Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 44
Ahli: 0
Jumlah: 44




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Awas!
Topik: Elak makan ikan buntal


Carian Forum

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» Elak makan ikan buntal

Please Mendaftar To Post


Oleh Elak makan ikan buntal

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-06-08 15:57


KUALA LUMPUR 20 Jun - Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya orang ramai tidak membeli atau memakan ikan buntal yang didapati beracun dan boleh membawa maut.

Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, ini kerana kementerian itu melaporkan sebanyak enam kes keracunan makanan akibat memakan ikan buntal dari 6 Mei hingga 10 Jun lalu.

Katanya, kes-kes yang dilaporkan itu telah menyebabkan 36 orang sakit dan dua daripadanya meninggal dunia.

"Semua kes tersebut berlaku di daerah Johor Bharu iaitu dua kes dan satu kes masing-masing di Kota Tinggi, Batu Pahat, Kulai dan Pontian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, ikan buntal atau puffer fish mempunyai racun semula jadi iaitu tetradoxin (TTX) yang terdapat dalam hati, ovari dan usus ikan tersebut.

Menurut Hasan, racun ikan itu sangat berbahaya dan tidak dapat dimusnahkan oleh suhu.

"Ia boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius dan boleh membawa maut. Keracunan boleh berlaku jika proses menyiang ikan itu dilakukan dengan tidak berhati-hati," katanya.

Hasan berkata, Jabatan Kesihatan negeri Johor juga telah mengeluarkan notis di semua pasar dan premis menjual ikan buntal di seluruh negeri itu bagi melarang penjualannya kepada orang awam.

Katanya, orang ramai dinasihatkan melaporkan kepada Jabatan Kesihatan atau Pejabat Kesihatan daerah sekiranya terdapat penjualan telur, daging atau apa-apa produk daripada ikan buntal di negeri itu.

"Mereka juga perlu dapatkan rawatan segera jika sakit setelah memakan ikan itu. Antara gejala keracunan ikan tersebut adalah kebas di mulut, lidah, muka, hujung tangan dan kaki, muntah, cirit-birit, sakit perut, pening, sukar bercakap dan kelumpuhan," katanya.

:jangan:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-06-08 18:00


pelik juga baca berita ini... sebab setahu anis ikan buntal memang org tak makan... dulu ayah kalau balik laut, mesti buang ikan buntal... sebab beracun... tak tau pula ada org yang makan ikan buntal tu.. :roll: :roll:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 21-06-08 18:02


boleh saja makan buntal... asalkan pandai buang bahagian beracun tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-06-08 19:04


betul anis....saya baru tahu ikan buntal boleh dimakan.....issh geli ......kalau pun boleh makan tak lalu rasanya....tapi dah lupa rupa ikan buntal bagaimana. l

cutenya Fariha hanan

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 21-06-08 23:48


bagaimana? rupa ikan buntal itu ye?
maybe dia comel....
BUNTAL
BUNTAL
BUNTAL
:sopan: :-D :sopan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-06-08 08:30


:-o memang jarang dengar orang makan ikan buntal..

kalau rumah sesiapa ada anai-anai.. boleh tanam ikan buntal ni kat keliling rumah.. nanti anai-anai akan hurung ikan dan mati dek racun ikan buntal yang comel..

ikan buntal ni comel sebenarnya.. kalau diserang musuh, automatik ia berkembang dan duri berceracak..


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-07-08 02:33


Kan banyak lagi spesis2 ikan yang lain yang boleh didapati dan dimakan...So tak payahlah nak makan ikan yang comel dan beracun ni..Rezeki Allah bagi terlalu banyak kat atas dunia ni :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-08 11:11


hari tu sewaktu saya berenang-renang di Pulau Redang, saya ada nampak ikan buntal... tu 1st time tengok ikan buntal. rupa ikan buntal tu memang sangat comel... dia betul-betul bulat macam sebiji bola..

saya dapat sentuh ikan buntal tu sebab orang bot tu dapat tangkap ikan buntal tu dan tunjuk kat semua orang..

bayangkan muka seseorang yang gemuk dan bulat dan pipinya tembam sampai menjuihkan bibir... macam tu lah ikan buntal. sambil siripnya mengipas-ngipas, dia just pandang jeq kami dan tak dapat buat apa sebab orang tu dok pegang dia atas permukaan air... mulut ikan tu pun dok terjuih sebab the whole body tembam.. huhu.. comel tengok. sekali tengok ingatkan sejenis batu karang yang pelik tapi terkejut bila nampak ada mata, ada mulut dan ada sirip.

duri-duri yang dimaksudkan tu bukanlah duri yang tajam.. bila sentuh, dia macam getah saja... so lembut lah...

asalnya ikan buntal ni rupa dia macam ikan biasa. tapi ia akan membuntal dan berbentuk seperti bola bila dia mengesan bahaya di sekelilingnya.. dan mengeluarkan racun...

kesimpulannye, ikan buntal comel. :)


p/s: ikan jaws pun nampak. huhu... nemo pun ada... :sopan:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.084089 saat. Lajunya....