Oleh |
apa yang menjadikan anda tabah???? |
afina010587
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.01.2008 Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim
|
Posting pada: 01-02-08 20:21
salam.... saya nak tahu apa yang menjadikan anda semua tabah hadapi semua dugaan hidup.. cerita lah dugaan dan cabaran yang anda hadapi dan apa yang anda buat untuk menghadapinyer... saya sangat berharap dapat menjadi setabah anda semua....
|
khairani
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.01.2008 Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan
|
Posting pada: 01-02-08 20:43
pengalaman hidup adalah guru terbaik yang mengajar kita erti ketabahan dalam kehidupan.semakin kita melalui pengalaman hidup semakin matang kita,tapi perlu mengahargai setiap pengalaman yang diperolehi.semakin kita berusia bukan semestinya semakin matang kita dan tak bermakna kita akan jadi tabah.tapi kalau kita gunakan usia dan pengalaman hidup itu sebaiknya,pasti kita akan tahu pelbagai rahsia dalam kehidupan termasuklah apakah itu erti tabah. Allah SWT berfiman yang bermaksud:" Sesungguhnya Allah besama orang2 yang sabar". ----------------- Vote For Hizbul Islam PERTAHANKAN KELANTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 01-02-08 21:17
tabah....hmmm..entah lah..ana ni tak hairan sangat bila dicabar...atau diekan pun tak lah ambil pot sangat..cuma ketanhan tu datang bilamana aa rasa kesunyian dan kepayahan yang amat sangat.. ia hadir tanpa dipaksa sesiapa...maka time tu lah kesedaran dan keinsafan menerjah diri untuk lebih kuat mendepani dugaan..
|
khairani
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.01.2008 Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan
|
Posting pada: 01-02-08 21:28
tabah adalah suatu perkara yang baik tapi saya ni tak berapa suka pula tengok syemarly kibar bendera amerika. :-| "ya Allah jadikan umat islam di Iraq tabah menghadapi pencerobohan tentera salib amerika dan konconya israel!dan berilah kemenangan kepada tentera mujahideen! Aamiin... ----------------- Vote For Hizbul Islam PERTAHANKAN KELANTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK
|
hudahaida
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.01.2008 Ahli No: 32255
Posting: 128
Dari: dunia
|
Posting pada: 01-02-08 21:29
pengalaman....itu cikgu yang terbaik untuk jadikan kat lebih tabah untuk hari2 mendatang... tiba-tiba pula rasa sayu hati ni
|
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 01-02-08 22:02
Tabah...memang mudah diungkapkan..tapi memang sukar untuk dipraktikkan.. tapi ingatlah... kalau kitab diuji..itu tanda Allah sayang pada kita... "Kita adalah hamba Allah.. jadi Allah pasti tidak akan mengecewakan kita..." jika benda tidak elok berlaku pada orang yang kita sayang...kita pasti akan menasihati supaya tabah... jadi begitu juga org lain akan nasihat kita jika sesuatu terjadi pada kita...pandangnya dari sudut positif... semoga dengan ketabahan kita....akan menjadi contoh tauladan kepada insan2 yang kita sayang dan mereka dapat mencotohinya...
|
laili
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2003 Ahli No: 3366
Posting: 154
Dari: kota bahru
|
Posting pada: 02-02-08 00:03
saya still TABAH bekerja kat company sekarang sebab sekarang ini kerja tak boleh memilih sangat..bagi saya kunci kehidupan saya sabar dan take positive..org marah ke..org maki ke..sabar sajalah..buat dokno dengan cemuhan2 org sekeliling...
|
mao
Warga Rasmi Menyertai: 02.02.2008 Ahli No: 32511
Posting: 1
|
Posting pada: 02-02-08 01:25
Apa yang menjadikan saya tabah? Mak & abah yang menjadikan saya tabah.Serius cakap,time belajar ni memang tension habis, macam-macam hal.Sampai satu masa tu da nak give up, da tak larat nak teruskan perjuangan.Lepas itu fikir-fikir balik, mak dengan abah, tak pernah pun mereka nak give up to raise me.mereka susah payah cari duit, nak kasi anak mereka ni makan, penuhi segala keperluan,bagi pendidikan elok-elok moga dengan harapan anak mereka jadi org berguna.If i simply give up,sia-sia saja pengorbanan mereka.If they can do it,so do i.So never give up because your parents never give up on raising u, to give the best for u.
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 02-02-08 06:51
fikir secara positif dengan apa yang berlaku kat kita dan sekeliling kita sebab ada hikmah disebaliknya,mungkin kita tak sedar sekarang namun kita sedar di masa akan datang.kita akan perasan,inilah hikmah itu,inilah petanda itu.apa pun jangan berputus asa kerana kehidupan perlu diteruskan walau apa pun,jangan mudah mngeluh dan jangan cepat berpuas hati.....
|
afina010587
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.01.2008 Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim
|
Posting pada: 02-02-08 18:59
Pada 01-02-08 21:29 , hudahaida posting:!!! QUOTE !!! pengalaman....itu cikgu yang terbaik untuk jadikan kat lebih tabah untuk hari2 mendatang... tiba-tiba pula rasa sayu hati ni kenapa sayu pula?? ada ke yang menguji ketabahan anda????
|
afina010587
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.01.2008 Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim
|
Posting pada: 02-02-08 19:07
Kesimpulannya, wanita lebih tabah dan bersemangat berbanding lelaki yang hanya kelihatan kuat pada fizikal tetapi lembut di dalamnya. Itulah rahsia dalaman lelaki, mudah-mudahan menjadi pedoman kepada wanita ketika berhadapan dengan manusia bernama lelaki. artikel ni dapat dr copi dan paste... hmm apa opinion anda...
|
setanggi_syurga83
WARGA SETIA Menyertai: 10.03.2006 Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah
|
Posting pada: 02-02-08 19:59
Jawapannya ialah Allah,Keluarga,sahabat baik dan diri sendiri....tapi yang paling utama adalah diri kita sendiri ----------------- -StaIrWays To HeaVen- http://nurfazilah.hadithuna.com/
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 02-02-08 20:03
Pada 01-02-08 21:28 , khairani posting:!!! QUOTE !!! tabah adalah suatu perkara yang baik tapi saya ni tak berapa suka pula tengok syemarly kibar bendera amerika. :-|
"ya Allah jadikan umat islam di Iraq tabah menghadapi pencerobohan tentera salib amerika dan konconya israel!dan berilah kemenangan kepada tentera mujahideen! Aamiin...
maaf andai bendera saya tu bikin anda salah faham..actly tu bukan tanda sokongan ana pada rejim amerika tu tapi personally ini menunjukkan ingatan ana pada darah tumpah darah ana lebih 20 tahun lalu..secara kronologinya,dr negara berkenaan ana menetap d kl (kepong)..then pindah ke sepang dan sekarang ke bangi...thats all..k..sorry.. ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 02-02-08 20:33
Ana teringat kata-kata seseorang, "You must know what u want, and be focused" Memikirkan kembali kata-kata ini, baru ana faham erti "Jihad itu pahit, kerana syurga sangat manis." Kerana, lumrah alam, apa yang hebat berharga mahal. Untuk memiliki Ferrari anda perlu membayar harga yang sangat mahal. Sangat mahal jika dibandingkan dengan harga Datsun 130i. Tidak semua orang mampu memiliki Ferrari, dan tidak semua ingin memiliki Ferrari. Bagi yang ingin memiliki Ferrari, anda perlu bersusah payah membayar harga yang mahal-"Biar pokai asal bergaya." Dengan kata lain, perlu bersusah payah untuk bergaya! Begitu juga untuk mengimpikan syurga, tidak mudah dan sukar. Dan, untuk menghadapi kesukaran, tidak dapat tidak, anda perlukan ketabahan. Kesimpulan ana, untuk menjadi tabah, kita perlukan tujuan hidup yang jelas. Sebagaimana kita semasa di sekolah dahulu, seperti ketika ingin menghadapi SPM contohnya, sanggup belajar dari bangun tidur hingga sebelum tidur, dan kekadang kurangkan tidur untuk belajar. Sangat TABAH! Kerana ketika itu kita impikan straight A's. Dapat atau tidak bukanlah persoalan, tetapi yang penting kita sudah berusaha!
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 02-02-08 21:55
penagalaman hidup dan masalah yang dihadapi membuatkan saya tabah hadapi.....berfikir secara rasional...bukan emosional...
|
zatil_alwani
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.12.2007 Ahli No: 31993
Posting: 206
Dari: kuala selangor
|
Posting pada: 02-02-08 22:25
cabaran, dugaan...tu semua ujian..saya bayangkan semua tu umpama madu, kan manis tu.. ya.. cakap tu memang senang. so kita kenala set minda kita awal-awal. selalunya apa yang saya buat jika ujian melanda, cepat-cepat keluar rumah, lepas itu pandang atas, cantiknye langit..lepas itu tengok pokok..entah Kenapa hati tiba-tiba jadi tenang pula.. kadangkala berkongsi dengan teman tersayang.. tapi sedar tak kita yang segala ujian, dugaan, cabaran tu sebenarnya membuatkan kita berasa lebih dekat dengan Allah... bagi sayala kan ujian ni macam jadi nikmat buat kita...
|
khairani
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.01.2008 Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan
|
Posting pada: 03-02-08 11:47
Pada 02-02-08 20:03 , syemarly posting:!!! QUOTE !!! Pada 01-02-08 21:28 , khairani posting:!!! QUOTE !!! tabah adalah suatu perkara yang baik tapi saya ni tak berapa suka pula tengok syemarly kibar bendera amerika. :-|
"ya Allah jadikan umat islam di Iraq tabah menghadapi pencerobohan tentera salib amerika dan konconya israel!dan berilah kemenangan kepada tentera mujahideen! Aamiin...
maaf andai bendera saya tu bikin anda salah faham..actly tu bukan tanda sokongan ana pada rejim amerika tu tapi personally ini menunjukkan ingatan ana pada darah tumpah darah ana lebih 20 tahun lalu..secara kronologinya,dr negara berkenaan ana menetap d kl (kepong)..then pindah ke sepang dan sekarang ke bangi...thats all..k..sorry..
OIC... ana pun minta maaf daa...ana tak tau tu..tapi member ana lahir kat amerika juga tapi malu nak kibar bendera amerika sekarang ni. tapi assyahid sheikh abu mus'ab pernah berkata "orang2 islam amerika adalah saudara seagama kami.walhal para munafik arab adalah musuh kami" dan musuh Allah. sekali lagi ketabahan diuji daaa.... ----------------- Vote For Hizbul Islam PERTAHANKAN KELANTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 03-02-08 11:57
hanya kepadaNYA sahaja yang layak di panjatkan kalimah2 yang indah, doa yang ikhlas, bisikan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan, dan ratapan yang membingungkan.. sekalipun kulukiskan keagunganMU dalam goresan sebagai tanda kesucian yang mempererat jiwa Engkau tetap yang Teragung dan tempat segala yang bermakna. ya Tuhan hanya pada keagunganMU segalanya tersa lapang
|
ana_lia
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2004 Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak
|
Posting pada: 03-02-08 12:44
tabah itu memang susah nak dipupukkan..tetapi jika hati kita mencintai Allah insyaallah dengan sendirinya ketabahan itu akan muncul walaupun diberi pelbagai ujian dan dugaan.. pengalaman itu adalah sesuatu yang penting untuk mematangkan diri seseorang itu. jika tidak berpengalaman memang amat susah untuk mematangkan diri seseorang itu oleh itu hargailah sebuah pengalaman itu.
|
Wuddah
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2007 Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai
|
Posting pada: 03-02-08 13:31
....memang pengalaman lalu yang banyak mengajar...
|
afina010587
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.01.2008 Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim
|
Posting pada: 03-02-08 18:56
ALHAMDULILLAH hidup mengajar kita untuk terus tabah...
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 03-02-08 22:37
apa yang menjadikan diriku tabah.... Ketahuilah oleh mu Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha..Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih. Allah SWT sudah menghitung air matamu..Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja. Allah SWT sedang menunggu bersamamu..Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.. Allah SWT sudah punya jawabannya..Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan. Allah SWT dapat menenangkanmu..Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelpon. Allah SWT selalu berada disampingmu..Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang.. Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak..Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas. Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan. Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum..Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur. Allah SWT telah memberkahimu..Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban. Allah SWT telah tersenyum padamu..Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi. Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap. Allah SWT Maha Mengetahui.
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 05-02-08 18:49
hari tu sedih sangat sesekali kita perlu derita sesekali kita perlu kecewa untuk kita mengenali erti bahagia untuk kita mengenali erti berjaya sesekali kita perlu menangis sesekali kita perlu terhiris untuk kita mensyukuri nikmat yang di beri untuk kita mengenali diri sendiri ujian yang datang menguji kesabaran perlu keimanan dan ketakwaan sebagai hamba kepada Tuhan kita harus bertahan jalan ke syurga penuh dengan likuannya penuh dugaan dan rintangannya hanya yang cekal dan yang tabah pastikan menemuinya masihkah lagi mahu menghitung sedikit mehnahNya jika dibanding dengan selaut rahmat dan nikmatnya seharusnya kita rasa bersyukur dan berlapang dada itulah tanda kasih sayang Allah kerana kita sering terlupa pohonkan doa kepada Tuhan agar beroleh keredhaan sekian, semoga terhibur ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
redgirl
WARGA SETIA Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 05-02-08 20:37
apa-apa saja....saja apa-apa..apa saja apa..saja saja apa apa..saja apa saja.. eh, apa aku mepek ni..aduhs...sakit..sakit..kasihan...
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 08-02-08 15:51
erm...selalu ingat "Allah takkan taklifkan kita dengan apa yang kita tidak mampu lakukan"...
|
maestra_dila
WARGA SETIA Menyertai: 26.10.2007 Ahli No: 31514
Posting: 404
|
Posting pada: 08-02-08 16:16
... penderitaan yang dilalui oleh orang lain akan menjadikan ana lebih tabah dan mensyukuri apa yang ana miliki.. ana pernah sedih sangat sewaktu ayah ana meninggal. Ana rasa kehilangan sangat.. org lain ada ayah ana pulak ayah tak ada. tapi bila ana renung dan fikir sedalam2nya, keadaan ana lebih baik daripada anak2 terbiar yang pastinya perjalanan hidup mereka lebih berliku daripada ana.. anak2 yatim piatu, pasti punyai hati yang lebih pilu sebab kehilangan kasih sayang ibu dan bapa. Ana masih punyai seorang ibu yang sangat-sangat penyayang.. Ketabahan ibu ana lebih mendorong ana tabah dan tak cepat give up dalam apa sahaja cabaran yang mendatang. Alhamdulillah.. bagi ana, hidup sentiasa diuji, kalau kita berjaya menempuhi ujian tersebut, InsyaAllah akan bahagia hidup di dunia akhirat..
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 08-02-08 16:19
Pada 08-02-08 15:51 , broshahir posting:!!! QUOTE !!! erm...selalu ingat "Allah takkan taklifkan kita dengan apa yang kita tidak mampu lakukan"... betul tu, pernah satu ketika rasa down sesangat... memang tertekan sangat-sangat masa tu, kawan ingatkan balik... baru rasa tenang sikit...
|
riniey
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.02.2006 Ahli No: 22591
Posting: 292
|
Posting pada: 08-02-08 21:57
assalamualaikum.... bagi pendapat ana, apa yang menjadikan ana tabah ialah pengalaman2 lalu. banyak pengalaman pahit yang telah ana tempuh selama 22 tahun ana hidup diats muka bumi ni. dulu pernah ana rasa macam frust sangat-sangat. Kenapa hidup ana macam ni??? rasa macam nak mati juga lebih baik. tapi setelah umur meningkat, kematanganlah yang telah mengubah ana supaya berfikir dengan waras. di samping tu banyakkan berdoa dan yang penting sekali kita kena ingat, semua yang berlaku itu adalah kehendak allah swt. dia hanya mahu menguji sejauh mana kesabaran dan ketabahan kita. dan kalau difikirkan balik semua yang ada di atas dunia ni hanyalah pinjaman dan yang kekal hanyalah di akhirat kelak. sebab tu ana dah tak hendak fikir perkara yang dah lepas. cukup lah setakat itu sahaja dan mulakan hidup baru adalah jalan yang terbaik bagi ana. setiap musibah yang berlaku ada hikmahnya dan kesabaran dan ketabahan adalah kuncinya. wallahualam.... -----------------
|
nasrun_qalbi
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.12.2007 Ahli No: 31989
Posting: 104
Dari: baiti jannati
|
Posting pada: 09-02-08 00:57
berada di dalam MASALAH, tak semudah berada di luar MASALAH.. di dalam masalah, tabah?? apakah tabah itu?? tak dapat pun nak tabah??
|
nasrun_qalbi
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.12.2007 Ahli No: 31989
Posting: 104
Dari: baiti jannati
|
Posting pada: 09-02-08 00:59
Jika kau gagal untuk menghadapi masalah buat kali pertamanya..tak mengapa..renung dan fikirkan seeloknya..sediakanlah dirimu untuk hadapi masalah itu lagi...ingatlah tatkala kau menghadapinya lagi untuk kesekian kali bahawa masalah itu mudah diatasi dan kau takkan kalah lagi!!!
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 09-02-08 01:05
Pada 08-02-08 15:51 , broshahir posting:!!! QUOTE !!! erm...selalu ingat "Allah takkan taklifkan kita dengan apa yang kita tidak mampu lakukan"... eheh sama lah pula.. lagi "orang Islam itu tak boleh lemah" ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 09-02-08 09:02
... betullah, kita kat dunia ni, tak punya apa-apa... hatta diri kita sendiri pun... komputer power, jam mahal, henset canggih, kereta hebat, semua tu hanya berupa pinjaman saja dari Allah.. bila2 masa Allah boleh tarik balik... ada kekasih... ada tunang....ada isteri...ada anak2...ada keluarga dan saudara-mara.... bila2 masa saja Allah boleh menjemput mereka kembali... kehidupan di dunia ni, hanyalah satu perjalanan.. destinasi sebenar adalah di 'sana' kelak... syurga atau neraka? manakah pilihanmu?... semoga Allah tetapkan iman kita... dan beri kita petunjuk dan hidayahNya.. selalulah kita mohon petunjuk dah hidayahNya.. supaya sepanjang kehidupan kita diberkati Allah.. jangan sesekali berputus asa dari memohon rahmat Allah.. bersabarlah..dan terus bersabar.. “Janganlah kamu berasa lemah semangat dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamu adalah kaum yang cemerlang jika kamu benar-benar beriman.” (Surah al-Imran, ayat 39)
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 09-02-08 09:12
erm kejap, teman nak kongsi azimat hidup teman boleh? Sekali gagal bukan gagal selamenye, dua kali gagal bukan gagal selamenye, tiga kali gagal bukan gagal selamenye, empat kali gagal bukan gagal selamenye, lima kali gagal bukan gagal selamenye, enam kali gagal bukan gagal selamenye.... infiniti....
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 13-02-08 14:01
bismillahhirrahmanirrahim dugaan,kesedihan,ujian adalah asam garam kehidupan manusia..pengalaman akan mengajar diri lebih berhati-hati..kekecewaan akan mengajar hati semakin tabah..solat,zikir,Qur'an dan mendekatkan diri padaNya akan paling membuatkan hati redha dan tabah,insyaAllah,amin ..
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 13-02-08 14:18
Pada 09-02-08 09:02 , broshahir posting:!!! QUOTE !!! betullah, kita kat dunia ni, tak punya apa-apa... hatta diri kita sendiri pun...
komputer power, jam mahal, henset canggih, kereta hebat, semua tu hanya berupa pinjaman saja dari Allah..
bila2 masa Allah boleh tarik balik...
ada kekasih... ada tunang....ada isteri...ada anak2...ada keluarga dan saudara-mara.... bila2 masa saja Allah boleh menjemput mereka kembali...
ni yang saya pegang jika saya perlu memujuk hati setelah kehilangan sesuatu atau seseorang.... semua tu Allah yang punya... siapalah kita untuk meminta-minta... Allah dah bagi pinjam pun dah cukup baik... so, kalau Allah tarik balik, redha saja lah... nak buat canner kan...? -----------------
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 01-04-08 18:34
Pengalaman.dugaan dan ujian yang menjadikan diri saya seorang yang tabah dan kuat......kadang=kadang rasa tak tertanggung...kadang=kadang buat-buat kuat kuat...kadang kadang kuat sangat-sangat. Berikanku kesabaran...... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
nurzatul
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...
|
Posting pada: 01-04-08 22:00
salamun alaik... hmm dugaan paling besar pernah ana alami setakat ini ialah pemergian ayah tersyg sebab accident pada tahun 2005.kebetulan masa 2 ana baru masuk sem 1 kat U.memang tertekan sangat-sangat sebab ana paling rpt dengan arwah.terkilan sebab ana seorang saja yang tak dapat jumpa kali terakhir ktika arwh masih ada.adik beradik ana yang lain sempat jumpa shari sebelum arwh meninggal.apa yang mnjadikan ana tbh ialah bila ana tengok mak.mak ana tbh hdapi segala dugaan.ana cuba tbhkn diri sebab mak da tak punya sesiapa slain ank2nya.kalau ana sedih tentulah mak 1000kali lagi sedih dr ana.itulah motivasi buat dari ana.dulu masa ayah ada,ana ada juga mlwn cakap mak.tapi bila ayah da tak ada ana terus berubah sbbkn ksian tengok mak.
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 01-04-08 23:14
ismi tak cukup tabah... ismi tak cukup kuat... jadi ismi tak boleh nak kongsi apa yang membuatkan ismi tabah...
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 02-04-08 08:30
tabah dalam hadapi cabaran.... nak tak nak kena hadapi dengan kuat..kuat mental dan fizikal.... contohnya sekarang ni saya buat praktikum kat sek....memang betul-betul mencabar nak handle student yang nakal...memang tak repect cikgu...masa mula-mula tu nak nangis lah juga, rasa down sangat tapi bila fikir balik, ni lah cabaran nak jadi cikgu...so muhasabah diri, bincg dengan kawan dan lecturer macam mana nak handle budak...cuba macam-macam pendekatan...Alhamdulillah sekarang ni boleh lah handle juga walaupun ada juga segelintir yang tak dengar cakap....hope boleh jadi the best teacher in the future...
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 02-04-08 09:20
saya pun rasa saya tak tabah.. tapi bila mendapat suatu ujian dalam hati meronta2...Kenapa saya macam ni... Kenapa orang lain tak macam ni.. lepas tu dalam hati juga.. Allah tahu saya mampu dengan ujian ni sebab tu DIA buat macam ni... bila fikir2.. yang kita nampak orang lain macam gembira saja.. keluarga dia rapat.. mungkin ujian dia dari segi lain... selama hidup ini dengan keadaan2 itu saya rasa kalau diberi pada orang lain mesti orang lain tak mampu.. merasakan Allah itu maha adil dan tidak sekali2 zalim tiada yang Allah buat sia-sia.. merasakan diri tidak mampu buat apa-apa melainkan dengan pertolongan Allah itulah yang menjadikan tabah ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
agmnhob
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.08.2007 Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 02-04-08 09:33
bila kena sesuatu ujian saya cuba tabahkan diri dengan... BANDINGKAN UJIAN yang di TERIMA DENGAN UJIAN yang PARA SAHABAT TERIMA... yang dapat title title "Allah telah meredhai mereka"
|
pencintamu
Warga 2 Bintang Menyertai: 21.09.2007 Ahli No: 31155
Posting: 69
Dari: S.T.P
|
Posting pada: 02-04-08 11:41
perjalanan hidup keluarga yang mendorong saya menjadi tabah...pengalaman...kena sematkan dalam hati Allah turunkan sesuatu mengikut kemampuan seseorang...
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 02-04-08 12:10
Pada 01-02-08 21:29 , hudahaida posting:!!! QUOTE !!! pengalaman....itu cikgu yang terbaik untuk jadikan kat lebih tabah untuk hari2 mendatang... tiba-tiba pula rasa sayu hati ni plus inner strength, always side by side in you...... making you stronger by time...... Insya Allah
|
niezam
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.03.2005 Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah
|
Posting pada: 07-04-08 11:22
pengalaman masa lalu mengajar segalanya..tak rugi pikul beban kesusahan masa usia muda,train makan tak cukup..makan nasi dengan kicap saja,belajar pikul tanggungjawab sebagai anak sulung..laki pula tuu walhal anak bongsu,train buat pasai(ringan2 saja,jangan cuba kalau tak mampu)..tengok akibatnya..mampu tahan ke tak,kontrol emosi walaupun kena kutuk depan2..tersenyum pula tuu,..banyak lagi training..stephen covey punya buku memang bagus...in saya Allah..segala dugaan yang datang..tanpa susah dan gelisah..mesti tersenyum saja
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 07-04-08 12:33
tak cukup tabah....nak menggenggam tabah ni bagi menggenggam bara api jugak....ketabahanku di mana...
|
awa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.03.2005 Ahli No: 15078
Posting: 136
Dari: Kedah
|
Posting pada: 07-04-08 13:41
Tabah satu perkataan yang senang diungkap tapi susah betul nak jadi tabah ni..Bukan senang nak jadi orang yang tabah...kalau nak tahu orang yang tabah inilah banyak dugaan sepanjang hidupnya..kalau tak percaya tanya lah orang-orang yang anda tengok tabah.tanya kalau tak percaya.. Saya boleh jadi tabah tapi kadang-kadang ketabahan teruji dan saya tetap kalah dengan dugaan Ilahi. Kalau orang lain boleh kita suruh dia tabah...siap boleh bagi nasihat. Tapi bila sampai time kita yang kena musibah atau yang bersangkutan dengannya, kita sendiri akan tahu langit itu tinggi ke rendah.
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 07-04-08 15:40
zikrullah & yakin pada Allah...jangan putus asa berdoa padaNya.. slain tu, fahami diri - cari source of motivation kita insyaAllah semua selamat..
|
nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 07-04-08 21:04
erm..tabah... saya masa paling kecewa dalam hidup bila sptm saya tak dapat result yang baik..memang teruk sangat result yang saya dapat...masa 2 saya rasa down sangat-sangat..xterkata perasaan saya masa 2..nangis saja kerja nya...tapi akhirnya saya fikir saya perlu tabah menghadapi kekecewan ini..tak semestinya kita jatuh sekali kita akan terus jatuh... saya bertekad saya sambung dip kat politeknik..alhamdulillah saya berjaya dalam study dan mendapat salah seorang best student..sekarang saya dah sambung degree... bersyukur pa Allah...setiap apa yang terjadi pada diri kita ada hikmah yang tersembunyi yang kita tidak tahu...
|
ilma
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.02.2005 Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu
|
Posting pada: 08-04-08 15:31
mengingati Allah.... dan yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya... itulah yang buat saya sentiasa kuat...
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 08-04-08 19:56
apa yang jadikan diri tabah ye... sebab apa yang berlaku pada kita sebenarnya taklah seteruk yang kita fikirkan.. ***syukur, redha, sabar selalu
|
sabrina_umaira85
Warga Rasmi Menyertai: 10.04.2008 Ahli No: 33168
Posting: 10
Dari: KB-selangor
|
Posting pada: 10-04-08 14:32
kadang-kadang sukarnya untuk kita tabah..saya pernah gagal memikul tangungjwb sebagai pelajar dan pekerja dalam satu masa.tapi cita-cita untuk melihat kegembiraan mak bila kita berjy itulah yang menjadikan kita lebih tabah..ingat jasa dan pengorbanan ibu yang tak terhingga tu
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 10-04-08 17:25
entahlah.. dr pengalaman hidup.. bila kita dah buat satu kesalahan/dosa yang besar... masa itu lah kita hilang keyakinan... tak terfikir boleh buat dosa sebesar itu.. takut Allah tak boleh terima diri yang hina ini... masa tu lah hati mesti TABAH SETABAH TABAHNYA...YAKIN PADA ALLAH SENTIASA MENERIMA HAMBANYA yang MAHU KEMBALI KEJALANNYA..
|
idie04
WARGA SETIA Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban
|
Posting pada: 10-04-08 21:55
setakat ini...apa yang membuatkan saya tabah adalah keputusan spm saya yang tak dapat str8 a ....huhuhu xper2..chaiyok2
|
ellina
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12348
Posting: 129
Dari: bumi ijau
|
Posting pada: 11-04-08 00:24
TABAH..satu perkataan untuk keluarga..untuk adik2..yang tersayang..sebagai anak, kakak dan...... "TIADA TEMAN yang PALING SETIA KECUALA ALLAH SWT" "AKU tidak akan mengubah nasib sesutu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka" surah Ar Rad :11
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 17-01-09 11:55
Apa yang menjadikan saya tabah? Pengalaman hidup yang menjadikan saya semakin tabah dan matang untuk berfikir. saya jenis yang tidak suka berkongsi masalah dengan keluarga.. Andai ada pun saya tak ceritakan secara detail. Biasanya saya hanya minta pendapat saja..Dan mereka memberikan pandangan secara peribadi.. Macamana saya menghadapi masalah? saya akan cari jalan penyelesaian sampai betul-betul selesai. tak kira lah macamana cara sekali pun..
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 17-01-09 12:18
salam..sedikit berbagi.. -saya pernah dalam dosa bertobat..tapi berulang lagi..bertobat..tapi berulang lagi..hingga diri putus asa dan ingin bunuh diri.. "xsengaja terdengar..seorang ustaz berkata.."ampunan ALLAH itu lebih besar dari murkanya.."dan ALLAH lebih mendahulukan ampunannya daripada murkanya.." -ketika seseorang meminta sesuatu yang sangat berat aku lakukan..hingga bergetar tubuhku mendengar permintaannya..bahkan menggegarkan langit..saat itu hampir saja aku putus harapan..ketika itulah terbisik ditelingaku.."ALLAH menguji hambaNYA sesuai dengan kemampuan hambaNYA" segala yang ALLAH TAKDIRKAN itu adalah baik..yakinlah..saya sangat meyakini itu...itulah yang membuat saya semakin kuat berjalan dibumi ALLAH...ALLAH menginginkan agar kita semakin baik..saya yakin itu..sangat yakin..
|
kayu_Manis86
Warga 2 Bintang Menyertai: 14.11.2008 Ahli No: 35876
Posting: 65
Dari: Johor
|
Posting pada: 17-01-09 15:52
assalmualaikum.. berpegang kuatlah pada al-Quran kerana ia adalah penawar segala penyakit.. penawar yang paling mujarab saya kira..kata seorang pakar motivasi yang sangat-sangat saya pegang ,bekliau berkata "..sekiranya Allah hendak mendatangkan kebaikan pada seseorang, Dia mulakan dengan ujian.." dan memang benar setalah saya memerhatikan banyak perkara yang telah berlaku di sekeliling dan natijahnya sangat baik.. Kita merancang dan Allah juga merancang, tetapi perangcangan Allah itu lebih unggul..Kadangkala Allah mentarbiyah hambanya dalam berbagai cara.
|
hijrah_nasuha
Warga Rasmi Menyertai: 18.01.2009 Ahli No: 36797
Posting: 9
Dari: on_earth
|
Posting pada: 18-01-09 11:32
... Saya bersetuju dengan kayu_Manis. Saya mencadangkan agar anda mendapatkan senaskhah Al-Quran berserta terjemahannya. Fahami kandungannya, jika perlu, cari mursyid/mursyidah untuk menjelaskan mana-mana yang anda kurang faham. InsyaAllah, anda akan lebih tabah menghadapi dunia, dan memperoleh keuntungan Dunia dan Ukhrawi. (Khusyu', sabar, percaya, syukur, bertawakkal, fahami rukun iman juga dapat membantu anda. InsyaAllah.) Saya memperingatkankan diri saya sendiri dan pembaca sekalian. Yang buruk datangnya dari kekhilafan saya sendiri, yang baik itu datang dari Allah Swt.
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 19-01-09 09:25
AssaLamu'aLaikum all lovely members .. pastinya ketabahan itu datang dari Janji ALLAH SWT kepada hamba-NYA yang tabah .. (Ganjaran) besar dr sgalanya .. thank you ALLAH SWT .. I REALLY LOVE U..
|
miss_pedusi
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.02.2009 Ahli No: 37102
Posting: 74
Dari: putrajaya
|
Posting pada: 10-02-09 16:00
1)ambil masa untuk berfikir.. berfikir secara rasional.. fikir baik bruk sesuatu kjadian itu.. bahkan dah diingtkan bahawa setiap sesuatu tu ada hikmah disebaliknya yang Allah jadikan.. mungkin kita xnmpak buat masa sekarang... 2)ambil sikat meredhakan, memaafkan bahkan mendoakan.. insyaAllah.. hati kita akan tenang dan boleh menerima.. amin...
|
Luqiem
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.08.2008 Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut
|
Posting pada: 10-02-09 16:30
Banyakkan mengingati Allah... dengan solat dan doa... Lihat disekeliling kita... orang yang kurang nasib daripada kita... orang yang lemah daripada kita... Bandingkan diri kita dengan mereka... Insyaallah kita akan merasa syukur... rupanya ada lagi yang lebih teruk nasibnya daripada kita... jangan sekali-kali membandingkan diri kita dengan orang yang lebih tinggi nasibnya daripada kita... ia akan membuatkan kita rasa cemburu dan dengki malah boleh mengakibatkan diri kita tercela... kerana tidak menerima nasib diri yang ada... Apa yang menimpa diri kita adalah untuk menguji iman dan kesabaran diri kita... Jangan bersedih dengan nasib diri... semua hanya bersifat sementara... tak lama kita di uji... ujian yang sebenar adalah ujian di alam akhirat... Masyaallah... Banyakknya dosa akuuu... Semoga Allah ampunkan segala dosa aku... AMIN.. ----------------- Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya http://www.luqiem.my-ads4bucks.com
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 10-02-09 17:08
pengalaman dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup menjadikan saya begitu tabah..kadang-kadang tak sanggup menghadapinya tapi saya sering mengingati diri saya bahwa Allah takkan menguji hambaNya yang tabah...saya adalah tergolong dalam hamba yang di uji..Dengan mengingati Allah hati saya akan jadi tabah..terlalu berat dugaan yang saya hadapi...tanpa saya sedari mungkin banyak dosa yang telah saya lakukan.semoga Allah mengampunkan segala dosa2 saya..Ya Allah Ya Tuhanku berilah hambaMu ini petunjuk ke jalan yang benar dan Engkau redhai...Amin....
|
Nur_Din
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.04.2008 Ahli No: 33163
Posting: 81
Dari: kelantan
|
Posting pada: 10-02-09 18:06
.. nak jadi insan yang tabah bukan senang tapi tak juga susah.. apa yang perlu, sering mendekatkan diri pada Allah.. ingat apa yang berlaku dan yang menimpa kita sebagai ujian dariNya.. jangan mudah berputus asa..sebab bukan kita saja di dalan dunia ni yang berdepan dengan ujian..ambil contoh semasa, lihat apa yang terjadi di negara saudara seagama kita Palestin..ujian yang kita hadapi mungkin tidak seteruk yang mereka lalui saban hari.. sentiasa lah bersyukur, ingat pada Allah yang maha adil pada setiap hambaNya..percayalah ada hikmat disebalik sesuatu yang berlaku..Wallahualam... Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan)solat. dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (surah Al-Baqarah ayat 45)
|