Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 245
Ahli: 0
Jumlah: 245




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 48 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Kesakitan sendi pada usia tua


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Kesakitan sendi pada usia tua

Please Mendaftar To Post


Oleh Kesakitan sendi pada usia tua

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 09:28


‘‘ADAKAH biasa bagi seseorang yang berusia sekitar 60-an atau golongan berusia untuk mengalami kesakitan sendi, terutamanya pada bahagian lutut? Ini kerana isteri saya juga mengalami masalah yang sama, cuma pada tahap yang berbeza.

Ia banyak menjejaskan aktiviti harian dan kualiti kehidupan saya. Untuk melegakan keadaan saya kerap mengambil ubat penahan sakit. Apakah masalah ini boleh diperbaiki dengan amalan pemakanan yang baik?’’

JAWAPAN:
Masalah kesakitan sendi banyak dialami oleh golongan berusia.

Ia juga dikenali sebagai masalah kemerosotan rawan atau dikenali sebagai osteoartritis.

Penipisan atau koyakan pada rawan ini akan menyebabkan tulang keras akan bergeseran antara satu sama lain apabila adanya pergerakan. Keadaan ini akan menyebabkan kesakitan, pembengkakan dan seterusnya menjejaskan kemampuan pergerakan sendi.

Lama-kelamaan, sendi juga mungkin akan kehilangan bentuk asalnya.

Sebenarnya, ia juga boleh menjejaskan sendi-sendi lain, seperti pinggul dan tangan.

Selain penuaan faktor risiko lain terma-

suklah berat badan berlebihan, kecederaan sendi dan juga mereka yang terlibat dalam aktiviti yang memberikan tekanan berlebihan kepada sendi seperti ahli sukan.

Pada peringkat permulaan, kesakitan pada sendi boleh dirasai selepas aktiviti fizikal atau senaman. Kekejangan sendi terutamanya pada waktu pagi juga memberi petanda awal kepada osteoartritis.

Glukosamin yang diambil secara oral banyak digunakan untuk merawat osteoartritis.

Pengambilan glukosamin bermanfaat dalam membantu membina semula rawan dan merawat artritis. Dos yang biasa digunakan untuk rawatan osteoartritis adalah sekitar 1500 miligram sehari.

Kesan positifnya termasuklah melegakan kesakitan, yang berkemungkinan besar disebabkan oleh bahan antiradang untuk memudahkan pergerakan.

Bagi mereka yang mempunyai masalah keradangan, pengambilan minyak ikan juga menawarkan cara mudah untuk memperolehi jumlah omega 3 secukupnya, yang terdiri daripada asid eikosapentaneoik (EPA) dan asid dokosaheksanoid (DHA).

Asid-asid lemak poli-tidak tepu ini juga turut berperanan dalam pengawalan masalah keradangan seperti osteoartritis.

Manakala pengambilan ubat penahan sakit seharusnya dikurangkan dan hanya diambil apabila keadaan memerlukan.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-08 10:27


oh osteoarthritis dalam melayu masalah kemerosotan rawan ke..
makcik2 bahasakan sakit tulang lutut..
eheh research saya berkaitan osteoarthritis...
primary knee osteoarthritis :sopan:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 07-02-08 10:33


Pada 07-02-08 10:27 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

oh osteoarthritis dalam melayu masalah kemerosotan rawan ke..
makcik2 bahasakan sakit tulang lutut..
eheh research saya berkaitan osteoarthritis...
primary knee osteoarthritis :sopan:



masalah tulang rawan ni kalau tak silap, kena makan "shark cartilage" kan...

!!! QUOTE !!!

Shark Cartilage may be beneficial for:

    * Temporary relief of arthritis pain and stiffness
    * Temporary relief of inflammed joints associated with arthritis
    * Temporary relief of inflammatory skin disorders such as psoriasis and eczema
    * Symptomatic relief and management of psoriasis
    * Assisting in maintenance of general well being
    * Supporting maintenance and repair of joint tissue & joint lubrication
    * Anti-angiogenesis ? limiting growth of blood vessels


!!! QUOTE !!!

makanan kesihatan untuk membina tulang rawan supaya sendi, tendon, rawan dan tisu dapat membina semula bagi mengelakkan masalah penyakit sendi (arthritis). Penyakit sendi berpunca daripada keturunan, mengalami masalah kegemukan, pernah kemalangan, kerap bersukan dan cacat tumbesaran.




Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 07-02-08 12:31


huhu.. akak buat kajian pasal lutut ke..ummu pun ada penyakit ni agaknya..selalu saja sakit..kesiannya pada diriku..muda2 lagi da tua :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-08 12:51


ummu.. rasanya ummu bukan kena sakit ni bah
ummu ni sakit lain
ala.. bb sudah jumpa pakar lagi dia cakap org muda nda kena penyakit ini
so dun worry okey
tulah bb suruh pagi check tapi inda jua mahu pigi kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 07-02-08 12:56


iyaka? ba alhamdulillah..
ndamau p jumpa pakar lagi..
ndakpa..ok lagi ini..

of topik: pelik pula Kalau bb panggil ummu..heehe..sebab real name
bukan ummu..teeettt:lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-08 13:00


erm ummu.. osteoarthritis ni ada 2..primary dan secondary..
primary tu yang kita tak tahu sebab dia.. biasanya 40tahun ke atas baru kena.. kalau secondary mungkin sebab cedera, genetik.. ini orang muda2 lah kena...

kak anis tak tahu pula pasal shark cartilage..
biasa ubat yang kena bagi untuk ni glukosamin dan ubat tahan sakit..
tapi berdasarkan kajian.. aktiviti fizikal seperti fisioterapi dan senaman (yang kerap) adalah rawatan yang terbaik untuk osteoarthritis (OA)
tapi bukan sembuh sepenuhnya... rawatan OA hanya untuk mengawal daripada menjadi lebih teruk atau melambatkan proses kemerosotan rawan..
ubat tahan sakit sebenarnya tak digalakkan sebab tak baik untuk perut dan ginjal.. disyorkan makan bila terlalu sakit dan tak tahan...
glukosamin pula mengikut kajian, pengambilan berterusan tidak memberi kesan..maksudnya awal-awal makan tu baiklah lutut tapi sakit ni sentiasa ada dan bila dah lama makan glukosamin, tak ada dah kesan..

dari kajian saya pun..eheh..bandingkan pesakit yang buat exercise therapy dan cuma ambil ubat.. wahh alhamdulillah sukanya hati makcik2 kata tak ada lagi masalah buat apa-apa kerja berbanding dulu..macam naik turun tangga tak sakit dah macam dulu..paling sejuk hati bila kata solat pun lebih mudah berbanding dulu.. yang ambil ubat saja, tambah teruk..adalah baik sikit makan ubat tahan sakit tapi terlalu kurang..

OA ni sekali kena, kalau tak dirawat makin teruk mengikut peningkatan umur.. untuk ibu2 kita yang ada OA baiklah bagi sokongan buat fisioterapi sebab tak semua orang ada kesedaran..mereka ingatkan kalau dah sakit lutut dan dah tua tak patut bersenam.. tapi senaman ni kan direka bersesuaian dengan keadaan pesakit..yang sakit tak sama untuk orang sihat..yang tua tak sama untuk orang muda.. begitulah ringkasnya..

p/s: huhu disebabkan kurang kesedaran dan pandangan negatif lah saya kekurangan subjek :-( sedangkan yang dah habis ikut program sangat gembira dan bersyukur lutut jadi baik.. lepas 2/3 minggu buat senaman kerap tu dah rasalah perubahannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 07-02-08 13:22


ooowh! macam tu ka..hmM
ummu ni kira secondary lah

mungkin sebab kenakaln ku dulo2..
mungkin lutut ni tercedera..ya..pasti cedera

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-08 13:32


pergilah check ummu..

nanti yang secondary OA tu jadi risk factor untuk primary OA

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

zc
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28322
Posting: 666
Dari: somewhere

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 15:51


bagus brosyahir ni....ada kesedaran yang tinggi tentang kesihatan. rajin baca artical2 perubatan.

satu usaha yang cantik!

Bookmark and Share

    


  Member Information For zcProfil   Hantar PM kepada zc   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 15:53


Saya tak ada sakit sendi sangat.. Tapi pernah kena..
Ya Allah sakitnya.. Saya sekarang sakit dekat muka
sebab ada jerawat.. ADEESS!! Pedihh!! ADEES!!!
p/s: Tiru style ismi_atikah .....

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

zc
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28322
Posting: 666
Dari: somewhere

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 16:00


muka awak berjerawat sebab banyak berangan . orang lain tidur malam2 awak berangan tengok bulan. maklum lah burung hantu....
basuh muka lain kali!

Bookmark and Share

    


  Member Information For zcProfil   Hantar PM kepada zc   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.133985 saat. Lajunya....