Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 290
Ahli: 0
Jumlah: 290




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Hudud mengubati AIDS atau sekadar pseudoscience?


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Hudud mengubati AIDS atau sekadar pseudoscience?

Please Mendaftar To Post


Oleh Hudud mengubati AIDS atau sekadar pseudoscience?

Howling_wolf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 06:35


Oleh: Ahmad Saifuddin Amran (http://msaidhawwa.blogspot.com)

!!! QUOTE !!!

Hudud Boleh Mengubati Aids?

Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berkaitan dengan Imuniti Humoral atau T Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel (Cell-Mediated Immune System).

Apabila virus AIDS menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS (Acquired Immunologic Deficiency Syndrome).

Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang pesalah itu dihinggapi HIV selepas perzinaannya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati sel-sel sum-sum tulangnya tidak lagi dapat menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel-sel darah putih itu akan bertukar menjadi benih manusia.

Badan akan lemah dan AIDS akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat: mereka mesti disebat dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang menghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum-sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru. Cara yang terbaik ialah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh dari AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi 2 kali ganda jumlahnya daripada jumlah virus AIDS di dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada virus AIDS sehingga ia dapat memusnahkan virus AIDS dan manusia terselamat daripada penyakit AIDS.

Jika sekiranya pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus AIDS sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah menghasilkan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus AIDS dan rejam hingga mati merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

Maha suci Allah yang telah menciptakan kita. Dia yang menciptakan kita, Dia paling tahu segala-galanya tentang kita, makhlukNya yang lemah.

Al-Quran dan Sains, siri pertama. mukasurat: 33-37, Dr. Jamnul Azhar bin Mulkan.


Beberapa Keraguan

1. 'Doktor' ini tidak mengemukakan sekali bukti dakwaan beliau seperti cara eksperimen dijalankan, keputusan eksperimen dan statistik yang diperoleh. Sebagai contoh, 95.2 % daripada 1000 pesakit AIDS disahkan sembuh setelah dilaksanakan hukuman hudud.

2. Apa bezanya antibodi orang yang belum berkahwin dengan yang sudah berkahwin? Mengapa pula antibodi orang yang belum berkahwin lebih kuat dari orang yang sudah berkahwin? Adakah lafaz pernikahan itu melemahkan antibodi tubuh? Kalau begitu siapa pun tidak mahu berkahwin. Perkahwinan menyebabkan imuniti tubuh menjadi lemah.

3. Menggandakan jumlah sel limfosit dalam tubuh bukan cara yang terbaik untuk menyembuhkan penyakit. Jumlah sel limfosit yang tinggi menyebabkan risiko autoimmune disorder iaitu situasi sel limfosit menyerang sel tubuh.

4. Sekiranya satu-satunya cara mengubati AIDS dengan hudud, malangnya mereka yang dijangkiti AIDS bukan melalui sexual contact seperti mother-to-child-transmission (MTCT), blood transfusion, dan jarum suntikan. Hukuman hudud tidak dapat dilaksanakan ke atas mereka dan mereka akan merana kerana AIDS.

Ramai di kalangan umat Islam yang membuat dakwaan telah menemui vaksin atau cara mengubati AIDS dengan menisbahkan Islam ke atasnya. Tapi tiada seorang pun yang menunjukkan bukti atau kajian dakwaan mereka. Saya tidak melihat ini sebagai satu kebanggaan sebaliknya ia adalah satu fitnah terhadap Islam. Menipu atas nama agama.

Sekiranya dakwaan tersebut benar, mengapa tidak saja menjalankan eksperimen? Sekiranya terbukti benar, perkara ini akan memberi sumbangan besar dalam mainstream science of medicine. Ramai mangsa-mangsa AIDS dapat disembuhkan. Eksperimen ini mungkin melanggar hak asasi manusia sekiranya dijalankan di Malaysia kerana belum lagi dilaksanakan hudud. Tapi beliau ada pilihan untuk menjalankannya di Mekah atau di Acheh. Sebaliknya, beliau yang sudah bergelar doktor hanya berpuas hati dengan berteori tanpa berusaha membuktikan kebenaran dakwaan beliau. Dan ini bukanlah sikap seorang saintis lebih-lebih lagi Muslim.

Kerana Islam atau populariti?

................................................................

Saya belum lagi merujuk mana-mana 'kitab' medic atau doktor untuk menulis dengan lebih terperinci. Saya tahu ada di kalangan forumer2 di sini yang mengambil jurusan perubatan. So saya buka sebarang pendapat dan kritikan supaya dapat hasilkan artikel yang lebih mantop insyaAllah.


-----------------
logo msh


Bookmark and Share

    


  Member Information For Howling_wolfProfil   Hantar PM kepada Howling_wolf   Pergi ke Howling_wolf's Website   Quote dan BalasQuote

Howling_wolf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 20:08


warga ukhwah ni memang betul-betul memboringkan lah. bila bincang isu berat, mesti tak ada yang respon. tapi bila bab emosi, cintan-cintun, kahwin, couple, novel kunun islamik, bla bla bla mesti berderet-deret thread. padahal benda tu dah berapa ribu kali diulang.

MALAS BERFIKIR!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Howling_wolfProfil   Hantar PM kepada Howling_wolf   Pergi ke Howling_wolf's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 20:39


Howling_wolf,

Kenapa meke ni kurang ajo sangat...
hasil pengalaman teman kat ukhwah ni, kebanyakan urang yang banyak ilmu kurang ajo sikit, Kenapa ye? erm....
Tak boleh ke meke ni bersabo?
cuba gunekan pendekatan saikologi sikit? macam mana nak tarik minat urang...

p/s

kalau tak ada kesabaran, simpan saja ilmu seorang-seorang....


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 20:40


:), sabarlah tuan... perlahan2..Memang kita kadang-kadang ingin benar oranag mengikut kita. Tapi untuk mereka mengikut apa yang kita kehendaki agak mustahil, sebab jarang kedapatan mereka sama dengan fikiran kita..

Sabar... sabar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 20:45


Cuma yang ada di fikiran saya.. hukum hudud itu berapa banyak dijalankan di negara Islam itu sendiri? Contohnya hukuman sebat 100 kali, oleh itu kajian atau pendapat mungkin masih berdasarkan hipotesis beliau sendiri. Dan kemungkinan juga ada kebenaran. Untuk melihat kebenaran itu adalah dengan dibuktikan melalui kajian.

Sebenarnya banyak perkara dalam hukuman Islam itu tidak logik, tetapi ikut sahaja apa yang diperintah ALlah. Seperti diharamkan memakan bab*, mengapa menyapu khuf dibolehkan semasa musafir, mengapa disuruh memakai tudung bagi wanita? Sebab akal manusia tidak mencapai pengetahuan yang ada pada ALLah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 20:51


Apabila Allah menjadikan manusia, Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri. Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukum dengan hukum hudud antaranya adalah hukum bagi mereka yang melakukan perzinaan. Apabila sabit kesalahan, terdapat 2 jenis hukuman bagi 2 kategori manusia yang melakukan kesalahan itu:

1. Sebat 100 kali untuk pesalah yang belum berkahwin.
2. Rejam sampai mati untuk pesalah yang sudah berkahwin.

HIKMAH DI SEBALIK PELAKSANAAN HUDUD INI:

1. Kehebatan Daya Tubuh Badan Manusia dan AIDS
Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berkaitan dengan Imuniti Humoral atau T Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel (Cell-Mediated Immune System).

B Limfosit dan T Limfost kedua-duanya di hasilkan di satu tempat di dalam badan manusia iaitu di bahagian belakang badan manusia, Sitem Sum-sum Tulang Belakang, or Tulang Tunjang Belakang.

AIDS ialah satu virus yang makanan kegemarannya adalah sel darah putih, yang mana kegemarannya virus AIDS ini ialah sel darah putih @ menghancurkan pertahanan manusia. Apabila pertahanan sel darah putih dihapuskan, maka dengan mudahnya manusia dihidapi pelbagai jenis penyakit. Sebab itu virus AIDS dikenali sebagai VIRUS KURANG DAYA TAHAN PENYAKIT

Apabila virus AIDS menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS (Acquired Immunologic Dificiency Syndrome).

Jadi, bagaimanakah kita nak menghapuskan virus AIDS yang sudah pun memasuki badan manusia?

Untuk menghapuskan virus AIDS, kuantiti Sel Darah Putih mestilah melebihi jumlah virus AIDS yang telah memasuki badan dengan nisbah 400%-500%

persoalannya, bagaimanakah untuk menghasilkan 400%-500% antibodi itu?

HIKMAH KEPADA PENZINA YANG BELUM BERKAHWIN:

Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang pesalah itu dihinggapi HIV selepas perzinaannya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati sel-sel sum-sum tulangnya tidak lagi dapat menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel-sel darah putih itu akan bertukar menjadi benih manusia (air mani). Badan akan lemah dan AIDS akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.

Tetapi dengan syarat: Ia mesti disebat dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum-sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru. Cara yang terbaik ialah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh dari AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi 2-5 kali ganda jumlahnya daripada jumlah virus AIDS di dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada virus AIDS sehingga ia dapat memusnahkan virus AIDS dan manusia terselamat daripada penyakit AIDS.

BAGAIMANA PULA DENGAN PENZINA YANG SUDAH BERKAHWIN??:

Jika sekiranya pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus AIDS sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah menghasilkan benih-benih bagi tujuan mengahasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus AIDS dan rejam hingga mati merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

Dan akhirnya, virus AIDS akan terkubur bersama pesalah tersebut, dan sekaligus menyelamatkan isteri dan anak-anak pesalah daripada dijangkiti AIDS.

Tambahan pula, mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai isteri yang halal lagi baik, tapi mereka sanggup mencari wanita lain yang haram hubungannya lalu berzina. Manusia seperti mereka ini adalah akhlaknya sangat teruk, dan tidak sepatutnya hidup lagi di muka bumi Allah ni, dan perlu dibersihkan daripada berjangkit penyakit MORAL kepada masa depan.

Maha suci Allah yang telah menciptakan kita. Dia yang menciptakan kita, Dia paling tahu segala-galanya tentang kita, makhluk-Nya yang lemah.

Berbanding dengan hukuman zina pada hari ini, hanya dikenakan denda RM2,000-RM5,000. Yang manakah lebih baik?

Rujukan: Al-Quran dan Sains, siri pertama. M/S: 33-37
Pengarang: Dr. Jamnul Azhar bin Mulkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 20:53


!!! QUOTE !!!

4. Sekiranya satu-satunya cara mengubati AIDS dengan hudud, malangnya mereka yang dijangkiti AIDS bukan melalui sexual contact seperti mother-to-child-transmission (MTCT), blood transfusion, dan jarum suntikan. Hukuman hudud tidak dapat dilaksanakan ke atas mereka dan mereka akan merana kerana AIDS.


Silap faham di sini adalah pengarang atau pengkaji tidak menyatakan bahawa hudud adalah satu-satunya cara merawati AIDS. Tetapi tujuan pengkaji ini adalah untuk mengajak kita kembali kepada Islam dengan menjalankan hukuman hudud. Sebab zaman sekarang didapati yang berzina dengan berbilang pasangan, dengan pelacur itulah yang banyak dijangkiti AIDS. Sila betulkan pemahaman anda.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 21:00


!!! QUOTE !!!

2. Apa bezanya antibodi orang yang belum berkahwin dengan yang sudah berkahwin? Mengapa pula antibodi orang yang belum berkahwin lebih kuat dari orang yang sudah berkahwin? Adakah lafaz pernikahan itu melemahkan antibodi tubuh? Kalau begitu siapa pun tidak mahu berkahwin. Perkahwinan menyebabkan imuniti tubuh menjadi lemah.


Ini jawapannya

Jika sekiranya pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus AIDS sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah menghasilkan benih-benih bagi tujuan mengahasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus AIDS dan rejam hingga mati merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 21:13


masa Anak Pejuang terangkan tu, teman terbayang2 multimedia show macam mana T4 tu habis hancur terlerai dimakan virus...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 21:19


Sebut pasai urang yang dah berkahwin ni, masa aktiviti seks berlaku antara suami dan isteri....
Sang suami akan dapat nutrien dari Sang Isteri. Jadi Ketike Sang Suami melepaskan Spermnye kepade Isteri yang menyebabkan Kurang sikit tenage Sang Suami, Sang Suami akan dapat balik Nutrien dari Sang Isteri...
Tapi dengan syarat, kena bagi Isteri Klimak....
Sebab tu dalam Islam kepuasan bersama tu penting ketike aktiviti seks suami isteri...

P/s

maaplah sebab 18 SX sikit

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.127002 saat. Lajunya....