Oleh |
mahasiswa tak mampu berbuat..diancam... |
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 10-03-08 14:24
maaf..maaf sebelumnya...saya merasakan suasana yang sangat berbeze antara d tempat saya dan malaysia. di sana mahasiswa sangat aktif, bahkan ada yang turun memeriksa wakil rakyat. pernah seorang presiden diturunkn dari jabatan oleh mahasiswa.... disini..mahasiswa ditakut-takuti oleh orang2 yang tak tahu sapa..mahasiswa tak boleh ikut berpolitik..banyak hal-hal keburukan dalam pemerintah yang disembunyikan.. maaf..saya tidak sedang membandingkan 2 negara...ini hanyalah perasaan seorang saudara seislam...
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 29-03-08 07:54
tidak dinafikan bahawa aktiviti mahasiswa di malaysia agak terbatas dan kurang diberikan peluang untuk menyuarakan sebarang pandangan apatah lagi hal yang berkaitan dengan pentadbiran politik negara kerana jika ini berlaku dikhuatiri menjejaskan masa depan seseorang mahasiswa. sebaliknya mahasiswa digalakkan dan dibenarkan terlibat aktif dalam memberikan pandangan dan pendapat dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran dan bidang kerjaya mereka. Jika hendak dibandingkan dengan negara luar, memang tidak dinafikan mahasiswa kita agak terkebelakang dari segi budaya berfikir dan menyuarakan pendapat. kalau kita lihat sejarah awal pendidikan di malaysia pun, guru mengajar secara kaedah tradisional iaitu guru mengajar dan pelajar hanya terima sahaja tanpa diberi peluang untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. kesan dari sejarah ini, budaya menerima itu diwarisi sehingga ke hari ini. kebanyakan mahasiswa kita lebih banyak menerima dan apabila diajukan soalan mereka jadi kekok untuk menjawab apatah lagi untuk memberikan pandangan.
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 29-03-08 10:49
memang perkara itu berlaku mulya.... dah banyak kali tulis jawapan mengenai mahasiswa yang 'lemah layu lembik longlai' ni....sedih....environment has cause them..has lead them..has mould them....to a critical condition.....and this is our leader in the future...!! P/S : can't imagine how is the country to be in the next 10, 15, 20 years to come...
|
nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 29-03-08 12:09
mahasiswa dimalaysia terikat dengan AUKU 1972...so mahasiswa tak boleh sewenang2nya berpolitik, mengeluarkan pendapat untuk menyatakan ketidakpuasaan hati mereka terhadap satu-satu perkara...
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 08-04-08 22:28
hhmm...saya tahu keadaan ini sangat berat...tapi yakinlah...suatu saat..pemuda2 islam akan bangkit...saya berharap anda semualah orangnya...bergeraklah terus dijalan dakwah...terus bergerak didalam tanah...hingga seluruh tanah ini anda ambil alih...bersemangatlah pemuda islam..bergerakkk...!!!
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 09-04-08 08:47
Pada 08-04-08 22:28 , Mulya posting:!!! QUOTE !!! hhmm...saya tahu keadaan ini sangat berat...tapi yakinlah...suatu saat..pemuda2 islam akan bangkit...saya berharap anda semualah orangnya...bergeraklah terus dijalan dakwah...terus bergerak didalam tanah...hingga seluruh tanah ini anda ambil alih...bersemangatlah pemuda islam..bergerakkk...!!! Maybe bukan anda semua..tetapi KITA semua..walapun mungkin ada diantara kita yang bukan lagi mahasiswa berdaftar, cuma orang muda sahaja
|
RijaludDeen
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.10.2006 Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..
|
Posting pada: 09-04-08 08:56
Pada 29-03-08 12:09 , nur_islami posting:!!! QUOTE !!! mahasiswa dimalaysia terikat dengan AUKU 1972...so mahasiswa tak boleh sewenang2nya berpolitik, mengeluarkan pendapat untuk menyatakan ketidakpuasaan hati mereka terhadap satu-satu perkara...  .. Setuju..mahasiswa di malaysia sekarang ni,diikat dengan AUKU..untuk menjga kepentingan dan kedudukan 'mereka-mereka' di atas...cakap lebih sikit saja,dah kena blacklist..ye tak,abang swordofdeen??  ----------------- "Put Our Trust In ALLAH"
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 09-04-08 10:42
oleh kerana terlalu terikat dan dikongkong lah yang menyebabkan ramai mahasiswa dari ipta/iptas tempatan yang kekurangan modal insan tak hairan lah kalau ramai pelajar luar negara lebih matang daripada yang belajar dalam negara....(lihat topik pelajar oversea lebih matang).. kerana mahasiswa luar negara mempunyai kebebasan bersuara serta tidak dikongkong sama ada secara fizikal mahupun mental seperti yang dilakukan oleh ipta2 dalam negara...........
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 09-04-08 11:01
Pada 09-04-08 10:42 , alwalid posting:!!! QUOTE !!! oleh kerana terlalu terikat dan dikongkong lah yang menyebabkan ramai mahasiswa dari ipta/iptas tempatan yang kekurangan modal insan tak hairan lah kalau ramai pelajar luar negara lebih matang daripada yang belajar dalam negara....(lihat topik pelajar oversea lebih matang).. kerana mahasiswa luar negara mempunyai kebebasan bersuara serta tidak dikongkong sama ada secara fizikal mahupun mental seperti yang dilakukan oleh ipta2 dalam negara........... tu lah.kini sudah tiba masanya kita merubah kerajaan yang sedia ada.kita dah ada alternatif baru dengan menyalurkan rasa tak puas hati kita kepada wakil2 kerajaan pakatan rakyat supaya isu kita ni boleh dibawa ke parlimen. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
pelangihitam
Warga Rasmi Menyertai: 17.03.2008 Ahli No: 32925
Posting: 10
|
Posting pada: 09-04-08 13:12
aku tak rasa masalah mahasiswa disekat untuk berpolitik. dah grad nanti, berpolitik lah sampai puas, sampai bosan, sampai muak. time tu nak periksa wakil rakyat ke, nak turunkan PM ke, nak buat apa, buatlah. belajar dulu sampai pandai, sampai memang cemerlang, dah ada kelulusan yang dipercayai oleh org ramai, lepas tu nak berpolitik, silakanlah. kalau setakat bergelar mahasiswa, belum tentu membawa erti 'berilmu'... kan? lagipun, dah grad nanti, belum tentu dapat kerja pun kan. bukan nak pandang rendah, tapi hakikat. ha time tu silakan lah nak buat apa yang rasa terhalang nak buat waktu bergelar mahasiswa. p/s. Aku non-partisan. tapi aku turut rasa penyekatan ini membawa kebaikan, walaupun banyak yang berjiwa untuk memberontak. sabarlah. maaf mulya. Aku belajar di Indonesia. Aku melihat situasi di negara kamu. sungguh menakutkan aku. kerana tiada sekatan, mahasiswa bersuara berlebih2an, ada yang hancurkan bangunan universitas, ada yang bakar mobil rektor, ada yang melawan polisi sehingga ada yang terkorban. setiap hari. memang menakutkan. sampai kami juga mahasiswa Malaysia turut didemo untuk diusir dari Indonesia. syukurlah universitas mengambil langkah yang seharusnya dalam menangani perkara ini. dan aku tidak melihat kalau ada mahasiswa disini yang terlibat dengan politik, maksud aku secara partisan. mereka melawan apa yang dirasakan tidak seharusnya dilakukan oleh pemerintah. contoh, mereka demo mengenai kenaikan harga BBM, tapi demo nya tidak membawa sebarang banner yang menyatakan kalau mereka itu pro partai lain. bedanya di Malaysia, kalau di Malaysia ada yang mahu bersuara 'melawan' pemerintah, pasti mereka akan membawa banner atau pun apa-apa yang menunjukkan mereka itu pro siapa. seperti itu. p/s- jangan ada yang beranggapan aku pro mana-mana parti politik... dan jangan emosi dengan kenyataan aku... asalamualaikum
|
msaidins_85
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.11.2006 Ahli No: 27385
Posting: 218
Dari: http://www.msaidins.com/
|
Posting pada: 09-04-08 17:52
mahasiswa tak mampu berbuat atau memang tak boleh buat pun ??? mahasiswa di ancam atau rasa dirinya terancam ???
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 13-04-08 20:30
hhmm...kalau tunggu sampai selesai study..,hmm..tunggu saja sampai sang penguasa menghancurkan moral2 dan membutakan umat yang ada.... Pada 09-04-08 13:12 , pelangihitam posting:!!! QUOTE !!! aku tak rasa masalah mahasiswa disekat untuk berpolitik.
dah grad nanti, berpolitik lah sampai puas, sampai bosan, sampai muak. time tu nak periksa wakil rakyat ke, nak turunkan PM ke, nak buat apa, buatlah.
belajar dulu sampai pandai, sampai memang cemerlang, dah ada kelulusan yang dipercayai oleh org ramai, lepas tu nak berpolitik, silakanlah. kalau setakat bergelar mahasiswa, belum tentu membawa erti 'berilmu'...
kan?
lagipun, dah grad nanti, belum tentu dapat kerja pun kan. bukan nak pandang rendah, tapi hakikat. ha time tu silakan lah nak buat apa yang rasa terhalang nak buat waktu bergelar mahasiswa.
p/s. Aku non-partisan. tapi aku turut rasa penyekatan ini membawa kebaikan, walaupun banyak yang berjiwa untuk memberontak. sabarlah.
maaf mulya. Aku belajar di Indonesia. Aku melihat situasi di negara kamu. sungguh menakutkan aku. kerana tiada sekatan, mahasiswa bersuara berlebih2an, ada yang hancurkan bangunan universitas, ada yang bakar mobil rektor, ada yang melawan polisi sehingga ada yang terkorban. setiap hari. memang menakutkan. sampai kami juga mahasiswa Malaysia turut didemo untuk diusir dari Indonesia. syukurlah universitas mengambil langkah yang seharusnya dalam menangani perkara ini.
dan aku tidak melihat kalau ada mahasiswa disini yang terlibat dengan politik, maksud aku secara partisan. mereka melawan apa yang dirasakan tidak seharusnya dilakukan oleh pemerintah. contoh, mereka demo mengenai kenaikan harga BBM, tapi demo nya tidak membawa sebarang banner yang menyatakan kalau mereka itu pro partai lain.
bedanya di Malaysia, kalau di Malaysia ada yang mahu bersuara 'melawan' pemerintah, pasti mereka akan membawa banner atau pun apa-apa yang menunjukkan mereka itu pro siapa. seperti itu.
p/s- jangan ada yang beranggapan aku pro mana-mana parti politik... dan jangan emosi dengan kenyataan aku...
asalamualaikum ----------------- ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran
|
pelangihitam
Warga Rasmi Menyertai: 17.03.2008 Ahli No: 32925
Posting: 10
|
Posting pada: 22-04-08 13:19
lahaii... cuma mahasiswa saja ke yang mampu untuk mengatasi tu semua? tolongla. mahasiswa tu bukan nabi ok. kenapalah nak mengharapkan sangat mahasiswa? mereka yang bukan mahasiswa tu cacat ke tak mampu buat apa-apa untuk atasi semua tu? jawab lah... kita ada partai oposisi, suara mereka lebih hebat dari mahasiswa kalau setakat nak bangkang kerajaan. tapi masih macam tu macam tu jugak... jadi kau ingat mahasiswa lagi hebat dari PAS / PKR yang dah established tu ke? tolonglaaa... mahasiswa tu, apalah yang hebat sangat dengan mahasiswa...
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 30-04-08 16:02
saya berikan satu gambaran tentang apa yang ada dalam dewan wakil rakyat.. disana..,hal yang haram boleh dihalalkan..hal yang hitam boleh dikata putih...itu semua boleh berlaku untuk siapa yang punya banyak wang. memangla mahasiswa tu tak sehebat parti. tapi perlu antum ketahui...indonesia yang sekarang ini dibentuk oleh mahasiswa... pemerintahan SOEHARTO (almarhum)..yang memerintah selama 32 tahun..yang sebelumnya dianggap benar..telah diruntuhkan oleh mahasiswa.. SEMOGA GAMBARAN INI DAPAT MENAMBAH PENGETAHUAN SAUDARA TENTANG BEREPA HEBATNYA PERAN MAHASISWA/ PEMUDA....
|
didad
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.07.2003 Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang
|
Posting pada: 30-04-08 17:02
SALAM... cuma mahu menyatakan pendapat... seeloknya mahasiswa itu sendiri perlu mengawal diri.jika terlalu obses untuk berpolitik kepartian dibimbangi akan mengabaikan tanggungjawab unutk menimba ilmu. mahasiswa perlu memantapkan diri dengan ilmu.baru boleh menentang yang batil.jangan kerna ilmu yang sebesar kuman di dada sudah mahu menongkah seluruh pelusuk dunia... mungkin kondisi di malaysia tak sama seperti di indonesia.tak perlu ikut acuan orang lain.berpijaklah di bumi ini... p/s: hanya pendapat. saya setuju dengan pelangihitam..
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 30-04-08 17:34
Ada yang saya setuju dengan saudara Mulya, ada yang saya setuju dengan saudara pelangihitam... Both have the points. But the comprehensive method, Im still young and not experienced enough to give a comment. Just wait, gathering the information first. HUHHUUEEE... UIIKKSS!!! Mana mahasiswa-mahasiswa lagi niieeehh...?? ex-mahasiswa kee... More comment? Daeng_Jati... sayatetapsaya... ummusafiah... syahidatul.... trouver_99... meeehhh aarr... Nice topic niieehh... Haaa... sailormoon and niza_ati pun dialu-alukan... Lagi... ibnu_musa dan sirat82 pun... The senior of ukhwahs... Ehehh... p/s: Mulya study di UIA kaann? Dengan hormat dan warm-heartednyaa... Saya menjemput saudara ke JK Ulangtahun ukhwah.com... Bak katee oghang Peghok, moh lee mikee join teman... boleh makan bebanyookk... Dont worry, it just a gathering of ukhwah's... Be professional and no need to debate there... Huuhhuee...
|
niza_ati
WARGA SETIA Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor
|
Posting pada: 30-04-08 20:32
!!! QUOTE !!! saya merasakan suasana yang sangat berbeze antara d tempat saya dan malaysia. Semestinya..kerana lain negara lain caranya..dan undang2nya !!! QUOTE !!! di sana mahasiswa sangat aktif, bahkan ada yang turun memeriksa wakil rakyat Siapa kami mahasiswa nak periksa wakil rakyat? Alim ulamak tersohor? !!! QUOTE !!! mahasiswa tak boleh ikut berpolitik That's our rules. Seorang mahasiswa, the main responsibility is study. Bukan mahasiswa tiada pendapat tentang politik, tapi benarkah pendapat yang dipikirkan itu? Sejauh manakah kebenaran itu? Apa yang hendak disandarkan to be the evidence of his/her opinion? How they will answer these questions?)) --> Dengan BelajarSelagi tidak cukup ilmu di dada, tidak amal, and not yet be SOMEBODY kamu bukan orang yang akan diberi perhatian. Seorang budak kecik yang baru masuk 4 tahun menyatakan bahawa kakak adalah seorang lelaki, adakah anda akan percaya? Sedangkan anda tahu, ilmu budak itu tidak cukup, malah siapakah budak itu yang perlu anda dengar statement dia dan percaya, adakah dia seorang professor? ahli ulamak? etc? !!! QUOTE !!! tidak dinafikan bahawa aktiviti mahasiswa di malaysia agak terbatas dan kurang diberikan peluang untuk menyuarakan sebarang pandangan apatah lagi hal yang berkaitan dengan pentadbiran politik negara kerana jika ini berlaku dikhuatiri menjejaskan masa depan seseorang mahasiswa. sebaliknya mahasiswa digalakkan dan dibenarkan terlibat aktif dalam memberikan pandangan dan pendapat dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran dan bidang kerjaya mereka. ..dan isu-isu semasa yang lebih kepada kebaikan semua/rakyat/umat...but not about politic... !!! QUOTE !!! environment has cause them..has lead them..has mould them....to a critical condition..... and this is our leader in the future...!! Yes...so..let start from the begining/bottom... Jadilah pemimpin pelajar...kita akan nampak apa yang orang lain tak nampak...universiti adalah medium pembelajaran..kita belajar dari bawah. Setelah kita berjaya, and be somebody yang disanjung dan dihormati kerana ilmu, amalan, akhlak kita... insyaAllah...berjuta orang akan percaya pada kita. !!! QUOTE !!! tapi yakinlah...suatu saat..pemuda2 islam akan bangkit...saya berharap anda semualah orangnya... bergeraklah terus dijalan dakwah...terus bergerak didalam tanah...hingga seluruh tanah ini anda ambil alih... bersemangatlah pemuda islam..bergerakkk...!!! Ayat underground ni lah ana tak suka ni....Kenapa nak bergerak bawah tanah ni? Keluar lah dari kepompong..be a part of organization...persatuan..kelab...wakil pelajar etc...kasi buka sikit pandangan luar..nampak dan terang... supaya jelas dan nyata... And bukan anda tapi kita. !!! QUOTE !!! belajar dulu sampai pandai, sampai memang cemerlang, dah ada kelulusan yang dipercayai oleh org ramai, lepas tu nak berpolitik, silakanlah. kalau setakat bergelar mahasiswa, belum tentu membawa erti 'berilmu'... kan? lagipun, dah grad nanti, belum tentu dapat kerja pun kan. bukan nak pandang rendah, tapi hakikat. ha time tu silakan lah nak buat apa yang rasa terhalang nak buat waktu bergelar mahasiswa.
p/s. Aku non-partisan. tapi aku turut rasa penyekatan ini membawa kebaikan, walaupun banyak yang berjiwa untuk memberontak. sabarlah. Betui2... !!! QUOTE !!! Aku belajar di Indonesia. Aku melihat situasi di negara kamu. sungguh menakutkan aku. kerana tiada sekatan, mahasiswa bersuara berlebih2an, ada yang hancurkan bangunan universitas, ada yang bakar mobil rektor, ada yang melawan polisi sehingga ada yang terkorban. setiap hari. memang menakutkan. sampai kami juga mahasiswa Malaysia turut didemo untuk diusir dari Indonesia. syukurlah universitas mengambil langkah yang seharusnya dalam menangani perkara ini. Jaga diri ditempat orang ye.. Semoga kita menjadi Mahasiswa yang Inteligent dan berfikir secara rasional.. !!! QUOTE !!! pemerintahan SOEHARTO (almarhum)..yang memerintah selama 32 tahun..yang sebelumnya dianggap benar..telah diruntuhkan oleh mahasiswa Huih..hebat juga mahasiswa sana ye..Kenapa tak jadi terus pemimpin rakyat ketika sedang belajar. Alhamdulillah..atleast ada jugak yang salahnya...tapi yang betul jangan dibuang..perlu diguna pakai... and yang salah jadikan peringatan. Last but not least, Belajarlah dahulu, kumpul ilmu, jadilah seseorang yang berILMU, amalkanlah ilmu itu pada waktunya dan jadilah seorang yang berakhlak..pasti kita akan disanjung dan dihormati..InsyaAllah... ketika itu berkatalah kamu pada rakyat dan pasti mereka mendengar. WaAllahualam.... Nak study...2 papers more..arabiah and Networking....  -----------------  cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku
|
najah85
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan
|
Posting pada: 01-05-08 02:27
Pada 10-03-08 14:24 , Mulya posting:!!! QUOTE !!!
maaf..maaf sebelumnya...saya merasakan suasana yang sangat berbeze antara d tempat saya dan malaysia. di sana mahasiswa sangat aktif, bahkan ada yang turun memeriksa wakil rakyat. pernah seorang presiden diturunkn dari jabatan oleh mahasiswa.... disini..mahasiswa ditakut-takuti oleh orang2 yang tak tahu sapa..mahasiswa tak boleh ikut berpolitik..banyak hal-hal keburukan dalam pemerintah yang disembunyikan.. maaf..saya tidak sedang membandingkan 2 negara...ini hanyalah perasaan seorang saudara seislam...
sekadar pandangan...perbezaan suasana berpolitik yang berbeza disebabkan cara pemerintahan yang berbeza..undang-undang kerajaan malaysia tidak boleh disamakan dengan indonesia..undang-undanglah yang menghadkan suara untuk mahasiswa bersuara..buang universiti mungkin salah satu hukuman melanggar undang-undang. antara contoh yang boleh dikenakan tindakan ialah melibatkan diri dengan sebarang perhimpunan haram, perhimpunan mana-mana parti politik(kat malaysia ni biasala, kalau yang tak sokong kerajaan tu lah yang dia nampak..so adilkah undang-undang itu??? ) Untuk mengambil risiko buang universiti dengan pasif dalam politik mana lebih baik..kerana lepasan universiti merupakan tiket penting untuk meyakinkan orang lain bila bersuara dalam politik kelak(keadaan ini hanya untuk mereka yang dah diberi peluang masuk universiti) pasif bukan bermakna tidak tahu langsung perkembangan politik malah mahasiswa seharus nya lebih tahu keadaaan yang berlaku kerana mereka bakal memimpin suatu masa nanti.  rasanya bukan mahasiswa saja yang tak boleh aktif..mereka yang bekerja di sektor kerajaan pun sama kan??? andai salah tolong perbetulkan..
|
KhilafahIslamiyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7208
Posting: 104
|
Posting pada: 01-05-08 05:50
kalau govt worker kena aku janji.. seperti ahli akademik pun kena aku janji.. Yap, ana bersetuju AUKU antara penyebab student aka generasi muda semakin ulat buku semata, tiada daya saing dari segi survival kehidupan dan dari segi kempimpinan negara akan datang. Well, kita bakal melihat masa hadapan akan berkurangnya daya kepimpinan yang menonjol. Lihat sahaja masalah dalaman UMNO yang kurang kepimpinan muda yang datang dari kampus tempatan. Tetapi ana tidak 100% meletakkan kemorosotan generasi muda kepada AUKU semata, tetapi ia juga berkaitan dengan kurang daya kreativiti dikalangan pelajar. Belum ada kajian secara terperinci tentang bagaimana keterlibatan seseorang mahasiswa itu dalam persatuan politik or mana-mana pertubuhan boleh melanggar AUKU.. Keduanya, generasi mahasiswa hari ini kekurangan idea baru dan hanya mampu mengulangi idea-idea lama seperti berdemo dll. Ana tidak menolak demo tapi it should be a way more creative than this.. kalau dahulu aktivis mahasiswa rajin turun ke masyarakat melalui program bakti siswa, program dakwah kepada masyrakat Islam dll tetapi sekarang banyak aktivis mahasiswa lebih menumpukan soal mahasiswa sahaja. Lebih menceritakan kezaliman AUKU berbanding perkara lain, selalu menceritakan politik negara berbanding pencapaian dalam membuat RnD untuk akademik sebagainya yang bukan bersifat politik. Ana tidak menolak politik, tapi sebut mahasiswa, itulah isu yang berbangkit.. It almost the same.. Mahasiswa kena keluar dari kepompong pemikiran yang sedia ada.. Think out of the box.. Now, mahasiswa kena berfikir on how to contributing to society, berbanding melayan AUKU yang sememang zalim.. kalau kita berjuang menegakkan kebenaran dalam masyarakat, serupa juga kita memperjuangkan Islam. Matlamatnya sama, cuma methodnya berlainan. Sekarang masanya untuk keluar dari kepompong kekitaan yang ada pada mahasiswa. Masyarakat takkan mengambil peduli tentang mahasiswa selagi mahasiswa tidak mampu membuat masyarakat mengubah persepsi mereka bahawa universiti bukan hanya untuk belajar..
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 26-05-08 13:08
sudah saatnya mahasiswa bergerak...jangan tunggu hingga esok...bergeraklah secepatnya...walau pun hanya dengan berteriak yang membuktikan bahwa engkau ada..
|
aisya_aqmar
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.08.2004 Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?
|
Posting pada: 26-05-08 16:48
pada saya, ada pro dan kontranya AUKU ini... tapi, apa yang saya nampak kontra saja... huhu... sorry to say lah... soal sekatan politik dalam AUKU tu tak payah cakap lah... bila bercerita tentang AUKU, semua nampak sekatan berpolitik... tetapi, ada sesetengah rules dalam AUKU yang tak pernah siapa pun ambil kisah. kalau buat sekali pun, kalau pandai cover, kompem tak dibuang universiti. rules yang saya maksudkan berkaitan dengan kebebasan bergaul antara pelajar lelaki dan perempuan yang saya lht semakin m'busuk dalam diri setiap pelajar... well, masalah sosial kat universiti yang semakin m'jd2 yang perlu kita overcome... sebab, sahsiah diri yang pelajar yang menentukan sahsiah pemimpin masa depan kan? saya rasa pelajar IPTA/S di Malaysia xdelah terlalu jumud mengenai isu politik... saya setuju dengan pendapat saudari niza_ati... untuk melakukan sesuatu, memang kita kena ada ilmu... kena ada fakta yang konkrit, so, apa yang mahasiswa yang ada potensi untuk jadi future leaders perlu buat sekarang adalah belajar dan aplikasikan apa yang dipelajari dengan cara yang betul. ikut saluran yang betul... tapi, berilmu tanpa adanya sahsiah yang baik atau lebih baik lagi cemerlang, hampeh jugak akhirnya... so, saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat agar kita sama-sama berusaha untuk menjadi bakal pemimpin masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada hakikat dan fitrah berlandaskan sunnatuLlah... bukan cemerlang, gemilang dan terbilang merosakkan bumi Malaysia ini. insya Allah...
|