Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 18-01-2025 |
|
Copy & Paste
|
Moderator: Administrator |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Tidak ada sebab untuk memaafkan Polis… |
---|---|
naruto-san |
Posting pada: 22-06-08 02:11
Tidak ada sebab untuk memaafkan Polis
oleh amin iskandar Kali pertama saya berhadapan dengan jenayah polis ialah sewaktu saya berumur 17 tahun. Ketika itu saya sedang dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motorsikal. Berhampiran dengan Taman Bunga Raya terdapat sekatan jalan raya tidak rasmi (untuk polis cari duit kopi). Saya ditahan. Saya mempunyai lesen dan cukai jalanraya. Dua orang polis tersebut tidak berpuas hati. Mereka tetap ingin mencari kesalahan saya. Akhirnya mereka terjumpa. Lampu sinal belakang disebelah kiri mati. Mereka bertanya saya bagaimana mahu selesaikan perkara ini (taktik biasa polis untuk minta duit kopi). Saya kata saya tak tahu. Tiba-tiba salah seorang anggota polis tersebut merampas dompet saya. Wang RM 50 yang terdapat dalam dompet saya dirampas dan saya disuruh pergi. Dibawah ialah berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini: Dua dakwa polis paksa seks oral Jimadie Shah Othman | Jun 20, 08 4:16pm kemaskini 9:15pm Empat didakwa didera oleh polis Kajang baru-baru ini, termasuk dipaksa mengadakan seks oral, disembur racun pembunuh nyamuk di bahagian muka dan menjilat kasut anggota polis. “Semasa proses siasatan, selepas menerima reman pertama, anak guam saya telah dipukul dan dua daripada suspek dipaksa melakukan seks oral,” kata peguam mereka, Kartigesan Shamugam. Mereka berdua, termasuk seorang suspek bawah umur, dipaksa melakukan seks oral antara satu lain di depan sekumpulan anggota polis, seorang berpangkat sarjan. Lima orang, termasuk keempat-empatnya, ditahan mulai 29 Mei lalu dan direman selama lapan hari di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang. Mereka seterusnya disambung tempoh reman di Cheras, Dang Wangi dan Brickfields masing-masing selama lima, satu dan tiga hari. “Lima ditangkap. Seorang telah dibebaskan (selepas itu) dan dia tidak mahu membuat sebarang laporan polis kerana tidak disentuh (didera),” kata peguam itu dalam sidang medianya dengan pesuruhjaya Datuk Siva Subramaniam di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini. Keempat-empat suspek membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, tambah peguam itu. Tarikh tepat penderaan tidak dinyatakan, kata peguam itu lagi (foto), namun mereka dipercayai didera dalam tempoh reman tersebut – lima hari bagi kali pertama dan kemudian ditambah tiga hari. Kejadian penderaan pertama – melibatkan seks oral – diadukan kepada majistret Kajang sewaktu mereka dibawa untuk lanjutan tempoh reman. “Selepas mereka mengadu kepada majistret, tempoh reman disambung lagi tiga hari. Selepas itu mereka dipukul lagi. Mereka ditanya (oleh polis), Kenapa mengadu kepada majistret? “Menurut anak guam saya, (akibatnya) mereka dipaksa menjilat kasut polis serta racun pembunuh nyamuk disembur ke muka mereka,” katanya. Bapa tahanan juvana itu membuat aduan kejadian luar biasa ini di balai polis Salak Selatan Baru pada 9 Jun. Dua hari kemudian, beliau membawa kes tersebut kepada pengetahuan Suhakam. Kelima-lima suspek ditangkap bagi siasatan kesalahan rompakan berkumpulan bawah Seksyen 391 Kanun Keseksaan. Ketika di IPD Cheras, kata Kartigesan, mereka tidak membuat laporan kerana takut dibawa kembali ke IPD Kajang dan dipukul sekali lagi. Menurutnya, sekarang ini tiga daripada suspek termasuk remaja itu telah dibebaskan, manakala dua lagi dipercayai masih berada di penjara Sungai Buloh kerana gagal membayar ikat jamin. Subramaniam (foto, kanan) mengesahkan Suhakam menerima aduan rasmi daripada bapa suspek dan pihaknya telah mengirim surat memohon penjelasan daripada ketua polis daerah Kajang pada Jumaat minggu lepas. “Suhakam memandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya selepas memperoleh maklumat terperinci dan kami percaya bahawa perkara ini dalam siasatan aktif pihak polis,” katanya. Beliau menambah, kejadian itu telah dirujuk kepada ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman. “Kita juga telah merujuk kes ini kepada pihak atasan (polis) dan kami telah menghantar satu salinan (aduan) kepada Bukit Aman bagi perhatian ketua polis negara,” katanya. Mengulas dakwaan bahawa suruhanjaya itu kurang berkesan berikutan penyelewengan polis terus berlaku selepas aduan kepadanya, Subramaniam berkata: “Sebenarnya mungkin masyarakat anggap (kerja) Suhakam hanya tulis surat, (anggapan) itu tidak benar. “Kita kena cari fakta dulu kerana ada aduan yang dibuat. Bagi Suhakam, pendekatan (kita) banyak cara. Kita juga terus membawa isu ini untuk perbincangan dengan pihak atasan.” Tambahnya, ketua polis negara menugaskan dua orang pegawai menyiasat sebarang kes yang tidak diambil tindakan oleh polis. “Kita juga mesti memberi peluang kepada polis menjawab tuduhan itu, kita kena ikut prinsip yang sama. Tetapi kita memandang serius dan akan bertindak secara agresif terhadap isu hak asasi manusia dan kita telah aturkan cara kita akan bertindak. “Kita tidak akan lepaskan isu-isu seperti ini,” katanya. Kejadian seperti ini sememangnya telah banyak berlaku di Malaysia. Polis Diraja Malaysia telah bertukar menjadi Polis Raja Di Malaysia. Mereka sangat kebal seakan-akan tidak ada apa-apa kuasa yang mempu mencabar mereka. artikel asal |
Laskar_Allah |
Posting pada: 22-06-08 10:15 |
Upsi_InMyHeart |
Posting pada: 22-06-08 12:19
...saya seakan-akan bersetuju dengan kenyataan di atas..maaflah...walaupun tidak semua polis begitu..tapi realitinya ada yang begitu. sebagai contoh..perkara ini berlaku kepada saudara terdekat saya beberapa bulan lepas.saya namakan dia A. A telah ditangkap polis setelah dituduh oleh seseorang pemuda yang A sendiri tidak kenali bahawa A telah mencuri motorsikalnya . Kebetulan pada waktu itu, A sedang membaiki sedikit kerosakan kecil motorsikalnya di hadapan rumah pemudayg menuduhnya itu. lantas pemuda tersebut mengejar A dan ingin memukulnya. A terpinga-pinga sehingga penduduk yang lain menyaksikan kejadian tersebut.setelah itu, A telah di bawa ke balai polis untuk mengelakkan daripada dia dipukul oleh pemuda itu. dibalai polis A dipukul polis yang tidak berhati perut...dipaksa mengaku mencuri motorsikal pemuda tadi.Walhal A tidak ada kena mengena dengan kejadian tersebut. A dituduh tanpa alasan yang kukuh. A tidak mampu berbuat apa-apa.....maklumla A orang biasa...bukan macam polis kan...bengkak muka A dipukul polis yang tidak berperikemanusiaan...itu....setelah polis-polis itu berpuas hati memukul A, mereka membawa A ke hospital..polis telah mengugut A supaya tidak memberitahu doktor bahawa dia dipukul oleh polis-polis yang tidak berhati perut itu.tetapi polis2 itu menyuruh dia memberitahu doktor bahawa dia terjatuh...
Alhamdulillah setelah rundingan dibuat..A dilepaskan dengan kesan tumbukan masih berbekas dimuka dan mata..oh kejamnya si polis...cuba anda semua bayangakan sekiranya perkara tersebut berlaku terhadap saudara atau ahli keluarga saudara??? dituduh sewenang-wenangnya tanpa bukti yang kukuh...nama baik A dan family sudah tercemar....bising satu kampung..tapi orang kampung sudah sedia maklumdengan sikap polis..kesakitan akibat tumbukan si polis yang sememangnya kejam amat meningggalkan kesan yang mendalam..bukan sahaja fizikal malah mental. A menjadi trauma seketika dengan polis sehinggakan takut untuk keluar rumah....dan saya amat menyampah dengan polis.....hilang rasa hormat saya pada polis...tapi saya tahu tak semuanya polis begitu...semoga polis2 begitu mendapat hidayah dan dibalas dengan setimpalnya...setelah perkara tersebut berlaku kepada org yang terdekat dengan saya,kini barulah saya percaya tentang keganasan polis yang terpampang dalam akhbar-akhbar dan berita..saya mengharapkan supaya anggota polis di Malaysia tidak menyalahgunakan kuasa mereka....bekerja seikhlas mungkin..bukan kerana gaji semata-mata...maaf seandainya ada yang terasa..tapi itu realitinya.... |
alam_barzakh |
Posting pada: 22-06-08 12:54
................
polis... polis... polis.... Polis dan rasuah adakah tidak dapat dipisahkan...? nasib baik ada kempen anti rasuah... ada lah kurang sikit aktiviti ni berlaku... kalau tak ada... fuh.... lu fikir lah sendiri....... ----------------- "Permata Idaman, Mutiara Syurga........" |
AmrinHakeem |
Posting pada: 22-06-08 13:22
Pada 22-06-08 12:54 , alam_barzakh posting:
!!! QUOTE !!! ................ kalau kurang tak apa.. kalau inisiatif untuk nak cover amalan mereka..? huu tak tau lah apa nak jadi.. :-| benci sangat lagi-lagi polis yang bagi contoh tabiat merokok. aihh kontrol emosi |
alam_barzakh |
Posting pada: 22-06-08 13:28
kalau kurang tak apa.. kalau inisiatif untuk nak cover amalan mereka..? huu tak tau lah apa nak jadi.. :-|
benci sangat lagi-lagi polis yang bagi contoh tabiat merokok. aihh kontrol emosi tu pasal..... lagi satu, kenapa perut polis ramai yang boroi erk? mengandung ke...? huhuhuhuh........... ----------------- "Permata Idaman, Mutiara Syurga........" |
naruto-san |
Posting pada: 22-06-08 14:04
perlunya ditubuhkan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) untuk membaik pulih imej pasukan poli s malaysia....pasukan polis perlu dirombak dan anggota2 polis perlu ditarbiah supaya menjadi polis yang bertaqwa.
p/s: ehh, tak ada siapa ke yang nak backing polis???....dulu kalau naruto-san buka topic jenayah anggota polis, confim siap ada yang marah lagi kerana mendedahkan benda itu....siap tak setuju dengan penubuhan IPCMC....mereka sanggup bersengkongkol, pejam sebelah mata dengan perbuatan "nakal" polis. |
smiley_brutalx |
Posting pada: 22-06-08 15:35
hmm polis sekarang memang tak dapat dimaafkan...sekarang tengok polis pom benci sangat-sangat...dulu handbag umie saya pernah kena curikx...pergi balai polis ..polis ambex keterangan...lepas tu tak ada apa-apa berita...yang tu boleh time lagi bab tak ada bukti siapa yang curi...yang kes kedua berlaku pada saya sendiri...yang mana handbag saya dicuri lam kedai ..masa tu kad bsn pom ada lam tu..kita nux pagi report kat balai polis...polis suruh bayar rm50 untuk apa pun tak tahu..den polis tu cakap kekgi detektif kami akan telipown..sampai mlm tak ada pun detektif tepown... kita buat pencarian sendiri..kita pergi buat report kad bsn yang hilang tu ..org bsn kata dah ada 2transaction yang dwit tu dah dikeluarkan lam masa beg tu hilang....kita cuba kesan bank mana pukul berapa...den kita pergi tempat tu tengok cctv...alhamdulillah numpax muka org tu dan dengan izin ALLAH kad yang dipegang tu pom numpax nama saya..pencuri tu memang kita kenal..den pergi baleq kat balai polis dan gtaw yang kita dah tahu siapa yang ambeq..lepas itu polis tu gtaw kekg ada owank akan kol...sampai ke saat ini tak ada pom dr balai tu kol..huh...yang kes KETIGA...org curix laptop lam kdae...cctv dengan jelas tanpa blurnya menunjukkan wajah pencurix...tapi lsg tak ada tindakan...call polis janji nux mae..sampai ke arinie xmae2...kekg apa-apa hal saya takkan report dah kat polis...sia-sia juga...siap kena bayar lagi tu..kalau bab menyaman org cepat juga...tak payah suruh cepat juga kejar kita...
|
mizie_hafiz80 |
Posting pada: 22-06-08 15:47
Memang tak dapat dimaafkan perbuatan tu... Tapi perkara seperti ini tidak akan berlaku sekiranya orang- orang yang berfikrah Islam menyertai polis... Orang- orang agama langsung tak berminat dengan kerjaya ini... Wahai orang- orang agama, marilah sama- sama kita menyertai polis...
|
AmrinHakeem |
Posting pada: 22-06-08 15:58
Pada 22-06-08 15:47 , mizie_hafiz80 posting:
!!! QUOTE !!! Memang tak dapat dimaafkan perbuatan tu... Tapi perkara seperti ini tidak akan berlaku sekiranya orang- orang yang berfikrah Islam menyertai polis... Orang- orang agama langsung tak berminat dengan kerjaya ini... Wahai orang- orang agama, marilah sama- sama kita menyertai polis... memang kena kuat sangat-sangat sebab memang majoriti dah macam tu (tabiat smoke, tak jaga pergaulan) sedikit sebanyak mudah sangat nak mempengaruhi kita walaupun kita tau benda tu salah. saya tengok sendiri dengan mata kepala suasana palapes. ada sahabat yang faham usrah join semata-mata nak ubah keadaan dalam tu. last2 dia yang terjerumus. ya Allah saya tak tau nak cakap macam mana. sedih sangat. ya Allah bantulah kami yang lemah ini. -_- |
naruto-san |
Posting pada: 22-06-08 23:54
apabila polis dijadikan sebagai boneka, kuda tunggangan demi kepentingan pemimpin-pemimpin zalim.
----------------- http://al-ahkam.net/home/index.php http://www.alwahy.com/ |
LinCikedot |
Posting pada: 23-06-08 07:57
isu etika di kalangan anggota polis memang tidak dinafikan agak ber'reputasi' buruk, namum hamba mengharapkan kepada segelintir anggota polis yang 'nakal' ini cepat-cepatlah sedar dan kembali ke jalan yang benar. rezeki Allah beri tu hendaklah kita bersyukur dan satu cara bersyukur ialah dengan bekerja secara jujur dan ikhlas. wasalam.
|
naruto-san |
Posting pada: 23-06-08 17:17
Pada 22-06-08 15:47 , mizie_hafiz80 posting:
!!! QUOTE !!! Memang tak dapat dimaafkan perbuatan tu... Tapi perkara seperti ini tidak akan berlaku sekiranya orang- orang yang berfikrah Islam menyertai polis... Orang- orang agama langsung tak berminat dengan kerjaya ini... Wahai orang- orang agama, marilah sama- sama kita menyertai polis... teori bersih dari dalam???......terjun masuk dalam labu yang kotor & cuci dari dalam??? rasanya...teori ini dah tak releven....bahkan sudahpun terbukti ketidakberkesanannya.... almarhum ustaz fadhil noor pernah berpesan pada sahabat baiknya supaya tidak mencuba teori hangat-hangat tahi ayam ini....tapi malangnya sahabat ustaz fadhil noor itu degil....akhirnya....seperti mana semua orang tahu....berlakulah peristiwa yang menggegarkan satu malaysia. mencuci perlu dari luar...bukan dari dalam. ----------------- http://al-ahkam.net/home/index.php http://www.alwahy.com/ |
zam_rizal |
Posting pada: 17-07-08 14:41
Selagi pihak Barisan Nasional yang kejam terhadap rakyat ni memerintah negara, selagi itulah polis akan menjadi pak tunduk kepada puak2 BN ni...Polis yang sepatutnya menjaga rakyat, telah menjadi musuh kepada rakyat sekarang...
Wahai anggota polis sekelian, tidak sedar lagikah kalian bahawa rakyat semakin membenci kalian ?? Kenapa masih mahu ikut pemerintah yang KEJAM dan ZALIM?? Ana pernah kena bom asap di hari itu dengan FRU...so ana tahulah betapa sakitnye diseksa oleh pihak polis dengan FRU ni... ----------------- :: Salam Persaudaraan Untuk Semua :: |
pemburu_harimau |
Posting pada: 17-07-08 14:51
aku menyampah betul dengan orang buka topik
untuk provokasi PDRM ni... kalau anda ni betul sangat... jaga keselamatan diri sendiri.. tak payah ada POLIS di Malaysia.. admin bila nak lock topik tiada ilmiah ini? ----------------- Harimau adalah makhluk Tuhan, Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini? |
Ulfah_AzZahra |
Posting pada: 17-07-08 16:49
Salam buat semua :-
Kepada pemburu harimau, saya rasa artikel ini bukannya tiada ilmiah. Dalam kita ingin memberi pendapat, biarlah secara matang. Lumrah sifat manusia, dalam meniti kehidupan seharian, apa jua kezaliman dan penindasan itu patut kita halangi. Dalam isu etika PDRM ni misalnya, setiap rakyat Malaysia amat menghormati polis, sekiranya kredibiliti polis itu menjiwai akhlak mulia sesuai dengan peribadi seorang muslim. Sekiranya anda rasa artikel ini tiada ilmiah, lebih baik anda buka topik bincang agama, artikel-artikel tentang tazkirah ataupun anda boleh join usrah bersama teman-teman di forum ni. Saya rasa sudah tentu masa dan buah fikiran anda dapat disalurkan secara baik melalui forum-forum yang berguna ni. Saya juga rasa sekiranya anda dapat manfaatkan masa sebegini, saya pasti hati anda tidak akan menyampah sekiranya anda membuka pelbagai topik di forum ini. |
pemburu_harimau |
Posting pada: 17-07-08 17:45
Pada 17-07-08 16:49 , Ulfah_AzZahra posting:
!!! QUOTE !!! Salam buat semua :- lah.. ini kenyataan untuk Pemburu_Harimau... tiada kaitan dengan perbincangan forum.... Ulfah_Azzahra.. anda tak mahu provokasi terhadap PDRM seperti "mereka" diatas ke? ----------------- Harimau adalah makhluk Tuhan, Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini? |
naruto-san |
Posting pada: 17-07-08 22:47
sesungguhnya....polis malaysia yang kebanyakkan melayu-Islam....telah memalukan agama Islam di mata pandangan orang bukan Islam di malaysia khususnya orang cina & india.
kejadian polis menerima rasuah...polis FRU yang bertindak ganas terhadap rakyat malaysia....polis yang menjadi boneka pemimpin-pemimpin zalim....kebanyakkan semua polis2 ini beragama Islam....dan mereka semuanya ini telah memalukan Islam. Islam tidak perlukan umat yang menyalahgunakan kuasa.....Islam tidak memerlukan umat yang mempunyai kuasa tetapi menerima rasuah....Islam tidak perlukan umat yang suka menzalimi manusia lain. kepada polis2 yang beragama Islam tetapi masih nak mengekalkan tabiat menerima rasuah, masih ingin menjadi boneka pemimpin zalim, gemar menzalimi manusia....SILA KELUAR daripada ISLAM!!!! jangan memalu & menjatuhkan imej Islam!!! |
sirat82 |
Posting pada: 17-07-08 23:44
Pada 17-07-08 22:47 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!!
----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman |
myhoney |
Posting pada: 18-07-08 06:52
kasihan polis....sedara mara saya ada yang kerja polis ....penyokong kuat pas ....kondem habis-habisan kerjaaan yang korup dan zalim....tapi sebab perangai segelintir polis yang 'jahat'...maka bila ada saja yang namanya polis maka orang cop ' boleh dicucuk idung' dengan kerajaan...salah guna kuasa dan seumpamanya....kasihan polis....kekadang masuk kategori 'pak turut' saja...
agaknya inilah dikatakan " SEBAB NILA SETITIK HABIS BIRU BAJU SEBELANGA " .... dah tak nampak elok semua polis kat malaysia.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
pemburu_harimau |
Posting pada: 18-07-08 07:54
Pada 18-07-08 06:52 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! kasihan polis....sedara mara saya ada yang kerja polis ....penyokong kuat pas ....kondem habis-habisan kerjaaan yang korup dan zalim....tapi sebab perangai segelintir polis yang 'jahat'...maka bila ada saja yang namanya polis maka orang cop ' boleh dicucuk idung' dengan kerajaan...salah guna kuasa dan seumpamanya....kasihan polis....kekadang masuk kategori 'pak turut' saja... seee.... aku dah cakap... topik ini memberi peluang untuk provokasi terhadap PDRM saja! ----------------- Harimau adalah makhluk Tuhan, Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini? |
najah85 |
Posting pada: 18-07-08 10:44
Pada 18-07-08 06:52 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! kasihan polis....sedara mara saya ada yang kerja polis ....penyokong kuat pas ....kondem habis-habisan kerjaaan yang korup dan zalim....tapi sebab perangai segelintir polis yang 'jahat'...maka bila ada saja yang namanya polis maka orang cop ' boleh dicucuk idung' dengan kerajaan...salah guna kuasa dan seumpamanya....kasihan polis....kekadang masuk kategori 'pak turut' saja... Jangan salah anggap diatas cuma pendapat pada segelintir polis-polis sahaja..kalau yang baik tu alhamdulillha lah... |
myhoney |
Posting pada: 18-07-08 14:04 |
AmrinHakeem |
Posting pada: 18-07-08 14:17
ya Allah nak buat macam mana.. bukan nak buruk sangka tapi dah realiti.. ana ni pula jenis yang negatif... -_-
memang tak dapat dinafikan hanya seorang sahaja out of semua polis2 yang ana pernah terserempak yang senyum kat ana dengan keadaan yang berwajah bersih. itu pun kat shah alam, selepas kemenangan pilihan raya yang lalu -_- yang lain semuanya tak pasang signal masa nak belok lah, tak pakai tali pinggang keledar lah. tapi sapa yang saman orang awam kalau tak buat semua tu? (saya sungguh emo. maaf banyak-banyak bagi insan hina ini) |
arepis |
Posting pada: 18-07-08 14:20
Pada 17-07-08 14:51 , pemburu_harimau posting:
!!! QUOTE !!! aku menyampah betul dengan orang buka topik pemburu harimau = pemburu pokok ??? ----------------- Hanya ISLAM yang benar....... |
azemi |
Posting pada: 18-07-08 15:44
Pada 17-07-08 14:51 , pemburu_harimau posting:
!!! QUOTE !!! aku menyampah betul dengan orang buka topik Apa topik yang ilmiahnya?boleh bagi contoh tak? ----------------- "Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka |
wuzaraa |
Posting pada: 18-07-08 16:23
Salam...
Polis dalam dalam negara Islam mempunyai kedudukan yang mulia bertugas menguatkuasa hukum Islam. Sayangnya tugas Polis hari ini bercamppur aduk, ada yang halal ada yang haram. Terima kasih kepada Pak Polisi yang jaga lalu lintas dan perkara2 yang mubah lain. Tetapi jika menguatkuasa hukum2 kufur, tajassus, ambil rasuah, belasah rakyat, tekan gerakan Islam... ini semua perbuatan2 yang haram. Apa pun, ambil hadith nabi " tinggalkan perkara yang meragukan kepada yang tidak meragukan". Kerana tugas polis sebagai penguatkuasa undang-undang sekular ini memang sangat memungkin melakukan perkara2 yang bertentang dengan hukum Allah. p/s: Tak pelik tengok SB yang penuh dengan sandiwara, kepura-puraan. Mereka sanggup berlakon dan berbohong semata-mata untuk dapat maklumat. wuzara http://jemaah-islam.blogspot.com |
simpLe_sHida |
Posting pada: 18-07-08 16:49
salam alaik..
nampaknya.. memang tiap topik akan kita nampak ayat yang sama. kalau rajin.. ana alukan masuk semua topik bagi semua tajuk-tajuk yang ada dalam Ukhwah.com ni.. untuk menambah bilangan posting anda... erm.. copy paste saja ayat sama kan.. isu polis ni.. berbalik pada hati masing-masing.. nawaitu tu tersangatlah penting.. apa jua yang kita buat.. pasti telintas dalam hati... kadangkala kita dalam dilema untuk lakukan sesuatu kan.. bagi ana.. jika seesorang dah buat kesalahan wajar lagi amat diHUKUM.. bagi pengajaran.. contoh boleh gantung kerja.. bagi notis..etc. kalau dah terukss sangat.. buang saja negeri..hehe.. apa ye tema..cogankata pdrm?? try test ingat.. tapi.. belum hafal.. ( ni nada serius..bukan maksud lain.. ("_) ) ----------------- ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum.. |
wuzaraa |
Posting pada: 18-07-08 17:32
salam..
niat yang betul WAJIB disertai tindakan yang betul. mungkin seorang yang bercita-cita nak jadi Polis kerana nak jaga keamanan, tujuan itu memang baik. Tetapi tindakannya juga perlu betul, iaitu berdasarkan hukum Allah. Jika tidak mungkin mereka menangkap pendakwah dari gerakan Islam dan FRU sembur air gatal kepada peserta masiroh didasari kerana menjaga keamanan sedangkan tindakan tersebut bertentangan dengan hukum Islam. Jika kita jadikan Halal dan Haram sebagai standard setiap perbuatan kita tanpa ditokok tambah dengan akal, insyaAllah disitu ada keredhaan. Apalah ertinya seorang POLIS menyokong PAS, Tabligh, JIM hatta Hizbut Tahrir sekalipun jika masih lagi dia menguatkuasakan hukum taghut. Allah mengingatkan kepada kitasemua (bukan Polis sahaja).... Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. (QS. An-Nisa : 60) wuzara http://jemaah-islam.blogspot.com |
wuzaraa |
Posting pada: 18-07-08 17:34
minta maaf, tak tahu Kenapa jadi begitu... tuan moderat, tolong deletekan yang tersalah tu. Ampun....
|
nurkamar |
Posting pada: 18-07-08 21:52
ooo.....
baru faham... patut lah anak2 paklong saya semuanya menjadi... ada yang huffaz.. ada yang cikgu.. ada yang accountant... engineer(anak ramai aternye..) adab pekerti pun bagus2 semuanya.. mengalahkan kami adik beradik... baru tauu pak long saya JAHAT rupanya... kerja POLIS... patut lah pun.... hmm... |
AmrinHakeem |
Posting pada: 18-07-08 22:42
Pada 18-07-08 21:52 , nurkamar posting:
!!! QUOTE !!! ooo..... a'ah dia ustaz agaknya kat POLIS tu.. hari2 tazkirah mereka. sabar saja layan kerenah POLIS yang merokok, campur gaul laki perempuan semua tu kan.. hmm tahniah kat PAKLONG nurkamar . |
naruto-san |
Posting pada: 19-07-08 13:33
Pada 17-07-08 23:44 , sirat82 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 17-07-08 22:47 , naruto-san posting: naruto-san tidak akan sesekali menarik kembali kenyataan naruto-san di atas.....sebabnya realitinya adalah begitu. kepada sahabat2 yang mempunyai kawan yang jadi polis, pakcik makcik yang jadi polis, adik beradik yang jadi polis....sila sampaikan PESANAN naruto-san di atas kepada mereka. sampaikan jugak kepada mereka....JANGAN MEMALUKAN ISLAM!!!.....JANGAN BURUKKAN IMEJ ISLAM!!! p/s: Islam tak perlukan pegawai polis Islam yang jahat...betul tak? ----------------- http://al-ahkam.net/home/index.php http://www.alwahy.com/ |
sirat82 |
Posting pada: 19-07-08 14:38
Pada 19-07-08 13:33 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!!
Kalau pernah, sila keluar dari Islam. Sebab? Islam tak perlukan orang jahat dan bermaksiat macam tu... ps:- Aku bukan suruh hang (sesiapa yang pernah buat jahat) murtad. Saja nak bagi balik ayat hang tu kat diri hang. Sebab tu aku cakap berhati-hati bila keluarkan pendapat. ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman |
owl_UM |
Posting pada: 19-07-08 15:21
ADDDOOIII!!! Pedasnya counter Mr sirat82... HHEEHHEE... Apapun, Owl hormati
apa jua pendapat kalian. ERRMM... Bagi saya, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. That's all. Samalah seperti mahasiswa yang digelar bakal pemimpin negara, cendiakawan bijak pandai, research for new technology dan lain- lain lagi. Tapi ada yang buat maksiat... Ada yang mencuri... Ada yang terlibat dengan dadah... Kalau macam tu, nak hapuskan mahasiswa? Nak kata adik-beradik kita yang masuk universiti jahat dan keji? Nak kata mahasiswa semuanya rosak? Samalah kesnya dengan polis. Kalau tak ada polis, mahu menangkap perompak dan pencuri sendiri? Mahu kita terkejar-kejar terkinja-kinja on your own bila diragut? Hanya berdiam diri seorang bila diacu pistol dan kehilangan lebih RM1000 include handset Samsung SGH-F400 lalu terkencing di situ? Polis yang mana baik, baiklah... Yang jahat, jahatlah... Cuma, takut ada mana-mana ahli warga ukhwah.com ini yang terasa bila bapanya atau abangnya yang bertugas sebagai polis dikata keji, dikata anjing dan dikata mengambil rasuah... -Sekian, Aman Malaysia- p/s: Perlukan anggota penyiasat polis dan BPR yang benar-benar professional menyiasat kes rasuah dalam sales of MV Agusta by Proton. Bila mengetahui making out the 107 million Euros and simply disposing M.V.Agusta for 1 Euro, pasti ada penjenayah peringkat atasan yang keji.... Huueehhuuee!!! |
irashahirah |
Posting pada: 19-07-08 15:56
Pada 19-07-08 13:33 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!! Pada 17-07-08 23:44 , sirat82 posting: ... maap lah ye cik naruto saya pun tak setuju awak cakap macam itu dah baik beno ke nak senang-senang suruh orang keluar islam ni ke imej islam awak kalau macam ini.. kecewa gila lah saya... tok sah nak emosi tak tentu hala... |
swordofdeen |
Posting pada: 19-07-08 16:45
Naruto-san ada menyatakan kriteria orang / pegawai polis yang dicadangkannya meninggalkan agama..cuba baca betul-betul.
Tak seperti beberapa golongan yang senang-senang kafirkan-bid'ah-masuk nerakakan-fasikkan orang atas sebab2 khilafiyyah. |
irashahirah |
Posting pada: 19-07-08 16:52
Pada 19-07-08 16:45 , swordofdeen posting:
!!! QUOTE !!! Naruto-san ada menyatakan kriteria orang / pegawai polis yang dicadangkannya meninggalkan agama..cuba baca betul-betul. boleh ke MENCADANGKAN orang ISLAM meninggalkan agama?? walaupun dia jahat mana sekalipun... haiyoh... kita sibuk2 nak ajak orang bukan Islam masuk Islam.. ada pula suruh orang Islam keluar agama pula... perkara Murtad tok boleh buat memain ye.. |
naruto-san |
Posting pada: 19-07-08 20:48
Pada 19-07-08 16:45 , swordofdeen posting:
!!! QUOTE !!! Naruto-san ada menyatakan kriteria orang / pegawai polis yang dicadangkannya meninggalkan agama..cuba baca betul-betul. akhirnya...ada jugak yang faham maksud tersirat naruto-san. apa pun....sekali lagi naruto-san tegaskan....naruto-san tidak akan sesekali menarik kembali kenyataan naruto-san. satu perbezaan antara naruto-san, jugak sahabat2 semua....berbanding pegawai polis Islam yang jahat ini.....pegawai2 polis yang jahat ini mempunyai kuasa, mereka adalah pihak authority....dan kita rakyat berbezanya dengan polis adalah kita tidak mempunyai kuasa. sebagai pihak yang mempunyai kuasa (pihak berkuasa)....tidak sepatutnya mereka membuat kejahatan, menyalahgunakan kuasa mereka mengugut rakyat, menahan sewenang-wenangnya rakyat yang tidak bersalah semata-mata mengikut arahan pemimpin yang zalim, menerima rasuah. p/s: alangkah baiknya sekiranya polis malaysia ini seperti polis singapore & polis hong kong.....tapi untuk sampai ke tahap itu, 1st polis malaysia perlu dihantar tarbiah, perlu dihantar ke kursus kerohanian & tamrin...polis2 yang telah melakukan kejahatan perlu hukum sewajarnya....IPCMC perlu ditubuhkan segera bagi menyelamatkan negara malaysia tercinta daripada dikuasai oleh orang2 jahat. p/s ke-2: bukan budak-budak sekolah sahaja yang perlu dihantar ke kursus2 tarbiah & kerohanian...tapi orang2 dewasa lebih-lebih lagi polis perlu juga dihantar tarbiah. ----------------- http://al-ahkam.net/home/index.php http://www.alwahy.com/ |
wafie |
Posting pada: 19-07-08 21:41
aku nak ulang sekali lagi pada pemburu harimau jika anda rasa perbincangan di forum ukhwah ni kurang ilmiah atau sekadar untuk mengadakan provokasi .lebih baik anta undurkan diri dan carilah mana-mana portal atau forum yang anda rasakan berilmiah .........
|
wafie |
Posting pada: 19-07-08 21:44
malaysia katanya negara demokrasi.masing-masing bebas dan berhak mengemukakan pendapat...bagi mana-mana yang tak dapat menerima hakikat sila keluar dari prtal ini dan carilah yang disasakan terbaik...harap maklum
|
pemburu_harimau |
Posting pada: 19-07-08 23:37
Pada 19-07-08 21:41 , wafie posting:
!!! QUOTE !!! aku nak ulang sekali lagi pada pemburu harimau jika anda rasa perbincangan di forum ukhwah ni kurang ilmiah atau sekadar untuk mengadakan provokasi .lebih baik anta undurkan diri dan carilah mana-mana portal atau forum yang anda rasakan berilmiah ......... AKU ULANGI SEKALI LAGI.... memang kurang ajar sungguh budak wafie ni... masuk forum hanya nak provoke dan jadi batu api memulakan pergaduhan... supaya tercetusnya kekacauan dalam sesuatu forum... ADMIN sila fikir tindakan sesuai diambil terhadap Wafie ini... jika tidak... nanti akan ada yang akan mengikut dan membalas keyataan kurang ajar beliau ini.... seterusnya menimbulkan pergaduhan yang tak memberi apa-apa faedah kepada ukhwah.com KEPADA YANG LAIN... TERUSKAN PERBINCANGAN TOPIK ASAL... ----------------- Harimau adalah makhluk Tuhan, Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini? |
sirat82 |
Posting pada: 20-07-08 10:54
Pada 19-07-08 20:48 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!! akhirnya...ada jugak yang faham maksud tersirat naruto-san. Hmm... Ini bukan berkaitan perkara tersurat atau tersirat. MENYERU atau MENYURUH seseorang muslim (tak kira munafik, fasik, jahat, pihak berkuasa, orang bermaksiat, polis perangai macam dajal dll yang difikirkan jahat), kearah meninggalkan islam bukanlah dari kalangan seruan orang -orang yang beriman kepada Allah. Sebabnya? Ia menyalahi seruan yang diajar oleh Nabi Muhammad yang MENYERU dan MENYURUH ke arah Mengesakan Allah. Tapi seruan hang seolah - olah cakap "Huoi orang yang buat jahat, Sekutukanlah Allah!(keluar Islam). Islam tak perlu orang jahat macam hang". Maka atas AJARAN 'ISLAM' manakah yang hang ikut ni? Tidak ada satu pun seruan daripada Nabi Muhammad yang menyeru ke arah mensyirikkan Allah. Takkanlah perkara macam ni pun tak paham!!!! Hang taknak tarik balik kenyataan hang tu hang punya pasal. Tapi aku tak mahu nanti pada masa akan datang ada orang terbaca kenyataan hang, dan mereka menggunakan kenyataan hang sebagai 'hujah'. "kat ukhwah.com kata boleh saja suruh orang jahat keluar dari Islam...". Masa tu hang sendiri pun boleh fikir apa yang akan berlaku hasil gaya pemikiran macam hang... Sorry in advance sebab ter emo sikit... ps:- antara polis muslim yang jahat dengan polis kafir yang baik, manakah yang LEBIH baik? Sendiri fikirkan...... semoga kita kekal dalam hidayah Allah. ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman |
hafeezzul |
Posting pada: 20-07-08 12:17
Setuju dengan sirat82, nampaknya naruto-san ada pengalaman tak baik bersama polis ye? jangan lah lepaskan kemarahan dan perasaan tu kepada kepada polis walaupoun dia seorang jahat. Patutnya kita seagama perlu kasihan kepada mereka yang jahat ini atas perbuatan mereka. Jika kita menghalau dan menyisihkan mereka, mereka akan semakin jauh daripada Islam.
Tak guna ego yang berpanjangan hanya kerana beberapa org polis yang jahat ini. Hakikatnya sejahat mana mereka mereka masih adalah saudara kita. Cuba naruto-san baca banner ukhwah ini apa? Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara (49:10) Islam ini adalah agama nasihat menasihati dan ingat mengingati, jika perjalanan kita masih jauh, kita akan tempuhi pelbagai lagi perkara yang jahat2. Takan kita nak benci semua. Dan tidak semestinya jika kita baik pada hari ini kita akan baik selama2nya, itu semua atas hidayah dan rahmat ALLAH kepada kita. Mungkin satu hari sebgai balasan kita pada kebencian kita pada polis, ALLAH takdirkan anak kita atau saudara terdekat kita menjadi anggota polis. Adakah pada waktu itu kita masih dengan ego kat yang benci pada polis ini? Jadi apa yang patut kita buat, next time kalau polis minta kita duit RM 50 sebab kita kantoi speed trap ke or apa-apa kesalahan lain. Kita jangan bagi, kita cakap kat polis itu "Saya sanggup bayar RM300 saman ini untuk elakkan api neraka membakar tuan kerana nak ambil rasuah RM50. Mudah2 ALLAH mengampuan dosa tuan" lepas itu start engine blahh lah.... |
east_salju |
Posting pada: 20-07-08 19:10
Salam...
sedih bila lihat bezanya polis dulu dan sekarang, ayah saya polis, saya respect kerja ayah saya hingga nak sambung perjuangan ayah saya dengan menjadi inspektor polis, tapi tiada rezeki ke bidang tu, ayah saya dah bersara, sekarang ibu saudara saya yang kekal dengan profession polis sebagai sarjan...(aikk...entah naperla cerita hal ni pula...) apa yang saya cuba sampaikan, itulah...bezanya polis dulu dan sekarang, segalanya bergantung pada niat, jadi anak polis dulu rasa bangga tak terkata bila semua daerah yang kita tinggal kenal dengan ayah saya, termasuklah saya sekali ni haa...tapi nak buat macammana kan...zaman dah berubah... |
pemburu_harimau |
Posting pada: 21-07-08 13:08
Pada 19-07-08 13:33 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!!
emmm... kalau ada polis yang jahat, rasuah yang nak keluar ISLAM (Murtad)... puas hati anda Naruto-San? ----------------- Harimau adalah makhluk Tuhan, Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini? |
pemburu_harimau |
Posting pada: 21-07-08 13:14
Pada 19-07-08 20:48 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!!
siapa sepatutnya yang mentarbiahkan polis? siapa nak tarbiah polis.... anda? sila bagi cadangan... ----------------- Harimau adalah makhluk Tuhan, Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini? |
naruto-san |
Posting pada: 21-07-08 17:12
Pada 20-07-08 10:54 , sirat82 posting:
!!! QUOTE !!!
Allah SWT menyuruh kita berlaku adil.....tak kira kepada orang Islam sendiri mahupun kepada orang kafir. adakah sekiranya pegawai polis Islam melakukan satu jenayah, maka pegawai polis tersebut dilepaskan, tidak dihukum bahkan dilepaskan semata-mata dia beragama Islam??? .....dan sekiranya seorang pegawai polis bukan Islam melakukan jenayah maka pegawai tersebut dihukum dengan hukuman berat semata-mata dia TIDAK ISLAM???....adakah ini maksud saudara/i sirat82??? sayang seribu kali sayang sekiranya ada umat Islam berfikiran sebegini.....kalau beginilah fahamannya.....maka tidak banyak bezalah dengan UMNO....kroni disanjung, dilindungi, diberi tender & kontrak project.....bukan kroni dipulau jauh2. p/s: fahaman2 & mentaliti UMNO mungkin boleh dibukukan & diajar secara terang-terangan di sekolah2 supaya lebih mudah malaysia ini musnah. ----------------- http://al-ahkam.net/home/index.php http://www.alwahy.com/ |
pemburu_harimau |
Posting pada: 21-07-08 17:47
Pada 21-07-08 17:12 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!!
ishkk... apa kebondonya anda ni Naruto-San tak kira siapa saja yang melakukan jenayah... semuanya kena hukum.. Tak kira polis islam ke.. polis tak islam ke... askar islam ke.. bukan askar ke... penjenayah memang semuanya kena hukum... tiada sesiapa pun kat sini nak membela penjenayah... ----------------- Harimau adalah makhluk Tuhan, Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini? |
pemburu_harimau |
Posting pada: 21-07-08 17:49
Pada 21-07-08 17:12 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!!
yang ni lagi aku tak faham...apa kaitannya dengan Polis? ----------------- Harimau adalah makhluk Tuhan, Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini? |
naruto-san |
Posting pada: 21-07-08 18:43
hek eleh....pumburu_harimau a.k.a pemburu_pokok....tak habis-habis kecoh tak bertempat
tak kisahlah siapa pun yang urus kursus tarbiah & tamrin anggota polis....naruto-san sendiri pun boleh (kalau nama naruto-san boleh lepas sekatan kat polapol alhamdulillah)....boring jugak kekadang menghandle budak-budak sekolah saja waktu kursus......nak jugak handle pegawai2 kerajaan yang kononnya cenge & garang macam polis. tapi....ustaz2 & mufti2 lebih baik & lebih molek....naruto-san better jadi pembantu mereka saja waktu kursus tersebut....yang paling penting ialah syllabus & pengisian dalam kursus tersebut.....ianya perlulah mampu menginsafkan pegawai2 polis ini sebagaimana insafnya budak-budak sekolah yang pergi kursus2 tamrin & tarbiah. lebih penting....bukan pegawai2 polis bawahan saja yang wajib pergi ke kursus2 sedemikian.....tapi...pegawai2 polis berpangkat tinggi seperti Ketua Polis Negara (KPN) lebih-lebih lagi wajib pergi bahkan kursus ke atas pegawai2 atasan ini perlu dipanjangkan berbanding pegawai2 biasa & bawahan. apa-apa pun....IPCMC perlu ditubuhkan secepat yang mungkin bagi menyelamatkan malaysia & institusi kepolisan negara....pegawai2 polis yang membuat jenayah perlu disuspend or dipecat & dihukum dengan hukuman yang setimpal....rombakan struktur & jawatan2 polis perlu dilakukan segera supaya polis2 malaysia diketuai oleh KPN yang takutkan Allah SWT sampaikan pesanan naruto-san kepada adik beradik sahabat2 yang ada jadi polis....pakcik makcik yang jadi polis....sepupu2 yang jadi polis....supaya.....jangan cemarkan imej Islam....jangan malukan Islam....jangan jatuhkan imej Islam....jangan menyusahkan Islam Islam tak perlukan pegawai2 polis Islam yang jahat yang sudah pasti menyusahkan Islam & umat Islam yang lain. ----------------- http://al-ahkam.net/home/index.php http://www.alwahy.com/ |
anis_zulaikha |
Posting pada: 21-07-08 18:44
Pada 21-07-08 18:43 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!! hek eleh....pumburu_harimau a.k.a pemburu_pokok....tak habis-habis kecoh tak bertempat. orang yang same ke?? |
wafie |
Posting pada: 21-07-08 19:59
tak penat ke wahai pemburu pokok ......asyik nak buat kecoh saja.carilah portal lain yang sesuai dengan anda.anda tak sesuai lah dalam portal ini sikit-sikit buat kecoh.dengarla pendapat orang lain asyik nak bidas saja.kalau tak boleh terima pendapat pergi jauh-jauh......cari forum lain yang sesuai..
|
AmrinHakeem |
Posting pada: 21-07-08 20:25
kasihan kan orang Islam.
budaya gaduh cani lah menyebabkan kita ni lembap gila. omputih dah maju gila dah. kita ni ya rabbi pemikiran tahap mana tah. kalau betul-betul ikut sikap sahabat Rasulullah, boleh maju macam mereka. ini tak, akibat nya tanggung lah sniri. p/s : aku memang benci perangai orang Islam yang cani. melembap kan kemajuan orang Islam saja. |
pemburu_harimau |
Posting pada: 21-07-08 21:51
Pada 21-07-08 18:44 , anis_zulaikha posting:
!!! QUOTE !!! Pada 21-07-08 18:43 , naruto-san posting: eleh... si naruto-san tu nak cover dia punya kenyataan "POLIS JAHAT KELUAR ISLAM"... Naruto-San takkan tarik balik... ----------------- Harimau adalah makhluk Tuhan, Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini? |
pemburu_harimau |
Posting pada: 21-07-08 21:55
Pada 21-07-08 19:59 , wafie posting:
!!! QUOTE !!! tak penat ke wahai pemburu pokok ......asyik nak buat kecoh saja.carilah portal lain yang sesuai dengan anda.anda tak sesuai lah dalam portal ini sikit-sikit buat kecoh.dengarla pendapat orang lain asyik nak bidas saja.kalau tak boleh terima pendapat pergi jauh-jauh......cari forum lain yang sesuai.. wafie ni memang kurang ajar.... daripada anda provoke kepada pemburu harimau... lebih baik jawab soalan... anda pun tak puas hati dengan polis wafie? sama macam naruto-san yang tak puas hati dengan polis? ----------------- Harimau adalah makhluk Tuhan, Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini? |
ibnu_musa |
Posting pada: 21-07-08 22:45
Pada 21-07-08 13:14 , pemburu_harimau posting:
!!! QUOTE !!!
pemburu harimau lah yang sesuai nak tarbiah polis, harimau pun boleh ditangkap apa lagi polis? p/s: naruto-san, tak elok terlalu berdendam dengan polis, dalam ramai-ramai yang korup tu saya percaya masih ramai yang masih setia dan jujur berkhidmat. p/s2: kalau kita sendiri terjebak dalam kerja yang terbuka untuk penyelewengan sebegitu, tak tentu juga kita pun terlepas p/s3: ada kaitan dengan topik ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
sirat82 |
Posting pada: 22-07-08 01:36
Pada 21-07-08 17:12 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!! Allah SWT menyuruh kita berlaku adil.....tak kira kepada orang Islam sendiri mahupun kepada orang kafir. Benarlah kata-kata ini. !!! QUOTE !!! adakah sekiranya pegawai polis Islam melakukan satu jenayah, maka pegawai polis tersebut dilepaskan, tidak dihukum bahkan dilepaskan semata-mata dia beragama Islam??? .....dan sekiranya seorang pegawai polis bukan Islam melakukan jenayah maka pegawai tersebut dihukum dengan hukuman berat semata-mata dia TIDAK ISLAM???....adakah ini maksud saudara/i sirat82??? !!! QUOTE !!! sayang seribu kali sayang sekiranya ada umat Islam berfikiran sebegini.....kalau beginilah fahamannya.....maka tidak banyak bezalah dengan UMNO....kroni disanjung, dilindungi, diberi tender & kontrak project.....bukan kroni dipulau jauh2. !!! QUOTE !!! p/s: fahaman2 & mentaliti UMNO mungkin boleh dibukukan & diajar secara terang-terangan di sekolah2 supaya lebih mudah malaysia ini musnah. ps:- Hang ingat aku tak setuju dengan SEMUA pendapat hang ke...? ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman |
sirat82 |
Posting pada: 22-07-08 01:41
Pada 21-07-08 18:43 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!! Islam tak perlukan pegawai2 polis Islam yang jahat yang sudah pasti menyusahkan Islam & umat Islam yang lain. Senang cerita macam ni. Kalau ayat ni bermaksud SURUH atau MENYERU kepada keluar islam aku tetap bangkang habis-habisan. Kalau selain dari maksud tu, mungkin aku boleh terima (kena tengok maksud sebenar dulu.) Maka, apakah yang ingin disampaikan oleh naruto-san?... ps:- Kritikan ini membawa maksud teguran. ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman |
Martyr |
Posting pada: 22-07-08 10:25
Pada 18-07-08 21:52 , nurkamar posting:
!!! QUOTE !!! ooo..... akak sebagai peringatan bagi saya dan yang lain.. IMAN tidak dapat dijual beli. IMAN tidak dapat di warisi. ----------------- |
nurkamar |
Posting pada: 22-07-08 21:27
Pada 22-07-08 10:25 , Martyr posting:
!!! QUOTE !!! off topic to answrn the quote above: tersuratnya sebegitu tersiratnya selalu amat berbeza ketara ----------------- |
pemburu_harimau |
Posting pada: 22-07-08 21:55
Pada 21-07-08 22:45 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 21-07-08 13:14 , pemburu_harimau posting: ya ke? kita tak pilih kasih... siapa yang tidak ikut hukum syarak.. kita pakat-pakat tarbiah.... tak semestinya polis saja..... ----------------- Harimau adalah makhluk Tuhan, Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini? |
pemburu_harimau |
Posting pada: 22-07-08 21:59
Nampaknya Naruto-San tidak menarik lagi kata-katanya..
"POLIS JAHAT SILA KELUAR ISLAM"... aku memang membantah sekeras-kerasnya kenyataan mamat ini... jangan main-main ya Naruto-San... ----------------- Harimau adalah makhluk Tuhan, Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini? |
Laskar_Allah |
Posting pada: 25-07-08 23:11
Jubli Emas Gelaran DiRaja: PDRM perlu pulih imej
Bashir Ishak Fri | Jul 25, 08 | 12:30:22 pm MYT KANGAR, 25 Julai (Hrkh) - Sempena Jubli Emas Gelaran DiRaja pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) menggesa pasukan itu mengambil usaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan semula imej mereka yang tercalar sejak kebelakangan ini. Dalam kenyataannya, Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman berkata, PDRM sudah 50 tahun berkhidmat dengan membawa panji-panji diraja dan tempoh itu sepatutnya lebih mematangkan mereka dan bersifat lebih professional dalam menjalankan tugas yang semakin mencabar. Imej PDRM di mata umum kini katanya dilihat amat buruk berikutan tindakan serta pelbagai dakwaan yang melibatkan anggota dan pegawai tinggi mereka sendiri. "Polis DiRaja Malaysia kini lebih popular dengan gelaran Polis Raja Di Malaysia akibat beberapa tindakan kekerasan terhadap orang awam. Begitu juga, banyak lagi perkara lain yang mencalar imej seperti perlakuan jenayah, tuduhan membunuh, rasuah dan sebagainya. "Lebih mencalarkan imej polis bila Ketua Polis Negara sendiri juga tidak terlepas daripada pelbagai kontroversi. Untuk itu kami menyeru PDRM secara professionalnya memulihkan imej mereka. "Apa gunanya lencana "Saya Anti Rasuah" yang gah dipakai sedangkan perlakuan sebenarnya ialah "Saya Nanti Rasuah"," ujarnya. Selain itu katanya lagi, PDRM perlu memperkasakan unit agama mereka sama seperti yang dilakukan oleh Kor Agama Angkatan Tentera supaya anggota beragama Islam mempunyai persediaan dalaman sebelum bertugas. "PDRM perlu menerima syor ini yang sudah banyak kali disebut. Mudah-mudahan pasukan polis akan muncul dengan lebih berketrampilan bukan sahaja dari aspek disiplin, malahan terdidik dari segi rohani. "Apapun, DPPPs mengucapkan tahniah kepada PDRM yang sudah 50 tahun dengan gelaran DiRaja. Pulihkan imej yang tercalar, mudah-mudahan slogan Mesra, Cepat, Betul itu dapat diperkukuhkan sejajar dengan slogan terdahulu mereka iaitu Sedia Berkhidmat," katanya lagi. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
wuzaraa |
Posting pada: 26-07-08 15:58
Pada 17-07-08 22:47 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!!
wbt... Polis dalam Islam adalah jawatan yang mulia kerana bertindak menguatkuasa undang-undang Islam. Tetapi masalahnya hari ini POLIS bertindak untuk menguatkuasa undang-undang kufur. Berat benar tugas itu. Kerana fungsi POLIS hari ini menjaga keamanan dengan menguatkuasa undang-undang kufur, maka wajarlah budaya kufur itu berlaku dalam kerjaya kepolisian. Amalan seperti rasuah, menyalahguna kuasa, tajassus, sabotaj, mengaibkan suspek, membelasah tahanan, menangkap pejuang Islam adalah antara budaya Polis hari ini.i Tidak dinafikan ada juga polis2 yang tersepit antara Hukum Allah dengan bebanan tugas menguatkuasa undang-undang kufur. Apatah lagi jika mereka tinggal dalam masyarakat. Menjadi sebahagian dari pihak yang menguatkuasa undang-undang kufur bukanlah suatu yang boleh dipandang ringan dari segi syara'. saya memahami apa yang diutarakan oleh naruto-san. Tetapi pada saya tidak boleh kita menyuruh mereka keluar Islam, nanti kita turut menanggung dosa. Apa yang patut kita lakukan, adalah mendakwah mereka agar insaf dan bertaubat nasuha. Carilah pekerjaan lain yang jelas hukumnya, biarlah tak ada kuasa atau tak besar gaji asalkan kita dapat berhukum dengan HUKUM ALLAh sepenuhnya. wallahua'lam. wuzara http://jemaah-islam.blogspot.com |
ibnu_musa |
Posting pada: 27-07-08 18:47
Pada 26-07-08 15:58 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!!
saya nak petik kata-kata ini: Carilah pekerjaan lain yang jelas hukumnya, biarlah tak ada kuasa atau tak besar gaji asalkan kita dapat berhukum dengan HUKUM ALLAh sepenuhnya. menurut HT, pendidikan dan kesihatan iaitu sekolah dan hospital hendaklah PERCUMA / FREE kepada masyarakat, tak boleh ambil bayaran atau yuran, betul tak? habis tu, macam mana dengan saudara2 anda yang ambil bidang perubatan tu? yang mengajar di sekolah, kena berhenti dan beralih kerja kepada bidang lain ke? tugas polis lebih kepada menjaga keamanan dan ketenteraman negara, yang menguatkuasakan undang-undang sekular adalah mahkamah atau hakim dan peguam2. kalau nak kira keterlibatan, kita semua pun terlibat sama dengan apa yang ditetapkan oleh pemerintah. wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
pemburu_harimau |
Posting pada: 27-07-08 19:10
Pada 27-07-08 18:47 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!!
ibnu_musa bekerja sekrang ambil rasuah, kerajaan suruh buat jahat semasa kerja ke? kalau kerja buat jahat... baik berhenti lah... cari pekerjaan yang lebih baik... tapi kalau kerja sekarang ni kerja baik... teruskan saja... ----------------- Harimau adalah makhluk Tuhan, Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini? |
ibnu_musa |
Posting pada: 27-07-08 19:17
saya quote kata-kata wuzaraa, bukan PH...
tak semua polis terima rasuah, ramai lagi polis yang baik-baik... kalau nak cakap pasal rasuah, cikgu pun ada juga main rasuah seingat saya ada seorang sahabat HT di sini ambil perubatan, macam mana tu, boleh ke terlibat dengan pekerjaan yang salah aka ikut sistem kufur? p/s: buat apa banyak teori kalau diri sendiri tak praktik? ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
pemburu_harimau |
Posting pada: 27-07-08 20:34
Pada 27-07-08 19:17 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!! saya quote kata-kata wuzaraa, bukan PH... apa yang sabahat HT tak praktiknya ibnu musa? ----------------- Harimau adalah makhluk Tuhan, Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini? |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |