Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 258
Ahli: 0
Jumlah: 258




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: KENANGAN CINTA MONYET


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» KENANGAN CINTA MONYET

Please Mendaftar To Post


Oleh KENANGAN CINTA MONYET

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-01-08 20:46


Andai aku cuba mengigati semula insane yang pernah hadir dalam hidupku pada zaman persekolahan..inilah orangnya iaitu seseorang yang bernama Mohd Fazrul bin Ibrahim.....

Kami sedarjah kelas 1A4 di SMKP, Setiu, Terengganu. Aku mula menyanyanginya kerana sikapnya yang buat hatiku tertarik. Dia mengejar aku di dalam kelas kerana dia mencuri nota bicara cinta. Dia mengugut aku untuk memberinya pada orang lain walhal dia hanya menyimpannya. Akhirnya aku putus asa untuk mendapatnya semula..sebab dia begitu berat untuk memberinya pada aku. Dia menghiasi zaman permulaan remajaku dengan saat-saat yang indah. Sikap cemburunya..sikap dia yang suka bercakap denganku..sikap dia yang sanggup bekorban untuk kawan-kawannya. Sikap dia yang suka pinjam pen aku..bila aku tidak bagi saja..mesti dia cakap ā€¯bawa pergi mekah ah..ā€¯ begitulah selalunya kata-kata yang dia berikan. Tapi akhirnya aku dapatkan balik nota cinta itu setelah minta tolong dari kawannya zul fadzli. Fazrul adalah ketua dalam geng-geng kumpulannya. Sebenarnya banyak yang aku tidak tahu tentang dia..tetapi akhirnya aku tahu dia ini rupa-rupanya seorang yang suka ponteng kelas, dan lumba motor..dan merokok.. macam samseng kampung lah. tapi aku tetap sayang dia. Aku memang suka pada dia. tapi aku perasan yang dia mula berubah sejak dia jatuh cinta dengan aku. Dia rupanya seorang yang boleh maju dalam pelajaran. yang aku ingat aku ini terror matematik..aku ajar dia hingga result dia boleh lebih tinggi dari aku. lepas itu aku suka cakap supaya dia buat rmbut belah..dan tak sangka dia ikut apa aku kata. boleh di katakan aku bersemangat datang ke kelas sebab dia. terasa lain sangat bila tak jumpa dia.

Dalam masa aku mempertimbangkan terima dia atau tidak aku dapat tahu yang fazrul ini rupa-rupanya dari keluarga agak berada orangnya. Aku tidak sangka begitu..aku ingat dia biasa-biasa macam aku juga. Aku rasa tertipu jugalah sebab dia kan selalu pinjam pen aku macam dia ini miskin. akhirnya memang betul lah..dia memang banyak pen dalam beg..saja dia pinjam dengan aku untuk bercakap dengan aku.

Suatu hari dia kirimkan surat cinta..semua sekali 3 pucuk surat. Entah Kenapa aku tidak terima dia..kalau tidak tentu aku pernah menjalani kehidupan seperti remaja lain. Aku dengar daripada kawan baik aku time tu yang dia lihat fazrul menangis setelah baca sepucuk surat. tentunya dari aku. pelajaran dia merosot...aku pula jumpa dia dari jauh sahaja. Aku hanya curi-curi lihat dia dari jauh dan aku yakin dia juga begitu. Tapi dia tidak berani lagi bercakap dengan aku seperti sebelumnya walhal kami adalah kawan. Mungkin dia malu sebab aku tolok cinta dia.

Bagi aku walau fazrul ini macam pelajar bermasalah tetapi aku lihat dia sebagai seseorang yang boleh di bentuk Aku yakin sangat yang dia ini baik orangnya. Aku dapat kenal hati dalamnya yang sebenarnya dan sebab itulah aku suka pada dia yang mungkin orang lain tidak kenal. Hingga pada usiaku 17 tahun. Aku masih setia menyanyanginya dalam diam. Tapi yang peliknya orang tak perasan yang kami mempunyai perasaan..tetapi orang menganggap aku bercinta dengan azmi padahal aku tidak pernah suka pun pada azmi. azmi hanyalah perasan seorang-seorang yang aku ni sayang pada dia. Dia salah faham bahawa kami bercinta walhal kami tidak pernah bercakap. memang pelik azmi ni..sampai pada usia aku 22 tahun, dia masih mencari aku kerana masih menyintai aku. Memang tidak pernah aku jumpa orang macam dia..tetapi tidaklah aku tunjuk pada dia supaya dia tidak terluka. Aku tolak cinta dia dengan baik. Aku tidak faham mengapa kehadiran aku begitu mendalam dalam hidupnya..apa yang pasti aku tidak menyimpan perasaan padanya. Aku hanya pernah menyanyangi seorang lelaki semasa zaman persekolahanku iaitu mohd fazrul ibrahim..

bukan aku dan fazrul tidak pernah terserempak lagi walaupun berlainan kelas hingga ke tingkatan 5..tapi entah Kenapa aku sendiri yang menjauh diri tanpa aku bermaksud begitu. Keadaan tidak pernah mengizinkan kami bersuara semula seperti dulu seolah-olah kami tidak pernah kenal. pelik sangat tetapi itulah yang terjadi. sekurang-kurangnya kami berdua memang saling menyayangi. Aku tahu azmi selalu bawa cerita yang kami bercinta hingga heboh satu sekolah. Aku pun tidak faham mengapa cerita itu keluar. bukan tiada perempuan lain yang minat dia..tetapi mengapa aku juga yang dia minat. macam-macam lah azmi ni..aku sangat tidak suka dia sebab kerana dia fazrul anggap kami betul-betul bercinta. semua itu tidak benar sama sekali. Aku pernah lihat azmi dan fazrul begitu rapat. apa yang azmi katakan pada fazrul sebenarnya. Aku tidak tahu apakah yang sebenarnya..aku tidak pernah tahu..yang pasti jelas dan terang aku tidak pernah jumpa fazrul lagi setelah tamat SPM. Aku tidak nampak dia semasa peperiksaan sebenar SPM. Setiap kali aku berjalan-jalan memang aku melilau mata mana tahu ternampak dia. Tapi dia tidak juga ada. Ambil peperiksaan SPM kah dia? Mungkin dia benar-benar putus asa dengan aku iyalah sebab sebelum itu aku terserempak dengan dia di stesen bas kampung buluh..dia dengan kawan-kawan. dia ternampak aku..aku cuba jalan perlahan-lahan tetapi kakida tarik tangan aku supaya jalan cepat. Aku tahu dia mencari aku..aku nampak dia naik motor melilau cari seseorang tetapi entahlah..dia telah berlalu. itulah kali terahir aku jumpa dia..

dan suatu hari selepas peperiksaan SPM.saya tidak berapa ingat sangat sama ada sebelum atau selepas SPM..tapi masa tu kakmah ajak saya pergi ke pantai bari. iyalah..kampung itu adalah kampung nenek dia..aku duduk di depan bersama kakmah..aku nampak kawan dia duduk di beranda rumah, yang aku tahu dia adalah salah seorang geng fazrul juga. Aku tahu dia perasan aku di situ pergi di pantai bari. Dalam perjalanan nak balik, rupa-rupanya fazrul dan kawan-kawannya dengan motor baru nak bergerak ke pantai bari. kami cuma berselisih. Aku tahu dia perasan kami satu kereta berselisih dengan dia. yang aku pasti kawan fazrul tu maklumkan fazrul yang aku berada di pantai bari time itu. tapi kami tidak sempat jumpa. Selepas itu kami tidak jumpa lagi.

aku tidak tahu apa cerita dia sekarang. Dia bukanlah budak baik yang orang akan ingat dan tercerita kisah dia pada aku..aku selalu juga borak-borak dengan kawan-kawan zaman sekolah tanya perkembangan budak-budak SMKP..tetapi biasanya tiada khabar tentang diri dia. Bagi aku tidak mungkin aku terima dia sekarang malahan aku tidak pernah kesal apa-apa. ia semua adalah kenangan cinta monyet. Kenangan terindah zaman remaja aku yang akan aku ingat selama-lamanya. Aku tidak boleh nak bayangkan apakah pekerjaan dia saat ini dengan ambil SPM atau tidak. Apa agaknya kerjaya dia sekarang? Berjayakah dia dalam hidupnya atau masih main-main macam dulu. Aku tahu kalau aku benar-benar bimbing dia dulu..tentu dia juga berjaya macam aku sekarang. Dia seorang yang boleh berjaya..dalam surat cinta diapun ada cakap nak study sama-sama dengan aku. entahlah..orang lain tidakkan terfikir yang aku pernah simpan perasaan pada lelaki itu pelajar yang bermasalah dan berada di kelas hujung itu. Walhal aku muncul sebagai pelajar terbaik sekolah dalam SPM. begitu jauh aku meninggalkan dia yang tidak pernah maju dalam pelajaran. Haruskah aku katakan pada dia bahawa aku mahu lihat dia berjaya dalam pelajarannya? begitulah yang aku mahu katakan pada dia jika kami bertemu lagi selepas ini. Aku tidak tahu apa tujuan dia pergi sekolah setelah kami berpisah? adakah demi untuk aku atau apa. Aku yakin kawan-kawan dia tahu dia simpan perasaan pada aku..beberapa tahun kami simpan perasaan itu tanpa dia tahu apa sebenarnya jawapan hati aku. Dan sekurang-kurangnya jika kami jumpa lagi dengan kehendakNya...aku mahu dia tahu bahawa aku juga pernah menyanyangi dia seperti mana dia menyayangiku. Aku tahu dia selalu dalam teka teki setiap kali dia tahu aku juga melihatnya dari jauh. tapi beginilah kisahku di zaman persekolahan. Suatu zaman yang terlalu banyak salah faham. Aku harap dia berjaya dalam hidupnya. Berusaha untuk maju dalam kerjaya yang terbaik. Aku harap dia tidak jadi kutu kampung seperti kebanyakan orang lain yang tidak melanjutkan pengajian. Aku mahu mengatakannya pada dia itulah harapanku pada dia..mahu lihat dia berjaya seperti aku juga...aku tidak tahu sama ada dia masih ingat lagi pada aku..tetapi aku amat yakin dia masih mengingatinya..

Aku tidak tahu jika dia masih di kampung itu atau berhijrah..entahlah..masa terlalu jauh berlalu. Dah hampir 5 tahun tidak tahu apa khabar berita..apa yang aku harap dia jadi lelaki dan bangsa yang berguna. Aku tidak mahu mengetahui berita tentangnya sebagai sampah mesyarakat. Aku mahu dia betul-betul berjaya..bukan untuk aku tetapi untuk dirinya sendiri. Aku yakin dia telah membawa perjalanan hidupnya dengan cara dia sendiri. Dia mungkin tidak pernah hidup susah macam aku..sebab itu bagi dia pelajaran tidak penting. tapi aku harus berjaya dalam pengajian dan mencapai cita-citaku..kerana inilah kehidupan yang aku jelas untuk merubah kehidupanku dan keluarga..Aku cuma anggap dia sebagai suatu kenangan..dan kini aku telah jauh melangkah maju dari dia. Aku juga hampir telah melupakan semua tentang dia, cuma hari ini aku cuba mengingat kembali memori lama tentang semalam. Sekadar untuk menulis suatu kisah yang mungkin suatu masa nanti aku terus lupakannya. Sekarang pada usiaku 23 tahun kini suatu usia yang dewasa dan tidak lagi remaja yang mentah seperti dulu..aku punya teman hidup impianku sendiri. seorang lelaki yang beriman, berakhlak mulia, matang, bekerjaya cemerlang, bertanggungjawab, ikhlas dan setia dan yang penting adalah seseorang yang benar-benar membuka semula ruang hatiku untuk menyayanginya dengan amat jujur. Aku amat pasti aku belum menemukannya..dan orangnya bukanlah fazrul, atau Eruan, atau sattar..terlalu mustahil. Bukan..dan aku harap aku tetap akan menemui teman hidup seperti impianku. seseorang yang boleh membimbingku dan membahagiakan hidupku.i

Dan ketahuilah fazrul, bahawa kita adalah seorang kawan. semoga awak berjaya dalam hidup awak.insyaAllah..Amin


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-01-08 21:14


kisah benar ke ni??? menarik juga cerpen ni.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-01-08 08:32


ini memang kisah benar..kisah saya sendiri..cuma nama saya ubah sikit.. sekadar kenangan, namun ia takkan memberi apa-apa makna yang penting. sebab kita harus berubah dan pandang ke depan..betul, kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 29-01-08 08:52


Assalamualaikum...sedih juga kisahnya...semoga anda tabah melaluinya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-01-08 09:27


kalau betul yang dialami penulis, patutnya dia post kat suara hati.. tapi apa-apa pun, best juga... :D terima kasih. semoga tabah melalui kehidupan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-01-08 18:14


:) thanks for the respond. hidup ini apabila sesuatu itu telah berlalu, terlalu mustahil untuk kembali pada waktu itu..

tapi adalah meneruskan. sesuatu yang dulu adalah dipenuhi ketidakpastian. insan boleh berubah dengan waktu..

kita juga menemukan seseorang yang kita tidak pasti. sebagai manusia yang lemah kita juga pernah buat kesilapan, menolak seseorang tanpa mengenali..
tetapi haruskah kita belajar menyesali..??

Sudah tentu tidak. mungkin Allah swt telah tetapkan begitu..

apa yang pasti esok pasti lebih baik. seseorang yang baik untuk seseorang yang baik juga. Allah swt telah tetapkan sesuatu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 13:26


Kehadiran syawal setahun lalu agak mengejutkan. Amirul datang beraya di rumahku. Aku tidak menduga dia datang beraya setelah lama kami membawa kehidupan masing-masing. Kira-kira 3 tahun lalu aku jumpa dia semasa di dalam kelas. Dia bersungguh-sungguh datang ke rumahku. Inilah kali pertama kawan lelaki datang beraya di rumah. Aku melayannya seperti tetamu lain.

Dia meluahkan segala-galanya kepadaku berkenaan setelah tamat SPM dia masuk bidang ketenteraan. Selama 3 tahun dia berhijrah tidak pulang ke rumah dan rumah pertama yang dia datang adalah di rumahku. Dia memberitahu aku betapa dia tidak pernah melupakan aku selama ini. Aku agak terkelu dengannya. Sekiranya aku pernah menyayanginya barangkali aku sangat bertuah untuk di sayangi sedemikian, tetapi aku tidak pernah menyanyangi Amirul. Malahan zaman remaja itu telah terlalu lama aku lupakan.

Kalaupun ada sekulumit perasaan sayang yang singgah di hatiku adalah kepada Fazrul iaitu insane yang juga aku tolak cintanya. Namun, kisah Fazrul juga telah lama terhapus dari ingatan aku. Aku hanya menumpukan pada perjuangan hidupku yang masih belum selesai. Pengajian dan cita-citaku yang aku dambakan selama ini. Aku menolak lelaki dalam hidupku demi cita-cita ini, malahan aku yakin bahawa belum masanya aku menerima seseorang. Aku tidak mahu melukai sesiapa. Lebih baik tidak pernah memberi harapan.

Aku jelaskan kepadanya bahawa aku sudah mempunyai seseorang yang aku sayangi sekarang iaitu sattar. Terlalu jauh untukku menerimanya malahan untuk menjelaskan siapa dia untukku. Aku mahu dia mengerti sendiri bahawa tidakkan ada sekulumit perasaan ini untuknya malahan adalah terlalu mustahil untukku menerimanya.

Aku menyakinkan dia bahawa aku bersyukur dengan apa yang aku capai kini dan aku minta dia menghargai apa yang dia miliki. Aku menjelaskan bahawa setiap orang telah di kurniakan rezeki masing-masing dan haruslah berusaha untuk membaiki kehidupan.
________________________________________________________________________
Kehadiran syawal kali ini Amirul menghubungiku berkali-kali. Cuma sekarang aku dapat menjawab panggilannya. Dia masih bercakap tentang harapan dan kisah lalu yang bagiku hanya satu kisah zaman remaja yang hapus. Aku jadi tidak pandai untuk mengatakan supaya lupakan kisah lama dan mulakan hidup baru kerana dia masih degil dengan perasaannya sendiri. Seolah tiada satu kata-kata aku yang dapat jelaskan supaya dia terima dan mengalah. Aku jelaskan bahawa aku masih setia kepada kekasihku, sattar. Walhal kisahku dan sattar telah lama berlalu. Aku tidak dapat menerimanya malahan tidakkan menerimanya walaupun dengan secebis rasa bersalah. Cinta bukanlah satu perasaan yang di paksa-paksa. Malahan aku tidak pernah bersedia untuk memikirkan soal cinta. Aku tidak mahu melukai sesiapa kerana aku yakin suatu masa akan ada seseorang yang baik untukku.

Perjuangan hidupku masih panjang. Aku tidak mahu memikirkan dan melibatkan diri dengan hal-hal yang tidak penting. Di akhir bicara Amirul mengatakan bahawa dia sudah bernikah dan bakal mempunyai anak pada December ini. Aku gembira mendengarkan ini. Dia mengatakan bahawa dia mengujiku sekiranya aku boleh menerimanya. Aku tidak mengerti apa maksudnya untuk jelaskan pernikahannya. Mungkin dia mahu mengatakan bahawa dia sangat bahagia. Dia masih mengatakan bahawa tidak pernah dapat melupakan aku tetapi aku jelaskan agar dia menghargai isterinya. Dia mengatakan bahawa inilah jalan terakhir baginya untuk melupakan aku dan jika dia tidak dapat dia akan terus berusaha memikat aku. Aku jelaskan bahawa apabila dia mempunyai anak, maka tanggungjawabnya akan secara automatic melahirkan kasih sayang. Aku benar-benar mahu dia melupakan kisah lama.

Satu kisah sebenar permulaan perkenalan aku dengan Amirol rupa-rupanya ada lagi hal yang tersembunyi. Setelah hampir 10 tahun, barulah aku tahu kisah sebenarnya. Rupa-rupanya lelaki yang membaling buku teks matematik bukanlah Amirol tetapi Afizi. Aku ingat lagi bahawa aku menangis teresak-esak mengadu ke bilik pengetua berkenaan Amirol membaling buku teks matematik. Amirol memberitahuku bahawa dia di rotan 10 kali oleh cikgu dan hampir di gantung belajar. Aku tidak pernah tahu tentang hal itu selama ini. Malahan yang mengejutkan lagi bahawa surat yang di letakkan di atas mejaku meminta maaf setelah 2 hari kejadian itu bukan di tulis oleh Amirol tetapi Afizi. Namun, permulaan persahabatan aku bermula selepas surat itu setelah aku menjawab surat itu mengatakan telah memaafkan. Aku tidak pernah menduga persahabatan itu di hidu oleh rakan sekelas lain dan sejak itu aku tidak berani lagi berhubung dengan Amirol. Ketika itu aku menganggap Amirol seperti abang angkat malahan itu juga perkara yang di bincang di dalam surat. Kejadian selepas itu aku di panggil cikgu bertanyakan hal ini tentang hubungan aku dengan Amirol. Amirol tidak mengaku di hadapan cikgu bahawa kami adalah adik dan abang angkat, dan selepas itu aku menangis lagi di dalam kelas. Fazrol memujukku supaya aku bersabar. Malahan sebenarnya aku mula menyanyangi Fazrol di sebabkan sikapnya yang jelas.

Aku menolak Fazrol demi tidak mahu dalam kamus hidupku wujudnya cinta monyet. Bagiku permulaan tingkatan 1 itu jelas memberi aku gambaran dan keyakinan bahawa cita-citaku yang lebih besar untuk menjejak kaki ke universiti. Aku meninggalkan Fazrol dan Amirol terlalu jauh dengan pencapaianku di dalam pelajaran. Daripada menjadi pelajar di kelas akhir di tingkatan satu hinggalah menjadi pelajar terbaik SPM di sekolah. Aku tidak pernah menyesali kisah zaman remajaku yang lalu malahan aku mahu meninggalkan zaman itu secepat mungkin demi cita-cita.

Aku jelas tidak menyesal dengan perjuangan hidupku malahan aku bersyukur kerana pendirian diriku yang jelas. Aku sedar jika waktu remaja itu aku lalai dengan zaman cinta monyet, mungkin aku tidak seperti aku hari ini. Biarpun kenangan itu masih di ingati, namun ianya satu kisah yang hapus. Aku benar-benar mendoakan Amirol bahagia di sisi isterinya dan anak yang bakal lahir. Aku benar-benar mahu dia membina hidup baru dan lupakan kisah lalu. Dan untuk Fazrol yang tidak pernah aku jumpa sejak 5 tahun lalu. Aku harap dia juga bahagia dan menjadi orang yang berguna.

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 13:46


panjangnyee...penat juga nak baca ni..
beselaa jodoh pertemuan di tangan Tuhan..

Kerja Tuhan Sapa Tau
-petikan dari novel tunggu teduh dulu
-karya faisal tehrani

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 08-10-08 15:43


Happy baca cerita ni .. Erm, Cinta zaman Sekolah Wawa dengan .. seorang lelaki brnama Mohd Khairul Fahmi B Haji Ali.. perkenalan Wawa dengan dia tercetus bila dia alami kcederaan d hari sukan dan Wawa pula AJK PBSM yang ditugaskn untuk merawat dia .. Sejak hari tu lah mula dok main-main mata, kebetulan kelas dia dekat dengan kelas Wawa..
Erm, dia ni sgt2lah.. 'seni' orgnya .. Surat2 yang dikirim cantik Ya Amat .. Erm, zaman dulu ..siapa dapat budak Handsome, bggalah sangat .. macam Wawa juga, dapat couple dengan dia.. Aduhai .. Bgga..! tapi hubungan jadi renggang sebab kawan baik Wawa suka kat dia juga .. memang ramai org suka kat dia sebab dia Handsome, Chinese Look, aktif dan tak sombong.. tapi bila dah libatkn kawan baik kita sendiri... Hm, better Wawa beralah .. Erm.. tapi tu lah, walaupun clash dengan dia, Wawa difahamkan oleh dia...yang dia belum lagi ada steady gf .. Apapun, hubungan kami tetap brterusan sebagai kawan baik.. :-)
Nak diceritakan, Ahad ni dia nak datang beraya d rumah .. Best juga bila kami kenang dulu zaman brcinta dulu.. rasa macam nak on balik saja ... tapi ..... .. .. Wasalam :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 10:56


tapi...apa wawa? :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 10:57


Pada 09-10-08 10:56 , NurArisha posting:

!!! QUOTE !!!

tapi...apa wawa? :)


cerita wawa ni ada contiue ek
tak mengapa saya tgguuu

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

nithtah_hujannah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.08.2008
Ahli No: 34427
Posting: 89
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-10-08 13:20


smekom..
citeni lebih kurang dengan cerita kitela...huhuhu..
memang bertemu semula.. tapi semangat untuk memiliki kita dengan cara yang betul (mengikut hukum syarak) tak berapa pasti lagi..
mudah-mudahan dibukakan pintu hati ini untuk mengetahui kebenaran..
dan moga dibukakan hatinya sekali untuk kembali ke jalan yang benar..
aminn..


Ya allah.. izinkan hatiku untuk merasai kasih sayang mu.. dan biarkanlah hati ini menyayangimu lebih dari segalanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nithtah_hujannahProfil   Hantar PM kepada nithtah_hujannah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 10-10-08 14:43


/

cinta monyet tu bercinta dengan monyet ke? eeei.... tak best lah nak bercinta dengan monyet ni. Ke cinta antara monyet "Oh dinda. Aku cinta padamu"


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-08 16:28


semua jodoh ditgn tuhan......:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 10-10-08 16:46


tapi .. tak hendak lah .. Better kami brkawan,.. :-D Wawa seriiik sangat-sangat nak brcinta,,.. prasaan yang Wawa alami sesuai d luahkan dengan lagu 'Demi Cinta Suci' .. Hheheh :-) tapi .. Wawa tak ada ar alim .. dan islamic sangat .. Err .. Hm.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

panglima_azam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.09.2008
Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan

Kedah  


posticon Posting pada: 10-10-08 17:25


salam...

cinta monyet ini bukan ke maksudnya cinta masa di alam persekolahan...

daeng..., sapo lah nak bercinto dengan monyet pula ini....hehe

kisah cinta ini macam boleh buat filem pula kan....hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_azamProfil   Hantar PM kepada panglima_azam   Quote dan BalasQuote

panglima_azam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.09.2008
Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan

Kedah  


posticon Posting pada: 10-10-08 17:25


salam...

cinta monyet ini bukan ke maksudnya cinta masa di alam persekolahan...

daeng..., sapo lah nak bercinto dengan monyet pula ini....hehe

kisah cinta ini macam boleh buat filem pula kan....hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_azamProfil   Hantar PM kepada panglima_azam   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-10-08 17:37


saya tak pernah cinta monyet... all my love is real and realitik..even during alam sekolah dulu...but kita merancang Allah yang tentukan .that all

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

miss_nuyu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.09.2008
Ahli No: 35045
Posting: 80
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-10-08 13:13


cinta monyet masa sekolah best tau..
tapi alhamdulilah...tak kekal..hehe
yang pasti,cinta sejati pasti datang..
syukur sangat-sangat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_nuyuProfil   Hantar PM kepada miss_nuyu   Quote dan BalasQuote

nur_kamila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.10.2008
Ahli No: 35250
Posting: 62
Dari: kemaman

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-10-08 13:43


HEHEHE....CINTA MONYET..mana BERCINTA dan MONYET K MANUSIA ..WAKPE ia dipangil cinta monyet...erk ....hehehehe...wakpe tak ada cinta rama2..k ...kuda..k kambing k.....tapi wakpe nok monye juga hehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_kamilaProfil   Hantar PM kepada nur_kamila   Quote dan BalasQuote

muslimahkusza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-10-08 11:38


monyet dan manusia kan serasi..cuba tengok tuan monyet dan monyet masa panjat pokok kelapa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahkuszaProfil   Hantar PM kepada muslimahkusza   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-10-08 13:03


sekadar berkongsi cerita..:-)
saya pernah mengalami perkara yang sama..
tapi saya tak pernah layan dia..
lima tahun terputus hubungan..masa tu terpikir jugak..macam mana dia sekarang..:-?
akhirnya kami bertemu kembali..dan menjadi kawan baik sekarang..
semoga jallinan ukhwah antara kami..berada di dalam keredhaanNya..:welcome::bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-10-08 10:39


Ramai juga yang ada pengalaman cinta zaman sekolah ek? masa berlalu hingga tak sedar hampir 6 tahun tinggalkan alam persekolahan..

Apa yang pasti, saya ada kehidupan sendiri. Kata orang kenangan zaman budak-budak ni boleh buat kita senyum sendiri. :)

Cinta yang perlu kita cari adalah yang realistik..bermatlamat jelas..bak kata zulman.

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 14-10-08 11:33


Bismillahhirrahmanirrahim..

erm,dalam hidup ana tak ada istilah cinta monyet sebab setiap kali ana menyayangi hanya satu niat di hati..iaitu untuk bersamanya susah senang dalam ikatan yang sah..tapi Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba2Nya,insyaAllah..


-----------------
"Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-


Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

nurzakiah
Warga Rasmi
Menyertai: 06.10.2008
Ahli No: 35252
Posting: 13
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-10-08 12:42


Kenapa org guna ayat 'cinta monyet' untuk cinta dalam persekolahan ni???

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzakiahProfil   Hantar PM kepada nurzakiah   Quote dan BalasQuote

fhr_ms
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.09.2008
Ahli No: 34758
Posting: 74
Dari: JOHOR

Johor  


posticon Posting pada: 28-10-08 10:18


Pada 14-10-08 12:42 , nurzakiah posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa org guna ayat 'cinta monyet' untuk cinta dalam persekolahan ni???


Kenapa org guna ayat 'cinta monyet'???
entah lah nurzakiah..
hehe..


-----------------
DIA sentiasa bersama dirimu..('',)


Bookmark and Share

    


  Member Information For fhr_msProfil   Hantar PM kepada fhr_ms   Quote dan BalasQuote

fhr_ms
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.09.2008
Ahli No: 34758
Posting: 74
Dari: JOHOR

Johor  


posticon Posting pada: 28-10-08 10:26


hehe.. saya pun nak cerita tentang cinta monyet ni.. zaman2 sekolah rendah dulu.. sekitar 1997.. tapi yang bezanya, saya tak layan si dia ni.. namanya.. MOHD HAFIZ BIN MIHAD.. saya satu kelas dengan dia.. tiap-tiap hujung minggu, mesti dia mengayuh basikal ke kawasan perumahan rumah saya.. hehe.. dalam masa yang sama, ayahnya berkerja satu bumbung dengan ayah saya.. tapi, ketika tu, saya tau dia memang suka saya, dari kelakuan dia, cara dia & sgala2nya.. hah.. dia pernah bagi saya sepucuk surat.. dia cakap "saya suka awak".. ada bunga kertas sekali.. hehe.. saya tak layan dia.. sebab masa tu, apa yang dalam fikiran saya, PELAJARAN.. hehe..

nak dijadikan cerita, baru-baru ni, bulan ramadhan yang lepas, saya berbelanja bersama mak saya di sebuah pasaraya.. tiba-tiba ketika memilih ikan, saya ternampak dia.. tapi, ketika tu, dia sedang membantu seorang perempuan yang sedang membeli ayam.. saya agak, perempuan itu, sebaya dengan saya.. cantik.. hehe.. kemudian, saya tengok mereka jalan beriringan.. mungkin itu kekasih dia.. atau tunang dia.. ataupun isteri dia.. saya nampak dia bahagia..

bila saya tengok mereka berdua, saya tersenyum.. di dalam hati, saya doakan moga dia berbahgia bersama pasangannya..=)


-----------------
DIA sentiasa bersama dirimu..('',)


Bookmark and Share

    


  Member Information For fhr_msProfil   Hantar PM kepada fhr_ms   Quote dan BalasQuote

fhr_ms
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.09.2008
Ahli No: 34758
Posting: 74
Dari: JOHOR

Johor  


posticon Posting pada: 30-10-08 08:42


bila teringat zaman2 sekolah dulu, :berfikir:
ehm.. kelakar.. :lol:


-----------------
DIA sentiasa bersama dirimu..('',)


Bookmark and Share

    


  Member Information For fhr_msProfil   Hantar PM kepada fhr_ms   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 30-10-08 10:33


Ha .. masa Wawa sekolah asrama dulu, Wawa pernah tembak seorang pelajar lelaki yang bercinta dengan Wawa dari tingkat atas guna pistol air .. Asalnya Wawa dan kawan-kawan nak siram dia dengan air tapi .. macam worst pula kan?? So .. Wawa pun tembak lah dia dengan pistol air masa dia dan kawan-kawan dia Nak pergi Dewan makan .. Habis basah baju dia.. Tergelak2 kami semua bila dengar suara dia "Eh, air apa ni??".. Hm .. His Deserved 4 it..!! Ada ke patut, bila surat kami dah terkantoi dengan Penjaga Asrama dia boleh cakap "Saya putus hubungan dengan dia" .. Hm .. tak sejati langsung .. memang cinta monyet sungguh .. dah terkantoi, boleh 'lompat' kat pokok lain .. Marah lah ni .. :-( hm .. Apapun.. to Faiz, Sorry 4 everything .. Heheheh :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-10-08 10:50


actually pada saya tak monyet sangat lah..sebab dulu susah sangat nak suka kat org ni...

pernah but konspirasi kidnap name tag "dia"(siapa suruh tinggal name tag kat atas meja dalam kelas) hehehe and get address, IC no (of course dapat tahu date of birth dia) and phone "dia" dari buku rekod kedatangan guru kelas yang berada dalam laci meja cikgu di bilik guru, nak tanya personally..ooh tidaksebab.. malu +penyegan +low self esteem...huhuhuhu..

apa pun sekadar kenangan masa bebudak..


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

faizira77
Warga Rasmi
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37472
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 12:57


Cinta monyet lucu bila aku kenangkan masa zaman sekolah menengah dulu.....Aku tak taulah Kenapa aku minat betul dengan budak seorang ni....memang handsome....dari segi pakaian dia kalah org perempuan gosok baju...memang kemas ....sidenya tajam.Aku ingat dia tak tahu aku minat dia tapi rupa-rupanya dia tahu aku minat dia malu betul.....Tapi aku tak pernah berutus surat dengan dia,bercakap pun boleh dikira dengan jari.kalau jumpa pun cuma senyum sajalah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For faizira77Profil   Hantar PM kepada faizira77   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 16:17


Pada 08-10-08 13:46 , ardani posting:

!!! QUOTE !!!

panjangnyee...penat juga nak baca ni..
beselaa jodoh pertemuan di tangan Tuhan..

Kerja Tuhan Sapa Tau
-petikan dari novel tunggu teduh dulu
-karya faisal tehrani


bak mai pinjam novel tu....



Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 16:26


tak pernah pula becinta dengan monyet.. tapi cimpanzi pun cute juga,,


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 23:32


cinta monyet..
apa hukum dalam agama ek..
halal atau tak..ana tak nak campurla..
takut haram..
yang halal itu jelas..yang haram itu jelas..dan yang tengahnye itu syubhah..
sesungguhnyer syubhah itu lebih hampir kepada yang haram..
wallahua'lam


-----------------
KASIH ALLAH DAN RASUL ITULA YANG KEKAL ABADI....kuatnya muslim itu terletak pada kuat sabarnya...lemahnya muslim itu kerana kurang sabarnya


Bookmark and Share

    


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 23:55


orang utan itu dalam spesis monyet juga ke? rasanya orang utan lagi cute....

p/s: tak pernah cinta dizaman persekolahan....sebab apa? entah lah..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 15:27


kenapa monyet yang dipersalahkan.. kenapa bukan haiwan lain.. ana ni anti betul lah kalau orang menyalahkan monyet semate2..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120217 saat. Lajunya....