Oleh |
Talak tak jatuh ketika gurau |
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 10-07-08 14:10
Soalan SAYA ada kemusykilan mengenai talak. Saya sudah berkahwin dan ada seorang anak berumur tiga tahun. Ketika awal perkahwinan, suami bergurau dengan berkata: “Kalau abang bernikah lain (memadukan saya), abang ceraikan Ma.†Kini suami tidak ingat dia pernah bercakap demikian dan setiap kali saya bangkitkan hal itu, dia marah serta meminta saya melupakannya. Persoalannya sekarang, suami berura-ura untuk menambah isteri. Saya ingin tahu, adakah jatuh talak jika suami saya benar-benar berkahwin lain? Jika ya, bagaimanakah caranya untuk rujuk semula? MA Kelantan Jawapan Puan mengesahkan perkataan suami akan menceraikan puan jika dia berkahwin lagi adalah dalam keadaan bergurau. Ertinya bukan niat dia sebenar untuk berbuat demikian. Perkataan yang dilafazkan tanpa niat sebenar tidak boleh diambil kira, jadi ada baiknya puan tidak bangkitkan lagi hal ini dengan suami. Jika suami berkahwin lagi, yang pasti puan adalah isteri pertamanya yang sah selagi dia tidak melafazkan cerainya pada puan secara serius. Sekarang dia baru ada niat atau berura-ura, ada baiknya kalau puan mencari jalan memperbaiki keadaan rumah tangga dan mengambil hatinya daripada mengingatkan sesuatu yang menimbulkan kemarahan suami dan merugikan puan. ----------------- http://www.zazizukeropok.blogspot.comSeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi
|
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 10-07-08 14:11
tumpang tanya,betul ke Kalau gurau,talak tak jatuh? setahu saya,gurau pun,talak akan jatuh... lain lah Kalau tak sedar kan??? Kalau salah,sila tolong btolkan
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 10-07-08 14:17
setahu saya pun kalau dalam keadaan bergurau pun boleh jatuh talak walaupun tak ada niat kan..
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 10-07-08 14:40
mdfakhri dapat dari mana ni ye? ada beberapa hadith yang saya jumpa: 1144 - وحدثني عن مالك عن يحيى بن سعيد عن سعيد بن المسيب انه قال : ثلاث ليس فيهن لعب النكاح والطلاق والعتق (Muwatta' Imam Malik) 2194 - حدثنا القعنبي ثنا عبد العزيز يعني ابن محمد عن عبد الرحمن بن حبيب عن عطاء بن أبي رباح عن ابن ماهك عن أبي هريرة : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال " ثلاث جدهن جد وهزلهن جد النكاح والطلاق والرجعة " . K حسن (Sunan Abi Dawud) 1184 - حدثنا قتيبة حدثنا حاتم بن إسماعيل عن عبد الرحمن بن أدرك ( في التقريب والخلاصة أدرك ) عن عطاء عن ابن ماهك عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث جدهن جد وهزل جد النكاح والطلاق والرجعة (Sunan Tirmizi) 2039 - حدثنا هشام بن عمار . حدثنا حاتم بن إسماعيل . حدثنا عبد الرحمن بن حبيب بن أردك . حدثنا عطاءء بن أبي رباح عن يوسف بن ماهك : - عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ( ثلاث جدهن جد وهزلهن جد النكاح والطلاق والرجعة ) . K حسن (Sunan Ibn Majah) ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 10-07-08 14:42
ibnu musa, saya tak faham apa yang awak postkan.. boleh jelaskan maksudnya..
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 10-07-08 14:43
Suara Persatuan Ulama http://www.e-ulama.org/Tanya/?mode=0&ID=1621ingin kepastian Tarikh: 6/17/2003 assalamualaikum.. saya ingin bertanya kepada ustaz...bagaimana seseorang itu secara sengaja melafaz bilangan talak..sebagai contoh "talak 7" tetapi dia tidak berniat untuk menceraikan isterinya...adakah jatuh talak tersebut? Jawapan: Lafaz talak terbahagi kepada 2 bahagian, 1. Lafaz Soreh = bermaksud lafaz talak yang terang dan nyata memberi maksud talak seperti perkataan talak atau cerai. 2. Lafaz Kinayah = bermaksud lafaz talak berbentuk sindiran, seperti lafaz " pergila balik kerumah ibumu" lafaz ini, memerlukan niat. jika suami melafazkan lafaz tersebut dengan niat maka jatuhlah talak, sebaliknya jika disebut tanpa niat menceraikan isterinya maka tidak jatuh talak. Hadis nabi ada menyebut " tiga perkara yang dilafazkan secara gurauan atau bersungguh akan memebri kesan (jadi) lafaz tersebut ilah nikah, cerai dan rujuk." Oleh itu jangan bermain-main/ bergurau dengan lafaz talak. contoh yang sendiri/a berikan kurang jelas untuk di jawab, sekiranya seorang suami berkata kepada isterinya "aku ceraikan kan engkau dengan talak 7" (walaupun tanpa niat cerai) maka jatuhlah talak 3. Kerana jumlah maksimum talak adalah 3 talak. wallahu a'lam Oleh: Abu Bakar Tarikh Dijawab: 6/17/2003 7:00:43 PM ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 10-07-08 14:50
Pada 10-07-08 14:42 , aieyda posting:!!! QUOTE !!! ibnu musa, saya tak faham apa yang awak postkan.. boleh jelaskan maksudnya.. maksud hadith2 tersebut lebih kurang macam ni: "Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh dikira bersungguh, dan gurauannya pun dikira bersungguh: nikah, cerai dan rujuk." p/s: susah juga ye kalau nak translate dari BA ke BM, berbelit2  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 10-07-08 15:02
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 10-07-08 15:06
haha. so, memang sah lah kesahihan beliau harus disangkal ? hmm parah ummah..
|
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 10-07-08 15:45
ha...tu lah...nasib ibn musa dah bagitahu.... aah..pendapat makin mengarut..... budak kecik pun boleh fikir..... Kenapa lah still bagi pendapat...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 10-07-08 17:52
bila baca memula..ada sedikit keanehan...tapi bila dapat dalil yang IM berikan tu...barulah jernih kembali fikiran ni..sebab rasanya, hatta secara bergurau..ia tetap akan jatuh...
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 10-07-08 19:31
setahu saya lah ada 5 perkara yang kalau kita gurau2 bila bercakap akan jadi sah.. 1..talak 2..menghalalkan hutang 3..akad nikah 4..lian (kalau salah tolong perbetulkan) 5..ana dah lupa...
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 11-07-08 10:05
Pada 10-07-08 19:31 , muslimin23 posting:!!! QUOTE !!! setahu saya lah ada 5 perkara yang kalau kita gurau2 bila bercakap akan jadi sah..
1..talak 2..menghalalkan hutang 3..akad nikah 4..lian (kalau salah tolong perbetulkan) 5..ana dah lupa... kalau based on hadith2 di atas, dah dapat detect 4 perkara, iaitu: nikah, cerai, rujuk, dan al-`itqu (memerdekakan hamba) maybe selain itu yang M23 sebutkan ada dalam hadith2 lain, waLlahu A`lam... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 11-07-08 13:35
kalau tak silap petikan soalan tu dr metro kan??ruangan soal jawab dengan mashitah tu kan... pendapat dia memang pelik.. ingat lagi bila dia cakap isteri boleh cukur kening kalau suami yang suruh...
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 11-07-08 18:42
conclusion, abaikan statement dia. ramai lagi para ulama' lain yang tak mementingkan duniawi. (maaf)
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 11-07-08 19:59
ada satu kes yang pernah di upkan suatu ketika saya bertugas dahulu si suami bergurau dengan isteri baling baling bantal di kamar tidur. sambil baling mereka meletak syarat, abang cerai dengan talak dan jika isteri sambut maka talak tu jatuh. maka mereka pun sambil bergelak ketawa membaling bantal sehinggalah kepada TALAK TIGA dan si isteri dengan ketawa menyambut bantal tersebut hal ini didengari oleh ibu mertua(belah isteri) yang secara kebetulan berjalan di luar bilik kes ini kemudian di bawa keatas dan memang SABIT talak itu jatuh saya petik kembali post oleh muslimin23 & im adalah benar. wallahua'lam
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 11-07-08 20:31
hu..meraung lah macam tu.. gurau2 terus jadi betul
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 11-07-08 20:37
Nora Danish bercerai tak sampai dua tahun berkahwin SELEPAS pelbagai spekulasi dibuat mengenai krisis rumah tangga Nora Danish, akhirnya kes permohonan cerai pelakon dan model itu dengan suaminya, Rizal Ashram Ramli, 32, didengar di Mahkamah Syariah, semalam. Hakim Syarie Ahmad Irwan Ismail, menetapkan 12 Ogos ini bagi keputusan permohonan lafaz cerai terhadap Nora yang dikemukakan suaminya. Wartawan Berita Harian, Zaidi Mohamed, mendapatkan ulasan ringkas pelakon itu. Apa yang boleh Nora katakan mengenai perceraian ini. Memang sudah tiada jodoh antara kami, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan Tuhan saja menentukan segala-galanya. Saya sudah cuba yang terbaik mempertahankan ikatan perkahwinan kami yang tidak sampai dua tahun pun, tapi ini kesudahan yang saya terpaksa terima. Perceraian memang berat untuk saya hadapi terutama dalam keadaan mengandung. Bagaimana hubungan dengan keluarga mentua. Hubungan kami masih elok. Saya kena pertahankan hubungan antara keluarga mentua dan suami kerana anak yang saya kandung ini. Saya juga bersyukur kerana keluarga saya dan keluarga suami masih banyak memberi sokongan untuk saya melalui semua ini. Walau apa terjadi, saya kena kuatkan semangat demi menjaga kandungan saya. Adakah Nora tertekan dengan spekulasi pergolakan rumah tangga selama ini. Pada mulanya memang terasa, tetapi kini saya sudah tidak lagi tertekan sebaliknya berasa bosan dengan gosip sebegini. Di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf di atas kehilangan daripada pelbagai aktiviti seni atau sebarang publisiti. Saya sebenarnya tidak ke mana-mana, cuma berada di rumah saja. Saya perlu mengambil masa menenangkan jiwa dan pada masa yang sama menghadapi komplikasi mengandung. p/s: sama-sama lah beringat bahawa bukan mudah mendirikan rumahtangga tanpa ilmu di dada.
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 11-07-08 20:40
boleh ke ceraikan isteri dalam keadaan dia mengandung?
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 13-07-08 14:33
hm..IM..bukan ke kalau memain²kan perkataan syahadah jugak boleh jatuh sah..macam gurau² murtad..kan jatuh murtad tu..bukan begitu ke? ke tak termasuk dalam perkara yang dibincangkan oleh muslimin23... P/S : alahai, tak ingatlah apa hukumnya..rasanya tak boleh sehingga lah kandungan itu dilahirkan..
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 13-07-08 14:44
kepada sahabat2 sekelian....sila berhati-hati semasa membaca jawapan soal jawab agama oleh dr. mashitah ibrahim dalam ruangan metro....jawapan2 beliau kadang-kadang boleh dipertikai. p/s: talak tidak akan jatuh sekiranya DIPAKSA....tapi sekiranya bergurau.....based pada hadith2 semamangnya jatuh talak
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 13-07-08 14:57
Pada 11-07-08 20:40 , aieyda posting:!!! QUOTE !!! boleh ke ceraikan isteri dalam keadaan dia mengandung? Talak yang dilafazkan ketika isteri mengandung hukumnya sah.. yakni jatuh talak tu.. cuma perbuatan menjatuhkan talak itu hukumnya berdosa.. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 14-07-08 14:04
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Agama/20080712235423/Article/Persoalan Agama: Hubungan kelamin perbuatan harus rujukOleh Wan Zahidi Wan teh Talak berlaku jika penuhi syarat ada diluar atau dalam mahkamahKETIKA saya mengandung dua bulan, berlaku perselisihan faham dengan suami. Perkara terjadi adalah dalam keadaan marah, saya minta cerai tetapi saya sangkakan talak tidak boleh jatuh jika ketika itu isteri mengandung. Suami juga dalam keadaan marah dan mengambil bulat-bulat kata saya, iaitu cerai tidak berlaku ketika saya hamil, lalu berani mengeluarkan kata-kata iaitu 'Ok, kita dah tidak ada apa-apa dah... dah berpisah dah' semata-mata untuk menyakitkan hati saya. Selepas itu, kami berdua tersedar bahawa perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan berbaik semula pada hari yang sama kejadian itu. Suami berkata kalau pun talak itu sah, kita rujuk semula dan saya bersetuju. Selang dua atau tiga hari selepas itu, kami mengadakan hubungan kelamin. Kami berdua berjanji perkara seumpama ini tidak mungkin akan berlaku lagi demi masa depan kami berdua dan anak. Saya ingin tahu adakah cerai itu sah di sisi Islam, iaitu berlaku di luar mahkamah syariah? Adakah hubungan kelamin dan perkara ingin rujuk yang hanya didengari oleh kami berdua dianggap rujuk yang sah di sisi Islam? Adakah hubungan kelamin itu sah dan bukan zina? Awin Kuala Lumpur
Jawapan: Ibnu Hajar Al-Haitami menggolongkan permohonan cerai daripada isteri tanpa alasan syarei ke dalam lingkungan dosa besar berasaskan sebuah hadis yang bermaksud: "Mana-mana wanita memohon cerai daripada suaminya tanpa alasan (syarei), maka haram ke atasnya bau syurga." (riwayat Baihaqi). Oleh itu, puan wajib bertaubat daripada dosa itu. Sekiranya sesuatu lafaz cerai itu memenuhi syaratnya, ia dianggap sah sama ada dilafazkan di luar atau dalam mahkamah. Peraturan yang menghendaki cerai dibuat melalui mahkamah adalah peraturan pemerintah yang wajib dipatuhi, tetapi ia tidak boleh mengubah mana-mana hukum syarak. Hakim akan membuat pemeriksaan teliti sebelum menentukan sesuatu perceraian yang berlaku di luar mahkamah itu sah atau tidak. Oleh itu, persoalan seperti ini perlu dirujuk ke mahkamah syariah untuk menentukan kesahihannya. Namun demikian, saya akan membuat huraian daripada sudut pandangan fekah yang bersifat umum berasaskan fakta dinyatakan dalam soalan. Lafaz cerai terbahagi kepada dua jenis; iaitu soreh dan kinayah. Lafaz soreh ada tiga dalam bahasa Arab berasaskan penggunaan al-Quran; iaitu tholaq, firaq, dan sarah. Maksud sarah ialah jelas menunjukkan makna cerai, dan tidak boleh ditafsirkan dengan maksud yang lain, manakala lafaz kinayah pula ialah sebarang perkataan yang boleh ditafsirkan sebagai cerai dan membawa maksud lain. Sesuatu cerai itu sah jika digunakan lafaz soreh tanpa perlu kepada niat. Malah, cerai berlaku sekalipun suami mengucapkannya secara olok-olok atau bergurau, berasaskan hadis yang bermaksud : "Tiga perkara sungguhnya adalah sungguh, dan olok-oloknya juga menjadi sungguh; iaitu nikah, cerai dan rujuk" (riwayat Abu Daud). Ia disebabkan ikatan perkahwinan begitu penting dan besar kedudukannya di sisi Islam. Dengan itu ia tidak boleh dipermainkan. Cerai dengan lafaz kinayah pula perlu disertai dengan niat untuk dikira sah. Mengikut kitab fathul Mu'in, jawapan 'ya' oleh suami termasuk dalam lafaz kinayah, (1) sekalipun didahului dengan permintaan cerai oleh isteri dengan lafaz soreh. Dengan itu, jika suami puan meniatkan cerai dengan mengatakan 'ok', maka perceraian dikira sah, tetapi jika tiada niat talak, maka perceraian tidak berlaku. Suami berhak rujuk isteri yang dicerai ketika dalam idah dengan apa-apa perkataan yang membawa maksud rujuk tanpa persetujuan isteri dan tanpa perlu kepada saksi. Menyetubuhi perempuan yang dicerai tetapi masih menjalani idah dan sebelum adalah haram, tetapi tidak sampai pada peringkat zina yang membawa hukuman had. Ia memandangkan terdapat khilaf di kalangan ulama dalam masalah cara rujuk berlaku. Mazhab Hanafi mengharuskan rujuk dengan perbuatan; iaitu dengan melakukan hubungan kelamin. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 14-07-08 14:11
Pada 13-07-08 14:57 , Meow posting:!!! QUOTE !!! Pada 11-07-08 20:40 , aieyda posting:!!! QUOTE !!! boleh ke ceraikan isteri dalam keadaan dia mengandung?
Talak yang dilafazkan ketika isteri mengandung hukumnya sah.. yakni jatuh talak tu.. cuma perbuatan menjatuhkan talak itu hukumnya berdosa..
tak berperikemanusiaan betul siapa yang jatuhkan talak pada isteri yang sedang hamil......with certain exceptions lah agaknya.......... memang berdosa pun dan obviously nampak kejam ----------------- "Let Allah be the ruler over your hearts"
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 14-07-08 14:20
Pada 14-07-08 14:11 , alwalid posting:!!! QUOTE !!! tak berperikemanusiaan betul siapa yang jatuhkan talak pada isteri yang sedang hamil......with certain exceptions lah agaknya.......... memang berdosa pun dan obviously nampak kejam
satu lagi, ketika isteri sedang "period", walaupun perbuatan itu haram dan berdosa, tetapi talak tetap jatuh. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 14-07-08 14:41
Pada 14-07-08 14:20 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! Pada 14-07-08 14:11 , alwalid posting:!!! QUOTE !!! tak berperikemanusiaan betul siapa yang jatuhkan talak pada isteri yang sedang hamil......with certain exceptions lah agaknya.......... memang berdosa pun dan obviously nampak kejam
satu lagi, ketika isteri sedang "period", walaupun perbuatan itu haram dan berdosa, tetapi talak tetap jatuh.
kalau isteri 2 pakai purdah,,,,dia ceraikan susu anak,,tak apa kan im? p/s;im,,,mufti ukhwah..tempat rujuk nikah,,cerai,,dan fatwa hal munakahat.... :lol
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 14-07-08 14:58
Pada 14-07-08 14:41 , umar_khalil posting:!!! QUOTE !!! kalau isteri 2 pakai purdah,,,,dia ceraikan susu anak,,tak apa kan im?
ish, apa kaitan "purdah" dengan tajuk ni pulak... ceraikan susu anak? ciannye susu anak tu kena cerai btw, confuse lah dengan kata-kata UK ni: "kalau isteri 2 (orang?) pakai purdah,,,,dia ceraikan susu anak,,tak apa kan im?" ooo, tak mengapa... isteri 4 orang pakai purdah pun boleh  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 14-07-08 15:01
Pada 14-07-08 14:58 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! Pada 14-07-08 14:41 , umar_khalil posting:!!! QUOTE !!! kalau isteri 2 pakai purdah,,,,dia ceraikan susu anak,,tak apa kan im?
ish, apa kaitan "purdah" dengan tajuk ni pulak... ceraikan susu anak? ciannye susu anak tu kena cerai
btw, confuse lah dengan kata-kata UK ni: "kalau isteri 2 (orang?) pakai purdah,,,,dia ceraikan susu anak,,tak apa kan im?"
ooo, tak mengapa... isteri 4 orang pakai purdah pun boleh 
ok,,,,so jwpnnye ok lah eh,,,ngeh3x..... ana pun tak faham dengan soalan ana sendiri.....
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 14-07-08 17:20
udah udahlah tu fikir tentang purdah...  bukankah lebih sejahtera kita mentarbiyah diri sendiri dulu...tak habis² pasal purdah...kat dapur memasak hotel tu ramai jugak yang pakai purdah....  pilih jeq yang mana nak... P/S : UK dah kritikal ni...cepatkanlah..:berdoa:
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 14-07-08 17:54
Pada 14-07-08 17:20 , sayatetapsaya posting:tak ada serius lah sts dalam hal ni,,ana just saja saja....thanks ingatkan ana mtarbiahkan dr.....itu da pasti dalam mencari kmantopan iman dan sahsiah dr..hurmmmm,,,,,,
|
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 14-07-08 20:22
tak payah lah nak bertengkar k........ eh,sekarang macam hal kan... boleh pula akad nikah pakai hp...canggih tol
|
kahfi8
WARGA SETIA Menyertai: 19.09.2007 Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara
|
Posting pada: 15-07-08 02:29
boleh ke akad pakai hp? hm pernah dengar talak guna hp, yang tu jatuh ke talaknya??
|
IlyaFarhan
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.10.2004 Ahli No: 11686
Posting: 149
Dari: Penang
|
Posting pada: 15-07-08 07:39
salam... Sabda Nabi SAW: "perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah TALAK" Talak terbahagi kepada 2 bahagian : 1)Sorih(terang) 2)Kinayah(sindiran) -lafaz talak secara SORIH adalah lafaz talak yang menunjukan kpada makna talak yang jelas dan tidak boleh ditafsirkan dengan makna lain.lafaznya ada 3 iaitu,(TALAK/CERAI),(BEBAS/LEPAS),(PISAH).contohnya,seperti suami kata kepada isteri,"aku ceraikan engkau",aku bebaskan engkau"atau "engkau berpisah dengan aku".Apabila suami melafazkan talak SORIH, maka jatuhlah hukum talak itu sama ada dia berniat ataupun tidak.Ini kerana lafaz sorih tidak perlu kepada niat ketika diucapkan. Lafaz2 ini banyak disebutkan Allah dalam Al-Quran.cntohnya: 1.ayat 1 surah at-talak:"wahai nabi ,apabila engkau dan umatmu hendak manTALAKkan isteri2mu,maka TALAKlah mereka pada masa mereka memulakan eddahnya" 2.ayat 28,surah ahzab:dan aku BEBASkan kamu dengan cara yang sebaiknya" 3.ayat 2,surah at-talak,dan PISAHkanlah mereka dengan cara yang sepatutnya" -lafaz talak secara KINAYAH adalah lafaz talak yang boleh ditafsirkan dengan banyak maksud sama ada sebagai talak @bukan talak.Lafaznya banyak antaranya,(kamu bebas dari aku),(kamu berpisah dengan aku),(pergilah kemana kamu suka),(jauhkan dirimu dari ku)dan banyak lagi.kesemua lafaz ini di anggap KINAYAH kerana ia boleh ditafsirkan dengan lafaz talak ataupun bikan talak. walaupun sekarang kebanyakan orang menggunakan lafaz talak seperti"kamu haram ke atasku"talak tidak jatuh melainkan jika suami berniat menjatuhkan talak.Jika suami melafazkannya dengan maksud lain selain menjatuhkan talak atau tidak berniat apa-apa pun maka talak tidak jatuh.
|
umminurin
Warga Rasmi Menyertai: 30.06.2008 Ahli No: 33849
Posting: 14
Dari: JOHOR
|
Posting pada: 15-07-08 21:17
SAYA ada kemusykilan mengenai talak. Saya sudah berkahwin dan ada seorang anak berumur tiga tahun. Ketika awal perkahwinan, suami bergurau dengan berkata: “Kalau abang bernikah lain (memadukan saya), abang ceraikan Ma.†Kini suami tidak ingat dia pernah bercakap demikian dan setiap kali saya bangkitkan hal itu, dia marah serta meminta saya melupakannya. salam Sekiranya ada menyebut perkataan kalau... dan seumpamanya maka ianya dipanggil lafaz taklik.... lafaz taklik ini biasanya tergantung pada sesuatu perkara. Contohnya perkataan suami mengantungkan dengan perbuatannya sendiri seperti ... "Kalau abang bernikah lain (memadukan saya), abang ceraikan Ma" Justeru itu untuk menentukan lafaz tersebut sah atau tidak sewajarnya puan berjumpa ustaz di pej. agama. Sekiranya ustaz tersebut mengatakan lafaz tersebut sah maka jika suami puan berkahwin lain maka akan jatuh talak satu... walahua'lam.
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 22-07-08 07:10
IlyaFarhan...yang kenyataan ketiga tu..surah at-Talaq ayat 2, betul ke tu lafaz talak..??hm..konfius sikit lah....kenapa saya rasa macam bukan ye...  boleh terangkan kepadasaya yang kurang ilmu ni... umminurin : hmm, bukankah lafaz taklik (jika benarlah itu lafaz taklik..) atau lebih selesa saya katakan lafaz kinayah tu, dah ummi sendiri terangkan ia akan jatuh jika keadaan tersebut benar² terjadi..saya rasa, tak perlu pergi pejabat agama pun, kita dah tahu talak tersebut telah jatuh... P/S : tolong betulkan saya..uhuk...macam mana lah nak kahwin ni...aduih...
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 26-07-08 00:14
TT, lafaz ta`liq tu maksudnya tergantung, setelah syarat yang dinyatakan terlaksana maka ia jatuh. contohnya si suami cakap, kalau dia kahwin lain, maka isteri dia itu akan tercerai. selagi dia tak kahwin lain maka ia tidak berlaku (tergantung), tapi bila dia kahwin saja lain maka jatuhlah talak itu. tapi dalam kes ni, baru talak 1 kan, rujuk saja lah terus  lain kali jangan main-main dengan lafaz talak, gurau pun jatuh beb. wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 26-07-08 00:16
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Agama/20080720000114/Article/Cerai lafaz soreh sah walau tanpa niatKETIKA masih berkahwin (kini bercerai), seorang perempuan menelefon mengaku isteri kedua suami saya, tetapi suami saya menafikan. Saya mencadangkan suami supaya melafazkan talak tiga kepada perempuan itu melalui telefon. Suami saya setuju dan melafazkan melalui telefon dengan lafaz soreh: "Aku ceraikan engkau dengan talak tiga" tanpa paksaan atau ugutan daripada saya. Tanpa pengetahuan saya, cadangan itu dimaklumkan terlebih dulu kepada perempuan itu. Ini bermakna perempuan itu tidak mendengar lafaz suami saya, tetapi dia tahu apa yang dilafazkan. Empat hari selepas itu, suami mengaku bernikah di sempadan dan yakin talak tidak jatuh kerana tiada niat untuk menceraikan. Mereka tetap bersama sebagai suami isteri hingga ke hari ini. Adakah lafaz talak itu sah dan berapa bilangan talak yang jatuh. Jika talak jatuh, adakah saya terlepas daripada subahat apabila hanya memberitahu hal ini kepada ibu dan abang bekas suami. Adakah tindakan saya ini memadai? LINA, Kuala Lumpur. Lafaz cerai terbahagi kepada dua jenis, iaitu soreh dan kinayah. Lafaz soreh ada tiga dalam bahasa Arab berasaskan penggunaan al-Quran; iaitu tholaq, firaq, dan sarah. Maksud sarah ialah jelas menunjukkan makna cerai dan tidak boleh ditafsirkan dengan maksud lain. Lafaz kinayah pula ialah sebarang perkataan yang boleh ditafsirkan sebagai cerai dan membawa maksud lain. Sesuatu cerai sah jika digunakan lafaz soreh tanpa perlu kepada niat. Malah, cerai berlaku walaupun suami mengucapkan secara olok-olok atau bergurau. Dalam Islam, ikatan perkahwinan sangat penting dan tinggi kedudukannya serta tidak boleh dipermainkan. Cerai dengan lafaz kinayah pula perlu disertai dengan niat untuk dikira sah. Hadis Rasulullah yang bermaksud: "Tiga perkara sungguhnya adalah sungguh, dan olok-oloknya juga menjadi sungguh; iaitu nikah, cerai dan rujuk" (Riwayat Abu Daud). p/s: macam-macam... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 26-07-08 00:41
yelah...maksud saya IM...memang dah kompom lah jatuh talak dalam kes kawan kita ni kan??? tak perlu pun pergi jabatan agama lagi kan?? semata² nak mengesahkan dah jatuh talak atau belum...kan??
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 26-07-08 15:57
orang zaman sekarang ini....kahwin kerana nak bercerai ke??? membazirkan masa, tenaga & wang ringgit mak ayah, adik beradik, kawan-kawan saja datang ke kenduri kahwin hari itu.....kalau tahu mereka-mereka yang berkahwin ini akan bercerai, baik tak payah datang ke kenduri tersebut.
|
ImamKhalid
Warga Rasmi Menyertai: 24.06.2008 Ahli No: 33784
Posting: 6
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 26-07-08 18:34
!!! QUOTE !!! contoh yang sendiri/a berikan kurang jelas untuk di jawab, sekiranya seorang suami berkata kepada isterinya "aku ceraikan kan engkau dengan talak 7" (walaupun tanpa niat cerai) maka jatuhlah talak 3. Kerana jumlah maksimum talak adalah 3 talak. Sedikit ralat. Jika seorang suami melafazkan talak 7 (walaupun tanpa niat cerai) maka jatuh 1 talak, bukan jatuh talak 3. Perlu difahami, talak terdiri daripada 3 ukuran, iaitu satu talak, dua talak dan tiga talak. Selain daripada 3 ukuran itu, ukuran lain tidak akan dikira, melainkan talaknya sahaja. Talak yang tidak disebutkan ukurannya adalah dikira sebagai satu talak. Perbezaan juga terdapat di antara "talak tiga" dengan "tiga talak". Sebagai contoh, sekiranya seorang isteri itu pernah diceraikan sebelum ini dengan satu talak, dan kemudian setelah dirujuk, suaminya berkata lagi, "aku ceraikan kamu dengan talak tiga". Maka jatuhlah talak tiga ke atas isterinya itu dan haram baginya merujuk semula. Sekiranya (dalam kisah yang sama) suaminya berkata, "aku ceraikan kamu dengan tiga talak", maka talak yang jatuh ke atasnya hanyalah satu talak, yang menyebabkan isterinya dijatuhkan talak yang kedua. Ini kerana perhubungan itu hanya mempunyai dua talak yang masih berbaki, bukan tiga. Berbalik kepada penerangan di atas, selain daripada 3 ukuran tadi tidak akan dikira, sebaliknya talak itu sahaja yang dikira. Harap penerangan ini membantu. Akhir kata, ambillah ilmu ini sebagai panduan. Jauhi segala perbuatan yang menjurus ke arah perceraian, kerana perceraian adalah satu perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. Wallahu a'lam. ----------------- ImamKhalid dari Soleh.Net
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 27-07-08 08:39
emm kenapa lah talak sekarang ni jadi mainan saja.. sedangkan talak lah perkara halal yang paling ALLAH tak suka... bergegar tiang arasy tiap kali talak dijatuhkan... pengajaran buat kaum lelaki, jangan mudah menyebut talak, marah macamana sekali pun jangan fikir pasal talak...istighfar banyak-banyak bila marah.. pengajaran buat perempuan pula, bila nak marah pun jangan mudah2 nak minta suami ceraikan... lelaki ni kalau banyak kali dicabar, tak mustahil dapat lah talak tu..lepas itu kalau menyesal pun tak guna...
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 27-07-08 18:04
Pada 26-07-08 18:34 , ImamKhalid posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! contoh yang sendiri/a berikan kurang jelas untuk di jawab, sekiranya seorang suami berkata kepada isterinya "aku ceraikan kan engkau dengan talak 7" (walaupun tanpa niat cerai) maka jatuhlah talak 3. Kerana jumlah maksimum talak adalah 3 talak.
Sedikit ralat. Jika seorang suami melafazkan talak 7 (walaupun tanpa niat cerai) maka jatuh 1 talak, bukan jatuh talak 3.
Perlu difahami, talak terdiri daripada 3 ukuran, iaitu satu talak, dua talak dan tiga talak. Selain daripada 3 ukuran itu, ukuran lain tidak akan dikira, melainkan talaknya sahaja. Talak yang tidak disebutkan ukurannya adalah dikira sebagai satu talak.
Perbezaan juga terdapat di antara "talak tiga" dengan "tiga talak".
Sebagai contoh, sekiranya seorang isteri itu pernah diceraikan sebelum ini dengan satu talak, dan kemudian setelah dirujuk, suaminya berkata lagi, "aku ceraikan kamu dengan talak tiga". Maka jatuhlah talak tiga ke atas isterinya itu dan haram baginya merujuk semula.
Sekiranya (dalam kisah yang sama) suaminya berkata, "aku ceraikan kamu dengan tiga talak", maka talak yang jatuh ke atasnya hanyalah satu talak, yang menyebabkan isterinya dijatuhkan talak yang kedua.
Ini kerana perhubungan itu hanya mempunyai dua talak yang masih berbaki, bukan tiga.
Berbalik kepada penerangan di atas, selain daripada 3 ukuran tadi tidak akan dikira, sebaliknya talak itu sahaja yang dikira.
saya tak berapa faham lah dengan penerangan oleh saudara ImamKhalid ni  Kenapa kalau sebut talak 3 boleh jatuh talak 3, tapi kalau talak 7 jatuh 1 talak saja? kalau disebut 3 talak jatuh 1 talak kan (seperti kata-kata saudara), kalau disebut 7 talak macam mana pula? wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
rendah_diri
Warga Rasmi Menyertai: 27.07.2008 Ahli No: 34174
Posting: 5
|
Posting pada: 28-07-08 01:19
nak tanya sikitla... adakah bilangan talak jatuh bergantung pada bilangan sebutan contohnya.. "aku jatuhkan talak ke atas kau." sebut 3 kali baru jatuh talak 3.. atau sebut ikut bilangan talak bukan bilangan sebutan contohnya.. "aku jatuhkan talak 1 keatas kau" jatuh talak 1. "aku jatuhkan talak 2 keatas kau" terus jatuh talak 2. "aku jatuhkan talak 3 keatas kau." terus jatuh talak 3. p/s: betul ke zaman khalifah umar, talak jatuh mengikut bilangan sebutan? saya tak tau ni....masih jahil.....
|
umminurin
Warga Rasmi Menyertai: 30.06.2008 Ahli No: 33849
Posting: 14
Dari: JOHOR
|
Posting pada: 28-07-08 22:48
mengenai sebab perlu atau tidak pergi ke pejabat agama bila berlaku masalah lafaz taklik yang telah dilafazkan secara tidak sengaja.... Ini adalah untuk memuaskan hati kita... kerana jika kita pergi dan dikatakan lafaz itu tidak sah maka tidak perlu risau jika suami kawin lain... tapi jika dikatakan sah lafaz yang tersebut maka akan direkodkan.. bila suami kawin lain sama ada diketahui atau tidak maka akan jatuh talak... dalam kes ini talak masih belum jatuh... pun sebab suami dia belum kahwin. tapi kalau dah kawin lain baru nak pergi tanya... takut dah lupa kerana jarak masa... jika isteri tak repot dan tak setuju suami kawin lalu buat permohonan cerai... dan mahkamah setuju dengan permohonan tadi... dalam masa yang sama lafaz taklik tadi sebenarnya sah, maka akan jatuh talak sebanyak dua kali... sebab itu kita tak boleh ambil mudah akan hal ini.. wallahuallam.. kes macam ini semakin hari-semakin banyak sekarang ini...
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 29-07-08 13:24
seelokn2nya perkara talak ni jangan dimain samaada suami atau isteri. kalau gaduh sikit-sikit pun janganlah lafaz atau minta cerai. tenangkan diri. kalau suami marah isteri diamkan diri, kalau isteri marah suami diamkan diri.......... kenyataan dr mashitah memang boleh dipertikaikan.... rasanya kita semua tau,suami isteri yang berlakon dan lafazkan talak, talak tetap jatuh nii kan ketika bgurau dalam fikiran yang waras. nak bgurau pun banyak lagi perkara yang boleh dibawa bergurau.... p/s: saya memang tak percaya dr mashitah sejak kes saman2 dengan dengan jirannya. dalam forum sibuk suruh berbaik dengan jiran tapi dia tunjuk contoh yang kurang baik.
|
sahlon
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan
|
Posting pada: 05-08-08 09:56
salam.. kalau abang kawin lagi, abang ceraikan ma. Kalau ikut ayat tu, apa yang saya faham....gurauan tu lebih kepada kawin lain, jika dia kawin lain dia akan ceraikan isterinya. bukan dia bergurau, 'ma, saya ceraikan awak'. ada nampak perbezaan tak? kita tak tahu apa peristiwa sebelum tu,,, jadi, istilah tu pada pandangan saya bukan lafaz cerai secara gurauan. saya rasa niat diambil kira disini kerana tumpuan utama dia pada lafaz cerai tapi poligami tu sendiri. ataupun cerai bersyarat, kalau dia kawin, dia akan ceraikan isteri dia, macam tala logik pulak ayat dia, tambahan pula baru kawin. ni berdasarkan common sense atau kebiasaan orang bercakap. apapun nasihat saya, sesiapa yang bertaqwa pada Allah, Allah akan sediakan jalan keluar. Taqwa dulu, jangan buatt salah dulu, merana diri. tepuk dada tanya iman. wallahua'lam
|
hyekal
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.01.2006 Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja
|
Posting pada: 11-08-08 11:51
assalamualaikum, erm mungkin betul kata saudara sahlon bahawa gurauan lebih kepada bab poligami, akan tetapi yang perlu kita jelas kini ialah lafaz talak yang disorihkan scara ta3lik inim dan dalam bab munakahat ini memang bagi mereka yang mmpljari ttgnya sedikit sbnyk pasti akan bersetuju bahawa suami isteri itu telahpun bercerai dengan satu perkahwinan baru,, dan lafaz talak bukan satu lafaz yang boleh ditraik sesuka hati keran ada garis pndian yang telah disediakn
|
Nurcharmine
Warga Rasmi Menyertai: 13.09.2008 Ahli No: 34947
Posting: 1
|
Posting pada: 13-09-08 09:45
 , pendapat dari AHLI adalah sangat sangat diharapkan. Suami saya sebelum ini telah menjalinkan perhubungan sulit dengan seorang perempuan yang bukan berugama Islam. Setelah saya mengetahui perkara tersebut daripada perempuan berkenaan,beliau mengatakan yang saya sepatutnya tidak boleh masuk campur lagi sedangkan selama ini suami saya sudah mengatakan terhadap beliau yang suami saya sudah berpisah dengan saya. Perempuan itu juga mengatakan yang sebagai bukti suami saya juga selama ini tidak memakai lagi cincin perkahwinan dengan alasan dari Suami saya yang kami sudah berpisah. Untuk pengetahuan AHLI, saya pernah membaca (didalam handphone perempuan tersebut) sms dari suami saya yang mengatakan "Yes it is all over with her". Adakah itu dikira jatuh talak? Terima Kasih
|
hyekal
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.01.2006 Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja
|
Posting pada: 14-09-08 11:24
Suami mestilah menyatakan keinginan untuk berpisah dengan isteri , sama ada secara sorih(jelas) atau kinayah(tersirat) sms kepada prpuan tersbut xdkira talak, kerana lafaz bukan kepada isteri. sms trsbut mungkin hanya satu helah untuk dapatkan kepercayaan si non muslim. tiada tanda menunjukkan suami memang mahu talak. tanggal cincin xmmbawa kepada batalnya perkahwinan.. yang penting, berhdpn terus dengan suami, tanya dia.. dari diri dbelenggu kekeliruan.. ragu2 atau syubhah adalah perkara yang patut dijauhi.. berani kerana benar  kebahagiaan seseorang atau kesedihan seseorang pasti ada puncanya di sisi Allah.. jadi walau apapun, berbaik sangkalah dengan Nya... ada pendapat lain ahli ukhwah? wallahua3lam.
|