Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 195
Ahli: 0
Jumlah: 195




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 1 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sajak
Topik: puisi zaman kita... ..


Carian Forum

Moderator: Administrator, kasih_kekasih
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sajak
    »» puisi zaman kita... ..

Please Mendaftar To Post


Oleh puisi zaman kita... ..

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-05-08 17:47


Assalamualaikum...

Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini.
Semoga segala perlakuan kita
semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh
Allah SWT pada setiap masa dan
ketika.



Di dalam hidup manusia, yang penting ialah
BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi
muafakat.

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita
menjadi kuat.

Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi
hormat.

Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun
tersekat.

Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun
meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan
menjadi pesat.



TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat,

kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh
macam kulat.

Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam
kulat,



KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,

ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin
hari makin liat.

Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang
bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin
pula nak kaya cepat.

Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua
pula nak mati lambat.

Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat
minum madu telan sajalah minyak
gamat.



Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.

Semua nak tunjuk kuat.

Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

Tapi hidup pula yang melarat.

Tali kasut dah tak berikat.

Rambut pun jarang sikat.



Yang perempuan, pakai mini sekerat.

Suka pakai baju ketat.

Suka sangat menunjukkan pusat.

Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.

Kadang-kadang ternampak benda ' bulat ' .



Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat.

Bila berjumpa, tangan berjabat.

Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.

Usah takut Allah dan malaikat.

Yang penting apa kita nak buat?

Kita ' bukti ' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah

pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok
bayi dibuang di merata
tempat.



MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA
MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.

Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

Marilah kita pakat mengingat,

Bahawa dunia hari ini makin singkat,

Esok atau lusa mungkin kiamat,

Sampai masa kita semua akan berangkat! .

Berangkat menuju ke negeri akhirat.



Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

Masa tu, sindri mahu ingat.



Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

Harta benda anta, dari mana anta dapat...?

Ilmu anta, adakah anta manafaat...?



Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya
segera meninggalkan

maksiat dan memperbanyakkan ibadat.



(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.


Tunjukkan kami jalan yang lurus...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.403017 saat. Lajunya....