Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 258
Ahli: 0
Jumlah: 258




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 23 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Sindrom Asperger


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Sindrom Asperger

Please Mendaftar To Post


Oleh Sindrom Asperger

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 28-06-08 12:10


Sindrom Asperger atau masalah Asperger adalah kecacatan neurobiologi yang dinamakan sempena pakar perubatan Viennese, Hans Asperger, yang menerbitkan kertas kerja pada tahun 1944 yang menggambarkan pola perlakuan pada beberapa pemuda yang mempunyai perkembangan bahasa dan kecergasan normal, tetapi turut menunjukkan tabiat seperti autisma dan kekurangan jelas dalam kemahiran komunikasi dan kemasyarakatan. Walaupun kertas kerjanya diterbitkan pada 1940-an, ianya hanya pada tahun 1994 Sindrom Asperger ditambah kepada DSM IV dan hanya beberapa tahun kebelakangan Sindrom Asperger diakui oleh ibubapa dan pakar perubatan profesional.

Dr. Hans Asperger, after whom the syndrome is named.

Dr. Asperger described his young patients as "little professors".Mereka yang mempunyai Sindrom Asperger menunjukkan pelbagai ciri-ciri dan masaalah ini berlainan dari serdahana sehingga teruk. Mereka dengan Sindrom Asperger menunjukkan kekurangan dalam kemahiran kemasyarakatan yang jelas, mempunyai masaalah dengan perubahan dan cenderung kepada suasana yang serupa. Mereka sering mempunyai kebiasaan yang sama dan asyik dengan sesuatu perkara. Mereka menghadapi masaalah membaca petunjuk bukan kata (gerak badan) dan sering kali mereka dengan Sindrom Asperger menghadapi masaalah menentukan ruang jarak badan dengan orang lain. Mereka juga biasanya sensitif kepada bunyi, rasa, bau, dan cahaya, seringkali gemarkan kain lembut, makanan tertentu, dan terganggu dengan bunyi atau cahaya yang tidak disedari orang lain. Ianya adalah penting bagi menyedari bahawa mereka dengan Sindrom Asperger melihat dunia dengan sudut pandangan yang berlainan sama sekali. Dengan itu kebanyakan tabiat yang kelihatan pelik atau luar biasa biasanya disebabkan oleh kelainan neurological dan bukannya tabiat buruk yang sengaja atau kurang ajar, dan sudah pastinya bukan disebabkan oleh "didikan yang salah".

Secara takrifan, mereka dengan Sindrom Asperger biasanya mempunyai IQ biasa dan kebanyakan individual (walaupun bukan semua), menunjukkan kemahiran atau bakat menonjol dalam bidang tertentu. Disebabkan kelebihan mereka dan perangai betul bendul, mereka sering dilihat sebagai pelik dan mudah menjadi mangsa ejekan atau dibuli. Sementara perkembangan bahasa kelihatan, pada luaran, normal, pengidap Sindrom Asperger seringkali mempunyai masaalah dalam pragmatik atau paradoks. Perbendaharaan kata mereka amat luas dan sesetengah mereka kedengaran seperti "pensyarah kecil." Tetapi pengidap Sindrom Asperger amat lurus dan menghadapai masaalah mengendali bahasa dalam konteks kemasyarakatan.

Pada masa kini terdapat perdebatan panjang lebar mengenai di mana pengidap Sindrom Asperger patut diletakkan. Pada masa kini ia dianggap sebagai masaalah spektrum autism. Sesetengah golongan profesion merasakan pengidap Sindrom Asperger sama seperti Autism Fungsi Tinggi, sementara yang lain merasakan ianya adalah lebih baik menggambarkannya sebagai Kecacatan Belajar Bukan Verbal. Ciri-ciri Sindrom Asperger banyak menyamai Kecacatan Perkembangan Tegar PDD-NOS (Pervasive Developmental Disorder), HFA, dan NLD dan kerana ia hampir tidak diketahui sehinga beberapa tahun dahulu, ramai pesakit samaada menerima diagnosis salah atau tidak diagnosis. Sebagai contoh, adalah biasa bagi kanak-kanak yang pada awalnya di diagnosis sebagai ADD atau ADHD di diagnosis semula sebagai Sindrom Asperger. Tambahan pula, sesetengah individual yang pada asalnya di diognasis sebagai HFA atau PDD-NOS kini didiognasis semula sebagai Sindrom Asperger. Dan ramai individual diberikan diagnosis berkembar sebagai Sindrom Asperger dan Autism Fungsi Tinggi.

Sumber:

Sindrom Asperger


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 28-06-08 12:12


Penghidap sindrom asperger mempunyai ciri yang pelbagai dari peringkat sederhana kepada tahap yang serius. Penghidap penyakit ini cenderung kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Biasanya penghidap asperger sindrom ini mempunyai masalah dalam menghadapi sesuatu perubahan dan lebih sukakan kepada rutin yang sedia ada.

Penghidap penyakit ini tidaklah seteruk penyakit Autisme. Penghidap penyakit ini menghadapi masalah seperti gangguan komunikasi, interaksi sosial (norma sosial). Keadaan ini memberi kesan kepada pergaulan dan kesesuaian dalam bermasyarakat. Mereka akan bersikap lebih peka terhadap bunyi, rasa, bau dan cahaya dan keadaan ini boleh menggangu mereka. Kebanyakan kanak-kanak ini mempunyai perilaku yang jauh berbeza daripada kanak-kanak seusia mereka. Tahap IQ mereka lebih tinggi di bandingkan kanak-kanak lain. Ia disebabkan kelainan neurological dan bukan di sengajakan.

Simptom

Antara Simptom dan tanda awal kanak-kanak itu menghidap penyakit Asperger ialah:-

Interaksi sosial sangat minima atau langsung tidak ada
Percakapan hanya berkisar pada diri sendiri
Bersikap seperti robot
Terobsesi dengan topik yang kompleks seperti muzik
Perilakunya aneh

Rawatan THE TOLE

Kanak-kanak yang menghidap ADD, ADHD atau autisme juga kadangkala di diagnosis sebagai penghidap sindrom asperger. Rawatan THE TOLE mampu membantu masalah ini. Rawatan alternatif Akupunktur dan herba THE TOLE yang di usahakan oleh Master Leong telah membantu ramai kanak-kanak yang mempunyai masalah sebegini. Akupunktur bertujuan untuk mengimbangi kembali qi dalam otak dan melancarkan kembali aliran darah dan tenaga dalam otak dan tubuh badan. Di samping rawatan Akupunktur, rawatan herba juga diperlukan bagi membantu mengatasi masalah ini.


Sesetengah kanak-kanak ini mempunyai obsesi sesuatu pekara yang menjadi kanak-kanak itu mengetahui sesuatu pekara secara teperinci. Sebagai contoh; kanak-kanak itu lebih berminat terhadap buku dan komputer dari bermain bersama kanak-kanak seusianya. Mereka lebih berminat terhadap kereta, muzik dan lain- lain lagi.

Sumber:

The Tole


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

noor_hasma
Warga Rasmi
Menyertai: 27.07.2008
Ahli No: 34172
Posting: 13
Dari: malaysia-kl

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-08-08 14:15


salam..
teringat cerita dari buku novel org putih pasal budak lelaki yang ada sindrom asperger ni...tapi tak ingat tajuk...menarik ceritanya kerana ia memaparkan plot cerita dari sudut pandangan budak tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For noor_hasmaProfil   Hantar PM kepada noor_hasma   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.353625 saat. Lajunya....