Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Sel Stem: Terapi terkini kecederaan lutut


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Sel Stem: Terapi terkini kecederaan lutut

Please Mendaftar To Post


Oleh Sel Stem: Terapi terkini kecederaan lutut

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-03-08 07:16


Oleh: AVILA GERALDINE

MUNGKIN anda pernah atau sedang mengalami sakit lutut tetapi tidak begitu mengambil berat tentang kesakitan tersebut kerana berfikir ia tidaklah begitu serius.

Namun, jika rasa sakit pada lutut berterusan, ia boleh mendatangkan kesan serius kepada kualiti hidup dengan mengehadkan pergerakan kerana khuatir rasa sakit bertambah.

Terdapat banyak kaedah rawatan sedia ada untuk merawat kecederaan pada lutut dan mengurangkan kesakitan, mengikut bentuk kecederaan yang dialami pesakit.

Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan jika masalah yang dihadapi melibatkan kemerosotan fungsi dan struktur pada tulang, otot dan sendi lutut.

Tidak kurang juga pesakit yang terpaksa hidup dengan rasa sakit akibat menerima rawatan yang kurang atau tidak berkesan.

Namun, mungkin perkembangan teknologi terkini telah membuka lembaran baru dalam satu kaedah rawatan yang telah sekian lama digunakan untuk merawat penyakit lain.

Kaedah ini mungkin dapat membantu pesakit dengan masalah lutut mempunyai hidup yang lebih berkualiti.

Sel stem

Sebelum ini anda mungkin pernah mendengar atau terbaca tentang penyakit-penyakit seperti barah darah (leukemia), talasemia, jantung, diabetes dan penyakit Parkinson yang boleh dirawat dengan menggunakan sel stem.

Kini, dengan adanya teknologi terapi sel stem, mereka yang mengalami kecederaan lutut yang teruk atau mengalami osteoartritis tidak perlu hidup dalam kesakitan.

Sel stem merupakan sel induk atau sel tunjang yang boleh membentuk pelbagai jenis sel dalam tubuh manusia seperti sel saraf, sel kulit, sel darah dan pelbagai jenis sel lain.

Melalui penggunaan sel stem, satu kaedah baru telah ditemui untuk mengubati beberapa penyakit termasuklah kecederaan lutut.

Antara punca utama sakit lutut adalah osteoartiristis iaitu penyakit degeneratif (kemerosotan) sendi dan ia bukan sahaja dialami oleh golongan warga emas tetapi juga golongan muda.

Faktor risiko untuk osteoartiristis termasuklah obesiti, penggunaan sendi yang berlebihan, kecederaan akibat daripada cara kerja atau bersukan, pembedahan, usia dan sejarah keluarga (genetik).

Penemuan terbaru terapi kecederaan lutut dengan menggunakan sel stem oleh Pakar Runding Ortopedik Pusat Perubatan Kesukanan Kuala Lumpur (KLSMC), Dr. Saw Khay Yong, dipercayai bakal mencipta nama negara dalam bidang perubatan kerana ia merupakan yang pertama seumpamanya di rantau Asia.

“Kita biasanya mendengar banyak rungutan orang ramai mengenai sakit sendi lutut semasa mereka berjalan, naik atau turun tangga dan kadangkala terdapat bunyi bergesel (meretih) atau berasa tidak selesa menggerakkan sendi.

“Saya menasihati agar mereka yang mengalami situasi sebegini berjumpa dengan pakar runding ortopedik sebelum keadaan menjadi lebih serius,” kata Dr. Khay Yong.

Bermula daripada penyelidikan haiwan dua tahun lalu yang diketuai oleh Dr. Khay Yong dan rakan-rakan sekerja di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), mereka menemui satu prosedur amat mudah di mana kawasan kecacatan pada rawan lutut digerudi bagi menggalakkan pendarahan di bawah sumsum tulang.

Penyelidikan tersebut juga dijalankan dengan bantuan StemLife Therapeutics.

“Seminggu selepas itu, suntikan berterusan yang mengandungi sel stem bersama asid hyalgen atau asid hyaluronik dilakukan ke dalam sendi lutut.

“Dari model haiwan, kami berjaya menunjukkan bukti pembaharuan rawan di permukaan sendi yang serupa dengan rawan yang normal,” kata Dr. Khay Yong.

Beliau menjelaskan, penemuan kaedah terapi terbaru ini dilakukan dengan menggunakan sel stem matang (adult stem cells) yang diambil daripada pesakit itu sendiri.

“Selepas pembedahan atroskopi, sel stem tersebut akan disemat ke kawasan kecederaan dengan campuran asid hyalgen melalui suntikan selama beberapa minggu,” katanya.

Menurut beliau, prosedur mudah ini juga boleh dilakukan di mana-mana klinik luar.

Dalam pembedahan atroskopi, beberapa tebukan di atas permukaan sendi tulang akan dilakukan.

Pembedahan tersebut akan membentuk darah beku di permukaan tulang yang kemudiannya membentuk perancah bagi penumbuhan dan pembentukan semula rawan.

Seminggu selepas proses tebukan tersebut, sebanyak 12.5 milimeter sel stem akan diambil daripada sumsum tulang pesakit.

Proses pemindahan sel stem seterusnya dilakukan dengan memasukkan semula sel stem ke dalam saluran darah dan proses ini hanya mengambil masa satu hingga dua jam serta tidak menyakitkan.

Seminggu selepas itu, sel stem dengan asid yang dikenali sebagai asid haylgen akan disuntik ke lutut seminggu sekali untuk tempoh lima minggu.

Lima lagi suntikan akan diberikan setiap hari kepada pesakit selepas tempoh lima minggu itu untuk menggalakkan sel stem keluar daripada sumsum tulang.

Kelebihan

Terapi sel stem menggunakan kemampuan dan keunikan sel stem untuk membentuk mana-mana jenis sel dan tisu dalam badan dan membolehkan rawan di permukaan sendi lutut membentuk semula kawasan sendi yang rosak.

Dr. Khay Yong juga berkata, kebaikan prosedur ini adalah ia hanya membabitkan satu pembedahan sahaja, mudah dijalankan dan hanya memerlukan kos yang rendah.

Menurut Pengarah Urusan Stemlife Sdn Bhd, Sharon Low, sel stem penting dalam membantu menyelamatkan nyawa manusia kerana ia merupakan sel induk yang boleh membentuk pelbagai jenis sel dalam badan manusia.

“Saya yakin penemuan terbaru ini mempunyai impak yang besar ke atas rawatan kecederaan lutut kerana kecederaan rawan merupakan perkara yang biasa berlaku ke atas lutut seseorang,” katanya.

Rawan merupakan tisu putih yang nipis dan lembut bagi membalut hujung tulang keras pada sendi lutut di samping bertindak sebagai mekanisma pelincir dan membantu kelancaran pergerakan sendi kerana sifatnya sebagai cecair pekat yang kenyal.

Selain untuk penumbuhan rawan, sel stem juga berpotensi untuk memperbaiki kecederaan ortopedik lain seperti kecederaan tendon dan ligamen, kecederaan saraf, koyakan pada otot dan ulser pada kaki pesakit diabetes.

“Belum ada negara yang menggunakan teknik ini dan Malaysia adalah negara pertama yang membangunkan dan menggunakan prosedur ini,” kata Sharon.

Kata pesakit

Penemuan ini terbukti berkesan apabila seorang pesakit Lee Lay Kheng, 45, mengakui keadaan lututnya bertambah baik selepas menjalani terapi tersebut di KLSMC.

“Dua tahun yang lalu, saya mengalami sakit lutut yang teruk di kaki sebelah kiri dan setahun kemudian ia mula merebak ke lutut kanan.

“Saya memilih untuk menggunakan prosedur menumbuhkan semula rawan dan selepas menjalani pembedahan 3 minggu lalu, keadaan saya bertambah baik dan semakin pulih,” katanya ketika ditemui sedang menjalani fisioterapi di KLSMC.

Seorang lagi pesakit, Fauziah Fadzil, 44, yang berkerja sebagai Pengurus Tadika berkata, dia dan pesakit lain yang menerima rawatan sel stem ini akan menjalani fisioterapi selepas pembedahan.

“Sebelum terapi, saya mengalami sakit lutut yang amat teruk sehingga saya terpaksa menggunakan dua tongkat.

“Tetapi selepas menjalani terapi ini, saya hanya memakai satu tongkat sahaja dan sakit pun tidak dirasai semasa melakukan fisioterapi,” katanya.

Dengan kos rendah dan keputusan yang bagus, terapi lutut dengan menggunakan sel stem dijangka akan mendapat perhatian dan sambutan hebat di kalangan pesakit dan pakar bedah ortopedik di Malaysia dan seluruh dunia.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

alauddinr
Warga Rasmi
Menyertai: 02.12.2008
Ahli No: 36159
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 16:19


Kini terdapat cara baru untuk anda meningkatkan peredaran sel stem badan anda tanpa perlu menjalani sebarang suntikan atau kesakitan. Hanya mengalami keseronokkan pemakanan tambahan rumpai tasek AFA EXTRACT. Dengan pengambilan 3 kapsul, dalam masa linkungan 60 minit, sel-sel stem akan meningkat kepada linkungan 30 peratus dan terus melakukan 'repair' pada sebarang kecederaan. Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari: http://alauddinr.stemtechbiz.com.my/default_MY_EN.aspx . Sel-sel stem badan anda berupaya menjadikan badan anda gagah dan menawan sekiranya anda memberi peluang kepada sel-sel tersebut melakukan tugasnya yang utama, iaitu MENJAGA BADAN ANDA. Pertingkatkan peredaran sel stem anda segera dengan cara yang menyeronokkan. Hubungi saya di [email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For alauddinrProfil   Hantar PM kepada alauddinr   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1097
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 02-12-08 16:24


sapa yang nak dapat baby tu cepat cepat register stem cell bank. kalau terdesak boleh jual sel tu pada orang yang nak beli.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.080196 saat. Lajunya....