Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: Pesanan buat si dia...


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» Pesanan buat si dia...

Please Mendaftar To Post


Oleh Pesanan buat si dia...

AkaliliAiman_88
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.02.2008
Ahli No: 32645
Posting: 31

Pahang  


posticon Posting pada: 25-02-08 22:21


Assalamualaikum..

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya....
Tolong beritahu si dia,cinta agung adalah cintaNya....
Tolong beritahu si dia,cinta manusia bisa membuatnya alpa...

Tolong nasihati si dia,jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa...
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si dia,jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya...

Tolong katakan pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya....

Tolong ingatkan si dia,aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
Tolong ingatkan si dia,aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya...
Tolong ingatkan si dia,aku kasihinya kerana santunnya...

Tolong tegur si dia,bila dia mula mengagungkan cinta dunia..
Tolong tegur si dia,bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
Tolong tegur si dia,bila nafsu mengawal fikirannya...

Tolong sedarkan si dia,aku milik Yang Maha Esa...
Tolong sedarkan si dia,aku masih milik keluarga....
Tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar kepada keluarganya...

Tolong sabarkan si dia,usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana...
Tolong sabarkan si dia,andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.....
Tolong sabarkan si dia,bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...

Tolong pesan padanya,aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya....
Tolong pesan padanya,aku tak mahu menjadi punca kegagalannya...
Tolong pesan padanya,aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya....

Tolong khabarkan pada si dia,aku tidak mahu melekakan dia...
Tolong khabarkan padanya,aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya......
Tolong khabarkan pada si dia,aku sentiasa mendoakan kejayaannya..

Tolong sampaikan pada si dia,aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Tolong sampaikan pada si dia,hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Yang Maha Kuasa....
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya Engkau Ya Allah yang mengetahui siapa si dia...
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa...
Yang memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya......
Simpanlah pesananku ini sehingga Engkau bertemu dengannya suatu hari nanti...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For AkaliliAiman_88Profil   Hantar PM kepada AkaliliAiman_88   Quote dan BalasQuote

cahaya_hatiku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31094
Posting: 217
Dari: serambi mekah...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-02-08 08:17


bagusnya pesanan ni... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_hatikuProfil   Hantar PM kepada cahaya_hatiku   Quote dan BalasQuote

sumaiyyah_z
Warga Rasmi
Menyertai: 25.02.2008
Ahli No: 32717
Posting: 3
Dari: TERENGGANU

blank  


posticon Posting pada: 26-02-08 09:13


salam...
alangkah indahnya kalau pesanan mudah untuk org lain memahaminya...
lebih-lebih lagi untuk menerimanya...
HidUp AmaT iNdAh kalau MeLakUkAn SusUatu juSt sebab ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sumaiyyah_zProfil   Hantar PM kepada sumaiyyah_z   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-02-08 10:45


adakah anda wanita solehah
huhu malas nak buka thread baru
baca saja lah ye

Kalau pernah baca pun tak apalah
Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat”Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodohmahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita?

Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk mendapatkan ‘lelaki soleh’ mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud.”Apalah suamiku ini?” rungut si isteri.

Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-02-08 10:46


Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - ‘berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari’. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita.

Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai ‘rumah keduanya’. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid saja, kata mereka. Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu.

Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-02-08 10:46


Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi.Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 26-02-08 11:48


Assalamualaikum
tolong khabarkan pada si dia...
tolong sampaikan pada si dia...
tolong ingatkan pada si dia...
tolong tegur si dia...
tolong nasihatkan si dia...
tolong pesan si dia..
tolong sabarkan si dia..
tolong katakan pada si dia...
aku hanyalah insan biasa....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-02-08 12:20


Tolong sampaikan pada si dia..
Hati-hati 8 haribulan Mac ini..
Tolong sampaikan pada si dia..
Tangan yang memangkah lebih berbisa dari tangan yang berdiam diri..
Tolong sampaikan pada si dia..
Jangan lupa tanggung jawab mengundi..
Tolong sampaikan pada si dia..
Takbirr..!!!


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085548 saat. Lajunya....