amalan kita juga... ingatlah wahai saudara-saudaraku sekalian... cara berfikir yang dituntut oleh Allah ialah dimana hamba-hambanya berfikir diikuti tindakan yang betul...
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 03-11-08 15:45
Pada 18-08-08 21:07 , sirat82 posting:!!! QUOTE !!! Waktu ditanya aku jawab begini:
P tertakluk pada ayat quran pertama yang turun. Bacalah (belajar, berfikir, dll) dengan nama tuhan yang menciptakan.
ps:- betul ke idok pendapat teman ni... setuju sangat..semua orang berfikir..een berfikir macam mana nak "buat tongkat langit" pun boleh.cumanya ..berfikir dan apa pun mestilah "dengan atas nama tuhan yang menciptakan". ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|