Oleh |
Guna tasbih untuk check makanan halal/haram? |
amylela
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.12.2003 Ahli No: 5447
Posting: 54
Dari: malaysia
|
Posting pada: 06-04-08 11:17
 sahabat semua. Ana ni dah bekerja dan tinggal serumah dengan 2 orang housemate. Suatu hari ana nak makan megi (kalau tak silap), suddenly housemate ana yang sebaya umur mak ana (40an) check makanan ana...dia kata kalau nak tau tau makanan tu halal/haram/expired/basi atau dah tak boleh makan dia guna tasbih.. cara dia pegang tasbih atas makanan (tasbih dalam keadaan tergantung), biarkan sampai tasbih tu statik dan tak bergerak. Dalam beberapa saat lepas tak bergerak, tasbih akan berpusing arah jam...tu maksudnya makanan tu boleh dimakan. Sebaliknya kalau berpusing lawan jam, maksudnya bahaya lah kalau kita makan. Bukan housemate ana saja, tapi ada juga opismate ana yang buat macam tu. Akibatnya, mereka tak makan banyak fast food, sardin pun housemate ana tak makan. erm...(anan suka sardin) Ana konfius sebenarnya, kalau simple macam ni nak tau makanan halal atau tak, tak payahlah syarikat makanan nak keluarkan beribu2 untuk test makanan dari jakim semata-mata nak tau makanan halal/tak. dan nak dapatkan cop halal jakim bukannya mudah. banyak procedure.bukan boleh tau makanan tu halal dalam masa bberapa saat saja. Setahu ana lah. Apa pendapat sahabat2 semua??
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 06-04-08 11:30
saya rasa tak berapa boleh percaya sangat benda-benda macam ni.. lebih baik gunakan kaedah yang sahih dan terang.. kalau guna tasbih ni.. saya tak yakin.. sebabnya, mana ada dalam sejarah Nabi sekali pun baginda buat macam tu atau hampir2 serupa macam tu untuk tentukan makanan halal atau haram.. Kalau nak test boleh saja.. cuba buat kat air tin Carlsberg.. tengok tasbih tu nak pusing ke mana.. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
masri2
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin
|
Posting pada: 06-04-08 11:44
assalamualaikum wbt saya boleh katakan cara itu karut. entah sapele ajar kawan-kawan kamu2
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 06-04-08 11:47
Bismillahhirrahmanirrahim erm,ana rasa tak betul tu..sedangkan jakim sendiri pun susah nak kuakan sijil halal,kan..  kalau betul senang macam tu sekali tentu jakim dah guna cara tu,kan rasanya..abaikan sajalah,ya.. ----------------- "Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 06-04-08 11:50
hebat tuuu gunakan tasbih  Karomah ke apa? Menetapkan halal dan haram makanan dengan menggunakan tasbih? Tanpa dilihat pada isi kandungannya? Dah kalau yang ada dalam isi kandungannya bab*.. tapi berpusing ikut arah jam? bermakna halal lah.. Halal dan haram makanan ditentukan oleh tasbih. ini mengarut namanya. Apatah lagi bila dia ber'tiqad yang menentukan halal dan haramnya itu adalah melalui tasbih.
|
Al-Mashoori
WARGA SETIA Menyertai: 12.07.2006 Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza
|
Posting pada: 06-04-08 13:23
Ni nampak sekali imbas macam tok dukun yang kalau nak tentukan jantina anak dalam kandungan diambilnya buah kelapa lalu diletakkan di atas perut lalu dibelahnya buah kelapa tu sambil berkata, "Kalau jatuh belah kanan, anak ni lelaki, kalau jatuh belah kiri, anak ni perempuan!" Entah-entah pakai jin agaknya?  -----------------
|
azzak
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2007 Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor
|
Posting pada: 06-04-08 17:01
.....tak tau pun tasbih ada kuasa, sedangkan tasbih dalam Islam adalah subhanALLAH....jangan percaya sangat lah..pendek kata jangan percaya langsung, gunakan ilmu...berpeganglah kepada Quran & sunnah, nescaya takkan sesat...tanya kat pegawai-pegawai makanan, mereka ada ilmu,... lagi satu kita kena sensitif sama ada itu produk yahudi, belanda etc.. kalau berharap kepada jakim or cop2 halal, tak semestinya betul sebab pernah ada berita khinzir tin, yang ada cop halal... bout sardin, sila layari emjayjb.multiply.com, laman emjay...ada sedikit sebanyak informasi yang berguna...
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 06-04-08 17:07
setuju dengan padangan yang lain. Namun anda boleh juga try tanya dengan mereka reason dan logik di sebalik apa yang mereka lakukan, kemudian boleh kita diskusikan lagi di sini untuk mengelakkan benda itu dari berlaku dan melarat. Cuba tanyalah kawan-kawan anda tu, dari segi saintifiknya macam mana boleh dijelaskan? p/s: teringat kepada kaedah dowsing yang menggunakan kristal berpenjuru tertentu. Tetapi ada penjelasannya.
|
Qaisar
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.11.2006 Ahli No: 27543
Posting: 266
Dari: Darul Aman
|
Posting pada: 06-04-08 23:11
hm.. teringat betapa fanatiknya org sekarang kat kayu kokka..
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 07-04-08 05:20
Ni dah masuk unsur-unsur yang mengarut ni.....tak ada diterangkan dalam Al-quran dan Assunnah benda-benda macam ni.... KAlau makanan tu dah terang,jelas halal dan boleh dimakan..buat apa nak susahkan diri..lainlah memang dah jelas unsur2 yang haram dan meragukan.... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 07-04-08 07:18
ayakss...terkezuttttt membacanya. macam hebat pulak....tak berapa nak percaya lah...boleh ke macam tu. ish..ish.. -----------------
|
lading21
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.03.2008 Ahli No: 32849
Posting: 125
|
Posting pada: 09-04-08 11:47
karut ini....jangan lah percaya ..ni semua benda-benda yang boleh mgoyangkan akidah kita ni..ish2..tak logik langsung lah..
|
Wuddah
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2007 Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai
|
Posting pada: 09-04-08 13:21
 ...memang karut betul..kalau rasa was2 jangan makan..agama pun dah menerangkan sebegitu..
|