Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Datuk Dr. Awang Adek Hussin Bakal Menteri Besar Kelantan?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Datuk Dr. Awang Adek Hussin Bakal Menteri Besar Kelantan?

Please Mendaftar To Post


Oleh Datuk Dr. Awang Adek Hussin Bakal Menteri Besar Kelantan?

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 15:37


/
AWANG Adek Hussin dijulang oleh calon-calon Barisan Nasional selepas diumumkan sebagai bakal Menteri Besar Kelantan pada majlis pengumuman senarai calon BN di Bukit Marak, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU 21 Feb. - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mengetuai senarai calon Barisan Nasional (BN) Kelantan yang diumumkan hari ini sekali gus mengesahkan beliau sebagai calon Menteri Besar kelak.

Beliau akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok dan Parlimen Bachok bersama 60 peratus calon baru yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia.

Bagaimanapun tiada kejutan dalam senarai yang diumumkan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Annuar Musa di kediaman di sini.

Ini kerana kesemua 22 wakil rakyat BN sebelum ini dikekalkan sebagai calon termasuk dua yang berpindah ke kerusi Parlimen.

Annuar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang sebelum ini ADUN Kok Lanas akan bertanding bagi kerusi Parlimen Ketereh dan penyandang sedia ada, Datuk Alwi Che Ahmad akan mengambil alih tempatnya.

Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Che Min Che Ahmad akan berpindah dari kerusi Parlimen Pasir Puteh ke kerusi DUN Limbongan manakala Amran Mat Nor dari DUN Selising menggantikannya.

Bagi kerusi Parlimen, dua penyandangnya digugurkan iaitu Datuk Zaid Ibrahim (Kota Bharu) yang digantikan oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohd Razali Che Mamat (Kuala Krai) digantikan oleh Dekan Fakulti Alam Bina Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar.

Kesemua Ketua Bahagian turut dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 nanti, kecuali Ketua Bahagian Pasir Mas, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman yang sedia memberi laluan bagi membolehkan BN melakukan perubahan.

Bagi kawasan DUN, daripada 45 kerusi, 24 daripadanya adalah muka baru yang buat pertama kalinya turut menyenaraikan Naib Ketua Puteri UMNO negeri iaitu Kazuni Datuk Osman, 39, bagi kerusi DUN Tanjong Mas di samping calon tunggal Wanita, Datin Rahimah Mohamad (Ketua Wanita UMNO Machang).

Menurut Annuar, dalam menyusun senarai calon, BN telah mengambil kira penerimaan segenap lapisan politik melalui kesepakatan bersama di peringkat bahagian di samping kewibawaan dan keupayaan mereka menterjemahkan manifesto BN.

''Kita turut meneliti bakal saingan di kawasan masing-masing untuk memastikan kita dapat menawarkan kepada rakyat calon yang lebih baik dan mampu memberi kemenangan majoriti dua pertiga.

''BN mengambil pendekatan berani dan tidak konvensional tetapi secara strategik dalam hal ini dengan tekad membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela nasib rakyat dan membawa Kelantan melangkah ke era baru," ujarnya.

Mengenai kedudukannya, Annuar berkata, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen kerana mengutamakan strategi parti dan ia merupakan sebahagian daripada pengorbanan.

Dr. Awang Adek juga merasa terharu dengan penghormatan dan kepercayaan yang diberikan terhadapnya.

Beliau menegaskan, meskipun terpaksa memikul tanggungjawab yang cukup berat memenuhi tuntutan parti dan harapan rakyat, ia akan dilakukan dengan penuh komitmen untuk membangunkan negerinya.


P/S : Errmmm...sesuai ke..?

:berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 15:46


tak sesuai lagsung. belum pun bertanding dah berangan nak jadi menteri ye?

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 16:04


huhu belum apa-apa dah cakap besar :lol:

kalau kalah nanti macam mana, jangan sampai bunuh diri dah lah ye :sopan:

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 16:30


Mengikut gossip2 org kelate yang saya dengar, memang persaingan untuk membentuk kerajaan antara PAS dan UMNO cukup sengit..UMNO dah lama mengidam untuk memerintah Kelantan, dah 18 tahun kempunan..jadi nafsu mereka terlalu besar sekarang untuk menawan Kelantan..apapun semoga kerajaan PAS terus memerintah..suburkan Kelantan dengan cara hidup Islami..insyaAllah suatu hari nanti rakyat Malaysia akan terpegun dan terpesona dengan model pembangunan di Kelantan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 17:01


xsoh duduk berangela.....ada hati nak jadi menteri besar kelate konon....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 22-02-08 17:38


Biarkanlah dia berangan (untuk tidak berkata bermimpi di siang hari), bukan lama sangatpun, seminggu dua sahaja.

Agak terkejut melihatkan Pengerusi BN Kelantan 'memberi jalan' kepada muka lain untuk menjadi MB.
Kerana memberi jalan bukanlah amalan normal politik di Malaysia (terutamanya dalam kerajaan!).

Keluarlah beberapa pandangan pemerhati:
Mungkin kerana Awang Adek lebih disukai rakyat (mungkin?) dan lebih berpeluang untuk menjajah Kelantan daripada Pengerusi BN.

Atau, Pengerusi BN Kelantan sendiri yang pesimis dan tidak sanggup memikul malu (buat sekelian kalinya) dan memilih jalan selamat bertanding Parlimen (dan mengharapkan budi baik Pak Lah untuk kembali ke kabinet).

Awang Adek dalam situasi kedua, akan menduduki kerusi panas ketua pembangkang, bersama-sama beberapa ADUN lain...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-02-08 17:38


huhu... terkejut... terkejut... sebagai rkyt klate yang tau sdkt sbnyk p'caturan politik negeri klate ni, kalau lah awang adek yang dipertaruhkan sebagai bakal mb, agak sengit lah pru kali ni... sebab awang adek ini mesra rakyat... tambah-tambah lagi di kawasam dia... tapi, yang tak tahan tu mulut dia... entah lah... risaunye saya... takut klate terlepas kepada BN... habis ar mjls2 agama... maybe dah tak ada ceramah tok guru selepas ini kat kb... huhu... harapnya PAS masih lagi menjadi pilihan rkyt klate sebagai pimpinan... walaupun tak semuanya baik, tapi dasar tu yang perlu diperjuangkan dan disokong...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

dollah
Warga Rasmi
Menyertai: 10.01.2008
Ahli No: 32281
Posting: 14
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 22-02-08 18:28


tak payah lah jadi menteri besar kelantan...jadi ketua pembangkang di kelantan sudah lah...itu pun kalau menang... :jangan: 8-)


-----------------
ALLAH knows the best


Bookmark and Share

    


  Member Information For dollahProfil   Hantar PM kepada dollah   Quote dan BalasQuote

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 19:46


itu contigency plan mereka.... kalau menang terus execute... kalau kalah post-mortem.... tak derlah kalau menang baru kelam-kabut nak buat penentuan.....i believed that the other side also do prepare a contigency plan

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-03-08 23:22


mereka merancang, tapi Allah jua sebaik-baik perancang!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 10-03-08 23:50


AWE LAGI ADEK LAGI ..ANAK MANJA TU

Awang adek dah dapat gelaran baru...MANTAN BAKAL MENTERI BESAR KELANTAN....HUHUHU

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 10-03-08 23:55


Pada 10-03-08 23:50 , samudra posting:

!!! QUOTE !!!

AWE LAGI ADEK LAGI ..ANAK MANJA TU

Awang adek dah dapat gelaran baru...MANTAN BAKAL MENTERI BESAR KELANTAN....HUHUHU



hanya TGNA saja yang layak kerana beliau dikagumi kepimpinan beliau.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-03-08 00:02


hmmm..depa dah belakangkan sultan sebab pepndi dok cakap bakal menteri besar kelantan..sebelum apa-apa sultan perkenankan lagi....

1. membelakangkan sultan
2. dah istihar bakal MB sebelum tahu meanng kalah..hmm

bil dah kalah? hmm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 11-03-08 00:11


perasaan tiga bekas MB

bekas MB Perak - menangis dan kunci rumah
bekas MB Kedah - jawab ringkas
bekas MB Selangor - ghaibul ghuyub, gambar terkini merah2 mata(terkena sambal goreng tempe agaknya...)

Dr Awang Adek - cakap terketar2 menahan air mata
Koh Tsu Koon - ice cool baby, sampai boleh jawab soalan2 lagi

agak-agak siapa yang akan dapat simpati rakyat?..... :kelip: :sopan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 11-03-08 00:48


Pada 11-03-08 00:11 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

perasaan tiga bekas MB

bekas MB Perak - menangis dan kunci rumah
bekas MB Kedah - jawab ringkas
bekas MB Selangor - ghaibul ghuyub, gambar terkini merah2 mata(terkena sambal goreng tempe agaknya...)

Dr Awang Adek - cakap terketar2 menahan air mata
Koh Tsu Koon - ice cool baby, sampai boleh jawab soalan2 lagi

agak-agak siapa yang akan dapat simpati rakyat?..... :kelip: :sopan:




semua boleh agaknya


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

cahaya_hatiku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31094
Posting: 217
Dari: serambi mekah...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-03-08 08:03


nasib baik rakyat kelantan masih sayangkan PAS...
tu lah cakap saja lebih tapi hasilnya tak ada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_hatikuProfil   Hantar PM kepada cahaya_hatiku   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-03-08 09:00


masok nok balik hari tu lalu ikut simpang ketereh... oghe naik benner, dio tulis awe agah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 11-03-08 09:50


Pada 11-03-08 08:03 , cahaya_hatiku posting:

!!! QUOTE !!!

nasib baik rakyat kelantan masih sayangkan PAS...
tu lah cakap saja lebih tapi hasilnya tak ada...



TGNA adalah pilihan hati semua :-) :-) :-)


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

carrotsusu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2008
Ahli No: 32924
Posting: 134
Dari: klate...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-04-08 12:24


tak dapat bayang bila dia jadi menteri besar..tak sesuai!!!!!!!!!!! :-P :-P :-P :-P :-P
sayang kelantan yang sedia ada ni..bangga dapat jadi anak kelantan... :-) :-) :-D :malu:


-----------------
Senyum secantik ciptaan Allah dalam dirimu...senyum ye. because of your smile you make life more beautiful..^___^ .

Bookmark and Share

    


  Member Information For carrotsusuProfil   Hantar PM kepada carrotsusu   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-04-08 12:34


sebab itu jangan sekali-kali sombong dan takabbur dalam apa jua hal. Allah benci golongan tersebut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 01-04-08 12:51


Pada 11-03-08 08:03 , cahaya_hatiku posting:

!!! QUOTE !!!

nasib baik rakyat kelantan masih sayangkan PAS...
tu lah cakap saja lebih tapi hasilnya tak ada...


ni rasa nak cari jodoh urang kelantan ni... heheheh....
maap gurau saja, sesekali nak bergurau kejap


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115665 saat. Lajunya....