Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 24-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 13
Ahli: 0
Jumlah: 13




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 14 hari yang lalu
al-biruni03: 43 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Tun Dr. Mahathir keluar daripada UMNO berkuatkuasa serta-merta


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Tun Dr. Mahathir keluar daripada UMNO berkuatkuasa serta-merta

Please Mendaftar To Post


Oleh Tun Dr. Mahathir keluar daripada UMNO berkuatkuasa serta-merta

ustazfirdauss
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.04.2007
Ahli No: 29635
Posting: 55
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 19-05-08 14:13


Pandangan antum semua mengenai perkara ni? Apa sebenarnya yang berlaku?? www.chedet.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For ustazfirdaussProfil   Hantar PM kepada ustazfirdauss   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 19-05-08 16:38


ingatkan dia keluar pasal dah bertaubat taknak assobiyah dan negara sekular ini, kihkih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-05-08 17:19


Dr Mahathir umum keluar Umno
Harakahdaily
Mon | May 19, 08 | 2:25:00 pm MYT
ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh) Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.

Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah.

�Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar,katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi.

Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.

Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981. - mj


-----------------
zwani.com myspace graphic comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 19-05-08 17:49


tak kisah pun dia nak keluar umno ke...nak musnahkah umno ke....nak baiki umno ke....just don't care.

but still....tujuan dia keluar itu adalah strategi politik...maybe nak tagih sokongan ahli2 umno bawahan.

anyway.....tak payah ambik tahulah pasal mahathir ini....just tunggu saja bila dia akan dihumban masuk penjara.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

ustazfirdauss
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.04.2007
Ahli No: 29635
Posting: 55
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 19-05-08 18:21


Dr Mahathir keluar Umno
Malaysiakini
May 19, 08 12:12pm

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya ahli Umno Kedah di majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di Alor Star hari ini.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi ahli Umno selepas Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno, meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai eluar dari Umno)," katanya.

Dr Mahathir turut menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

'Untuk kepentingan keluarga'

Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu kedah itu, Dr Mahathir dengan wajah kecewa berkata beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.
    
Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.
    
"Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita.
    
"Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lalu. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno," katanya.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.

'Halang jumpa saya'

Bernama pula melaporkan Dr Mahathir turut mengajak ahli Umno yang sependapat dengannya berhubung dengan kepimpinan untuk mengikuti jejaknya dengan bertindak keluar dari parti itu tetapi bukan untuk menyertai parti lain.
    
"Saya yakin cara ini berkesan. Saya tidak akan menyuruh orang membuat sesuatu yang saya sendiri tidak berani melakukannya," tambahnya.

Bekas Perdana Menteri turut melahirkan rasa kecewa kerana ahli Umno masih disekat oleh kepimpinan parti daripada berjumpa dengannya.
    
"Sampai nak adakan perjumpaan, ahli-ahli Umno dan ketua bahagian tidak dibenar berjumpa saya. Ini apa," katanya.
    
Beliau berkata, tindakan kepimpinan Umno itu hanya menyebabkan timbul lebih banyak rasa tidak puas hati dan akhirnya melambangkan Umno sebagai tidak demokratik.

Ikut jejak

Ketika diajukan soalan oleh pemberita mengenai tindakannya itu akan membuat orang lain mengikuti jejaknya, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak peduli kerana saya pun disekat daripada berjumpa dengan ahli-ahli Umno."

Beliau juga yakin bahawa tindakannya meninggalkan Umno tidak akan memberi kesan kepada politik orang Melayu.

"Saya pernah dibuang dari Umno, (dan) politik Melayu tidak hilang. Kalau orang Melayu hendak betulkan, bukan kerana (tindakan) saya keluar. Kalau mereka berani hendak pelihara parti dan perjuangan parti mereka harus berani bertindak," katanya.

Dr Mahathir juga sekali lagi menegaskan bahawa Abdullah perlu melepaskan jawatan sebagai perdana menteri bagi memastikan survival Umno dan jika perlu ahli Umno boleh membuat undi tidak percaya dalam usaha memaksa Abdullah meletak jawatan.

Ditanya adakah tindakan terbarunya itu (keluar Umno) bertujuan untuk memberi tekanan kepada Abdullah, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak tahu mengenai tekanan kerana orang ini tidak faham apa-apa".

Siasatan peguam negara

Ditanya adakah tindakannya keluar dari Umno mempunyai kaitan dengan arahan terbaru Kabinet supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video peguam Datuk V.K Lingam, Dr Mahathir menafikannya.

"Ini soal mahkamah... dia boleh tuduh dan kalau saya salah masuk jail. Kalau tak salah janganlah tangkap saya juga," katanya sambil ketawa.

Individu yang dinamakan dalam laporan itu terdiri daripada Lingam; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan; dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin serta Dr Mahathir.

Di akhir majlis itu, Dr Mahathir turut melahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin Umno sekarang kerana bukan sahaja tidak mempertahankannya, sebaliknya turut mengkritiknya.

"Kalau dulu orang kata kononnya saya berkhidmat kepada negara, cium tangan naik asap tapi bila saya kritik Datuk Seri Abdullah pasai tak buat jambatan orang maki saya. Tiada siapa dalam Umno mempertahankan saya," katanya kesal.

Di majlis itu, Dr Mahathir dalam ucapannya selama sejam turut menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh hadirin antaranya berhubung pengganti Abdullah dan langkah memulihkan kuasa politik Umno.

Dr Mahathir juga mengulangi gesaannya supaya sistem kuota kelayakan untuk bertanding jawatan penting pada perhimpunan agung Umno Disember ini dimansuhkan melalui persidangan mesyuarat khas parti.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ustazfirdaussProfil   Hantar PM kepada ustazfirdauss   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 19-05-08 18:57


Alhamdulillah..... :welcome:

'Terbuka' jua hati Tun yang keras macam batu kryptonite untuk say "ila liqa" pada Um-NO...

Agak nya dah mula rasa 'paneh' sejak kes Lingam 'correct'.. :-P

Patut Tun dah buat begitu since Tun turun takhta 2004 lagi..

Kita doakan moga nielah permulaan pintu taubat Tun..


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 19-05-08 19:29


Mahathir Quits Malaysian Party to Protest Leadership (Update1)

By Angus Whitley and Manirajan Ramasamy

May 19 (Bloomberg) -- Former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad quit the party he led for 22 years in protest against the leadership of his successor Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir, 82, will only rejoin the United Malays National Organisation, the largest party in the ruling National Front coalition, when Abdullah, 68, stands down, the ex-premier said in a speech today in his home state of Kedah, according to his son, Mokhzani Mahathir.

Abdullah led the government to its worst ever election result in March, and Mahathir has repeatedly demanded his resignation. Mahathir's departure from the party that has dominated Malaysia for five decades may help the opposition, led by former deputy premier Anwar Ibrahim, in its quest to topple the ruling coalition.

``It's another brick out of a crumbling wall,'' said Tricia Yeoh, director of the Centre for Public Policy Studies, an independent research institute in Kuala Lumpur. ``More may follow suit.''

Mahathir encouraged other members of UMNO, as the party is known, to leave, though he warned them not to switch to the opposition, according to Mokhzani, who said he wasn't with his father when the speech was delivered.

``This will not strengthen the party,'' said Higher Education Minister Khaled Nordin.

Abdullah, speaking to reporters in Kuala Lumpur after the news of Mahathir's departure, said that he was surprised by his predecessor's decision and that he wouldn't step down.

`Work to do'

``Why should I? I have work to do,'' he said. Abdullah, who took over from Mahathir in 2003, has promised to stay in office at least until December. After resisting calls to quit in the weeks after the election, he has fought back with measures to combat inflation and corruption.

Anwar's People's Alliance won five of Malaysia's 13 states at the March 8 elections and denied the government its usual two-thirds majority in Parliament. He has vowed to dismantle the government's legalized system of preferences for ethnic Malays.

Anwar needs 30 more lawmakers to win a majority and has pledged to topple the government by mid-September. Last week he said he has enough members of parliament from the coalition ready to defect to form a new administration.

Mahathir has left UMNO twice before: In 1969 he was expelled after criticizing the leadership of then Prime Minister Tunku Abdul Rahman, and in 1988, when the party was dissolved following election irregularities. He was readmitted in the first instance, and formed a party called `New UMNO' in 1988.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

puterilindunganbulan2005
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.11.2004
Ahli No: 12283
Posting: 102
Dari: klang,selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 19-05-08 20:49


apa masalah dia.. agknyer.. ek????pelik sungguh lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For puterilindunganbulan2005Profil   Hantar PM kepada puterilindunganbulan2005   Pergi ke puterilindunganbulan2005's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 19-05-08 22:04


kalau bekas pemimpin umno pun sangup tinggalkan parti...apetah lati ahli parlimen di sabah dan sarawak....politik barisan nasional..sunguh teruk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

ustazfirdauss
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.04.2007
Ahli No: 29635
Posting: 55
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 19-05-08 22:44


antum semua rasa ini adalah strategi ataupon reformasi....kalau dipikirkan dan dipahamkan pada 2nd layer of understanding, 3rd layer of understanding....hmm?
macam-macam boleh berlaku sebenarnya dalam politik ni...moh sesama kita fikir dan menjadi penganalisis politik amatuer yang tak ada tauliah (bagi ana lah tak ada tauliah)...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ustazfirdaussProfil   Hantar PM kepada ustazfirdauss   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-05-08 08:30


pada saya, semua tu permainan politik... dalam politik ini macam-macam boleh terjadi...kalau hari ini lawan, tak semestinya esok tetap jadi lwan.. begitulah sebaliknya... ni lah namanya sepak terajang politik... huhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-05-08 08:39


!!! QUOTE !!!

Abdullah, speaking to reporters in Kuala Lumpur after the news of Mahathir's departure, said that he was surprised by his predecessor's decision and that he wouldn't step down.

`Work to do'

``Why should I? I have work to do,'' he said.


ye ke si mamat tidur ni banyak kerja....dulu pun tak habis habis canangkan "bekerja bersama saya" tapi rupanya "bekerja untuk keluarga dia"....

hairan betul lah dengan pembangkang ni.bila dah menang,ingatkan boleh lah tanya segala apa yang ada dalam 70 dalil Kenapa pak lah perlu letak jawatan.ingat kut,boleh tanya lah Kenapa saham pantai boleh terjual,sebab apa batal jambatan bengkok,sebab apa WPI kena ada singapore sekali,Kenapa kena beli jet peribadi dan kapal king cobra,dan apa apa yang berkaitan kedaulatan negara.tapi rupanya semua pakat tak sayang negara.tanya soalan pasal barbie,pasal baju........macam tu saja ke tahap pembangkang kat malaysia....ingat kut macam kat US sana...penuh critical....jangan lah dok rasa syok sendiri saja bila masuk parlimen tu......


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-05-08 02:40


Doakan moga Mahathir terbuka hati masuk PAS, Ameen Ya Rabbal A'lameen.

Mana tau selepas ini Boleh tengok Mahathir pakai seghrban.. hmm.

Sila-sila.. :welcome:


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 24-05-08 07:27


Biarlah dia keluar dan tumpukan kepada amal ibadat untuk menghadapi alam kubur dan alam akhirat nanti....

http://perhatipantau.blogspot.com/


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 24-05-08 15:40


ini semua drama politik lah...orang politik salahguna kuasa, bagi tender kat kroni, ambik untung daripada tender tertutup....salahguna kedudukan influence keputusan kabinet dan kementerian....melobi dan ugut hakim2....ugut dan menakutkan saksi2 kes skandal....dengan erta kata lain...jenayah kolar putih tahap extreme.

akhirnya bila rahsia nak terbongkar (kes tape lingam & altantuya trail)...mereka desperate....mereka buatlah macam-macam.....bunuh sana sini...kambing hitamkan kawan baik, salahkan orang bawahan....bunuh saksi.

apa yang berlaku kat malaysia sekarang ini....sebijik macam dalam movie hollywood....contohnya clear & present danger.....the pelican brief....enemy of the state....eraser...dan so on....ini contoh2 filem politik yang mana....bagi sesiapa yang tak berapa tahu, tak berapa arif tentang apa itu politik.... apa yang orang politik boleh buat bila mereka dapat kuasa dan kedudukan.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-05-08 16:04


Tun keluar dari UMNO adalah satu tamparan yang hebat kepada kepimpinan UMNO sekarang, terutama kepada Pak Lah...dan kalau-kalau Tun masuk PAS ke, KEADILAN ke nanti, Insya Allah UMNO akan berkubur dan hilanglah barisan pemimpin yang tamakkan kekayaan...Ameen...

Think positive... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-05-08 16:55


boringnye politik ini...
tak ada siapa pun boleh dipercayai...
tak payah cari salah sesiapa..
just betolkan diri sendiri dulu

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-05-08 04:26


Hmm, sekadar selingan jenaka politik..


Now Showing.. taddaaa.. :-P

--->>


HOTTTT..!!


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-05-08 07:18


Assalamualaikum

ana tak kisah kalau mahathir keluar daripada umno
cos sejarah sebelum nipun
semua mantan pm keluar daripada umno
kecuali tun razak

mahathir keluar daripada umno dan
berada di atas pagar
iaitu tanpa menyertai mana-mana parti politik
beliau berasa yakin
beliau mempunyai ramai pengikutnya
tapi yang peliknya
beliau keluar kerana marahkan kepada pak lah
suruh pak lah letak jawatan
jikalau pak lah letak jawatan
beliau akan masuk umno balik
cuba antum semua fikir kan
apa faedahnya mahathir masuk umno balik?
adakah dia nak jadi pemimpin umno balik?

lagi satu
mahathir merasakan
semakin lama pak lah memerintah
semakin pecah tembelang mahathir sebelum ni
macam klip video lingam
mahathir ada dikaitkan

tak tahulah apa yang akan berlaku selepas ini
kita tunggu dan lihatlah


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-06-08 17:45



    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 17:57


itu adalah strategi politik saja......dia keluar sebab nak pak lah letak jawatan.
lepas itu dia join umno balik..
berkemungkinan khabarnya mahathir ingin mentadbir kembali...wallahua'alam..tapi itu adalah suatu perkara yang amat ngeri....

senang-senang,kita pakat dok doa lah agar Tuan Guru lah yang naik....

org melayu dok gaduh sama org melayu...

cina dan india senyap, dok perhati saja bila masa yang dok sesuai nak ambil alih tampok pemerintahan.............

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.121291 saat. Lajunya....