Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 234
Ahli: 0
Jumlah: 234




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 56 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Awas!
Topik: awas!golongan al ahbash di UIAM,kafirkan org?


Carian Forum

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» awas!golongan al ahbash di UIAM,kafirkan org?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh awas!golongan al ahbash di UIAM,kafirkan org?

Ibn_hafidz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23801
Posting: 31
Dari: Jordan

czechrepublic  


posticon Posting pada: 18-02-08 05:13


Golongan Al Ahbash d UIA, cuba cari ahlinya d mahallah Bilal budak kos ilmu wahyu,tanya spa2 mereka pun kenal.saya dulu terlibat dengan debat bersama mereka. guru mereka ni ada di satu tempat d gombak saya pun pernah kesana dengar apa yang mereka ajar.
pada yang sama saya juga pernah terlibat dengan gerakan salafi(wahabi) dan mengikuti kuliah-kuliah yang mereka anjurkan.Dan ketika itu saya dicop sebagai pro-salafi yang agak eksterm untuk membela gerakan ini di uia.

Kesimpulan daripada keterlibatan saya dalam kedua-dua gerakan ini menunjukkan yang Al Ahbasy lebih suka mengkafirkan puak lain yang tidak sehaluan dengan mereka terutama wahabi sehingga mereka mengharamkan untuk mengahwini puak yang mereka kafirkan.Itu yang saya tahu kerana mereka adalah kawan sekuliah saya juga.
Mengenai Salafi(wahabi) pula gerakan ini lebih suka mencari-mencari apa yang mereka pandang sebagai bid'aah dalam masyarakat tanpa ada sifat berlapang dada dalam soal khilafiyah.Dalil mereka cukup mudah "Setiap bid'ah sesat,setiap sesat dalam neraka".Mereka juga seolah mazhab Zohiriyah dalam mengeluarkan hukum.
Kesimpulannya saya andaikannya yang kedua-duanya sangat taksub kepada gerakan masing-masing dan sangat sukar untuk dileraikan.
Nasihat saya setelah terlibat secara langsung dengan kedua-dua gerakan ini di uia dan sekarang saya merasakan untuk berpegang secara teguh dengan AlQuran & AsSunnah adalah melalui jalan Ulama'-Ulama' Muktabar seperti mazhab yang empat.Cukuplah keempat-empatnya menjadi penolong kepada umat islam zaman-berzaman daripada kita terikut dengan gerakan-gerakan yang menimbulkan finah atau perpecahan sesama umat.Waullahu a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibn_hafidzProfil   Hantar PM kepada Ibn_hafidz   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-02-08 09:40


ibn hafidz - perkara ini dah diajukan kepada head department ke.. atau ustaz atau ustazah yang berpengaruh kat uia tu agar dapat diadakan muzakarah..

Dengan adanya golongan yang seperti itu hanya akan memburukkan persaudaraan sesama Islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 18-02-08 09:53


Pada 17-02-08 20:57 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Pelik.. alea ini masuk thread orang kendian berprasangka...
cakap dengan elok-elok kan lagi baguih..



iskkkkkk... berprasangka ke? ana cuma tertanya2 tujuan pembuka thread.. jawapan yang ana berikan padanya pun molek saja.. tak ada pula buat tuduhan yang tak elok

bak kata swordofdeen juga, "jika tak makan cili, tak perlulah rasa pedas" :-D

!!! QUOTE !!!

Betul, memang mengkafirkan orang pun dah besar impaknya, apatah lagi yang menuduh orang lain melakukan takfir. Begitu juga orang yang gemar membuat tuduhan orang itu sesat dan sebagainya.. sama saja..


yang ini ana setuju sangat.. beberapa tambahan lagi: mendakwa mana-mana individu mengatakan apa yang tidak mereka maksudkan, memetik sekerat2 kata ulama' & memutar belitkan kata-kata mereka untuk menyelewengkan fakta..

tapi menuduh org lain melakukan takfir? masuklah sendiri blog abusyafiq & sekutu2 nya

ini bukan isu baru.. bak kata mantan PM, "dah lama dahhh".. seingat ana, seawal ana masuk portal ukhwah ni.. cuba AP semak semula thread2 lama sekitar tahun 2004-2005, posting ahli yang menggunakan nick ainul_qalby

untuk pembuka thread, sila klik di sini

WA


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-02-08 20:37


!!! QUOTE !!!

lepas baca posting dalam thread ni hingga ke akhir, ana tertanya2 apa tujuan pembuka thread..

awal-awal nampak macam jujur nak tahu.. tapi lepas kata-kata ni

!!! QUOTE !!!

    sapa yang paham,pahamla,sapa yang tak paham,buat-buat paham



ana tertanya2 :roll:


Lihat pernyataan ini... :) itu bersangka2 namanya.

!!! QUOTE !!!

tapi menuduh org lain melakukan takfir? masuklah sendiri blog abusyafiq & sekutu2 nya


saya mengikuti perkembangan blog2 ini, dan tiada kedapatan bahawa mereka ini benar-benar ahbash. Cuma mereka mendatangkan bukti melalui kitab wahabi salafi sendiri. Jadi adakah ulamak yang mengkritik wahabi salafi tedahulu sebelum ahbash diasaskan mereka ini juga adalah ahbash?

Jika blog abu syafiq - dia mungkin mengkagumi abduLLah al harari. Manakala blog lain? Buktikan bahawa mereka ini ahbash hanya kerana membawa bukti wahabi salafi merbahaya dari segi pendekatan aqidah dan juga sikap mereka.

Saya juga boleh datangkan sahaja blog yang mengkafirkan ahbash sendiri - tetapi nampaknya ia telah didelete. Saya juga boleh mendatangkan rakaman dari Ustaz Rasul Dahri juga yang telah menghukum ikhwanul Muslimin sesat.

Begitu juga saya boleh berikan bukti bahawa wahabi salafi telah menjatuhkan Dr Yusof Qardhawi telah melanggar syariat Islam - bila dah langggar itu faham-faham sajalah.. Begitu juga hukuman sesat dijatuhkan kepada Aidh al Qarni.

Yang peliknya - mengapa ada ahli panel dari al-ahkam.net mengadakan tuduhan - bahawa golongan ahbash sendiri yang membuat blog takfirahbash itu sendiri. Huhu padahal....

Tentu yang lebih hebat - di dalam blog itu bukan sahaja mengkafirkan ahbash bahkan juga asya'irah sendiri.

Ye! jika ada tuduhan ke atas blog ahbash tersebut mengambil sekerat2 tulisan dari kitab ulamak tersebut. Sama juga yang dilakukan oleh wahabi salafi. apa bezanya?

p/s: Jika satu pihak tidak melakukan dahulu penuduhan yang bermacam2 dengan label sesat, bid'ah - tentunya tiada pihak lain yang mempertahankan dan menyerang semula..

Dan begitulah.. baik den ikut macam ustaz hasrizal, ustaz lain yang lebih bersederhana dalam menanggapi salaf dan khalaf. Mereka semuanya dapat bertoleransi.

Dan akhirnya - den pernah lihat ada satu user kristian datang ke blog blog yang berikut dan menyebarkan pernyataan semoga LORD JESUS dapat menyelamatkan kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 23-02-08 13:11


ISI KANDUNGAN

Ahbasy Menurut ‘Mereka’
Mencari ‘Ahbasy’ di Malaysia
Mengapa Isu ‘Ahbasy’ Dirayakan oleh Salafi Wahabi?
Yang ‘Mengenal’ Itulah Yang ‘Dikenal’
Tindakan Kita
Penutup


AHBASY MENURUT ‘MEREKA’

‘Mereka’ yang kita maksudkan di sini ialah beberapa ‘orang kuat’ dan yang ‘tidak berapa kuat’ forum utama Salafi Wahabi di Malaysia iaitu al-Ahkam.net (KLIK). Kita lihat satu-persatu dan kemudian nanti kita letakkan semuanya setempat agar dapat dilihat, direnung dan dikaji dengan lebih menyeluruh.


PERTAMA
thtl
Panel Feqh al-Ahkam.net
Posted: Jan 22, 2008 - 09:10 AM
study link-link yang sifoo zain ys hidangkan. apapun kumpulan ahbash ni memang teruk. Bila akidah rosak, maka rosaklah fiqihnya...

@ Menurut THTL- Panel Fiqh al-Ahkam.net, kumpulan ahbash ini ROSAK AKIDAH dan ROSAK FIQH mereka. (KLIK)


KEDUA
maszlee
Posted: Jan 27, 2008 - 09:13 AM
Salaam,

Sekali baca rasa geram...

dua kali baca, rasanya, depa ni sah agen Zionis. memandangkan usaha memperjuang isu Palestin di Malaysia sering dikaitkan dengan saya, maka mereka berusaha mengkafirkan saya juga.

Biasalah, Syiekh Ahmad Yassin pun depa kafirkan...Yusuf al_qaradawi pun mereka kafirkan...Inikan pula saya.

Cuma pesanan saya, jelaslah Ahbash ini agen Zionis!!!

Sebab itu mereka bunuh Rafiq Hariri (PM Lubnan), mereka membantu ISrael untuk hancurkan HAMAS di Palestin, dan mereka bersengkongkol dengan Israel untuk hancurkan Ikhwan di Jordan.

Tak mustahil di Malaysia ini, mereka akan menjadi agen Zionis untuk hancurkan gerakan-gerakan ISlam yang lain...

Perlu beritahu rakan-rakan PAS, JIM dan ABIM agar mereka berhati-hati...kerana mereka juga komited dalam isu Palestin!


Maszlee
Durham, UK

@ Menurut Maszlee Malik pula, Ahbash:
SAH AGEN ZIONIS
MENGKAFIRKAN SYEIKH AHMAD YAASIN & YUSUF QARDHAWI
MEMBUNUH RAFIQ HARIRI
BANTU ISRAEL HANCURKAN HAMAS
BERSEKONGKOL DENGAN ISRAEL UNTUK HANCURKAN IKHWAN DI JORDAN
MENENTANG JEMAAH-JEMAAH ISLAM YANG KOMITED DENGAN ISU PALESTIN


KETIGA
amjad
Posted: Jan 27, 2008 - 10:05 AM
Salam...

patutlah Allah SWT berkata melalui Rasulullah saw (hadis) bunuh saja puak khawarij ni...moga-moga penguasa Islam diberi hidayah membasmi puak khawarij ini...wa.

@ Menurut Amjad, orang yang mereka label sebagai Ahbasy/ Ahbash ini tidak lain ialah PUAK KHAWARIJ yang PERLU DIBUNUH dan PERLU DIBASMI OLEH PEMERINTAH. Ringkasnya halallah darah mereka ditumpahkan.


KEEMPAT
fufu
Posted: Jan 27, 2008 - 03:22 PM
teruk betul depa ni..terang-terang nampak tak islamik nya itu

@ Menurut Fufu pula, kita yang dilabel oleh mereka sebagai Ahbasy ini JELAS TIDAK ISLAMIK.


KELIMA
almujahid
Posted: Jan 27, 2008 - 09:43 PM
Ramai masih tidak tau group ni. Elok diterangkan dulu sifat2nya.

Suka mengkafir=khawarij=ahbash

Mengkafirkan sahabah=syiah
Mengkafirkan ulama'=ahbash

@ Ditambah oleh Almujahid kononnya Ahbasy itu KHAWARIJ dan MENGKAFIRKAN ULAMA.


KESIMPULAN KECIL

Menurut ‘mereka’, ‘Ahbasy’ itu ialah manusia yang:

Rosak akidah
Rosak fiqh
Agen Zionis (confirm)
Mengkafirkan Syeikh Ahmad Yaasin dan Dr. Yusuf Qardhawi
Membunuh Rafiq Hariri (secara langsung ataupun tidak)
Membantu Israel untuk menghancurkan HAMAS
Bersekongkol dengan Israel untuk hancurkan Ikhwan di Jordan
Menentang jemaah-jemaah Islam yang komited dengan isu Palestin
Tidak lain ialah puak khawarij
Layak untuk dibunuh
Perlu dibasmi oleh pemerintah
Tidak Islamik
Mengkafirkan ulama

‘Ahbasy’ ataupun ‘Ahbash’ yang akan kita bincangkan dalam seluruh artikel ini ialah ‘Ahabsy’ ataupun ‘Ahbash’ yang mereka letakkan ciri-cirinya di atas tadi sahaja.


MENCARI ‘AHBASY’ DI MALAYSIA

Setelah kita mengenali 13 ciri-ciri ‘Ahbasy’ ataupun ‘Ahbash’ sebagaimana yang difahami oleh ‘mereka’ tadi, dapatkah para pembaca mengenalpasti ‘Ahbasy’ di Malaysia ataupun di Nusantara? : )

Yang kaum Salafi Wahabi (KLIK) merayakan promosi besar-besaran kempen ‘melawan Ahbasy’ seolah-olah esok pagi Ahbasy akan meranapkan umat Islam di rantau sebelah sini, tuan-tuan ada nampakkah ‘Ahbasy’ di tanah air kita ini?

Dulu mereka menggembar-gemburkan isu Syiah (KLIK) seolah-olah semua orang selain mereka ialah Syiah ataupun sekurang-kurangnya terkena virus Syiah. Tapi taktik lapok ini tidak bertahan lama kerana masyarakat mendapati virus Syiah di sini tidaklah sehebat mana, bahkan yang belegar-legar di sekeliling mereka tidak lain ialah virus Wahabi daripada VIRUS 6 BERADIK (KLIK), saudara sepusat sepusing Syiah juga- ‘mak lain-lain, pak asing-asing’.

Yang masyarakat nampak, sudah ada orang yang berfahaman Salafi Wahabi menjadi mufti.
Yang masyarakat nampak, begitu banyak buku-buku berbau, berkuah dan berperisa Wahabi di pasaran.

Yang masyarakat nampak, antara forum yang popular di negara ini ialah forum Wahabi- al-Ahkam.net.

Yang masyarakat nampak, begitu banyak seminar-seminar dan kuliah-kuliah yang resepinya resepi fahaman Salafi Wahabi.

Yang masyarakat Nampak, kaum Salafi Wahabi ini memecah-belahkan masyarakat Islam negara ini.

Jadi, isu Syiah basi begitu sahaja. Sebaliknya masyarakat semakin menyedari bahaya Wahabi, membuatkan banyak pihak berganding tangan untuk mengekang dakyah kumpulan tersebut.

Untuk itu, kaum Salafi Wahabi terpaksa menggembar-gemburkan isu yang baru pula. Maka meletuplah ‘Ahbasy’ ataupun ‘Ahbash’. Bahagian ini akan kita ulas di bawah nanti.
Berbalik kepada ‘Ahbasy’ di Malaysia.

Siapakah yang mempunyai 13 ciri (ataupun kebanyakan daripada 13 ciri itu) di atas tadi?

Mereka yang bermazhab Syafie?
Mereka yang memperjuangkan institusi pondok?
Mereka yang beraliran ASWJ seperti Asya’irah?
Mereka yang bertariqat?
Mereka yang menyokong Dakwah Tajdid Segar?
Mereka yang berjuang dalam berbilang jemaah?
Mereka yang mengikuti kuliah Syeikh Nuruddin al-Banjari?
Mereka yang berusaha mencegah kemungkaran pemerintah melalui pilihanraya?
Ataupun yang lain-lain…?

Ataupun…

Mereka yang mahu menyelamatkan umat Islam dengan mendedahkan kerosakan-kerosakan yang dibawa oleh kaum Salafi Wahabi? : )

Allah beri akal untuk membezakan kita dengan binatang, tumbuhan dan benda. Gunakan ia pada jalan berfikir yang benar.

Bersambung … insyaallah.

sumber
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=312&mode=&order=0&thold=0

kempen:

GANTIKAN AL-AHKAM.NET DENGAN JARINGAN TAJDID SEGAR
http://tajdidsebenar.blogspot.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-02-08 13:14


ngantuk lah dengo benda-benda macam ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 23-02-08 13:14


Jika dengan berusaha untuk menyelamatkan umat ini

daripada kerosakan-kerosakan

yang dibawa oleh fahaman Salafi Wahabi

engkau mendakwa aku ‘Ahbasy’,

maka ‘Ahbasy’lah aku


Jika dengan memilih untuk bermazhab Syafie

aku digelar ‘Ahbasy’,

maka ‘Ahbasy’lah aku


Jika dengan memilih untuk berjemaah

aku dicop ‘Ahbasy’,

memang ‘Ahbasy’lah aku


Jika dengan mendokong Asya’irah

aku dilabel ‘Ahbasy’

tidak salah lagi… ‘Ahbasy’lah aku


Jika dengan menolak apa yang salah

dan apa yang lemah

daripada Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’…

Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik,

Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira…

dan lain-lain

aku dikatakan ‘Ahbasy’,

memang sahih aku ‘Ahbasy’


Jika dengan meraikan jemaah-jemaah tariqat

aku kau kata ‘Ahbasy’,

memang benar aku ‘Ahbasy’

Jika dengan menolak apa yang salah

dan apa yang lemah daripada

Ibnu Taimiyyah dan Muhammad Abdul Wahhab

engkau memanggilku, “Assalamualaikum Ahbasy!â€,

memang panggilan itu tepat padaku


Jika dengan mengatakan

Ikhwanul Muslimin dan Jemaat tabligh

mengikut sunnah

aku di’Ahbasy’kan kamu,

betullah tu


Jika dengan mengatakan “OKâ€

kepada parti-parti Islam

demokrasi dan pilihanraya

aku dipandang ‘Ahbasy’,

akulah ‘Ahbasy’


Jika dengan mengatakan

Salaf ada yang takwil dan ada yang tidak takwil

bukan semuanya tak takwil

engkau menghina aku dengan ‘Ahbasy’,

satu lagi kebenaran untukmu


Jika dengan mengakui

Allah lebih dahulu ada berbanding

tempat, lokasi dan arah

Sebelum tempat, lokasi dan arah ada

Dia sudah sedia ada

malahan Dialah yang menciptakan

tempat, lokasi dan arah

aku dijenamakan sebagai ‘Ahbasy’

1000 kali aku rela dan redha


Jika dengan perkara-perkara ini

aku menjadi ‘Ahbasy’

SEBAGAIMANA YANG ENGKAU MAKSUDKAN, (klik)

bertuahnya aku

kerana terpilih sebagai ‘Ahbasy’


Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’

19 FEB 2008

SUMBER
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=314&mode=&order=0&thold=0

Kempen
GANTIKAN AL-AHKAM.NET DENGAN JARINGAN TAJDID SEGAR (gabungan 9 laman)
http://tajdidsebenar.blogspot.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-02-08 13:15


memang dah nak akhir zaman betui2 lah...
urang sekarang yang mengutuk urang dulu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-02-08 13:28


aik naik balik isu ni,erm takpe2 teruskan lah bagi info ye,ana pun dah faham sikit

p/s daeng,kan akhir zaman ada berpuluh2 golongan ,hanya ada satu saja yang betul,doalah kita dalam org yang benar,

erm tapi pasal benda ni,huhuhu ana dah alami sendiri,so Kalau daeng ever join them,u will know

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 26-02-08 09:55


Assalamualaikum
hmm..I don't get the chance to read the I magazine..last time, at PraJK Kuantan, I've met with mahyudin..but hmm...the magazine is he's..still want to find one copy of I magazine..hope there will be a short brief off what really happened out there...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-02-08 10:12


Pada 26-02-08 09:55 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
hmm..I don't get the chance to read the I magazine..last time, at PraJK Kuantan, I've met with mahyudin..but hmm...the magazine is he's..still want to find one copy of I magazine..hope there will be a short brief off what really happened out there...



maksud MR TT majalah I ka?
erm ana dah dapatkan dah,erm tak jelas mana pun,kesamaran saja lagi,tapi ana ase memang ada yang kurang kena sikit dengan kita kat malaysia ni
memang seperti sworf kata,buka cerita ni untuk tutup cerita lain
hakikatnya,kat uia ni pun,setakat duduk siasat,kat econs sendiri pun,muslimat tak ada lagi terlibat,takat2 duduk tegur2 orang-orang yang makan2 kat sebelah,muslimin tu memang ana tak tahu,jadi
ana pun macam terkilan jugala bila majalah tu pun setakat bagi macam apa yang dah ada kat dalam ni,tapi ana dah delete info tu,
info tu dari Ahmad mustaqim from USIM
erm tapi Kalau ikut apa yang faisal tehrani bagi talk di hari itu,
ada dah kaji
Kenapa org kita ni buat zikir and marhaban lah
sebab islam yang sampai kat malaysia ni pada masa dulu melalui islam sufi,maksudnya,golongan sufi yang datang and berdakwah,
erm bila kita duduk pertikai tahlil dan semua tu,org yang nak masuk islam pun takut,and dia suruh baca buku bia betul-betul,dr zulkifli dari usim pun kata begitu,pilih buku yang terbaik sahaja untuk dibaca,bukan pasal pilih buku ni,budak kerana dalam tafsir ibn ishak,Kalau tak silap mengatakan dalam peperangan quraizah org yahudi dibunuh dengan kejam seramai 900 k 600 org,(terlupa fakta),orang-orang yahudi jadi sangat-sangat memusuhi islam and takut nak masuk islam(ni betul-betul berlaku masa faisal tehrani kat berlin)erm jadinya
kita nak berdakwah,xlehla sampai buat org takut
apatah lagi org barat.depa membaca karya2 islam
erm sebut pasal dakwah

teringat intipati buku islam pilihanku
seorang hamba allah ni takut nak masuk islam sebab tok imam yang dia jumpa tu tanya,dah bersunat belum,boleh ke tahan puasa nanti,and bagitahu suruh sembahyang 5 kali sehari
dia tangguhkan hasrat nak masuk islam,sebab rasa berat

erm situasi ni tak patut terjadi

huhu membebel panjang pula
ok wassalam


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 26-02-08 11:40


Assalamualaikum
oh..the situation is getting more blurry eh....hmm..so, how are we going o settle this things up?? majalah I ni sama jeq ke macam al-Islam?? ataupun sebahagian penulis yang berkata itu ini..yang tidak sepadan dengan kelulusannya..yang berniat serong..mahupun berkepentingan....??? macam tu ke.....??



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» awas!golongan al ahbash di UIAM,kafirkan org?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09438 saat. Lajunya....