Oleh |
datuk Z meninggal dunia |
miller
Warga Rasmi Menyertai: 11.03.2008 Ahli No: 32853
Posting: 4
Dari: wangsa maju
|
Posting pada: 11-03-08 14:42
Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Datuk Zakaria Deros, 62, meninggal dunia selepas sesak nafas di rumahnya di Kampung Idaman, Klang awal pagi tadi. Menurut seorang anak perempuannya, Liza, allahyarham tiba-tiba mengalami sesak nafas semasa sedang berbual dengan anggota keluarganya. "Sebelum itu, bapa saya baru balik dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan berborak-borak dengan kami seperti biasa. Beliau tak ada pun mengadu apa- apa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Beliau berkata doktor yang dipanggil ke rumah mereka mengesahkan Zakaria, juga dikenali Datuk Z atau Abang Z, meninggal dunia pada jam 1 pagi. Zakaria yang juga Ketua Umno Klang, menyertai beberapa orang rakannya mengikuti perkembangan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional. Liza berkata jenazah bapanya akan dibawa dari rumah mereka pada pukul 11 pagi ini untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kuala Sungai Baru, Melaka di sebelah pusara keluarganya. Sebelum ini, Zakaria menjadi tumpuan ramai apabila beliau terbabit dalam kontroversi pembinaan banglo mewah tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Klang (MPK). MPK turut merobohkan premis perniagaan milik Zakaria, juga atas alasan yang sama. Ketika itu, Zakaria merupakan ahli MPK. Al-Fatihah. semoga Allah mengampuni beliau dan menempatkan roh beliau di kalangan org yang salihin. ----------------- .Miller Somel.
|
RijaludDeen
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.10.2006 Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..
|
Posting pada: 11-03-08 14:46
Dari ALLAH kita datang, kepada Allah juga kita akan kembali.. moga-moga menjadi peringatan buat kita yang masih hidup ini.. ----------------- "Put Our Trust In ALLAH"
|
mohd
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl
|
Posting pada: 11-03-08 14:47
alfatihah..semoga semua amal kenajikan beliau diterima Allah...semoga anak2 nya jadi anak yang solehah
|
niza_ati
WARGA SETIA Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor
|
Posting pada: 11-03-08 14:53
Takziah kepada keluargaya. Al-fatihah buat dirinya. -->Ana baru tau kul2.15 tadi sebab ustadz bahasa arab ana btau... -----------------  cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 11-03-08 14:59
Agak-agaknya jika beliau masih hidup...apa yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri yang dikuasai oleh BA itu padanya?
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 11-03-08 15:06
Pada 11-03-08 14:59 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Agak-agaknya jika beliau masih hidup...apa yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri yang dikuasai oleh BA itu padanya?  wallahuallam ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
alqibtiaz
WARGA SETIA Menyertai: 31.07.2004 Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu
|
Posting pada: 11-03-08 15:09
Takziah dari ana buat keluarga Allahyarham... Al-Fatihah...;-(
|
syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.06.2003 Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia
|
Posting pada: 11-03-08 16:55
salam takziah daripada ana untuknya yang pasti kita yang hidup perlu mengambil iktibar dan meneruskan perjuangan di landasan yang di redhai oleh NYa, insya Allah ----------------- ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim layari http://ibnusyah.blogspot.
|
gooku
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.12.2006 Ahli No: 27562
Posting: 269
|
Posting pada: 11-03-08 17:35
Pak Lah meninggal.... dari Allah ia datang, kepada Allah ia dikembalikan Pak Lah meninggal MELAKA 10 Mac - Kanak-kanak lelaki yang namanya sama seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia akibat penyakit leukemia di Hospital Melaka hari ini. Abdullah Ahmad Badawi, 9, meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi selepas menderita penyakit tersebut sejak dua tahun lalu. Bapanya, Abdul Rahman Mahmud, 44, berkata, dia reda dengan kehendak Allah yang lebih menyayangi anaknya itu yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya. ââAlhamdulillah, dua minggu lalu, saya sempat penuhi semua permintaan arwah untuk berjumpa dengan semua keluarga yang rapat dengannya termasuk membelikannya sebuah kereta kawalan jauh,ââ katanya kepada para pemberita di rumahnya di Taman Jaya, Padang Temu di sini hari ini. Kanak-kanak itu yang merupakan anak ke-10 daripada 11 adik beradik meninggal dunia di sisi ibu bapa dan adik beradiknya yang juga memiliki nama menyerupai nama pemimpin negara iaitu kakaknya, Siti Rafidah, 13, dan adiknya Mahathir Mohamad, lima tahun. Adik beradiknya yang lain ialah Siti Maisara, 24; Mohd. Al Hafiz, 22; Siti Nurul Aini, 21; Mohd. Al Najib, 19; Mohd Al Arif, 18; Siti Hajirah, 17; Muhammad Al Bunyamin, 15, Mohd. Al Azim, 13 dan Azaharem, 6. Menurut Abdul Rahman, anaknya itu mulai sakit teruk awal Februari lalu dan sempat menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya. ââSebaik saja dia pulang ke sini, dia sempat tinggal dua hari saja di rumah sebelum diserang demam dan dimasukkan ke wad di Hospital Melaka selama 16 hari dan meninggal dunia pagi ini,â katanya. Sementara itu, abang Abdullah, Al Azim berkata, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi ini, adiknya sempat berbisik di telinganya mengatakan sesuatu. ââSedang saya duduk di sisinya, tiba-tiba dia tarik saya dan berbisik sambil menunjukkan tangan ke atas mengatakan dia nampak sesuatu. Saya hanya mampu menganggukkan kepala sebelum dia terdiam dan tersenyum melihat saya,â katanya. Jiran arwah, Mohd. Husaini Hussin, 16, berkata, dia sedih dengan kehilangan seorang kawan yang ceria dan suka berkawan semasa arwah masih sihat. ââKami semua sangat sedih dengan kehilangannya apatah lagi dia merupakan pemain kompang termuda di taman ini. Selepas ini kami semua pasti merinduinya terutama apabila berkumpul bermain kompang setiap kali ada majlis kenduri atau keraian,â katanya. Seorang rakannya, Mohd. Sazlie Salleh berkata, dia pasti akan terasa sunyi kerana sebelum ini sering bergurau dengan Abdullah yang pintar kerana pandai bertutur bahasa Cina dan Inggeris dengan baik. ââDia juga pandai baca surat khabar dengan lancar walaupun hanya sempat sekolah setakat darjah satu,â katanya. ----------------- http://gooku1.fotopages.com
|
ryn0566
Warga Rasmi Menyertai: 05.03.2008 Ahli No: 32812
Posting: 9
Dari: selangor
|
Posting pada: 11-03-08 18:12
Takziah...sesungguhnya ajal maut itu ditangan ALLAH S.W.T..setiap yang hidup pasti akan mati..
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 11-03-08 18:48
biarlah abang Z berurusan dengan Allah s.w.t. selepas ni... al-Fatihah buat abang Z....
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 11-03-08 20:50
Pada 11-03-08 14:59 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Agak-agaknya jika beliau masih hidup...apa yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri yang dikuasai oleh BA itu padanya?  dok fikir pasal kes tu yang sampe sesak napas, dok tertunggu bila lah pegawai bpr nak serbu rumah a.k.a istana, last2 malaikat maut yang sampai dulu....huhuhu Inna Lillahiwaina hirajiu'dan........ Al-Fatihah......... Moga Allahyarham dihisab dan diadili seadil2nya oleh Yang Maha Esa
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 11-03-08 20:52
|
setanggi_syurga83
WARGA SETIA Menyertai: 10.03.2006 Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah
|
Posting pada: 11-03-08 21:12
Innalillah..daripada Dia kita datang,dan kepada Dia juga kita dikembalikan..semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya..dan diberi keampunan kepadanya.. al fatihah..ameenn ----------------- -StaIrWays To HeaVen- http://nurfazilah.hadithuna.com/
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 11-03-08 22:02
Pada 11-03-08 14:59 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Agak-agaknya jika beliau masih hidup...apa yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri yang dikuasai oleh BA itu padanya?  kalau naruto-san berada di kerusi MB baru selangor....naruto-san akan arah supaya abang Z ini disiasat dan diheret ke mahkamah. agaknya....disebabkan dia ini terlalu takut...takut dengan segala kesalahan2 dia sebelum ini....sampai kena heart attack. anywhere....jangan ingat bila dah mati...segala harta benda, kekayaan yang diperolehi melalui cara batil boleh dilupakan begitu sahaja atas nama SIMPATI (sebab suami dah meninggal).....rumah besar abang Z (i think that is not a house, but a mansion or palace) perlu disita. ----------------- http://al-ahkam.net/home/index.phphttp://www.alwahy.com/
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 11-03-08 22:05
Pada 11-03-08 18:48 , ABg_IMaM posting:!!! QUOTE !!! biarlah abang Z berurusan dengan Allah s.w.t. selepas ni...
al-Fatihah buat abang Z.... betul tu. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 11-03-08 22:22
dah meninggal beliau. Segala urusannya didunia dan akhirat diserahkan pada ALLah. Yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan tauladan. Semoga diletakkan di kalangan orang-orang yang soleh.. Amiinnnn. Alfatihah.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 12-03-08 00:00
Pada 11-03-08 22:02 , naruto-san posting:!!! QUOTE !!! Pada 11-03-08 14:59 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Agak-agaknya jika beliau masih hidup...apa yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri yang dikuasai oleh BA itu padanya? 
kalau naruto-san berada di kerusi MB baru selangor....naruto-san akan arah supaya abang Z ini disiasat dan diheret ke mahkamah.
agaknya....disebabkan dia ini terlalu takut...takut dengan segala kesalahan2 dia sebelum ini....sampai kena heart attack.
anywhere....jangan ingat bila dah mati...segala harta benda, kekayaan yang diperolehi melalui cara batil boleh dilupakan begitu sahaja atas nama SIMPATI (sebab suami dah meninggal).....rumah besar abang Z (i think that is not a house, but a mansion or palace) perlu disita.
Ya, benar tu! Itu salah satu cara dalam nak meringankan bebanannya di akhirat kelak!
|
wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia
|
Posting pada: 12-03-08 04:42
innalillah.. betul tu.walaupun dah meninggal, harta tu tak kan jadi halal automatically, jika dirampas, mungkin kurang bebannya di sana, insyaAllah..
|
eyla05
WARGA SETIA Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak
|
Posting pada: 12-03-08 09:35
al-fatihah.... semoga kedua-dua rohnya dicucuri rahmat dari ALLAH SWT...
|
azemi
WARGA SETIA Menyertai: 16.01.2004 Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban
|
Posting pada: 12-03-08 10:43
Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas roh allahyarham..al-Fatihah..kepada keluarganya, semoga tabah atas kehilangan allaryarham..kepada kita yang masih hidupni, jadikan sebagai iktibar..kekayaan kamu, rumah kamu, istana kamu tidak dapat membantu..amal kebajikan lah yang membantu kita didalam kubur kelak..
|