Oleh |
faizal tahir memalukan imej nasyid |
khairani
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.01.2008 Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan
|
Posting pada: 29-01-08 10:11
|
nafisah
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 48
Posting: 442
Dari: seremban
|
Posting pada: 29-01-08 10:15
memang tak patut tingkah laku dia tu. tapi, Allah cepat bagi pengajaran pada dia agar dia cepat sedar. dia dah semakin jauh...
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 29-01-08 10:18
.. "superman" Malaysia.. tapi aku lebih kagum dengan bakat satu lagi "superman" Malaysia iaitu Rubiah Suparman  .. kagum2 dengan bakat lakonan dia..  ..
|
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 29-01-08 11:14
dah lah.. memang salah dia.. tapi, kan dia dah minta maaf secara terbuka.. tak kan kita nak terus menghukum beliau?? apa perasaan kita, kalau masyarakat terus terusan menghukum kita?? kita sedihkan... ambil iktibar dengan apa yang terjadi... every person are not perfect.. cuba beri dia peluang... disini, bukan sebab saya meminati beliau.. tapi cuba kita berfikir apa perasaan kita jika berada di tempat beliau?? yang usdah 2 sudah lah
|
al-walid-04
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.10.2004 Ahli No: 11616
Posting: 135
Dari: kedah
|
Posting pada: 29-01-08 11:41
artis membuka baju terus mendapat kritikan..ini merupakan satu situasi yang baik... macam mana pula kalau pemain bola dinegara kita ini membuka baju selepas tamat perlawanan?adakah ianya dikritik sama seperti faizal tahir tersebut????
|
khairani
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.01.2008 Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan
|
Posting pada: 29-01-08 11:44
masalahnya faizal tahir masih mempertahankan alasannya...... boeh dimaafkan tapi bagaimana dengan perasaan setiap individu yang memperjuangkan dunia nasyid.faizal tak boleh ambil mudah saja.dah senang-senang baut salah lepas itu senang-senang minta maaf.dia ni kena taubat nasuha. orang hijrah dari tak baik kepada lebih baik tapi faizal hijrah kepada yang lebih buruk.inilah fitnah akhir zaman...
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 29-01-08 11:54
|
mahyuddin
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.08.2005 Ahli No: 18382
Posting: 126
Dari: UIAM, Gombak
|
Posting pada: 29-01-08 12:18
pelik juga....bukan nya apa...Kenapa ada artis yang sanggup buka aurat...org buat macam tak tau saja.terdedah sana...trdedah sini...macam benda tu benda macam biasa...tapi bila faizal tahir buka baju (naisb baik tak buka seluar...nauzubillah)....heboh satu Malaysia....emm....cuba fikir2 kan...
|
nurulislamiafiqah
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.02.2005 Ahli No: 14540
Posting: 178
Dari: selangor
|
Posting pada: 29-01-08 12:38
faizal tahir....aku ni salah seorang fans dia tau huhu... ada jugak pernah baca kisah dia & mirwana. Dia cakap, kalau nak slhkan dari dia slhkan saja tapi jangan cuba nak kaitkan dia sebagai bekas artis nasyid @ mirwana. Aku rasa bila topik2 macam ni keluar mesti faizal rasa menyesal join mirwana dulu sebab kalau aku kat tempat dia pun aku rasa macam tu. dia ada sebab Kenapa join mirwana dulu. bukan kehendak dia tapi niat dia masa masuk mirwana dulu sebab masa tu mirwana nak keluar album tapi tak cukup ahli so dia org ni merayu kat faizal supaya tolong masuk anggota tu. masa itu faizal dengan berat hati jugak nak masuk sebab jiwa dia bukan kepada nasyid tapi lebih kepada rock tapi kawan punya pasal dan dia pun memang minat dalam bidang seni, dia masuk jugalah mirwana tapi mesti dia terkilan gila sebab apa-apa hal pun tentang dia sekarang ni mesti kaitkan dia dengan kumpulan nasyid mirwana padahal dia masuk mirwana hanya nak tolong kawan-kawan saja, bukan minat pun nak jadi artis nasyid. terkilan sungguh tak dapat tengok dia beraksi kat AJL 22 btullah macam mahyuddin cakap, artis wanita berkemban terdedah2 yang xsepatutnya tak ada pula diambil tindakan kena denda macam tu tapi faizal tahir buka baju saja terus kena tindakan macam tu. memang lah kalau tengok tindakan macam tu agak memalukan tapi sebelum buat kat dia, btla pada artis wanita yang terbukak2 tu, brlah adil namanya. ----------------- Live in the present, learn from the pasti!
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 29-01-08 13:29
yang dah lepas biarlah lepas. sebagai peringatan pada yang AKAN DATANG OIM terkini pun nampaknya macam ada seorang yang dr keluarga macam ft kelihatannye ye... hmm...
|
najwa_adila
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.07.2005 Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah
|
Posting pada: 29-01-08 13:43
topik ni dah ada..da kena kunci pun..bagaimana boleh ada lagi..pihak admin terlepas pandang ke? sila ke halaman ini ----------------- Tiada Aku Tanpa-Mu...
|
aL-azyM
WARGA SETIA Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9
|
Posting pada: 29-01-08 13:51
Salam.. Nak tanya.. -berapa ramai artis yang berguna & boleh dijadikan contoh kepada masyarakat? -Berapa banyak rancangan2 di Malaysia ini yang mampu melahirkan masyarakat2 yang berguna?
|
pemburupokok
WARGA SETIA Menyertai: 07.08.2007 Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok
|
Posting pada: 29-01-08 15:58
Pada 29-01-08 13:51 , aL-azyM posting:!!! QUOTE !!! Salam.. Nak tanya.. -berapa ramai artis yang berguna & boleh dijadikan contoh kepada masyarakat? -Berapa banyak rancangan2 di Malaysia ini yang mampu melahirkan masyarakat2 yang berguna? JAWAPAN: -TIADA -TIADA ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok
|
Salamat
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.08.2007 Ahli No: 30825
Posting: 91
|
Posting pada: 29-01-08 16:03
 ... Tapi ramai artis wanita dedah aurat... tak kecoh pun... Tak paham lansung...  ----------------- salamatsabtu.blogspot.com
|
Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.12.2006 Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur
|
Posting pada: 29-01-08 17:27
Pada 29-01-08 15:58 , pemburupokok posting:!!! QUOTE !!! Pada 29-01-08 13:51 , aL-azyM posting:!!! QUOTE !!! Salam.. Nak tanya.. -berapa ramai artis yang berguna & boleh dijadikan contoh kepada masyarakat? -Berapa banyak rancangan2 di Malaysia ini yang mampu melahirkan masyarakat2 yang berguna?
JAWAPAN: -TIADA -TIADA
- Bukan tiada, tak ramai. Artis seperti Akhil Hayy, Hijjaz, Rabbani, Azmil Mustafa, itu yang nampak berguna dan boleh jadi contoh kepada masyarakat. - Bukan tiada, tak banyak. Rancangan Usrah TV9 oleh Fatmah El-Zahrah bagus, tapi time Muslimin solat Jumaat, mungkin sasaran penonton Muslimat. Dia baca tafsir surah, ada buat di rumah2 menteri. ----------------- Bhinneka Tunggal Ika Mari Klik http://preview.tinyurl.com/2ckx3e
|
Administrator


|
Posting pada: 29-01-08 18:22
Pada 29-01-08 13:43 , najwa_adila posting:!!! QUOTE !!! topik ni dah ada..da kena kunci pun..bagaimana boleh ada lagi..pihak admin terlepas pandang ke?
sila ke halaman ini
Perlukah pihak admin sentiasa memandang ribuan topik di sini?
Quote
|
humyra_mz
Warga 1 Bintang Menyertai: 02.02.2007 Ahli No: 28525
Posting: 36
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 29-01-08 18:44
ehm.. agak panas topik ni.. tapi sebagai pendapat indvdu.. memang saya tak setuju dengan faizal tahir.. ustaz akhil hayy pun pernah mngulas tentang psoalan dmna pnynyi nasyid beralih ke pyanyi rock.. tapi masa 2 ustz akhil hayy xthu siapa orgny.. sekarang ni.. ramai yang thu mngenai ini.. wlau apapun alsan faizal.. tapi memang dye pernah brada dalam industri nasyid.. dan klakuan dye kini sedikit sbanyak boleh mnjejaskan imej nasyid di Malaysia.. skurang2 nya.. dengan tguran2 dr rakyat Malaysa yang prihatin mungkin mampu mnyedarkan faizal akan krugian dye sekarang. dengan tidak mnokong ksalahan faizal, mungkin itu lebih baik.. wallahualam.. -----------------  maAsSaLamaH...{^.^}
|
khairani
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.01.2008 Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan
|
Posting pada: 29-01-08 18:53
semua artis kena jaga imej tak kira artis nasyid ke atau artis biasa.tapi sewjarnya artis nasyid yang perlu juga imej islamik.kalau tak kisah pasal imej jangan jadi artis,artis ni jadi public figure.orang ramai kerap jadikan artis sebagai contoh mereka.ini semua orang tak patut nafi...
|
pemburupokok
WARGA SETIA Menyertai: 07.08.2007 Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok
|
Posting pada: 29-01-08 21:20
Pada 29-01-08 17:27 , Al-Sembi9an posting:!!! QUOTE !!! - Bukan tiada, tak ramai. Artis seperti Akhil Hayy, Hijjaz, Rabbani, Azmil Mustafa, itu yang nampak berguna dan boleh jadi contoh kepada masyarakat.
- Bukan tiada, tak banyak. Rancangan Usrah TV9 oleh Fatmah El-Zahrah bagus, tapi time Muslimin solat Jumaat, mungkin sasaran penonton Muslimat. Dia baca tafsir surah, ada buat di rumah2 menteri.
BETUL ke mereka BOLEH JADI CONTOH KEPADA MASYARAKAT?? APA BUKTINYA??? AKU DENGAR KUMPULAN RABBANI, HIJJAZ, RAIHAN SETIAP PERSEMBAHANNYA KENA BAYAR BERIBU-RIBU RINGGIT... ITU CONTOH KEPADA MASYARAKAT ke MACAM TU???  ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok
|
ghazi
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang
|
Posting pada: 29-01-08 21:36
Salam, kita terlalu fokus kepada peristiwa Faizal membuka baju. Tapi Kenapa tak persoalkan tentang konsert tersebut? Ada asingkan lelaki-perempuan? Ada hiburan berlebihan? Membuka baju menyalahi norma masyarakat dan kesopanan di khalayak, tapi dia masih tutup aurat lagi kan? (walaupun gambar dalam paper tunjuk dia dah buka tali pinggang...) Tapi terlibat dalam konsert yang belum tentu bebas maksiat tu, tentu lebih berat hukumnya...
|
khairani
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.01.2008 Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan
|
Posting pada: 29-01-08 22:15
gelagat artis barat yang suka buka baju dan tak pakai baju.ada lagi teruk yang sampai buka seluar.takkan bila artis buka seluar baru nak bising.kita ni orang melayu kaya dengan adat dan budaya yang baik.tambah pula kita ni orang ISLAM.kalau orang dulu macam tun perak,dato' maharajalela,laksamana hang tuah tengok gelagat tu,tentu mereka naik berang.penyanyi tugasnya menyanyi.jangan pula buat kerja tak senonoh.kawal diri tu.sapa ikut persaan sebenar ikut setan.perlu diingat,yang tengok gelagat dia bukan saja orang2 biasa tapi professor,doktor,wakil rakyat,hatta buadak sekolah.tak malu ke.orang yang tak sensitif perkara ni memang mindanya belum merdeka dan terjajah dengan pemikiran barat.
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 29-01-08 22:25
Pada 29-01-08 21:36 , ghazi posting:!!! QUOTE !!! Salam, kita terlalu fokus kepada peristiwa Faizal membuka baju. Tapi Kenapa tak persoalkan tentang konsert tersebut? Ada asingkan lelaki-perempuan? Ada hiburan berlebihan? Membuka baju menyalahi norma masyarakat dan kesopanan di khalayak, tapi dia masih tutup aurat lagi kan? (walaupun gambar dalam paper tunjuk dia dah buka tali pinggang...)
Tapi terlibat dalam konsert yang belum tentu bebas maksiat tu, tentu lebih berat hukumnya... Sokong semua kecuali satu... "tapi dia masih tutup aurat lagi kan? (walaupun gambar dalam paper tunjuk dia dah buka tali pinggang...)" er..bukan nampak pusat ke?
Quote
|
farouks
WARGA SETIA Menyertai: 27.05.2007 Ahli No: 30061
Posting: 433
|
Posting pada: 29-01-08 23:10
pada saya sama saja, tengok saja juara2 lagu.... semua artis termasu penasyid turut menghadiri majlis maksiat tu.. sepatutnya mereka mencegah bukan menggalak... malah kedatangan mereka malah menyukakan pihak2 sekuler sebab menutup kemaksiatan yang mereka lakukan.... sebab dihadiri oleh orang2 yang berkopiah or bersongkok!!!!
|
muslimah89
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.12.2005 Ahli No: 21194
Posting: 42
Dari: a.keroh, melaka
|
Posting pada: 30-01-08 00:58
ada betulnye kata nurulislamiafiqah..tapi bukan semua lah..memang pun, Kenapa yang prempuan dok dedah baju tapi tak dikenakan tindakan,tapi laki buka baju kena..dari situ kita boleh nampak ada yang tak puas hati.. yang tak betulnya, faizal tu dah dikenali sebagai ahli nasyid mirwana. tak boleh nak salahkan peminat terutama peminat nasyid yang memng membantah keluar dari area nasyid. bukan semua orang tahu yang faizal masuk mirwana sebab kawan-kawan dia..sewaktu dia sebagai artis nasyid, ada antara peminatnya jadikan dia sebagai contoh atau mungkin sebagai sumber inspirasi. tapi apabila dia keluar dari mirwana, dan melangkah ke bidang seni luar daripada nasyid, akan mula ada tanggapan serong terhadap dia. kita tahu yang nasyid ni membawa kepada saluran yang boleh mendidik jiwa atau sebagainya..berbeza dengan ruang seni diluarnya(kebanyakkannya walaupun tak semua). jadi, bila dia yang berperanan sebagai sumber inspirasi kepada peminat buka baju sewaktu persembahan, sudah tentu ada yang terkejut dan pelik dengan perubahan yang ditunjukkan oleh beliau dari artis nasyid kepada seni yang diminatinya. di sini orang luar mungkin juga meletakkan pandangan serong terhadap artis nasyid yang lain. kerana nila setitik rosak susu sebelanga kata pepatah.. jadi kat sini tak boleh nak pertikaikan siapa yang benar atau salah. yang pastinya janganlah kita sebagai peminat sama ada peminat nasyid mahupun faizal itu sendiri terlalu fanatik yang akhirnya boleh membawa kepada fitnah atau sebagainya...
|
cucu
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.07.2004 Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah
|
Posting pada: 30-01-08 07:06
Pada 29-01-08 21:20 , pemburupokok posting:!!! QUOTE !!! Pada 29-01-08 17:27 , Al-Sembi9an posting:!!! QUOTE !!! - Bukan tiada, tak ramai. Artis seperti Akhil Hayy, Hijjaz, Rabbani, Azmil Mustafa, itu yang nampak berguna dan boleh jadi contoh kepada masyarakat.
- Bukan tiada, tak banyak. Rancangan Usrah TV9 oleh Fatmah El-Zahrah bagus, tapi time Muslimin solat Jumaat, mungkin sasaran penonton Muslimat. Dia baca tafsir surah, ada buat di rumah2 menteri.
BETUL ke mereka BOLEH JADI CONTOH KEPADA MASYARAKAT?? APA BUKTINYA??? AKU DENGAR KUMPULAN RABBANI, HIJJAZ, RAIHAN SETIAP PERSEMBAHANNYA KENA BAYAR BERIBU-RIBU RINGGIT... ITU CONTOH KEPADA MASYARAKAT ke MACAM TU???

mereka cari rezeki dengan cara itu. salah ke?
|
khairani
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.01.2008 Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan
|
Posting pada: 30-01-08 09:52
dato sti dan mawi di bayar puluhan ribu untuk sekali show.mawi dapat pelbagai hadiah daripada penaja.aset dia pun dah berjuta-juta.kalau artis nasyid pun dapat macam tu,alhamdulillah,kita tumpang gembira dan terus bagi sokongan...
|
khairani
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.01.2008 Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan
|
Posting pada: 30-01-08 09:52
dato sti dan mawi di bayar puluhan ribu untuk sekali show.mawi dapat pelbagai hadiah daripada penaja.aset dia pun dah berjuta-juta.kalau artis nasyid pun dapat macam tu,alhamdulillah,kita tumpang gembira dan terus bagi sokongan...
|
khairani
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.01.2008 Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan
|
Posting pada: 30-01-08 09:58
tak salah pergi ketempat maksiat jika dengan tujuan baik.contohnya, pemimpin gerakan ikhwanul mulimin,assyahid hassan al banna juga masuk ke disko untuk berdakwah.beliau sering meembri tazkirah di disko sekitar mesir.hasilnya lahirlah gerakan perjuangan islam yang dihormati di mesir.
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 30-01-08 10:24
ada yang lagi besar dari isu faizal tahir ni, (pinjam ayat Dr Lo'lo' Ghazali)
|
hanafirazali
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak
|
Posting pada: 30-01-08 15:31
Pada 30-01-08 10:24 , imtihan_insyirah posting:!!! QUOTE !!! ada yang lagi besar dari isu faizal tahir ni, (pinjam ayat Dr Lo'lo' Ghazali) setuju... setuju... jom kita fikirkan apa masalah yang lagi besar dari ni...javascript:%20x() ----------------- moga hidupmu bersinar dengan keimanan, matamu bersinar dengan ketaqwaan, menggunung dengan keikhlasan, hatimu terhibur dengan kalimah Tuhan...
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 30-01-08 15:46
walaupun ada maslah lagi besar. tapi
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 30-01-08 15:50
Pada 30-01-08 15:46 , muslimin23 posting:!!! QUOTE !!! walaupun ada maslah lagi besar. tapi apa yang tapi? sila habiskan ayat.....  ----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME
|
Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.12.2006 Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur
|
Posting pada: 30-01-08 22:06
Pada 29-01-08 21:20 , pemburupokok posting:!!! QUOTE !!! Pada 29-01-08 17:27 , Al-Sembi9an posting:!!! QUOTE !!! - Bukan tiada, tak ramai. Artis seperti Akhil Hayy, Hijjaz, Rabbani, Azmil Mustafa, itu yang nampak berguna dan boleh jadi contoh kepada masyarakat.
- Bukan tiada, tak banyak. Rancangan Usrah TV9 oleh Fatmah El-Zahrah bagus, tapi time Muslimin solat Jumaat, mungkin sasaran penonton Muslimat. Dia baca tafsir surah, ada buat di rumah2 menteri.
BETUL ke mereka BOLEH JADI CONTOH KEPADA MASYARAKAT?? APA BUKTINYA??? AKU DENGAR KUMPULAN RABBANI, HIJJAZ, RAIHAN SETIAP PERSEMBAHANNYA KENA BAYAR BERIBU-RIBU RINGGIT... ITU CONTOH KEPADA MASYARAKAT ke MACAM TU???

Buktinya? Mereka menyeru kepada makruf melalui lirik dan nasyid yang mereka lagukan. Itu bolehle kita kiaskan amru makruf bil lisan, wa nahyu mungkar bil lisan....
Takdenya salah bayar ribu-ribu, engineer pun dibayar ribu-ribu, arkitek pun dibayar ribu-ribu, tebang pokok jadi kayu balak itu pun ribu-ribu juta ringgit...
Kenapa? Iri hati ke?
----------------- Bhinneka Tunggal Ika Mari Klik http://preview.tinyurl.com/2ckx3e
|
khairani
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.01.2008 Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan
|
Posting pada: 30-01-08 22:25
maksud sabda rasulullah SAW : "jangan kamu berhasad kecuali dalam 2 keadaan; (pertama) seorang lelaki yang dikurniakan Allah harta yang bnayak lalu dia infqkan harta itu pada jalan Allah, (dan kedua) seorang lelaki yang dikurniakan ilmu, lalu di ajrakan ilmunya itu untuk manfaat orang ramai." dan sabda baginda SAW lagi: " jangan kamu berhasad kerana hasad itu merosakkan amalan kamu sepertimana api yang memakan kayu yag kering."
|
kedai_runcit
Warga Rasmi Menyertai: 15.01.2008 Ahli No: 32333
Posting: 3
Dari: temerloh
|
Posting pada: 30-01-08 22:25
kat kedai saya tak jual kaset...
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 31-01-08 07:43
assalamualaikum, bab Faizal tahir buka baju, kawe tak hairan sebab dia still pakai seluar.. Rosmah yang berlaga pipi dengan salman khan, arjun pampal..di genting hari tu, tak diambil tindakan pun. disko, kilang arak tak di ambil tindakan pun... apa lah yang besar tak nampak... Rasuah yang mudaratnya lebih besar kepada rakyat negara ni, boleh terlepas... sebab tak ada bukti...nak bukti, nanti ambil bukti dengan mungkar nangkir di alam barzarkh...siap dengan jelas, tangan jadi saksi, anggota tubuh jadi saksi atas kesalahan rasuah, menfitnah, menipu, mengumpat, hasad dengki, sum'ah,riak...semua akan dibuktikan oleh Allah... bab Faizal tahir tu fikir ana tak mudaratkan rakyat negara ni ... yang mudarat rakyat negara ini ialah dosa rasuah, pecah amanah, menipu masa pilihanraya....
|
Asward_hafiz
WARGA SETIA Menyertai: 02.05.2004 Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang
|
Posting pada: 31-01-08 10:17
Pada 31-01-08 07:43 , Saifuddin posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum, bab Faizal tahir buka baju, kawe tak hairan sebab dia still pakai seluar.. Rosmah yang berlaga pipi dengan salman khan, arjun pampal..di genting hari tu, tak diambil tindakan pun. disko, kilang arak tak di ambil tindakan pun...
apa lah yang besar tak nampak...
Rasuah yang mudaratnya lebih besar kepada rakyat negara ni, boleh terlepas... sebab tak ada bukti...nak bukti, nanti ambil bukti dengan mungkar nangkir di alam barzarkh...siap dengan jelas, tangan jadi saksi, anggota tubuh jadi saksi atas kesalahan rasuah, menfitnah, menipu, mengumpat, hasad dengki, sum'ah,riak...semua akan dibuktikan oleh Allah... bab Faizal tahir tu fikir ana tak mudaratkan rakyat negara ni ...
yang mudarat rakyat negara ini ialah dosa rasuah, pecah amanah, menipu masa pilihanraya.... emm...betul jugak tu..tapikan faizal tahir tu buka baju sebenar nya masalah tu dah besar dah sebenarnya...walaupun ia still pakai seluar...tentang salman khan tu..tak ada orang nak ambik tindakan tu sebab kita sendiri yang tak ambik tindakan...yang kecik ni lah kena banteras dulu sebelum ianya jadi besar...contohnya pepatah bercakap bohong lama lama jadi pencuri...berbohong tu apalah sangat kan tapi ia tetap akan membawa perkara yang besar pada kemudian hari seperti mencuri...  -----------------
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 31-01-08 11:57
Pada 30-01-08 15:50 , imtihan_insyirah posting:!!! QUOTE !!! Pada 30-01-08 15:46 , muslimin23 posting:!!! QUOTE !!! walaupun ada maslah lagi besar. tapi
apa yang tapi? sila habiskan ayat..... 
walaupun ada masalah lagi besar tetapi hall yang disangka kecil ni jangan lah tidak terus diampil peduli...ia akan menjadi lebih besar sekaranya kalau kita tidak tangani secara serius..mungkin yang pertama..dan tidak mustahil akan datang yang ke dua pula...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 31-01-08 14:12
bior dia lah nak buat apa... dah hak dia...
|
najwa_adila
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.07.2005 Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah
|
Posting pada: 31-01-08 14:19
Pada 31-01-08 14:12 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! bior dia lah nak buat apa... dah hak dia... betul..betul..saya setuju (maksudnya hak dia dengan Tuhan kan, sebab dia dah mohon maaf pada manusia) cukupla 'depa-depa' yang brkenaan saja dah 'komen-pomen' tak payah lah sahabat ukhwah pun nak ikut sama..bukan nak kata tak payah 'sensitip' dengan hal-hal begini..tapi 'kawan' tu dah memohon maaf pun..kalau kita kat sini pun tak habis-habis nak kutuk lah nak komen lah nak panjangkan isu ni lagi lah...apa bezanya kita ni dengan persatuan karyawan mereka diluar sana pulak..tak pun apa bezanya kita ni dengan ruangan sosek-sosek kat satu suratkhabar tu ye??? pihak bkenan pun da ambil tindakan..kita doakan saja bebaik untuk muslimin muslimat seluruhnya ----------------- Tiada Aku Tanpa-Mu...
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 31-01-08 15:43
sebenarnya memang 100% tak suka faisal tahir.. entahlah..bila tengok dia menyanti..ya ampun..OVER yang MELAMPAU!! p/s:hopfully kawnku yang da jadi rtis nasyid tu tak jadi macam dia ni..hMm
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 31-01-08 15:52
kita.....apakah kita telah menaikkan martabat manaÂČ bidang dalam Islam...... P/S : udehlah...hadui lah...dia dah minta maaf kan...yang lain, kita doakan dia berubah ke arah yang lebih baik...dan itu adalah urusan dia dengan Allah....janganlah mengkondem jeq...namun, apakah yang kita dah sumbangkan kepada dia mahupun Islam...kondem ni memang best kan...takutlah...sebab saya sendiri tak berapa baik...kalau tegur dia tak mengapalah..ini kita kondem...rasanya...bukan rasa...patutnya ni tak boleh berlaku....
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 01-02-08 09:47
mudah-mudahan Faizal Tahir jadi Insan yang baik...
|
khairani
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.01.2008 Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan
|
Posting pada: 01-02-08 16:11
boeh jamin ke faizal tak buka baju atas pentas lagi.jangan pisang berbuah dua kali dah...
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 01-02-08 16:16
Pada 31-01-08 15:43 , ummusafiah posting:!!! QUOTE !!! sebenarnya memang 100% tak suka faisal tahir.. entahlah..bila tengok dia menyanti..ya ampun..OVER yang MELAMPAU!!
p/s:hopfully kawnku yang da jadi rtis nasyid tu tak jadi macam dia ni..hMm urm.. ummu, adakah dia itu yang dimaksud kumpulan devotees? mohamad bin mohamad tawil? bb sekuliah dengannya.. huhu  ----------------- engkau selalu lupa sedang hatimu tetap lalai padahal umur kian tiada namun dosamu makin bertambah
|
beeman
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.02.2008 Ahli No: 32524
Posting: 116
Dari: atas pokok
|
Posting pada: 03-02-08 18:33
aku minat dengan faizal tahir tu esspecially ketika dia terlonjak2 atas pentas.macam kera kena belacan. bila dia menyanyi memang selalu over and over again. ish...kasihan betul aku kat dia. apa masalah problem dia ni.frust tak dapat jadi superman malaysia ke?? tunjuklah contoh baik sikit.aku pun selebrity juga tapi tak over.aku over dengan orang yang over saja...
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 04-02-08 08:09
assalamualaikum, buka baju...udah-mudahan dia Insaf... Kisah Insan Taubat... Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2098 Dari Abu hurairah .a katanya rasulullah saw. Pernah bercerita âPada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualamiâ lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya), dan diampuniNya dosanyaâ Para sahabat bertanya âYa Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?â Jawab rasulullah saw âMenyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),â Hadis sahih Muslim jilid 4 no hadis 2099 Dari Abu Hurairah .a katanya âRasulullah saw. Bercerita âPada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hamper mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu). Sahih Muslim jilid 1 Hadis 128 Jabir bin Abdullah .a mendengar Nabi saw. BersabdaâAkan senantiasa ada hingga hari Kiamat segolongan umatku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menangâ sementara itu nabi âIsa a.s akan turun ke tengah-tengah umat. Lalu pemimpin-pemimpin mereka berkata kepadanya: âSudilah Anda solat dan menjadi Imam (pemimpin) kami.â Jawab Nabi âIsa a.s ,âTidak, Masing-masing kamu boleh menjadi pemimpin bagi yang lain, selaku suatu kehormatan yang dilimpahkan Allah kepada ummat iniâ. maka Citakanlah untuk jadi mujahidiin yang dimaksudkan dalam hadis sahih Muslim no. 128 jilid 1 ini. ana juga berdoa Faizal tahir insaf...pandai-pandai jaga diri sebab dia dah ada basic...Islam...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 04-02-08 12:14
khairani..tiada siapa yang mampu menjamin bahawa faizal tahir tidak akan melakukannya lagi..tapi, bukan persoalan itu yang harus kita lontarkan..kerana ia kelihatannya sangat skeptikal dengan apa kenyataan yang anda luahkan di awal posting... bukankah ia kelihatan sepertinya kita masih bersangka buruk dengan dia...?? lebih manis kiranya kita mendoakan kepada dia agar dia berubah...ingatlah, manusia itu lemah dan tidak sempurna...kita pun kengkadang melakukan kesalahan...cuba anda berada dalam keadaan sepertinya..?? melakukan suatu kesalahan (ingat..manusia belum boleh menjamin dirinya daripada tidak melakukan kesalahan..)...kemudian, anda meminta maaf...dan ada suara sinis mengatakan kepada anda....'Boleh jamin ke awak takkan melakukannya lagi?? Jangan pisang berbuah dua kali dah...' apakah perasaan anda..... P/S : menilai diri sendiri melalui keadaan sekeliling..itulah yang dikatakan yang buruk dijadikan sempadan.....bukan dijadikan bualan dan hentaman....
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 04-02-08 13:55
faizal tahir?hmmm....dia ni tak best langsung..saya lebih berminat dengan saudara Yassin sulaiman...
|
niza_ati
WARGA SETIA Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor
|
Posting pada: 04-02-08 14:41
Lau tak salah ana...sebenarnya dulu dia ni join mirwana pun suka-suka saja.... sebab ada sekali tu kawan dia (dr kumpulan mirwana) minta tolong dia smthing...dan dia pun ada terdgr lagu nasyid..lepas itu dia kata "best jugak nasyid ni". Then dia join lah....ana tak tahu lah cerita betul ke tak. dia ni 2-sepupu pada kawan ana sebenarnya...waAllahualam -----------------  cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 04-02-08 15:10
Kita ni belum tentu lagi, bila diuji ramai peminat... Mudah-mudahan faizal tahir Insaf...doakan kebaikan kepada akhi fil Islam...lebih baik dari mengumpat kesilapan insan Muslim... Taubat Insan yang telah bunuh 99 orang ada dalam hadis 2372 jilid 4 Sahih Muslim, sila rujuk.... yang bunuh 99 orang lepas tu dia tambah seorang lagi yang kata kesat padanya... dah cukup 100 orang dibunuhnya, maka dia bertemu seorang pendita yang bil hikmah , lalu pendita beritahu masih berpeluang bertaubat, lalu dia pergi ke kampung muslim taqwa, tak sempat tiba ke kampung Insan taqwa dah diambil nyawa ..maka malaikat Rahmat nak bawa masuk Jannah, malaikat ....nak bawa masuk anNar, maka allah suruh ukur jarak Insan taubat dari kampung taqwa.. diukur dah hampir, maka akhirnya dengan RAHAMT Allah masuk jannah jua Insan Tauwabiin tersebut. maka the Moral, kita doakan faizal Tahir Insaf serta baikidiri.ISLAH...
|
syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.06.2003 Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia
|
Posting pada: 04-02-08 15:35
ana pun terasa kecewa dengan faizal tahir tu dia menjatuhkan maruah dan imej sebagai penyanyi nasyid mungkin dia ingat bila dah keluar, dia boleh buat benda ikut suka hati dia saja ia boleh menjatuhkan maruah nasyid di negara kita kepada faizal tahir fikir-pikirkan ----------------- ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim layari http://ibnusyah.blogspot.
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 04-02-08 15:41
Sahabat , teman faizal tahir jika ada dalam laman ni, nasihatkanlah faizal tahir, saudara kita juga tu...
|
azzak
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2007 Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor
|
Posting pada: 04-02-08 15:54
bukan nak stereotype, tapi selagi dia m'libatkan diri dengan industri niat bukan kerana ALLAH, memang akan jadi macam ni.... jihad fi sabi LILLAH pun dah tersasar, jauh sama sekali... ...agamu, agamaku juga.
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 04-02-08 15:59
cuma ingat faizal masih saudara seISLAM kita. kalau nak kata hal tak baik Insan lain memang sedap...cuma lihat ahli bina badan pakai spenda saja... ngapa tak ada yang komplen... saya bukan nak bersetuju,, saya memang tak bersetuju. cuma seorang Insan itu mulanya hanyaut secara perlahan lahan, dari mula meringankan solat subuh,, lama-lama hanyut, kalaulah tiada teman tolong nasihat tazkirah/peringat, maka khuatir teman kita akan terus hanyut, tugas kita sama-sama nasihat...
|
senyumsokmo07
Warga Rasmi Menyertai: 24.01.2008 Ahli No: 32431
Posting: 6
Dari: Putrajaya/Puchong/Terengganu
|
Posting pada: 04-02-08 16:07
biarlah dia fikir apa yang dia lakukan selama ini... kita jangan lah memberi kritikan yang terlampau... sebaliknya sama-sama berdoa agar dia menjadi insan yang lebih baik daripada yang terbaik.. InsyAllah...
|
senyumsokmo07
Warga Rasmi Menyertai: 24.01.2008 Ahli No: 32431
Posting: 6
Dari: Putrajaya/Puchong/Terengganu
|
Posting pada: 05-02-08 09:49
setiap apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya.... InsyAllah, Allah Maha Pengampun jika dia ingin berubah.... Doa kita amatlah diperlukan juga....
|
senyumsokmo07
Warga Rasmi Menyertai: 24.01.2008 Ahli No: 32431
Posting: 6
Dari: Putrajaya/Puchong/Terengganu
|
Posting pada: 06-02-08 12:58
Nik Aziz sedia serah jawatan Menteri Besar? KOTA BHARU 5 Feb. â Seriuskah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyerahkan jawatan Menteri Besar Kelantan kepada orang lain jika Pas terus memerintah negeri ini selepas pilihan raya umum ke-12? Empat tahun lalu, setelah Pas berkuasa semula di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini pada pilihan raya umum 2004, ketika itu Nik Aziz mencetuskan teka-teki politik dengan meminta kepimpinan Pas negeri menamakan orang yang boleh menggantikannya sebagai Menteri Besar. Namun, tiada sebarang nama dikemukakan oleh para pemimpin Pas untuk menggantikan Nik Aziz mengetuai kerajaan Kelantan iaitu satu-satunya kerajaan negeri yang dikuasai Pas. ââSaya telah melakukan sebegitu sebelum ini, tetapi mereka tidak menamakan sesiapa dan meminta saya teruskan (menjadi Menteri Besar),ââ ujarnya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini hari ini. Pada sidang akhbar pagi ini, Nik Aziz, 77, yang pernah dimasukkan ke hospital kerana uzur membayangkan kesediaan untuk menyerahkan jawatan yang disandangnya sejak 1990 kepada penggantinya jika rakyat Kelantan terus memberi mandat kepada Pas memerintah Kelantan. Mursyidul Am Pas itu berkata, penggantinya nanti akan diputuskan oleh Badan Perhubungan Pas negeri. ââSelepas pilihan raya umum kelak, saya merancang memanggil semua (anggota Badan Perhubungan Pas) dan mereka boleh membuat undian secara sulit memilih siapa yang mereka hendak,ââ katanya. Bagaimanapun, persoalan yang timbul ialah siapakah yang layak menggantikan Nik Aziz untuk meneruskan peranan selaku pentadbir negeri dan pada masa yang sama bertindak sebagai pemimpin spiritual. Beberapa nama disebut-sebut sebagai calon penggantinya dengan kebanyakan ramalan tertumpu kepada Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, 49, yang juga anggota Exco kerajaan negeri. Selain itu, nama Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Pendidikan, Sains dan Teknologi, Nik Mohd. Amar Nik Abdullah, 44, seorang pemimpin muda berlatarbelakangkan agama, turut dikatakan boleh ditonjolkan untuk menjadi ketua kerajaan Pas di Kelantan. Desas-desus terbaru pula mengatakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar, 57, yang kini merupakan Ahli Parlimen Tumpat turut berminat dengan jawatan itu. Ada di kalangan pemimpin Pas sendiri berharap Nik Aziz akan menamakan lebih awal penggantinya sebelum Pas menghadapi pilihan raya umum ke-12 supaya parti itu akan kelihatan lebih mantap dari segi barisan pemimpin pelapis. Langkah itu dirasakan perlu memandangkan Nik Aziz telah berkuasa terlalu lama iaitu sejak 18 tahun lalu. Nik Aziz percaya kedudukannya sebagai Menteri Besar bukan satu persoalan besar kerana siapa yang menjadi penggantinya kelak tentu merupakan tokoh yang lebih baik. ââWaktu Datuk Asri Muda menjadi Menteri Besar kerajaan Pas, ada yang menganggap tiada Asri, tiada Pas. Tetapi Pas masih ada, saya pun begitu juga,ââ kata beliau. Asri, yang merupakan bekas Yang Dipertua Pas, menjadi Menteri Besar Kelantan antara tahun 1964 hingga 1972. Kata Nik Aziz: ââSaya akan tetap ada jika masih diperlukan (memimpin) dan kalau orang tidak lagi terima kerana saya sudah lama sangat, sudah tua, saya boleh berundur. ââTetapi saya yakin selepas saya, akan ada beberapa lagi âNik Azizâ yang lebih baik daripada saya.ââ Tidak sebagaimana Asri yang memilih laluan politik yang lebih dekat dengan nasionalisme, Nik Aziz pula menyifatkan penglibatannya dalam politik âsebagai satu ibadahâ. Politik, kepadanya, adalah satu tanggungjawab agama. ââSaya lelah tidak mengapa. Saya sudah lama berpolitik sejak 1967 dan mungkin tahun ini adalah penggal terakhir buat saya,ââ ujarnya. Nik Aziz yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan berpeluang menguasai semula Kelantan yang merupakan benteng terakhir Pas. ââTiada alasan bagi rakyat menolak kepimpinan Pas,ââ katanya. Menurut beliau, masyarakat pelbagai kaum di negeri ini hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera, manakala aspek kebajikan mereka terbela melalui program-program yang digerakkan oleh kerajaan negeri.
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 06-02-08 13:57
senyumsokmo jangan salah parking posting....  ni thread berkenaan faizal tahir..nanti kena tegur dengan admin nanti....
|
beeman
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.02.2008 Ahli No: 32524
Posting: 116
Dari: atas pokok
|
Posting pada: 09-02-08 23:11
beeman:ada sapa lagi nak jadi macam FT tak...
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 12-02-08 08:56
faizal tahir diuji ramai peminat wanita.... kita dalam ni belum diuji dengan peminat wanita... Hadis: Ujian yang paling hebat bagi Insan lelaki ialah godaan seorang wanita... nabi yusuf alihissalam antara nabi yang berjaya lepas ujian godaan wanita cantik, menarik, dengan RAHMAT Allah, semasa Nabi Muhammad naik ke langit semasa Israk wal Mi'raj, Nabi Muhammad bertemi Nabi Yusuf Di langit ke 6. Nabi Ibrahim di langit ke 7. Tinggi Martabat Nabi Yusuf... Godaan wanita cantik menarik ni adalah godaan yang paling hebat bagi Lelaki... Insan lelaki dalam ini , jangan kutuk sangat, anda tak tahu 10 tahun akan datang....Ujian akan terus ada selagi hidup di dunia, Bekal Taqwa adalan bekalan yang kuat untuk menuju jalan yang lurus. ayat 10 Surah al Kahfi: Rabbana aatina minladunka Rahmatan wa hayyi'lana min amrina RASADA. Ya Allah limpah kurniakan dari sisiMu akan RahmatMu kepada kami dan tunjuki kami dalam segala urusan kami akan jalan yang LURUS RASAD=LURUS. Khulafa' ArRasyidiin= Khalifah yang LURUS jalannya memimpin ummah menuju AKHIRAT untuk bertemu Allah di al Jannah. dengan bilangan wanita yang ramai di zaman ini. Bila wanita lebih banyak daripada pria/pemuda Hadis 965 sahih Muslim jilid 2 Dari Abu Musa .a dari Nabi saw. Sabdanya âKelak akan datang suatu masa di mana seorang lelaki berkeliling membawa emas/zahab untuk disedekahkannya, tetapi dia tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu. Akan terjadi pula kelak, seorang laki-laki direbuti oleh empat puluh wanita yang kesemuanya menginginkan lelaki itu untuk menjadi suaminya. Hal itu terjadi kerana jumlah lelaki jauh lebih sedikit daripada perempuanâ ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء "Sepeninggalanku nanti tiadalah ujian yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita." (hari Bukhari). Kalau hok tu : الراوي : أسامة بن زيد خلاصة الدرجة : صحيح المحدث : البخاري المصدر : الجامع الصحيح الصفحة أو الرقم : 5096 Secara ringkasnya : Hadis Usamah ini menjelaskan kepada kita tentang fitnah yang terbesar sekali ialah fitnah yang datangnya dari kaum wanita secara umumnya. Hal ini dibenarkan oleh firman Allah swt dalam surah Ali âImran ayat 14 : .............زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." Firman Allah swt di atas menunjukkan bahawa wanita adalah unsur pertama yang mendahului senarai nafsu dan keinginan manusia.Atau dalam erti kata lain , manusia akan tertarik dengan wanita dahulu daripada perkara lain.Manusia juga akan menjadi lemah serta tewas apabila berada disamping wanita. Disebutkan juga bahawa ketika mana Allah swt ingin menjadikan wanita (Hawa) , syaitan tersenyum gembira dengan kegembiraan yang teramat-amat sekali.Ini kerana ia akan menjadikan wanita sebagai senjata dan penghubung untuk menggoda umat manusia. Hal ini juga telah menyebabkan puak kuffar menjadikan wanita sebagai senjata utama untuk melemahkan umat Islam dengan cara menyeru dan menggalakkan mereka berhias cantik dan dengan lagak bangga dan sombongnya mempamerkan kecantikan tersebut kepada kaum lelaki , begitu juga dengan menggalakkan percampuran lelaki dan wanita dalam semua aktiviti dan aspek kehidupan , menjadikan wanita sebagai alat / bahan untuk mengiklankan sesuatu produk dan sebagainya.Ini kerana mereka (golongan kuffar) tahu , bahawa wanita adalah merupakan fitnah yang besar yang dilupakan oleh umat Islam pada masa ini. WA Rujukan: مجموع فتاوى ابن تيمية - (ج 6 / ص 110) عمدة القاري شرح صحيح البخاري- بدر الدين العيني الحنفي شرح رياض الصالحين- محمد بن صالح بن محمد العثيمين Bagi golongan wanita , janganlah bersedih hati atau merasa terhina dengan hadis yang Rasulullah saw yang sebutkan itu.Ini kerana kita semua sama ada lelaki atau perempuan adalah sama sahaja.Hanyalah amalan yang kita kerjakan sahaja yang membezakan kita antara satu sama lain disisi Allah swt , sebagaimana maksud firman Allah swt dalam surah al-hujurat ayat 13 : âWahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).â Dan juga firman-Nya dalam surah ali Imran , ayat 195 : "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang Yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan........." Kesimpulannya : siapa soleh / solehah......dialah yang paling dikasihi dan dimuliakan Allah swt sama ada didunia mahupun diakhirat....
|