Oleh |
Budaya Rewang Sudah Hampir Pupus |
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 13-03-08 17:08
Budaya Rewang Sudah Hampir Pupus Jiran saya ada membuat majlis perkahwinan untuk anaknya. Jadi tentu tidak sedap hati pula sebagai jiran yang duduk sebelah menyebelah tidak menjongolkan diri menghulurkan tangan apa yang patut. Menariknya di taman perumahan di kawasan bandar sekarang ini lebih menggunakan khidmat katering dari orang luar. mudahlah agaknya nanti tidak perlukan ramai tenaga kerja mengangkat, mengangkut air, memunggah ais, mengganti lauk pauk. Cumanya ada sedikit kemusykilan, Kenapa tidak ramai pula orang menolong. pergi mai pergi mai, orang yang sama juga membuat khemah, si pulan juga yang memasak nasi, si fulanah juga yang memasukkan lauk pauk. Dalam sangkaan saya - masyarakat kini ramai tidak mengerti pentingnya bergotong royong, bermuafakat. Biasanya bila susah barulah wajahnya muncul. Perkataan rewang berasal dari bahasa jawa. Di kampung saya di Rengit masih ada lagi budaya rewang. Meriahnya bukan main! Biasanya sanak saudara akan berkumpul beramai-ramai seminggu atau paling tidak 2 hari sebelum majlis diadakan. Bermula dari mendirikan khemah, membasuh ayam, memotong daging, mengupas bawang, menguliti kentang sehinggalah nantinya sampai kepada bersilat, membawa bunga manggar, membasuh periuk akan dilakukan dengan sukarela. rasa bosan adalah tukang lawaknya, (si pemalas akan duduk berbual sambil hisap rokok tengok orang kiri kanan buat kerja seperti mandur). Tangan yang rasa melengas kerana membasuh pinggan, sudu dan garfu tidak terasa sambil menyanyi-nyanyi kecil. Perkataan rewang kini dah dikomersilkan sebagai satu bahasa yang negatif, mengapa ya? Dan orang sekarang pula sudah tidak mengambil tahu bagaimana cara mengeratkan tali persaudaraan sesama sendiri. ''Standard'' pemikiran kebanyakan orang sekarang, semuanya ingin mudah, ingin cepat - tapi nilai-nilai baik yang hilang akibat sikap MALAS tersebut tidak pernah diambil kira. sumber : http://jarumemas.blogspot.com/2008/03/budaya-rewang-sudah-hampir-pupus.html----------------- .:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:. http://jarumemas.blogspot.comhttp://jomfaham.blogspot.com
|
nuhan
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.01.2004 Ahli No: 6399
Posting: 214
Dari: bangi
|
Posting pada: 13-03-08 17:14
salam..sebelum ni tak tau pun perkataan 'rewang' tu apa..bila dok dengan makcik kat kl baru tau..perumahan flat tu selalu merewang kalau ada kenduri..susah dah nak tengok suasana rewang kalau kat kl..kampung2 selalu.. suka suasana merewang dengan sedara2..boleh berkumpul ramai-ramai..macam-macam kerenah p/s setakat pengetahuan saya, rewang yang saya tau sebelum ada maksud ayat..kamu ni merewang ke mana, maghrib baru balik? kena marah dengan mak masa kecil-kecil dulu
|
nuhan
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.01.2004 Ahli No: 6399
Posting: 214
Dari: bangi
|
Posting pada: 13-03-08 17:17
rewang ada maksud lain iaitu melepak atau melencung.. tak tau lah kalau sahabat lain ada pernah dengar ke tak..wallahualam..
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 13-03-08 17:26
eheh tak pernah lagi dengar perkataan rewang..sewang pernahlah.. salah satu tarian kaum asli di jeli kelantan kata lecturer di bandar jiran pun tak kenal, tak bertegur sapa, tak bersenyum.. di kampung jiran2 terlalu mesra sampai tak habis cerita.. teringat kenduri kahwin di bawah perumahan kakak kat PJ dulu.. anak lelaki pasangan melayu dan india berkahwin dengan wanita melayu.. kenduri dihadiri kaum melayu dan india.. tapi kata kakak saya khemah berbeza.. agaknya pasal makanan kut..hindu kan tak makan daging lembu.. kakak dan keluarga pun dijemput.. kakak siap tanya saya nak bawa hadiah apa kalau pergi majlis kahwin melayu.. huhu saya suruh bagi hadiah.. mereka dapat telur..nak panggil apa ya telur tu.. yang kena bungkus cantik2..telur bunga ke abang ipar kata itu tanda supaya dapat ramai anak ke? saya cakap itu cuma cendarahati dari majlis kahwin... di kampung saya amalan gotong royong kalau buat majlis masih kukuh..dari awal sampailah akhir semua kerja dibuat sama-sama.. saya saja kurang bergaul dengan orang ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 13-03-08 18:01
rewang - mak den kata ertinya tolong menolong. Memang dari bahasa orang jawa. Sewang pulak - adalah sejenis tarian - sama ada upacara menyambut tetamu, atau apabila kematian orang asli di kampung tersebut atau atas tujuan perubatan. Alatannya terdiri dari buluh yang diketuk pada kayu, Menghasilkan bunyi-bunyi yang berirama. Ada penari lelaki dan perempuan yang akan mengelilingi ruang tengah balai sewang. Seorang atau dua orang (biasanya orang tua) lelaki dan wanita dari kalangan orang asli akan menyanyi mengikut rentak bunyi buluh tersebut. Apapun, rewang memang best... rewang yang ada sekarang dieksploitasikan penggunaannya untuk tujuan yang tidak baik.
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 13-03-08 18:17
... hehe... tiba-tiba terbaca berkenaan rewang dimuka hadapan. Ana boleh agak siapa yang menulisnya. bila buka saja....ha....dah agak dah. memang Anak_pejuang yang menulis. ana mengikuti juga perkembangan blog anak_pejuang ni. banyak perkongsian yang bernas. -------------------------------------------------------------------------------------- bila bercakap mengenai rewang ni, huh.....rindu nak balik ke johor. selama ana duduk johor dulu, memang suka sangat bila bab merewang ni. Paling bermakna merewang ni, masa di Shah Alam dulu. masa masih study di PTPL Shah Alam (Matrikulasi) merewang bersama-sama dengan kawan-kawan, dirumah orang yang memang kami tak kenai. jumpa kami semasa dalam perjalanan nak balik ke hostel. Ajak kami (dalam 6org) minum-minum sambil bercerita mengenai rewang ni. last-last, abang tu ajak kami merewang untuk majlis perkahwinan dia. hukhukhuk.....alahai....dah lama tak merasa rewang ni.
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 13-03-08 18:54
terima kasih mengikuti tulisan saya .. susah kan nak jumpa semangat kejiranan yang begini pada zaman sekarang.. yang dapat kita tengok pun kalau ada majlis hari raya korban (itu pun jika ada), kenduri kendara ini ramai orang guna khidmat katering. Kita datang bawa perut.. hihi
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 13-03-08 19:09
rewang..kat kg aku masih ada lagi benda ni... dan ada ditubuhkan satu team kendarat (tak tau lah kat tempat lain apa istilahnya) mereka ni satu group budak muda yang tolong menolong semasa majlis perkahwinan... sebelum majlis mereka tolong menolong..bergotong royong.. memasang kemah..memasak... dll.. kat KL ada juga area...yang masih buat menda2 ni... macam kat kawsan perumahan lama..macam kat keramat....
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 13-03-08 19:17
team kendarat, penanggah - ini team jawatankuasa yang gotong royong dalam sesuatu majlis perkahwinan. itu belum masuk lagi pasukan kompang
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 13-03-08 20:49
wahh banyak pula team macam ni boleh jimat belanja kahwin tapi tiada team mak andam rasanya ada juga kan sama-sama buat cenderahati.. kat kampung pernah sekali dua saja pergi rumah orang tolong.. malam sebelum majlis kahwin potong sayur.. ramai orang menangis potong bawang..nanti jadi bahan gurauan memang meriah gilerr.. tempat kami akan buat pengumuman kira-kira 2 minggu sebelum majlis siapa yang bertugas, siapa jadi ketua.. tapi diakhir pengumuman semua orang dialu2kan datang tolong.. biasa kalau gadis2 potong sayur dan masak lauk.. budak-budak kecil cuci pinggan.. lelaki2 dewasa sembelih lembu dan masak..kuikui lelaki2 muda masak air.. beras agihkan ke setiap rumah dalam masa seminggu sebelum kahwin.. nanti orang hantarlah nasi ke rumah kahwin pagi majlis tu.. suka kalau mak masak nasi untuk kenduri kahwin..mesti ada kerak.. huhu suka makan kerak nasi yang masih panas.. tapi majlis kahwin sana 1 minggu baru habis.. bukan apa..menghabiskan air memeningkan yang tak habis bising tak terkata..nasib dah ada peraturan baru tak boleh lebih jam 12.. rumah jauh2 pun boleh dengar.. fikiran menerewang
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 13-03-08 21:00
Pada 13-03-08 17:26 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! mereka dapat telur..nak panggil apa ya telur tu.. yang kena bungkus cantik2..telur bunga ke abang ipar kata itu tanda supaya dapat ramai anak ke? saya cakap itu cuma cendarahati dari majlis kahwin... di kampung saya amalan gotong royong kalau buat majlis masih kukuh..dari awal sampailah akhir semua kerja dibuat sama-sama.. saya saja kurang bergaul dengan orang
CK, bukan telur bunga, tapi bunga telur insyaAllah tak pupus lagi budaya ni, masa kenduri saya nanti, kalau sebelah saya konfirm kita takkan guna catering punya, tak meriah kan? wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 13-03-08 21:09
sekarang ni, ada yang dah tak bagi telur sebaliknya bagi gula2.. saudara2 yang terdekat saja yang dapat bunga telur..
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 13-03-08 21:10
bunga telur pula..kuikui.. baru sekali dapat masa majlis berzanji bayi di perak.. tapi tak makan pun..tak berani makan..dah bungkus cantik2 macam tu ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 13-03-08 21:17
CK, kalau tak makan burukla telur tu... nanti kang sekali pecah habis kena sembur perfume satu rumah, kuang3
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 13-03-08 21:22
memang jadi buruk.. bagi dia buruk dulu pun baru berani buang.. tapi buang telur saja.. bunga ambil
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 13-03-08 22:13
Pada 13-03-08 21:00 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! Pada 13-03-08 17:26 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! mereka dapat telur..nak panggil apa ya telur tu.. yang kena bungkus cantik2..telur bunga ke abang ipar kata itu tanda supaya dapat ramai anak ke? saya cakap itu cuma cendarahati dari majlis kahwin... di kampung saya amalan gotong royong kalau buat majlis masih kukuh..dari awal sampailah akhir semua kerja dibuat sama-sama.. saya saja kurang bergaul dengan orang
CK, bukan telur bunga, tapi bunga telur
insyaAllah tak pupus lagi budaya ni, masa kenduri saya nanti, kalau sebelah saya konfirm kita takkan guna catering punya, tak meriah kan?
wassalam.
salam... ye betul tu. ana pun rasa ianya tidak akan pupus. rewang ni dapat mengeratkan hubungan sesama saudara. bila ada anak saudara ataupun saudara sendiri, pakat2 turun beramai-ramai untuk membantu. haa... kan molek macam tu. jimat pun jimat. *Ibnu_musa ada bagi isyarat ke??. macam dah dekat saja tu. hehe...provokasi sikit.... ----------------- Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 13-03-08 22:15
Pada 13-03-08 21:09 , broshahir posting:!!! QUOTE !!! sekarang ni, ada yang dah tak bagi telur sebaliknya bagi gula2.. saudara2 yang terdekat saja yang dapat bunga telur.. Salam... hehe... ana tak tau lah kat tempat lain macam mana. tapi...kalau sekitar KL sekarang ni, depa dah main "muffin" saja. kalau buat kenduri2 ni, bagi "muffin" untuk orang ramai. bunga telur untuk saudara-mara. *kalau ana nak pecah rekod boleh ke??. nak bagi cokelat ----------------- Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 13-03-08 22:20
Pada 13-03-08 22:15 , mohamad posting:!!! QUOTE !!! Pada 13-03-08 21:09 , broshahir posting:!!! QUOTE !!! sekarang ni, ada yang dah tak bagi telur sebaliknya bagi gula2.. saudara2 yang terdekat saja yang dapat bunga telur.. Salam...
hehe... ana tak tau lah kat tempat lain macam mana. tapi...kalau sekitar KL sekarang ni, depa dah main "muffin" saja.
kalau buat kenduri2 ni, bagi "muffin" untuk orang ramai. bunga telur untuk saudara-mara.
*kalau ana nak pecah rekod boleh ke??. nak bagi cokelat
hehe kena buat rekod barulah mohamad.. hari itu kenduri kahwin kawan bagi cenderahati coklat.. coklat bulat2 macam bola sepak takraw warna warni tu.. adakah keistimewaan bunga telur bagi untuk saudara mara saja ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 13-03-08 22:25
Pada 13-03-08 22:20 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! Pada 13-03-08 22:15 , mohamad posting:!!! QUOTE !!! Pada 13-03-08 21:09 , broshahir posting:!!! QUOTE !!! sekarang ni, ada yang dah tak bagi telur sebaliknya bagi gula2.. saudara2 yang terdekat saja yang dapat bunga telur.. Salam...
hehe... ana tak tau lah kat tempat lain macam mana. tapi...kalau sekitar KL sekarang ni, depa dah main "muffin" saja.
kalau buat kenduri2 ni, bagi "muffin" untuk orang ramai. bunga telur untuk saudara-mara.
*kalau ana nak pecah rekod boleh ke??. nak bagi cokelat
hehe kena buat rekod barulah mohamad.. hari itu kenduri kahwin kawan bagi cenderahati coklat.. coklat bulat2 macam bola sepak takraw warna warni tu.. adakah keistimewaan bunga telur bagi untuk saudara mara saja
salam... ala.... ye ke??. lambat lah jawab nya ni. eh... awat bicara soal ni. lambat pergi. . study pun tak habis lagi. kalau Umi dan Ayah tau, habis kena tegur ni.... *nama cokelat tu, koko jeli kan??. **keistimewaan bunga telur adalah ...... eerrmm...apa ye..... tak tau lah. ----------------- Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 13-03-08 22:33
Bila time rewang ni mesti banyak perkara melucukan berlaku, biasanya keletah saudara mara, pakcik makcik yang berkunjung. INgat dulu masa kecik-kecik dua hari sebelum majlis perkahwinan - kami ramai-ramai mandi dalam sungai hihi. Kengkadang memalam overnight jaga api (kawal api), sambil makan sup ayam.. perghh.. Seronok..
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 13-03-08 22:35
den fikir masa rewang ini kita boleh belajar macam-macam petua dari tukang masak.. antaranya supaya periuk tak susah nak dicuci - letak serbuk sabun (yang dah diletak air biar pekat) kendian ditempelkan kat tepi periuk.
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 13-03-08 22:37
Pada 13-03-08 22:33 , Anak_Pejuang posting:!!! QUOTE !!! Bila time rewang ni mesti banyak perkara melucukan berlaku, biasanya keletah saudara mara, pakcik makcik yang berkunjung. INgat dulu masa kecik-kecik dua hari sebelum majlis perkahwinan - kami ramai-ramai mandi dalam sungai hihi.
Kengkadang memalam overnight jaga api (kawal api), sambil makan sup ayam.. perghh.. Seronok.. salam... wah.... ini baru betui2 seronok. hehe..kami bukan jaga api....kami main api ada lah. hukhuk...main bakar2.....lepas itu lawan siapa punya api lagi besar. lepas itu.... heheh... siapla... ada laungan Kemarahan akan berkumandang.... masa tu apa lagi.....lari..... ----------------- Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 13-03-08 22:43
Pada 13-03-08 22:35 , Anak_Pejuang posting:!!! QUOTE !!! den fikir masa rewang ini kita boleh belajar macam-macam petua dari tukang masak.. antaranya supaya periuk tak susah nak dicuci - letak serbuk sabun (yang dah diletak air biar pekat) kendian ditempelkan kat tepi periuk. salam.. hehe...betui2....macam-macam yang boleh dapat daripada orang-orang berpengalaman ni(orang2 lamo). kita ni orang2 muda dan baru. banyak benda yang kena belajar dari orang2 lamo. hukhuk....tak tau lah bila tarikh yang tepat. tapi.... rasa-rasanya masa mengaji diPTPL Shah Alam agaknya. dapat belajar cara mengupas kelapa dengan betul. buat malu saja..orang bandar(dah besar pulak tu) tapi... tak reti nak kupas kelapa... hukhukhukk.. lepas itu...belajar basuh (benda-benda rewang) secara sistematik... ingat kat office saja ke yang bersistematik.... kat bahagian ni pun ada. ----------------- Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 13-03-08 22:52
Pada 13-03-08 22:35 , Anak_Pejuang posting:!!! QUOTE !!!
supaya periuk tak susah nak dicuci - letak serbuk sabun (yang dah diletak air biar pekat) kendian ditempelkan kat tepi periuk.
tak dapat membayangkan mohamad: ya coklat macam koko jelly tapi buka koko jelly.. ikut2 saja mungkin.. eheh mungkin mak ayah tak marah cakap pasal ni..entah2 mak ayah senyum dah besar rupanya anak ini.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 13-03-08 22:53
merewang... dedolu masa kekecik... masa masih lagi duduk dengan wan.. rajin jugak p ikut wan merewang... besenya, petang dan malam sebelum kenduri... tapi masa tu hanya dibenarkan kupas bawang saja.. paling2 tinggi kerja yang boleh dipercayai diberi pada budak kecik yang rajin ni- blend bahan2.. tak pun basuh membasuh bahan... (besenya belah2 petang...) time2 merewang ni, siapa yang kuat melatah tu, kasihan lah... selalu jadi bahan ketawa.. sian pulak tengok.. tapi tak cukup umur lagi.. senyum sajalah yang dapat pun... lepas habis buat kerja.. maka bertebaran kami bermain sambil menjamu selera... kalau malam tu ikut wan lagi p merewang... maknanya, p untuk main dan makan saja... tak tolong2 dah.. tapi lah ni.. kat kawasan perumahan yang ismi tinggal tu... semuanya katering... kalau tak fully katering yang buat pun, kaun keluarga saja yang bertungkus lumus... tak ada semngat kerewangan macam kat kampung... tak ada sessi usik mengusik, beramah mesra, tunjuk menunjuk.. uhuk uhuk...
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 13-03-08 23:17
ontahla - sedara mara yang pandai masak untuk kenduri kendara pung dah makin kurang, sebenarnya rewang ini amat mengeratkan tali silaturrahim..
|
syira_qistina
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2003 Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem
|
Posting pada: 14-03-08 07:18
budaya rewang mungkin dah tak popular kat KL. kat tempat-tempat lain masih ada yang mengekalkan budaya rewang. hari tu ada kenduri kahwin kat taiping, so merewang jugalah selama 2hari. balik KL, terus collapse... adess...penat wooohh....
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 14-03-08 09:51
penat sikit takpa.... nak dapat pengalaman rewang tu susah sekarang. Anak muda zaman sekarang ini berapa ramai yang minat nak bercampur dalam urusan kenduri kendara?
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 14-03-08 09:57
Bismillahhirrahmanirrahim erm..kat kampung ana,alhamdulillah..masih lagi bergotong royong bila ada kenduri kendara..di situlah yang bestnya sebab bila orang2 kampung semua bergotong royong dalam menguruskan kenduri kendara,kemeriahan dan kemesraan sesama tu akan makin terbentuk..bergurau senda..tolong menolong..usik mengusik..meriah..masa kenduri kat rumah ana dulu pun,kami satu kampung gotong royong..masa kenduri menyambut ana kat rumah mentua jugak gotong royong..kami tak nak ambik catering walaupun mudah,senang,cepat..lepas kenduri tu pengantin conform kena dera cuci periuk belanga yang diguna untuk kenduri..hehe..
|
fansurina
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.11.2006 Ahli No: 27352
Posting: 205
Dari: pulau pinang
|
Posting pada: 14-03-08 09:57
jangan kata kat bandar...kat kampung pun sekarang dah kurang budaya merewang ini..kan seronok kalau dapat berkumpul ramai-ramai bergotong royong untuk mengadakan kenduri...kalau dapat,kenduri saya esok nak buat secara gotong royong..tapi family prefer catering...senang kata mereka...
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 14-03-08 10:11
!!! QUOTE !!! lepas kenduri tu pengantin conform kena dera cuci periuk belanga yang diguna untuk kenduri..hehe.. hehe. bila nengokkan perkara ini, memang patut lah depa kena basuh. Dah jadi raja sehari, permaisuri sehari kena lah turun gelanggang buat kerja rakyat jelata pulak.
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 14-03-08 10:34
Pada 13-03-08 17:17 , nuhan posting:!!! QUOTE !!! rewang ada maksud lain iaitu melepak atau melencung.. tak tau lah kalau sahabat lain ada pernah dengar ke tak..wallahualam.. betul... ni maksud rewang yang saya tahu... memang biasa guna pun... meronda, merewang, melepak, lebih kurang lah itu... ni baru 1st time tahu ada maksud lain di kalangan org jawa.. (saya langsung bukan orang jawa dan tak ada sanak saudara dari kalangan orang jawa or tinggal di kawasan orang-orang jawa so maaf, tak pernah tahu ) budaya gotong royong untuk kenduri kahwin masih ada especially Kalau di kampung2... (masih diamalkan kat kampung saya di Kelantan). kalau kampung saya di bandar (di Penang Island) tak ada.. begitu juga di KL... payah nak cari... malahan, orang buat kat hotel lagi.. adess.. semua panggei katering saja.. dah ada duit, masa nak urus pun tak ada, maka katering lah yang paling senang dan cepat. bunga telur tu, lani dah advance lah... orang bagi buku doa-doa jeq sekarang.. hoho... -----------------
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 14-03-08 10:45
Pada 13-03-08 22:52 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! Pada 13-03-08 22:35 , Anak_Pejuang posting:!!! QUOTE !!!
supaya periuk tak susah nak dicuci - letak serbuk sabun (yang dah diletak air biar pekat) kendian ditempelkan kat tepi periuk.
tak dapat membayangkan
mohamad: ya coklat macam koko jelly tapi buka koko jelly.. ikut2 saja mungkin.. eheh mungkin mak ayah tak marah cakap pasal ni..entah2 mak ayah senyum dah besar rupanya anak ini..
salam... owh ye ke. hhmmm jadi apakah ia?. hehe...mohamad memang besar lah ukhti. mana ada kecik lagi. ------------------------------------------------------------------------------------ hehe...berbalik kepada merewang ni, hukhukhuk (sebenarnya segan nak cakap) orang2 yang merewang ni akan diberikan bungan(berserta angpau) diletakkan di sebelah atas(kiri) baju yang dipakai. menampakkan yang depa ni sedang merewang. ----------------- Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 14-03-08 10:46
Pada 14-03-08 10:11 , Anak_Pejuang posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! lepas kenduri tu pengantin conform kena dera cuci periuk belanga yang diguna untuk kenduri..hehe..
hehe. bila nengokkan perkara ini, memang patut lah depa kena basuh. Dah jadi raja sehari, permaisuri sehari kena lah turun gelanggang buat kerja rakyat jelata pulak.
salam... alamak, ia ke macam tu?. kalau macam gini, nak ngelat lah masa kenduri tu nanti. ----------------- Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 14-03-08 10:53
yang den ingat juga - sebelum majlis perkahwinan - kalau zaman dulu ado persembahan wayang kulit, kuda kepang, barongan, (tapi sekarang dah mungkin tak ada agaknya?) yang ini ada yang khurafatnya. Kendian sekarang ramai generasi muda taknak teruskan budaya ni - tak ada pelapis.
|
laili
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2003 Ahli No: 3366
Posting: 154
Dari: kota bahru
|
Posting pada: 14-03-08 11:53
sekarang ini org prefer guna katering sebab lebih senang..kalau ada rewang sebab adanya golongan tua..bukan tak ada golongan muda.tapi mostly masing sbuk dengan kerja masing-masing..man sempat nak tolong kat tempat kenduri...memang merwang itu best..tapi keadaan sekarang xmengizinkan..kat kampung pun dah ramai guna katering...
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 14-03-08 20:21
itu lah masalahnya sekarang ni.. kesibukan, sampai kengkadang tak bercampur gaul.. sibuk dengan kerja.. akhirnya jadilah masyarakat individualistik..
|
lat-terang
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.03.2008 Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu
|
Posting pada: 18-03-08 08:31
Pada 13-03-08 23:17 , Anak_Pejuang posting:!!! QUOTE !!! ontahla - sedara mara yang pandai masak untuk kenduri kendara pung dah makin kurang, sebenarnya rewang ini amat mengeratkan tali silaturrahim.. yang ni ambe setuju..betul tu..rewang ni akan mengeratkan silaturrahim..kan kerja berjemaah tu..betul tak? oarng ayng kita tak kenal time rewang lah boleh nak kenal..ambe pun pernah rewang satu malam kat Perak rumah kawan..memang tak pernah pergi..tapi bila pergi lagi terus depa ingat ooo inilah yang datang rewang hari tu..hahaha seronok2 ----------------- kepada NYa kita kembali...
|
lat-terang
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.03.2008 Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu
|
Posting pada: 18-03-08 08:34
masa kenduri zaujah ana pun rewang...kenduri belah laki pun rewang...memang syok ...dapat jumpa dengan orang kampung ramai-ramai..
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 18-03-08 08:34
Pada 18-03-08 08:31 , lat-terang posting:!!! QUOTE !!! Pada 13-03-08 23:17 , Anak_Pejuang posting:!!! QUOTE !!! ontahla - sedara mara yang pandai masak untuk kenduri kendara pung dah makin kurang, sebenarnya rewang ini amat mengeratkan tali silaturrahim..
yang ni ambe setuju..betul tu..rewang ni akan mengeratkan silaturrahim..kan kerja berjemaah tu..betul tak? oarng ayng kita tak kenal time rewang lah boleh nak kenal..ambe pun pernah rewang satu malam kat Perak rumah kawan..memang tak pernah pergi..tapi bila pergi lagi terus depa ingat ooo inilah yang datang rewang hari tu..hahaha seronok2
salam... hehe...perkembangan yang baik tu. lepas ni, boleh merapatkan lagi ikatan sillaturrahim antara kome. seronok kerja merewwang ni... ----------------- Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....
|
searchforguidance
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30916
Posting: 403
Dari: johore
|
Posting pada: 18-03-08 10:03
kpg saya kat benut pun masih kuat lagi rewang nya.... walaupun penat gilee...tapi seronok dan meriah sangat! bila jiran buat majlis kawin, mesti kena rewang. kalau tak rewang rasa macam lari dari tanggungjawab saja. betul tak anak pejuang?
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 18-03-08 10:11
Pada 18-03-08 10:03 , searchforguidance posting:!!! QUOTE !!! kpg saya kat benut pun masih kuat lagi rewang nya.... walaupun penat gilee...tapi seronok dan meriah sangat! bila jiran buat majlis kawin, mesti kena rewang. kalau tak rewang rasa macam lari dari tanggungjawab saja. betul tak anak pejuang? awak orang benut ke? eheh... kat sana memang masih mengamalkan rewang... kira kalau ada keluarga nak buat majlis perkahwinan, satu kampung dah tahu.. Dari tukang masak, sampai lah kepada pemegang bunga manggar semua itu orang kampung lah biasanya tolong (campur dengan sanak saudara keluarga tersebut). Duduk di kampung tak boleh kata - aku malas lah nak campur hal orang lain. - alamat orang begini macam kera sumbang lah.. ----------------- .:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:. http://jarumemas.blogspot.comhttp://jomfaham.blogspot.com
|
searchforguidance
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30916
Posting: 403
Dari: johore
|
Posting pada: 18-03-08 10:58
Pada 18-03-08 10:11 , Anak_Pejuang posting:!!! QUOTE !!! Pada 18-03-08 10:03 , searchforguidance posting:!!! QUOTE !!! kpg saya kat benut pun masih kuat lagi rewang nya.... walaupun penat gilee...tapi seronok dan meriah sangat! bila jiran buat majlis kawin, mesti kena rewang. kalau tak rewang rasa macam lari dari tanggungjawab saja. betul tak anak pejuang?
awak orang benut ke? eheh... kat sana memang masih mengamalkan rewang... kira kalau ada keluarga nak buat majlis perkahwinan, satu kampung dah tahu.. Dari tukang masak, sampai lah kepada pemegang bunga manggar semua itu orang kampung lah biasanya tolong (campur dengan sanak saudara keluarga tersebut).
Duduk di kampung tak boleh kata - aku malas lah nak campur hal orang lain. - alamat orang begini macam kera sumbang lah..
ye saya org benut.dekat saja dengan tempat awak... maklum sajalah...saya org kpg... org kpg memang masih amalkan lagi rewang ni... lagipun seronok apa... bila lagi nak kumpul macam tu...kalau bukan masa rewang ni.. hehee... -----------------
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 18-03-08 11:19
kat kg mas masih lagi guna org kg untuk memasak masa kenduri... memasak secara gotong royong lah yang best.. macam-macam kerenah org dapat tengok.. kalau pakai katering tak best, terlalu formal.. semoga cara ni akan terus generasi akan datang menggunakan...
|
wardiah_alwani
Warga 5 Bintang Menyertai: 09.04.2004 Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu
|
Posting pada: 29-03-08 19:54
orang jawa masih lagi mengamalkan budaya ini..huhu jangan risau....!!huhu
|
idie04
WARGA SETIA Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban
|
Posting pada: 29-03-08 21:50
salam... keluarga saya baru mengadakan walimah sempena perkahwnan kakak saya.... ayah prefer menggunakan cathering kerana tidak mahu menyusahkan jiran-jiran ynag kebanyakan bekerja......namun,atas semangat kejiranan,ramai juga yang datang tolong... jadi saya tak berapa setuju jika amalan ini dikatakan terhapus di bandar. Ia bergantung kepada siapa yang mengajak... kalau selama ni tak pernah bertegur sapa tetiba ajak merewang....memanglah tak jalan....
|