Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-01-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
MaMaT1505: 19 hari yang lalu
Iswadi: 25 hari yang lalu
Martyr: 26 hari yang lalu
kasih_kekasih: 31 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: NAK JADI BAIK..TAPI MASIH NAK KAWAN DENGAN LAWAN GENDER


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» NAK JADI BAIK..TAPI MASIH NAK KAWAN DENGAN LAWAN GENDER

Please Mendaftar To Post


Oleh NAK JADI BAIK..TAPI MASIH NAK KAWAN DENGAN LAWAN GENDER

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 09:03


salam..

kekadang pelik juga ek....
sesetengah org lah..dalam 75. Aku kirakan...
nak jadi baik....tapi masih ada hati nak berkawan dengan lawan gender itu..

cehhh...katanya dah insaf lah...
katanya lepas baca artikel tentang couple...insaf betul!pewitt...
couple itu haramm..siap hafal lagi tip2 bagaimana nak putuskan apa'couple'an dengan si dia....

tapi walaupun tak couple...cakap-cakap dengan perempuan jalan jugak...siap gurau2 lagi itu...cehh..tukar2 main mesej(sms) nasihat agama kononnya...

siap boleh tukar2& wish hari jadi..ajak keluar ramai-ramai laki-perempuan jalan-jalan shopping....

kalau yang geng2 islamik ini....syaitan bijak juga...main strategi lain...
buat program bersama...bergabung laki-perempuan itu...ceh..macam-macam nama programnya...(tapi tak ada lah sosial sg macam geng2 yang tak islamik)...cehh..berkenal2lan muslimin-muslimatnya..

pandai mat syaitan ini kalau nak ajak org ke arah pintu2 maksiat...
menggoda muslimin-muslimat spy mereka ini nampak aktiviti bersama yang dilakukan ini tak maksiat pun...lagi pun tujuannya tujuan islamik kan...hehehe..pandai mat syaitan main taktik...

siap boleh bergurau senda lagi antara muslimin dan muslimatnya..(tapi tak over lah macam geng2 yang tak islamik)...pandai taktikal mat syaitan ini..pakar taktikal no 1 lah katakan..

tapi muslimah sejati dia tahu taktik mat syaitan...tahu bebenor yang taktik ini memang akan mencalar keimanannya...
itu sebab dia tak join aktiviti yang menggabungkan muslimin-muslimat..

Kenapa perlu join program yang tidak menambah ruang2 keimanan bahkan peluang kepada segala pintu zina lebih besar...

kalau memang tak perlu pun penggabungan aktiviti..Kenapa perlu digabungkan..apakah ini saja satu-satunya jalan..walhal ada cara lain....

itulah kekuatan prinsip yang dipegang muslimah sejati..dia sedar bukan mudah untuk mengekalkan kesejatian ini..tambahn lagi mat syaitan sentiasa meneropong peluang.....

harga keimanan lebih besar baginya berbanding apa jua perkara....

baginya...aktiviti yang mencemarkan keimanan jangan diberi peluang untuk didekati..biarpun rakan-rakan menggelarnya anti-sosial.....konsevatif..jumud

menjaga allah jauh lebih besar dr nak menjaga hati makhluk allah...

biarlah permulaan pernikahannya nanti bersih dr jalan-jalan pencemaran dan kemaksiatan...bersih dari jalan-jalan dosa dan ketidak berkatan....

tidak guna jika hanya berkata2 sahaja "aku nak jadi baik".. tapi dalam tingkah laku tak seprti dimaksudkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 09:06


harap kita lebih faham..bila kita kata. Aku nak berubah jadi baik"

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 02-07-08 09:15


Assalamualaikum
waduh....sayatnya rasa hati...walaupun ditujukan kepada muslimah..tapi tetap terusik...jauhnya diriku telah pergi...cakap jeq nak jadi baik..sesungguhnya jalan itu sangat berliku...pedas..menusuk kalbu.. :-( :-( :-(



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 09:40


ketika mat syaitan tengok kita berikrar nak jadi baik...kita itulah mat syaian isytihar perang besar2an kepada kita....

bila kita tak betul-betul mengisytiharkan yang mat syaitan musuh no1 kita..maka sebenarnya mat syaitan masih lagi kawan kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 05-07-08 10:19


Assalamualaikum

Sebenarnya
Album : Puji-Pujian
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Sebenarnya hati ini cinta kepada-Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada-Mu

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit pun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Kucuba menghulurkan sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin isinya tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat-MU
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu Ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu

:-( :-( :-(



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 05-07-08 20:07


Pada 02-07-08 09:03 , jumaat posting:

!!! QUOTE !!!

harga keimanan lebih besar baginya berbanding apa jua perkara....

baginya...aktiviti yang mencemarkan keimanan jangan diberi peluang untuk didekati..biarpun rakan-rakan menggelarnya anti-sosial.....konsevatif..jumud

menjaga allah jauh lebih besar dr nak menjaga hati makhluk allah...

biarlah permulaan pernikahannya nanti bersih dr jalan-jalan pencemaran dan kemaksiatan...bersih dari jalan-jalan dosa dan ketidak berkatan....


Ya Allah.. Peliharalah aku.. :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

soliha
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.07.2008
Ahli No: 33910
Posting: 25
Dari: bumi tuhan..

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-07-08 23:03


salam..

itulah..
ana kalau boleh kalau ada program yang campur muslimin dan muslimat,ana cadangkan pakai tabir..
kami buat begitu kalau berprogram..
tapi,ada kawan ana tak percaya,menggelakkan ana malah cakap ana ini kuno..
masyaAllah..
kalau kita nak jauhi,cuba sajalah dengan sedaya mungkin buat halangan yang boleh..
semoga kita dijauhkan dr godaan syaitan yang sentiasa menyesatkan itu..
a'uzubillah as-sami' ul 'alim min asy-syaitanirrajim..

wallahua'lam bissawab..
wasalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For solihaProfil   Hantar PM kepada soliha   Quote dan BalasQuote

srikandi_86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2007
Ahli No: 28923
Posting: 188
Dari: united kingdom

uk  


posticon Posting pada: 11-11-08 23:45


Pada 05-07-08 23:03 , soliha posting:

!!! QUOTE !!!


..ana kalau boleh kalau ada program yang campur muslimin dan muslimat,ana cadangkan pakai tabir..


Salam..

ana tertarik untuk respon kata-kata ukhti soliha..ana pun sebenarnya pernah mencadangkan pemakaian tabir di tempat ana..tapi macam-macam yang ana dengar..termasuklah org akan pandang pelik dan menganggap kita ni terlalu konservatif..huhu~ bagi ana, pemakaian tabir tu semata-mata nak menjaga hati..ye lah, Kalau dah bertentang mata tu, jatuh ke hati jugak..tapi org boleh saja bagi hujah..Kalau setakat dalam meeting bertabir..tapi kat luar selamba saja, tak ada gunanya..tapi bagi ana tak salah untuk memulakan sesuatu yang baik..wallahua'lam..

p/s: maaf jika terlari topik sikit..

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_86Profil   Hantar PM kepada srikandi_86   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 00:17


Pada 02-07-08 09:40 , jumaat posting:

!!! QUOTE !!!

ketika mat syaitan tengok kita berikrar nak jadi baik...kita itulah mat syaian isytihar perang besar2an kepada kita....

bila kita tak betul-betul mengisytiharkan yang mat syaitan musuh no1 kita..maka sebenarnya mat syaitan masih lagi kawan kita...


:-) ya Allah sentiasalah melindungi kami dari segala hasutan tersebut..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

simi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.08.2008
Ahli No: 34474
Posting: 119
Dari: bumi ciptaan Ilahi

bahrain  


posticon Posting pada: 13-12-08 11:55


Pada 02-07-08 09:03 , jumaat posting:

!!! QUOTE !!!

salam..

kekadang pelik juga ek....
sesetengah org lah..dalam 75. Aku kirakan...
nak jadi baik....tapi masih ada hati nak berkawan dengan lawan gender itu..

cehhh...katanya dah insaf lah...
katanya lepas baca artikel tentang couple...insaf betul!pewitt...
couple itu haramm..siap hafal lagi tip2 bagaimana nak putuskan apa'couple'an dengan si dia....

tapi walaupun tak couple...cakap-cakap dengan perempuan jalan jugak...siap gurau2 lagi itu...cehh..tukar2 main mesej(sms) nasihat agama kononnya...

siap boleh tukar2& wish hari jadi..ajak keluar ramai-ramai laki-perempuan jalan-jalan shopping....

kalau yang geng2 islamik ini....syaitan bijak juga...main strategi lain...
buat program bersama...bergabung laki-perempuan itu...ceh..macam-macam nama programnya...(tapi tak ada lah sosial sg macam geng2 yang tak islamik)...cehh..berkenal2lan muslimin-muslimatnya..

pandai mat syaitan ini kalau nak ajak org ke arah pintu2 maksiat...
menggoda muslimin-muslimat spy mereka ini nampak aktiviti bersama yang dilakukan ini tak maksiat pun...lagi pun tujuannya tujuan islamik kan...hehehe..pandai mat syaitan main taktik...

siap boleh bergurau senda lagi antara muslimin dan muslimatnya..(tapi tak over lah macam geng2 yang tak islamik)...pandai taktikal mat syaitan ini..pakar taktikal no 1 lah katakan..

tapi muslimah sejati dia tahu taktik mat syaitan...tahu bebenor yang taktik ini memang akan mencalar keimanannya...
itu sebab dia tak join aktiviti yang menggabungkan muslimin-muslimat..

Kenapa perlu join program yang tidak menambah ruang2 keimanan bahkan peluang kepada segala pintu zina lebih besar...

kalau memang tak perlu pun penggabungan aktiviti..Kenapa perlu digabungkan..apakah ini saja satu-satunya jalan..walhal ada cara lain....

itulah kekuatan prinsip yang dipegang muslimah sejati..dia sedar bukan mudah untuk mengekalkan kesejatian ini..tambahn lagi mat syaitan sentiasa meneropong peluang.....

harga keimanan lebih besar baginya berbanding apa jua perkara....

baginya...aktiviti yang mencemarkan keimanan jangan diberi peluang untuk didekati..biarpun rakan-rakan menggelarnya anti-sosial.....konsevatif..jumud

menjaga allah jauh lebih besar dr nak menjaga hati makhluk allah...

biarlah permulaan pernikahannya nanti bersih dr jalan-jalan pencemaran dan kemaksiatan...bersih dari jalan-jalan dosa dan ketidak berkatan....

tidak guna jika hanya berkata2 sahaja "aku nak jadi baik".. tapi dalam tingkah laku tak seprti dimaksudkan..




Assalamualaikum

Wah, sangat pedas dan menyengat!!!
kena sekali kat batang hidung ana.
Alhamdulillah, nasib baik ana tak trjebak dalam couple

Ana mengaku niat nak jadi baik tu ad
tapi bukan senang nak berubah secara mndadak
lagi pun kat ipt ana ni, geng ana(yang muslimah) boleh dikatakan hampir pupus
Dah lah ad yang tak berapa masuk dengan ana(ad yang jenis keras kepala sikit, dia rasa dia semua yang betul. tapi dia banyak nasihat ana)
Laki pula ramai
So susah sikit ana nak buat anjakan paradigma tu
Tambah2 persatuan yang ana join ramai lelaki dr perempuan
ramai budak-budak junior (tapi laki juga kan)
Tu lah yang tak boleh elak berurusan dan brkawan dengan laki

tapi,
Ana ingat batas-batas dan had yang ana kekalkn antara muslimin
Ana berurusn pun atas dsr kerja dan urusan penting
tapi kadang-kadang trlalai juga tanpa disedari contohnya bergurau
dan kadang-kadang terlmbut nada suara tanpa sedar

Ana dilema juga sebenarnya pasal isu ni
tapi tujuan asal ana brkawan dengan laki pun sebab nak hilangkan perasaan malu ana yang mlampau
Bayangkan, sebelum ana kenal lelaki(dulu sekolah semua prempuan, dengan spupu laki pun jarang jumpa, dengan adik-beradik laki pun ayah tak bagi rapat), pantang nampak lelaki yang sbaya atau tua dari ana mesti muka ana merah padam
Situasi ana masa tu memang parah juga-malu tak brtempat

Bila masuk ipt, kenal laki-laki, sikit-sikit ana dapat kikis perasaan tu
tapi, negatifnya ada
Ana jadi hanyut sikit-ramai pminat(sebab jarg budak kat ipt ana berpakaian macam ana)
Dan akhirnya ana diuji olah Allah atas kelalaian ana
Dan sedikit-sedikit ana insaf
Ana muhasabah dari, cari mana silap ana
Oh, rupanya ana jauh dari Allah selama ni
sekarang Alhamdulillah, ana makin pulih
Terima kasih atas dorongan dr kawan-kawan semua
dan ana harap dapat prbaiki diri ana dr masa ke semasa :welcome: :welcome:

InsyaAllah...doakan ana :bunga: :bunga: :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For simiProfil   Hantar PM kepada simi   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 13-12-08 12:18


erm...setuju..dan memang benar dan bernas kenyataan tu..
tapi sanggupkah kalian tak join mana-mana aktvt yang bercampur muslim muslimat? bagaimana dengan persatuan islam d kampus2 kita.. abgaimana dengan kelab2 yang menjalin ukhwah dengan kawan-kawan kita..atau bagaimana dengan jk ukhwah yang selalu dilakukan ni?? erm... memang syaiton tu amat2 licik..

namun jika kita ngelak semua tu nanti org kata kita ni anti sosial..atau ortodoks pula.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

leeya89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34493
Posting: 44
Dari: seremban

Johor  


posticon Posting pada: 13-12-08 17:47


salam....
berat betul kes ni.....
saya pun selalu buat program laki perempuan....
kang kalau tak campur banyak pula problemnyer........
tapi still jaga.....batas-batas tu....
hrap2 dijauhkanlah dari bisikan2 setan tu..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For leeya89Profil   Hantar PM kepada leeya89   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-12-08 18:02


sapa makan cili,dia terasa pedas.. uhuk.. :malu:
sesungguhnya aku haamba yang sangat lemah disisi Mu..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 13-12-08 21:37


So attracted my interest... memang 'terkena' :-) thank you 4 your reminder .. :-)
macam Wawa yang dah memang 'Bad girl' ni pun, rasa 'payahnya' untuk jadi baik .. Apatah lagi buat baik..! perkara jahat yang dah sebati dan boleh kata dah macam jadi 'kebiasaan' kita tiba-tiba kena ubah, is not easy..

kadang-kadang bila kita jadi baik, org sekeliling ejek dan kata macam-macam.. org kuat iman tu, maybe lah boleh tahan tapi org macam Wawa yang baru nak belajar ni..? Aduh .. payahnya nak 'bangkit dari kejahilan' ni..

Tu belum lagi pengorbanan untuk bersihkan hati .. Aduhai, semoga ALLAH SWT kuatkan hati kita semua dalam mnambahkan lagi kcntaan kita pada-NYA, Amin.

Apapun, Wawa kagum dengan jumaat, penulisan yang simple.. sesuai dengan bacaan muda mudi kita ni .. :-) semoga ianya jadi pengajaran pada kita semua.. Amin :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 13-12-08 21:52


salam ukhwah fillah...
demi ALLAH...jika kita betul-betul nak ubah diri kita, serahkanlah jiwa dan raga kita pada ALLAH PEMILIK jiwa ni...biarlah ALLAH yang MENGATUR hidup kita..
jangan pernah bantah dan beri alasan apa pun pada peraturan ALLAH..cukup "KAMI DENGAR dan KAMI TAATI"

jika dikatakan, "JANGAN KAMU DEKATI ZINA" maka jauhilah apa-apa pun yang menjadi jalan terjadinya zina..termasuklah berkawan antara lawan jenis yang bukan muhrim...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

simi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.08.2008
Ahli No: 34474
Posting: 119
Dari: bumi ciptaan Ilahi

bahrain  


posticon Posting pada: 13-01-09 10:52


Pada 13-12-08 21:52 , Mulya posting:

!!! QUOTE !!!

salam ukhwah fillah...
demi ALLAH...jika kita betul-betul nak ubah diri kita, serahkanlah jiwa dan raga kita pada ALLAH PEMILIK jiwa ni...biarlah ALLAH yang MENGATUR hidup kita..
jangan pernah bantah dan beri alasan apa pun pada peraturan ALLAH..cukup "KAMI DENGAR dan KAMI TAATI"

jika dikatakan, "JANGAN KAMU DEKATI ZINA" maka jauhilah apa-apa pun yang menjadi jalan terjadinya zina..termasuklah berkawan antara lawan jenis yang bukan muhrim...



Bukan senang nak berubah...
mungkin anta/anti kata itu sekadar alasan tapi sedarlah bukan senang untuk seseorang buat anjakan paradigma secara mndadak
lagi pun Kalau tak ada dorongan dan sokongan srta peringatan untuk berubah dr insan2 trsyg(keluarga, kawan-kawan) lagi susah nak berubah tu

p/s : ingat nak te kok qlate sebab kok qlate lagi mudah ana nak bls. beli lidoh weh nak kecek lua ini. luga braso


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For simiProfil   Hantar PM kepada simi   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-01-09 11:14


Thanks for reminderr..but i think not only to the hablu mina nas...tapi mungkin juga tengok pada perkara lain...memang betul dalam hubungan ni payah nak jaga..tapi mungkin untuk muhasabah semua...mungkin terdapat kekurangan dalam solat kita...Allah dah bagi jaminan sesungguhnya solat akan jauhkan kita dr perkara mungkar...

Tapi kenapa jadi juga...perlu ingat mungkin kita kurang jaga hubungan sebab lalinya kita dalam solat...mungkin lah...tapi bagus bagi iangatan pada semua...dan nak kongsi lagi pada yang masih berada di IPT macam SIMI...bila dah masuk kerja lagi besar cabaran dia..nak jaga hubungan antara laki perempuan lagi payah..sampai ada yang dulu solat sekarang dah tingal2..yang dulu bertudung labuh dah singkat...yang dulu tudung juga sekarang dah buka semua...yang solat buat tapi yang tak elok pun buat...semua ada...jadi buatlah persiapan untuk hadapi yang lagi teruk..

Berfikirlah 5 tahun lebuih dr umur kita dan apa yang kita nak untuk 5 tahun akan datang untuk kita lebih matang dan merancang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-01-09 11:56


Niat jadi baik...mesti ada prosesnya.... jarang orang yang bila nak jadi baik...esok tinggal semua.... baik kita pandang belakang ...lihat sejarah zaman sahabat...

kisah pertama.. ada satu orang yang kaki maksiat..semua buat... zina, curi, minum arak dll.. bila dia nak jadi baik... dia jumpa Nabi untuk minta nasihat... apa nasihat Nabi? Nabi telah minta pada org ini iaitu "janga bohong" lain perkara boleh tapi jangan berbohong.... ceritanya sangat panjang... tapi kesimpulannya...org ini telah jadi baik sepenuhnya dengan melalui pelbagai proses... Nabi tidak minta dia Ubah 100% kehidupannya dalam satu-satu masa... tapi mengikut kemampuan... jadi bila kita lihat saudara kita yang nak jadi baik... kita perlu sangka baik dan memahami bahawa suatu masa nanti dia akan tinggalkan perkara lain..

satu kisah lagi bagaimana satu org sahabat yang solat... tapi masih mencuri... dia pun nak jadi baik... tapi apa pandangan Nabi SAW pada org ini? Nabi bersabda ebih kurang maksudnya bahawa sifulan ini akan tinggalkan sikap mencuri tidak lama lagi... ada tak nabi pandang negatif pada org itu? tentu tidak ada..

Jadi ingin saya berpesan pada diri saya dan ahli ukhwah...

1. Fahamilah bahawa orang nak jadi baik perlu melalui beberapa peringkat

2. sangka baiklah pada semua org

3. Bila ada orang buat dosa... 3 perkara kita kena buat

    a) Maafkan dia

    b) Bangun malam dan doakan dia (nangis pada Allah)

    c) Jika kenal orang itu, beri hadiah sebagai tanda menghargai niatnya        untuk berubah...

4. Kita kena anggap dan ingatkan pada diri kita bahawa org lain lebih baik dari saya

wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-01-09 12:10


!!! QUOTE !!!

c) Jika kenal orang itu, beri hadiah sebagai tanda menghargai niatnya        untuk berubah...

saya pernah berikan rakan saya sebuah buku tentang tanggungjawab & adab2 wanita dalam islam...tujuan saya beri supaya dia baca dan semoga dibukakn hatinya agar berubah ke arah yang lebih baik sebagai muslimah solehah.....niat saya nak cuba bantu dia dan selami keadaan dan hati dia....
tapi dia ingatkan saya nak sindir dia pula....rasa bersalah juga masa tu sebab niat kita disalah ertikan...pas ni lebih berhati-hati.....

!!! QUOTE !!!

4. Kita kena anggap dan ingatkan pada diri kita bahawa org lain lebih baik dari saya

inilah sebaik-baiknya.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

faryd
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2003
Ahli No: 5968
Posting: 95
Dari: Proton RnD S. Alam

Johor  


posticon Posting pada: 13-01-09 12:54


subhanallah..rakan-rakan ukhwah..jazakumullahu khairan kathira..
sangat tersentuh dan terasa dengan peringatan kalian..mudah-mudahan ana sentiasa dalam redhaNya

Bookmark and Share

    


  Member Information For farydProfil   Hantar PM kepada faryd   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-01-09 12:55


Niat jadi baik...mesti ada prosesnya.... jarang orang yang bila nak jadi baik...esok tinggal semua.... baik kita pandang belakang ...lihat sejarah zaman sahabat...

kisah pertama.. ada satu orang yang kaki maksiat..semua buat... zina, curi, minum arak dll.. bila dia nak jadi baik... dia jumpa Nabi untuk minta nasihat... apa nasihat Nabi? Nabi telah minta pada org ini iaitu "janga bohong" lain perkara boleh tapi jangan berbohong.... ceritanya sangat panjang... tapi kesimpulannya...org ini telah jadi baik sepenuhnya dengan melalui pelbagai proses... Nabi tidak minta dia Ubah 100% kehidupannya dalam satu-satu masa... tapi mengikut kemampuan... jadi bila kita lihat saudara kita yang nak jadi baik... kita perlu sangka baik dan memahami bahawa suatu masa nanti dia akan tinggalkan perkara lain..

satu kisah lagi bagaimana satu org sahabat yang solat... tapi masih mencuri... dia pun nak jadi baik... tapi apa pandangan Nabi SAW pada org ini? Nabi bersabda ebih kurang maksudnya bahawa sifulan ini akan tinggalkan sikap mencuri tidak lama lagi... ada tak nabi pandang negatif pada org itu? tentu tidak ada..

Jadi ingin saya berpesan pada diri saya dan ahli ukhwah...

1. Fahamilah bahawa orang nak jadi baik perlu melalui beberapa peringkat

2. sangka baiklah pada semua org

3. Bila ada orang buat dosa... 3 perkara kita kena buat

    a) Maafkan dia

    b) Bangun malam dan doakan dia (nangis pada Allah)

    c) Jika kenal orang itu, beri hadiah sebagai tanda menghargai niatnya        untuk berubah...

4. Kita kena anggap dan ingatkan pada diri kita bahawa org lain lebih baik dari saya

wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-01-09 13:38


memang susah nak jadi baik..semangat kena kuat..tapi yang penting pandai jaga maruah diri & ingat batas pergaulan. tak perlu nak bersentuhan ke..apa ke..bukan nak kata lah..ustaz & ustazah pun join program bersama..berborak sakan..berdating..apatah lagi bagi orang-orang yang biasa ilmu agamanya..saya dah selalu tengok sebab saya kerja dikelilingi oleh ustaz & ustazah..orang-orang yang islamik ni..dah banyak tengok ragam mereka..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-01-09 18:05


iman manusia macam kita adakala naik adakala turun. Sama-sama lah berusaha. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

zinatulhayah
Warga Rasmi
Menyertai: 29.12.2008
Ahli No: 36553
Posting: 7
Dari: South Korea

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-01-09 10:42


Pada 13-01-09 18:05 , muslimah_johor posting:

!!! QUOTE !!!

iman manusia macam kita adakala naik adakala turun. Sama-sama lah berusaha. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.


yep..bt0i tu..


-----------------
"ALLAH didn't pr0mise that life w0uld be easy...but He did pr0mise t0 g0 with y0u every step 0f y0ur life...with Him by y0ur side..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For zinatulhayahProfil   Hantar PM kepada zinatulhayah   Quote dan BalasQuote

syift
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.12.2008
Ahli No: 36558
Posting: 49
Dari: Diatas Bumi yang Nyata....

Perak  


posticon Posting pada: 23-01-09 11:23


pokok pangkalnya pada dr kita sendiri...kita yang mnentukn semua 2...Allah swt banyak mmberi ruang kepada kita semua...hmm tapi kita saja yang tak tahu nak mewarnai nya dengan lebih baik...

so fikir-fikirkanlah.....jgnlh kita tsesat jauh...

-Amin-

Bookmark and Share

    


  Member Information For syiftProfil   Hantar PM kepada syift   Pergi ke syift's Website   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 23-01-09 11:58


sedangkan ingat dan rindu pun dah menjadi zina, inikan pula keluar berjumpa,
jalan-jalan...

astaghfirullahala'zim...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

mass
Warga Rasmi
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20072
Posting: 13

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-01-09 14:17


salam
saya pun teringin sangt nak jadi baik
tapi pada mas yang rasa terlalu sukar
mungkin saya lemah
kadang terasa juga apa yang saya ignkan sebenarnya
tapi bila fikir saya sedih
dan rasa menyesal pula dengan akhlak saya yang tak baik
dengan perkar2 tak baik yang telah lakukan

Bookmark and Share

    


  Member Information For massProfil   Hantar PM kepada mass   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116404 saat. Lajunya....