Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 24-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Laut yang tenang tidak menghasilkan nelayan berani

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 12
Ahli: 0
Jumlah: 12




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 14 hari yang lalu
al-biruni03: 43 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Siapa Iskandar Zulqarnain?


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Siapa Iskandar Zulqarnain?

Please Mendaftar To Post


Oleh Siapa Iskandar Zulqarnain?

abuzulfiqar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28489
Posting: 97
Dari: Malaysia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-05-08 18:38


".. adakah Iskandar Zulkarnain = Alexander the Great? sebab setau aku, ini 2 orang yang berbeza..."

Ketika masih remaja dulu saya percaya kedua-duanya orang yang sama. Namun setelah membaca di sana-sini hasil kajian mereka yang berkemahiran, saya beranggapan kedua-duanya orang yang berlainan.



Zulqarnain seorang yang beriman sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran sedangkan Alexander (nickname aku ni- Alexanderwathern) seorang yang kufur. Zulqarnain hidup lebih awal daripada Alexander. Masyhurnya Iskandar Zulqarnain ini menyebabkan banyak raja-raja selepasnya menggunakan nama Iskandar/ Alexander termasuklah Alexander the Great dari Macedonia (Maquduniah) itu. Raja-raja Melayu sendiri banyak yang menggunakan nama Iskandar. Bahkan secara peribadi saya memandang nama ‘Rajendra’ yang digunakan oleh beberapa orang raja di India tidak lain ialah ‘Alexander’ ataupun ‘Iskandar’. Yang paling terkenal ialah Rajendra 1 (Raja Suran) dari Kerajaan Chola yang berjaya menakluk Tanah Melayu termasuklah kerajaan Gangga Negara di Perak.

Saya memilih pemerintah Parsi kuno sebagai Zulqarnain iaitu antara Maharaja Cyrus (Korsh/ Kursh) ataupun Darius (Dara) , tapi bukan Maharaja Dara yang berperang dengan Alexander Macedonia. Kajian menunjukkan empayar Parsi kuno ini antara empayar yang paling luas pernah wujud di muka bumi, melebar dari Barat (Eropah dan Afrika) hingga ke Timur (China dan Jepun).

Bukti-bukti menunjukkan perjalanan Alexander Macedonia tidak sampai pun ke negara China, paling jauhpun di pinggirnya saja, kemudian dia menemui maut dalam usia yang muda. Alexander juga tidak membina apa-apa benteng sedangkan Zulqarnain membina benteng kukuh antara gunung (yang saya percaya binaan awal Tembok Besar China sebelum disambung hingga menjadi beribu-ribu kilometer kerana memang ada bahagian tembok itu berteraskan logam bersalut tembaga di sebelah dalamnya) untuk menyekat kaum Yakjud Makjud (bangsa-bangsa gusar di utara China).

Sumber-sumber Barat tentang Alexander Macedonia tidak menyentuh tentang pembinaan benteng. Namun Barat mula menyentuhnya apabila mereka menyedari wujudnya cerita benteng Zulqarnain dalam al-Quran.

Zulqarnain membawa agama tauhid yang saya yakini sebagai agama Zoroaster (Zarathustra yang kemudiannya terseleweng hingga menjadi agama Majusi yang menyembah api . Agama inilah yang bertapak kukuh di Parsi kuno. Ada juga pendapat mengatakan beliau membawa agama Nabi Ibrahim ataupun agama peninggalan Nabi Nuh.

Agama Zoroaster dikatakan membawa pemahaman wujudnya Tuhan baik yang diseimbangkan dengan tuhan jahat. Berkemungkinan perkara ini menghasilkan pemahaman yin dan yang di China.

Salah seorang penasihat utama Alexander ialah Aristotle (Aristun Syah) . Hingga kini agama Aristotle masih diragukan sungguhpun dia dan guru-guru sebelumnya seperti Socrates dan Plato nampak tidak sealiran dengan pemerintah dalam isu ‘sembahan’. Mereka lebih kepada ahli falsafah berbanding Nabi ataupun seorang yang menganut agama tauhid. Penasihat Zulqarnain yang masyhur pula ialah Nabi Khidhir, yang jelas-jelas bertauhid.

Beberapa pengkaji berpendapat ‘Barat’ yang terkenal dengan sikap suka memanipulasikan sejarah itu memainkan peranan penting untuk main’Zulqarnain’kan Alexander Macedonia. Mereka cukup sakit hati jika apa-apa kelebihan memihak kepada ‘Timur’ termasuklah dalam hal Zulqarnain. Barat mahu Alexander Macedonia diyakini semua orang sebagai Zulqarnain dalam Quran. Quran dengan bijaknya menyanggah hal itu apabila menyanjung keagamaan Zulqarnain yang jauh berbeza dengan ‘keliaran’ Alexander Macedonia.

Lihat sajalah filem Alexander keluaran Barat, ‘diwarnakannya’ rambut Zulqarnain dengan warna perang. Padahal sisa-sisa bukti yang ada menunjukkan Zulqarnain berambut hitam. Namun dalam hal ini ada kekecualian. Boleh jadi memang filem itu hendak menceritakan Alexander the Great dan bukannya Iskandar Zulqarnain al-Quran.

Rom dan Parsi saling beralih kuasa pemerintahan (pentadbiran dunia digilir-gilirkan antara Timur dengan Barat). Kedua-duanya ada raja yang bernama ataupun bergelar Iskandar. Rom pastinya iri hati dengan Iskandar Zulqarnain Parsi yang gah suatu waktu dahulu. Atas sebab itu Rom (Barat) mahu membuktikan Iskandar merekalah yang paling agung. Seboleh-bolehnya mereka mahu menutup kisah Iskandar Zulqarnain dari Parsi. Sekali lagi Quran begitu bijak menyanggah hal ini dengan menyebut tokoh ini sebagai ‘Zulqarnain’ sahaja tanpa ‘Iskandar/ Alexander’. ‘Zulqarnain’ hanya ada di Parsi dan bukan di Rom (ketika itu berpusat di Macedonia).

Saya ada menyimpan satu artikel lama (lebih kurang 20 tahun dulu) yang saya koyak dari sebuah akhbar (rasanya Utusan ataupun Berita Harian) tapi kini entah di aman. Penulisnya berpendapat Zulqarnain ialah anak Nabi Ibrahim daripada isteri(gundik)nya iaitu Qanturah/ Ketura. Anak inilah yang berguru dengan Aristotle. Penulis cenderung untuk mengakui keimanan Aristotle, Plato dan Socrates.

Pada saya, pandangan ini tidaklah kukuh. Sebagaimana yang kita maklumi, Iskandar/ Alexander yang berguru kepada Aristotle ialah anak Raja Phillips (Filaqus), bukan anak Nabi Ibrahim. Tentang keimanan ketiga-tiga tokoh falsafah itu, tidaklah kiat ada maklumat yang selengkapnya.

Menurut buku ‘Lelaki Misteri Dalam Al-Quran-Iskandar Zulkarnain’, banyak ulama dan sejarahwan menyokong Alexander the Great sebagai Zulqarnain tetapi semakin hari semakin ramai yang menolaknya termasuklah Ibnu al-Qayyim, Imam Bukhari, Ibnu Taimiyyah dan Sayyid Qutb.

Wallahualam.

USUL TAJDID SEGAR:
Utamakan urusan yang lebih penting berbanding yang penting.

BUAH AMAL:
Mencari siapa Zulqarnain banyak memakan masa sedangkan apa jua hasilnya tidaklah menguntungkan sangat kita. Sebab itu dalam al-Quran tidak diceritakan secara terperinci tokoh, masa dan lokasinya. Biarlah seorang dua saja ilmuan yang berusaha mengkajinya. Bagi kita, lebih baiklah mengikhtiarkan peningkatan ilmu, iman dan amal baik untuk diri sendiri mahupun orang lain.

Pencarian Zulqarnain lebih kepada pengetahuan am dan kita sekadar mengambil tahu tentangnya pada masa-masa santai, jangan habiskan masa-masa penting untuk mencari siapa Zulqarnain- rugi.

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=353&mode=&order=0&thold=0


-----------------
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://myalexanderwathern.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For abuzulfiqarProfil   Hantar PM kepada abuzulfiqar   Pergi ke abuzulfiqar's Website   Quote dan BalasQuote

ainf
Warga Rasmi
Menyertai: 19.04.2008
Ahli No: 33275
Posting: 13
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 01:00


sangat-sangat menarik
saya memang nak tau sangat zaman mana iskandar zulkarnain yang namanya disebut dalam ALquran

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainfProfil   Hantar PM kepada ainf   Quote dan BalasQuote

Qaisar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2006
Ahli No: 27543
Posting: 266
Dari: Darul Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 09:29


pening palo membaca weh... try explain dengan detail.. sumber ambil dari mana, kalau ada diterangkan dalam quran, ayat mana, surah apa... kalau di ambil dari hadis, beritahu lah, sapa rawinya, apa darjat hadis tu, sahih ke, dhaif ke... dan kalau maklumat tu diambil dari buku or web mana-mana, beritahu lah sapa penulisnya, penerbitnya... kalau macam ni, lebih kurang macam sembang kat kedai kopi saja.. maaf cakap.. kalau kita hendak menulis, hendaklah berdasarkan kepada sesuatu yang nyata dan sahih baik melalui dalil naqli atau a'qli.. wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For QaisarProfil   Hantar PM kepada Qaisar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102288 saat. Lajunya....