Oleh |
ikhtilaf ummatku rahmat ? |
hyekal
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.01.2006 Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja
|
Posting pada: 18-08-08 19:12
assalamualaikum .. pernah beberapa kali saya mendengar sahabat- sahabat mengatakan اختلاف أمتي رحمة dengan sandaran bahawa ia adalah Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasalam. pandangan saudara? sedikit kajian saya mndapati bahawa ramai ulama yang mengatakan ianya maudu' yakni direka- reka semata.. ada hujah lain? ----------------- Wallahua'lam. isLam terbina atas lima perkara,tetapi mujtamak terbina atas SATU kesepakatan..
|
nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.10.2006 Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid
|
Posting pada: 18-08-08 19:35
saya bukan mahu memberikan hujah..tetapi bolehkah kiranya saya bertanya kepada saudara hyekal..apakah yang dimaksudkan dengan ayat اختلاف أمتي رحمة ? bagi saya ayat ni tergantung dan ia tak membawa saya kepada maksudnya.. jika ayat ini mempunyai sambungan,molek lah kirenya di masukkan sekali dengan sambungannya agar tak mengelirukan orang lain.. wallahualam..
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 18-08-08 21:00
tak silap ana ni hadith dhoif.. tapi tak ada rujukan. try refer kat hafizfirdaus sebab dia pakar hadith. jzk
|
hyekal
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.01.2006 Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja
|
Posting pada: 19-08-08 19:10
Pada 18-08-08 19:35 , nisaulfadhilah posting:!!! QUOTE !!! saya bukan mahu memberikan hujah..tetapi bolehkah kiranya saya bertanya kepada saudara hyekal..apakah yang dimaksudkan dengan ayat اختلاف أمتي رحمة ? bagi saya ayat ni tergantung dan ia tak membawa saya kepada maksudnya.. jika ayat ini mempunyai sambungan,molek lah kirenya di masukkan sekali dengan sambungannya agar tak mengelirukan orang lain.. wallahualam.. ok, kata-kata ini bermaksud, 'ikhtilaf ummatku rahmat' sebab itu tajuk artikel yang diposting ini saya tulis sebegitu. dan ini adalah matannya yang saya dapat tanpa sebarang penambahan atau pengurangan.. maaf pada sesiapa yang xbrp faham  tapi memang ini sahaja matannya . wallahu a'lam.. hadith ini tidak ada padanya perawi yang thiqah.. cuma perlu pendetailan.. ----------------- Wallahua'lam. isLam terbina atas lima perkara,tetapi mujtamak terbina atas SATU kesepakatan..
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 19-08-08 19:36
Pada 19-08-08 19:10 , hyekal posting:!!! QUOTE !!! hadith ini tidak ada padanya perawi yang thiqah.. cuma perlu pendetailan..
siapa perawinya?  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
abuzulfiqar
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28489
Posting: 97
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 21-08-08 10:47
Pada 18-08-08 21:00 , AmrinHakeem posting:!!! QUOTE !!! tak silap ana ni hadith dhoif.. tapi tak ada rujukan. try refer kat hafizfirdaus sebab dia pakar hadith. jzk Masa bila pula Hafiz Firdaus jadi pakar hadis? Dia ada sanad ilmu hadis ke? Bukan apa.. sebagai bukti dia mengambil hadis terus daripada guru-guru hadis dan bukannya main fikiran sendiri. WA. ----------------- http://alexanderwathern.blogspot.com/http://myalexanderwathern.blogspot.com/
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 21-08-08 12:13
Pada 21-08-08 10:47 , abuzulfiqar posting:!!! QUOTE !!! Masa bila pula Hafiz Firdaus jadi pakar hadis? Dia ada sanad ilmu hadis ke? Bukan apa.. sebagai bukti dia mengambil hadis terus daripada guru-guru hadis dan bukannya main fikiran sendiri hey, hadis nak main fikiran pula. ni mesti banyak tak setuju dengan pendapat kontemporari beliau. sudah2 lah tu.. banyak lah rujukan yang dia buat. ramai dah yang mengakui.. ni Mencari Rahmat di Sebalik Perbezaan Pendapat
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 21-08-08 12:54
!!! QUOTE !!! hey, hadis nak main fikiran pula. ni mesti banyak tak setuju dengan pendapat kontemporari beliau. sudah2 lah tu.. banyak lah rujukan yang dia buat. ramai dah yang mengakui.. !!! QUOTE !!! tak silap ana ni hadith dhoif.. tapi tak ada rujukan. try refer kat hafizfirdaus sebab dia pakar hadith. jzk betul tu.bila masa pula hafiz firdaus menjadi pakar hadis ni.apakah dengan banyak rujukan menyebabkan diiktiraf untuk menjadi pakar hadis sebaris dengan imam bukhari dan sebagainya?siapakah yang mengijazahkan kepada beliau sehingga dikatakan sebagai pakar hadis.adakah dengan hanya mengeluarkan pendapat sendiri terus dikatakan sebagai pakar? dari susur galur pengajian ilmu manakah beliau ambil sehingga layak untuk digelar pakar hadis?adakah benar-benar telah mengikut jalan para ilmuan hadis dahulu yang telah mengembara ke serata dunia Islam semata-mata hanya mahu mempelajari sepotong hadis secara bertalaqqi dengan guru? ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality =
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 21-08-08 12:58
lantak anda lah. yang penting memang ada sumber. bukan main hantam saja. dah nama pun hadis/sunnah memang lah bercanggah pendapat. yang penting diri kita nak terima atau tak ilmu tu.
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 21-08-08 14:39
kalau dalam bab hadis,laju sungguh nak tentukan hadis dhaif ke tak.siap kaji habis segala sanad.yang ni Kenapa tak tengok pula sanad dari mana hafiz firdaus tu.dan Kenapa pula perlu lantak.bukan ke tok mufti kata "kita mementingkan ketelitian dan kesarjanaan"...?kalau dalam bab hadis pakat perlu teliti sungguh yang ni Kenapa tak perlu teliti pula? tulis mencari rahmat disebalik perbezaan pendapat.bila dah berbeza pendapat Kenapa perlu nak terima saja ilmu tu? !!! QUOTE !!! yang penting diri kita nak terima atau tak ilmu tu. takkan nak kena terima saja membuta tuli apa yang pendapat "pakar hadis" kata.tak kena langsung dengan ayat mencari rahmat disebalik perbezaan pendapat.. ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality =
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 21-08-08 17:25
segala2 nya menjawab kegusaran saya suatu ketika dulu... 'Kenapa tak gabung saja semua persatuan Islam kat (e.pergi : Jordan) tu, Kenapa ada banyak?' 'susah sikit kalau nak gabung. mesti ada perselisihan pendapat. tak apalah ambik sajalah yang mana sama. yang tak sama biarkan saja daripada gaduh..' -sekian-
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 27-08-08 11:20
Ikhtilaf memang dah berlaku sejak zaman para nabi, bahkan zaman sahabat pun dan berlaku, memang ia adalah rahmat. Anda boleh rujuk sendiri perbezaan pendapat di antara saidina abu bakar dan saidina umar di dalam tebusan semasa perang badar, begitu juga semasa pengumpulan al Quran. Masing-masing mendapat pahala.
|
sunan-faqih
Warga 5 Bintang Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::
|
Posting pada: 28-08-08 19:47
Hadis tu dhaif tetapi maksudnya sahih...bukan semua yang shahih tu Rasulullah ada sebut tetapi semua yang Rasulullah telah sebutkan secara pastinya ia sahih. Maksud Kapten Hafiz mengungkapkan tajuk tersebut (yang ana nampak) pada bukunya dan artikelnya ialah untuk kita mencari kebenaran dan kesahihan maksud di sebalik kata-kata yang dikatakan hadis ini. Ia ada kata-kata umum, dan sejarah membuktikan adanya rahmat di sebalik ikhtilaf namun kita perlu ingat ada juga bala di sebalik ikhtilaf dan ia bukan perkara kecil. Ikhtilaf kita Ahli Sunnah wal Jamaah dengan Syiah Rafidhah bukan sesuatu yang rahmat dan kita perlu akuinya ia adalah ikhtilaf yang kita tidak redhai. Apa pentingnya mencari status hadis? Agar kita tak terkeliru dengan situasi yang berlaku..,nantinya setiap kalik adanya ikhtilad akan ada orang katakan, ini ikhtilaf ada rahmat di sebaliknya bukankah Nabi dah sebut? Sedangkan hakikatnya bukan sedemikian, boleh jadi ikhtilaf itu bala bukan rahmat. Jadi, secara umumnya kita katakan ikhtilaf boleh mendatangkan rahmat jika kena pada syaratnya dan jika tidak mungkin saja bala yang menanti khususnya pada ikhtilaf-ikhtilaf yang tidak diiktiraf syarak. Allahua'lam. ----------------- SEKRETARIAT K-FIQH Layari www.k-fiqh.com Like our page www.facebook.com/kfiqh
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 28-08-08 20:08
terima kasih sunan-faqih.. anta mendalami ilmu ni ke?
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 28-08-08 21:23
khilaf dalam fiqh contohnya, dalam perkara ijtihad ulamak mujtahid. Ia adalah rahmat kepada umat Islam. Bukan maksudnya bermudah-mudah untuk ambil mana yang mudah, tetapi berdasarkan kepada keadaan dan situasi yang memerlukan. ----------------- .:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:. http://jarumemas.blogspot.comhttp://jomfaham.blogspot.com
|
Ulfah_AzZahra
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.07.2008 Ahli No: 34018
Posting: 77
Dari: Kajang
|
Posting pada: 28-08-08 22:26
Salam buat semua:- Maaf kerana mencelah, sebab saya pernah mendalami sedikit ilmu "Adab Ikhtilaf" dari Prof. Madya Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid. Tujuan ilmu ini dipelajari untuk mementingkan adab apabila berikhtilaf kerana apabila berlakunya perbezaan yang tidak ditentukan lagi adabnya , ianya kan bertukar menjadi tentangan dan pertarungan sudah tentu banyak kesan negatifnya. Kata Al-Qardawi, perbezaan pendapat sebenarnya bukanlah salah; khususnya dalam masalah furu' (cabang) atau hatta dalam perkara dasar yang bukan asasi, tetapi berbahaya dalam perpecahan dan permusuhan itu apabila telah melunturkan keikhlasan.. Di antara cara adab pada zaman Rasulullah s.a.w seperti yang dirumuskan oleh Taha Jabir dalam bukunya :Adab al-ikhtila fi al-Islam, IIIT, USA, 1992, Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia, DPI Kuala Lumpur, 1989 menyatakan :- 1.-Para sahabat berusaha sedaya upaya agar tidak berlaku perselisihan. Mereka tidak banyak menanyakan masalah dan hukum cabang. malah berusaha melakukan arahan di bawah bayangan petunjuk Rasulullah s.a.w. 2.-Kalau pun ada berlaku perselisihan, mereka cuba merujuk kepada kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. 3.-Rasulullah s.a.w memperbetulkan perselisihan pada perkara yang masih boleh ditakwil. Ertinya setiap mereka yang beranggapan pendapat saudaranya yang berbeza itu "mungkin betul" dan ini menimbulkan perasaan hormat-menghormati sesama lain. Dijauhkan diri dari taksub kepda pendapat diri masing-masing. 4.-Iltizam dengan taqwa dan menjauhkan diri dari hawa nafsu. Ertinya, kebenaranlah yang menjadi matlamat tanpa mengira mana pihak yang menghasilkan kebenaran itu. 5.-Para sahabat beriltizam dengan adab-adab Islam dengan memilih kata-kata yang baik dan bersopan , memgelakkan kata-kata kesat dan cercaan, malah boleh bersedia mendengar pandangan orang lain. Demikanlah sedikit sebanyak yang boleh dilihat adab-adab ikhtilaf pada zaman Rasulullah s.aw.. Sebenarnya kebanyakan alim-ulama tidak mengalakkan berlaku banyak perbezaan pendapat. seperti Al-Subki pernah mengatakan bahawa perselisihan dalam perkara cabang 'furu' dibolehkan namun kalau ada persetujuan bersama ittifaq yakni tidak ada perselisihan adalah lebih baik, malah ada hadis Rasulullah s.a.w. ada menyebut : Kehancuran Bani Israel berlaku justeru mereka banyak bersoal dan berselisih pendapat dengan para nabi mereka.. Kesimpulannya ikhtilaf itu memang satu rahmat sekiranya adab-adab ikhtilaf itu dapat dihayati sebentar tadi, namun apabila adab-adab tersebut tidak diambil kira akhirnya seperti kata Ibn Hazm menganggap perselisihan itu azab dan bukannya rahmat lagi... Wallahu'alam..... ------sekadar menyampaikan ilmu yang tidaklah seberapa ini------
|
sunan-faqih
Warga 5 Bintang Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::
|
Posting pada: 28-08-08 23:05
AmrinHakeem, ukht kita Uzzah_AzZahra telah menjawab bagi pihak ana  ----------------- SEKRETARIAT K-FIQH Layari www.k-fiqh.com Like our page www.facebook.com/kfiqh
|
hyekal
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.01.2006 Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja
|
Posting pada: 11-09-08 00:00
asalamualaikum, maaf lambat balas.. tak diizinNya untuk komen scara detail.. jikaikhtilaf itu rahmat maka sepakat itu?  kata² ini bukan hadith, setuju? satu lagi, cara menjadi pakar hadith? bertlaaqqi untuk dapat² satu hdith seperti imam bukhari? kitab²? masadir ? maraji3 mu3asir? fungsinya?? kata² saudari amreen hakeem ada bnarnya .. ada keizinan masa akan lebih didetailkn. insyaAllah wallahua3lam.
|
ghazi
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang
|
Posting pada: 11-09-08 07:04
Salam, sekadar nak bertanya berkenaan sanad... Adakah perlu bersambung sehingga ke hari ini? Kalau begitu bagaimana pula dengan hadis2 dalam sahih bukhari... bukankah dah cukup dengan thabaqat pertama sahaja (i.e. para sahabat)? Maaflah, saya tak mengikuti pengajian formal mahupun informal secara intensif dalam perkara ini...
|
hyekal
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.01.2006 Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja
|
Posting pada: 14-09-08 11:04
seketika : dalam sohih bukhari , beliau ada menetapkn 8 manhaj dalam meriwayatkn hadth2 nya, antaranya, tikrar hadith(pengulangn hadth) taqti3 hadith (pemotogn hadith) mukhtasar wariyatuhu bil ma3na(diringkaskn dan diriwayatkn dengan makna sahaja) dan lain-lain contoh dalam sohih bukhari: ada hadth yang sama tetapi dalam bab yang berbeza, jadi hadith akan dringkaskn kerana telah ada hdth yang sama diriwayatkn seblumnya dengan lengkp sanadnya. i.e yang diberi adalah antara contoh hadth mursal (hadith yang terus kepada rasulullah s.a.w. tnp mnyebut sanad dari sahabat atau kibar tabiin) sepakat 3 imam mazhab menerima hadith mursal sebagai hujjah manakala imam syafie menetapkn syarat untuk beramal dengan hadith mursal antaranya 1)perlu ada hadith mursal lain yang menyokong (dengan sanad lain) 2)ada hadith lain dengan maksud yang sama 3)ada hadth sempurna ttgnya. 4)ada qaul dari para sahabat ttgnya. perlu bersambung hingga ke hari ni? timbul persoalan adakah mungkin ke perkara ni berlaku? peribadinya: cukup sekadar berpandukn kepada sanad yang telah ada dalam kitab sohih,musnad,sunan dan lain-lain kitab hadith. (ringkas) wallahua'lam ----------------- Wallahua'lam. isLam terbina atas lima perkara,tetapi mujtamak terbina atas SATU kesepakatan..
|
ghazi
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang
|
Posting pada: 18-09-08 05:36
terima kasih hyekal atas penerangan yang diberikan... Mengenai status 'pakar hadis' pula, saya rasa yang empunya diri tak pernah mengakuinya. Mungkin orang-orang yang mengagumi beliau sahaja yang melabel sedemikian. Sesiapa yang pernah berbicara dan mengenali beliau pasti akan setuju dengan kenyataan saya ni...
|
mulukhiyyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.08.2008 Ahli No: 34681
Posting: 82
|
Posting pada: 23-10-08 09:27
رحمة على أمتي فى الاختلإف الائمة RAHMAT KE ATAS UMATKU PADA PERSELISIHAN IMAM2.maknanya rahmat atas umat nabi muhammad bila banyaknya ikhtilaf imam2.
|
sunan-faqih
Warga 5 Bintang Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::
|
Posting pada: 27-10-08 10:28
Audio yang boleh diambil manfaat daripadanya, Ikhtilaf_Ummati_Rahmahوالله أعلم ----------------- SEKRETARIAT K-FIQH Layari www.k-fiqh.com Like our page www.facebook.com/kfiqh
|