Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-01-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Manusia akan mati sekali sahaja, tetapi orang yang berhutang akan mati berkali-kali
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 4 hari yang lalu
Jaafar072286: 17 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah menteri besar yang luar biasa..


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah menteri besar yang luar biasa..

Please Mendaftar To Post


Oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah menteri besar yang luar biasa..

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 12:44


Perlantikan seorang yang berpendidikan
agama sebagai Menteri Besar pada mulanya
dianggap sebagai perkara biasa sahaja.
Ini adalah kerana sebelum ini memang
sudah ada beberapa orang Menteri Besar
dipilih dari kalangan orang-orang yang
memperolehi kelulusan tinggi dalam
pelajaran agama.

Bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham
Tan Sri Hassan Yunus, ialah seorang yang
berkelulusan Universiti Al-Azhar di
Mesir, sebuah universiti yang banyak
melahirkan tokoh-tokoh agama.
Allahyarham Tan Sri Hassan juga pemah
berkhidmat sebagai mufti kerajaan Johor
sebelum bergiat cergas dalam UMNO.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri
Wan Mokhtar Ahmad. juga seorang lepasan
Uriiversitt Al-Azhar. Beliau pernah
berkhidmat sebagai seorang guru kanan di
Sekolah Menengah Agama Zainal Abidin,
Kuala Terengganu sebelum bertanding
untuk menjadi wakil rakyat kawasan
parlimen Kemaman dalam pilihanraya umum
1964.

Sewaktu PAS menguasai kerajaan negeri
Kelantan pada tahun 1959, Menteri
Besarnya, Allahyarham Datuk Ishak Lotfi
Omar, ialah seorang yang mendapat
didikan agama di Tanah Suci Makkah dan
beliau pernah bertugas sebagai seorang
pegawat di Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan sebelum
bertanding untuk kawasan Dewan Undangan
Negeri Ketereh dalam pilihanraya umum
tahun 1959.

Bekas Menteri Besar Terengganu,
Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri
Muhammad, dan bekas Menteri Besar Perak.
Allahyarham Datuk Ahmad Said, juga
mendapat pendidikan agama tempatan
sebelum Perang Dunia Kedua.

Pendek kata, tokoh-tokoh yang mempunyai
pengajian agama telah pun diberi amanat
untuk memegang jawatan penting sebagai
Menteri Besar atau Menteri kerajaan Pusat.

Berdasarkan kepada hakikat itulah, maka
perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz sebagai Menteri Besar dalam
kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah
dianggap sebagai perkara biasa sahaja.

Masyarakat umum pada mulanya menjangka
bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
akan mengikut jejak langkah para Menteri
Besar lain setelah menduduki kerusi
Menteri Besar ltu. Atau dengan lain
perkataan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
juga mungkin akan mengubah corak atau
gaya hidupnya setelah dilantik menjadi
ketua kerajaan negeri supaya sesuai dan
selaras dengan gaya hidup
menteri-menteri lain sebagaimana
lazimnya dilakukan oleh orang-orang yang
mendapat j awatan dan pangkat tinggi
dalam zaman moden ini.

Kalau seorang bekas mufti, atau bekas
guru agama, atau juga bekas pegawai
kanan di Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan telah mengubah
corak hidup supaya menjadi ala-Barat
serta selaras dan setaraf dengan
pemimpin-pemimpin kerajaan negeri atau
Pusat, maka mengapa Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz tidak berbuat demikian?

Apakah keistimewaan Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz dalam perkara ini?

ā€œKalau beliau seorang insan biasa, sudah
tentu pula jauh sekali daripada seorang
malaikat, sudah pasti lambat-laun beliau
akan mengikuti jejak langkah
Menteri-Menteri Besar sebelumnya.ā€ ujar
seorang wartawan yang belum mengenali
peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
dengan lebih dekat.

Pada peringkat awal, ada kalangan yang
dapat menerima pendapat dan teori
seperti yang dikatakan wartawan itu,
tetapi setelah lebih setahun beliau
memegang jawatan Menteri Besar, orang
ramai mula menyedari bahawa Tuan Guru
Haji Nik Abdul Aziz ini ialah seorang
Menteri Besar yang luar biasa.

Apa yang jelas sekarang ialah beliau
tidak begitu mudah dapat dipengaruhi
oleh kelaziman-kelaziman dalam gaya
hidup orang-orang yang telah mendapat
kedudukan dan jawatan tinggi dalam
kerajaan dan parti politik.

Dan setakat ini, beliau masih dapat
mempertahankan corak hidupnya sebagal
seorang tok guru dan pendakwah sepenuh
masa tanpa terpedaya dengan
kelaziman-kelaziman corak hidup yang
diperlihatkan oleh pemimpin-pemimpin
kerajaan yang lain.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bukan
sahaja Menteri Besar yang luar biasa,
malah beliau telah dikenali sebagai
seorang wakil rakyat yang luar biasa juga.

Selama 41 tahun beliau menjadi anggota
parlimen dan lima tahun sebagai Ahli
Dewan Undangan Negeri beliau masih tidak
mempunyai rumah yang dilengkapi dengan
perhiasan mewah hatta kerusi meja
sekalipun, sebagaimana kebanyakan orang
menganggap peralatan ini harus ada pada
seseorang pemimpin parti atau wakil
rakyat apatah lagi menteri.

Ketika saya dan rakan-rakan lain dari
Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu
dijemput menikmati sarapan pagi di
kediamannya di Pulau Melaka pada 30
Disember 1990, saya tidak nampak di
ruang tamu itu kerusi meja, walaupun sebuah.

Kami menikmati sarapan pagi dengan duduk
bersila di lantai lapang yang bertikar;
jauh sekali bezanya daripada keadaan
duduk di kerusi empuk dengan dikelilingi
perhiasan-perhiasan mewah di rumah
Menteri-Menteri atau wakil-wakil rakyat
yang pemah kami kunjungi.

Walau bagaimanapun, kami berasa lebih
mesra dan selesa berada di tengah-tengah
kesederhanaan hidup seorang Menteri
Besar dan pemimpin Islam ini.

Sebelum kunjungan ini, rakyat Malaysia
telah dikejutkan dengan satu kenyataan
akhbar yang menyebut bahawa Menteri
Besar Kelantan, Tuan Guru Haj i Nik
Abdul Aziz, tidak akan berpindah ke
kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10,
Kampung Sirih, Kota Baharu.

Kenyataan akhbar itu juga menjelaskan
bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
akan tetap tinggal di rumahnya yang asal
di belakang masjid Pulau Melaka yang
dibina oleh almarhum ayahnya, Tuan Guru
haji Nik Mat bin Raja Banjar atau lebih
terkenali dengan panggilan Haji Nik Mat
Alim.

Dengan kenyataan itu, jelaslah bahawa
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz lebih
mengutamakan hidup di sebuah rumah serba
sederhana yang berhampiran dengan sebuah
masjid daripada menikmati hidup di
ā€˜istanaā€™ yang dilengkapi dengan alat
perhiasan serba mewah seperti di JKR 10 itu.

Beliau hanya datang sekali-sekala sahaja
ke JKR 10 untuk menemui tetamu dari
dalam dan luar negeri. Dan kediaman
rasmi Menteri Besar itu sekarang ini
dijadikan tempat tetamu-tetamu kerajaan.
Belum ada dalam sejarah tanahair seorang
Menteri Besar enggan berpindah ke
kediaman yang lebih mewah dan serta
indah selain daripada Menteri Besar
Kelantan sekarang.

Dan dalam sejarah tanahair, tidak ada
rumah seorang wakil rakyat yang tidak
dilengkapkan dengan kerusi meja dan
kemudahan mewah dan mahal selain
daripada rumah bekas Ahli Parlimen
Pengkalan Chepa dan Ahli Dewan Undangan
Negeri kawasan Chempaka. Sedangkan
beliau sudah menjadi wakil rakyat selama
41 tahun.

Inilah yang dikatakan bahawa Tuan Guru
Haji Nik Abdul Aziz ini bukan sahaja
sebagal Menteri Besar yang luar biasa,
malah beliau juga seorang wakil rakyat
yang tidak ada bandingannya di tanahair
kita.

Sebagai seorang Menteri Besar yang
mewakili parti Islam, beliau cuba
mengamalkan kehidupan dan tugas harian
mengikut ajaran Islam yang memang
menjadi prinsip dan pegangannya.

Beliau juga berusaha menyelesaikan
masalah yang dihadapinya mengikut cara
Islam, tidak seperti Menteri Besar yang
lain yang menghadapi tugas dan masalah
mereka dengan lebih merujuk kepada
sistem ciptaan penjajah atau sistem yang
tidak bersangkut paut atau mungkin juga
bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan
sunnah Rasulullah S.A.W.

Menteri-Menteri Besar lain daripada
UMNO, walaupun berkelulusan dari
Universiti Al-Azhar, diketahui tidak
pernah berusaha ke arah mendekatkan
pegawai-pegawai kerajaan kepada
menghayati Islam dalam erti kata yang
sebenarnya.

Dalam hal ini Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz telah memperlihatkan kejayaan awal
membentuk peribadi Islam di kalangan
pegawai dan kakitangan kerajaan.
Misalnya, di pejabat Menteri Besar,
apabila masuk waktu Zohor, beliau
mengajak kakitangan kerajaan, termasuk
anggota tentera dan polls, serta para
tetamu beragama Islam bersembahyang
jamaah bersama-samanya.

Selepas menunaikan fardhu Zohor, beliau
mengambil masa 10 minit untuk memberi
ā€œkuliah senafasā€ kepada para kakitangan
dan tetamu itu.

Inilah cara hidup dan amalan seorang
Menteri Besar yang bertaraf ulama dan
Tok Guru ketika memegang jawatan sebagai
ketua kerajaan Negeri Kelantan.

Kerajaan Pas berkuasa di Kelantan, kita
hanya dapat melihat papan-papan tanda
yang menunjuk dan mengingatkan kita ada
sekolah atau hospital kira-kira 500
meter di hadapan. Tetapi kini, kerajaan
Angkatan Perpaduan Ummah Kelantan
pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
telah memasang pula papan-papan tanda
yang menunjukkan serta memberi ingatan
kepada kita bahawa kira-kira 500 meter
di hadapan ada masjid.

Tercacaknya papan-papan tanda yang
menunjukkan adanya masjid itu, telah
memberi kesan positif kepada seseorang
Islam yang menggunakan jalan raya berkenaan.

Mengingatkan orang Islam tentang adanya
masjid adalah sama dengan mengingatkan
kaum Muslimin dan Muslimat supaya
menunafkan solat lima waktu, kerana
masjid dan sembahyang tidak dapat
dipisahkan antara satu sama lain.

Dalam memimpin kerajaan Kelantan, Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz menyelaraskan
kepimpinannya itu sebagai usaha
membentuk fikiran rakyat supaya berfikir
dan bertindak mengikut cara Islam.

Sebagai contohnya, kerajaan negeri telah
meletakkan papan-papan tanda di
simpang-simpang jalan di dalam Bandar
Kota Bharu untuk memberi panduan kepada
orang ramai bagaimana cara untuk
memotong kenderaan di jalanraya mengikut
ajaran Islam.

Apa yang jelas sekarang ialah Tuan Guru
Haji Nik Abdul Aziz menghendaki supaya
rakyat Kelantan beramal mengikut ajaran
Islam daripada sekecil-kecil amalan
seperti memotong kenderaan dijalan raya
sehinggalah kepada perkara-perkara Besar
seperti mentadbir negara dan sebagainya.

Kalau dikaji sejarah beliau menyertai
PAS, maka jelaslah bahawa tujuan utama
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menyertal
PAS adalah untuk berdakwah dan
menyampaikan ajaran Islam yang hakiki
kepada ummah seluruhnya.

Tugas Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
menjadi lebih erat lagi apabila beliau
dilantik untuk memimpin kerajaan Negeri
Kelantan yang majoriti rakyatnya
menghendaki supaya Islam dijadikan dasar
dan amalan pemerintahan Negeri.

Beliau telah menggunakan kuasa sebagai
Menteri Besar untuk membuat beberapa
perubahan ke arah menjadikan Negeri
Kelantan sebagat sebuah negeri contoh
atau model Negeri Islam di negara
Malaysia ini bahkan di seluruh dunia.

Dengan kerjasama parti-parti komponen
Angkatan Perpaduan Ummah, beliau
dijangka tidak akan menghadapi apa-apa
masalah untuk melaksanakan hasrat dan
cita-cita rakyat Kelantan itu.

Apa yang paling menarik sekali dalam
usaha beliau membuat beberapa perubahan
itu ialah sokongan yang didapati oleh
beliau daripada masyarakat bukan Islam
tempat.

Terdapat pemimpin masyarakat Cina dari
parti MCA di Kelantan yang sanggup
menghadapi tindakan disiplin daripada
parti itu kerana memberi sokongan kepada
kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz. Malah , jika
kita pergi ke majlis ceramah-ceramah
yang dibuat oleh Pas pada hari ini ,
ternyata bukan hanya orang islam yang
hadir tapi kita dapat merasa perubahan
Apabila ceramah-ceramah pas turut
dihadiri oleh Kaum bukan islam.
Kepimpinan Pas menunjukkan Islam Boleh !!!!

Sokongan masyarakat bukan Islam terhadap
pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
itu sekaligus menolak dakwaan sesetengah
golongan yang mengatakan bahawa pelabur
asing takut hendak menanam modal di
Kelantan kerana Menteri Besarnya memakai
jubah dan serban serta menjadikan Islam
sebagai dasar pemerintahan.
Pelabur-pelabur luar Negeri menyedari
dan yakin tentang kestabilan politik
yang berterusan di negeri Kelantan
walaupun seorang ulama Islam yang tegas
hendak melaksanakan Islam mengetuai
kerajaan, dan besar kemungkinan lebih
banyak lagi pemodal asing akan menanam
modal di negeri itu.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri
Kelantan pada 3 Ogos 1991, Dewan telah
diberitahu bahawa kira-kira 200 juta
ringgit modal asing telah dilaburkan di
Kelantan sejak Angkatan Perpaduan Unnnah
mengambil alih pentadbiran negerl.
Keyakinan pemodal asing dan sokongan
masyarakat bukan Islam terhadap kerajaan
Negeri itu adalah kerana ketokohan Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai seorang
Menteri Besar yang mampu untuk
menghadapi segala cabaran.

Setakat ini, musuh-musuh politik Parti
Islam didapati gagal untuk menghalang
masyarakat bukan Islam daripada
menyokong kerajaan negeri Kelantan dan
gagal untuk menakut-nakutkan pemodal
asing melabur di negeri Kelantan yang
dipimpin oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.

Setelah kita mengkaji dan meneliti
segala tindak-tanduk dan amalan Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz sejak beliau
memegang jawatan selama setahun
setengah, maka jelaslah bahawa ada
banyak perbezaan antara beliau dengan
Menteri-Menteri Besar lain yang
berkelulusan agama, khususnya dari
Universiti Al-Azhar.

Berbanding dengan apa yang dilakukan
oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
kettka menjadi Menteri Besar,
Allahyarham Tan Hassan Yunus, Johor dan
Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Bekas MB
Terengganu tidak mampu dan tidak sanggup
memberi kuliah subuh dan menjalankan
kerja-kerja dakwah apabila mereka
menjadi Menteri Besar.

Tidak ada seorang Menteri Besar sebelum
ini yang sanggup tinggal di sebuah rumah
yang tidak mempunyai alat-alat perhiasan
dan kerusi meja yang indah tetapi
Menteri Besar Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz rela tinggal di rumah yang tidak
mempunyai alat-alat itu selain dua buah
almari yang penuh dengan kitab-kitab agama.

Malah ada antara Menteri Besar yang baru
sahaja memegang jawatan tidak
sabar-sabar lagi berpindah ke kediaman
Menteri Besar yang serba indah dan mula
membina rumah sendiri dengan harga yang
mahal.

Menteri Besar Kelantan sekarang
mempunyai sikap yang amat berbeza
daripada Menteri-Menteri Besar tersebut.

Rumah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz di
Pulau Melaka masih sederhana. Rumah
kampung daripada kayu ini terselindung
di belakang masjid. Semua ini sebagai
membuktikan bahawa beliau tidak
terpedaya dengan darjat dan kebendaan.

Sebelum ini belum ada seorang Menteri
Besar dari kalangan lulusan tinggi agama
yang dapat mengekalkan identiti sebagai
seorang ulama dan pendakwah selain
daripada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
bin Nik Mat.

Kita telah dapat melihat beberapa orang
yang sebelum menjadi Menteri Besar tidak
pernah memakai pakaian barat, tetapi
setelah memegang jawatan Menteri Besar,
mereka kelihatan seolah-olah lebih barat
daripada mereka yang mendapat didikan
sekular.

Ini adalah kerana mereka terpengaruh
dengan kedudukan dan jawatan yang mereka
pegang. Tetapi setakat ini,
Alhamdulillah, Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz masih kekal sebagai Haji Nik Abdul
Aziz yang lama, dan beliau tidak
terpengaruh dengan kelaziman corak hidup
Menteri-Menteri Besar yang lain.

Para pemerhati politik tanahair mula
menyedari bahawa Menteri Besar Kelantan
yang bernama Haji Nik Abdul Aziz ini
bukanlah sembarangan Menteri Besar,
tidak serupa dengan Menteri-Menteri
Besar yang berkuasa sebelum ini, bukan
sahaja di Kelantan bahkan di
negeri-negeri lain.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah
seorang Menteri Besar yang luar biasa,
dan beliau juga seorang ulama dan Tok
Guru yang unik apabila dibandingkan
dengan ulama-ulama dan tok guru-tok guru
lain yang ada sekarang...wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 13:38


Artikel ini bagus, tapi eloklah diedit bagi memudahkan pembacaan. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 14:09


Pada 14-03-08 13:38 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Artikel ini bagus, tapi eloklah diedit bagi memudahkan pembacaan. :)



betul tu,tgna adalah seorang yang amat berkebolehan.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-03-08 14:39


Bersyukur ada jugak seorang seperti Nik Aziz di zaman ni...payah tu nak jumpa..semoga ada pengganti nya pada masa akan datang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 15:15


Pada 14-03-08 14:39 , lat-terang posting:

!!! QUOTE !!!

Bersyukur ada jugak seorang seperti Nik Aziz di zaman ni...payah tu nak jumpa..semoga ada pengganti nya pada masa akan datang..



betul tu.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

emirmizan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.01.2006
Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban

australia   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 15:58


betul... setuju.... huhu..... susah nak carik orang sepertinya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For emirmizanProfil   Hantar PM kepada emirmizan   Pergi ke emirmizan's Website   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  


posticon Posting pada: 14-03-08 16:42


Pada 14-03-08 15:58 , emirmizan posting:

!!! QUOTE !!!

betul... setuju.... huhu..... susah nak carik orang sepertinya...


tokoh yang dikagumi rakan dan lawan


-----------------
www.myspace.com/mmas_forever


Bookmark and Share

    


  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 16:52


ada gambar menarik di sini :-)


http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=36821&forum=60&#f524871


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

yoma
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14789
Posting: 60
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 17:05


smh tok guru dilanjutkan usia..sihat tubuh badan.......membawa sinar untuk satu malaysia....

Bookmark and Share

    


  Member Information For yomaProfil   Hantar PM kepada yoma   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 17:12


teringin nak bersalaman dengan Tuan Guru Nik Aziz...

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 20:11


pertama kali saya mengikuti kuliah beliau di kota bahru, masya ALLah, ramai orang, dan isi kuliahnya penuh hikmah. Sempatlah juga bersalaman dengannya. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 20:22


pernah juga ikut ceramah tgna 2 kali saja..
memang berhikmah :-) penyampaian yang lembut tapi cukup membuatkan diriku memasang 2 telinga..

masa beredar lepas habis ceramah tengok saja dari jauh..
kuikui mana boleh bersalam :-D
pertama kali nampak yang real.. seingat saya nampak gambar pun tak pernah :berfikir:


eh 3 kali kut masa ikut kawan-kawan pergi solat surau ( ? ke masjid) sebelah rumah beliau..pulau melaka ya..dengar tazkirah lepas solat maghrib..
kawan-kawan siap perkenalkan rumah tgna..
luarannya macam rumah saya di kampung lebih kurang saja :-D


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 20:28


Pada 14-03-08 17:12 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

teringin nak bersalaman dengan Tuan Guru Nik Aziz...



saya pun nak juga.... :-(


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

nisa_iman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 20:43


Pada 14-03-08 20:28 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-03-08 17:12 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

teringin nak bersalaman dengan Tuan Guru Nik Aziz...



saya pun nak juga.... :-(




erm teringin nak tengok muka tok guru dr dekat.. iyalah nak salam tak boleh..
hikhikhik...

inilah contoh ulama' terbilang...
tok guru seorang yang zuhud...

tapi sekarang susah nak cari macam tok guru...
banyak yang sekarang mnegejar keduniaan.. :jangan: :jangan: :jangan:


-----------------
ISLAM is my life, my life is for ISLAM.... takbir!!! ALLAHUAKBAR


Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_imanProfil   Hantar PM kepada nisa_iman   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 21:52


saya nak sangat ziarah rumah tgna.nak tengok keadaan dia dan juga nak berbual dengan dia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-03-08 00:05


insya-Allah sama-sama kita doa dapat bertemu dan bersembang dengan Tuan Guru...:-)

p/s : sebak tengok Tuan-tuan Imam Kelate bertakbir ketika TGNA tiba merasmikan penutup Seminar Imam-Imam SeMelaysia di Pantai Bisikan Bayu Semerak Pasir Puteh Kelate tahun lepas...

TAKBIR!ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 00:51


Pada 15-03-08 00:05 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

insya-Allah sama-sama kita doa dapat bertemu dan bersembang dengan Tuan Guru...:-)

p/s : sebak tengok Tuan-tuan Imam Kelate bertakbir ketika TGNA tiba merasmikan penutup Seminar Imam-Imam SeMelaysia di Pantai Bisikan Bayu Semerak Pasir Puteh Kelate tahun lepas...

TAKBIR!ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!



nak tak kita buat program berjumpa dan bermalam dirumah tgna?.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 07:27


antare menteri yang senang nak jumpa ialah TG Nik Aziz...
teman pertama kali pergi Kelantan, terus boleh jumpa Nik Aziz...
kalau menteri lain, susah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 09:59


salam..

peribadinya sungguh memikat. megetahui peribadinya sahaja sudah menginsafkan sesiapa yang inginkan. sungguh kuat impaknya walau tak pernah jumpa atau mendengar ucapannya. Bayangan peminpin zaman kegemilangan Islam. Moga ada ramai lagi sepertinya atau lebih lagi untuk menyelamatkan ummat yang makin rosak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 15-03-08 09:59


Bukti hidup bahawa Islam sentiasa relevan.
Membangun bersama Islam sangat rasional, dan jauh lebik baik daripada pembangunan ekonomi dan material semata-mata.

Selepas 18 tahun, kerajaan negeri Kelantan dicemburui oleh BN.

Tidak ada MB lain (selain bekas MB Terengganu) yang boleh dan istiqamah berdakwah.
Tidak ada kerajaan negeri lain yang menganjurkan munajat dan qiamullail pada jam 3 pagi bersama rakyat jelata.

Kerana itu, kerajaan Islam Kelantan perlu dipertahankan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

sofya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.06.2007
Ahli No: 30381
Posting: 156
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 11:32


Pada 14-03-08 20:22 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

pernah juga ikut ceramah tgna 2 kali saja..
memang berhikmah :-) penyampaian yang lembut tapi cukup membuatkan diriku memasang 2 telinga..

masa beredar lepas habis ceramah tengok saja dari jauh..
kuikui mana boleh bersalam :-D
pertama kali nampak yang real.. seingat saya nampak gambar pun tak pernah :berfikir:


eh 3 kali kut masa ikut kawan-kawan pergi solat surau ( ? ke masjid) sebelah rumah beliau..pulau melaka ya..dengar tazkirah lepas solat maghrib..
kawan-kawan siap perkenalkan rumah tgna..
luarannya macam rumah saya di kampung lebih kurang saja :-D



erm betul 2...
macam rumah kg yang mendamaikan.. :welcome:
p dengan family masa p bercuti kat kelantan...

tapi tak dapat jumpa tok guru,tok guru p bagi tazkirah so jumpa dengan anak beliau saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sofyaProfil   Hantar PM kepada sofya   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 12:00


Pada 15-03-08 09:59 , sahlon posting:

!!! QUOTE !!!

salam..

peribadinya sungguh memikat. megetahui peribadinya sahaja sudah menginsafkan sesiapa yang inginkan. sungguh kuat impaknya walau tak pernah jumpa atau mendengar ucapannya. Bayangan peminpin zaman kegemilangan Islam. Moga ada ramai lagi sepertinya atau lebih lagi untuk menyelamatkan ummat yang makin rosak.



betul tu.apa kata bagi cadangan kat ukhwah ni buat lawatan beramai2 ke rumah dia.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

atiey11
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 14:13


Pada 15-03-08 09:59 , sahlon posting:

!!! QUOTE !!!

salam..

peribadinya sungguh memikat. megetahui peribadinya sahaja sudah menginsafkan sesiapa yang inginkan. sungguh kuat impaknya walau tak pernah jumpa atau mendengar ucapannya. Bayangan peminpin zaman kegemilangan Islam. Moga ada ramai lagi sepertinya atau lebih lagi untuk menyelamatkan ummat yang makin rosak.


betul tu.. moga ada ramai yang akan mengikut jejak langkah beliau...

Bookmark and Share

    


  Member Information For atiey11Profil   Hantar PM kepada atiey11   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 14:17


Pada 15-03-08 14:13 , atiey11 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-03-08 09:59 , sahlon posting:

!!! QUOTE !!!

salam..

peribadinya sungguh memikat. megetahui peribadinya sahaja sudah menginsafkan sesiapa yang inginkan. sungguh kuat impaknya walau tak pernah jumpa atau mendengar ucapannya. Bayangan peminpin zaman kegemilangan Islam. Moga ada ramai lagi sepertinya atau lebih lagi untuk menyelamatkan ummat yang makin rosak.


betul tu.. moga ada ramai yang akan mengikut jejak langkah beliau...



AMIN


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-03-08 21:19


syabas tok guru..semoga dikau menjadi inspirasi muda-mudi sekarang...semoga lahir cerminan diri-mu sebanyaknya dikalangan generasi baru ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 21:25


Pada 15-03-08 21:19 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

syabas tok guru..semoga dikau menjadi inspirasi muda-mudi sekarang...semoga lahir cerminan diri-mu sebanyaknya dikalangan generasi baru ini...



betul tu.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 13:07


salam...aah jom2.kita pergi ramai-ramai ziarah dia...mesti best kan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

An_nas
Warga Rasmi
Menyertai: 17.03.2008
Ahli No: 32921
Posting: 17
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 13:23


Pemimpin di hati rakyat.
walau pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepada beliau namun tidak berjaya menghakis kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan beliau.

Bookmark and Share

    


  Member Information For An_nasProfil   Hantar PM kepada An_nas   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 13:33


Pada 15-03-08 12:00 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-03-08 09:59 , sahlon posting:

!!! QUOTE !!!

salam..

peribadinya sungguh memikat. megetahui peribadinya sahaja sudah menginsafkan sesiapa yang inginkan. sungguh kuat impaknya walau tak pernah jumpa atau mendengar ucapannya. Bayangan peminpin zaman kegemilangan Islam. Moga ada ramai lagi sepertinya atau lebih lagi untuk menyelamatkan ummat yang makin rosak.



betul tu.apa kata bagi cadangan kat ukhwah ni buat lawatan beramai2 ke rumah dia.




boleh juga.. buatlah.. rashdin cadangkan kat ukhwah.. eheh nanti awaklah uruskan.. nak ikut juga...


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 14:45


erm..bagus juga cadangan Rashdin....boleh buat JK Kelantan :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 17:05


Pada 17-03-08 13:33 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-03-08 12:00 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-03-08 09:59 , sahlon posting:

!!! QUOTE !!!

salam..

peribadinya sungguh memikat. megetahui peribadinya sahaja sudah menginsafkan sesiapa yang inginkan. sungguh kuat impaknya walau tak pernah jumpa atau mendengar ucapannya. Bayangan peminpin zaman kegemilangan Islam. Moga ada ramai lagi sepertinya atau lebih lagi untuk menyelamatkan ummat yang makin rosak.



betul tu.apa kata bagi cadangan kat ukhwah ni buat lawatan beramai2 ke rumah dia.




boleh juga.. buatlah.. rashdin cadangkan kat ukhwah.. eheh nanti awaklah uruskan.. nak ikut juga...





huhuhuhu :-? :-? :-? :-( :-( :-( :cry: :cry: :cry:


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 17:10


Semoga Allah terus memberi kesihatan dan kekuatan pada beliau dalam mentadbir kerajaan islam negeri kelantan darul naim...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

nuhan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2004
Ahli No: 6399
Posting: 214
Dari: bangi

Perak  


posticon Posting pada: 17-03-08 17:15


salam..tok guru nik aziz memang istimewa..pernah tengok life dia dalam youtube..sangat sederhana..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuhanProfil   Hantar PM kepada nuhan   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 17:21


Pada 17-03-08 17:10 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Semoga Allah terus memberi kesihatan dan kekuatan pada beliau dalam mentadbir kerajaan islam negeri kelantan darul naim...



AMIN


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 19:49


Pada 17-03-08 17:10 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Semoga Allah terus memberi kesihatan dan kekuatan pada beliau dalam mentadbir kerajaan islam negeri kelantan darul naim...


Amin, harapan agar Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sihat dalam lindungan Allah SWT dan dapat menyampaikan Syiar islam di seluruh Malaysia...


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 17-03-08 20:29


teringat kisah khulafa' rasyidin..harap-harap pemimpin akan datang akan mengikut jejak langkah mereka..insyaalah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 20:35


21 MAC 2008 - CERAMAH TOK GURU NIK AZIZ
VENUE- MASJID SHAH ALAM, SEKSYEN 9.
TIME - petang-petang.dalam lepas ASAR begitu..

datang jangan tak datang..datang jangan tak DATANGGG..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 20:42


Pada 17-03-08 20:29 , nisaulfadhilah posting:

!!! QUOTE !!!

teringat kisah khulafa' rasyidin..harap-harap pemimpin akan datang akan mengikut jejak langkah mereka..insyaalah..


AMIN


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 13:47


KOTA BHARU, 19 Mac (Hrkh) Umat
Islam disaran meneroka khazanah ilmu
terkandung dalam al-Quran bagi mencapai
kecemerlangan dan kegemilangan yang
seimbang di dunia dan akhirat.

-->-->
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri,
Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata,
langkah itu diharap mampu membuka minda
umat Islam supaya lebih bersikap proaktif.

Ini kerana teras kekuatan ummah
bagi melahirkan umat Islam yang lebih
berkualiti dengan berpegang teguh kepada
ajaran al-Quran dan Hadis.

Langkah ini selari dengan
manifestasi kerajaan negeri menjadikan
al-Quran sebagai panduan dan petunjuk
sepanjang zaman,

katanya ketika merasmikan
Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat
Negeri Kelantan 1429 Hijrah di Balai
Islam, Lundang baru-baru ini.

Menurutnya al-Quran sebagai qalam Allah
mampu mendorong dan menyemarakkan
semangat umat Islam supaya mencintai,
menghayati serta mengamalkan ajaran
Islam dalam kehidupan.

Selain itu katanya, mempelajari al-Quran
secara menghafaz merupakan usaha
berasaskan Sunnah Rasulullah saw.

Menjadi pemangkin kepada
generasi muda mempelajari bidang hafazan
al-Quran bagi melahirkan huffaz
berkualiti yang akan menjadi tulang
belakang membina dan mengawal kesahihan
al-Quran, ujarnya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Kelantan, Haji Abdul Aziz
Abdul Rahman berkata, al-Quran menjadi
petunjuk kepada kehidupan manusia.

Beliau berkata, kekuatan umat Islam pada
masa dahulu tidak hanya sekadar menjadi
huffaz yang faham ilmu qiraati
sebaliknya memahami maksud tersirat
dalam al-Quran sebagai sumber berfikir.

Akhlak adalah risalah kenabian
utama di mana apabila baginda Rasulullah
menjiwai al-Quran, maka perkataannya,
perbuatannya, jihad, amalan, dakwah dan
tarbiah mendokong risalah Qurani.

Keruntuhan moral remaja hari ini
akan dapat diubati dengan mengembalikan
mereka kepada pendidikan
al-Quran, katanya. - mj
"
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan
hari ini mengumumkan portfolio 11
anggota Exconya yang baru selepas PAS
berjaya membentuk kerajaan negeri buat
penggal kelima pada pilihan raya umum
baru-baru ini.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad
Yaacob ketika mengumumkan senarai itu
berkata kerajaan negeri mengekalkan 11
portfolio seperti penggal yang lepas
namun terdapat beberapa perubahan
daripada segi nama portfolio.

Ketika mengulas senarai Exco yang
diamanahkan memegang portfolio
masing-masing, Ahmad berkata beliau
yakin barisan yang dilantik kali ini
mampu memberikan perkhidmatan yang lebih
baik kepada masyarakat.

"Kita percaya dengan perancangan yang
baik dari semua Exco di samping
kerjasama yang baik dengan kakitangan
kerajaan, segala pembangunan di
Kelantan akan berjalan secara
terancang," katanya.

*SENARAI PENUH*

*Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan
Sumber Asli*

Pengerusi: Tuan Guru Dato' Nik Abdul
Aziz Nik Mat

*Jawatankuasa Pentadbiran Awam,
Pembangunan Tanah dan Wilayah*

Pengerusi: Dato' Ahmad Yaacob

*Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,
Kewangan dan Kebajikan*

Pengerusi: Dato' Husam Musa

*Jawatankuasa Pembangunan Usahawan,
Perdagangan dan Pepaduan Masyarakat*

Pengerusi: Dato' Annuar Tan

*Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Pelancongan dan Kebudayaan*

Pengerusi: Dato' Takiyuddin Hassan

*Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah*

Pengerusi: Nik Mohd Amar Nik Abdullah

*Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam
Sekitar*

Pengerusi: Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman

*Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia,
Sukan dan NGO*

Pengerusi: Abdul Fattah Mahmood

*Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa
dan Bioteknolgi*

Pengerusi: Che Abdullah Mat Nawi

*Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan*

Pengerusi: Wan Ubaidah Omar

*Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan
Maklumat, Sains dan Teknologi*


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.149693 saat. Lajunya....