
..
Alhamdulillah, ana dah masuk semester 2 tahun ke 3. Dan alhamdulillah juga, sudah dapat menyempurnakan separuh daripada agama, iaitu nikah.
Tapi betullah kata orang, nikah semasa belajar memang banyak dugaannya.. Cuma kita perlu kuat dan teguh padaNya.. mana taknya, Lebih kurang beberapa minggu selepas nikah, ana di'blame' oleh para ibu saudara sebab tak habiskan study. Kalau diikutkan memang marah, tapi bila fikir2 balik mereka yag kat luar sana masih ramai yang tak faham konsep 'nikah' untuk mencegah perbuatan keji dan mungkar. Bagi mereka belajar dan nikah sukar disatukan, malah mungkin perlu berkorban salah satu?
Itu tak benar..bila seruan nikah itu tiba, nobody can avoid and run from it. face it as u can, because u are the choosen to be like what the others unable to be! Kalau takut result teruk, jangan risau. Cuma usaha saja dan tawakal, InsyaAllah, nikmat belajar disisi suami lebih barakah berbanding belajar disisi pakwe..
Bukan setakat saudara, tapi coursemate, pensyarah,.. kebanyakannya tidak memberi nasihat membina tapi tunjukkan yang kita boleh! So, kepada adik2 dan abang2, kakak2 yang dah ter'couple' tu, moga dibukakan hati untuk membina rumahtangga di zaman belajar yang InsyaAllah, membawa seribu satu rahmat! Ameen.

-----------------
Pernikahan menginsafkan kita..
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha..
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan..
Susah mendatang tempuh