Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tak dapat menjadi paus gagah di lautan, jadilah keli lincah di sungai

-- Dari Buku Revolusi Mental

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat-Menteri Besar yang luar biasa


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat-Menteri Besar yang luar biasa

Please Mendaftar To Post


Oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat-Menteri Besar yang luar biasa

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-02-08 12:42


Assalamualaikum

Menteri Besar yang luar biasa
--------------------------------------------------------------------------------

Perlantikan seorang yang berpendidikan agama sebagai Menteri Besar pada mulanya dianggap sebagai perkara biasa sahaja. Ini adalah kerana sebelum ini memang sudah ada beberapa orang Menteri Besar dipilih dari kalangan orang-orang yang memperolehi kelulusan tinggi dalam pelajaran agama.

Bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Tan Sri Hassan Yunus, ialah seorang yang berkelulusan Universiti Al-Azhar di Mesir, sebuah universiti yang banyak melahirkan tokoh-tokoh agama. Allahyarham Tan Sri Hassan juga pemah berkhidmat sebagai mufti kerajaan Johor sebelum bergiat cergas dalam UMNO.

Menteri Besar Terengganu sekarang, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. juga seorang lepasan Uriiversitt Al-Azhar. Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang guru kanan di Sekolah Menengah Agama Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebelum bertanding untuk menjadi wakil rakyat kawasan parlimen Kemaman dalam pilihanraya umum 1964.

Sewaktu PAS menguasai kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1959, Menteri Besarnya, Allahyarham Datuk Ishak Lotfi Omar, ialah seorang yang mendapat didikan agama di Tanah Suci Makkah dan beliau pernah bertugas sebagai seorang pegawat di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sebelum bertanding untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Ketereh dalam pilihanraya umum tahun 1959.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri Muhammad, dan bekas Menteri Besar Perak. Allahyarham Datuk Ahmad Said, juga mendapat pendidikan agama tempatan sebelum Perang Dunia Kedua.

Pendek kata, tokoh-tokoh yang mempunyai pengajian agama telah pun diberi amanat untuk memegang jawatan penting sebagai Menteri Besar atau Menteri kerajaan Pusat.

Berdasarkan kepada hakikat itulah, maka perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar dalam kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah dianggap sebagai perkara biasa sahaja.

Masyarakat umum pada mulanya menjangka bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan mengikut jejak langkah para Menteri Besar lain setelah menduduki kerusi Menteri Besar ltu. Atau dengan lain perkataan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz juga mungkin akan mengubah corak atau gaya hidupnya setelah dilantik menjadi ketua kerajaan negeri supaya sesuai dan selaras dengan gaya hidup menteri-menteri lain sebagaimana lazimnya dilakukan oleh orang-orang yang mendapat j awatan dan pangkat tinggi dalam zaman moden ini.

Kalau seorang bekas mufti, atau bekas guru agama, atau juga bekas pegawai kanan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengubah corak hidup supaya menjadi ala-Barat serta selaras dan setaraf dengan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri atau Pusat, maka mengapa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak berbuat demikian?

Apakah keistimewaan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dalam perkara ini?

“Kalau beliau seorang insan biasa, sudah tentu pula jauh sekali daripada seorang malaikat, sudah pasti lambat-laun beliau akan mengikuti jejak langkah Menteri-Menteri Besar sebelumnya.” ujar seorang wartawan yang belum mengenali peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dengan lebih dekat.

Pada peringkat awal, ada kalangan yang dapat menerima pendapat dan teori seperti yang dikatakan wartawan itu, tetapi setelah lebih setahun beliau memegang jawatan Menteri Besar, orang ramai mula menyedari bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini ialah seorang Menteri Besar yang luar biasa.

Apa yang jelas sekarang ialah beliau tidak begitu mudah dapat dipengaruhi oleh kelaziman-kelaziman dalam gaya hidup orang-orang yang telah mendapat kedudukan dan jawatan tinggi dalam kerajaan dan parti politik.

Dan setakat ini, beliau masih dapat mempertahankan corak hidupnya sebagal seorang tok guru dan pendakwah sepenuh masa tanpa terpedaya dengan kelaziman-kelaziman corak hidup yang diperlihatkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bukan sahaja Menteri Besar yang luar biasa, malah beliau telah dikenali sebagai seorang wakil rakyat yang luar biasa juga.

Selama 19 tahun beliau menjadi anggota parlimen dan lima tahun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri beliau masih tidak mempunyai rumah yang dilengkapi dengan perhiasan mewah hatta kerusi meja sekalipun, sebagaimana kebanyakan orang menganggap peralatan ini harus ada pada seseorang pemimpin parti atau wakil rakyat apatah lagi menteri.

Ketika saya dan rakan-rakan lain dari Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu dijemput menikmati sarapan pagi di kediamannya di Pulau Melaka pada 30 Disember 1990, saya tidak nampak di ruang tamu itu kerusi meja, walaupun sebuah.

Kami menikmati sarapan pagi dengan duduk bersila di lantai lapang yang bertikar; jauh sekali bezanya daripada keadaan duduk di kerusi empuk dengan dikelilingi perhiasan-perhiasan mewah di rumah Menteri-Menteri atau wakil-wakil rakyat yang pemah kami kunjungi.

Walau bagaimanapun, kami berasa lebih mesra dan selesa berada di tengah-tengah kesederhanaan hidup seorang Menteri Besar dan pemimpin Islam ini.

Sebelum kunjungan ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan satu kenyataan akhbar yang menyebut bahawa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haj i Nik Abdul Aziz, tidak akan berpindah ke kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10, Kampung Sirih, Kota Baharu.

Kenyataan akhbar itu juga menjelaskan bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan tetap tinggal di rumahnya yang asal di belakang masjid Pulau Melaka yang dibina oleh almarhum ayahnya, Tuan Guru haji Nik Mat bin Raja Banjar atau lebih terkenali dengan panggilan Haji Nik Mat Alim.

Dengan kenyataan itu, jelaslah bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz lebih mengutamakan hidup di sebuah rumah serba sederhana yang berhampiran dengan sebuah masjid daripada menikmati hidup di 'istana' yang dilengkapi dengan alat perhiasan serba mewah seperti di JKR 10 itu.

Beliau hanya datang sekali-sekala sahaja ke JKR 10 untuk menemui tetamu dari dalam dan luar negeri. Dan kediaman rasmi Menteri Besar itu sekarang ini dijadikan tempat tetamu-tetamu kerajaan. Belum ada dalam sejarah tanahair seorang Menteri Besar enggan berpindah ke kediaman yang lebih mewah dan serta indah selain daripada Menteri Besar Kelantan sekarang.

Dan dalam sejarah tanahair, tidak ada rumah seorang wakil rakyat yang tidak dilengkapkan dengan kerusi meja dan kemudahan mewah dan mahal selain daripada rumah bekas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Semut Api. Sedangkan beliau sudah menjadi wakil rakyat selama 25 tahun.

Inilah yang dikatakan bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini bukan sahaja sebagal Menteri Besar yang luar biasa, malah beliau juga seorang wakil rakyat yang tidak ada bandingannya di tanahair kita.

Sebagai seorang Menteri Besar yang mewakili parti Islam, beliau cuba mengamalkan kehidupan dan tugas harian mengikut ajaran Islam yang memang menjadi prinsip dan pegangannya.

Beliau juga berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapinya mengikut cara Islam, tidak seperti Menteri Besar yang lain yang menghadapi tugas dan masalah mereka dengan lebih merujuk kepada sistem ciptaan penjajah atau sistem yang tidak bersangkut paut atau mungkin juga bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.

Menteri-Menteri Besar lain daripada UMNO, walaupun berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, diketahui tidak pernah berusaha ke arah mendekatkan pegawai-pegawai kerajaan kepada menghayati Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

Dalam hal ini Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah memperlihatkan kejayaan awal membentuk peribadi Islam di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan. Misalnya, di pejabat Menteri Besar, apabila masuk waktu Zohor, beliau mengajak kakitangan kerajaan, termasuk anggota tentera dan polls, serta para tetamu beragama Islam bersembahyang jamaah bersama-samanya.

Selepas menunaikan fardhu Zohor, beliau mengambil masa 10 minit untuk memberi “kuliah senafas” kepada para kakitangan dan tetamu itu.

Inilah cara hidup dan amalan seorang Menteri Besar yang bertaraf ulama dan Tok Guru ketika memegang jawatan sebagai ketua kerajaan Negeri Kelantan.

Sebelum Angkatan Perpaduan Ummah berkuasa di Kelantan, kita hanya dapat melihat papan-papan tanda yang menunjuk dan mengingatkan kita ada sekolah atau hospital kira-kira 500 meter di hadapan. Tetapi kini, kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah Kelantan pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah memasang pula papan-papan tanda yang menunjukkan serta memberi ingatan kepada kita bahawa kira-kira 500 meter di hadapan ada masjid.

Tercacaknya papan-papan tanda yang menunjukkan adanya masjld itu, telah memberi kesan positif kepada seseorang Islam yang menggunakan jalan raya berkenaan.

Mengingatkan orang Islam tentang adanya masjid adalah sama dengan mengingatkan kaum Muslimin dan Muslimat supaya menunafkan solat lima waktu, kerana masjid dan sembahyang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.

Dalam memimpin kerajaan Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menyelaraskan kepimpinannya itu sebagai usaha membentuk fikiran rakyat supaya berfikir dan bertindak mengikut cara Islam.

Sebagai contohnya, kerajaan negeri telah meletakkan papan-papan tanda di simpang-simpang jalan di dalam Bandar Kota Bharu untuk memberi panduan kepada orang ramai bagaimana cara untuk memotong kenderaan di jalanraya mengikut ajaran Islam.

Apa yang jelas sekarang ialah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menghendaki supaya rakyat Kelantan beramal mengikut ajaran Islam daripada sekecil-kecil amalan seperti memotong kenderaan dijalan raya sehinggalah kepada perkara-perkara Besar seperti mentadbir negara dan sebagainya.

Kalau dikaji sejarah beliau menyertai PAS, maka jelaslah bahawa tujuan utama Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menyertal PAS adalah untuk berdakwah dan menyampaikan ajaran Islam yang hakiki kepada ummah seluruhnya.

Tugas Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menjadi lebih erat lagi apabila beliau dilantik untuk memimpin kerajaan Negeri Kelantan yang majoriti rakyatnya menghendaki supaya Islam dijadikan dasar dan amalan pemerintahan Negeri.

Beliau telah menggunakan kuasa sebagai Menteri Besar untuk membuat beberapa perubahan ke arah menjadikan Negeri Kelantan sebagat sebuah negeri contoh atau model Negeri Islam di negara Malaysia ini bahkan di seluruh dunia.

Dengan kerjasama parti-parti komponen Angkatan Perpaduan Ummah, beliau dijangka tidak akan menghadapi apa-apa masalah untuk melaksanakan hasrat dan cita-cita rakyat Kelantan itu.

Apa yang paling menarik sekali dalam usaha beliau membuat beberapa perubahan itu ialah sokongan yang didapati oleh beliau daripada masyarakat bukan Islam tempat.

Terdapat pemimpin masyarakat Cina dari parti MCA di Kelantan yang sanggup menghadapi tindakan disiplin daripada parti itu kerana memberi sokongan kepada kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.

Sokongan masyarakat bukan Islam terhadap pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz itu sekaligus menolak dakwaan sesetengah golongan yang mengatakan bahawa pelabur asing takut hendak menanam modal di Kelantan kerana Menteri Besarnya memakai jubah dan serban serta menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan.
Pelabur-pelabur luar Negeri menyedari dan yakin tentang kestabilan politik yang berterusan di negeri Kelantan walaupun seorang ulama Islam yang tegas hendak melaksanakan Islam mengetuai kerajaan, dan besar kemungkinan lebih banyak lagi pemodal asing akan menanam modal di negeri itu.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 Ogos 1991, Dewan telah diberitahu bahawa kira-kira 200 juta ringgit modal asing telah dilaburkan di Kelantan sejak Angkatan Perpaduan Unnnah mengambil alih pentadbiran negerl. Keyakinan pemodal asing dan sokongan masyarakat bukan Islam terhadap kerajaan Negeri itu adalah kerana ketokohan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai seorang Menteri Besar yang mampu untuk menghadapi segala cabaran.

Setakat ini, musuh-musuh politik PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah didapati gagal untuk menghalang masyarakat bukan Islam daripada menyokong kerajaan negeri Kelantan dan gagal untuk menakut-nakutkan pemodal asing melabur di negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.

Setelah kita mengkaji dan meneliti segala tindak-tanduk dan amalan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sejak beliau memegang jawatan selama setahun setengah, maka jelaslah bahawa ada banyak perbezaan antara beliau dengan Menteri-Menteri Besar lain yang berkelulusan agama, khususnya dari Universiti Al-Azhar.

Berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kettka menjadi Menteri Besar, Allahyarham Tan Hassan Yunus, Johor dan sekarang Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Terengganu tidak mampu dan tidak sanggup memberi kuliah subuh dan menjalankan kerja-kerja dakwah apabila mereka menjadi Menteri Besar.

Tidak ada seorang Menteri Besar sebelum ini yang sanggup tinggal di sebuah rumah yang tidak mempunyai alat-alat perhiasan dan kerusi meja yang indah tetapi Menteri Besar Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz rela tinggal di rumah yang tidak mempunyai alat-alat itu selain dua buah almari yang penuh dengan kitab-kitab agama.

Malah ada antara Menteri Besar yang baru sahaja memegang jawatan tidak sabar-sabar lagi berpindah ke kediaman Menteri Besar yang serba indah dan mula membina rumah sendiri dengan harga yang mahal.

Menteri Besar Kelantan sekarang mempunyai sikap yang amat berbeza daripada Menteri-Menteri Besar tersebut.

Rumah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka masih sederhana. Rumah kampung daripada kayu ini terselindung di belakang masjid. Semua ini sebagai membuktikan bahawa beliau tidak terpedaya dengan darjat dan kebendaan.

Sebelum ini belum ada seorang Menteri Besar dari kalangan lulusan tinggi agama yang dapat mengekalkan identiti sebagai seorang ulama dan pendakwah selain daripada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Kita telah dapat melihat beberapa orang yang sebelum menjadi Menteri Besar tidak pernah memakai pakaian barat, tetapi setelah memegang jawatan Menteri Besar, mereka kelihatan seolah-olah lebih barat daripada mereka yang mendapat didikan sekular.

Ini adalah kerana mereka terpengaruh dengan kedudukan dan jawatan yang mereka pegang. Tetapi setakat ini, Alhamdulillah, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz masih kekal sebagai Haji Nik Abdul Aziz yang lama, dan beliau tidak terpengaruh dengan kelaziman corak hidup Menteri-Menteri Besar yang lain.

Para pemerhati politik tanahair mula menyedari bahawa Menteri Besar Kelantan yang bernama Haji Nik Abdul Aziz ini bukanlah sembarangan Menteri Besar, tidak serupa dengan Menteri-Menteri Besar yang berkuasa sebelum ini, bukan sahaja di Kelantan bahkan di negeri-negeri lain.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah seorang Menteri Besar yang luar biasa, dan beliau juga seorang ulama dan Tok Guru yang unik apabila dibandingkan dengan ulama-ulama dan tok guru-tok guru lain yang ada sekarang.



--------------------------------------------------------------------------------
Waalaikumsalam :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur

indonesia  


posticon Posting pada: 17-02-08 13:14


Inilah sikap atau sifat orang yang mempunyai ilmu tasawuf. Walaupun ada yang ber'title' ustaz, berpendidikan agama tinggi dari Mesir, Syria, Jordan atau di mana saja, tetapi tiada ilmu tasawuf maka mereka amat mudah 'tersangkut' kepada dunia.

Sifat zuhud atau qana'ah (cukup dengan apa yang ada dan diperlukan sahaja) amat susah dibentuk jika tiada ilmu tasawuf atau tazkiyyatun nafs (pembersihan hati).

Sifat seperti inilah yang menjadi kekuatan kepada Muhamad iaitu penghulu para Nabi dan Rasul, sehingga namanya 'Yang Terpuji' itu terkenal di langit dan di bumi.

Tatkala Ibrahim digelar 'Khalilullah' (Kekasih Allah), Musa digelar 'Kalamullah' (Yang Berkata-kata dengan Allah), namun Muhamad lebih suka dikenali sebagai 'Abdullah' (Hamba Allah). Begitu juga ketika A'isyah bertanya Kenapa baginda bersusah payah beribadat kepada Tuhan sedangkan baginda itu terjamin syurganya, baginda hanya menjawab, "Salahkah aku untuk menjadi HambaNya yang bersyukur?" ('Abdan Syakura)

Pendidikan agama tinggi tapi jika tiada sifat rendah diri, bersyukur dengan apa yang ada, akan menyebabkan penyakit hati yang boleh membawa kepada mencintai dunia dan akhirnya meninggalkan akhirat.


-----------------
Bhinneka Tunggal Ika
Mari Klik http://preview.tinyurl.com/2ckx3e


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-Sembi9anProfil   Hantar PM kepada Al-Sembi9an   Pergi ke Al-Sembi9an's Website   Quote dan BalasQuote

nisa_iman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-02-08 15:20


inilah contoh pemimpin Islam sekarang... dirinya dipenuhi dengan sifat zuhud dan qana'ah... masyaAllah... berbezanya dengan kebanyakan pemimpin sekarang..
semoga dirimu dirahmati dalam memperjuangkan kebenaran Islam...
semoga dirimu beroleh kesabaran dalam mepertahankan agama Allah...
ameen..
takbir....allahuakbar!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_imanProfil   Hantar PM kepada nisa_iman   Quote dan BalasQuote

Nil
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 19-02-08 10:27


Saya pernah menitis air mata apabila melihat wajah Tok Guru Nik Aziz kerana betapa sederhana kehidupannya sebagai seorang pemimpin Islam, betapa cekal hatinya untuk menegakkan agama Islam di Malaysia

Bookmark and Share

    


  Member Information For NilProfil   Hantar PM kepada Nil   Quote dan BalasQuote

risya_liyana
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21575
Posting: 52
Dari: utara

malaysia  


posticon Posting pada: 19-02-08 10:38


bersama pertahankan pemimpin yang betul-betul ada ciri-ciri kepimpinan dan akan melaksanakan tanggungjawabnya..bukan pemimpin yang memimpin melalui mulut saja..antara Tok Guru Nik Aziz dan peminpin lain, banyak perbezaan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For risya_liyanaProfil   Hantar PM kepada risya_liyana   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-02-08 15:24


assalamualaikum, untuk Guru memang Mualim yang sentiasa mengajar rakyat Kelate yang dipimpinnya untuk masuk al Jannah. kawe nak satu saff dengan untuk Guru..Mudah-mudahan untuk Guru sihat walafiat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109347 saat. Lajunya....