Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-01-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 3 hari yang lalu
Jaafar072286: 16 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: AKU MENGUNDI NANTI KERANA APA???


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» AKU MENGUNDI NANTI KERANA APA???

Please Mendaftar To Post


Oleh AKU MENGUNDI NANTI KERANA APA???

Upsi_InMyHeart
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.11.2006
Ahli No: 27262
Posting: 115
Dari: tanjong malim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-03-08 09:56


sumber: copy paste dari EMel......untuk renungan bersama...



Tunaikan Tanggungjawab Mengundi Kita (Renungkanlah.
....)
Assalamualaikum kepada semua bakal-bakal pengundi dan
pembaca yang budiman. Aku terpanggil untuk menulis
coretan ini bukan kerana ingin memihak kepada
mana-mana parti atau pemimpin tetapi kerana suatu
persoalan yang berlegar di benak fikiranku dan ingin
aku mengajak saudara-saudari sekalian bertanya kepada
diri dan hati masing-masing TANGGUNGJAWAB MENGUNDI
KITA KERANA APA?

Mungkin ada diantara saudara-saudari tertanya-tanya
bagaimana persoalan ini terlintas difikiran aku?
Sebenarnya ia timbul setelah aku mendengar satu sesi
ceramah agama di surau perumahan yang aku diami.
Ceramah yang diberikan oleh ustaz berkenaan bukanlah
suatu ceramah politik, ianya ceramah mingguan, tetapi
penceritaan di dalam cermahnya membuatkan aku tertanya
kepada diri sendiri akan persoalan di atas.
Selepas solat sunat sesudah solat magrib, ustaz
tersebut pun memulakan ceramah beliau. Seperti biasa
isi ceramahnya adalah tentang dosa dan pahala. Pada
mulanya aku mendengar seperti biasa kerana topik
sedemikian sering kali di ulangi ketika khutbah
jumaat.
Kemudian ceramah beliau menjadi menarik lebih-lebih
lagi bila semua makmum yang hadir mendengar dengan
khsyuk. Ustaz tersebut berbicara mengenai seorang
pencuri yang dibicara didepan Allah s.w.t di padang
Masyhar.

Ditanya oleh Allah s.w.t kepada si pencuri walaupun
Allah maha mengetahui akan segala sesuatu yang
dilakukan oleh hamba-hambanya, ; " Wahai si polan,
Kenapa kamu hanya di hukum penjara 3 tahun di atas
kesalahan mencuri sedangkan kesalahan yang kamu
lakukan mempunyai saksi dan bukti yang nyata dan
sepatutnya kamu dikenakan hukuman potong tangan"

Jawap si pencuri, "Wahai Tuhanku, bukanlah aku yang
meminta hukuman ini, tapi hukuman ini telah diberikan
oleh hakim yang mengadili aku".
Begitulah di mahsyar, masing-masing akan cuba
melepaskan diri sendiri dan segalanya akan diadili
dengan seadilnya dihadapan Allah s.w.t
Allah s.w.t kemudian memerintahkan hakim tersebut
mengadap dan bertanya, " Wahai hakim, Kenapa kamu
menjatuhkan hukuman tersebut kepada si pencuri ini?"
Maka jawab sihakim, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya
amanah yang diberikan kepadaku ini terbatas dan aku
tiada kuasa dan upaya untuk melakukannya. " Bertanya
lagi Allah s.w.t kepada sihakim, " Maka siapa pula
yang memberi kamu akan kuasa itu?" . Jawab sihakim,
"Mereka yang membuat akta dan perlembagaan iaitu
kerajaan yang di barisi oleh ahli-ahli kabinet
negaraku".

Allah s.w.t kemudian memerintahkan pula para-para ahli
kabinet dibicarakan, " Wahai kamu semua, Kenapa kamu
membuat akta dan perlembagaan sedemikian yang
bercangah sama sekali dengan hukum Ku?" Jawab
ahli-ahli kabinet " Wahai Tuhan kami, sememangnya kami
menolak hukum Mu selama kami memerintah dengan memberi
berbagai alasan untuk tidak melaksanakannya tapi
jangan lah hanya kami di persalahkan kerana kami tidak
akan membuat akta yang melawan hukum Mu sekiranya
rakyat tidak memilih kami".

Allah s.w.t kemudian memerintah kan semua rakyat yang
memilih ahli-ahli kabinet tersebut mengadap dan
bertanya dengan penuh kemurkaan "Wahai kamu sekalian,
mengapa kamu sekalian memilih mereka-mereka ini yang
menolak hukum Ku secara terang-terangan dan memberi
berbagai alasan untuk tidak melaksanakan hukum Ku.

Maka jawablah si rakyat dengan ketakutan yang amat
dahsyat kerana dimahsyar tidak ada lagi dolak dalih
yang dapat digunakan. Ada diantaranya menjawap "Wahai
Tuhan Ku. Aku memilih mereka kerana dihadiahkan baju
dan kain." Ada pula yang menjawap, " Aku memilih
mereka kerana ingin kemewahan dan kesenangan dunia.",
Selain itu ada yang menjawap "Aku memilih mereka
kerana inginkan projek-projek" . Ada juga yang
menjawab " Aku memilih mereka kerana aku tidak yakin
kerajaan yang melaksanakan hukum Islam boleh
memerintah". Ada lagi yang menjawap, " Aku memilih
mereka kerana tidak yakin dengan undang-undang Islam".


Dan yang menyedihkan ada yang menjawab, "Kami memilih
mereka kerana di hadiahkan sekampit beras, sekilo gula
dan sekilo tepung". Maka dengan murkanya Allah
memeritahkan kesemuanya dengan berkata, "Masuk lah
kamu semua ke dalam neraka Ku, sesungguh nya azab Ku
amat lah pedih dan terimalah balasan siksa diatas apa
yang telah kamu lakukan dan dustakan." Nauzubillah.
Pada penutupan ceramahnya, Ustaz tersebut berkata, "
Kalau saudara-saudari tidak percaya perkara seperti
ini akan berlaku di mahsyar nanti, tunggu lah saya
nanti di sana , kalau apa yang saya katakana ini
bohong atau dusta semata".
Dalam perjalan aku kerumah, apa yang berlegar di
fikiran aku adalah persoalan " AKU MENGUNDI NANTI
KERANA APA??? Setibanya aku di pintu pagar rumah,
dengan rasa yakin dan teguh aku mendapat jawapannya,
AKU MENGUNDI KERANA ALLAH S.W.T DAN ISLAM.
                                                
Kepada saudara-saudariku semua, tanyalah diri
masing-masing. Aku MENGUNDI KERANA APA??? Tepuk dada
tanya IMAN.
Wassalam.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Akan lahir
selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri
sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak
disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, "Wahai
Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah
dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti
itu? "Baginda s.a.w. menjawab, " hendaklah kamu
menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah
segala hak-hak yang kamu perlukan."
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Bookmark and Share

    


  Member Information For Upsi_InMyHeartProfil   Hantar PM kepada Upsi_InMyHeart   Pergi ke Upsi_InMyHeart's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 06-03-08 10:02


seloka orang tak mengundi
sumber: yahoo groups email_fin

Seloka Orang Tak Mengundi



Telah ku "check & confirm" di laman web SPR

Namaku masih terlakar

Aku bukan pengundi hantu

Telah mati atau lahir di zaman batu



Tapi aku tak mengundi

Kerana punya pendirian sendiri

Terlibat dalam pilihanraya sistem demokrasi

Bisa merusak citra Islam sejati



Aku tak mengundi

Bukan bermakna aku senang hati dan terhibur

Jenayah, rasuah, kronisme bertambah lagi dan lagi

Pak Lah boleh promosi BN = selamat, aman dan makmur



Aku tak mengundi

Bukan bermakna aku goyang kaki

Tadah tangan ke hadrat Illahi

Semuga BN takkan menang lagi



Aku tak mengundi

Bukan bermakna aku senang hati

Tak peduli nasib rakyat yang dizalimi

kos sara hidup sentiasa naik dari sehari ke sehari


Aku tak mengundi

Bukan tak suka Negara Kebajikan

Memenuhi keperluan asasi

Tanggungjawab pemerintah bukan untuk pancing undian



Aku tak mengundi

Kerana mengundi bukan penyelesai masalah

Sistem pemerintahan sekuler-kapitalis perlu diperangi

Bukan sekadar mahu menjatuhkan Pak Lah





Aku tak mengundi
Kerana aku telah membuat pilihan
Bukan berdasarkan undi majoriti

Tetapi berdasarkan nas dan perintah Tuhan.

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata (Surah Ahzab:36)
Aku tak mengundi
Kerana sibuk mencari jalan

Umat Islam perlu didekati dan didakwahi

Agar betul pemikiran dan pemahaman



Aku tak mengundi

Kerana aku benci sistem demokrasi
Fokus pada meraih kekuasaan
Tarbiyah umat kurang dititikberatkan

Aku takkan mengundi
Selagi undang-undang Barat jadi Qanun tertinggi
Aku ingin promosi dakwah cara Nabi

Demi meraih keredhaan Illahi

Ya Allah,
Hapuskan penyembahan pada undang-undang dan ideologi Kufur
Agar umat Islam selamat dan makmur
Amin Ya Rabbal 'Alamin!


Ilham rasa macam

P119, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



--

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Nil
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 06-03-08 10:15


Ikut kau lah wuzaraa tak nak mengundi pun...kau kan alim ulama', eh! silap...mufti.

Sahaja aku naik ROKET ini untuk ke BULAN demi KEADILAN...

Takbir..!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For NilProfil   Hantar PM kepada Nil   Quote dan BalasQuote

ryn0566
Warga Rasmi
Menyertai: 05.03.2008
Ahli No: 32812
Posting: 9
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 06-03-08 21:00


entah lah susah lah nak cakap macam mana..akhir sekali rakyat juga yang sengsara...macam dekat tempat saya org BN adalah india patut ke kat nak bangsa lain memerintah kita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ryn0566Profil   Hantar PM kepada ryn0566   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 07-03-08 01:32


Salam...

usaha itu penting...... dengan usaha itulah....(insyaALLAH) akan membuahkan hasil. ---> itupun kalau depa-depa tu tak main tipu.

*tapi...difahamkan...kali in paling kotor.... (^_^)

**yang tak mahu undi dan tak mahu tolong tu, tak usah bising kat dalam ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-03-08 08:52


"Sahaja Aku Masuk BARISAN, untuk undi PAS, kerana KEADILAN."

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 07-03-08 08:56


Assalamualaikum

insyaAllah....apabila segalanya didasari kerana Allah...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100619 saat. Lajunya....