Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 205
Ahli: 0
Jumlah: 205




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 36 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Jejak Kerjaya
Topik: Ditukarkan jawatan tanpa kerelaan hati


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Kerjaya
    »» Ditukarkan jawatan tanpa kerelaan hati

Please Mendaftar To Post


Oleh Ditukarkan jawatan tanpa kerelaan hati

kita_insan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.04.2007
Ahli No: 29595
Posting: 21
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 00:23


Assalamualaikum, minta pandangan, nasihat, dan kaunseling ahli ukhwah. pada awal tahun saya telah dinaikkan pangkat disebabkan salah rakan sekerja yang baru kerja berhenti selepas dua bulan bekerja. Difahamkan juga pekerja itu tidak menunjukkan prestasi yang baik kerana tugas yang dilakukan agak mencabar.

saya telah dinaikan pangkat untuk menjawat jawatan tersebut walaupun pada awalnya saya menolak kerana tidak mampu untuk melakukannya. Saya telah memberitahu majikan bahawa sekiranya ada apa-apa yang berlaku jangan salahkan saya. Majikan saya setuju dengan mngatakan sekiranya saya tidak sesuai dengan tugas tersebut saya mungkin ditukarkan ke jabatan lain.

Alhamdulillah, prestasi saya baik dan baru-baru ini dinaikan gaji pula. Namun keadaan berubah apabila majikan mengambil ketua jabatan yang baru. keadaan saya menjadi kelam kabut dengan tugasan yang tidak sempat disiapkan serta adanya desakan dari ketua jabatan agar saya melakukan tugas dengan banyak sehingga kan saya menjadi stress yang keterlaluan dan menangis. Pada masa yang sama saya diarahkan untuk menghadiri mesyuarat ditempat lain dengan arahan ketua jabatan yang lama kerana saya masih lagi bertanggungjawab melakukan tugasan yang lama atas kepercayaan majikan dan ia merupakan bidang sebahagian bidang saya.

Ketua yang baru banyak mengarahkan saya untuk membuat kerja di luar pejabat yang menyebabkan kesihatan saya terganggu kerana saya tidak boleh berada dalam keadaan yang panas terik, dan hujan kerana penyakit yang saya hidapi sekarang akan menyerang pada bila2 masa sahaja. Tambahan pula majikan memang maklum bahawa saya memang ada rawatan susulan di hospital. saya telah memaklumkan kepada pengarah, namun dia seolah olah mnyalahkan saya kerana tidak mampu mngawal penyakit. saya benar-benar tersinggung dan berkata di dalam hati ya Allah berilah penyakit ku ini kepada mereka agar mereka merasai akan kesakitan itu...

petang selasa ketua jabatan yang lama telah menelefon saya untuk menghadiri satu mesyuarat penting pada keesokan harinya dan meminta saya menyiapkan keperluan untuk di bawa ke mesyuarat. Namun apa yang jadi pada pagi itu dalah saya seolah olah dimarahi oleh ketua jabatan yang baru dan kami hampir bertengkar. saya telh memaklumkan hal tersebut kepada ketua jabatan yang lama dan dia kan membwa perkara tersebut kepada pengarah. Manakala ketua jabatan yang baru meminta saya menghantar emel yang memaklumkan saya menghadiri nmesyuarat dan dia akan melaporkannya kepada pengarah-pengarah atasan. Keadaan saya semakain tertekan dan dipujuk oelh rakan-rakan untuk bersabar kerana ketua jabatan yang baru terlalu mendesak, padahal pengarah tahu akan tugas lama saya dan dia sendiri yang mengrahkan saya untuk melakukan tugasan itu.

Keadaan menjadi lebih tegang apbila saya berjumpa dengan pengarah. sekali lagi saya seolah olah dipersalahkan dan dia bersetuju dengan pendapat ketua jabatan yang baru. ketua jabatan yang baru tidak mahu ketua jabatan yang lain memberikan tugasan kepada saya, tetapi ketua jabatan yang baru telah menggganggu pekerja-pekerja dijabatan lain untuk melakukan tugas saya yang tidak sempat saya siapkan kerana terlalu banyak bebanan kerja. saya memaklumkan kepada pengarah bahawa saya tidak tahan lagi untuk bekerja di jabatan itu dan minta ditukarkan tambahan pula dari mula lagi saya telah menolak tawaran tersebut tetapi di arahkan juga tanpa kerelaan hati saya. Pada penghujung pertemuan itu pengarah mengatakan "awak tau kat mana awak cari makan, so ikut apa peraturan yang ada"...saya benar-benar tersinggung dan hampir menangis kerana apa yang dijanjikan dahulu tidak ditunaikan.

Yang anehnya pengarah-pengarah atasan gagal menilai prestasi ketua jabatan yang baru yang gagal mebawa apa-apa hasil kepada syarikat. malahan pekerja-pekerja dari jabatan yang lain yang dapat menilai dan meneliti prestasi ketua yang baru.

Mak saya menasihati agar bersabar dan sambil itu berdoa agar dikurniakan rezeki untuk mendapat pekerjaan yang baru dan sesuai dengan diri saya.

Saya benar-benar ingin mencari pekerjaan yang baru dan akan bersabar dengan situasi itu walaupun terpaksa mengambil cuti sakit yang kerap.


-----------------
Salam perkenalan untuk semua. Kita insan meneruskan perjuangan, menegakkan kebenaran dibumi Allah untuk semua yang bergelar insan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For kita_insanProfil   Hantar PM kepada kita_insan   Quote dan BalasQuote

nuhan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2004
Ahli No: 6399
Posting: 214
Dari: bangi

Perak  


posticon Posting pada: 29-05-08 08:35


salam..kesiannyer situasi saudari..bersabarlah...mohon pada Allah agar ditunjukkan kebenaran..kalau saudari tak tahan, mungkin berhenti jalan terbaik..lagipun saudari dah berpengalaman, insyaAllah ada rezeki di tempat lain...sekadar beri pendapat...bersabarlah....wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuhanProfil   Hantar PM kepada nuhan   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 08:41


waalaikummussalam... sekejap2 saya confuse sikit...

Pada 29-05-08 00:23 , kita_insan posting:

!!! QUOTE !!!

Keadaan saya semakain tertekan dan dipujuk oelh rakan-rakan untuk bersabar kerana ketua jabatan yang baru terlalu mendesak, padahal pengarah tahu akan tugas lama saya dan dia sendiri yang mengrahkan saya untuk melakukan tugasan itu.

Keadaan menjadi lebih tegang apbila saya berjumpa dengan pengarah. sekali lagi saya seolah olah dipersalahkan dan dia bersetuju dengan pendapat ketua jabatan yang baru.
ketua jabatan yang baru tidak mahu ketua jabatan yang lain memberikan tugasan kepada saya, tetapi ketua jabatan yang baru telah menggganggu pekerja-pekerja dijabatan lain untuk melakukan tugas saya yang tidak sempat saya siapkan kerana terlalu banyak bebanan kerja. saya memaklumkan kepada pengarah bahawa saya tidak tahan lagi untuk bekerja di jabatan itu dan minta ditukarkan tambahan pula dari mula lagi saya telah menolak tawaran tersebut tetapi di arahkan juga tanpa kerelaan hati saya.


tadi kata pengarah pun faham akan tugas lama kita_insan dan dia sendiri yang mengarahkan kita_insan melakukan tugas tu. tapi kemudian pengarah tu marah pulak dan mempersalahkan kita_insan?

kalau betul dengan pengarah-pengarah sekali ada bagi kerja, ni maknanya dah kes pekerja yang jadi rebutan para ketua: ketua jabatan baru, ketua jabatan lama, dan pengarah..

huaa stress betul.. huu

bersabar saja lah... get ready surat resignation.. huhu. buat apa nak stress... banyak lagi rezeki lain yang boleh dicari, kan...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-06-08 00:52


salam...

erm..tak mengapa jangan risau....saya cadangkan cuba tengok dua videoklip ni..

http://www.youtube.com/watch?v=wSbjph4KBXA
http://www.youtube.com/watch?v=ri1A22pb_HA

ataupun dapatkan buku "who moved my cheese" tulisan Dr Spencer John.tak sampai rm40 pun.....

rasanya sesuai sekali dengan situasi awak.... :-)

wallahu'alam


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.090434 saat. Lajunya....