Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 161
Ahli: 0
Jumlah: 161




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 43 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Mencegah penyakit gusi


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Mencegah penyakit gusi

Please Mendaftar To Post


Oleh Mencegah penyakit gusi

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-03-08 07:19


GIGI dan gusi adalah seperti isi dan kuku di mana kedua-duanya berkait rapat dan tahap kesihatan gusi pasti memberi kesan kepada gigi.

Seperti gigi, gusi juga terdedah kepada ancaman daripada pembentukan pula.

Sekiranya pula tidak ditanggalkan secara kerap, termasuk di kawasan di bawah garisan gusi, ia akan merengsakan gusi seterusnya mengakibatkan penyakit gusi.

Penyakit gusi bukan sahaja menyebabkan kesakitan dan pendarahan gusi tetapi juga akan melemahkan sokongan terhadap gigi.

Memberus dan membersihkan gigi secara kerap adalah penting untuk mencegah penyakit gusi.

Bagaimanakah pula menyebabkan penyakit gusi?

Sekiranya dibiarkan, bakteria akan menghasilkan toksin yang akan merengsakan gusi dan merosakkan gigi. Peringkat paling awal kerosakan gusi ialah gingivitis.

Ia adalah keradangan gusi yang boleh menyebabkan gusi menjadi bengkak, lembut dan berdarah ketika memberus atau memflos.

Siapakah yang terdedah kepada penyakit gusi?

Penyakit gusi boleh menjangkiti semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak. Bagaimanapun, ia sering menjangkiti golongan dewasa.

Malah, tiga daripada empat orang dewasa melebihi umur 35 tahun kini didapati mempunyai penyakit gusi.

Risiko untuk mendapat penyakit gusi juga bertambah sekiranya anda merokok atau mempunyai penyakit tertentu.

Maka adalah penting untuk memaklumkan doktor gigi tentang keadaan kesihatan semasa anda supaya rawatan yang bersesuaian dapat diberikan.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya menghidapi gingivitis?

Penjagaan gigi setiap hari dan kunjungan ke doktor gigi boleh mencegah gingiviti daripada berlaku.

Ia lebih baik dicegah dan dalam kebanyakan kes, penyakit ini dapat disembuhkan dengan segera jika mengamalkan rutin menanggalkan pula setiap hari.

Ini dapat dicapai dengan dua langkah iaitu memberus gigi menggunakan berus gigi yang lembut dan membersihkan celahan gigi menggunakan flos atau alat pergigian yang sesuai.

Kedua-dua langkah ini juga dapat membantu mencegah pembentukan pula pada permukaan gigi dan di bawah garisan gusi.

Gingivitis bukannya satu keadaan yang berkekalan kerana tiada kerosakan kekal berlaku pada tulang yang menyokong gigi.

Bagaimanapun, jika pesakit tidak berusaha mendapatkan rawatan bersesuaian atau tidak menjaga kebersihan gigi dan gusi, masalah ini mungkin melarat kepada kerosakan kekal struktur gusi dan gigi.

Apa itu periodontitis?

Sekiranya tidak dirawat, gingivitis boleh menyebabkan kerosakan gusi yang lebih teruk dipanggil periodontitis atau juga dikenali sebagai penyakit periodontal.

Periodontitis bukan sahaja merosakkan gusi, malahan tulang yang menyokong gigi kedudukan gigi.

Apabila ini berlaku, kerosakannya adalah kekal dan hanya rawatan profesional dan peningkatan terhadap penjagaan gigi di rumah dapat mengelaknya daripada menjadi lebih teruk.

Sekiranya anda mempunyai periodontitis, doktor gigi anda akan memberikan program khusus untuk anda menjaga gigi dan gusi bagi menghalang penyakit itu menjadi lebih teruk.

Apakah gejala yang perlu diperhatikan?

Periodontitis mungkin bermula tanpa sebarang tanda yang jelas.

Oleh itu, pemeriksaan gigi secara berkala adalah penting dan cara terbaik untuk diagnosis dan rawatan awal.

Gejala biasa penyakit ini ialah gusi yang merah dan membengkak serta kelihatan mula melekang dari gigi dan seterusnya menghasilkan satu ruang kosong.

Masalah ini juga sering dikaitkan dengan gigi sensitif, perasaan tekanan tinggi pada celahan gigi dan pendarahan sewaktu memberus atau memflos.

Pada peringkat seterusnya, anda mungkin menghadapi penyusutan gusi, pereputan akar, nanah di celah gigi dan gusi, serta kehilangan gigi.

Bagaimanakah cara untuk mencegah periodontitis daripada berlaku?

Periodontitis boleh dielakkan dengan mengamalkan rutin penjagaan gigi yang baik setiap hari.

Ini dapat dilakukan dengan beberapa cara seperti:

* Memberus dengan teliti, dua kali sehari sebaik-baiknya pada waktu pagi dan sebelum tidur, dengan menggunakan berus gigi yang lembut dan ubat gigi berflourida.

* Bersihkan celahan gigi sekurang-kurangnya sekali setiap hari bagi menanggalkan pula dari kawasan yang tidak tercapai oleh berus gigi.

* Kunjungi doktor gigi dengan kerap, sekurang-kurangnya dua kali setahun atau setiap enam bulan untuk pemeriksaan dan pembersihan gigi.

* Elakkan daripada merokok atau menggunakan tembakau.

* Doktor gigi menyarankan agar berus gigi ditukar setiap tiga bulan atau lebih awal sekiranya ia kelihatan haus kerana kajian menunjukkan berus gigi baru mampu menanggalkan lebih banyak pula berbanding berus gigi berusia lebih tiga bulan.

- Rencana ini disediakan pakar pergigian dan Oral-B Sempena Kempen Malaysia Bebas pula Oral-B. Artikel ini akan diterbitkan setiap dua minggu sekali.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.08704 saat. Lajunya....