buka topik baru meluahkan perasaan

masa tengok keputusan pru hari tu ada kat rumah kakak..
tergembira bila pas menang di kelantan..
tak pasal2 kena 'buli' dengan abang dan abang ipar..

mengata dan mentertawakan Islam dan tok guru nik aziz..
saya pun tak sembunyi2 membidas mana yang tak betul..
tapi susah sikit sebab tak dapat peluang cakap..ish geram betul..
kata abang ipar tak patut campur agama dan politik
kalau betul nik aziz nak tegakkan Islam di kelantan Kenapa ada penduduk cina
lepas tu dia cakap dia sebagai orang kristian mempersoalkan Kenapa
BN dan PAS sama-sama Islam berbeza pendapat..
kata lagi kalau buat kasino ke pusat no ekor orang Islam sendiri yang pergi masuk
abang kata orang arab seksi, orang Islam jadikan orang arab ikutan

macamana nak jawab, mereka taknak berhenti cakap

tapi ikutkan betul-betul memang tak tahu jawab berhikmah..
rasa tak ada berhenti kalau kakak saya tidak bersuara tegur abang ipar..yang dapat dijawab setakat yang mampu cuma bukan ikut orang arab tapi ajaran Islam yang sebenar.. setakat itu saja dapat cakap..

pertama kalinya dalam hati ku menyebut orang kafir laknatullah

pagi itu teman kakak pergi klinik kena tanya orang yang pakai purdah tu Kenapa untuk fesyen ke? tasbih tu untuk apa? ditanya dengan cara dan keadaan aman bolehlah jawab sikit..
kalau macam malam itu

rasa bersalah pula dengan agama

tapi setakat waktu itu saja..pagi2 tu dah tutup kes dan sampai sekarang tak lagi kena bangkit..
-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8