Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 157
Ahli: 0
Jumlah: 157




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 44 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Komputer dan IT
Topik: NEC S5500 - Komputer riba ciri mewah


Carian Forum

Moderator: Administrator, ibnuyahya
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Komputer dan IT
    »» NEC S5500 - Komputer riba ciri mewah

Please Mendaftar To Post


Oleh NEC S5500 - Komputer riba ciri mewah

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 10:49


/
Warna terang dan cerah membolehkan pengguna membaca dokumen walaupun di bawah panahan matahari.

Tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan komputer riba lebih canggih, NEC Computer (NEC) melancarkan siri baru yang lebih canggih NEC Versa S5500 dengan skrin selebar 12.1 inci dilengkapi dengan kuasa dan stail.

Dengan berat hanya 1.9 kg, S5500 disaluti dengan aloi magnesium dan diwarnai dengan Enji-red bagi menyegarkan pandangan,

Ini merupakan pilihan terbaik bagi pengguna yang gemar membawa komputer riba yang ringan ke mana saja mereka berada.

Pengarah Pemasaran NEC Komputer Asia, Makoto Iwasaki berkata, NEC VERSA S5500 dengan warna yang unik dan casis aloi magnesium tahan lasak menjadikan bergaya bagi pengembara.

“Lapisan Enji-red, warna asli yang didatangkan khusus dari Jepun menampilkan daun merah yang dipilih bagi disesuaikan dengan fesyen dan stail terkini.

“Malah komputer riba comel ini ringan, stabil dan tahan lasak bagi membolehkannya dibawa ke mana saja,” katanya semasa majlis pelancaran NEC VERSA S5500 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Komputer riba ini dijana oleh Pemprosesan Intel Core 2 Duo terkini yang menyediakan kuasa mobiliti yang sama dengan mempunyai antara muka lebih besar.

Ia juga boleh memberikan kegunaan yang sama dengan komputer riba tahan lasak lain dari segi kegunaan dan keselamatan bagi pengembara.

Dengan pemasangan Intel Turbo Memory, boot time dapat dikurangkan bagi menjadikan masa pemprosesan lebih pantas bagi mengurangkan pembaziran aliran data.

Paparan skrin lebar LCD 12.1 inci WXGA dengan NEC Super Shine View Technology (SSV), pengguna boleh melihat dokumen dengan lebih jelas serta menonton video pada bila-bila masa di mana saja.


Jelas

Warna yang terang dan jelas membolehkan pengguna membaca dokumen walaupun di bawah panahan cahaya matahari.

S5500 juga dilengkapi dengan 1.3megapiksel WebCam bagi persidangan video dan dual mikrofon bagi tele-persidangan seperti SKYPE dan MSN.

Ini memberikan kekuatan bagi audio dan video secara langsung semasa berkomunikasi dengan rakan-rakan atau yang tersayang terutama semasa berjauhan.

Dengan teknologi array mikrofon digital bina dalam, komputer riba ini mempunyai fungsi memadamkan bunyi bising dan meningkatkan suara walaupun di persekitaran bising.

Justeru S5500 membolehkan pengguna berkomunikasi dengan bebas menggunakan mana-mana akses sambungan jalur lebar.

Dilengkapi dengan dua pembesar suara berdefinisi tinggi (HD) yang terletak di tepinya boleh menghasilkan sehingga ke tahap bunyi orkestra.

Peralatan output High Definition Multimedia Interface (HDMI) boleh menghasilkan isyarat imej sehingga kepada resolusi 1080i.

Ia membawa bunyi sistem teater rumah lebih dekat dengan pengguna dengan bunyi dan kualiti imej HDTV dan DVD.

Dengan pemacu DVD Super-Multi, tayangan gambar rumah multimedia menjadi realiti walaupun pengguna dalam perjalanan.

S5500 juga termasuk kekunci praktikal dan komprehensif bagi memberikan keselesaan kepada pengguna bagi fungsi carian, kemudahan webcam dan LAN tanpa wayar.

Komputer riba dengan ciri-ciri mewah dengan semua aplikasi sedia bagi penggunaan mudah ini ringan dan bergaya.

Komputer riba S5500 adalah mesra pengguna dan penting bagi berkomunikasi kepada semua pengembara.

“NEC VERSA S5500 direka khusus bagi memenuhi gaya hidup pengguna yang semakin canggih.

“Dengan sokongan keupayaan sambungan rangkaian jalur lebar tanpa wayar dan teknologi Bluetooth, komunikasi seberang laut dan melayari Internet lebih mudah dan pengguna boleh berbual secara maya lebih cepat, mudah dan murah,” katanya.

Menurut IDC Asia Pasifik NEC merupakan jenama nombor satu di Jepun dan NEC VERSA S5500 boleh didapati di semua ejen sah NEC seluruh Negara.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 11:37


berapa ribu ek? saya bukannya tau sangat specifikasi yang perlu ada pada sesuatu dan/book or laptop ni..tapi saya prefer cari yang ringan..sebab saya ni brbadan kecik saja..nak berat2 takut senget pula badan nanti,..huhuh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 12:06


Klik Sini bro..


Laptop NEC ni satu kelas dengan Fujitsu dan Satelite Toshiba..
Sesuai untuk teknokrat lah.. Harga memang tak mungkin sama dengan laptop lain macam compact, Dell, Acer dll..
Selalu yang aku survey dan tanya kawan-kawan.. laptop cenggini spec rendah tapi mahal.. Cuma kelebihannya tahan lama..

Hmm, baik tengok dulu penggunaan laptop tu untuk apa..
Selain ringan lah.. sebab compact pun ringan dan cantik designnye plus murah..

Sebelum survey..

Just pendapat aku lah..
Sebab laptop cenggini punya mahal 'ramai sangat peminatnya'..
Satu 'pc lock' tak cukup untuk laptop macam ini.. heheh..


Salam ukhwah,
-- Muddathsir

Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.313622 saat. Lajunya....