Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 24-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 6
Ahli: 0
Jumlah: 6




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 15 hari yang lalu
al-biruni03: 43 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: dimana HT selepas pilihanraya?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» dimana HT selepas pilihanraya?

Please Mendaftar To Post


Oleh dimana HT selepas pilihanraya?

Qaisar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2006
Ahli No: 27543
Posting: 266
Dari: Darul Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 08:29


salam.. bukan nak cucuh api perbalahan, tapi nak tanya jugak, di mana HT selepas pilihanraya?


-----------------
Assubhubada'


Bookmark and Share

    


  Member Information For QaisarProfil   Hantar PM kepada Qaisar   Quote dan BalasQuote

arRazi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.11.2005
Ahli No: 20205
Posting: 230

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 08:56


Pada 20-03-08 08:29 , Qaisar posting:

!!! QUOTE !!!

salam.. bukan nak cucuh api perbalahan, tapi nak tanya jugak, di mana HT selepas pilihanraya?



Waalaikumsalam

HT dan ahlinya tetap wujud wahai saudara..Ahlinya masih melakukan aktiviti dakwah yang sama..tetapi tidak sangat terdorong untuk menyibukkan diri dengan perbincangan tentang DUN atau Parlimen mana yang menang atau kalah..sekadar mendengar sepintas lalu saja..HT tidak ada kaitan dengan sisitem demokrasi dan tidak akan bersamanya..Dan ahlinya lebih menyibukkan diri dengan perbincangan mengenai formula terbaik untuk penyatuan dan kebangkitan ummah mengikut apa yang dicontohi Rasulullah s.a.w. serta berhalaqah bagaimana untuk membuang pemikiran kufur daripada umat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arRaziProfil   Hantar PM kepada arRazi   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 08:59


AlhamduliLLah, baguslah jika begitu. Mencari kesatuan dan bukan permusuhan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

arRazi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.11.2005
Ahli No: 20205
Posting: 230

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 09:21


Pada 03-04-08 08:59 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

AlhamduliLLah, baguslah jika begitu. Mencari kesatuan dan bukan permusuhan.


Ye anak pejuang..apa pandangan saudara yang mana dengan apa yang anda tahu bahawa HT sibuk untuk menyatukan umat Islam, tetapi ada pula kalangan umat Islam yang menggelarkan HT sebagai Hizbuttahrim dan bukan Hizbuttahrir (parti pembebasan). Saya pernah mendapat mesej daripada org yang tidak dikenali tetapi dia muslim..dia mengatakan sedemikian..apa pandangan anda? patutkah berkata begitu? dia mengaku di memperjuangkan Islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For arRaziProfil   Hantar PM kepada arRazi   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 09:50


bagi saya HT adalah jemaah yang memperjuangkan Islam juga. Tidak perlulah untuk mengutuk sesama jemaah Islam dengan gelaran yang boleh mengguris hati.

Cari sahaja kesatuan dan jauhilah permusuhan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 12:38


Pada 20-03-08 08:29 , Qaisar posting:

!!! QUOTE !!!

salam.. bukan nak cucuh api perbalahan, tapi nak tanya jugak, di mana HT selepas pilihanraya?



mereka masih ada...

mereka masih setia menyebarkan SN di masjid2 setiap minggu. tapi saya dah beberapa minggu tak dapat SN, kalau lewat keluar masjid dah habis stok agaknya, dah tak nampak guy yang agih2kan tu, maksudnya mereka tak dapat dakwah saya secara betul-betul dan konsisten, kejap ada kejap tak ada... patutlah sampai sekarang saya tak join HT lagi :sopan:

apa tindakan HT untuk mengatasi masalah ini? edar SN dari rumah ke rumah? atau buat ceramah macam Pas? atau..........?

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 12:42


entah..menghilang pulak HT ini...kalau masih diteruskan dakwah alhamdulillah...jangan hangat2 tahi ayam dah lah...sekadar nasihat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 15:50


Ni buat Prof pening ..... Tabiat tetap tabiat....
Sirat82....... apa pendapat?

Kalau boleh paparkan cara perbincangan menarik serta berilmiah ....Insya-Allaah....

p/s: Perjuangan belum sudah tetapi sedang mengorak langkah

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  


posticon Posting pada: 03-04-08 17:50


Pada 20-03-08 08:29 , Qaisar posting:

!!! QUOTE !!!

salam.. bukan nak cucuh api perbalahan, tapi nak tanya jugak, di mana HT selepas pilihanraya?



sebelum pru nampak sibuk.....

sekarang ???


-----------------
www.myspace.com/mmas_forever


Bookmark and Share

    


  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 17:54


!!! QUOTE !!!

Ni buat Prof pening ..... Tabiat tetap tabiat....
Sirat82....... apa pendapat?


entah lah....
"bermusuh ideologi, berukhwah di hati"

ps:- tabiat susah nak hilang kan. Tabiat teman pun same .


-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman


Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 03-04-08 18:13


Assalamualaikum
setiap mereka ada trugas mereka tersendiri..doakanlah agar ketiadaan mereka ini adalah kerana perjuangan yang belum selesai...lebih aula daripada mereka berada di sini....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

kahfi8
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2007
Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 23:18


kalau semua jemaah berbaik kan ke sejuk mata memandang.. mungkin metod masing-masing berbeza saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kahfi8Profil   Hantar PM kepada kahfi8   Pergi ke kahfi8's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 02:30


Pada 20-03-08 08:29 , Qaisar posting:

!!! QUOTE !!!

salam.. bukan nak cucuh api perbalahan, tapi nak tanya jugak, di mana HT selepas pilihanraya?



Salam, ini petanda baik ni... ada jugak yang masih ingat kepada HT... hehe... maknanya ukhwah dah terjalin lah... Kenapa nak dikata sebagai 'nak cucuh api perbalahan' pula, syeikh...

Berbalik kepada persoalan, 'di mana HT selepas pilihanraya?', saya nakkan kepastian. Anda maksudkan di dalam forum ukhwah ni saja ke ataupun di dunia luar?

Kalau dalam forum ni, ada saja... cuma mungkin agak perlahan sikit lah. Bukan sebab pilihanraya dah habis, tapi sebab kami ni bukannya berkelapangan setiap masa... ada urusan lain di luar sana. Ni saya tunjukkan link-nya, http://ukhwah.com/viewtopic.php?topic=37129&forum=68

Mungkin sebab saya letak di ruangan copy-paste, jadi tak ramai yang membacanya... Kemudian topik BBA, qardhul hasan dan Islamic banking pun ada jugak... Yang ni mungkin tak ramai yang minat nak baca agaknya... entahlah, wallahu'alam...

Kalau di luar pula, aktivisme tetap berjalan seperti biasa. Di tempat saya sendiri pun dah dirancang 2 pengisian oleh syabab HT dalam bulan April ni. Gerak kerja HT tak bermusim, jadi tak kiralah sebelum, semasa, mahupun selepas pilihanraya dakwah tetap berjalan...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 02:48


Pada 03-04-08 12:38 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!



mereka masih ada...

mereka masih setia menyebarkan SN di masjid2 setiap minggu. tapi saya dah beberapa minggu tak dapat SN, kalau lewat keluar masjid dah habis stok agaknya, dah tak nampak guy yang agih2kan tu, maksudnya mereka tak dapat dakwah saya secara betul-betul dan konsisten, kejap ada kejap tak ada... patutlah sampai sekarang saya tak join HT lagi :sopan:

apa tindakan HT untuk mengatasi masalah ini? edar SN dari rumah ke rumah? atau buat ceramah macam Pas? atau..........?

wassalam.



Salam, terima kasih atas keprihatinan ibnu_musa. Buat makluman, SN kebiasaannya diedarkan sebelum khutbah Jumaat bermula. Kalau tak sempat habis (bukan semua orang yang rajin membaca dan berfikir), SN akan diletakkan di tempat yang mudah digapai. Sekiranya masih tak habis lagi, maka si syabab tersebut akan menyambung pengedaran sehinggalah jemaah surut. Jadi, tindakan untuk mengatasi masalah ni, kita kenalah sama-sama merajin-rajinkan diri untuk datang awal solat Jumaat.

ibnu_musa jangan khuatir, kalau tak dapat hard copy SN, boleh baca di website mykhilafah.com. Cari saja di ruangan SN. Takkanlah kita nak harap orang suapkan kita saja kan? Tak begitu..?

Dalam nak cari ilmu ni kenalah bersikap proaktif.

Biasanya syabab tidak akan menghulurkan SN kepada jemaah yang dah duduk, dia akan tunggu di pintu masuk ataupun laluan orang-ramai. Strategi begini ada baiknya, sebab hanya mereka yang benar-benar berminat dan berkesedaran saja yang akan approach untuk mengambilnya. Jadi sekaligus dapatlah mengurangkan bilangan SN yang 'dibuat bungkus sambal belacan' (maksudnya diambil tapi tak dihayati).

Seperkara lagi, syabab tersebut bukan sekadar edar SN saja. Kalau kalian ada soalan yang nak ditanya, atau nak minta pandangan ke, takpun nak berdiskusi ke, sudi-sudilah approach mereka. Kalau tak dapat jawab on the spot (mungkin kena rush sebab ada urusan), boleh aturkan appoinment. Jangan malu, jangan segan.

Edar SN ni cuma uslub saja. Banyak lagi kaedah nak membentuk public opinion... Tapi hasilnya bukan dalam kemampuan kita nak menentukannya... Hidayah tu kan Allah yang tentukan. Yang penting kena usaha... Dalam masa yang sama, kena pastikan usaha kita tu selari dengan syarak...

Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 02:57


Bila aku bicara tentang agama
Macam-macam andaian dan prasangka
Ku dituduh meminggirkan bangsa
Ku didakwa memuja Sang Rembulan
Campakkan Keris Panca Warisan
Ku tatap wajahmu dibalik awan-gemawan.

Bila aku bicara tentang agama
Ku dituduh bicara terlalu serius tanpa jenaka
Seolah-olah agama menjadikan sengsara duduk di dunia
Nak cakap lucah, posting mengarut - haa pasti kena!
Abu Dzar .a. berkata Nabi Muhammad bersabda:
"Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui,
nescaya kamu banyak menangis dan sedikit tertawa

Bila aku bicara tentang agama
Menegur kalangan alim-ulamak
Ku dituduh bersengkongkol dengan pihak berkuasa
Seolah golongan alim-ulamak tak perlu ditegur kerana dah warak
Sesungguhnya yang maksum itu hanya Nabi
Alim-ulamak juga perlu dinasihati
- Addeenu nasihat (hadis)

Bila aku bicara tentang agama
Aku prihatin bukan hanya nasib bangsa
Tetapi seluruh umat manusia
Yang merana kerana rosaknya sistem Kufur sedia ada

Bila aku bicara tentang agama
Airmata mengalir terlalu sedih dengan realiti
Saudara seagamaku seronok mempamerkan maksiat yang hina
Rasuah, gejala sosial, buang bayi, culik, bunuh dah jadi makanan ruji.

Bila aku bicara tentang agama
Inginku sentuh tentang kembali pada ajaran Junjungan Mulia
Bukan hanya kepoh dengan kejahatan puak yang tak disuka
Hingga lupa kewajipan mematuhi perintah Illahi
Dakwahkan mereka tanpa mengira parti
Tarbiyahkan mereka bukan hanya melaungkan rasa benci
Jijiknya kau pada pemimpin mereka
Tidak melepaskan tanggungjawab mentarbiyah
pengikut yang tak tau apa-apa!

Kemungkaran dan kemaksiatan mengundang kebencian
Akal yang waras jijik dengan rasuah, kronisme, nepotisme
Inginku tanyakan dirimu satu persoalan
Benarkah dirimu telah bebas dari ideologi sekularisme?
(fasludeen anil hayah)
Ambil Islam hanya untuk urusan ibadat
Solat, haji, puasa, zakat, faraid, mualamat dan munakahad
Bagaimana pula dengan urusan politik wa pemerintahan?
Sudahkah kau ambil thariqah (method/jalan) kenabian?
Taraktu fii kum amrayni. lah tadhillu maa tamassaktum bihima: Kitaballahi wa sunnata nabiyyihi
Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selagi berpegang teguh pada keduanya: Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya (hadis)

Kau membenci Sang Saka Bangsa
Kerana pemimpinnya korup, rasuah, tamakkan kuasa & harta
Lalu kau berjuang meminggirkan mereka
Supaya pilihanmu bakal mencorak dan memeta tujuarah negara

Tapi mungkin engkau tak tahu atau lupa satu perkara
Sungguhpun kuasa telah ada dalam genggaman
Kewajipan dakwah dan tarbiyah takkan gugur serta-merta
Setelah calon dambaanmu menang dalam pertandingan

Bila aku bicara tentang agama
Inginku peringatkan pada semua
Jangan hanya benci pada manusia
Hinakanlah sistem Kufur yang melahirkan mereka
Jijiklah dengan perundangan Kufur yang sedang bermaharajela
Tangisilah ideologi Kufur yang sedang menguasai negara

Ingin ku ulangi berkali-kali
Dakwah itu wajib. It is compulsory
Dakwah is not an option
Dakwah is an obligation
Dakwah itu wajib walaupun kau diserang bertubi-tubi
Dakwah tetap wajib walau berdepan risiko cedera hatta mati
Waltakuminkum ummatun yad'uuna ilal khair (Ali Imran:104)
"Afdhalul jihad, al qaulul haq 'ainda sultonin saja ir" – 'Jihad yang paling besar ialah berkata benar kepada pemerintah yang zalim (hadis)

Kalau engkau belum tahu
Pergilah mengaji dan berguru
Tanyakan pada yang tahu tentang dakwah
Benarkah ia wajib atau sekadar fardu tak payah?
Fas alu ahlazzikri inkuntum lah ta'lamun - An-Nahl:43

Bila aku bicara tentang agama
Ia manifestasi kasih-sayangku pada semua
Yang salah ditegur, yang tak tahu diperingat
Tanpa mengira parti, dakwah wajib pada semua peringkat
Tak mengira bulu, pangkat dan derajat
Bukan hanya pada yang kita suka
Lalu yang dibenci dibiarkan sesat dari dulu kini & selamanya

Muslimin Muslimat yang dikasihi,

Ingin sekali lagi ku nasihati
Agar kita kembali pada peringatan Nabi
Hidup di dunia ini hanya sementara
Kita diuji untuk layak dapat one-way ticket ke syurga
Dibuktikan dengan buat benda yang kita tak suka
Termasuk berdakwah pada golongan yang besar kepala
Yang dah liat kerana memerintah 50 tahun lamanya
Bukan hanya bangkitkan isu dan gulingkan mereka

Huffatil jannah bil-makaarih wa huffatinnar bissyahwat (hadis)
(Jalan) ke syurga itu dikelilingi perkara-perkara yang tak disukai
dan (jalan) ke neraka itu dikelilingi perkara-perkara yang disukai

Bila aku bicara tentang agama
Bukan sekadar melontar bait-bait aksara
Satu kewajipan bukan nak tunjuk hebat
Ku bakal dihisab jika meremehkannya

Bila aku bicara tentang agama
Ku takkan berhenti hingga hujung nyawa
Semuanya kerana teringat satu wasiat
Sampaikan dariku walau satu ayat
(Balligu anni walau ayah - hadis dari Abdullah bin Umar)

Dipetik daripada sebuah mailing list…


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 04-04-08 11:19


apa kata HT join PAS dalam Pakatan Rakyat?........ :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 14:28


Pada 04-04-08 11:19 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

apa kata HT join PAS dalam Pakatan Rakyat?........ :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir:


Pada 04-04-08 11:19 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

apa kata HT join PAS dalam Pakatan Rakyat?........ :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir:


Salam, pertamanye kita perlu jelas dengan tujuan Pakatan Rakyat itu ditubuhkan. Sekiranya ia berbentuk penglibatan dalam sistem kufur, maka sudah tentu perkara tersebut adalah mustahil untuk berlaku. Namun sekiranya kerjasama dalam hal-hal selain demokrasi, insya Allah tiada masalah asalkan tidak menyalahi syarak.

Namun ini kan melibatkan soal administratif, jadi yang menentukannya adalah pihak pimpinan masing-masing lah. Saya percaya usaha ke arah mencapai kata sepakat dan kerjasama sudah dijalankan, cuma kita tak tahu setakat mana ia dilaksanakan...

Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-04-08 16:42


Pada 20-03-08 08:29 , Qaisar posting:

!!! QUOTE !!!

salam.. bukan nak cucuh api perbalahan, tapi nak tanya jugak, di mana HT selepas pilihanraya?



Kami ada di SINI. :welcome:

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

gooku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27562
Posting: 269

blank  


posticon Posting pada: 06-04-08 05:38


Ada, kami masih memerhatikan ukhwah.com ini

baru-baru ini kami sibuk sedikit...

FITNA - SERUAN DARI HIZBUT TAHRIR MALAYSIA


KUALA LUMPUR 4 April – Sebagai membantah penerbitan
filem pendek Fitna keluaran ahli Parlimen Belanda
Geert Wilders yang menghina Al-Quran dan juga
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam,

HIZBUT TAHRIR MALAYSIA (HTM) telah mengadakan
seruan di Masjid Negara sejurus selesai solat
Jumaat pada hari ini. Seruan selama
lebih kurang 20 minit itu dibacakan oleh
dua orang wakil dari HTM iaitu Ustaz Umar Hussien
dan juga Sdr Zulhazam Othman. Mereka merupakan
dua orang yang sudah tidak asing lagi bagi
para jemaah di Masjid Negara selaku pengedar
tetap nasyrah mingguan HTM, Sautun Nahdhah
di masjid berkenaan.

Selain Masjid Negara, HTM turut mengadakan
seruan yang sama di beberapa masjid terpilih
di seluruh negara. Di Selangor, seruan dibacakan
di perkarangan masjid Al-Hasanah, Bangi.
Sekitar lima ratus orang jemaah yang
menyaksikan bacaan seruan itu tidak berganjak
hinggalah ke akhir majlis. Laungan ALLAHU AKBAR
berkumandang beberapa kali di sepanjang bacaan seruan,
yang dilaungkan dengan penuh semangat
oleh para hadhirin.

Di Perlis, seruan HTM dibacakan di Masjid Alwi Kangar
manakala di Kedah, seruan dibacakan
di Masjid Al-Bukhari Alor Setar.

Di bahagian selatan tanah air,
di Masjid Sultan Bandar Baru Uda Johor Bahru,
HTM bersama-sama dengan Parti Islam seMalaysia (PAS)
membacakan seruan masing-masing selesai solat Jumaat.
Sementara itu di Muar, HTM membacakan seruan
yang sama di Masjid Sultan Ibrahim, di tengah-tengah bandar Muar.
Di Melaka pula bacaan seruan diadakan
di Masjid Tan Sri Khalil Yaakob, Tanjung Minyak.

Di kebanyakan masjid, beberapa orang yang
dipercayai anggota dari Cawangan Khas PDRM
turut kelihatan berkeliaran dan mengambil gambar.
Alhamdulillah, di semua lokasi, mereka langsung
tidak mengganggu perjalanan majlis dan memberi
ruang sepenuhnya untuk seruan dibaca sehingga habis.
Di beberapa buah masjid, beberapa orang dari mereka
turut bersalaman dengan anggota-anggota HTM dan
menyatakan sokongan terhadap seruan yang dibaca.
Justeru, sukacita kami mengambil peluang di sini
untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka
dan juga kepada seluruh hadhirin yang telah sanggup
berpanas dan tidak berganjak mendengar seruan hingga
ke akhir majlis. Semoga Allah mencatat perbuatan
kalian sebagai sebahagian dari amal soleh dan
membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran.

Gambar-gambar di sekitar seruan tersebut
boleh dilihat di ruangan multimedia.


video
video...speaker 1
http://www.youtube.com/watch?v=uEA3whCqsRQ

video...speaker 2
http://www.youtube.com/watch?v=Eq5jxU_c-to

foto dari masjid Al-Hasanah, Bangi.
/

/

foto dari masjid negara, kuala lumpur
/

/

foto dari masjid sultan Ibrahim,Muar

/


-----------------
http://gooku1.fotopages.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For gookuProfil   Hantar PM kepada gooku   Pergi ke gooku's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 06-04-08 08:36


insyaAllah negara khilafah kali kedua seperti yang dinyatakan oleh hadith nabi akan kembali. ia wajib menjaga aqidah ummat, hukum Allah dan maruah ummat. sepertimana khalifah abdul hamid yang memberi amaran jihad kepada perancis dan britain yang mahu mementaskan teater yang menghina islam, akhirnya teater itu dihentikan walaupun tiket telah dijual.
jihad juga akan dilancarkan terhadap israel yang merampas tanah suci baitul maqdis.
HIZBUT TAHRIR AKAN TERUS BERJUANG, UNTUK MENGAJAK UMMAT ISLAM MENEGAKKAN KEMBALI ISLAM DENGAN METODOLOGI MENEGAKKAN KHILAFAH ISLAMIAH. HIZBUT TAHRIR SENTIASA MENJAGA SESUASANA KEIMANAN, TIDAK AKAN MENGKOMPROMIKAN ISLAM DENGAN APA JUGA IDEOLOGI LAIN SECARA FIKRAH MAHUPUN PRAKTIKAL. HT JUGA TIDAK AKAN BERSEKONGKOL DENGAN mana-mana GERAKAN KUFAR BAIK INDIVIDUNYA KUFAR MAHUPUN IDEANYA KUFAR KECUALI IA BERTAUBAT DAN MASUK ISLAM.

SEMOGA ISLAM KEMBALI TERTEGAK, ALLAHUAKBAR!

KEPADA PAKLAH, ANDA WAJIB MENYURUH GEERT WILDER BERTAUBAT DAN MASUK ISLAM, JIKA TIDAK JIHAD AKAN DILANCARKAN TERHADAP BELANDA, ALLAHUAKBAR!

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-04-08 09:06


Pada 06-04-08 08:36 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!



KEPADA PAKLAH, ANDA WAJIB MENYURUH GEERT WILDER BERTAUBAT DAN MASUK ISLAM, JIKA TIDAK JIHAD AKAN DILANCARKAN TERHADAP BELANDA, ALLAHUAKBAR!


pak lah join juga ukhwah ye, dia pakai nickname apa ye :sopan:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-04-08 09:37


Khalifah Negara kita AsSultan Al Mizan.
Alhamdulillah Hizbut Tahrir mula melangkah ke arah Khalifah Islam...Kita doakan Cemerlang untuk wujud Khalifah Islam setelah 500 yang lalu Khalifah Uthmaniyyah turun... Tahniah Hizbut Tahriri matlamat Satu Ummah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-04-08 09:40


Pada 07-04-08 09:37 , Saifuddin posting:

!!! QUOTE !!!

Khalifah Negara kita AsSultan Al Mizan.
Alhamdulillah Hizbut Tahrir mula melangkah ke arah Khalifah Islam...Kita doakan Cemerlang untuk wujud Khalifah Islam setelah 500 yang lalu Khalifah Uthmaniyyah turun... Tahniah Hizbut Tahriri matlamat Satu Ummah...


kata seluruh dunia.. ini satu malaysia saja.. macam mana eh..Confuse


-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 07-04-08 12:16


Assalamualaikum
apa kata gooku kecilkan gambar..? senang sikit nak tengok....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-04-08 21:51


Pada 07-04-08 09:40 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 07-04-08 09:37 , Saifuddin posting:

!!! QUOTE !!!

Khalifah Negara kita AsSultan Al Mizan.
Alhamdulillah Hizbut Tahrir mula melangkah ke arah Khalifah Islam...Kita doakan Cemerlang untuk wujud Khalifah Islam setelah 500 yang lalu Khalifah Uthmaniyyah turun... Tahniah Hizbut Tahriri matlamat Satu Ummah...


kata seluruh dunia.. ini satu malaysia saja.. macam mana eh..Confuse



Salam, a'ah... Saifuddin, boleh tolong jelaskan? Sebab kalau Malaysia ada khalifah tersendiri, negara lain pulak ada khalifah masing-masing, kan dah bertentangan dengan hadis Nabi saw yang melarang pengangkatan lebih daripada seorang khalifah?


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

arRazi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.11.2005
Ahli No: 20205
Posting: 230

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-04-08 11:25


Assalamualaikum,

Saudara2 forum jangan risau, syabab2 HT masih ada di mana-mana dan tidak pernah tenggelam timbul dengan trend pilihanraya dan sebagainya. HT begitu prihatin dengan masalah umat. Bagi umat yang pernah terdedah dengan dengan Ht, mereka akan tahu bahawa HT bukan sebagimana yang mereka yang lain ketahui. Shabab2 HT juga pernah berada dalam barisan hadapan dalam menghadapi kemurtadan dan pengkristianan umat Islam di beberapa tempat di Malaysia. Antum jangan mengata kerana tidak pernah melihat sesuatu yang dibuat oleh HT dan pendokongnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For arRaziProfil   Hantar PM kepada arRazi   Quote dan BalasQuote

asrul_safwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 213
Posting: 154
Dari: Shah Alam....

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-04-08 11:39


Kenapa nak tanya HT....tak payah pedulilah....kepada HT....dok diam...lepas itu dengarlah kemenanagan BARISAN RAKYAT.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For asrul_safwanProfil   Hantar PM kepada asrul_safwan   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-04-08 19:41


Pada 09-04-08 11:39 , asrul_safwan posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa nak tanya HT....tak payah pedulilah....kepada HT....dok diam...lepas itu dengarlah kemenanagan BARISAN RAKYAT.....


Salam, sila baca dengan nada 'concern'...

Kenapa ni asrul safwan? Ada masalah dengan HT ke? Kalau ada, cerita lah; teringin jugak nak tahu. Maklumlah, kita ni kan manusia. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Manalah tahu, anda pernah terguris hati atau terasa dengan HT.

Ataupun, mungkin ini satu lagi provokasi murahan. Percubaan untuk menyalakan api perseteruan... Jika benar, maka berhati-hatilah kaum muslimin sekalian... Jangan termakan dengan provokasi sebegini...

hmmm....

Dakwah tu kan satu kewajipan, kalau disuruhnya dok diam, boleh berkembang ke dakwah tu shaiykh? Dakwah bukannya magic... Paling kurang pun kita kena ada rasa tak rela dalam hati... Itulah selemah-lemah iman. (mafhum hadis)

P/s: Sila post dengan penuh rasa tanggungjawab, kat akhirat nanti Allah akan persoalkan setiap perkara yang kita lakukan... Jangan sampai kita jadi asbab perpecahan dan pergeseran.

Maaf kalau terasa hati dengan post saya ni


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.128655 saat. Lajunya....