Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa-apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hasil tindakan kita pada masa lalu
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 155
Ahli: 0
Jumlah: 155




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 24 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Penglihatan dan keselamatan jalan raya


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Penglihatan dan keselamatan jalan raya

Please Mendaftar To Post


Oleh Penglihatan dan keselamatan jalan raya

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-01-08 08:23


APABILA kita bercakap tentang kemalangan jalan raya, kita sebenarnya bercakap tentang tiga elemen utama iaitu pengguna jalan raya, kenderaan dan jalan raya itu sendiri.

Elemen terpenting dalam ketiga-tiga itu adalah manusia sebagai pengguna jalan raya juga sebagai pemandu.

Kualiti pemandu menjadi fokus utama setiap perbincangan masalah jalan raya.

Agak sukar untuk mempertingkatkan kualiti pengguna jalan raya tanpa kesedaran, keinsafan dan rasa tanggungjawab.

Ini kerana seteruk manapun keadaan kereta ia tidak bergerak sendiri untuk terlibat dalam kemalangan.

Keadaan jalan raya juga memainkan peranan. Jalan yang bengkang bengkok lebih berbahaya dari jalan lurus sementara keluasan jalan raya boleh memberi keselesaan kepada pengguna.

Tanda jalan dan penghadang jalan yang baik juga boleh membantu.

Faktor alam sekitar seperti hujan, jalan licin, kabus atau cuaca terlalu panas turut tidak boleh dinafikan menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Pemanduan dan penglihatan

Ketika memandu, hubungan penglihatan dan tindak balas Okulomotor (penglihatan-gerakan) menjadi amat penting.

Tindak balas membrek, mengambil selekoh atau mengelak adalah satu tindak balas Okulomotor.

Di sini kita boleh membuat kesimpulan dengan jelas bahawa dalam proses memandu, keadaan mata dan penglihatan adalah amat penting.

Aspek ini jarang dibincangkan dalam kes kemalangan jalan raya.

Kerana adanya perkaitan yang jelas antara penglihatan dan soal keselamatan jalan raya, maka faktor penglihatan perlu diberi perhatian.

Ujian ketajaman penglihatan yang dijalankan semasa permohonan lesen terlalu mudah dan tidak mengikut standard yang sepatutnya.

Ia bukan saja agak kasar tapi ia dijalankan oleh orang yang kurang kepakaran mengenai penglihatan dan mata manusia.

Seseorang yang boleh membaca nombor plat kenderaan pada jarak enam meter belum tentu mempunyai penglihatan yang baik.

Ini kerana ujian ‘ketajaman penglihatan’ adalah salah satu daripada ujian fungsi penglihatan.

Ketika seseorang pemandu memandu kenderaan, keseluruhan fungsi penglihatan harus berfungsi dengan normal.

Ini bagi menjamin Refleks Okulomotor berfungsi dengan baik dan pantas terutamanya dari segi ketajaman penglihatan, sensitiviti kontras, persepsi warna, keluasan penglihatan dan pandangan Stereoskopik.

Keluasan bidang penglihatan yang terhad boleh mengganggu kerana ketika memandu penglihatan periferal (sisi) adalah penting bagi menentukan kedudukan kenderaan dengan kenderaan lain.

Dengan ini pemandu mengetahui di mana dia berada terutamanya ketika memotong, menukar lorong dan mengambil selekoh.

Kelajuan kenderaan juga di- cerap dengan menggunakan penglihatan periferal.

Gangguan pada bidang penglihatan akan menyebabkan pemandu tidak perasan objek yang berada di sebelah sisi kenderaan dan keadaan ini boleh berlaku dalam kes kerosakan pada retina seperti pada pesakit Gloucoma, kencing manis atau Penanggalan Retina.

Ujian warna juga penting untuk memudahkan pemandu mengenal kod warna pada tanda jalan, misalnya warna merah kawasan berbahaya, warna kuning untuk lebih berhati-hati dan hijau atau biru bagi kawasan selamat.

Ujian tahap Stereopsis pula perlu dibuat bagi memastikan penglihatan tiga dimensi (3D) pemandu cukup baik. Ini penting untuk menganggar jarak kenderaan dengan objek di hadapan.

Bagi orang yang juling, penglihatan 3D berkurangan bergantung pada tahap kejulingan.

Kalau seseorang pemandu mempunyai masalah juling pendam (Latent Squint) dalam keadaan tubuh letih terutamanya ketika waktu pulang dari kerja atau dalam perjalanan yang jauh, pemandu tersebut boleh mengalami Diplopia (objek kelihatan dua), silau dan cepat mengantuk.

Diplopia boleh menyebabkan kemalangan kerana pemandu akan keliru bila melihat dua imej kelihatan bertindih.

Tahap ketajaman penglihatan sebaiknya adalah pada tahap 6/9 pada carta Sneller bagi satu-satu mata secara berasingan dengan alat bantu penglihatan seperti kaca mata atau kanta lekap.

Penglihatan 6/9 bererti seseorang yang mempunyai masalah penglihatan perlu berdiri pada jarak enam meter sedangkan orang normal boleh nampak dengan jelas pada jarak sembilan meter.

Cuba bayangkan seseorang yang hanya mempunyai tahap penglihatan 6/18 pada carta Sneller memandu kenderaan. Orang yang mempunyai penglihatan normal sudah nampak dengan jelas objek yang berada 18 meter di hadapan sedangkan pemandu ini hanya akan melihat dengan jelas objek tersebut pada jarak enam meter.

Katakan seekor kucing melintas 30 meter di hadapan ketika kelajuan pemandu 80 kilometer sejam (km/j). Pada kelajuan tersebut, pemandu hanya mengambil masa 17 saat untuk sampai kepada kucing itu.

Andainya pemandu hanya dapat melihat kucing itu dari jarak enam meter, sempatkah dia membrek kenderaannya atau mengelak kerana dia hanya mempunyai kira-kira tiga saat untuk bertindak dalam jarak enam meter sedangkan masa membrek mengambil masa lebih daripada 3 saat untuk berhenti dari kelajuan 80 km/j.

Kontras antara objek dengan latar belakang juga penting semasa memandu terutama ketika hujan atau memandu pada waktu malam. Bayangkan ketika anda memandu waktu senja, tiba-tiba seekor kerbau melintas. Anda sukar melihat kerbau tersebut pada waktu senja kerana keadaan kontras antara kerbau dan suasana senja menurun menyebabkan anda sukar melihat kerbau tersebut walaupun kerbau itu besar. Kontras yang baik membolehkan pemandu mudah melihat sesuatu objek. Maka, ujian sensitiviti kontras juga sepatutnya dijalankan bagi mendapatkan lesen memandu.

Pemandu kenderaan awam khususnya perlu menjalani pemeriksaan mata secara menyeluruh dan berkala bagi menentukan tahap fungsi penglihatan yang sempurna.

Ini kerana kemalangan yang melibatkan kenderaan awam seperti bas akan melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa yang ramai.

Gangguan fungsi penglihatan juga akan menimbulkan gejala seperti pening, cepat mengantuk, silau atau mata letih yang kesemuanya boleh menyebabkan hilang tumpuan dan ketidakselesaan ketika memandu.

Oleh kerana lebih dari 90 peratus kes kemalangan jalan raya melibatkan faktor manusia, maka segala kemungkinan yang menjadi punca terjadinya kemalangan perlu diberi perhatian.

Antara faktor yang melibatkan penglihatan dan soal keselamatan jalan raya termasuk masalah penglihatan yang kurang sempurna seperti rabun jauh, rabun dekat, Astigmatisme, rabun warna dan lain-lain.

Satu syarat ketat bagi memastikan semua pemandu mempunyai tahap penglihatan bersesuaian diperlukan demi menjaga keselamatan ketika di jalan raya.

Selain sikap bertanggungjawab sebelum dan semasa memandu serta mematuhi semua isyarat jalan raya, perhatian pada faktor penglihatan terutamanya ketika ujian mendapatkan lesen serta memandu di jalan raya mungkin boleh mengelak tragedi yang boleh meragut nyawa.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-01-08 02:22


ayah kawan saya tak dapat memandu waktu malam..

kawan saya cakap sebab ayah dia..dia cakap apa ya :-?

lupalah..

seingat saya tak tahan dengan silau lampu :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 19-01-08 08:43


erm, rabun ayam tu macam mana ye?...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 12:12


Pada 19-01-08 02:22 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

ayah kawan saya tak dapat memandu waktu malam..

kawan saya cakap sebab ayah dia..dia cakap apa ya :-?

lupalah..

seingat saya tak tahan dengan silau lampu :berfikir:


saya pun tak tahan silau bila malam.. tak berapa nak nampak bila memandu malam2 ni.. sama juga dengan cahaya matahari yang menyilau.. sakit mata dibuatnya.. 8-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.284558 saat. Lajunya....