Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Never explain yourself to anyone, the one who likes you don't need it, the one who hates you won't believe it
-- -- Snickers (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: I Hate ALL OF tHEM!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» I Hate ALL OF tHEM!!

Please Mendaftar To Post


Oleh I Hate ALL OF tHEM!!

Nur_ZiNnIraH
Warga Rasmi
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21148
Posting: 3
Dari: Kota Kinabalu

Sabah  


posticon Posting pada: 17-03-08 12:44


Ya!!..saya memang benci dengan mereka.siapa mereka? parents saya.Saya geram dengan mereka..yang sibuk dengan dunia masing-masing.
macam kami ini..anak-anak mereka tak wujud.

Ayah saya..sejak mengenali dunia IT..truz hanyut dengan maksiat.Chatting dengan perempuan sana-sini,tak ingat anak-bini..mengaku single..lonely kunun!padahal kami yang di rumah ini..macam tak wujud.Saya pendam ini memang gila lama..sejak saya Tahun 3 lagi..sekarang saya baru saja abiz SPM dengan keputusan..yang cukup-cukup makan saja.Saya tahu ayah saya tengok cd lucah tyme saya kemas rumah...tapi still saya buat dunno.Saya tau ayah saya sms dengan perempuan lain..bagi duit kat perempuan itu..chatting..tapi ya,saya still simpan semua rahsia ayah dan sekarang..saya rasa macam nak meletup!

Saya..masih respect ayah,tapi saya dah tak boleh teruskan lakonan saya..pretend yang saya tak tau apa-apa.Dan ayah,pun anggap saya macam budak-budak yang tak tau apa.Hello! saya dah hampir 18 tahun..!

Mama pula..sejak tau perihal ayah..sering bergaduh dengan ayah. hanya tak boleh tahan hidup dalam keadaan begini.Benci betul.!!
Everyday,ada jak sindiran dari mulut mama..tak boleh salahkan dia.Bayangkan,mama terbangun jam 1 pagi tengok suami dia syok chatting di Mirc..mengaku single..siapa ndak sakit hati.!

Then,bila ayah dah kantoi..ugut kahwin lain..mama tuntut cerai!
Warghhhh!!!!!,mama start imbau kisah lama..semua kisah kesedihan dia...dan saya yang jadi tukang dengar. Mama tak mahu dimadukan..then Kenapa mama tidak berpisah saja dengan ayah..dari hidup menyiksa diri.

Mungkin saya gila..mahukan parents sendiri bercerai-berai.. tapi bagi saya semua itu..lebih elok,dari truz pendamkan rasa sakit hari kan?.

Ayah,dah jarang sangat solat...adik lelaki saya baru darjah 5 pigi solat..dia tidur di rumah..adakah patut,dan jika saya bersuara..jawapan ayah..yang penuh egoisme..
"kamu budak-budak! belajar saja!"..

Saya pendam semua ini sejak tahun 3 siksa gila..saya tak pernah luahkan pada sesiapa..sebab ini maruah keluarga saya.Tapi,sekarang saya dah tak larat nak tanggung benda ini semua..tak larat dah nak berlakon muka ceria depan semua kawan-kawan dengan keluarga..lagipun kalau saya tulis kat sini teda siapa pun tahu..sepa saya..kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_ZiNnIraHProfil   Hantar PM kepada Nur_ZiNnIraH   Quote dan BalasQuote

An_nas
Warga Rasmi
Menyertai: 17.03.2008
Ahli No: 32921
Posting: 17
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 12:56


Asalamualaikum...
sejahat mana pun mereka tetap ibubapa awak yang mesti dihormati.
syurga itu dibawah telapak kaki ibu,
berdoalah pada Allah semoga dibukakan pintu hati ayah awak untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan.jangan terus membenci mereka.awak juga mesti lebih mendekatkan diri pada Allah supaya diberi ketenangan dan dapat melalui dugaan ini dengan tabah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For An_nasProfil   Hantar PM kepada An_nas   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 13:43


saya fahami perasaan hati awak yang di duga..

kalau saya jadi awak..mungkin saya juga tidak mampu terus sabar dan pendam seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku..setelah bertahun2 harapan awak agar semua ni selesai tetapi tiada kesudahan..

orang di luar mungkin boleh kata sabar..tapi berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..

saya cuma boleh nasihatkan agar awak selalu bersama ibu awak. dia perlu sokongan anak2 di saat suaminya sendiri telah abaikannya. seorang wanita itu amat perlukan anak2nya di saat2 suaminya telah berubah..

pasal ayah awak pula..kalau sayapun mungkin saya meluat dengannya. tetapi awak tak boleh hilang hormat padanya. saya cuma boleh katakan agar awak terus kuat hati. jangan semua ni menganggu pelajaran awak. ingat, selagi kita fikir masalah keluarga..ia adalah ketidakpastian yang jelas. sampai bila nak tnggu semua masalah selesai..

nanti awak dewasa, awak akan ada perjalanan hidup awak. awak jangan lemah semangat. biarlah tiada siapa tahu apa yang berlaku..tetapi awak kena yakin bahawa awak masih ada tempat mengadu yang nyata dan terang bersama awak. Yakinlah padaNya..Dialah yang selalu bersama awak dalam hadapi kepayahan getir itu..

saya yakin ibu awak masih sayang ayah awak. tetapi kalau pergaduhan berterusan dan kesefahaman tidak boleh dipertahankan..baik ia berpisah dengan cara yang baik. kalau ayah awak dah insaf, dia pasti kembali untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai ayah dan suami yang baik..saya sedih untuk melihat ibu awak terus sedih begini..saya yakin berat lagi yang terpaksa awak tahan..

yang pastinya awak kena selalu bersama ibu awak. dia perlukan awak..teruskan berdoa padaNya..semuanya akan kembali baik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 13:48


memang pada siapa yang tak rasa dia tak tahu..
tapi sabar dan banyakkan berdoa
kalau boleh,minta pada mak ajak si ayah jumpa kaunselor atau sesiapa yang boleh tolong selesaikan masalah ni.
jangan mudah doakan perceraian ibu bapa sebab bila perceraian berlaku,baru rasa susahnya hidup tanpa salah seorang daripadanya.time nak marah memang semua nak lepaskan tapi fikir rasional.bukan mudah juga untuk bina sesebuah famili.
jangan membenci ayah atau mak sebab tanpa dowang kita tak ada di dunia ni.anggap saja sebagai ujian dari ALLAH,sebab mungkin Dia nak uji kesabaran awak sekeluarga


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyafah
Warga Rasmi
Menyertai: 11.03.2008
Ahli No: 32863
Posting: 6
Dari: miri

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 13:49


assalamualaikum.. yakinlah setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah maha mengetahui apa yang sedang berman di fikiran hambaNya. yang penting adik tak mudah berputus asa menasihati parents adik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafahProfil   Hantar PM kepada mukasyafah   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 13:50


Pada 17-03-08 12:56 , An_nas posting:

!!! QUOTE !!!

Asalamualaikum...
sejahat mana pun mereka tetap ibubapa awak yang mesti dihormati.
syurga itu dibawah telapak kaki ibu,
berdoalah pada Allah semoga dibukakan pintu hati ayah awak untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan.jangan terus membenci mereka.awak juga mesti lebih mendekatkan diri pada Allah supaya diberi ketenangan dan dapat melalui dugaan ini dengan tabah.


betul tu... kena banyak-banyak sabar... sentiasa berdoa supaya mereka sedar.. Insya'Allah, Allah pasti akan bantu... Kalau boleh, cerita kan masalah dengan kawan yang paling rapat, minta pandangan dan nasihat dengan guru atau teman-teman yang rapat... jangan pendam seorang k...


-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

An_nas
Warga Rasmi
Menyertai: 17.03.2008
Ahli No: 32921
Posting: 17
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 13:55


walaupun dia bukan ayah yang sempurna tapi dia tetap ayah awak.darah daging awak dan yang bertanggungjawab membawa awak ke dunia ni.membenci dia same dengan awak membenci diri awak sendiri.
kalau dia bukan seorang 'ayah' tentu masa kecik lagi dia dah bunuh awak.
mustahil tak ada satu pun kebaikan dia sejak awak kecil kan.
ada hikmah disebalik setiap kejadian,berdoa lah pada Nya..kerana hanya Dia yang mampu merubah sesuatu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For An_nasProfil   Hantar PM kepada An_nas   Quote dan BalasQuote

didad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang

Selangor  


posticon Posting pada: 17-03-08 15:04


salam..pergi lah luahkan masalah tu pada ahlinya..iaitu kaunselor or ustazah mana-mana..awak mengambil jalan yang salah kerana hebohkannya di sini dan anda tetap berdosa dengan mak ayah anda..

biar anda nampak masalah ini sebagai hikmah.bukan sebagai kebencian yang mendalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For didadProfil   Hantar PM kepada didad   Quote dan BalasQuote

didad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang

Selangor  


posticon Posting pada: 17-03-08 15:04


salam..

pergi lah luahkan masalah tu pada ahlinya..iaitu kaunselor or ustazah mana-mana..awak mengambil jalan yang salah kerana hebohkannya di sini dan anda tetap berdosa dengan mak ayah anda..

biar anda nampak masalah ini sebagai hikmah.bukan sebagai kebencian yang mendalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For didadProfil   Hantar PM kepada didad   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 15:47


Pada 17-03-08 15:04 , didad posting:

!!! QUOTE !!!

salam..

pergi lah luahkan masalah tu pada ahlinya..iaitu kaunselor or ustazah mana-mana..awak mengambil jalan yang salah kerana hebohkannya di sini dan anda tetap berdosa dengan mak ayah anda..

biar anda nampak masalah ini sebagai hikmah.bukan sebagai kebencian yang mendalam...


betul tu...


-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-03-08 16:09


hmm payah saja dengar kisah ni...harap-harap saudari dapat bersabar lagi...jangan lupa manusia sentiasa ada ujian..dan ujian yang senang nak detect ialah kesusahan yang ada..kadang-kadang ia untuk memudahkan kita namapk apa yang tak elok..itu untuk panduan hidup kita akan datang...

Perempuan mana tak sayangkan suami..tapi suami ni hatinya boleh dibelah 4 untuk kongsi kasih..perempuan besenya hati dia akan tetap untuk 1..saya tak tau siapa yang bersalah dalam hal ni..tapi untuk pengajaran check balik kenapa boleh jadi begitu..banyak-banyak kan berdoa agar ayah dibalikkan ke jalan yang betul..

Bagusnya saudari boleh tahan dari tahun 3..bukan senang nak buat begitu..kena dengar rintihan ibu bagi saya adalah satu penghargaan. Bukan senang seorang ibu nak ceritakan masalahnya pada anak..jadi dengarlah kisahnya dan ambil pengajaran..mungkin ada kesilapan yang dilakukan tanpa dia sedari..

kalau nak kaunseling jangan saudari nak sound...biar mereka yang maka ayah boleh dengar macam atuk @ ustaz @ sedara yang mereka respect..kalau anak payah sikit..banyakkan dampingi ibu kerana dia yang lebih terseksa dari situasi saudari cerita....

Baik bruk dia tetap ayah sedari..nama kat belakang pun dah bawa namanya..cerai is the last choice..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

adekuwan83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.11.2007
Ahli No: 31792
Posting: 189
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 17-03-08 16:25


Ya Tuhan.. besarnya dugaan yang saudari tanggung, berat mata memndang berat lagi bahu yang memikul.. tapi kita jangan lupa, sesusah mana pun kita, masih ada yang lebih payah dr kita.. inilah dugaan dan cabaran hidup.. dan satu lagi perkara jangan lupa bahawa Allah tidak akan membebankan hambaNya melainkan apa yang terdaya oleh hambanya jua...

:bunga: :bunga: :bunga:
innallahama'assobirin = sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sobar... :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For adekuwan83Profil   Hantar PM kepada adekuwan83   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 17-03-08 17:26


Pada 17-03-08 13:39 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

erm kita yang tak merasa boleh cakap saja..
orang yang merasa sendiri tahu..

memang patut ayah tu kena benci

adakah seorang ayah macam tu..



erm bawa banyak istigfar cakap macam ni....SETIAP org ada ujian masing-masing...anak2 itu ujian untuk ibu bapa, dan ibubapa juga ujian untuk anak2...

kita tak dapat memilih sapa jadi anak2 kita, dan kita pun tak dapat memilih sapa jadi ibubapa kita...

memang saya tak menafikan ayah zinnirah itu ada melakukan perkara yang tidak elok, tapi kena ingat tidak ada org yang perfect didunia ini...dan tak semua yang kita impikan kita dapat....

mungkin zinnirah impikan seorang ayah yang bertanggujwap, penyayang dan impikan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia, jadi bila impian zinnirah ni tak tercapai, awak rasa marah dan benci, Kenapa mesti saya yang berada dalam keluarga ini...

awak kena ingat bila awak ditimpa sesuatu ujian tu, ada org lagi diuji lebih teruk..sumbang mahram,abuse dan sebagainya, saya rasa zinnirah mesti maklum pasal benda ni kan...

memang susah sebagai anak2 kita nak nasihati ibubapa kita, sebab mereka mempunyai ego mereka masing-masing, dan kita pun mempunyai ego kita sendiri...cuba zinnirah cakap kepada org yang lebih tua, mungkin pakcik ke atau nenek dan atuk ke, atau pun siapa2 yang ayah dan ibu zinnirah hormati, untuk menasihati mereka...

dan paling penting jangan lupa doa pada Allah supaya dilembut kan hati mereka berdua..selalu baca doa after solat ok...

apa-apa pun life hv to move on...


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 21:31


dik, beratnya masalah yang adik tanggung dalam usia semuda adik ni... ni lah problem sekarang, berlakunye kebobrokan rumah tangga lantaran kepala keluarga yang tak bertanggungjawab...

tapi, membenci ayah bukan jalan penyelesaian, adik pernah bincang dengan mak adik??

atau pun, adik rosakkan saja connection internet kat rumah adik tu :-P ..

dik, dengan orang tua, memang agak sukar kita nak nasihat direct,

mohon lah dari ALLAH.. buat solat hajat bebanyak, minta dengan ALLAH, jangan sesekali benci ayah, sebab seburuk mana pun dia, dia tetap ayah kita....

akak doakan adi berjaya mengatasi masalah ni..

anak murid akak pun ramai yang bermasalah keluarga... sedih..



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 23:42


Itu satu ujian dari Allah,Awak dan mak perlu bersabar.Kalau ada peluang ingatkan ayah awak dengan tanggungjawab,kehidupan ini yang sementara dan kematian yang akan mendatang.Lebih elok minta bapa saudara atau mereka yang berpengaruh di kalangan keluarga ayah awak supaya nasihatkan dia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 18-03-08 03:48


saya faham dengan apa yang saudari rasa....
saya juga melalui perkara yang saama...
tetapi bukan dengan parents...
tapi dengan mak cik yang masih lagi belum kahwin even dah dekat 40 umurnya ...
kami tinggal serumah...
tiada pilihan kerana nenek saya sakit dan memerlukan jagaan penuh..hanya ibu saya sahaja yang suri rumah sepenuh masa dan tidak mempunyai anak kecik....
susah kalau ada masalah dengan family sendiri...lebih-lebih lagi kalau tinggal serumah...
yang terbaik ialah buat bodoh saja....buat tak tau...
that's why saya duduk hostel...at least tak ngadap muka dia everyday...
huhu...
cara yang terbaik ialah berdiam dari sebab kita bermasalah dengan org yang lebih tinggi pangkatnya and older than us...
or anda dah habis sekolah...cari jalan supaya anda boleh duduk hostel...then tak tinggal kat rumah tu lagi....
doakan supaya your dad akan berubah...
jangan benci kat parents sebab kita wujud dengan wujudnya mereka...
no matter what happens, life must go on....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

emirmizan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.01.2006
Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban

australia   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 06:48


assalammualaikum...

ya, benar, orang yang tak merasa takkan tahu rasanya, peritnya azabnya... dan saya sendiri mungkin bukan orang yang sesuai untuk memberi pendapat, namun atas dasar saya mempelajari psikologi pendidikan.... maka, diharapnya dapat menyumbang sesuatu...

beristighfarlah... bahawa setiap sesuatu yang Allah jadikan ini, bukanlah saja-saja, bukanlah untuk permainan, malah disebaliknya tersimpan hikmah yang besar. begitu juga dengan ujian, sebagai mana firman-Nya dalam al-Mulk:2

"Dia ciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu yang mana satu daripada kamu yang paling baik amalannya."

di sinilah datangnya Islam dengan keindahan, tawakkal yang amat berkait rapat dengan berserah diri... adik zinnirah, tawakkal hanya berlaku apabila hamba-Nya berserah diri, dan Islam juga punya maksud yang sama, berserah diri, dalam konteks ini, sepenuh keikhlasan... maka bertawakkal lah kepada Allah.... mengadu kepada-Nya, dalam sujud, dalam doa ketika hujan dan ketika orang-orang lain tidur... Allah maha Adil, Dia maha Mendengar.. mustahil Allah akan membiarkan kamu begitu sahaja, namun untuk mengharapkan sesuatu kita perlu berkorban, bukan semata-mata meminta, bangunlah diwaktu malam. itulah pengorbanan, sucikan diri dan berwhudu'lah, itulah pengorbanan, angkatlah takbir, itulah pengorbanan tatkala yang lain lena diulit mimpi... insya Allah, Dia akan membantu...

amat penting untuk adik berjumpa dengan sesiapa yang adik sangat percaya, dan meluahkan perasaan dan masalah.. kerana masalah yang dipendam akan menyebabkan hati terasa semak dan berat... sekurang-kurangnya dengan meluahkan masalah, insya Allah, beban yang dirasa tidak seberat mana, pastinya Allah datangkan dalam hidup adik seorang yang boleh mendengar masalah adik... insya Allah... tapi selesaikan dahulu dengan Allah.. mengadulah pada Dia...

buat semua, inilah pengajaran... Allah datangkan adik Zinnirah kepada kita sebagai peringatan, maka kita perlu beringat-ingat.. bahawa dalam setiap perlakuan kita, kita perlu berhati-hati... bahawa dalam setiap perlakuan kita, kita perlukan iman sebagai tunjang dan asas.... bukan nafsu semata...

astaghfirullah al-azim... maafkan diri ini atas kekurangan diri ya Allah, ampunkan aku sekiranya terdapat salah dan silap pada bicara dan peri hamba-Mu ini ya Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For emirmizanProfil   Hantar PM kepada emirmizan   Pergi ke emirmizan's Website   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-03-08 07:54


bersabarlah dengan dugaan ini,mungkin ini ujian daripada Allah swt untuk hamba-NYA ..banyakkan bersabar dan sentiasa mohon petunjuk dr Allah swt supaya berikan hidayat dan lembutkan hati ayah saudari..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 09:04


cuba minta pertolongan dari pakcik atau makcik yang mereka (ayah dan emak) hormati dan dengar pendapatnya. Kendian buat mesyuarat keluarga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 09:57


Pada 17-03-08 21:31 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!



mohon lah dari ALLAH.. buat solat hajat bebanyak, minta dengan ALLAH, jangan sesekali benci ayah, sebab seburuk mana pun dia, dia tetap ayah kita....



tersentuh baca posting dari kak anis ni, betul lah apa-apa pun menangis dan mengadu lah pada DIA yang satu,pasti akan terasa lega dan nikmat...



Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 10:02


Pada 18-03-08 09:57 , rose_itam posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-03-08 21:31 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!



mohon lah dari ALLAH.. buat solat hajat bebanyak, minta dengan ALLAH, jangan sesekali benci ayah, sebab seburuk mana pun dia, dia tetap ayah kita....



tersentuh baca posting dari kak anis ni, betul lah apa-apa pun menangis dan mengadu lah pada DIA yang satu,pasti akan terasa lega dan nikmat...



betul... jangan lupa untuk terus berdoa... banyakkan membaca Al-Quran..


-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

emirmizan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.01.2006
Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban

australia   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 14:45


inysa Allah, Allah bersama kita.... jangan risau... Allah akan bersama-sama dengan hamba Dia yang menginginkan kehadiran-Nya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For emirmizanProfil   Hantar PM kepada emirmizan   Pergi ke emirmizan's Website   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 19-03-08 10:25


Bismillahhirrahmanirrahim..

erm..sehebat mana pun dugaan dalam keluarga,janganlah sampai membenci ibu ayah sendiri..seburuk mana pun,mereka tetap ibu ayah sendiri..tanpa mereka takkan ada kita kat sini..cuba adik slow talk dengan mak ayah..doalah bebanyak agar selesai masalah,insyaALlah..minta agar diberi hidayah apada ayah..tabahkan hati mak awak dan kamu adik beradik..pasti ada hikmah atas ujian yang Allah berikan ni..cari dan pandanglah hikamh itu dengan hati yang lepas dari kebencian,ya dik,insyaALlah..jangan tinggal solat hajat minta agar keluarga kamu bersatu kembali,insyaALlah..doa adalah senjata,kan..moga lancar segalanya,insyaALlah..amin.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

nursyi
Warga Rasmi
Menyertai: 10.01.2008
Ahli No: 32283
Posting: 4
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 10:34


emm..besar betul dugaan awak..bebanan yang awak tanggung ni pasti akan diberi ganjaran oleh Allah kelak..berdoa dan bersabar..sabar itu tiada hadnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nursyiProfil   Hantar PM kepada nursyi   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 21:40


dik,
ALLAH menguji seseorang tu kerana ALLAH tahu, dia mampu untuk hadapi ujian tersebut....

adik mampu sebenarnya..

akak doakan adik akan berjaya..



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 23:10


Assalamualaikum adik nur...

akak simpati dengan ujian yang menimpa diri adik...
sesungguhnya adik punyai kekuatan yang luar biasa sebab mampu menanggung masalah ini dari tahun 3 lagi...adik memang hebat...!

dan yang lebih akak berbangga dengan adik, adik masih lagi kuat dengan nilai2 ISLAM walaupun ayah adik begitu...
secara tak langsung, mungkin ada keberkatan dari ibu ayah yang menyebabkan adik terdidik..
kadang-kadang...ayah dan ibu bersungguh2 mendoakan kita (dalam solat/HATI) walaupun di depan kita ibu dan ayah tak menunjukkan contoh yang baik...

adik jangan mudah putus asa ye...ingat ALLAH banyak-banyak....DIA sayang adik...sebab tu DIA uji adik....

jangan sedih ye adikku sayang...buat solat hajat dan doa banyak-banyak supaya ayah berubah dan hubungan ibu dan ayah baik semula...
rajin2 baca quran dan dengarlah lagu nasyid yang boleh meningkatkan semangat dan keimanan...
akak kalau tengah sedih...salu jugak buka lagu2 nasyid yang boleh mendamaikan hati...

:welcome:

cubalah adik baca tazkirah ini...
http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel/display/825


-----------------
Mencurah Kasih Berkongsi Ilmu http://raudhatulmardhiah.blogspot.com Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 23:12


ini lirik lagu yang boleh memotivasikan saat ditimpa ujian yang berat....

Dalam derita ada bahagia
dalam GEMBIRA mungkin TERSELIT DUKA
TAK SIAPA TAHU
tak siapa pinta ujian bertamu
BIBIR MUDAH MENGUCAP SABAR
tapi HATILAH YANG REMUK MENDERITA
insan memandang
mempunyai PELBAGAI TAFSIRAN
Segala takdir, terimalah dengan
hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya
harus ada rasa bersyukur
disetiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
Allah MENGASIHIMU setiap masa
DIUJI TAHAP KEIMANAN
Sedangkan RAMAI TERBIAR DILALAIKAN
hanya yang TERPILIH sahaja
antara berjuta mendapat rahmatnya
Allah rindu,mendengarkan
rintihanmu dan tabahlah
menghadapi
segala ujian diberi
maka bersyukurlah selalu


ada rahmat disebalik ujian dariNYA...percayalah! walau..

TAK SIAPA TAHU
tak siapa pinta ujian bertamu
BIBIR MUDAH MENGUCAP SABAR
tapi HATILAH YANG REMUK MENDERITA
insan memandang
mempunyai PELBAGAI TAFSIRAN

dik...setiap kesusahan itu bersamanya kemudahan!

dua kali Allah ulangi ayat ini dalam surah al-insyirah

berpeganglah pada janjiNYA...


-----------------
Mencurah Kasih Berkongsi Ilmu http://raudhatulmardhiah.blogspot.com Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 23:26


:bunga:

Kehidupan
Inteam (duet bersama Nazrey Raihan)


Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitulah selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yang datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..


-----------------
Mencurah Kasih Berkongsi Ilmu http://raudhatulmardhiah.blogspot.com Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 00:40


kisah seperti ni terlalu biasa diceritakan dalam DCCK, dalam surat khabar Utusan setiap Ahad. tak sangka kali ni kisah ni diceritakan di ukhwah pula... dan dari kacamata seorang anak...

berat mata membaca, tentu berat lagi bahu memikul... emm... :roll:

nasihat-nasihat di atas dah cukup rasanya.. tak ada apa yang saya nak tambah. huhu...

cuma satu peringatan daripada saya kepada nur zinnirah.. walau seteruk mana pun ayah kita, terhadap orang lain atau terhadap diri kita, dan walau ayah kita lalai daripada menjalankan tanggungjawabnya kepada kita sebagai anaknya, dan walau dia berdosa terhadap Allah atau walau Allah murka kepadanya sekalipun (na'udzubillah), itu tak bermakna kita sebagai anak tidak ada tanggungjawab terhadap ayah kita dan tidak perlu menjalankan tanggungjawab kita sebagai anak kepada bapa... yakni menghormati bapa atau tidak derhaka kepada bapa.

ambil iktibar daripada kisah pada zaman Nabi Musa a.s., bahawa terdapat seorang anak muda yang dipilih untuk masuk ke syurga, kerana taatnya dia pada ibu bapanya... yang dijaganya ibu bapanya itu dengan penuh kasih, walaupun ibu bapanya dimurkai Allah kerana dosa mereka hingga bertukar menjadi khinzir....

walaupun ibu bapanya berbentuk khnizir, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak... dijaga dan dihormati, dibelai dan dikasihani... kerana walau apa pun, mereka itu tetap ibu dan ayahnya, yang melahirkannya ke dunia... kawan-kawan dan saudara kita boleh cari, tapi ibu dan ayah, kita hanya ada seorang sahaja ibu dan ayah dalam dunia ni...

jangan sampai kelalaian atau dosa ayah kita terhadap kita itu (atau dosa kepada ibu kita atau dosa kepada dirinya sendiri) membuatkan kita lari daripada tanggungjawab kita sebagai seorang anak pula... lagipun, berbuat baik pada ibu dan ayah adalah amat dituntut dan banyak pahalanya...

zinnirah layak untuk berasa marah... dah tentu... tapi, lama2 pun tak guna juga marah tu... marah itu hanya merosakkan diri sendiri... yang penting bagi zinnirah sekarang adalah memaafkan ayah dan bersabar dengan penuh ketabahan untuk mengharungi semua ni... zinnirah perlukan ketenangan, jadi, tak perlu melayani perasaan benci dan marah yang hanya merosakkan diri sendiri... buangkan semua tu dan redha lah atas takdir yang berlaku ini...

selebihnya, berjumpa lah dengan kaunselor, guru2, ustaz atau ustazah atau sedara mara yang terapat, atau someone yang boleh dipercayai... masalah ini perlukan orang yang lebih dewasa... kalau boleh, yang berilmu agama dan berkuasa untuk menegur ayah zinnirah...

mudah-mudahan Allah kurniakan zinnirah kekuatan... AMIN.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-03-08 05:39


:-) Assalamualaikum


Seteruk mana ibu bapa kita,mereka tetap ibu bapa kita...tegurlah secara berhikmah dan jangan putus asa dalam berdoa...moga-moga ALLAH Taala beri petunjuk dan hidayahNYA...dan semoga adik juga diberi kekuatan dan kesabaran......


    Mintalah pandangan orang tengah..saudara mara yang boleh dipercayai    untuk selesaikan masalah ni ke...insyaALLAh..


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 20:25


salam...
kalau terasa berat untuk ditanggung,cuba selesaikan dan luahkan pada yang pakar dan yang boleh dipercayai..bukan nak cakap sahabat kat sini tak boleh dipercayai...tpperihal masalah keluarga ni lebih baiklah dibincangkan secara tertutup kerana lebih banyak dibincangkan pada umum lebih banyak membuka keaiban pada keluarga dan secara tidak langsung pada diri anda sendiri...

p/s:shye,cuba check ip addressnyer..betulkah dr kawasam yang sepatutnya sebab takut perkara lama berulang...hu2..takut ramai sahabat kat sini terlebih simpati pada cerita yang direka...tapi kalau betul lah cerita dr sahabat kita ini,cuba buat seperti yang saya cadangkan diatas....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 20:50


salamun alaik..
sedih bila dengar cerita adik ini.ana pun dulu pernah simpan rasa bnci pada keluarga sendiri.sebabnya remeh sangat.tak prlulah ana critakn untuk tak burukkan ahli keluarga ana.apa yang pasti semakin lama kita simpan rasa bnci 2 semakin bernanah ia dalam diri.akhirnya diri kita yang sakit.tiada siapa yang mngerti.pnyelesaian yang ana dapat ialah ana cuba dekatkn diri ana di jlnNya.walopun payah tapi ana cuba istiqamah.Alhamdulillah ana dapat buang segala rasa bnci & dendam kesumat yang ana pndam selama ini.ana cuba berikan yang terbaik untuk mereka setakat yang ana mampu.doakan mereka sentiasa.insyaAllah tiada yang mustahil jika kita berserah padaNya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

iana
Warga Rasmi
Menyertai: 27.02.2008
Ahli No: 32741
Posting: 19
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 24-03-08 21:03


salam..
simpati saya pada awak..
memang betul tiap yang berlaku ada hikmah yang trsembunyi..
banyak-banyak kan brdoa semoga dibukakn pintu hati ayah awak untuk berubah..InsyaALLAH.
memang betul semua org suruh awak brsabar tapi saya tau awak dah hlg sabarkn..sb 2 awak luahkan isi hati awak kat sni..
ssungguhnya ALLAH sedang menguji awak..
insyaALLAH suatu hari nanti sinar kebahagiaan akan mnyinari khdupan awak dan keluarga awak..
truskn brdoa,brdoa,brdoa..ssungguhnya ALLAH mendengar setiap rintihan dan rayuan awak 2..
:bunga: :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ianaProfil   Hantar PM kepada iana   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-03-08 01:31


Pada 24-03-08 20:25 , ctnurbebo posting:

!!! QUOTE !!!


p/s:shye,cuba check ip addressnyer..betulkah dr kawasam yang sepatutnya sebab takut perkara lama berulang...hu2..takut ramai sahabat kat sini terlebih simpati pada cerita yang direka...tapi kalau betul lah cerita dr sahabat kita ini,cuba buat seperti yang saya cadangkan diatas....


saya dah check.. betul...

harap zinnirah ni online ukhwah semula untuk baca respons...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-03-08 23:13


sama-sama kita doakan sahabat kita ini...


-----------------
Mencurah Kasih Berkongsi Ilmu http://raudhatulmardhiah.blogspot.com Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-03-08 23:23


!!! QUOTE !!!

Ya!!..saya memang benci dengan mereka.siapa mereka? parents saya.Saya geram dengan mereka..yang sibuk dengan dunia masing-masing.
macam kami ini..anak-anak mereka tak wujud.


Salam,

Sama-sama muhasabah diri, moga kita diberi petunjuk atas kekurangan/kesilapan yang pernah kita perbuat.

Minta maaf ye NurZinnirah. Saya bersimpati.

Jangan putus berdoa.



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Untuk renungan semua termasuk saya,
Banyak hikmahnya dengan bersedekah insya-ALLAH.
Seperti berlapang dada dengan ujianNYA, diuraikan masalah, dll.


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

atiey11
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-03-08 08:00


salam..
nur zinnirah, perkataan SABAR memang mudah disebut, tapi bagi hati yang menanggung, rasa dah tak tertanggung, betul tak? pernah tak adik terfikir, 'Kenapa aku yang menanggung semua ni?', 'Kenapa famili aku tak seperti famili orang lain?', akak bukan lah kaunselor yang bertauliah, cuma dari pengalaman, cuba ambil dari sudut yang positif, mungkin ALLAH bagi sebab nak suruh dekat kepadaNYA, so banyakkan solat hajat dan baca Quran, baca surah ar-rahman dan yasin, fahami, nanti adik akan rasa reda, insya-allah, sebab kita hanya hamba yang diciptakan, apa yang berlaku adalah mengikut kehendakNYA, hati yang terluka biar masa yang mengubatnya, bila masa berlalu, kita akan semakin melupakan, sementara itu sibukkan diri dengan perkara yang berfaedah, usia remaja memang emosi melebihi akal, tapi fikirkan tanggungjawab adik terhadap adik2 dan mama yang memerlukan sokongan adik. adik perlu kuat demi mereka yang memerlukan adik, perkara ni bukan mudah, tapi cubalah kuatkan hati, bila adik berjaya atasi 'episod' ni, akak yakin, adik akan rasa puas dan adik akan lebih kuat menghadapi masa depan... bagi akak... yang pahit, yang perit itulah manisnya hidup...

Bookmark and Share

    


  Member Information For atiey11Profil   Hantar PM kepada atiey11   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-03-08 16:14


redah dan lalu saja duri2 hidup …duri2 itulah yang mencuci dosa kita… untuk sampai kepadaNya

Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-03-08 16:33


Pada 18-03-08 09:04 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

cuba minta pertolongan dari pakcik atau makcik yang mereka (ayah dan emak) hormati dan dengar pendapatnya. Kendian buat mesyuarat keluarga..


setuju dengan anak pejuang..minta tolong dr.saudara mara terdekat yang ayah zinnirah hormati atau segan dengannya..mungkin dapat membantu, insyaAllah..betul kata sahabat-sahabat, seburuk mana pun beliau tetapi seorang ayah..semua ni ujian daripada Allah SWT..saya yakin zinnirah boleh hadapi semua ni kerana Allah SWT tidak akan menguji seorang hamba melainkan sesuai dengan kemampuannya..baguslah zinnirah luah dalam portal ni, sekurang2nya zinnirah dapat sokongan moral daripada sahabat-sahabat disini..kami semua mendokan agar zinnirah tabah menghadapi ujian ini..dan semoga keluarga zinnirah dapat kembali bersatu..insyaAllah.. :-) ..teruskan berforum..


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.125533 saat. Lajunya....