Oleh |
guru...nak didik anak bangsa...tapiii.... |
mencari_redhaMu
Warga Rasmi Menyertai: 02.07.2008 Ahli No: 33893
Posting: 7
Dari: terengganu
|
Posting pada: 02-07-08 23:53
ana studi pendidikan...tapi masya Allah,perangai bakal-bakal guru....bagaimana nak bimbing generasi akan datang??terlalu teruk..ya Allah,bimbingla hamba2Mu ini....amiiin
|
mahyuddin
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.08.2005 Ahli No: 18382
Posting: 126
Dari: UIAM, Gombak
|
Posting pada: 03-07-08 01:56
 ... Ameen....mmm...ana faham apa yang mencari_redhaMu rasakan...ana pun sendiri pun seorang guru part time....tapi ia tetapi dikatakan guru. sebagai seorang guru...akhlah dan imej adalah perkara yang paling dititik beratkan....masakan cikgu nak mengaja anak murid...tapi perangai guru...nauzubillah....jadi,guru sepatutnya memainkan peranan penting sebagai "role model" bagi anak-anak murid supaya guru tu tidak dipersalahkan....hanya kerana anak murid melihat guru melakukan sesuatu yang buruk...jadi anak murid pun akan ikut....nanti jadilah macam ketam yang cuba nak mengajar anaknya berjalan lurus...tapi...mak dia sendiri berjalan melintang ----------------- "Hidup dan matiku, hanya kerana redha ALLAH taala"
|
lat-terang
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.03.2008 Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu
|
Posting pada: 03-07-08 08:59
Hmm rasanya tengoklah niat yang nak jadi guru..masalah sekarang nak jadi cikgu sebab tak ada kerja lain..tak pun malas dah nak buat yang lain cikgu sajalah senang..bukan niat betul nak mengajar budak-budak..so itulah yang jadi.. Ada juga pengalaman pasal sepupu pun jadi cikgu dan cerita cara dia mengajar..rasa ruginya kalau cikgu tak ada mengajar sepenuh hati cuma melepaskan batuk di tangga.. Tapi ada yang ok juga..tak semua cikgu teruk..so doakan moga cikgu2 ni jadi bagus2 semua..jangan doakan anak murid saja..
|
alam_barzakh
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30091
Posting: 137
Dari: Mantin-Nilai-Sepang-Salak Tinggi-KLIA-Kuching-Kota Samarahan-Serian
|
Posting pada: 03-07-08 11:50
Pada 03-07-08 08:59 , lat-terang posting:!!! QUOTE !!! Hmm rasanya tengoklah niat yang nak jadi guru..masalah sekarang nak jadi cikgu sebab tak ada kerja lain..tak pun malas dah nak buat yang lain cikgu sajalah senang..bukan niat betul nak mengajar budak-budak..so itulah yang jadi..
Ada juga pengalaman pasal sepupu pun jadi cikgu dan cerita cara dia mengajar..rasa ruginya kalau cikgu tak ada mengajar sepenuh hati cuma melepaskan batuk di tangga..
Tapi ada yang ok juga..tak semua cikgu teruk..so doakan moga cikgu2 ni jadi bagus2 semua..jangan doakan anak murid saja.. Setuju dengan pandangan lat-terang... Guru adalah salah satu pekerjaan yang sangat disanjung tinggi. Seorang yang ingin, akan, dan yang telah menjadi guru haruslah perbetulkan niat masing-masing.. Mengajarlah dengan keikhlasan hati dan lakukanlah kerana Allah taala untuk mendidik anak-anak lebih berjaya dan menjadi insan yang berguna dimasa akan datang dan melahirkan insan yang Soleh dan Solehah.. Insyaallah... ----------------- "Permata Idaman, Mutiara Syurga........"
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 03-07-08 13:19
Tapi ada juga guru yang baik.....macam saya ni...he..he.. Saya akui cikgu hari ni tak sama dengan cik gu dulu-dulu.....ada cik gu seksi sangat bila berpakaian....tak percaya ?? cuba pergi skodeng sekolah gomen waktu petang atau masa kegiatan kokurikulum....hmmmm...malu kat bebudak sekolah... orang kata bila cikgu kencing berdiri....anak murid kencing berlari lah.....
|
simple_NAH
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.08.2006 Ahli No: 26007
Posting: 77
Dari: shah alam
|
Posting pada: 03-07-08 15:53
cikgu seksi? memang tak patut....macam mana nak tegur anak murid, Kalau cikgu sendiri yang brperangai begitu
|
mas_kara
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.12.2007 Ahli No: 32112
Posting: 85
Dari: Bumi ISLAM
|
Posting pada: 03-07-08 20:14
ana setuju tu.ada juga guru yang cakap lepas saja dengan anak murid.bila dah marah,mulalah lepas perkataan yang tak baik.bodohlah,bengaplah,bahlollah,lembaplah.macam mana anak murid nak pandai.cikgu asyik doa yang tak baik saja. ----------------- Hidup merana tanpa IMAN,Hidup bahagia dengan ISLAM
|
annamuslimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.06.2003 Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 04-07-08 09:34
ana no komen sebabnya ana salah seorang yang tergolong dalam kategori pendidik...
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 04-07-08 10:55
assalamualaikum... erm ana pun seorang guru.. banyak benda juga ana tegur student ni... bukan apa itu dah jadi tanggungjawab untuk menegur mereka.. bagi ana niat ana hanya untuk mengajar mana yang betul.. yang paling penting pendekatan kita tu kena betul.. terutama ana mendidik student sek menengah.. jadi kita kena jadi kawan dan guru pada waktu yang sama... jangan sampai mereka hilang hormat pada kita.. baru-baru ni ana baru saja tegor bab menutup aurat bagi muslimat.. apa yang ana lihat depan ana semua menjaga tapi.. di belakang ana atau keluar dr sekolah atau shopping.. tak tahu jadi apa.. itu yang membimbangkan ana sebab kadang-kadang ada sebahagian ibubapa mereka.. langsung tak tegur.. harap ibubapa dan guru-guru boleh bekerjasama.. membendung masalah2 pelajar ni.. wassalam
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 04-07-08 11:45
guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari... ketam mengajar anaknya berjalan... kasihan guru...sekarang seolah-olah menjadi profesion kelas kedua...tidak dihormati sebagai satu profesion yang mulia..kerana ramai yang menjadikan karier ini tempat mencari kerja, kerana dah tak dapat kerja lain...marilah sama-sama usaha memperbaiki imej guru....
|
salmanfarees
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.10.2006 Ahli No: 26728
Posting: 79
Dari: New Zealand
|
Posting pada: 04-07-08 16:09
mungkin mereka menganggap guru ini hanyalah sebagai satu profesion untuk cari makan. Selain dari itu, di luar kawasan sekolah, apa yang dilakukan adalah bersifat peribadi. Sayang sekali mereka lupa persepsi masyarakat yang tetap memandang tinggi kerjaya guru ini dan tindak tanduk mereka sama ada di dalam dan di luar kaw sekolah sentiasa diperhatikan orang.
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 04-07-08 16:30
kawan saya pernah cerita pengalaman dia jadi guru sementara di utara tanah air, ada guru2 tanpa segan silu ber kera ok kat bilik muzik sekolah..yang buat saya lagi terkejut ada dikalangan guru trsebut bergelar ustazah....
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 04-07-08 21:16
memang niat mula nak jadi cikgu, kebnyakan org..tapi bila da jadi cikgu macam-macam da jadi..tapi tak semua macam tu,... p/s.nak jadi guru disiplin
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 04-07-08 21:45
nak jadi cikgu tapi tak layak  .macam mana ya?.kena beralih bidang lain ke?.
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 05-07-08 08:57
hmm...jadi isu jugak ke? hmm...bagus jugak lah..selama ni imej guru yang dipersoalkan adalah guru2 yang ajar subjek agama dan arab..tapi dalam topik ni tak ada pkhususan kan? it menat sumw cikgu2 terlibat.. pada saya..mereka-mereka ni beranggapan mereka ni bukan guru agama..so..tak ada salahnye mereka berpewatakan dan berimej sebegitu..mereka ajar mata..bm...sains..kh..tak dekaitan dengan pembentukan akhlak dan agama...pasal tu lah merek sewenang2nye sebegitu..lain pula dengan guru agama..org lebih beranggapan mereka yang patut jagana imej dan watak dimana2 saja..kerana ajar agama.. padahal pada saya..tidak..semua yang bergelar guru harus bagi contoh..kena
|
miss_world
Warga Rasmi Menyertai: 19.09.2007 Ahli No: 31126
Posting: 3
|
Posting pada: 09-07-08 23:42
salam buat semua... kita tidak dapat memuaskan hati semua orang dalam satu masa... adakalanya kita dah buat yang terbaik tapi pandangan org kita tak dapat nak halang... banyak sangat isu pendidikan zaman ni.. ada yang kata cikgu tak berpendidikan, ada juga parent tak ambil peduli, budak-budak zaman sekarang macam-macam perangai.... segalanya dalam pemikiran kita.. sama-sama lah membantu agar negara kita terus selamat dan aman... tak begitu kawan-kawan
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 10-07-08 05:33
Menakutkan or scary...that's only or the best word can be describe to show behavior students nowadays. siapa yang mampu ubah, inshaALLAH bakal2 guru yang beriman sahaja yang mampu mengubah gejala masalah sosial murid di kalangan sekolah. cabaran besar untuk anda yang memikul tanggungjawap sebagai guru. jalankanlah tanggungjawap dengan sebaiknya. tak lupa juga kepada ibubapa, tugas guru mendidik anak di waktu sekolah sahaja, selebihnya adalah waktu bersama parents, tak mustahil masalah sosial berpunca daripada kelemahan iman sebuah insttitusi kekeluargaan yang gagal menerapakan nilai2 Islam pada masa ini. Ini lah penting menjadi masayarakat yang berilmu, bertaqwa dan beramal.
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 10-07-08 09:04
Masih ramai guru yang baik dan pandai mendidik anak bangsa di luar sana tetapi oleh kerana kerjaya guru ini adalah yang paling hampir dengan urusan pembentukan akhlak anak-anak, maka nila yang setitik mengakibatkan susu sebelanga pun rosak. Sebagai bakal guru dan belajar dikelilingi kawan-kawan sependidikan, saya melihat bahawa nilai akhlak dan imej bakal guru ini berbeza-beza mengikut latar belakang keluarga dan corak pergaulan individu. Saya pasti nilai akhlak & imej bakal-bakal guru ini akan berubah bilamana sudah berada di sekolah. Dalam erti kata, sudah memahami dan menyedari tanggungjawab yang digalas iaitu perlu menjadi contoh terbaik anak-anak pelajar. Apapun bakal cikgu atau bukan bakal cikgu, fitrah manusia mempunyai ragam dan perangai yang pelbagai, yang kita tafsirkan sebagai elok dan tidak elok. Yang dirasakan tidak elok, beri teguran dengan cara berhikmah, ditegur berlebihan..faham-fahamlah..masing-masing sudah mampu berfikir baik buruk atau setidak-tidaknya diri sendiri menunjukkan contoh yang elok.
|
husna_nasiha
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.01.2006 Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM
|
Posting pada: 10-07-08 09:25
mungkin inilah akibatnya apabila memilih bidang perguruan sebagai 'tangkap muat ' saja. bila dah tak dapat course lain, cikgu juga jadi pilihan terakhir. tu sebab pergi kuliah pun ikhlas tak ikhlas saja. betul tak?
|
ruh_iman
Warga Rasmi Menyertai: 08.07.2008 Ahli No: 33957
Posting: 3
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 10-07-08 12:37
salam.. ana,sebagai bakal guru..(insyaallah,,2011).. trpnggil untuk beri pendapat.. bkl2 guru yang akan mendidik pelajar nanti,,seharusnya brsiap sdia dengan ilmu,dan kmhrn yang perlu kita ada.. sebab pelajar sekarang bukannya macam dulu.. terutamanya kepada bakalustz dan ustazah.. kita adalah role-model kepada anak2 mrid kita.. sedarkah kita..? kita bakal mendidik anak2 bangsa..dan anak-anak kita akan dididik juga dengan guru2 yang brlainan.. adakah kita mahu anak2 kita di ajar oleh seorang guru yang hanya mendidik secara sambil lewa? persiapkan untuk diri.. mantapkan diri.. doa semoga kita menjadi seorang mua'lim.. tapi juga sebagai..murobbi..mudarris..muaddib...insyaallah..
|
mizie_hafiz80
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 10-07-08 15:02
Pada 02-07-08 23:53 , mencari_redhaMu posting:!!! QUOTE !!! ana studi pendidikan...tapi masya Allah,perangai bakal-bakal guru....bagaimana nak bimbing generasi akan datang??terlalu teruk..ya Allah,bimbingla hamba2Mu ini....amiiin Terima kasih kerana berusaha berhempas pulas memikirkan tajuk untuk di bawa berdiskusi di portal ini.. Tapi, bukan semua guru macam tu... Jangan menghukum secara kulli sedangkan pemerhatian anda hanya bersifat jhuz'i... Jangan buat serkap jarang... Ana guru jugak... Dah dua tahun mengajar... ----------------- Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 10-07-08 15:11
saya dengar2 perkara ni agak membimbangkan juga di UPSI, dari kawan yang belajar kat situ... betul ke? ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
mencari_redhaMu
Warga Rasmi Menyertai: 02.07.2008 Ahli No: 33893
Posting: 7
Dari: terengganu
|
Posting pada: 22-08-08 20:42
awalnye,ana minta maaf banyak-banyak..ana xd niat pun nak kecik hati sesiapa.. ana xkt semua..tapi anta kan ingat, kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.. ana pun guru. guru agama lagi.. niat ana untuk masy sama-sama fikir pasal ni.. jangan buat tak tahu.. guru2 yang membantuk masy.. sebelum nak bentuk diri org, diri sendiri dulu plu dbentuk.. ana cuma nak bagi pringatan.." wazakkir fainnazzikra tanfa'ul mu'minin...."
|
mencari_redhaMu
Warga Rasmi Menyertai: 02.07.2008 Ahli No: 33893
Posting: 7
Dari: terengganu
|
Posting pada: 22-08-08 20:44
Pada 04-07-08 21:45 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! nak jadi cikgu tapi tak layak .macam mana ya?.kena beralih bidang lain ke?. boleh tau np tak layak?
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 23-08-08 10:41
Pada 22-08-08 20:42 , mencari_redhaMu posting:!!! QUOTE !!! awalnye,ana minta maaf banyak-banyak..ana xd niat pun nak kecik hati sesiapa.. ana xkt semua..tapi anta kan ingat, kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.. ana pun guru. guru agama lagi.. niat ana untuk masy sama-sama fikir pasal ni.. jangan buat tak tahu.. guru2 yang membantuk masy.. sebelum nak bentuk diri org, diri sendiri dulu plu dbentuk.. ana cuma nak bagi pringatan.." wazakkir fainnazzikra tanfa'ul mu'minin...." "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." maka cara yang terbaik..pandanglah mereka dengan rasa kasih dan kasihan..jangan menyalahkan mereka semata..kena lihat pada diri kita..apakah yang telah kita buat dalam memberi sedikit pentarbiyahan buat mereka?adakah kita telah berusaha mendekati mereka?ataukah sekadar kita merasa sakit hati, jijik, dsbnya yang negatif lantas menjauhi tanpa memikirkan bagaimana seharusnya yang kita perbuat..?
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 23-08-08 10:42
Kenapa boleh jadi macam ni? sebabnya kebanyakan yang masuk sebenarnya tak minat...masuk atas desakan family atau jalan terakhir...sebab bila dah keluar ada kerja... kebanyakan yang saya jumpa kat institut pergruan yang saya belajar memang macam tu lah...dr segi perangai dan pakaianmmg tak dinafikan...kalau tengok memang tak macam cikgu tapi sebenarnya memang nak jadi cikgu... ni yang saya tengok pada junior saya lah...dah banyak kes mereka buat....baru buat persediaan tapi dah macam-macam tunjuk belang...
|
atirazah
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.07.2008 Ahli No: 34224
Posting: 80
|
Posting pada: 23-08-08 11:57
hurm,.banyak orang banyak ragamnya.. ada cikgu yang melarang anak muridnya 'berdating'... tapi, cikgu pula yang 'berdating'! macamna anak murid nak dengar cakap... huhu nawaitu kena ikhlas dalam menjalankan amanah untuk mendidik anak2 bangsa..justeru, dalam berdakwah kepada orang lain, ia juga untuk peringatan buat diri sendiri..wallahualam.
|
nurhati8616
Warga 1 Bintang Menyertai: 26.07.2008 Ahli No: 34154
Posting: 26
Dari: Bumi Kedah
|
Posting pada: 23-08-08 11:59
Ana ada juga sedikit pengalaman ketika menjalakan tugasan ROS (Rancangan Orientasi Sekolah ) baru-baru ni kat sebuah sekolah...Ana rasa terharu dengan perhatian dr guru2 di sekolah yang banyak membantu ana dalam melaksanakn tugasan ROS..ana juga berasa kagum kebaikan seorang guru di sekolah itu yang membantu ana sehingga tamat tugasan...beliau menggelar dirinya sebagai ayah..bangga ana ada guru yang macam tu.. satu lagi pengalaman kawan ana ketika ros iaitu di Terengganu, namun sungguh ana tidak menyangka apa yang diceritakan oleh kawan ana ni.. begini alkisahnya: kawan ana ni buat tugasan ros kat sekolah lamanaya...jadi tentulah dia gembira bila dapat bertemu dengan guru2 yang pernah mengajarnya dahulu...namun apa yang disangka meleset sama sekali sebab bila dia sampai saja kat sekolah tu..cikgu yang dia syg2 sangat masa dulu lah yang tidak pedulikannya..padahal cikgu tu lah yang dulu selalu beri tunjuk ajar padanya..sahabat ana ni sedih lah, dia sangka bila guru2 yang mengajar dia dulu mesti berbangga sebab mereka lihat ana murid mereka sendiri berjaya hasil dr didikan mereka sendiri..tapi lain pula jadinya... p/s-tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima  ----------------- Salam Ukhwah fillah
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 23-08-08 13:06
jangan lah terlalu mengharapkan lebih dr guru.. sebab dia pun manusia biasa... tambah pula zaman yang serba mencabar ni.. hanya guru yang memahami bebanan yang guru tanggung...org ramai cakap kerja guru senang... separuh hari... cuti banyak... cuba try jadi cikgu.... baru tau .... ada anak murid anis yang pemalas, bila kita mengajar dia bercakap.....anis suruh dia mengajar dalam kelas... kemdian tau dia.. susah lah ustazah nak mengajar.... ada parent yang asyik cakap cikgu tak pandai mengajar sebab anak dia tak pandai2... satu hari dia datang sekolah, senyap2.. tengok macammana anak dia dalam kelas... memang ALLAH nak tunjuk... cikgu yang tengah mengajar memang sungguh-sungguh;... tapi anak dia pula tengah main-main.. siap pusing mengadap ke belakang borak dengan kawan.. baru dia tau.. tinggi cabaran nak mengajar anak2 mereka hari ni... cikgu dulu, mudah kerja nya sebab walaupun kemudahan tak banyak.. tapi kerja same antara ibubapa dan student sangat tinggi.. tapi cikgu hari ni... parent macam dah tunggu depan pejabat loyer... silap sikit ada can saman.. anak2 murid pula... ye lah tak boleh salahkan mereka juga.. mereka membesar dalam zaman yang makin kurang nilai2 menghormati guru berbanding dengan dulu.. tapi tak dinafikan ada cikgu2 yang buat silap besar, sampai semua org cop guru hari ni teruk!! kesalahan yang dilakukan oleh guru tu adalah berbentuk peribadi... contohnya mendedahkan aurat...lalu kita menyimpulka semua cikgu2 ni tak bermoral.. kerana, dia adalah seorang cikgu...
|
amylela
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.12.2003 Ahli No: 5447
Posting: 54
Dari: malaysia
|
Posting pada: 23-08-08 21:08
hmm saya pun ada seorang kawan dulu.....dia belajar di maktab..bakal cikgu. tapi perangai nauzubillah. terpesong!! kalau ada tengok handset dia atau laptop dia penuh dengan bahan2 lucah. bercakap banyak. otak kosong, dan saya putus kawan dengan dia sebab dia menyebarkan fitnah-fitnah buruk tentang saya. saya tak tahu macam mana dia akan mendidik anak bangsa, sebab dia jadi cikgu pun sebab dah tak ada choice..lepas kena keluar dari matrikulasi.
|
jannahnobel
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.09.2007 Ahli No: 31060
Posting: 80
Dari: Bumi Allah_mencari ilmu
|
Posting pada: 23-08-08 22:00
salam..jannah juga bakal seorang guru...tak lama lagi...berapa bulan saja lagi. bagi jannah perkara perangai kurang elok ini mlanda semua bukan hanya bakal guru,guru dan seangkatan dengannya. cuma perkara ni nampak serius bila dikaitkan dengan guru,maklumlah guru...manusia yang akan mendidik manusia lain.... bagi jannah...kalulah jannah ini dapat mengubah dasar kerajaan,mempunyai kuasa...salah satu jannah nak buat... pendidikan agama tetap diterapkan di semua peringkat pendidikan..bukan hanya disekolah...maksud jannah termasuk peringkat tinggi. jannah tetap nak adakan kuliah agama....nak adakan satu kuliah agama yang mana,kita bukan belajar untuk exam tapi terus kpada kehidupan...cntohnya...pasal aurat...terus kepada kehidupan...bukan maksud jannah kuliah agama lain xtrus kepada kehidupan tapi maksud jannah perjalanan kuliah tu, pensyarah tu terus kepada point2 yang mana setiap orang nampak punca, sebab dan akibat.... jannah risau walaupun jannah ni bukan bakal ustazah...jannah tengok,lihat,perhati,ramai tahu hukum...bukan tak tahu hukum!cuma takdiperingatkan!!!! hati kita akan gelap bila lama tak dengar ceramah agama kan.... jannah risau sangat...kat diri sendiri,kawan-kawan...ada benda jannah boleh tegur,peringatkan tapi ada banyak benda jannah tak boleh, jadi perlukan orang yang lebih arif...ustaz dan uztazah. harap suatu hari nanti...akan ada juga dengar suara hati jannah ini... harap yang lain faham dengan kata-kata jannah diatas....
|
nie_nadia
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.05.2004 Ahli No: 8745
Posting: 133
Dari: Penang
|
Posting pada: 24-08-08 00:51
banyak betul topik tentang cikgu dekat ukhwah ni. macam-macam dibincangkan. rasanya semua lebih kurang sama sahaja. nampak ahli2 ukhwah amat mengambil berat tentang bakal2 pendidik anak bangsa ni. tapi bagi saya, bukan semua guru ni perangainya buruk. ada juga yang baik. tapi kalau yang buruk tu, kasihan anak-anak muridnya. segelintir itu lah yang memburukan profesyen perguruan ni. p/s cuba untuk menjadi guru yang baik. ikhlas mengajar kerana ALLAH. amin.
|
puteri_kk
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11389
Posting: 129
Dari: healthy campus
|
Posting pada: 28-08-08 17:11
salam.. guru banyak tanggungjawab yang dipikul. selain tanggungjawab, amanah pun perlu dijaga.... sebagai seorang guru, semua kena jaga, sebab kita jadi model untuk budak-budak or pelajar kita.. selamat berjuang...
|