Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Jaga buah pinggang anda


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Jaga buah pinggang anda

Please Mendaftar To Post


Oleh Jaga buah pinggang anda

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 16:54


KEHIDUPAN Muhammed Shahrul Nizam, 23 tahun, selama ini adalah normal sehinggalah buah pinggangnya gagal berfungsi.

Ini adalah akibat infeksi sistem perkumuhan yang berulang kali dialaminya. Muhammed menjalani rawatan dialisis di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) selama lima tahun. Beliau berjaya melalui pelbagai cubaan dan penyesuaian serta hidup secara aktif walaupun berkeadaan begitu.

“Di samping belajar, saya juga bermain dalam kumpulan muzik atau berjumpa kawan.

“Setiap hari merupakan satu bonus untuk saya,” kata Muhammed.

Dalam mengharungi penyakit buah pinggang ini, Muhammed memberitahu kawan- kawannya untuk menghargai buah pinggang mereka.

“Anda tidak akan berasa kehilangan apa yang anda ada sehinggalah ia betul-betul hilang," katanya.

Bagi Chuah Seong Ban, 34, sebelum ini, hanya bapa dan kakaknya yang menghidapi sakit buah pinggang, sehinggalah akhirnya dia sendiri turut menghidapinya.

“Pada mulanya, saya berasa sangat tidak selesa dan saya tidak dapat tidur malam sehinggalah pada satu hari, kedua-dua buah pinggang saya berhenti berfungsi sekali gus,” ujarnya.

Walaupun bekerja sebagai seorang jurutera profesional, Seong Ban gembira kerana syarikatnya bersetuju untuk menanggung kos rawatan dialisis untuknya, tiga kali setiap minggu. Jika tidak, sudah tentu beliau akan menanggung beban kewangan yang begitu tinggi. Seong Ban berasa prihatin dan simpati memikirkan pesakit lain yang kurang bernasib baik berbanding dirinya dan bergantung kepada NKF yang banyak menyumbang kepada kebajikan pesakit-pesakit ini.

NKF menyasarkan Hari Buah Pinggang Sedunia kali ketiga ini sebagai satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan umum bagi menangani peningkatan bilangan penyakit buah pinggang.

Adakah anda tahu bahawa lebih daripada 500 juta (atau 10 peratus golongan dewasa) di seluruh dunia mempunyai penyakit buah pinggang?

Sedarkah anda berjuta-juta pesakit meninggal dunia setiap tahun akibat daripada serangan jantung dan strok yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang kronik?

Sebarang penyakit yang mengancam buah pinggang harus diberi perhatian dengan serius. Terutamanya penyakit buah pinggang kronik yang telah meningkat bilangan kesnya. Ini adalah disebabkan diabetes yang tidak dapat dikawal dan tekanan darah tinggi iaitu dua faktor penyumbang utama kepada kerosakan buah pinggang. Merokok, obesiti, umur yang meningkat dan sejarah keluarga yang mempunyai penyakit buah pinggang merupakan faktor risiko yang harus dititikberatkan.

Penyakit buah pinggang boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang peringkat akhir jika tidak dikesan atau tidak menerima rawatan awal. Merujuk kepada kegagalan buah pinggang kronik, ini adalah keadaan yang mengancam nyawa dan pesakit memerlukan pemindahan buah pinggang atau dialisis untuk meneruskan hidup.

Dialisis adalah satu proses menapis toksin di dalam darah yang perlu dijalankan tiga kali dalam seminggu sepanjang hayat pesakit. kos rawatan dialisis juga adalah terlalu tinggi untuk ditanggung berseorangan oleh pesakit. Syukurlah penyakit buah pinggang boleh dicegah terutamanya bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

* Mengelakkan masalah

Buah pinggang sangat penting. Ia memproses darah kita setiap hari untuk menapis bahan buangan yang dihasilkan proses metabolisme badan. Bahan buangan itu dikeluarkan dari dalam badan melalui air kencing (urin) atau najis. Apabila buah pinggang rosak atau menjadi lemah disebabkan penyakit, keupayaan untuk menapis darah akan menurun. Jadi, bahan buangan berkenaan akan terkumpul di dalam badan.

Rawatan

Setakat ini, lebih dari 16,000 rakyat Malaysia sedang menjalani rawatan dialisis dan dianggarkan akan menjangkau sehingga 20,000 menjelang 2010. Di seluruh dunia, pesakit yang menjalani rawatan dialisis dianggar akan meningkat pada kadar tujuh peratus setiap tahun.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Pengurusan NKF, Dr. S. S. Gill, penyakit buah pinggang peringkat akhir perlu dicegah bagi mengelakkan beban proses rawatan dialisis.

“Jagalah buah pinggang anda sebaik mungkin. Jika anda telah mendapat penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi, pastikan ia dikawal dengan berkesan.

“Jangan biarkan diabetes dan tekanan darah tinggi merosakkan buah pinggang anda,” katanya.

Mereka yang kelihatan sihat dari luar juga perlu mengambil berat masalah buah pinggang ini. Timbalan pengerusi NKF, Prof. Datuk Dr. Zaki Morad Mohamad Zaher menjelaskan NKF menggalakkan semua orang dewasa menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan.

“Saya yakin pengukuran ini dapat mengesan faktor risiko yang ada malah dapat mengesan penyakit buah pinggang peringkat awal.

“Ini seterusnya dapat mengurangkan jumlah kes penyakit buah pinggang kronik (CKD) di Malaysia bagi tempoh 15 tahun yang akan datang,” jelas beliau.

NKF kini menjalankan promosi pemeriksaan kesihatan dengan aktif melalui program ‘NKF Life Check’ yang dilancarkan pada bulan Februari.

Yayasan ini kini mempunyai sebuah bas dengan 40 tempat duduk yang dilengkapi dengan kakitangan yang berkelayakan dan tujuh tempat kerja untuk ujian penyaringan dan khidmat nasihat.

Khidmat ini bukan sahaja bagi memeriksa kesihatan masyarakat umum tetapi juga pekerja-pekerja syarikat. Sambutan yang diperoleh setakat ini adalah baik dan NKF menerima lebih banyak permintaan untuk perkhidmatan pemeriksaan ini. Program NKF Life Check merupakan sebahagian daripada program pendidikan komuniti NKF ‘Kidney Care’ yang dimulakan bersempena dengan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2008.

Naib Timbalan Pengerusi NKF, Dr. Tan Chwee Choon menyatakan pengesanan awal dan rawatan awal boleh melambatkan perkembangan kegagalan buah pinggang peringkat akhir daripada 20 peratus hingga 50 peratus.

“Yang paling penting, setiap orang perlu belajar tentang penjagaan kesihatan buah pinggang mereka.

“Melalui NKF Kidney Care dan pelbagai acara lain, kami berharap dapat menyampaikan maklumat penjagaan kesihatan buah pinggang kepada orang ramai,” katanya.

Artikel ini adalah sumbangan daripada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia. (NKF)


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-11-08 17:18


Memang penting jaga buah pinggang dan kiranya kedua-dua belah gagal berfungsi maka gejala sakit akan timbul...

Antara simptonnya :

Sakit di tulang belakang,
kencing tak lawas,
kebas dari bahagian pinggang ke bawah


Fungsinya ibarat Filter bagi penapisan dalam badan kita...


Wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

ann_1
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7574
Posting: 304
Dari: utm,johor

Selangor  


posticon Posting pada: 07-11-08 22:54


apa yang saya tahu kalau nak jaga buah pinggang salah satu caranya ialah pastikan kita minum cukup air+-3L air sehari...ini tidak termasuk air2 lain yang berperisa ;) amaln ini dikongsi bersama dengan doktor klinik panel :)


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For ann_1Profil   Hantar PM kepada ann_1   Pergi ke ann_1's Website   Quote dan BalasQuote

fawawzaiya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.08.2003
Ahli No: 2819
Posting: 67
Dari: johor ke UM

Johor  


posticon Posting pada: 07-11-08 23:00


minum air

minum air yang bersih

pastikan air yang diminum bersih



Bookmark and Share

    


  Member Information For fawawzaiyaProfil   Hantar PM kepada fawawzaiya   Pergi ke fawawzaiya's Website   Quote dan BalasQuote

kakraihan
Warga Rasmi
Menyertai: 20.10.2008
Ahli No: 35485
Posting: 11
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 09:10


satu info, kalau boleh, elakkan dari mengamalkan sjenis air mineral yang dibotolkan dan dijual secara meluas berjenama sea xxxxxx.
bahaya sangat kerana ianya diproses hasil dari kumbahan manusia..memang menjijikkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakraihanProfil   Hantar PM kepada kakraihan   Pergi ke kakraihan's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.087072 saat. Lajunya....