Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan muncul dari jiwa yang kotor sebagaimana biji benih takkan tumbuh pada tanah yang gersang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Petua kesihatan gigi


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Petua kesihatan gigi

Please Mendaftar To Post


Oleh Petua kesihatan gigi

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-04-08 21:17


- Rencana ini disediakan pakar pergigian dan Oral-B Sempena Kempen Malaysia Bebas pula Oral-B.

BOLEHKAH anda mengembalikan masa silam?
Kunci kepada gigi yang sihat dan cantik ialah keseimbangan gaya hidup sihat
dan tabiat kesihatan gigi yang baik mampu menghalang tiga tanda awal penuaan di mulut,
iaitu penyakit gusi, pereputan gigi dan penyahwarnaan.

Ikuti petua penjagaan gigi ini dan anda akan mengekalkan senyuman yang menarik sepanjang hayat:

1. Memflos gigi sebelum memberus

2. Berus gigi dua kali sehari

3. Gunakan berus gigi yang betul

4. Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun

5. Kunjungi doktor gigi anda sebelum mengandung

6. Berhenti merokok

7. Kurangkan minuman bergas, kopi dan alkohol

8. Tingkatkan pengambilan kalsium

9. Amalkan pengambilan vitamin C dan D

10. Tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-04-08 21:22


* Flos dan berus gigi dua kali sehari, gunakan berus gigi yang betul

Amalkan memflos sebelum memberus gigi.
Memflos membantu menanggalkan sisa makanan yang terlekat di celah gigi.
Sekiranya sisa ini tertinggal di permukaan gigi, ia akan menyebabkan
masalah gigi seperti kaviti, penyakit gusi dan gingivitis.

Adalah lebih baik untuk memflos sebelum memberus bagi membuang
pula dan menanggalkan sisa makanan dari permukaan gigi.

Memberus ialah kunci kepada kesihatan gigi yang baik,
memerangi penyakit gusi dan senyuman menawan sepanjang hayat.

Pastikan anda memberus gigi dua kali sehari sekurang-kurangnya selama dua minit
pada sebelah pagi dan malam dengan memberi perhatian kepada garisan gusi
menerusi pergerakan secara membulat.

Adalah penting untuk memilih berus gigi yang betul, maka pilih
berus gigi yang dapat membersihkan gigi di samping selesa dan mudah digunakan.

Anda juga disyorkan untuk memilih berus gigi yang telah terbukti
secara klinikal boleh menanggalkan pula dengan berkesan.


* Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun dan sebelum mengandung

Anda dinasihatkan berjumpa doktor gigi dua kali setahun untuk pembersihan gigi secara profesional
bagi menjaga kesihatan gigi dan memastikan senyuman menawan dapat dikekalkan sepanjang hayat.

Amat penting bagi wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga
atau yang mengandung serta yang mengalami menopaus berjumpa dengan doktor gigi
kerana mereka lebih cenderung mendapat masalah gigi seperti penyakit gusi, pereputan gigi dan kaviti.

Wanita mengandung boleh mengalami gingivitis yang disebabkan perubahan hormon
dan pertambahan aliran darah dalam badan.

Sebelum mengandung, semua wanita perlu melalui pemeriksaan berkala untuk penyakit gusi.
Mereka juga perlu melalui pemeriksaan gigi berkala sepanjang tempoh mengandung
bagi mengesan dan merawat sebarang penyakit berkaitan gigi dan gusi.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-04-08 21:28


* Berhenti merokok, kurangkan minuman berkarbonat, kopi dan alkohol

Merokok adalah penyumbang utama kepada penuaan gigi. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC),
lebih 22 juta wanita di negara berkenaan merokok.

Selain mengotorkan gigi, merokok juga merencatkan penyerapan kalsium ke dalam tubuh
dan boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser mulut.

Jadi, berhenti merokok dan nikmati faedah kesihatan selain senyuman yang menawan tanpa ancaman rokok.

Walaupun minuman tertentu mengandungi kandungan fosforus yang tinggi untuk kesihatan gigi,
terlalu banyak fosforus juga boleh mengurangkan kandungan kalsium di dalam tubuh.

Ini akan membawa kepada masalah gigi seperti pereputan gigi dan penyakit gusi.
Minuman yang mengandungi bahan tambahan seperti gula jagung dan pewarna makanan juga boleh
menjadikan gigi yang putih berseri menjadi pudar dan dinyahwarnakan.

Maka, adalah lebih baik untuk memilih minuman seperti susu yang boleh meningkatkan kekuatan gigi
dan membina enamel yang lebih kuat serta memberi anda senyuman yang kekal menawan.


* Tingkatkan pengambilan kalsium, vitamin C dan vitamin D

Selepas usia 30 tahun, wanita akan mengalami pengurangan kepadatan tulang sebanyak 25 peratus.

Tingkatkan kandungan kalsium dengan meningkatkan pengambilan buah-buahan
dan sayur-sayuran hijau yang tinggi kandungan kalsium.

Makanan ini akan membantu mengurangkan pembentukan asid dalam air liur
yang boleh menyebabkan penghakisan enamel gigi.

Vitamin C dan D pula dapat membantu meningkatkan penyerapan mineral berguna
untuk gigi seperti kalsium dan fosforus.

Ini juga dapat membantu mengekalkan kesihatan tulang dan juga tisu gusi
dan merupakan antara cara paling mudah untuk mengekalkan kesihatan gigi dan menentang penyakit gusi.


* Tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam

Tidur membolehkan badan anda berehat dan juga merawat sebarang kerosakan yang berlaku
akibat jangkitan atau kecederaan fizikal.

Lebih-lebih lagi, anda akan berupaya memberikan senyuman menawan
sekiranya telah mendapat rehat secukupnya.

Mengikut Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat,
golongan wanita lebih terdedah mengalami insomnia berbanding lelaki.

Kurang tidur akan menyebabkan sistem ketahanan (imuniti) badan menjadi lemah
dan ini akan memberi ruang kepada jangkitan kuman pada mana-mana bahagian badan, termasuk di dalam mulut.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 30-06-08 20:34


jagalah kesihatan gigi seperti di atas... untuk dapat kan PERFECT SMILE... Floss gigi, at least sekali sehari....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-07-08 00:23


salamun alaik..
xpndaila nak flos gigi..setakat berus saja..jumpa doc gigi pun takut sangat-sangat..mimpi ngeri 2..alhamdulillah gigi tak ada masalah teruk..masa kecil-kecil beria-ia tunggu gigi luruh sendiri..arwh ayah nak bawa p klinik punyala nngis teruk..las2 makan aiskrim gigi depan terus tercabut..hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

maestra_dila
WARGA SETIA
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 31514
Posting: 404

spain   avatar


posticon Posting pada: 01-07-08 13:02


Assalamualaikum...

terima kasih untuk ukhti sakinahazzahra kerana sudi kongsi info ni.. gigi yang sihat membuatkan kita selesa untuk melakukan rutin harian.. kalau gigi sakit, mestila kita rasa tak selesa.. :-).

:bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For maestra_dilaProfil   Hantar PM kepada maestra_dila   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086577 saat. Lajunya....