Oleh |
BENARKAH BINTUFURQAN WUJUD? |
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 04-01-08 22:22
 wbt. Saya merasakan ada sedikit kejanggalan berkaitan kematian bintufurqan yang diberitahu di dalam KTI ini. Maafkan saya jika saya membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini. Sedikit kajian di web KTI dan ukhwah.com telah saya lakukan. Persoalan pertama yang ingin saya tanya: Benarkah bintufurqan wujud? Jika ada sesiapa yang pernah berjumpa dengan bintufurqan secara face to faxe (kecuali princeyoong07), sila beritahu di sini. Jika setakat berhubung melalui forum, YM dan PM, tak perlulah dan menyatakan bahawa 'anda kenal dia'! Kehadiran bintufurqan ke KTI adalah pada 22hb 10 2007. Kematian yang dicanangkan pula adalah pada 25hb 12 2007. Sekitar 2 bulan dia berada di alam maya KTI. Jika anda semak pula di Ukhwah.com, bintufurqan juga mendaftar pada tarikh yang sama iaitu 22hb 10 2007. Semak pula pendaftaran abangnya (ye ke) princeyoong adalah pada 2hb 11 2007 di kedua-dua forum iaitu KTI dan Ukhwah.Com. Mengapa mesti serentak? Gaya bahasa princeyoong07 dan bintufurqan adalah sama sahaja. Antara trade marknya adalah meletakkan tanda nokhtah lebih dari satu titik.. Walaupun adik beradik, takkan gaya bahasa dan style berposting mesti sama? Point ini saya nyatakan bagi memberi kebarangkalian: princeyoong07 dan bintufurqan adalah orang yang sama. Seterusnya, Mengapa mesti dari Korea? Mengapa mesti mengahikiri episod ini dengan kematian? Anda masih ingat kes abid_syah? Mungkin ada antara ahli forum yang tidak kenal akan dia. Kes abid_syah juga berakhir dengan kematian. Di mana abid syah berada sekarang? Dalam kes abid syah, yang mati adalah isterinya.. tetapi selepas itu, abid_syah sudah tidak muncul di KTI. --------------------------------- Jika memerhati gambar bintufurqan yang dicanang di web KTI dan ukhwah.com, memaparkan bintufurqan atau konon nama sebenarnya Nur Durrah Diyanah tidak memakai tudung. Jika memerhari Blog di multiply yang konon sempat dibuatnya juga tidak memakai tudung.  Adakah satu perkara yang amat mustahil, seoarang yang tidak memakai tudung boleh masuk dan 'amat setia' dengan KTI dan Ukhwah.Com yang mana kedua2 web ini boleh dikatakan mempunyai ahli yang sekurang2nya: memakai tudung! Kematian durrah dikhabarkan oleh abangnya. Episod durrah yang sebelum ini sakit dikhabarkan akan menjalani pembedahan. Di ketika masih sakit, durrah masih lagi sempat 'membuka' komputer untuk membuat posting di KTI dan ukhwah.com. Satu perkara yang amat pelik! Pelik! Seorang yang sakit dan lemah masih lagi ada masa untuk 'online'! Masih ingat kes abid_syah dahulu? Di ketika isterinya sedang tenat pun, dia masih ada masa untuk online. Malah, jika memerhari seketika, gaya bahasa abid_syah juga ada persamaan dengan gaya bahasa bintufurqan dan abangnya. Persoalan seterusnya: Adakah mereka orang yang sama? Kepada sahabat-sahabat sekalian. Maafkan saya kerana membuat spekulasi ini. Jika sesiapa boleh buktikan memang bintufurqan wujud, silalah 'cantas' hujah saya ini. Princeyoong07, sila jawab jika benar anda wujud. Pihak admin, cuba try semak IP number. p:s: Sila sangkal hujah saya ini jika anda memang benar-benar kenal bintufurqan dan ada bukti kematiannya. jangan tertipu oleh penipu. Dipetik dari laman Komuniti Teman Inteam-----------------
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 04-01-08 22:45
safa_indah.... saya tidak menyangka saudara begitu detail menyiasat mengenai bintuFurqan. ia sesuatu yang menarik perhatian saya, dengan bukti2 yang dikutip sepanjang posting bukan sekadar di Ukhwah.com, malah di KTI. cukup teliti ala2 lab technician of forensic evidence cases. seolah-olah bintuFurqan's character been created by the professional organization untuk mewujudkan satu phenomenon atmosphere di ukhwah.com yang membuatkan kita ingin mengetahuinya dengan lebih mendalam, merapatinya sekaligus menimbulkan rasa sedih di atas kehilangannya. Sekiranya pendapat saudara benar, mungkin si penulis (bintuFurqan dan komplotnya) menjadi jagoan dalam menimbulkan watak2 yang paling famous, magnificent dan bercita-cita untuk bermain dengan minda ahli ukhwah.com dengan meninggalkan bukti2 untuk kita menjejak kewujudannya. I mean, its a game!!! Totally psychic game!!! dan saya berharap juga untuk mendengar pendapat ahli ukhwah.com yang lain, memandangkan saudara sudah menjadi ahli ukhwah.com sejak 2003, saya tidak menafikan bahawa saudara adalah lebih awal dengan asam garam ahli ukhwah.com. Sekian dari saya, Editor, -Mohammad Shafiq- Universti Malaya (status: 3rd year, menderita kerana masih tak grad)
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 04-01-08 23:04
ana juga musykil
|
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 04-01-08 23:30
Pada 04-01-08 22:45 , owl_UM posting:!!! QUOTE !!! safa_indah....
saya tidak menyangka saudara begitu detail menyiasat mengenai bintuFurqan. ia sesuatu yang menarik perhatian saya, dengan bukti2 yang dikutip sepanjang posting bukan sekadar di Ukhwah.com, malah di KTI. cukup teliti ala2 lab technician of forensic evidence cases. seolah-olah bintuFurqan's character been created by the professional organization untuk mewujudkan satu phenomenon atmosphere di ukhwah.com yang membuatkan kita ingin mengetahuinya dengan lebih mendalam, merapatinya sekaligus menimbulkan rasa sedih di atas kehilangannya. Sekiranya pendapat saudara benar, mungkin si penulis (bintuFurqan dan komplotnya) menjadi jagoan dalam menimbulkan watak2 yang paling famous, magnificent dan bercita-cita untuk bermain dengan minda ahli ukhwah.com dengan meninggalkan bukti2 untuk kita menjejak kewujudannya. I mean, its a game!!! Totally psychic game!!! dan saya berharap juga untuk mendengar pendapat ahli ukhwah.com yang lain, memandangkan saudara sudah menjadi ahli ukhwah.com sejak 2003, saya tidak menafikan bahawa saudara adalah lebih awal dengan asam garam ahli ukhwah.com.
Sekian dari saya, Editor, -Mohammad Shafiq- Universti Malaya (status: 3rd year, menderita kerana masih tak grad) Benar pendapat saudara. Seolah-olah mahu mewujudkan satu babak drama di dalam Ukhwah dan KTI bermula di negara Korea. Mengalami jantung berlubang dan akhirnya mati. Tujuannya tidak pasti, tapi dari segi psikology, saya merasakan bahawa orang ini ada masalah pergaulan dan identiti. Orang akan rapat kepada dia. Orang akan merdamping dengan dia. Akan ada yang PM kepada dia. Mewujudkan watak 'adik babynya yang baru lahir' bagi merapatkan hubungannya dengan ahli yang lain. Dia amat bijak membuat drama secara 'live' dengan watak-watak ciptaannya. Saya masih menunggu bukti dari ahli ukhwah tentang bukti kukuh kewujudan Nur Durrah Diyanah @ bintufurqan. (Sungguh aneh-aneh nama yang diciptanya). Tolonglah buktikan yang dia memang benar-benar wujud.... Princeyoong07, masih hidupkah anda? Atau anda pun akan berakhir dengan kematian juga? -----------------
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 04-01-08 23:49
setelah diutarakan oleh safa_indah, saya jadi sangat curious. saya sedang nak cuba menyiasat...
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 05-01-08 00:14
sapa budak tu?tolong perkenalkan sikit....
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 05-01-08 00:15
Pada 05-01-08 00:14 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! sapa budak tu?tolong perkenalkan sikit.... dia ada buat posting topic yang kira agak popular juga.. salam sayang dr korea.. tryla cari.. ana rasa ada lagi  ----------------- engkau selalu lupa sedang hatimu tetap lalai padahal umur kian tiada namun dosamu makin bertambah
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 05-01-08 00:16
ana dah lama rasa pelik dan ganjil
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 05-01-08 00:17
Pada 05-01-08 00:16 , imtihan_insyirah posting:!!! QUOTE !!! ana dah lama rasa pelik dan ganjil  pelik pasal apa pula?
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 05-01-08 00:18
Pada 05-01-08 00:16 , imtihan_insyirah posting:!!! QUOTE !!! ana dah lama rasa pelik dan ganjil memang pelik.. sesiapa yang mengikuti topic tu pasti berasa pelik.. ----------------- engkau selalu lupa sedang hatimu tetap lalai padahal umur kian tiada namun dosamu makin bertambah
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-01-08 00:20
Kenapa berdiri bulu tengkuk saya ni  terbayang wajah2 mereka.. huhu sakinah bersangka baik... yakah ada orang yang rasa pelik.. cepatlah siapa yang rapat dengan dia.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 05-01-08 00:21
tak pernah terlintas untuk melihat posting 'dia' itu tapi bila terbc semua org sedih dengan kehilangan'nya',saya membc dr awal topik yang diposting oleh'nya'...apa2pon,bagi mereka yang pernah disentuh dan tersentuh oleh individu tersebut,cubalah gali dan selidiki jika perasaan was2 telah mula menular di dalam diri anda...saya ingin melihat keputusan sebenar..jika benar semuanya lakonan,sggh bagus jalan penceritaannya sehingga boleh menyentuh hati sahabat2 yang betul-betul ikhlas dan berniat murni ke atas penderitaan yang dihadapi...apa lagi,pakar2 di dalam ukhwah ini teruskan penyiasatan dan kajian anda...adakah individu tersbt benar-benar wujud atau diwujudkan melalui proses kepelbagaian identiti....
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 05-01-08 00:21
Pada 05-01-08 00:20 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! Kenapa berdiri bulu tengkuk saya ni  terbayang wajah2 mereka.. huhu sakinah bersangka baik...
yakah ada orang yang rasa pelik..
cepatlah siapa yang rapat dengan dia..
owh kak kinah ku.. bukan bersangka buruk tapi musykil dan terdetik dihati ini.. janganlah bersedih kak kinahku sayang  ----------------- engkau selalu lupa sedang hatimu tetap lalai padahal umur kian tiada namun dosamu makin bertambah
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-01-08 00:22
apa yang pelik? saya cuma mengikuti topik tu dari hujung bukan dari mula.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 05-01-08 00:27
Pada 05-01-08 00:22 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! apa yang pelik?
saya cuma mengikuti topik tu dari hujung bukan dari mula..
adik selalu juga baca posting kat topic tu kak kinah tapi memang pelik, dalam keadaan dia baru habis operation lagi-lagi kat jantung dia boleh online.. sedangkan dia pasti sangat lemah time tu.. bukan adik bersangka buruk tapi adik start musykil bila abgnya kata yang durrah buat pembedahan dan tak sedar diri, then balik rumah, then boleh online.. dats sequences rasanya diatur dengan baik.. ----------------- engkau selalu lupa sedang hatimu tetap lalai padahal umur kian tiada namun dosamu makin bertambah
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 05-01-08 00:27
saya masih menunggu komen dari ummu safiah, mama_iman... prof daeng juga mungkin boleh membantu...tak ngantuk pula saya mlm ni pasal benda ni..
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-01-08 00:32
Pada 05-01-08 00:27 , smile_roses posting:!!! QUOTE !!!
adik selalu juga baca posting kat topic tu kak kinah tapi memang pelik, dalam keadaan dia baru habis operation lagi-lagi kat jantung dia boleh online.. sedangkan dia pasti sangat lemah time tu.. bukan adik bersangka buruk tapi adik start musykil bila abgnya kata yang durrah buat pembedahan dan tak sedar diri, then balik rumah, then boleh online.. dats sequences rasanya diatur dengan baik..
tapi kan, dia online lepas operation tu sekejap saja.. walaupun lemah tapi takkan tak boleh online.. kan duduk saja menghadap pc.. dan cuma perlu gerak tangan.. bukannya kena lari.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 05-01-08 00:32
Berikut adalah IP-IP yang digunakan bintufurqan untuk posting di Ukhwah.Com 60.53.207.212 60.53.207.212 60.53.191.15 60.53.191.91 60.53.177.67 60.53.181.196 60.53.205.247 Untuk menjejak lokasi IP-IP ini, anda boleh check di laman web berikut: http://www.geobytes.com/IpLocator.htm?GetLocation Kenyataan: Semua IP itu adalah dari Malaysia. -----------------
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 05-01-08 00:35
I've checked the IPs.... and what I've found out is shocking.... none are the same. for each and every day that bintufurqan posted, none of the IPs of those posts are of equal IPs. dalam topik salam sayang dari korea II (SSDK II), katanya dia online di bilik. http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=1&topic=34902&start=0p/s: thanks to cik ismi yang membantu
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 05-01-08 00:39
terkejut, Kenapa ye bintufurqan tak pakai tudung.. maknya free hair, abangnya pakai rantai. imej tak menggambarkan islamik sedangkan nama2 adik beradik semuanya sedap dan bermaksud (islamik).. di multiply pun nama dia 'ikamuslimah' ana rasa bintufurqan ni peminat ta'sub cerita korea ni..kuat tengok tv ye..  ----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 05-01-08 00:42
Pada 05-01-08 00:35 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!! I've checked the IPs.... and what I've found out is shocking....
none are the same. for each and every day that bintufurqan posted, none of the IPs of those posts are of equal IPs.
dalam topik salam sayang dari korea II (SSDK II), katanya dia online di bilik.
http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=1&topic=34902&start=0
p/s: thanks to cik ismi yang membantu erm.. adeka kita akan menemui jawapannya? ----------------- engkau selalu lupa sedang hatimu tetap lalai padahal umur kian tiada namun dosamu makin bertambah
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 05-01-08 00:46
!!! QUOTE !!! I've checked the IPs.... and what I've found out is shocking....
none are the same. for each and every day that bintufurqan posted, none of the IPs of those posts are of equal IPs. so how come a sick person can use different / a lot of PC's location. It seems that she (arwah) was using a PC at cyber cafe at Malaysia. 1. Is it a psychic game by someone...yang menghadapi masalah pergaulan? 2. Using the ukhwah.com as a platform: bermain dengan minda, menanam emosi seperti rindu, simpati, mengambil berat untuk mendapatkan perhatian? 3. Create the phenomenon atmosphere: mewujudkan sebuah drama, lakonan atau susur galur yang menarik perhatian forumnist2 lain bagi menghiburkan hati sambil tersenyum? (Kebanyakan pengguna yang ketagihan Internet akan berusaha mencari rakan maya, dan akan kurang minat untuk bekerja dan bersosial- Kajian ilmiah universit Eropah dan India) 4. Or the suspect (Allahyarhamah might be!!!) cuba untuk meninggalkan bukti2 di belakang(different IPs!!! at Malaysia location!!!) and encourage us to track her / him. Editor Edisi Siasat ukhwah.com, Mohammad Shafiq, Universiti Malaya. (EEHH!!! Perasannnyeer jadi editor siasat)
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 05-01-08 00:47
hu2....pembongkaran demi pembongkaran dilakukan oleh sahabat2 yang inginkan kebenaran dan kepastian....adakah berani individu yang ' kepada bintufurqan untuk menguraikan segala persoalan dan pertikaian yang berlaku...berani kerana benar,takut kerana salah...jangan persiakan keikhlasan dan kejujuran yang diberi oleh sahabat2 ukhwah...
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 05-01-08 00:51
Pada 05-01-08 00:32 , safa_indah posting:!!! QUOTE !!! Berikut adalah IP-IP yang digunakan bintufurqan untuk posting di Ukhwah.Com
60.53.207.212-- SSDK I 60.53.191.15 -- SSDK I 60.53.191.91-- SSDK II 60.53.177.67 -- SSDK I 60.53.181.196 60.53.205.247
Untuk menjejak lokasi IP-IP ini, anda boleh check di laman web berikut: http://www.geobytes.com/IpLocator.htm?GetLocation
Kenyataan: Semua IP itu adalah dari Malaysia.
saya tolong tambah.. 60.53.205.159 -- SSDK I 60.53.196.144 -- SSDK I 60.53.185.180-- SSDK I 60.54.81.97 -- SSDK I 60.53.206.155-- SSDK I 60.53.187.163-- SSDK I 60.53.201.55-- SSDK I 60.53.206.72-- SSDK I (baru balik dari sekolah - must be at home) 60.54.3.211-- SSDK I 60.53.181.32-- SSDK I SSDK I = Salam sayang dari korea I semua IP tersebut saya ambil pada posting2nya yang diposting pada hari2 yang berlainan. jikalau pun pada hari yang sama, pun ada juga yang lain. contohnya satu pada waktu siang, dan satu lagi pada waktu malam pada hari yang sama. -----------------
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 05-01-08 00:54
Dan kini Administrator / Penguasa juga telah terheret bersama untuk mencari kebenaran... Phsychic game.. princeyoong07 yang tiba-tiba lesap!!! hilang!!!!
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 05-01-08 00:54
hmmm.... kalau benar.... mungkin dia sedang memerhati kalian brrtungkus lumus mencari bukti sambil tersenyum senang.... uhuk uhuk uhuk... kasihan ye, kalau hal ini (seperti ya)benar-benar terjadi... kasihan yang melakukannya... mungkin dia adalah conflict jiwa yang hebat... apa lagi ek butkti yang mungkin selain dari IP dan yang safa kemukakan.....
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-01-08 00:57
Pada 05-01-08 00:46 , owl_UM posting:!!! QUOTE !!!
4. Or the suspect (Allahyarhamah might be!!!) cuba untuk meninggalkan bukti2 di belakang(different IPs!!! at Malaysia location!!!) and encourage us to track her / him.
Editor Edisi Siasat ukhwah.com, Mohammad Shafiq, Universiti Malaya. (EEHH!!! Perasannnyeer jadi editor siasat)
haha ada bakat juga jadi editor siasat ni.. kalau benar andaian ke 4 ini, jadi adakah sekarang dengan kita cuba menjejakinya, game tersebut lebih berjaya? adakah sekarang kita dalam fasa seterusnya game tersebut? oh tidakkkkk ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 05-01-08 01:04
tu lah mak dah pesan jangan mengadap pc sangat, dunia siber ni sesiapa saja boleh menipu dan di tipu...sebab tu lah mak saya guna internet untuk baca paper saja....  -----------------  MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-01-08 01:10
kalau betul memang kasihan orang itu.. untuk orang itu, kalau kamu sedang tersenyum melihat kami begini: takutlah pada ALLAH..anda telah BERDUSTA tapi kalau kamu memang ada masalah konflik jiwa, rasanya kamu takkan dapat fikir apa itu takut pada Allah.. moga anda sembuh dari penyakit jiwa.. huhu serius memang saya serius ni.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
Kang
 Menyertai: 09.05.2003 Ahli No: 2
Posting: 1920
|
Posting pada: 05-01-08 01:23
Tahun 2001. saya mula mengendalikan sebuah forum yang sangat simple untuk kumpulan nasyid. Tahun tersebut susah nak trace menggunakan IP. Sekarang pun susah nak trace sebab IP sentiasa berubah kecuali dynamic IP. Apa nak kata kalau orang itu online di CC? Dari mula lagi saya dah syak ada yang tak kena dengan posting tersebut. Berdasarkan pengalaman sejak 2001 itu memang kerap sangat bertemu perkara seperti ini. Sentiasa ada manusia yang inginkan perhatian atau keseronokan dapat mengenakan orang. IP tidak boleh diandaikan sepenuhnya tetapi gunakan andaian Modus Operandi dan motif -- "Setiap penjenayah pasti akan meninggalkan kesan." Saya tidak menuduh sesiapa penjenayah sebaliknya itulah yang selalunya digunakan dalam siasatan. Kalau posting dan ceritanya hampir menyamai drama atau novel, pasti ada yang tak kena. Jika ia sukar dipercayai, sememangnya ia sukar dipercayai. "Expect Unexpected" Nota: semua IP tersebut dari Malaysia, tak ada dari Korea -----------------
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 05-01-08 01:39
tadi tu semuanya IP posting2 bintufurqan.. ni pula milik princeyoong07. SSDK II: 60.54.1.207--26/12/07 (saat diumumkan arwah dah meninggal) SSDK I: 60.53.198.47 --29/11/07 60.53.195.191--30/11/07 (yang ni dia cakap dia ada di cc masa tu) 60.53.199.240--2/12/07 60.53.193.249--4/12/07 60.53.198.44--5/12/07 60.54.86.13--6/12/07 60.53.177.111-10/12/07 so, semua IP address lain-lain, bermakna semua posting dibuat di tempat2 yang berlainan semuanya... takkan tak ada satu pun IP princeyoong yang sama, as an indication dia posting dari rumah.. dan takkan tak ada satu pun IPnya yang sama dengan milik bintufurqan...  dan seperti yang dikatakan safa_indah, saya lihat, cara kedua-dua bintufurqan dan princeyoong taip posting, kedua-duanya ada cara yang sama... pertama, suka letak dots selepas setiap sentence. dan kedua, suka tekan enter selepas berakhirnya setiap sentence. takkanlah gaya posting pun sama ye... sedangkan sayatetapsaya dan asward_hafiz pun ada bezanya.. huhu... (sorry TT pinjam contoh anda berdua sekejap). cuma yang bezanya, princeyoong lebih banyak menggunakan emoticons berbanding bintufurqan. tapi entah lah saya tak sure pasal bintufurqan sebab saya tak check kesemua 13 page di SSDK part I. -----------------
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 05-01-08 01:39
hmmm..... sabarlah kesabaran.... beginilah hidup di dunia... pelbagai ragam dan pelbagai pengalaman... ada sesiapa jumpa apa-apa lagi...??
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 05-01-08 01:43
Sampai hati ada org macam ini...hantu betul lah mamat ini...nak kena sekeh kepala ini..ehehehe....nasib saya tak bls posting dia yang beratus itu...hampeh lah...dah lah buat cerita pasal mati lah itu lah ini lah...ini portal bncg agama..bukan mencari publisiti...adoiii... so moral of the story princeyoong=bintufurqan patut lah aku tanya bahasa korea anda tak faham...masalah mental betul lah dia ini... semoga ALLAH mengampunkan dosa2mu
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 05-01-08 01:51
!!! QUOTE !!! by: safa_indah : Kehadiran bintufurqan ke KTI adalah pada 22hb 10 2007. Kematian yang dicanangkan pula adalah pada 25hb 12 2007. Sekitar 2 bulan dia berada di alam maya KTI. Jika anda semak pula di Ukhwah.com, bintufurqan juga mendaftar pada tarikh yang sama iaitu 22hb 10 2007.
Semak pula pendaftaran abangnya (ye ke) princeyoong adalah pada 2hb 11 2007 di kedua-dua forum iaitu KTI dan Ukhwah.Com. Mengapa mesti serentak? Saya tertarik dengan kenyataan saudara yang berikut. Ia sesuatu yang teliti dan rapi (how can you detect??!!!!). Seolah-olah wujud large gap in our focus / knowledge / intensity for someone words. Sudah pasti ianya bermula dengan curiousity yang luar biasa terhadap posting2 dan ayat bintuFurqan(sedapnya nama..) yang bercanggah dengan natural / tabiie semulajadi (pengolahan masa atau timing sequence bintuFurqan). Asas sesebuah siasatan (petikan dari Detektif Conan-Aoyama Gosho dan Hajime Kindaichi, Penyiasat Remaja-Fumiya Sato) bagi sesebuah kejadian psychopath (peninggalan jejak-jejak berbentuk psikologi) atau sebarang kaitan jenayah adalah "PASTI ADA YANG BERLAINAN DARI BIASA."Dan dari fail kes 31350 (BintuFurqan-ukhwah.com, SSDK I, SSDK II, 2007) asas tersebut adalah 1. pengolahan masa atau timing sequence bintuFurqan. 2. keraguan terhadap IP's placing. saya ulang asas siasatan, "PASTI ADA YANG BERLAINAN DARI BIASA."Dan saya ambil kesempatan di sini menggambarkan kekaguman terhadap daya taakulan Mr safa_indah (walaupun saya tidak mengenali saudara). _____________________________________________________ Editor Edisi Siasat ukhwah.com, (PENGARAH KELAB DETEKTIF UKHWAH.COM), Mohammad Shafiq, Universiti Malaya.
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 05-01-08 01:52
Pada 05-01-08 01:39 , ismi_atikah posting:!!! QUOTE !!! hmmm..... sabarlah kesabaran.... beginilah hidup di dunia... pelbagai ragam dan pelbagai pengalaman...
ada sesiapa jumpa apa-apa lagi...?? hehe. ada lagi satu yang saya perasan. kedua-duanya bintufurqan dengan princeyoong tak letak space lepas comma (,) dalam "Dari: Korea International School,Seoul Korea" (milik bintufurqan) dan dalam "Dari: SEOUL,SOUTH KOREA" (milik princeyoong). gaya sama lagi tu.. == p/s: tak ada kerja betul saya ni.. i stayed up tonight to become an edisi penyiasat?! dah 2.30a.m pula tu.. huh... siap bekerjasama dengan cik ismi lagi.. anyway syabas safa_indah sebab memikirkan dan membongkarkan perkara ni.. -----------------
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 05-01-08 01:52
kalau diperhatikan.... kebanyakkan masa durrah mahupun princeyoong posting.. pagi : sekitar +-10 ke11.... tgharu: sekitar 12++ ke 1++ petang :sekitar 4++ ke 5 ++ malam: sekitar 8 ke 10... selalunya, dalam satu hari, dia kan poting pada waktu yang berturutan... dan sekali... ada jugak posting dari pagi sampai ke malam... tapi mengikut waktu seperti yang ismi nyatakan di atas... ada juga dia posting di awal pagi.. sekitar jam 0730++.... hmmm..... boleh pakai ke canni ek...?? lagi satu, ismi nak tanya... kalau ipnya 60.53.tak.yang ... 60.53.a.b, 60.53.c.d.... persamaan pada 60.53,, adakah menunjukkan dia dari kawasan yang sama...? maaflah ismi ni buta IT sikit.. huhu... p/s: betuk juga kata kang....
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 05-01-08 02:01
cik I dan cik S tak nak kaji ke pasal saya? wah bagus ini, selepas ini boleh tiru cara dia, lepas itu kecoh satu ukhwah sampai ada orang buka topik: BENARKAH IBNU_MUSA WUJUD? p/s: gurau saja jangan marah ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 05-01-08 02:05
Pada 05-01-08 02:01 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! cik I dan cik S tak nak kaji ke pasal saya?
wah bagus ini, selepas ini boleh tiru cara dia, lepas itu kecoh satu ukhwah sampai ada orang buka topik: BENARKAH IBNU_MUSA WUJUD?
p/s: gurau saja jangan marah
eh ibnu musa yang dihormati... ibnu musa tak ada benda lah nak disiasatkan... dah kenal jeq  -----------------
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 05-01-08 02:08
ibnu musa memang wujud..posting dan tulisan dia menkagumkan...jangan marah ye ibnu musa...saja provok sikit ...ehehehhe
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 05-01-08 02:18
Pada 05-01-08 02:01 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! cik I dan cik S tak nak kaji ke pasal saya?
wah bagus ini, selepas ini boleh tiru cara dia, lepas itu kecoh satu ukhwah sampai ada orang buka topik: BENARKAH IBNU_MUSA WUJUD?
p/s: gurau saja jangan marah
alahai... bukan ke i_m nak kekal menjadi mystery man... teman2 ismi, ada juga ibn musa.... jadi, maknanya memang wujudla... -----------------
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-01-08 02:49
huhu kena berhati-hati ni.. tak terdedah lagi dengan dunia siber.. ukhwah.com ni lah yang pertama untuk saya.. terkejut dengan perkara begini.. kena berhati2lah dengan semua yang PM.. jangan sebarang bagi maklumat diri dan telefon no. walaupun sama jantina mungkinkah ada lagi selain dari bintufurqan tiba-tiba konfius dengan diri sendiri, benarkah sakinahazzahra wujud dari hasil penyiasatan setakat ni, nampak, kewujudan mereka cuma rekaan.. rasanya kalau hal ni tak terbongkar sekarang, macamana pula dengan topik salam dari princeyoong (pesan arwah durrah) ? bagaimana dia dapat gambar emeir dari dilahirkan sampailah dewasa kalau dia sentiasa update gambar tu..huhu apapun persoalan utama sekarang tentang kewujudan mereka.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-01-08 02:56
macamana kalau sekarang pun orang itu ada dalam ukhwah ni tapi nama yang lain.. dahsyatnya begini.. maaflah shock syndrome.. kalau ada orang yang belum posting apa-apa tu tapi dah PM orang jangan layanlah.. tapi rasanya dulu saya pun terus PM orang ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 05-01-08 03:09
Pada 05-01-08 02:49 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! dari hasil penyiasatan setakat ni, nampak, kewujudan mereka cuma rekaan.. rasanya kalau hal ni tak terbongkar sekarang, macamana pula dengan topik salam dari princeyoong (pesan arwah durrah) ? bagaimana dia dapat gambar emeir dari dilahirkan sampailah dewasa kalau dia sentiasa update gambar tu..huhu
apapun persoalan utama sekarang tentang kewujudan mereka..
tu lah fasal kalau kita nak kenal seseorang gambar-gambar ni tak boleh percaya sangat......kena face to face  -----------------  MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 05-01-08 06:29
hemm, emm tak mengikuti pun topik yang dibuka, sebab tak berminat, tapi tiba-tiba tau pasal berita kematian, lepas itu ada lah tengok gambar, memang pure korea.. dia ada cakap dia mix ke??
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 05-01-08 06:48
wah, ada yang tidur lewat pasal nak mengkaji kebenaran... saya dah habis baca dan meneliti kesemua page dalam topik durrah tu.. memang ada terdapat beberapa kekeliruan dan kemusykilan...
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-01-08 06:53
oh ada juga orang habis baca sampai 13 page yang dia kata sana sedang musim luruh tu betul ke? yalah..budak tu terlalu peramah ramai pula orang "terpaut hati" dengan kelatehnya.. (aik betulkah kelateh tu) huhu.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 05-01-08 06:57
kelateh?.. telatah kut..  pasal musim luruh tu, saya tak kaji pula.. rasanya dia ada cakap dia mix, ustazah anis.. tapi sejauh mana kebenaran tu, wallahualam.
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 05-01-08 07:04
Pada 05-01-08 06:57 , broshahir posting:!!! QUOTE !!! kelateh?.. telatah kut..  pasal musim luruh tu, saya tak kaji pula.. rasanya dia ada cakap dia mix, ustazah anis.. tapi sejauh mana kebenaran tu, wallahualam. Keletah kut... emm tapi kalau ini satu penipuan, sudah pasti budak tu tengah gelakkan kita kat ukhwah yang percaya dengan cerita rekaan ini...
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-01-08 07:08
itulah kak anis..kalau betul, berjaya sangatlah cerita dia ni.. dah buat orang tertanya-tanya dan mencari.. telatah dan keletah? haha mana satu rasanya princeyoong tak lagi kembali sini.. salam dari princeyoong pun dah kena kunci.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 05-01-08 07:19
erm... memacam lah. adakah peristiwe sekian lama berlaku kat Ukhwah.com satu tike dulu berulang kembali tapi dalam intonasi yang berbeze? tak apa lah, teman pun nak bermain saikologi juga lah.... teman tetap sayangkan bintu di ukhwah.com  walopun tidak realiti, tapi teman dah terpaut dengan cerita dongeng itu. Plot cerita yang menarik. cerita yang membawe teman berkhayal. Teman memang suka berkhayal  adakah ni yang dikatakan Kasih Awangan?
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 05-01-08 07:20
Pada 05-01-08 07:08 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! itulah kak anis..kalau betul, berjaya sangatlah cerita dia ni.. dah buat orang tertanya-tanya dan mencari..
telatah dan keletah? haha mana satu ni kak anis ambil dari kamus dewan... hemm, yang mana sesuai?? Telatah- gerak geri, tingkah laku,kelakuan, perangai, Contoh : meluat benar melihat telatah dia pada malam itu. Keletah –gerak geri atau pertuturannya dibuat-buat, suka bergaya, genit :contoh gadis keletah.. Berkeletah- berlagak atau berkata-kata dengan gaya yang dibuat-buat, bergaya. contoh: si bunga sedang berkeletah dengan perkataan-perkataan yang pelat.
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 05-01-08 07:21
kalau princeyoong tak kembali, maknanya kebenaran isu ini semakin terserlah.. teletah atau keletah? kedua-duanya boleh kut..
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 05-01-08 07:21
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 05-01-08 07:23
prof daeng dah menjawab....tapi dengan jawapan yang begitu positif..
|
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 05-01-08 07:24
Pada 05-01-08 01:39 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!! tadi tu semuanya IP posting2 bintufurqan.. ni pula milik princeyoong07.
SSDK II:
60.54.1.207--26/12/07 (saat diumumkan arwah dah meninggal)
SSDK I:
60.53.198.47 --29/11/07 60.53.195.191--30/11/07 (yang ni dia cakap dia ada di cc masa tu) 60.53.199.240--2/12/07 60.53.193.249--4/12/07 60.53.198.44--5/12/07 60.54.86.13--6/12/07 60.53.177.111-10/12/07
so, semua IP address lain-lain, bermakna semua posting dibuat di tempat2 yang berlainan semuanya...
takkan tak ada satu pun IP princeyoong yang sama, as an indication dia posting dari rumah.. dan takkan tak ada satu pun IPnya yang sama dengan milik bintufurqan... 
dan seperti yang dikatakan safa_indah, saya lihat, cara kedua-dua bintufurqan dan princeyoong taip posting, kedua-duanya ada cara yang sama... pertama, suka letak dots selepas setiap sentence. dan kedua, suka tekan enter selepas berakhirnya setiap sentence. takkanlah gaya posting pun sama ye...
sedangkan sayatetapsaya dan asward_hafiz pun ada bezanya.. huhu... (sorry TT pinjam contoh anda berdua sekejap).
cuma yang bezanya, princeyoong lebih banyak menggunakan emoticons berbanding bintufurqan. tapi entah lah saya tak sure pasal bintufurqan sebab saya tak check kesemua 13 page di SSDK part I.
Untuk pengetahuan anda, IP tidak semestinya sama untuk satu PC. Ia akan berubah-ubah setiap kali kita 'log in' ke internet. Jika tidak percaya, cuba check IP anda sekarang. Pergi ke www.whatismyip.com Rekodkan IP anda itu. Selepas itu sila disconnect dan restart pc. (tak restart pun boleh agaknya). Kemudian login semula internet dan check semula IP anda. Ada kebarangkalian IP itu tidak sama dengan IP sebelumnya. Walaupun IP berubah-ubah, tetapi lokasi tetap sama juga. Kalau berubah pun, ia tetap berada di persekitan di tempat ada mengakses internet itu. Contoh kalau orang Melaka, paling jauh pun IP itu akan berubah ke JB ataupun Negeri Sembilan. Untuk IP kes bintufurqan ini, terdapat dua lokasi yang dikesan iaitu Jitra Kedah dan Taiping Perak. Secara peribadi, saya beranggapan bahawa bintufurqan melayari internet daripada Jitra Kedah kerana kekerapan yang lebih banyak berbanding Taiping perak. -----------------
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-01-08 07:26
Pada 05-01-08 07:19 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! erm... memacam lah.
adakah peristiwe sekian lama berlaku kat Ukhwah.com satu tike dulu berulang kembali tapi dalam intonasi yang berbeze?
tak apa lah, teman pun nak bermain saikologi juga lah.... teman tetap sayangkan bintu di ukhwah.com  walopun tidak realiti, tapi teman dah terpaut dengan cerita dongeng itu. Plot cerita yang menarik. cerita yang membawe teman berkhayal. Teman memang suka berkhayal  adakah ni yang dikatakan Kasih Awangan?  adakah ini mangsa permainan ini (kalau betul) tak terkata.. yalah macam boleh saja kedua2 tapi yang lebih sesuai keletah.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 05-01-08 09:15
oh.. macam tu ye safa_indah.. ok, dah faham...
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 09:36
huh!  apaka yang baru ku baca ini... sangat-sangat terkejut!! kalau betul ini cuma permainan ata cerita rekaan..ummu adalah hantar mangsa permainan ini...aduh!sakit jiwa ummu membaca siasatan sahabat semua.. kalau d kaji dan d baca dengan betulmmg terdapat keraguan.. rasanya 2 hari lepas ummu baru terkejut dengan YM yang dtgnya dr NurDurrah Diana Ahmad FurqanYoong..iaitu selepas hampir bebrapa hari "dia "dikatakan oleh princeyoong aka haris telah meninggal... memang cukup terkejut sebab ingatan bintufurqan hdup lagi..haris memberitahu yang dia saja cek2 YM durah=bintufurqan... argh!tidakkkk..tertipuka ummu.. wateva...sama ada ini cuma dogengan semata..macam daeng_jati cakap..ummu still sayangkan bintufurqan ukhwah.com. tidakkkkkkkkkkkk!!
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 09:41
ummu mungkin antara org yang banyak ber PM dengan bitufurqan..rasanya beratus juga kat peti inbox ummu dtgnya dr bintufurqan..huhu.. entah apa yang nak d ceritakan kat sini..memang masi terkejut..ummu tak tahu nak myusun ayat...tolong lah
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 09:43
macam cerita detective conan lah..huh!! seram sejuk d buatnya
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 09:50
Pada 05-01-08 07:24 , safa_indah posting:!!! QUOTE !!! Untuk IP kes bintufurqan ini, terdapat dua lokasi yang dikesan iaitu Jitra Kedah dan Taiping Perak. Secara peribadi, saya beranggapan bahawa bintufurqan melayari internet daripada Jitra Kedah kerana kekerapan yang lebih banyak berbanding Taiping perak.
walaupun ummu tak reti nak buat penyiasatan detail macam safa owl dan lain-lain buat...tapi ummu pun rasa mungkin bintufurqan melayari internet dr kedah..sebab dia juga ada menceritakan yang kononnya keluarga belah mak dia berasal dr kedah.. gmbr2 yang d tunjukkan semua tu entah sapa tah..huhu........ haruskan ummu berprasangka begini!jahat ka ummu?!
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 10:00
rasanya jadi serik pulak dengan cerita ni.. entah berapa ramai lagi warga ukhwah yang sebenrnya tak wujud..huh..takut
|
aleyamaisara
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2007 Ahli No: 30035
Posting: 186
Dari: skudai,johor
|
Posting pada: 05-01-08 10:04
betul macam detektif conan...baru saja habis baca edisi khas episod 2...menarik jugak ini...
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 05-01-08 10:05
sebab tu ummu dont trust people kat cyber ni sangat-sangat.. bukan nak bersangka buruk sekali lagi tapi berjaga2, ni alhamdulillah dia juzt buat penipuan kat alam maya tapi kalau dia buat penipuan yang lebih teruk dr ni.. ya ALLAH lindungilah kami..
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 10:12
huh..hmm betul lah..smile_roses susah nya macam ni kan.. erm nak tanya kat korea masuk isya' pukul berapa ye?hmm.. dr PM2 yang d hantar macam betul saja..tak tinbul pulak syak wasangka..tapi lepas YM durah bernyala hari tu ada sikit keraguan tapi tak adalah nak fikir banyak sebab betul-betul ingat arwah memang da meninggal..huh!arhH macam tak percaya saja..tolong...
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 05-01-08 10:14
Open case: File series 31350 (BintuFurqan-ukhwah.com, SSDK I, SSDK II, 2007)_________________________________________ Dalam Human Computer Interaction (HCI), multiple identity users menunjukkan psychological illness, mengajak orang lain mendekatinya, di mana antara mangsa subjektif (victim on purposed) adalah "ummusafiah". Mengikut taakulan saya, niat bintuFurqan (dan professional organization at the back-end) yang menghantar beratus-ratus private message(PM) dengan "ummusafiah" adalah merupakan salah satu modus-operandi jenayah cyber, iaitu memastikan common network of relationships exists!!! "ummusafiah" adalah victim dalam memupuk perasaan rapat, teman berbual dan penghilang sunyi dalam melayani karenah psycho social problem bintuFurqan (dan komplotnya), iaitu virtual friends (rakan maya). suspect akan seboleh-bolehnya menceritakan sebanyak mungkin kisah-kisah hidupnya (tidak kisah sama ada benar atau bohong, atau bercampur-baur) untuk mewujudkan juga phenomenon atmosphere, seperti yang saya jelaskan di atas di mana common network of relationships dengan "ummusafiah" dan lain-lain akan mewujudkan perasaan yang terbawa-bawa (simpati, sayang-daeng_jati kantoiii, ingin tahu, berkongsi perasaan dan sebagainya) Tiga step jenayah psikologi terancang adalah 1. Initiate communication (posting, PM) 2. Monitor events (menunggu reaksi ummu safiah, mama_iman, daeng_jati) 3. And victim performing tasks (ini seperti apa yang saya, Miss Syahidatul dan ismi_atikah sedang lakukan iaitu bengong dan kami sekali pun seolah-olah dah tak betul mencari jawapan, SIAP TAK TIDUR MALAM!!! --hancuss thesis akuuu!!! bintuFurqaaaannn!!! aaarrrggh!!!!---) Dan ternyata, seperti apa yang diharapkan suspect, perangkap psikologinya berjaya, seperti apa yang telah berlaku ke atas saya sekarang (aiikkk!!! aku pun kantoii dengan diaaa?? ceehh!!!) rujukan ulangan : Asas sesebuah siasatan (petikan dari Detektif Conan-Aoyama Gosho dan Hajime Kindaichi, Penyiasat Remaja-Fumiya Sato) bagi sesebuah kejadian psychopath (peninggalan jejak-jejak berbentuk psikologi) atau sebarang kaitan jenayah adalah "PASTI ADA YANG BERLAINAN DARI BIASA."Dan dari fail kes 31350 (BintuFurqan-ukhwah.com, SSDK I, SSDK II, 2007) asas tersebut adalah 1. pengolahan masa atau timing sequence bintuFurqan. 2. keraguan terhadap IP's placing. _____________________________________________________ Editor Edisi Siasat ukhwah.com, (PENGARAH KELAB DETEKTIF UKHWAH.COM), Mohammad Shafiq, Universiti Malaya.
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 05-01-08 10:14
Pada 05-01-08 10:12 , ummusafiah posting:!!! QUOTE !!! huh..hmm betul lah..smile_roses susah nya macam ni kan..
erm nak tanya kat korea masuk isya' pukul berapa ye?hmm..
dr PM2 yang d hantar macam betul saja..tak tinbul pulak syak wasangka..tapi lepas YM durah bernyala hari tu ada sikit keraguan tapi tak adalah nak fikir banyak sebab betul-betul ingat arwah memang da meninggal..huh!arhH macam tak percaya saja..tolong... ummu.. kalau waktu slt, rasanya boleh saja search kat yahoo @ google.. rasa tentang waktu slt tak susah dia nak cari.. apa-apa pun ummu, biar ada keraguan sikit kat hati untuk selamtkn diri kita ya  ----------------- engkau selalu lupa sedang hatimu tetap lalai padahal umur kian tiada namun dosamu makin bertambah
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 10:25
betul lah smile_roses.. memang kena ada keraguan.... hati-hati lah wahai diri lepas ni......
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 10:25
owl..jangan lah menyebut nama ummu.. rasa macam nak menjerit tau.. masi seram sejuk..... tidakkkkkkkkkkkkk
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 10:29
owl,safa,CS dan CK adalah lawyer....... sapa nak jadi hakim ni..tolong jatuhkan hukuman
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 05-01-08 10:29
Pada 05-01-08 10:25 , ummusafiah posting:!!! QUOTE !!! betul lah smile_roses.. memang kena ada keraguan.... hati-hati lah wahai diri lepas ni......  ----------------- engkau selalu lupa sedang hatimu tetap lalai padahal umur kian tiada namun dosamu makin bertambah
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 05-01-08 10:42
kalau ummu sendiri ragu, kami ni lagi lah... rasanya korea dan jepun cepat sejam dari malaysia... tapi maghrib dan isyak cepat kut sebab waktu siang mereka lebih pendek..
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 05-01-08 10:52
betul betul betul. dari segi kajian terhadap gambar yang ditunjukkan,terdapat keraguan.apakah setiap kali sebelum makan maka akan diambil gambar untuk ditayangkan kepada umum?adakah dia begitu rajin untuk ambil gambar-gambar tersebut? mungkin gambar-gambar itu hasil daripada blog ataupun website peribadi milik seorang rakyat korea dan telah dicuri untuk menunjukkan yang dia adalah rakyat korea tersebut.orang korea mana nak faham bahasa melayu jadi syok lah pakat ambil. pernah tengok siri "densha otoku"?ianya mirip kepada peristiwa ini cumanya user tersebut hanyalah takut untuk mengorat perempuan kerana dirinya yang "otoku".sebelum memulakan step untuk mengorat perempuan pun dia tanya didalam forum sehingga akhirnya dia berjaya mengorat perempuan tersebut.di jepun,otoku adalah gelaran yang diberikan kepada fanatik gundam,model vinil sehinggakan penuh satu bilik dengan alat-alat tersebut.kalau panggilan dari barat lebih kurang "freak" lah. mungkin lepas dia layan cerita korea di tv,tiba-tiba terasa ingin nak jadi orang korea pula.maklumla budaya kita,hal orang semuanya nampak hebat tapi apa yang kita usahakan tak pernah pula dihargai.kalau negara luar buat,"ini kemajuan,ini teknologi".kalau rakyat malaysia buat,"mengarut,tak pernah orang buat" dan bermacam kata sinis kedengaran.ibarat kata kera dihutan disusukan,anak dirumah mati kelaparan. kita nasihatkan kepada pemilik nickname tersebut supaya belajar lah untuk bergaul dengan orang ramai.jangan terperap dalam bilik dengan dunia khayalan dan fantasi sahaja.tiada kata dah terlewat untuk memulakan persahabatan.setiap sahabat adalah dunia yang baru kerana berbeza pengalaman. carilah identiti kita sendiri.jangan hanya meniru orang sahaja.bersyukur dengan keadaan diri kita kerana sekurangnya kita dilahirkan sebagai manusia dan mungkin beragama Islam pula.kita tak dilahirkan sebagai orang bukan Islam ataupun binatang serta tumbuhan.kita tak dilahirkan sebagai jin,syaitan atau benda selain manusia.guna akal kita sebaiknya. wallahu'alam ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality =
|
aleyamaisara
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2007 Ahli No: 30035
Posting: 186
Dari: skudai,johor
|
Posting pada: 05-01-08 10:57
ana tak tau pun cerita ni...pasal apa sebenarnya??dah cari tapi tak jumpa pun..
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-01-08 11:05
yalah hoh..pernah juga rasa pelik dengan gambar2 tu.. takkan rajin sangat ambil gambar baby tu.. dari lahir, masa kena mandi..huhu seram pelik juga orang tu ramah sangat..macam dah tak ada rahsia gambar 1 family tunjuk.. rupa pula semua pure korean.. dalam SSDK I tu dia ada cakap ayah dia doc bedah, mak dia pensyarah ajar law.. huhu seram melayu dia pun sangat fasih.. agaknya dia tutup dengan kata masa kecil dia tinggal dengan atuk dan nenek.. dia di korea baru 6-7 tahun umur dia dalam ukhwah ni 14 tahun logik ke?
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 05-01-08 11:26
saya pun terasa seram sejuk sewaktu menyiasat perkara ni malam semalam. entah siapa2 sebenarnya bintufurqan tu.... saya simpati dengan ummu dan lain-lain yang pernah rapat dengan 'arwah' dan, maaf cakap, pernah ter'psiko' dengan bintufurqan dengan segala kemanjaannya atau kecomelan teletahnya (what is the correct word ni?). kalau lah saya, frust sungguh rasa sebab kena tipu bulat2 dan 'dirasuk' sebegitu rupa. maklumlah perasaan sayang itu sangat mendalam walaupun jalinan itu hanya di alam maya. tentu kesannya mendalam sekali buat mereka yang pernah menyayanginya dan kemudian dapat tahu pula tentang 'kematiannya'. bagaimanalah jika safa_indah tak siasat pun mengenai hal ni, maka kita semua para forumers akan terus mempercayai tipu helah bintufurqan ni. saya try fikir apa hal lah dengan orang di sebalik nama bintufurqan ni... selain daripada yang disebut owl_UM... agaknya ni lah sebabnya bintufurqan buat semua ni..: - dia mahu rasa mendapat kasih sayang dari kawan-kawan dan orang-orang di sekeliling - mahu merasakan dirinya mendapat perhatian dan diambil berat oleh orang lain - ada masalah konflik jiwa yang hebat (point dari ismi) - nak test buat psychic game (point dari owl_UM) - mungkin dia rasa lonely - atau mungkin memang saja nak menipu forumers - nak terasa lucu buat dirinya sendiri kerana berjaya menipu semua orang dan rasa dia hebat dan semua orang percaya padanya - atau mungkin saja nak buat kajian macam yang pernah kawan zulman buat (rujuk topik taipkan apa yang terlintas dihati anda sekarang) - atau mungkin tengah ambil masters dalam bidang psikologi. so tengah buat research. kemungkinan tajuk masters dia: sifat penyayang rakyat Malaysia terhadap kanak-kanak yang berpenyakit... (ni point dari ismi. malam tadi kami try buat-buat andaian...hehe) - akibat terlalu banyak menonton drama-drama korea dan amat meminati negara korea. dan kenapakah agaknya jangka hayat bintufurqan begitu sekejap dan tiba-tiba saja dia mematikan watak bintufurqan? - dah puas rasa - atau dah mula rasa bosan - atau dah dapat keputusan kajiannya - mungkin dah penat melayan teletah forumers pula. sebab semuanya pun caring2.... dia give up (point dari ismi) - tak larat nak jawab pertanyaan ramai org yang selalu risaukan 'keadaan kesihatannya'. - atau dah insaf dengan taktik helahnya - atau dah busy dan tak ada masa nak online kat cc dah - mungkin dah tiba masanya untuk taip report mastersnya... wakakaka..  ada sesiapa nak tambah? -----------------
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 11:43
hmm..ummu betul-betul muskil ni.. dulu bintufurqan pernah buka topik sapa nak belajar bahasa korea.. kalau betul lah org ni menipu..maknanya dia hebat juga bahasa korea erk..bukan calang2 org......entahlah..ataupun dia pun buat rujukan kalau org brtnyakan dalam bahasa kore..pening2
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 11:56
Pada 05-01-08 11:05 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! yalah hoh..pernah juga rasa pelik dengan gambar2 tu.. takkan rajin sangat ambil gambar baby tu.. dari lahir, masa kena mandi..huhu seram pelik juga orang tu ramah sangat..macam dah tak ada rahsia gambar 1 family tunjuk.. rupa pula semua pure korean..
dalam SSDK I tu dia ada cakap ayah dia doc bedah, mak dia pensyarah ajar law.. huhu seram
melayu dia pun sangat fasih.. agaknya dia tutup dengan kata masa kecil dia tinggal dengan atuk dan nenek.. dia di korea baru 6-7 tahun umur dia dalam ukhwah ni 14 tahun
logik ke? berdosaka ummu dengan pnyataan yang ummu buat..ummu takut kalau soalan pada topik ini trjawab..takut kalau adik bintufurqan sememangnya wujud..YaAllah.. pasal gmbr2 tu ummu tak hairan pun..boleh jadi mereka rjin nak brkongsikan gmbr2 baby emier sebab dia excited dapat adik baru...huhu..entah lah...keliru2.. tapi pasal gambar abang dia yang kedua tu nampak macam pelik sangat..lain dr rupa org korea..macam org china..ini pun ummu nak cakap ntahlaa..huhu pas tu gambar parent mereka tu..mama mereka macam tak ada rupa org melayu pun..memang macam rupa org korea..arh! entah lah.. maafla..brdosa ka ummu..
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 05-01-08 11:56
wah...banyaknya point syahida... saya tak pasti apa tujuan sebenar dia, tapi tak sangka orang macam tu ..yang suka mempermainkan perasaan orang lain...walaupun untuk sekadar ujikaji atau sebagainya.. dari semalam saya teliti setiap post di topik SSDK 1. nampaknya setiap gambar yang bintufurqan post, ada juga yang meraguinya...contoh...macam pure korean, muka tak sama..tapi setakat tu saja kemusykilan tu, mungkin sebab pada masa tu, semua orang bersangka baik dengan nya.. saya menggunakan Opera sebagai browser internet..(alternatif lain selain Internet Explorer) setiap gambar yang dipost bintufurqan, saya akan klik kanan untuk melihat image properties.. melalui Opera, saya dapat melihat maklumat lanjutan daripada gambar tersebut sekiranya ada... dan dalam banyak-banyak gambar, saya menemui satu gambar yang mempunyai maklumat tambahan ... phew...baru balik kedai ni...bersambung kejab ----------------- Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 12:04
k.kinah...memang dia tutup dengan kata dia tinggl dengan atuk dan nenek dia kat Malaysia tapi kadang-kadang ada juga ayat yang entah dia buat-buat tak tahu ka atau memang dia tak tahu..contohnya ayat "cop" yang d gunakan oleh aye kalau tak silap saya..entahlah..lepas itu ada beberapa perkataan lagi yang dia tak tahu..dia ajukan semula kepada wrga ukhwah
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 05-01-08 12:04
erm...rasa macam tengok cerita conan pula.. memang teperinci setiap siasatan yang dilakukan oleh sahabat2.sekalian..dan sanggup mengorbankan masa untuk mencari siapakah bintufurqan sebenarnya.... kalau tak betul nampaknya saya pun terpedaya juga lah....huhuhu....xper2..tabahkan hati...heheh.. untuk CI,CK dan Owul_UM teruskan usaha anda menjeak siapakah bintufurqan...... memang menarik topik ini....
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 05-01-08 12:18
saya pun nak siasat jugak lah..tapi secara kecil-kecilan... saya telah membuat satu eksperimen dimana saya pergi ke website http://www.whatismyip.com/default.aspuntuk check apa IP saya, dan ip saya adalah 161.139.212.10 dan kemudian saya check ip location itu kat http://www.geobytes.com/IpLocator.htm?GetLocationdia tulis saya dari belgium..tapi saya kat Malaysia...huhuhu kat johor... ada satu lagi website saya tengok dia tulis IP saya adalah seperti diatas dan bagitahu isp saya adalah kat skudai.... bagaimana ye....confius juga ini..... ip location itu betul ke....? kepada yang arif..tolong munculkan diri..untuk terangkan keadaan .konfius... p/s: lemah sikit tentang ilmu internet..hhuhuhu -----------------
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 05-01-08 12:23
ok..bersambung lagi.. gambar tersebut adalah kononnya gambar bintufurqan ketika berusia 3 tahun..gambar budak korea yang sangat comel memakai snow cap warna hijau kuning.. gambar tersebut boleh dilihat di topik SSDK 1 kat http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=1&topic=33803&start=400nak tahu maklumat tambahan gambar tu?.. Orientation of image: 1 File change date and time: 2006:08:05 03:12:53 Image description: As a service we have provided you this image for COMPING purposes ONLY. To purchase a larger version of this image, search for the 6-character Image Name at: www.painetworks.com Search for the 6-character Image Name at the above website, then click on the Price link next to the thumbnail image. Note: If the original Image Name has been changed, open the image in Photoshop. Go to File:File Info:Section:Keywords The Image Name will be the TOP keyword. [email protected]tel: (701) 947-5932 tel: (888) 966-5932 fax: (701) 947-5933 Software used: Adobe Photoshop CS Macintosh daripada maklumat tambahan ini, saya mula menyangkal bahawa gambar ini bukanlah gambar bintufurqan...sebaliknya hanya diambil dari internet. daripada maklumat tambahan ini juga, saya menemui alamat website www.painetworks.com saya terus berpendapat gambar sebenar daripada website tersebut.. tapi saya harus mencari buktinya.. ternyata, selepas melayari website itu, website itu memang merupakan website himpunan gambar2.. saya terus search...dan search tapi saya tak jumpa gambar tersebut.. lepas tu, saya menggunakan bantuan search help yang terdapat di website tersebut.. saya mula mencari dengan menggunakan keyword +cute +korea +girl .. tak salah saya terdapat lebih kurang 1040 gambar... selepas melihat beberapa page, saya dah bosan sebab tak jumpa gambar tu.. selepas itu, saya cuba lagi ... tapi kali ini saya hanya menggunakan keyword +korean dan saya menemui persoalan saya ini di page yang kedua.. http://www.painetworks.com/cgi-bin/getresultslocal.cgi?file=000005334&start=33ternyata itu gambar yang sama saya lihat di SSDK 1. gambar itu adalah untuk dijual dan photographer sebenar adalah mark downey. saya tak tahu apa motif sebenar bintufurqan ni...tapi apa yang saya dapat daripada kejadian ni, kita perlu berhati-hati di dalam mempercayai orang tambah2 di dalam dunia siber. Janganlah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada orang yang kita tidak kenal... saya mohon maaf sekiranya maklumat ini tidak benar, ataupun menyinggung segilintir pihak. Saya membuat justifikasi sendiri berdasarkan maklumat yang saya ada. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahu segalanya. Detektif yang tak berapa muda Broshahir
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 12:23
tak baiknya buruk sngka..... rasa bersalah..tak tahu lah..huhu
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 05-01-08 12:25
tentiba rasa tersisih lah pulak...saya sebagai salah seorang ahli kelab semut di sini...sedangkan ahli lain semuanya membabikan diri dalam siasatan ni...saya pula tak termasuk... hmm..mungkin sebab saya tak join sangat tajuk bintufurqan agaknya...pernah cuba berkawan..tapi tak dilayan...terus malas nak sibukkan diri...sekadar memerhatikan dari luar.....huh..... P/S : nak inbesiget ke tak...nak ke..tak nak..?? internet pun line dah tak betul sangat sekarang ni....huhu.... ummu.........bahayanya....
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-01-08 12:28
ya dia tanya pasal "cop" kalau dia tak wujud, mungkin dia bertanya tentang tu sebab tu kan pasal cop untuk "isteri" kan.. dari cop dan "minta kebenaran" dari kakak2 bintufurqan kemudian cerita tu berderet.. dia juga tanya maksud gedik.. perkataan yang seangkatan dari nak "cop" tu.. ummu tak ke pelik dalam ukhwah dia umur 14 tahun..dia tinggal korea 6-7 tahun.. saya baca dalam page 1 tu.. dia tinggal dengan atuk nenek dia masa bawah umur 6-7 tahun ke? saya pun masih tak nak bersangka buruk..sekadar muskil apakah andaian dari pencarian broshahir tu? gambar mana ya broshahir yang ada kata tambahan tu? T.K saya tak termasuk sebagai penyiasat ni..huhu ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 12:29
pembongkaran demi pembongkaran d buat.. aduh..betul lah broshahir..gambar tu ada kat situ..huhuh
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 05-01-08 12:30
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 05-01-08 12:33
alahai..baru saya sedar...saya tak boleh jadi inbestigeter untuk tajuk ni..sebab saya tak mengikuti perkembangan bintufurqan.... komputer pun tak pandai sangat... actualy...dari awal dah ada keraguan....bukan sangka buruk..cuma ia hadir dengan begitu lembut sekali dalam hati.....kerana terlalu banyak percanggahan awal yang boleh dikesan....lantas saya cuba nak join...masuk forum tu...sayangnya....tak dilayan....mungkin saya ni nampak sangat macam FBI agaknya.....huhu... lalu saya melupakan forum itu dan berlalu sebagai pemerhati bebas sahaja.... P/S : akan terus memerhati sehingga boleh dibuat conclusion....
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-01-08 12:34
wahh hebatnya broshahir... banyakke gambar "bintufurqan" dalam website tu?
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 05-01-08 12:35
saya jumpa yang tu saja...sebab gambar tu saja ada maklumat tambahan.
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 12:35
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 05-01-08 12:36
Dan siyoong hantu ini ada album dia photobucket.com...cek dilink dibawah....memang nak kena sekeh lah budak ini....main-main ye...nasib tak main posting dengan dia...kalau tak sakit jiwa dibuatnya.....yoong ini tak tahu ke dosa anaya org apa?? http://i212.photobucket.com/albums/cc239/yoong14/hana-2.jpg"sepandai2 yoong melompat,akhirnnya terkantoi jugak" ehehehe...
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 12:44
hafeezzul: pasal akaun kat photobucket tu ummu memang da tau awal da..kat situ tempat dia buat link adres untuk msukn imej kat ukhwah ni
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-01-08 12:44
huhu sejarah dalam ukhwah.. pembuka tirai 2008.. agaknya ini hadiah tahun baru yang dirancang rapi ni..haha aku pun terkena, tersentuh hati dengan pemergiannya.. mesti ramai lagi yang sedekah al fatihah.. kasihan ketandusan kasih sayang agaknya sampai buat perkara kurang macam tu.. kalau buat research pun tak beretika langsung.. sampai begitu sekali permainkan perasaan orang.. sampai bermain dengan kematian..huh
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 05-01-08 12:47
teman rindu dengan bintu, tiade kah jelmaan kedua? rindunye...
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 05-01-08 12:47
k.kinah..seingat ummu dia d letakan bawah jagaan nenek dan atuk dia kat Malaysia sejak umur 2 tahun lepas itu dia beritahu yang dia d bawah jagaan neneknya kat mlsyiadlm 6-7 tahun
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 05-01-08 12:48
hmmm.... semalam, sebelum siri siasatan partI cik syahidatul berakhir, ismi ada tanya pada cik syahidatul... kalau kita operate jantung.. berapa lama ek kena tahan wad...?? kawan ismi sampai sebulan lebih... tapi 'arwah, hanya sminggu... sedar dari koma, dan masih menggunakan bantuan pernafasan pada 29.11.2007... tapi dah boleh keluar wad dan balik rumah pada 6.12.2007.... then, 7.12.2007... dah boleh online... ada sesiapa pengamal perubatan yang boleh bagi pandangan dalam hal ni..?? ke memang boleh keluar kejap begitu saja...??? boleh ke pesakit jantung yang kronik buat tretmen kat rumah...?? p/s: banyaknye point cik syahidatul.. p/s lagi: kagum dengan ketangkasan safa.. ni boleh kawan dengan polis.. cepat dan mesra... uhuk uhuk huk...
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-01-08 12:49
hish apalah prof daeng ni..sudahlah tu
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 05-01-08 12:52
so apa conclusion nya ini? apa moral of the story nya kisah2 macam ini...apa-apa pun biarla hakim2 and majlis tertinggi ukhwah yang menentukan...hehehe
|